Merakyatkan teknologi hijau

Ucapan Penangguhan :- YB. Senator Datuk Akbar Ali
Tajuk Ucapan :- Merakyatkan Outcome Teknologi Hijau – Peserta
FELDA, FELCRA dan RISDA
Tarikh Ucapan :- 5 Julai 2011 (Selasa)
Kementerian :- Luar Bandar dan Wilayah

Di Dewan yang mulia ini, dalam 8 persidangan yang lalu, saya telah berpeluang membahas dan mengenengahkan beberapa idea dan pandangan, termasuklah mengenai idea, iltizam dan prakarsa konkrit meningkatkan pendapatan golongan bawahan seperti nelayan, penternak, petani, pekebun kecil dan termasuklah para peserta FELDA, FELCRA dan RISDA.

Di peluang ini, secara khusus, saya ingin memacakkan idea menambahkan pendapatan para peserta FELDA, FELCRA dan RISDA yang menanam kelapa sawit. Penambahan itu adalah melalui nilai tambah (value added) yang boleh diperoleh melalui proses merakyatkan outcome penggunaan biotek dan teknologi hijau yang dipromosikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak.

Sewajarnya diakui bahawa ketiga-tiga agensi kerajaan itu telah berjaya menguruskan tanah kebun dan sumbangan outcomenya ialah peluang pekerjaan turut bertambah, pengeluaran dan eksport negara meningkat, aktiviti ekonomi bertambah rancak, pendapatan para peserta melompat dan seterusnya kadar kemiskinan menurun serta jurang pendapatan semakin rapat. Ini semua telah saya lakarkan dalam ucapan membahaskan Titah DYMM YDP Agong pada 20 April lalu.

Dalam konteks 3 agensi berkenaan, kejayaan tersebut dicapai di bawah paradigma ‘tradisonal’ iaitu amalam pertanian yang baik (GAP), penggunaan high yield varieties / tissue culture, penggunaan baja yang optima dan seumpamanya.

Pendapatan para peserta agensi berkaitan dibayar berdasarkan 2 punca sahaja iatu Oil Extraction Rate (OER) (a) buah sawit antara 16 % – 20% dan (b) isi rong sawit antara 4.5% – 6%. Dua punca dan OER tersebut telah digunapakai sejak 30 tahun yang lalu.

Ia tidak ditambahbaik dengan merebut pelbagai faedah yang dihasilkan oleh biotek dan teknologi hijau yang berkembang pesat. Yang demikian, berlakulah ketirisan dari segi pendapatan para peserta dan hasil agensi berkenaan manakala pihak lain yang arif memanfaatkan teknologi tersebut meraih keuntungan percuma.

Ketirisan yang berlaku itu ialah para peserta tidak mendapat apa-apa faedah daripada bahan buangan sawit seperti EFB, tempurung, batang dan pelepah sawit yang sesuai digunakan untuk menghasilkan bio-bahan api, baja organik, makanan binatang, Medium Density Fibreboard (MDF), papan lapis, papan serpai, kertas dan pulpa.
Mereka juga tidak mendapat sebarang faedah daripada efluen dari kilang (POME) yang sekarang sudah boleh digunakan untuk memerangkap biogas bagi penjanaan elektrik. Ia juga mengandungi bahan fenolik yang tinggi dan berpotensi untuk merawat H1N1. Bahkan gas buangan (waste gases) juga boleh diperangkap untuk diproses dan dijadikan fly ash bagi mengurangkan kos membuat konkrit.

Justeru, diusulkan di Dewan yang mulia ini supaya pihak pengurusuan tertinggi di ketiga-tiga buah agensi berkenaan memulakan inisiatif merangka road map merakyatkan outcome penggunaan biotek dan teknologi hijau ini. Road map tersebut hendaklah turut mendapat input daripada pakar-pakar yang berkaitan di MPOB dan estet kelapa sawit swasta serta pengilang minyak sawit.

Road map itu hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

10.1 merealisasikan / menterjemahkan konsep ‘waste no waste’ dan ‘from waste to wealth’ agar pendapatan para peserta meningkat ekoran kemajuan di bidang biotek dan teknologi hijau,

mengkaji semula formula yang digunapakai dalam penjualan buah tandan segar (BTS),

menggalakkan pembinaan kilang minyak kelapa sawit yang berkonsepkan Zero Waste Effluent yang seterusnya menyumbang kepada pengurangan GHG dan pemanasan dunia,

menyemak semula kontrak jualan dengan kilang,

mengambil kira nilai keseluruhan BTS yang merupakan milik peserta – minyak sawit, minyak isi rong, EFB, tempurung, POME dan suspended particulates – dalam menentukan pendapatan dari penjualan BTS tersebut,

menjadikan sumber pendapatan peserta dari hasil bahan buangan sawit seperti pelepah dan batang sawit; dan

mengkaji sumber-sumber lain yang boleh menjadi sumber baru pendapatan para peserta.

Pelakasanaan idea ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan antara 20% – 30% bagi 600,000 peserta. Ia berpotensi untuk meningkat lagi. Yang demikian, ia akan turut menyumbang kepada kejayaan visi YAB Perdana Menteri yang komited untuk meningkatkan GNI per kapita kepada RM50,000 setahun menjelang tahun 2020 melalui lonjakan pendapatan itu!

Disedari idea ini memerlukan masa untuk dihalusi dan dilaksanakan. Prasyarat kejayaannya ialah (a) ia hendaklah dilihat secara positif dan di ‘buy-in’ oleh semua pihak yang terlibat dan (b) ia hendaklah dimulakan sekarang kerana kerja beransur tak bertahan, kerja bertangguh tak menjadi.

Atas prinsip / konsep yang sama, golongan lain seperti nelayan (harga ikan hendaklah termasuk nilai isi, perut, ensang, tulang, kepala, ekor dan sisik), penanam jagong dan pisang (seluruh pokok jagung dan pisang adalah berharga) wajarlah juga mendapat faedah yang sama!

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: