PRK DUN MERLIMAU 2011 – PRAKARSA DSN TERBUKTI BERHASIL!

Meraikan kemenangan besar calon BN

1. PRK DUN Merlimau telah selesai pada 6 Mac lalu tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini. Ianya adalah yang terbaik, menurut Pengerusi SPR, TS Aziz. PRK ini perlu diadakan ekoran kekosongan yang disebabkan oleh kematian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari 2011.

2. Mengenai PRK ini, saya sekadar bercadang untuk menulis serba ringkas mengenai (a) perancangan, (b) pelaksanaan / proses serta (c) sedikit interpretasi mengenai keputusannya dan (d) beberapa syor untuk ditimbangkan oleh pihak parti. Saya tidak bercadang untuk menulis sebuah tesis.

3. Sebelum itu, eloklah awal-awal lagi dirakamkan setinggi penghargaan kepada majoriti pemilih dalam DUN Merlimau yang dengan penuh kebijaksanaan telah memilih calon BN, En Roslan Datuk Hj. Ahmad. Terima kasih pula kepada jentera parti BN di semua peringkat yang telah sama-sama bertungkus lumus mengusahakan kemenangan ini. Seterusnya tahniah kepada sahabat kita, En Roslan yang kini sudah bergelar YB. Akhirnya tahniah kepada DAR yang telah berjaya melepasi KPI yang ditetapkan oleh DSN – undi majoriti 3,500.

Perancangan

4. Suatu yang menarik perhatian saya ialah pengalaman luas DAR mengenai selok beluk pilihanraya (menjadi wakil rakyat sejak 1986) menjadikan komponen perancangan seolah-olah suatu yang virtual. Ia berlaku di dalam minda DAR sebagai Pengarah PRK DUN Merlimau. Namun semua komponen utama telah diliputi dan dilaksanakan oleh jentera parti – dari bilik gerakan hinggalah kepada ceramah, pengangkutan, K10, peraih undi dan pemantauan di hari mengundi.

Pelaksanaan

5. Sekali lagi yang menarik perhatian saya ialah kerja yang berfokus yang dilaksanakan oleh DAR untuk meraih kemenangan besar sejak awal-awal lagi. Untuk menjayakan misi tersebut, sudah tentulah beliau menggerakkan sepenuhnya jentera BN, termasuk sayap-sayap UMNO – Wanita, Pemuda dan Puteri. Cara beliau bekerja seolah-olah beliau adalah calonnya.

6. Dari awal-awal lagi beliau telah turun padang dan melaksanakan tugas secara hands-on, termasuk walkabouts. Beliau, secara face to face, berjumpa para pengundi mengikut kumpulan masing-masing seperti ahli JKKK, PIBG, pegawai syarak, ahli lembaga masjid, warga pendidik, ahli Peladang, ahli PERKIM, Persatuan Teksi, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil, para belia, masyarakat Cina dan India melalui NGO masing-masing.

7. Yang uniknya ialah setiap perjumpaan yang beliau lakukan itu dipantau dari segi kehadhiran dan dipadankan pula dengan senarai pemilih (pengundi). Ini adalah satu kerja yang mudah tetapi time consuming; namun ianya sangat kritikal dan perlu dilaksanakan. Yang demikian, beliau akan tahu berapa ramai pengundi sebenar yang telah sempat beliau jumpa / salam sendiri.

8. Kaedah yang sama dilaksanakan bagi aktiviti ceramah dan pergi rumah ke rumah.

9. Sudah tentu terdapat orang yang sama akan ditemui beberapa kali dalam perjumpaan yang berlainan kerana mereka memegang beberapa jawatan. Sebagai contoh, seorang imam adalah merupakan seorang pegawai syarak; beliau mungkin juga menjadi Ketua Cawangan UMNO dan menjadi Pengerusi JKKK serta ahli Lembaga Masjid.

10. Dalam pada itu, jentera parti digerakkan pergi rumah ke rumah untuk memujuk para pengundi dan mengenal pasti sikap masing-masing – putih, kelabu dan hitam. Yang demikian dapatlah dikenalpasti dengan lebih tepat lagi siapa penyokong, atas pagar dan pembangkang.

11. Nama-nama mereka yang tinggal di luar DUN diserahkan kepada Jawatnkuasa Pengundi Luar untuk dihubungi.

12. DAR mempengerusikan mesyuarat setiap 11 malam untuk mendaptkan maklum balas dan memantau perjalanan jentera parti. Terdapat maklum balas yang sesungguhnya mencerminkan kerja sebenar telah dilaksanakan manakala terdapat juga maklum balas yang menggambarkan seolah-olah kerja dibuat di atas meja / kertas sahaja.

13. Komen DAR secara bersahaja tetapi sinis ‘kalau macam ini, kita semua boleh balik tidor sebab nampaknya boleh mudah menang’ seharusnya menyuntik rasa milu hingga ke tulang para petugas yang cuba under-estimate kepintaran dan pengalaman luas beliau.

14. Beliau segera menyelesaikan simptom penyakit ini dengan memanggil jentera Wanita, Pemuda dan Puteri. Selepas ‘dikejutkan’, mereka telah bertugas dengan lebih cergas dan lebih serius / komited lagi.

15. Kecekapan jentera parti dan ketangkasan DAR menyusunnya diakui oleh para pemimpin yang datang berkampung di Merlimau. Kecekapan tersebut turut dibantu oleh gandingan yang mantap – DW Hj Ahmad Hamzah selaku Timbalan Pengarah PRK ini yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Jasin / Ahli Parlimen Jasin.

16. Mereka menghargai komitmen DAR yang tinggi. Ada sesiapa yang sanggup bekerja setiap hari dari 7 pagi hingga pukul 3 pagi? Calon pun tak berdaya bekerja sekuat DAR. Setuju YB Roslan?

17. Kehadhiran dan penyertaan YAB TPM dalam beberapa kempen memantapkan lagi jentera parti, termasuk walkabout. Beliau terpaksa membahagikan masa antara Putrajaya, Kerdau dan Merlimau serta lain-lain tugas. Nasihat khas beliau supaya dimantapkan lagi korordinasi atau penyelarasan kerja amat tepat pada masa dan keadaan.

18. Lawatan YAB PM pada 19 Februari menyuntik semangat yang cukup tinggi di kalangan pekerja parti dan mampu pula memikat hati para pengundi. Aura beliau sungguh kuat, terutama selepas bersembahayang Zohor di Masjid Chohong dan walkabout di pekan Merlimau. Sekiranya diadakan PRU pada hari esoknya Melaka akan kekal diterajui oleh BN dengan majoriti lebih dari dua pertiga.

19. Jentera parti dilihat bergerak dengan cekap dan berkesan pada hari mengundi; namun diakui terdapat juga kelemahan / kelewetan di sana sini tetapi ianya telah dapat diatasi.

Keputusan

20. Keputusan rasmi telah diketahui umum sepertimana yang dilaporkan oleh media. Berdasarkan 79% yang keluar mengundi (lebih baik daripada tahun 2004 = 78% dan 2008 = 76%), calon BN meraih 5,962 undi manakala calon PAS hanya mendapat 2,319 undi; memberikan majoriti kepada calon BN sebanyak 3,643 undi!

21. Keputusan tersebut menunjukkan bahawa (berbanding PRU 2008):

• Undi BN bertambah 981 atau 19.7%;

• Undi PAS merosot 508 undi atau 18%;

• Undi majoriti BN meningkat 1,489 atau 69.1%

22. Kekuatan atau keunikan keputusan PRK Merlimau ini, seperti yang dapat diteliti di Lampiran, terletak pada:

• Kemenangan BN di SEMUA 22 saluran (termasuk undi pos) dan di SEMUA 7 peti undi;

• Kegagahan BN menembusi 2 kubu PAS di peti undi Chin Chin (kampong calon PAS) dan Merlimau Pasir (kampong calon BN). Pada tahun 2008, BN kehilangan undi terbesar di Chin Chin (-311) tetapi kali ini BN telah mendapat majoriti 701 undi; bermakna orang kampong sendiri menolak calon PAS. Di Merlimau Pasir pula calon PAS mendapat tambahan undi terbesar (+333) pada tahun 2008; kali ini calon BN mendapat undi majoriti sebanyak 755 di kampongnya sendiri.

• Keupayaan menebus malu kerana kehilangan undi majoriti terbesar (2,933) di kalangan DUN dalam parlimen Jasin pada tahun 2008;

• Sebahagian besar pengundi Melayu (terutama di Chin Chin dan Merlimau Pasir), Cina (khususnya di Merlimau Pasir, Pengkalan Samak dan Air Merbau) dan India (khususnya di Merlimau Utara, Jasin Lalang dan Air Merbau) yang lari dari BN pada tahun 2008 telah kembali ke pangkuan BN;

• Pengundi muda (bawah 40 tahun) yang merupakan 37% daripada jumlah pengundi seramai 10,679 orang telah yakin semula terhadap BN sebagaimana yang dibuktikan melalui saluran 3 atau 4 – semuanya menang! Undi terbesar yang diperoleh oleh calon BN di kalangan saluran 4 ialah Merlimau Pasir = 225. Sebahagian besar kejayaan ini bolehlah diattributekan kepada keberkesanan Unit Cyber, PMM yang menjadikan PRK ini sebagai ‘reality’ program latihannya.

23. Natijahnya keputusan ini memantapkan lagi kesimpulan bahawa pelbagai prakarsa yang diusahakan oleh DSN untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada BN telah terbukti berhasil. Hasil pertamanya dituai di Bagan Pinang.

24. Di samping itu, peranan media sosial amatlah penting dalam usaha hendak menarik sokongan pengundi muda. Janganlah dipandang enteng sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 2008 dan terbukti sikap negatif ini telah merugikan BN/UMNO.

25. Satu ‘rahsia’ yang ingin saya berkkongsi ialah ketepatan DSN membuat unjuran (forecast) tentang undi majoriti yang bakal diperoleh oleh BN.

26. Pada 19 Febuari, dalam taklimat DAR kepada DSN, beliau memberikan 3 senario yang mungkin berlaku. Berdasarkan 3 senario tersebut, bakal majoriti yang diperoleh oleh BN ialah antara 1,900 – 3,900. DSN mengubah sedikit parameters senario 2 & 3 lalu beliau quickly membuat mental arithmetic dan memaklumkan unjuran undi majoriti adalah sebanyak 3,700. Lalu beliau menetapkan undi majoriti 3,500 sebagai KPI untuk DAR mencapainya.

27. Seperti yang kita sudah ketahui, undi majoriti ialah sebanyak 3,643; melebihi KPI yang ditetapkan. Lebih menarik lagi ialah unjuran DSN itu hanya lari (+)57 undi atau 1.6%. Dari segi statistik, kualiti unjuran itu adalah tinggi sekali.

28. Lebih interesting lagi ialah apabila dikira betul-betul (menggunakan calculator) parameters yang beliau gunapakai itu, accuracynya amatlah tepat sekali – hanya berbeza +8 undi sahaja (3,651 – 3,643)!

DAR memberi taklimat kepada DSN pada 19 Febuari 2011

Syor

29. Demi untuk mencapai kemenangan yang lebih besar (lebih dua pertiga) dalam PRU ke 13 nanti (6 buah kerusi parlimen dan 28 buah kerusi DUN di Melaka) maka disyorkan 9 perkara utama berikut untuk ditimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan:

• Janganlah memburuk-burukan bakal-bakal calon kerana ia umpama memberi peluru kepada parti lawan; ketengahkanlah sahaja kekuatan diri sendiri untuk diteliti oleh pemimpin / pengundi;

• Semua orang adalah berguna – umpama yang buta boleh menghembus lesong, yang patah menghalau ayam, yang pekak membakar meriam tetapi janganlah minta yang buta menghalau ayam atau yang buta janganlah pula hendak menghalau ayam;

• Mantapkanlah pengurusan Bilik Gerakan kerana ia merupakan nadi jentera parti;

• Tubuhkan Jawatankuasa Perancang Strategik dan Jawatnkuasa Maklumat;

• Menggunakan kemudahan ICT dengan lebih cekap dan berkesan lagi; bukan sekadar sebagai upgraded typewriter;

• Kualiti penceramah hendaklah dimantapkan lagi dari segi fakta dan kepetahan; lakukanlah engagement bukan berkhutbah;

• Perkukuhkan lagi Unit Cyber dari segi kuantiti dan kualiti agar dapat menawan lebih ramai lagi pengundi muda yang merupakan 38% dari jumlah pengundi di Melaka;

• Mantapkan lagi strategi konvensional dari segi integriti dan bina upaya; dan

• Teruskanlah pendekatan menimbangkan aspirasi dan sentiment ahli parti / pengundi agar boleh mendapatkan sokongan padu mereka.

Kesimpulan

30. Kemenangan besar di Kerdau dan Merlimau menggalakkan spekulasi bahawa PRU ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Dari sudut prestasi ekonomi, ianya memang sesuai diadakan sebelum keadaan bertambah buruk kerana dijangkakan lebih banyak berita negatif akan terbit mulai separuh kedua 2011, terutama sekali serangan inflasi.

31. Jika ingatan kita masih segar, faktor utama ekonomi yang membantu tsunami politik pada tahun 2008 ialah tekanan inflasi. Faktor ini sudahpun digunakan oleh pembangkang di Kerdau dan Merlimau. Tak ramai penceramah BN mampu menangkisnya dengan berkesan.

32. Namun disedari bahawa DSN perlu turut menimbangkan beberapa faktor utama yang lain sebelum memutuskan untuk membubarkan parlimen. Sesungguhnya pertimbangan ini tidaklah semudah yang kita sangkakan.

33. Sama-samalah kita menghayatinya.

LAMPIRAN
Keputusan Penuh Mengikut Peti Undi dan Saluran PRK Merlimau

UNDI POS

BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA

SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR

SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU

SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN

SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG

SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI

SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK

SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477

JUMLAH KESELURUHAN:

BN – 5,962
PAS – 2,319

BN MENANG MAJORITI 3,643

  1. #1 by sputjam on March 28, 2011 - 11:53 am

    What actually happened to this website? A black out? Didn’t pay tenaga is it?
    Coming back to the rcent by-election, I am amazed that the rakyat continuosly voted for the UMNO/BN, when fact reveals that it is the polcy of UMNO/Bn govenrment that is hampering growth and income.

    I shudder to think how the japanese will handle us if they had won the war. I would imagine they will shape up the bumis into a real disciplined community worthy of mention as the japs and the brits.

    The administration of melaka has shown their incompetencies by having haphazard building approval, which does not blend with historical buildings. And the land reclamation sites are probably full of acheological pieces that will be lost forever.

    Can anyone fill me with the arkaib muzium negara’s discovery of wall remnants of the portuguese fort? They initially wanted to resurrect the entire structure, based on the european paintings, but suddenly remain silent on the issue. It would be a huge tourist attraction if the fort is revived. After all, major european cities were bombed and some totally wiped out, but the anciet building were rebuilt after WW11 and attracts tourist by the millions. The portuguese wall discovery was announced by an archeologist with a surname of
    Majeed.

    And can the replica of the malay palace by shifted to Tanjung Keling, and build arround a nice malay garden and kampung, instead of right in the middle of town. If built in Tg keling, some malays can benefit from tourist arrival by having some nice malay restaurant nearby and earn income.

  2. #2 by Anon on April 8, 2011 - 8:31 am

    Dropped by here after wandering here and there. Seeing sputjam who I’ve not seen for a long time. With his usual often unacceptable comments. I must say something for the record. In defence of reason and fair play.

    1. Why say “black out? Didn’t pay tenaga ..”, old boy. If intended as a joke, it’s not funny, man. The decent thing for you to do was to ask the blogger, “How are you?” and the like. I see you get walloped here and there. I won’t wallop you, will just make some observations.

    2. Sure, a chap like you would be “amazed that the rakyat continuosly voted for the UMNO/BN”. Would not accept PR defeat humbly and try to continue pushing your opposition propaganda no matter what.

    3. Don’t understand your drift when saying “I shudder to think how the japanese will handle us if they had won the war.” I don’t know your intent when saying “I would imagine they will shape up the bumis into a real disciplined community worthy of mention as the japs and the brits.” What do you mean by “worthy of mention as the japs and the brits”? I suspect you are thinking nasty, aren’t you?

    4. Who are you to say “incompetencies by having haphazard building approval, which does not blend with historical buildings”? State your qualifications if you are passing judgment on town planning and aesthetic matters, man. Otherwise you should put your views by way of questions rather than accusations. For example, ask if qualified archaeologists have cleared the land reclamation sites before they are developed. It’s safe to do it that way, it’s the decent thing to do.

    5. You did the right thing by asking anyone to fill you with the arkaib muzium negara’s discovery of wall remnants of the portuguese fort. Then you can state your opinion without much accusations. Then what you write becomes worth reading.

    See, I’m merely stating my observations.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: