PRE COUNCIL BERSAMA YAB PM

Seperti biasa PRE Council telah diadakan sebelum Parlimen bersidang. Kali ini ianya telah diadakan pada 13 Jun 2011. YAB PM telah memberi penjelasan utk pengetahuan kami dan saya mahu berkongsi dengan para sahabat kerana ianya satu kebaikan; sudah tentu, macam biasa, ada yang tak setuju:

1. Pertumbuhan GDP bgi S1 2011 = 4.6%; jika tidak kerana masalah kejatuhan pengeluaran minyak yang ketara di sebuah telaga minyak di Sabah atas sebab2 tertentu, kita mungkin blh mencapai 6%. Satu masalah teknikal yg tak disangka; bukan kerana ekonomi yg lemah.

2. Kerajaan dlm proses mewujudkan 8k pekerjaan utk siswazah menganggur…akn ditambah, jika perlu. Pembangkang hanya tahu bercakap dan mengkritik aje…

3. Kerajaan sedang dlm proses membina rumah mampu milik bagi kumpulan berpendapatan sederhana pulak; satu unit khas diwujudkan di bawah JPM utk pastikan usaha ini berjaya. Pembangkang buat ape?

4. Usaha memerangi inflasi – Kerajaan tlh berunding dgn Mydin dan Mydin tlh bersetuju mewujudkan satu outlet khas untuk menjual barang2 perlu; jika dpt sambutan, akan dikembangkan. Pembangkang hanya tahu salahkan kerajaan aje…

5. Beban subsidy — kerana kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia sekitar USD100 bpd drp sekitar USD79 bpd tetapi harga RON95 dan gas masak tak blh dinaikkan dan cukai spt GST juga tak blh dikena / naikkan (blh tumbang kerajaan) maka kerajaan akan menanggung kenaikan beban subsidy sebanyak RM8b sedangkan hasil kerajaan adalah terhad. Mcm mana kita blh sama2 bantu secara kreatif dan konstruktif dlm hal ini?

[Mengenai subsidi, bolehlah baca di sini  dan di sini.

6. Pembangkang, termasuk PAS, menggunakan pendekatan political expediency [spt sanggup gadaikan Islam, membabi buta menyokong DSAI sehingga mengatakan video itu besi aje dan menggugurkan Dr Hassan Ali, dll utk ke Putrajaya, bukan ke Syurga]; maka jangan under rate mereka.

7.  Para pemimpin BN hendaklah menunjukkan kewibawaan masing-masing dan hendaklah dilihat lebih credible dari pembangkang.

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: