Mitigasi Jurang Melebar

Ucapan Penangguhan :- Senator Datuk Akbar Ali

Tajuk Ucapan :- Mitigasi Jurang Yang Berpotensi Akan Melebar

Tarikh Ucapan :- 12 Julai 2011 (Selasa)

Kementerian :- Jabatan Perdana Menteri

1. Kita bersyukur kepada Allah swt dan menghargai kejayaan Kerajaan BN yang mampu mengemudikan negara, khususnya dalam menghasilkan 12 socio-economic and environmental outcome mix yang sungguh unik dan menakjubkan. Tidak ada negara lain yang boleh menandinginya.

2. Outcome mix tersebut merujuk kepada 12 angkubah iaitu (a) Keamanan dan keselamatan, (b) Perpaduan dan keharmonian kaum, (c) Kebebasan bersuara dan beragama, (d) Kualiti hidup yang meningkat, (e) Pertumbuhan ekonomi yang pesat, (f) Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah, (g) Pendapatan isi rumah bertambah, (h) Kadar kemiskinan menurun, (i) Jurang pendapatan mengecil, (j) Kadar inflasi di tahap sederhana, (k) Hasil kerajaan (revenue) mengukuh, dan (l) Pembangunan mampan.

3. Kejayaan berkenaan telah saya huraikan pada 20 April lepas dalam Dewan yang mulia ini. Ia adalah outcome pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengutamakan strategi serampang dua mata iaitu (a) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan (b) penyusunan semula masyarkat. Ia dicapai melalui pendekatan Redistribution With Growth (RWG).

4. Lanskap ekonomi masa kini dan menjelang tahun 2020 sudah tentu berbeza dengan lanskap zaman 1970an. Namun rakyat tetap menuntut 12 socio-economic and environmental outcome mix yang sama kerana ianya adalah yang terbaik bagi kesejahteraan mereka. Namun pendekatan yang sama itu tidak boleh diduplicate di bawah lanskap sekarang untuk menghasilkan outcome mix yang sama.

5. Justeru, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merangka Model Baru Ekonomi (MBE) untuk merealisasikan Program Transformasi Ekonomi (PTE) bagi menghasilkan outcome mix tersebut. Inisiatif YAB PM kita ini amat wajar diberikan sokongan yang jitu.

6. Seperti mana yang sama-sama kita ketahui, MBE ini memfokus kepada tiga parameter utama iaitu (a) pendapatan tinggi, (b) keterangkuman dan (c) kemapanan. Ia merupakan resipi yang baik.

7. Tetapi apa yang memimbangkan saya bagi 10 tahun akan datang, dalam usaha memacu pendapatan tetapi kurang memberi perhatian kepada agihan, ialah pelebaran jurang pemilikan ekuiti, pendapatan dan kekayaan seperti mana yang berlaku di Singapura dan Amerika Syarikat.

8. Beberapa simpton ke arah itu adalah seperti lakaran berikut:

8.1 pelaksanaan kuota 55:45 (misalnya pemberian biasiswa JPA dan kemasukan ke universiti tempatan) yang tidak berlandaskan komposisi kaum (67:33). Dasar ini merugikan kaum Bumiputera kerana syernya (12) telah dirampas oleh Bukan Bumipitera. Yang memburukkan lagi keadaan ialah golongan miskin ini memberi subsidi kepada golongan kaya kerana Bumiputera, secara relatif, lebih miskin berbanding Bukan Bumiputera. Outcomenya ialah jurang akan terus melebar. Sebagai contoh ialah jurang di kalangan professional. Memanglah benar, misalnya, pada tahun 2008, kerajaan telah berjaya melepasi sasaran DEB (30%) bagi doktor (53%), doktor gigi (49%) dan peguam (39%). Malangnya angka ini telah ‘menyorokkan’ keadaan sebenar iaitu, bagi tempoh 1995 – 2008, jurang bertambah besar apabila bilangan professional itu dinisbahkan mengikut saiz penduduk kaumnya – masing-masing sebanyak 0.0019%, 0.0008% dan 0.0007%. [Nota: Diharap tidak ada pihak yang memandang isu ini kecil kerana perbezaan peratusnya nampak kecil].

8.2 pelaksanaan dasar meritokrasi ada baiknya seperti memantapkan lagi daya saing dan menyemarakkan pula nilai kecemerlangan kerana yang terbaik mendapat ganjarannya. Tetapi pelaksanaannya di padang sosio-ekonomi yang tidak sama rata mengakibatkan distributive injustice dan melebarkan lagi jurang. Ia bertukar menjadi undang-undang rimba – survival of the fittest. Sebagai contoh, dasar penukaran pembiayaan pendidikan PTPTN kepada biasiswa bagi siswazah yang mendapat ijazah muda dengan kepujian Kelas Pertama. Dasar ini, yang melibatkan RM277.99 juta sehingga 31 Mei 2011, telah memberi keuntungan besar kepada kaum Bukan Bumiputera (82.9%) berbanding Bumiputera (17.1%) dan kepada golongan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan (67%) berbanding golongan berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan (33%).

8.3 pelaksanaan dasar liberalisasi menggalakan kemasukan pelaburan dan akan membantu menjana GNI. Sebagai contoh, antara 2009 sehingga hujung Februari 2011, kita telah berjaya menarik pelaburan RM86.625 bilion di sektor perkilangan. Sudah tentu ianya berguna dari segi merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi ianya telah melebarkan jurang dari segi hak modal saham kerana 62% adalah milik asing, 20% Bukan Bumi dan hanya 14% milik Bumi.

Jika arah aliran ini berterusan maka sejarah akan berulang semula. Di bawah DEB, Kerajaan telah berjaya meningkatkan hak modal saham Bumi dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.3% pada tahun 1990. Akibat kelonggaran pelaksanaan Dasar Pembanguan Negara (DPN), hak tersebut telah merosot kepada 18.9% pada tahun 2000. Kemerosotan itu telah menyedarkan kerajaan. Kesedaran tersebut pula telah meningkatkan semula hak saham modal Bumi kepada 21.9% pada tahun 2008. Dasar liberalisasi yang diamalkan masa kini boleh menyebabkan pemilikan itu jatuh semula. Maka jurang pemilikan saham akan melebar!

8.4 Agenda memperkasa MPPB yang lemah oleh sesetengah agensi Kerajaan. Sebagai contoh, di bawah RMKe-9, SMECorp hanya meluluskan geran sebanyak 36.2% (RM221.64 juta) dan pinjaman mudah sebanyak 19.6% (RM139.84) untuk SME Bumiputera. Kelemahan ini sudah tentu melebarkan pula jurang kekayaan antara kaum kerana Bukan Bumi mendapat the lion share.

8.5 Komitmen untuk menswastakan syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan secara telus dan mengambil kira keteguhan syarikat dari segi pengurusan perniagaan dan kewangan adalah baik dari segi good governance dan daya saing. Namun, di padang sosio-ekonomi yang tidak sama rata, prinsip meritokrasi ini, sekali lagi, akan memberi unfair advantage kepada syarikat-syarikat gergasi domestik dari satu kaum dan syarikat asing untuk expropriate khazanah negara, seperti yang pernah berlaku di Chile dan Argentina (Rujuk “The Shock Doctrine” oleh Naomi Klien dan “Economic Genocide in Chile” oleh Andre Gunder Frank). Potensi outcomenya ialah jurang kekayaan antara kaum dan kumpulan sosio-ekonomi akan menjadi seperti canyon!

9. Berdasarkan lakaran ini maka kerajaan hendaklah memperkenalkan segera langkah-langkah mitigasi untuk mencegah potensi penglebaran jurang berkenaan dengan menyemak semula dasar-dasarnya agar, dalam usaha menjana pendapatan tinggi, ia turut menekankan distributive justice dan menghormati Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Yang demikian, sasaran Kerajaan untuk memperbaiki ketaksamaan pendapatan keseluruhan dari 0.441 (2009) kepada 0.420 (2015), mengikut ukuran pekali Gini (Gini Coefficient), akan dapat dicapai. Justeru prinsip keterangkuman akan berjaya direalisasikan. Lantas kita akan dapat mengekalkan rekod yang unik dan menakjubkan itu demi kesejahteraan majoriti rakyat.

10. Akhir kalam, sukalah ditegaskan bahawa usaha mengkonkritisasikan distributive justice dan prinsip keterangkuman ini tidak berpaksikan undang-undang Robin Hood – “ Rompak orang kaya dan berikan pada orang miskin”. Sebaliknya ia berpandukan pandangan Ronald Reagan, “Kita tidak perlu membunuh orang kaya untuk menolong orang miskin” dan mengikut nasihat pantun pusaka ini:

Kita tak hendak ke seberang,
Kita hendak ke kota,
Kita tak hendak hak orang,
Kita hendak hak kita.

  1. #1 by mohd azim on July 11, 2011 - 11:42 pm

    syabas Datuk…memperjuangkan hak bumiputra!

  1. CEO TERAJU – BERSILAT / BERTAICI? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: