PR DAN NEGARA KEBAJIKANNYA?

1. Ramai telah membuat ulasan tentang Mesyuarat Agong PAS yang telah diadakan baru-baru ini. Antara yang banyak diulas ialah (a) keputusan pemilihan dan ucapan Presiden DS Hadi Awang mengenai (b) ‘video besi’ dan (c) Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam.

2. Saya tidak hendak mengulas panjang. Mengenai 2 perkara pertama itu telah saya ulas dalam twitter, sepertimana yang boleh dilihat di sebelah. Mengenai Negara Kebajikan pula, bolehlah lihat pencapaian negeri Kelantan setelah 21 tahun PAS berkuasa, kalaulah itu merupakan cerminan Negara Kebajikan yang bakal hendak diwujudkan oleh kerajaan PR. Cuba pula bandingkan dengan negeri Melaka. Bandingan itu, antaranya, boleh dibaca di sini dan di sini.

3. Dalam pada itu, saya paparkan di bawah ulasan En Loh Hon Chew mengenai Negara Kebajikan, sepertimana yang disiarkan dalam NYSP, untuk dikongsi bersama.

4. Apa pendapat anda pula?

Nanyang Siangpau

Perkara: Pas-DAP-UMNO Negara berkebajikan?

Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A14

Tarikh: 12 Jun 2011 (Ahad)

 

Tajuk:

 

Adakah Pas Akan Mungkir Janji Lagi?

Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Saya berani cakap pas lah parti yang paling matang, kerana tidak berasaskan kerana mahu sambut PRU terpaksa  tangguhkan pemilihan pusat mereka, pemilihan pusat ke-57 tetap dijalankan pada tarikh yang dijangkakan  tanpa sebarang penangguhan.

Pada sidang majils itu Hadi Awang umumkan 2 agenda besar Pas, pertama membina dan mencipta Negara berkebajikan, mahu semua ahli jangan lagi timbulkan isu Negara Islam; yang kedua tidak akan bekerjasama dengan UMNO, terus kekal berjuang dan bersama dengan Pakatan Rakyat.

Hadi Awang pernah ada rekod bercakap bohong mungkir janji, kali ini bolehkah kita percaya kata-kata beliau itu?

Keresahan sebelum PRU 2008, Hadi Awang pernah sebut Negara berkebajikan, dan sekarang tutup mulut terhadap Negara Islam, tetapi selepas PRU 2008 Hadi Awang berpusing 360 darjah, tutup mulut tidak sentuh Negara berkebajikan, beliau tukar tajuk mahu bina Negara Islam, kali ini pasti kuda yang berpatah balik akan buat orang-orang yang menyokong Pas seperti orang-orang bukan Islam itu akan lari lintang pukang sehingga pecah perut dan kuda-kuda yang ditunggang pun akan terbalik dan tersungkur.

Walaupun pada awal tahun ini, Hadi Awang masih kekal dengan semangat agenda Negara Islam tidak ada sebarang perubahan, beliau tidak langsung rendah diri terhadap rakan kongsi beliau di dalam Pakatan Rakyat. Hari ini semua orang tahu, PRU ke-13 sudah hampir tiba, adakah Hadi Awang akan menggunakan cara licik beliau, menggunakan logo Negara berkebajikan sebagai tunggak Pas, mahu sekali lagi tipu orang-orang bukan Islam?

Kerjasama UMNO Pas Bererti Seperti Bunuh Diri

Selain daripada menjadi ahli sekutu Pakatan Rakyat pada 2008, Pas pernah berdolak dalik dengan Pakatan Rakyat semasa menentang Barisan Nasional, siapa sangka tidak lama selepas PRU, ada satu perbincangan dimana Pas mahu menerima syarat masuk UMNO, pada masa itu Hadi Awang secara jujur berkata, pada satu hari nanti pasti Pas akan bergabung dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan.

Sikap Hadi Awang memang dikatakan tidak menentu, kata-kata yang terdahulu tidak dapat disamakan dengan kata-kata kemudian itu, buat kali ini adakah orang-orang Cina boleh percaya kata-kata beliau itu, kalau Hadi Awang berkata “saya berkata benar ni”? tetapi orang-orang di sebelah UMNO sana ada yang percaya kata-kata Hadi Awang, mereka kata Pas oleh kerana mahu mencapai sesuatu tujuan sanggup lepaskan tuju hala mereka, Pas akur dengan tekanan DAP dan terpaksa tinggalkan hasrat untuk membina Negara Islam.

Di sini hanya MCA sahaja yang tidak percaya pada Pas, MCA tuduh DAP kerana mahukan kuasa terpaksa tunduk pada Pas, tidak berani membantah kewujudan Negara Islam, sudah tentu satu hari nanti Pas dengan mudah dapat bina Negara Islam mereka. Sebenarnya sekarang ini siapa yang benar ataupun siapa yang silap?

Mungkin kita boleh buat sedikit analisa: selepas PRU 2008, kepimpinan Pas agak ada banyak perubahan, pihak pengkaji poliitk melihat, puak professional dan puak liberal telah menguasai pucuk kepimpinan Pas, puak konsevatif kini agak menjadi lemah, Nasarudin yang sebelum ini dikatakan menyokong UMNO telah tewas, jika Hadi Awang seorang diri menepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, ini mereka yang berada di dalam Pas semuanya lebih faham, jika cuba lompat parti ini bermakna seperti membunuh diri, kerana pada PRU akan datang pasti akan disingkirkan.

Lebih-lebih lagi sekarang ini kerana UMMNO kekurangan kekuatan, sebab itu UMNO melambai tangan pada Pas, apabila satu hari nanti UMNO menjadi kuat, pasti UMNO akan tinggalkan Pas, pasti pada masa itu Pas akan tidak bermaya, dan akan diperkotak katikan oleh UMNO, adakah pada masa itu UMNO mahu bahagi-bahagian kek yang sedia ada? Sebab itu jika Pas secara besar-besaran masuk UMNO nisbah itu agak tipis.

Orang-Orang Melayu Tidak Pandang Negara Islam

Selain dari itu, kekuatan Pas hanya tertumpu di sebelah  Kelantan dan Kedah, di kawasan Terengganu dan Pahang telah dikuasai semula oleh UMNO, kekuatan Pas di sebelah Barat Semenanjung langsung tidak berani berbunyi, kawasan itu semua di tangan UMNO, tidak perlu disebut lagi, mereka perlu harapkan orang-orang bukan Islam untuk menyokong mereka di kawasan pantai barat semenanjung, kerana pada PRU 2008 telah membuktikan fenomena itu, dimana Pas amat faham bahawa isu Negara Islam adalah satu isu yang digeruni oleh kaum bukan Islam, jika disebut berkali-kali akan mengundang padah. Ditambah pula kepada keputusan di beberapa kali PRN, kelihat orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong Pas dan konsep Negara Islam.

Kecuali puak konsevatif Pas dapat rampas kembali pucuk kepimpinan Pas, jika tidak isu Negara Islam hanya boleh dicakap untuk seronok di hati sahaja tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Hadi Awang berkata demikan semasa sebelum pemilihan dibuat, jika sebaliknya puak konsevatif dalam parti menerajui dan menguasai majlis itu, Hadi Awang mungkin selepas keputusan pemilihan itu akan kembali kepada konsep Negara Islam, tetapi akhirnya keputusan pemilihan memihak kepada puak liberal dan profesional, beliau sebagai pengerusi terpaksa akur kerana beliau telah dikelilingi oleh puak-puak tersebut , terpaksa tunduk dan ikut telunjuk mereka, sebab itu Hadi Awang membuat kesilapan terpaksa teruskan kesilapan itu, dan sepatutnya beliau tidak akan menyesal lagi, beliau tidak mungkin akan berkata bohong lagi kali ini.

Selain dari itu, jika mengharapkan kuasa yang Pas ada itu mahu menasihatkan Pakatan Rakyat wujudkan Negara Islam, adakah Pas mampu? Beranikah DAP oleh kerana tamakan kuasa sanggup ikut telunjuk Pas? Semuanya tidak mungkin berlaku.

  1. #1 by sputjam on June 15, 2011 - 2:24 pm

    If negara kebajikan means there will be no more begging in the newspapers asking for donations for children having to undergo expensive surgery, yes I support.
    If negara kebajikan means, nordic countries welfare system, yes i support.
    better than the form of govenrment now, where the rakyat msut support the crony companies.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: