Teraju – Harimau Tidak Bergigi?

TERAJU – HARIMAU TIDAK BERGIGI?

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEM) pada 23hb Julai 2011 berhubung prestasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) wajar disokong.
2. TERAJU ditubuhkan sebagai sekretariat kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang boleh dianggap sebagai setara dengan jawatankuasa kabinet mengenai agenda ekonomi Bumiputera. Justeru ia sewajarnya mempunyai kuasa eksekutif untuk membolehkannya mengeluarkan arahan (directives) kepada agensi pelaksana dan agensi berkenaan hendaklah mematuhinya.
3. Di peringkat awal, TERAJU dikenal pasti mempunyai bidang tanggungjawab dalam lima sektor kritikal iaitu Keusahawanan, Pembiayaan, Pendidikan dan Penggajian, Penilaian Institusi dan Dasar serta Pengurusan Stakeholders. Selepas pelancarannya TERAJU diberikan tanggungjawab sebagai sekretariat Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) sebagai inisiatif mempercepatkan pencapaian Bumiputera dalam pasaran modal dan ekuiti.
4. MTAB juga telah menetapkan objektif TERAJU adalah untuk meneraju, menyelaras dan memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi untuk mengurangkan jurang ekonomi yang wujud antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
5. Di samping itu TERAJU perlu melaksanakan insiatif baru dan yang sedia ada serta mencadangkan pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera. Bagi memastikan bahawa kerja melaksanakan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, TERAJU ditugaskan untuk:
Memudahcara cadangan-cadangan program atau inisiatif yang hasilnya dapat dizahirkan secara pantas dan efektif
Meningkatkan keberkesanan institusi
Pengurusan Program dan sokongan aktif
Penilaian keberkesanan
Menguruskan Makmal Pembangunan Ekonomi Bumiputera,pada 21 Mac – 1 April 2011
6. Bagaimanapun, PKU merasakan bahawa skop dan bidang tugas yang banyak, besar dan memerlukan kesegeraan itu tidak disokong oleh struktur, kuasa dan sumber TERAJU yang gagah, cukup dan mapan berbanding dengan struktur dan kuasa pelaksanaan yang diberikan kepada PEMANDU.
7. PKU memahami bahawa pengurusan TERAJU yang terikat dengan struktur yang kurang berkesan akibat ketidak cukupan personel bagi memenuhi keperluan lima bidang tanggungjawab utamanya itu. Maka personel yang ada terbeban dengan tanggungjawab yang terlalu banyak. Di samping itu, ia juga terpaksa melayani banyak perkara ad hoc yang dicetuskan oleh pelbagai pihak berkepentingan. Yang demikian, pengurusan TERAJU kehilangan fokus.
8. Penubuhan PEMANDU dan TERAJU tidak sepatutnya sama sekali memberi impresi bahawa wujud dualisma ekonomi dalam Negara iaitu satu kelompok EPP yang dipelopori oleh PEMANDU dan satu lagi kelompok EPP oleh TERAJU. Namun masyarakat Bumiputera melihat kedua-dua entiti ini sebagai entiti yang berasingan dengan perhatian kerajaan dilihat lebih mengutamakan PEMANDU dari aspek sokongan kewangan, logistik dan politik.
9. TERAJU dilihat oleh masyarakat Bumiputera sebagai tidak mempunyai keistimewaan seperti yang dinikmati oleh PEMANDU. Pandangan ini ternyata benar dalam sekurang-kurangnya empat aspek:
Struktur Organisasi : PEMANDU lebih berkeupayaan dengan dipimpin oleh CEO bertaraf Menteri yang menghadiri mesyuarat kabinet. CEO TERAJU bertaraf Ketua Jabatan sahaja!

Struktur Personel : PEMANDU mempunyai kakitangan hybrid yang memenuhi kriteria dan keperluan tugasan PEMANDU manakala TERAJU bermula dengan bilangan personel yang terhad tetapi terbeban dengan tugasan yang sangat besar.

Kesegeraan Kelulusan: PEMANDU dilihat menikmati komitmen pucuk pimpinan Negara dalam aspek mendapat keputusan yang segera manakala TERAJU kelihatan agak perlahan kerana mendapat keputusan yang lambat dari peringkat atasan.

Kesegeraan Tindakan Agensi: PEMANDU disokong oleh struktur dan mekanisme yang konkrit dan bergerak di peringkat kementerian dan agensi. TERAJU dilihat seolah-olah sebagai harimau yang tidak bergigi!
10. PKU mengharapkan kedua-dua agensi mempunyai peranan, tanggungjawab dan program yang harus bersifat saling inklusif (mutually inclusive). Agenda PEMANDU perlulah mengambil kira kepentingan Bumiputera manakala agenda TERAJU perlulah selari dengan matlamat dan sasaran NKEA / NEM / ETP, selagi ianya tidak merugikan Bumiputera.
11. PEMANDU, dari awal lagi, hendaklah factor in kepentingan dan faedah untuk Bumiputera dalam rantaian nilai semua EPPnya manakala TERAJU pula hendaklah dari awal lagi menilai kehadhiran kepentingan Bumiputera yang memuaskan dalam semua EPP PEMANDU itu dan seterusnya memudahcara dan memantau penyertaan Bumiputera dalam rantaian nilai EPP tersebut di bawah kawal selia PEMANDU.
12. Melalui pendekatan yang saling inklusif ini, PKU percaya hasrat Negara hendak bergerak ke arah Negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai tanpa meminggirkan kepentingan masyarakat majoriti Bumiputera. Yang demikian, kemakmuran dan keadilan sosial yang terangkum akan dinikmati oleh seluruh rakyat Negara tercinta ini, SELARAS DENGAN KONSEP 1MALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

  1. CEO TERAJU – BERSILAT / BERTAICI? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: