PRN SARAWAK 2011 – BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KEMENANGAN INI?

Analisa & Pandangan

1. PRN Sarawak ke-10 telah selesai berlangsung dengan lancar pada 6 April lalu. Tahniah kepada warga SPR yang diterajui oleh TS Aziz, seorang pegawai yang cekap serta mesra rakyat dan dibantu pula oleh Datuk Kamarudin. Juga seorang pegawai yang cekap dan disenangi oleh ramai.

2. Rakyat Sarawak telak melaksanakan tanggungjawab dan hak demokratik masing-masing. Keputusan tersebut hendaklah dihormati. Bermacam interpretasi dan analisa telah dibuat terhadap keputusan berkenaan. Pelbagai syor dan saranan telah dikemukakan.

3. Ya, sesungguhnya sesiapa saja berhak membuat tafsiran dan merangka cadangan masing-masing. Dalam pada itu, eloklah juga diingat bahawa tidak ada sesiapa yang 100% betul, termasuk saya, manakala orang lain tidaklah pula 100% salah.

Kembali Kepada Rakyat

4. Saya juga ingin tumpang tui dalam membuat analisa dan memberikan pandangan ini. Suatu yang terbukti jelas ialah pemimpin BN, apabila sampai masanya, di bawah sistem demokrasi berparlimen, akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat bagi meneruskan pemerintahan negara. Tempoh itu adalah masa yang kritikal bagi semua pihak yang terlibat.

5. Pertolongan semua orang diperlukan, termasuklah yang miskin dan lemah – selaras dengan pendapat Aesop (620 BC – 560 BC) bahawa “In critical moments even the very powerful have need of the weakest”. Dalam keadaan yang kritikal kerana mahukan sokongan dan semua orang (kaya, miskin, kuat dan lemah) mempunyai kuasa yang sama iaitu SATU undi maka orang yang lemahpun perlu dihormati dan ditakuti, sepertimana yang diingatkan oleh Phaedrus (15 BC – 50 AD) “Men in however high a station ought to fear the humble”.

6. Dalam pada itu, keputusan PRN tersebut membuktikan bahawa demokrasi terus segar dan sihat di Sarawak dan Malaysia, bumi bertuah ini. Pada masa yang sama, mengambil kira banyak pembangunan yang telah dilaksanakan, banyak perubahan besar yang telah dibuat dan banyak dasar baru yang telah diperkenalkan, maka keputusan tersebut ought to politely remind those concern of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”.

Menggunakan Kemenangan & Tahniah

7. Namun apa yang lebih penting dan kritikal ialah bagaimana hendak menggunakan keputusan tersebut secara maksima bagi faedah akan datang, khususnya untuk PRU ke-13 nanti, kerana kedua-dua pihak (BN dan pembangkang) claimed masing-masing menang. Menurut Polybius (205 BC – 118 BC), “Those who know how to win are much more numerous than those who know how to make proper use of their victories”.

8. Diyakini bahawa DSN is definitely among those few “who know how to make proper use of their victories”.

9. Oleh kerana kita mengamalkan demokrasi ala Westminster, bukan ala Perancis, maka berdasarkan perspektif ini, sudah tentulah tidak dapat dinafikan atau ditolak bahawa BN Sarawak telah sesungguhnya menang BESAR – 78% iaitu 55 dariada 71 buah kerusi! Tahniah kepada tokoh utama – DSN, TSM dan PST- dan jentera BN serta para pengundi yang telah membuat keputusan yang memihak kepada BN.

10. Dalam pada itu, saya yakin bahawa para pemimpin BN, khususnya DSN, tidak terlepas pandang terhadap pola pengundian dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perjalanan serta keputusan PRN berkenaan.

Cerapan

11. Terdapat 7 cerapan yang wajar dinukilkan:

a) Amatlah tidak wajar menyuruh PST berhenti kerana hanya kehilangan beberapa buah kerusi lagi sedangkan masih mampu mengekalkan lebih tiga suku kerusi di bawah BN dalam DUN Sarawak. Jika dengan kemenangan sebesar itu PST disuruh berhenti maka MB Kedah, Pulau Pinang dan Selangor lebih wajar ditarik turun. Dan jangan lupa, Nick Aziz sepatutnya melompat turun pada tahun 2004 lagi.

Pada masa yang sama, LKS juga wajar diingatkan kerana beliau mengidap selective amnesia. Beliau tidak berhenti bila Projek Tanjung I & IInya gagal. Malah dia dinaikkan pangkat ke jawatan Penasihat dan memastikan anaknya menjadi SUA – nepotisma ditahap yang paling tinggi kerana menantu juga diberi peluang bertanding di DUN Melaka selama beberapa penggal!

b) Juga tidak wajar mereka itu mendesak PST berhenti atas faktor dah lama pegang jawatan KM dan dah lanjut umur kerana mereka itu sendiri perlu mencermin diri sendiri. Misalnya Nick Aziz, 80 tahun, nampak jauh lebih tua dari umurnya (jika banding Tun M – hampir 86 tahun), agak nyanyuk dan sering sakit (PST masih tegap!) tetapi masih mahu berpaut kepada kuasa (sudah 21 tahun jadi MB dan lebih 40 tahun dalam politik) – seorang ‘ulamak’ yang tamak?

LKS (70 tahun) dan KS juga sudah tua (71 tahun) dan kira-kira 40 tahun memegang jawatan dalam parti dan menjadi ADUN/MP. Kenapa tak suruh diri sendiri berhenti? ‘Dictator’ Mahathir telah lama berhenti secara suka rela– indeed he is the only ‘dictator’ in the globe to have resigned voluntarily! Can LKS and Nick Aziz  name anyone else?

c) Seterusnya adalah tidak manis seorang pemimpin dalam BN secara terbuka meyuruh atau mengajar rakan BN yang lain agar jangan menerima jawatan dalam kerajaan sedangkan partinya sendiri tidak berbuat demikian setelah kalah teruk dalam PRU 2008 yang lalu. Partinya telah ditolak oleh masyarakat Cina bukan saja pada tahun 2008, malah pada tahun 1969 lagi. Sebagai bukti tambahan, parti tersebut ditolak di semua kawasan pilihanraya di mana pengundi Cina adalah seramai 65% dan ke atas. Wakil-wakilnya hanya menang di kawasan Melayu atau mixed areas kerana bantuan pengundi Melayu seperti di Alor Gajah, Ayer Hitam dan Bemban.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun RAzak pada tahun 1969 di mana wakil MCA tetap dibawa masuk ke dalam kerajaan, PST telahpun memberikan komitmen yang sama. Beliau sedar bahawa 55% undi yang diperoleh oleh BN itu tentulah termasuk undi kaum Cina juga; bukan semata-mata undi kaum Bumiputera. Dalam pada itu, perlu diakui bahawa sesungguhnya majoriti kaum Cinalah yang telah membuat keputusan menolak berada dalam kerajaan BN. Mereka tidak mahu mendengar nasihat dan kebimbangan PST tentang kehilang suara mereka dalam kerajaan.

d) Seterunya LKS dan LGE hendaklah belajar dari generosity dan magnanimity para pemimpin BN, khususnya UMNO. Di Melaka, misalnya, hanya terdapat seorang wakil MIC dalam DUN Melaka. Namun YB dari MIC ini telah dilantik sebagai seorang ahli EXCO sejak zaman berzaman. Begitu juga pada tahun 2004 di mana terdapat hanya seorang wakil GERAKAN dalam DUN Melaka. YB tersebut juga telah dilantik sebagai seorang ahli EXCO. LGE ada beri apa jawatan EXCO pada itu ADUN PAS?

e) Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh DSN dengan ikhlas dan gigih untuk menarik pelbagai kaum kepangkuan BN. Bangsa Melayu dan kaum India, termasuk golongan muda, nampaknya telah kembali sepertimana yang terbukti di Merlimau. Tetapi kaum Cina nampaknya terus menunjukkan kedegilannya. Kedegilan ini nampaknya telah menimbulkan keresahan di sanubari orang Melayu pula.

Punca timbulnya keresahan itu ialah kerana banyak telah dicurahkan oleh kerajaan BN kepada kaum itu (Cina) sehinnga mereka (Melayu) terasa hak mereka semakin terhakis namun kaum Cina tetap tidak menyokong BN. Walaupun sokongan kepada mana-mana parti politik adalah hak masing-masing namun kaum Cina harus juga ingat bahawa sikap mereka itu boleh menyebabkan DSN, akhirnya, termakan akan pandangan / ingatan bangsa Melayu, seperti yang terangkum dalam pantun ini:

Anak belajar di Sri Mendapat,
Buah kedondong di persisiran,
Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran.

Dijangka kesannya kurang baik iaitu sepertimana yang dibimbangkan ioleh PST dan Tun M.

f) Parti pembangkang hendaklah memberhentikan kempen kotor, putar belit, memfitnah dan pembunuhan watak (character assassination) dan ikutlah jejak kempen BN yang bersih dan mengutamakan pembangunan, perpaduan serta kesejahteraan rakyat.

g) Difahamkan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak (KNS) telah dinilai oleh badan-badan antarabangsa dan diberikan multiple A’s ratings selama beberapa tahun berturut-turut. Ratings tersebut membuktikan secara bebas atau independent bahawa sesungguhnya KNS adalah bersih dan mengamalkan good governance. YB Sen Datuk Idris Buang, seorang peguam, amat yakin akan kerbersihan PST dan KNS. Bacalah ucapan beliau dalam hansard bertarikh 21 April 2011.

Sekiranya tidak yakin dan terdapat bukti kukuh bahawa PST adalah seorang yang korup dan KSN pula adalah sebuah kerajaan yang lemah, banyak melakukan penyelewengan dan ketirisan maka apa tunggu lagi, ayuh, laporkanlah kepada SPRM. Itulah yang terbaik dan berpandukan undang-undang; bukannya menabur fitnah.

Saya tidak setuju jika keluarga para pemimpin menggunakan kesempatan kerusi yang didudukinya untuk merompak harta negeri/negara. Juga tidaklah wajar menyekat keluarga berkenaan untuk mencari rezeki yang halal mengikut kemampuan sendiri, sama seperti orang lain, hanya kerana saudara mara mereka adalah orang yang berkuasa di negeri atau di pusat. Adakah wajar menafikan anak menantu Nick Aziz, LGE dan KI mencari rezeki yang halal di bumi sendiri?

12. Kini sama-samalah kita bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti dengan memaksimakan kemenangan PRN Sarawak itu. Bagi bangsa Melayu, sukalah diingatkan akan beberapa rencana saya yang berkaitan, khasnya yang ini. Kaum Cina pula harus memberi perhatian kepada potensi polarisasi kaum dalam kerajaan yang dijangka tidak sihat untuk negara kita. Walau apapun, hak demokratik masing-masing hendaklah terus dihormati. Dan sama-samalah kita gunakan hak itu dengan penuh tanggungjawab kepada negara demi kesejahteraan bersama.

,

  1. #1 by sputjam on April 27, 2011 - 7:53 am

    The people in Malaysia are struggling in their daily livelihood dur to incompetent policies. I cannot see any leader in th opposition front that capable either. Just for your info, I will provide the gallup poll showing the true nature of our rakyat. I the poll, n79% of the rakyat said that they are struggling in life, compared top 60% in singapore, thailand and phillipines, and only 30% in nordic countries, australia and other civilised nations.

    You can see the poll results here (not the sarawak poll, but the rakyat’s poll)

    http://singaporenewsalternative.blogspot.com/2011/04/gallups-global-wellbeing-survey-2010.html

    and here

    http://www.gallup.com/poll/147167/High-Wellbeing-Eludes-Masses-Countries-Worldwide.aspx?utm_source=alert&utm_medium=email&utm_campaign=syndication&utm_content=morelink&utm_term=Africa+-+All+Gallup+Headlines+-+Americas+-+Asia+-+Australia+-+Bulgaria+-+Cambodia+-+Canada+-+Chad+-+Denmark+-+Egypt+-+Europe+-+Former+USSR+-+Haiti+-+Israel+-+Latin+America+-+Morocco+-+Multi-country+-+Muslim+World+-+New+Zealand+-+Qatar+-+Sub-Saharan+Africa+-+Sweden+-+Tajikistan+-+Tunisia+-+United+Arab+Emirates+-+USA+-+Yemen

    Please do not blindly support incompetencies.
    This country needs a major revamp, from the bottom up, and its not drinks I am talking about. The rakyat is struggling, foreign investor willing to do businesses here are crippled with uneccessary bumi policies, the latest victim being Carrefoure, being sued by their bumi partners for shares he did not pay. This will trickle around the globe and will sideline Malaysia as a lousy place to invest. Liberalise the policies, and within ten years, all the mat rempits will find decent jobs instead of laying about and dreaming of their girl friends.

    • #2 by OnDaStreet on May 13, 2011 - 3:39 pm

      sputjam,
      you stated “This country needs a major revamp, from the bottom up,”..

      do you know how much cost will be involved to a major revamp? how much do you think compensation need to be paid for discontinuing projects and agreements? don’t you think it is easier to say rather than getting it done.

      Yes, a revamp is needed in certain sectors, but in a manner that will not jeopardize the whole nation.

      It is not easy to satisfy all…

      I believe you are a leader or manager of a team and I wonder if you can satisfy all your subordinates at your work place.. I’m pretty sure they also want something.. right? Do you fulfill all their requests?

      ~ OnDaStreet

      • #3 by sputjam on June 15, 2011 - 2:18 pm

        We cannot satidfy everyone. That is wy we cannot have a atndard education system. We need to revamop the education system first. Back to the days when the british left us.

        There is also a reason why this govenrment cannot refrom the economy. The political parties have interest in some of the interest . That is why, the agreement is on the side of the companies, and not the rakyat.

  2. #4 by reddy on April 27, 2011 - 6:27 pm

    Sputjam, you dont have to spin la. 4% suffering means poverty level. At par with other developed nations. And mode of getting the info also a suspect one. Calling 1000 respondents aged 15 and above without any proper methodology as stated in their TOR is highly a suspect.

  3. #5 by sputjam on April 29, 2011 - 1:53 pm

    @ reddy.
    More than half the population of this country are hanging on to a debt burden they cannot seems to be able to get rid off. That was in the news recently. And you are saying the gallup polls are suspect?
    The economy is not trickling down to the rakyat my friend. The BN MP’s and senators are busy partying away with their perks, they forgot their kampung is in malaysia, and not in London, the capital of the pampered lot.
    Their golf is theeir game of choice, and talking about their latest inserts and operations, are the latest top gossips. And the call each other “garndfather” or “Tan Sris”.
    The inflation created by mahathir’s era will continue to hit the rakyat badly, including electricity, transport, exhorbitant payment for govenrment buildings, exhorbitant contracts given to the minority few who are already rich, which does not seems to trickle down to the ordinary rakyat.
    Some of these money to pay for wasteful expenses comes from minerals from sarawak and terengganu, two poorest states in Malaysia with majority bumi population. UMNO gives 10% to the bumis, and got 90% bumi votes. Meanwhile the paddy farmers are paid less by Bernas than the international prices. So what sort of subsidy are the paddy farmers getting? Subsidisng bernas shareholders and managers is the answer. The bumis in the jungles of sarawak, got chased off and replace with indonesian labourers, who cut their trees for timber, and plant oil palm as a replacement. The money and profits from extracting these natural resources in the end, are deposited in financial centres such a singapore and hong kong. Better ban these business as it benefits only a few in the country, but many overseas.
    The same guys who controls bernas, also contraol inia kiara, which was in the news recently. They have been given many years monopoly for dredging works for all malaysian ports. Those other guys who were dong this work previously, are forced to close, or migrate to other makrkets. The marging for Inai Kiara are so huge, they do not bother to search for other markets overseas, thereby creating another jaguh kampung, like proton, excess profits paid for by the minerals found offshore two bumi states of terengganu and sarawak.
    Why Petronas did not bother to build their HQ in terenganu or sarawak is a mystery, since they are suppose to help bumi guys economically, is possible. Instead, the HQ was built i KL, where bumis are minority, and the bumis that live there, already benefit from various govenrment assistance such as schlarships etc.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: