Jawapan untuk soalan no. 40 – Akbar Ali

SOALAN NO.: 40

DEWAN NEGARA MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN
PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK AKBAR BIN ALI

TARIKH : 5 JULAI 2011

SOALAN :

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan terkini:

(a) usaha dan outcome mengatasi banjir kilat di seluruh negeri Melaka; dan

(b) permohonan 2 batang parit di Kg. Tedong, Merlimau bagi tujuan mengatasi masalah banjir sejak 20 tahun yang lalu.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa peka dan serius dengan kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di seluruh Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah menyiapkan Pelan Induk Tebatan Banjir pada tahun 2009 untuk Negeri Melaka bagi menangani masalah banjir. Selain itu, projek-projek tebatan banjir yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sejumlah RM165.5 juta telah siap dilaksanakan di beberapa kawasan bandar dan kampung seperti berikut:

Projek Tebatan Banjir Negeri Melaka Fasa 1A (RM17.74 juta);
Projek Tebatan Banjir Negeri Melaka Fasa 1B (RM35.13 juta);
Projek Tebatan Banjir Lubok Cina (RM3.88 juta);
Pembinaan Kolam Takungan Banjir Sungai Rambai (RM2.67 juta);
Projek Menaik taraf Sistem Saliran Bandaraya Fasa I (RM32 juta); dan
RM 74 .08 juta untuk kos pengambilan balik tanah bagi projek-projek berkenaan.

Manakala Kerajaan Negeri turut telah membiayai projek-projek kecil sejumlah RM2.9 juta yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Melaka.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek yang dilaksanakan telah berjaya mengurangkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Negeri Melaka seperti di Kg. Pengkalan Rama Tengah, Durian Daun Dalam, Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM), Kg. Chetti, Pekan Simpang Bekoh, Pekan Pulau Sebang, Kg. Lapan, Kg. Sembilan Bachang, Bachang Baroh dan Kg. Bachang, Taman Melawis, Taman Bukit Beruang dan Taman Sentosa, Kg. Payasum Sg. Udang, Taman Merak Mas Bukit Katil dan Taman Setiakawan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan projek yang belum ditangani sepenuhnya kerana ianya memerlukan sambungan komponen projek di bawah Fasa II yang melibatkan pembinaan beberapa buah rumah pam. Dengan siap perlaksanaan projek di bawah Fasa II kelak, adalah dijangkakan isu banjir kilat yang kerap berlaku akan dapat ditangani sepenuhnya di negeri Melaka.

(b) Bagi permohonan dua (2) batang parit di Kg. Tedong di Merlimau, panggilan sebut harga telah dibuat bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan dua (2) batang parit tersebut. Sebutharga telah ditutup pada 14 Jun 2011 dan perlantikan kontraktor juga telah dibuat. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada waktu terdekat ini dengan kos RM 56,600.00 dan dijangka siap pada 18 Ogos 2011.

Sekian, terima kasih.

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: