CEO TERAJU – BERSILAT / BERTAICI?

Syabas MM

1. Mingguan Malaysia (MM) telah menyiarkan wawancara dengan CEO TERAJU, En. Husni Saleh pada 31 Julai 2011 lalu.

2. Ruang keemasan yang diberikan oleh MM kepada TERAJU itu adalah suatu yang wajar dipuji. Ia merupakan satu peluang terbaik bagi institusi tersebut untuk respon kepada apa yang dianggap sebagai “kenyataan pedas yang dilemparkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu tertentu” ke atasnya.

3. Maka para pembaca pula berpeluang untuk menilai pandangan kedua-dua pihak dan membuat keputusan masing-masing. Inilah dia satu amalan demokrasi yang bersih dan tertib; lebih bersih dan tertib daripada Bersih@Ambiga! Syabasy MM.

4. Penjelasan yang diberikan itu telah diteliti. Kekangan dan cabaran yang dihadapai diakui. Dalam pada itu, izinkan saya respon kepada 6 isu seperti di bawah. Respon ini adalah dalam konteks constructive engagement. Apatah pula, kami telah pernah duduk berbincang beberapa hari sebelum pelantikan En. Husni sebagai CEO TERAJU diumumkan.

Rombongan MPM berbincang dengan En. Husni di Pejabat beliau pada 27 Jan. 2011

6 Isu

5. Pertama, fahami, hayati dan insafilah aspirasi dan ekspektasi serta restlessness rakyat, khasnya Bumiputera, terhadap TERAJU sepertimana yang disuarakan oleh NGO dan individu tertentu berkenaan. Pada hemat saya (mungkin salah), jawapan / penjelasan yang diberikan itu nampaknya tidak begitu menggambarkan kefahaman, penghayatan dan keinsafan yang mereka harapkan. Pendek kata, jawapan tersebut seolah-olah menggambarkan TERAJU masih berada dalam mode business as usual. Mereka mahu TERAJU melaksanakan business unusual.

6. Kedua, peranan TERAJU. Kita dimaklumkan bahawa TERAJU diamanahkan dengan 4 peranan utama. Peranan PERTAMAnya adalah untuk mencapai hasil yang PANTAS DAN EFEKTIF. Maka tidakkah adil (fair) rakyat mengharapkan the very same thing – PANTAS DAN EFEKTIF? Fahamilah bahawa rakyat tidak lagi berminat kepada pendekatan bersilat dan bertaici!

7. Seterusnya dimaklumkan bahawa “peranan utama Teraju adalah sebagai satu unit yang membuat perancangan … dan seterusnya menyelaraskan kesemua program-program dan … juga diberi mandat untuk mengemukakan cadangan … Kedudukan Teraju sebagai urus setia atau sekretariat MTAB hanya sekadar mempermudahkan isu-isu pentadbiran, penyimpanan rekod serta mempermudahkan hubungan di antara ahli-ahli MTAB dan Teraju.” Jika INILAH peranan utama TERAJU, TANPA kuasa eksekutif, maka untuk berlaku adil kepada CEO TERAJAU, apakah pencapaian yang PANTAS DAN EFEKTIF yang mampu beliau hasilkan? Lalu wajarlah ditanya, was TERAJU rightly conceived?

8. Ketiga, mengenai analogi “memandu sebuah lori yang besar kita tentunya tidak akan terus memasuki gear lima, tetapi untuk memulakan perjalanan itu kita harus masuk ke gear satu dahulu, selepas itu dua dan seterusnya.” Analogi seperti ini boleh menjadi sebahagian prinsip hidup. Justeru ia boleh membentuk pendekatan seseorang itu bekerja atau menangani sesuatu isu.

9. Tidak dinafikan, dalam situasi tertentu, ada kebenaran dalam menggunapakai pendekatan seperti itu. Tetapi memahami, menghayati dan menginsafi aspirasi dan ekspektasi serta restlessness rakyat, khasnya Bumiputera, terhadap TERAJU masa kini maka adakah pendekatan tersebut sesuai dan relevan?

10. Sehubungan itu, jika DEB mengambil masa 40 tahun untuk mencapai tahap 21.9% bagi pegangan ekuiti Bumiputera, kini TERAJU hanya ada 9 tahun “untuk mendokong agenda yang amat besar” dalam memenuhi segala tuntutan rakyat Bumiputera! Lantaran sesuaikah analogi momentum gear satu, gear dua … gear lima itu digunapakai?

11. Kombinasi tiga isu di atas merupakan manifestasi a deep sense of urgency! Maka bukankah rakyat mengharapkan pendekatan helikopter yang menegak naik atau pendekatan seperti ketangkasan sebuah jet pejuang? Jika pendekatan ini yang digunapakai maka semua equation perlu berubah, selaras dengan saranan Shiv Khera… “winners don’t do different things. They do things differently!”

12. Keempat, dipersetujui bahawa adalah tidak adil membandingkan prestasi dan pencapaian PEMANDU yang telah beroperasi (berlari) lebih 2 tahun dengan TERAJU yang baru berusia 6 bulan (hendak merangkak). Walau bagaimanapun, tentulah boleh dan adil jika dibandingkan pencapaian kedua-dua organisasi tersebut bagi tempoh 6 bulan pertama masing-masing beroperasi. Saya yakin PEMANDU bersedia bekerja sama. Sebaiknya ruang yang telah diberikan itu turut digunakan bagi tujuan ini.

13. Kelima, mengenai gesaan CEO TERAJU “supaya orang Melayu membuang mentaliti ‘tongkat dan hak kita’ dan bersaing secara sihat tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan”. Gesaan / saranan tersebut mengundang pula dua respon:

13.1 ia wajar dilihat berniat baik kerana ekonomi / perniagaan Melayu / Bumiputera akan mapan dari segi jangka panjang. Namun adalah wajar diketahui apakah persediaan awal yang konkrit dibuat oleh TERAJU dan agensi-agesi lain yang berkaitan agar saranan berkenaan, terutama persaingan yang sihat dan adil, boleh direalisasikan segera?

Sudahkah, misalnya, modal sosial (social capital) dikaji dan eko-sistem ekonomi (economic eco-system) negara kita dihalusi? Berjayakah saranan tersebut dilaksanakan nanti di bawah lanskap sedia ada itu? Jika tidak, apakah yang wajar dibuat terlebih dahulu supaya terelak sindrom belum duduk sudah berlunjur!

Agar Melayu / Bumiputera tidak terus dipersalahkan kerana kononya ingin terus bergantung kepada tongkat dan berpaut pada kerajaan, rujuklah, misalnya buku The Chinese Merchants in South East Asia oleh JT Land;

13.2 Ramai bukan Melayu berada di kedudukan mereka sekarang kerana bantuan dan tongkat yang diberikan oleh Kerajaan BN yang didokong oleh UMNO. Ada sesiapa berani menafikannya?

Dianggarkan lebih ramai lagi Meayu / Bumiputera berada di kedudukan mereka sekarang ini, termasuklah saya dan CEO TERAJU, kerana DEB dan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persukutuan. Maka wajarkah kita, selepas selamat menyemberang titi, menggesa supaya tongkat itu dibuang sedangkan masih ramai lagi memerlukannya dan jambatan yang kukuh belum lagi dibina untuk mereka? Apatah pula hak-hak istimewa mereka itu telahpun dipahatkan di bawah Perkara 153 tersebut. Mengapa hendak dinafikan hak mereka itu sedangkan hak orang lain tidakpun digugurkan?

14. Keenam, selain daripada menghuraikan peranan TERAJU, adalah menjadi lebih lengkap lagi jika turut dijelaskan TERAJU Key Result Areas (TKRA) yang hendak dihasilkan menjelang 2015 dan 2020 nanti. Yang demikian, rakyat akan faham, boleh buy-in dan seterunya membantu, di mana yang termampu.

Harapan

15. Jangkaan saya ialah masyarakat Bumiputera mengharapkan TERAJU tidak menjadi seperti EKUINAS.

16. Kita semua tahu TERAJU diwujudkan kerana desakan yang timbul ekoran dari penutupan MECD dan EKUINAS pula ditubuhkan kerana syarat-syarat tertentu FIC telah dihapuskan untuk memberi laluan kepada pelakasanaan dasar liberalisasi. Syarat-syarat tersebut telah dibatalkan serta merta tetapi EKUINAS mengambil masa beberapa bulan untuk diwujudkan dan kini masih merangkak. Contoh yang jelas ialah inisiatif pelaburan.

17. Pelaksanaan dasar liberalisasi berkenaan telah menggalakan kemasukan pelaburan yang mencurah-curah. Sebagai contoh, antara 2009 sehingga hujung Februari 2011, kita telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM86.625 bilion di sektor perkilangan. Dari segi hak modal saham, 62% adalah milik asing, 20% Bukan Bumi dan hanya 14% milik Bumi. Berapakah sumbangan / kejayaan EKUINAS dalam tempoh yang sama itu? Hanyalah RM0.60 bilion atau 0.69%! Sudah tentu, pada masa yang sama, jurang kekayaan semakin melebar!

18. Jika EKUINAS masih merangkak dan TERAJU pula belum menyelar, apakah lanskap ekonomi Bumiputera di bawah MBE menjelang 2020 nanti? Ada sesiapa boleh lakarkan?

19. Saya serahkan kepada para pembaca untuk menilai respon saya ini sama ada adil (fair) atau tergolong dalam kumpulan teguran pedas?

  1. #1 by Azlan Awang on October 9, 2011 - 1:58 pm

    Dato,
    Saya percaya strategi ekonomi melayu perlu ditangani dalam 2-3 pendekatan utama :-
    1. Salaries and Wages Income
    2. Businesses (via Teraju, etc)
    3. Education & Training

    Saya jelaskan secara ringkas spt berikut…..

    Salaries & Wages
    i) CE (Compensation to Employees atau salaries & wages) ratio to GDP di malaysia hanya 28% (DOSM:GDP by Income)
    Berbanding dengan negara2 HIE lain, CE disana adalah dalam braket 45% hingga 57%. Bermakna pekerja diMalaysia getting a “raw deal”. Di Australia yang kita ketahui, pekerja mereka begitu casual (hampir malas) berpendapatan sebanyak minima AUD20 satu jam (RM 60/jam) atau RM 480 sehari . Ia tidak membuat Australia less competitive! Juga barang2 disana mahal tapi tak lah hingga sepuluh kali ganda mahal.
    Ini memerlukan polisi saperti minimum wage serta tax regime yang akan distribute national income lebih bias pada CE.
    ii) Peluang kerja perlu dikaji. Bumiputera kurang dapat peluang – they’re just not adequately employed. By statistics, only 39% Bumi population employed whilst 50% to 55% of nonBumi are employed.

    ok will continue on the other 2.

  2. #2 by Azlan Awang on October 9, 2011 - 2:24 pm

    Dept of Statistics Malaysia (DOSM) – MEASURING GDP – USING INCOME
    APPROACH
    http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/journal/2.2009/Measuring_Gross_Domestic_Product.pdf

    • #3 by akbar ali on October 11, 2011 - 6:22 pm

      Sdr Azlan,

      1. Saya setuju dengan 3 stratagei itu.

      2. Saya juga setuju, dalam usaha ke arah negara berpendapatan tinggi, tumpuan perlu diberi kepada pekerja kerana ia merupakan tiga per empat drp gunatega.dan tiga per empat dari pada 40% isi rumah terbawah adalah Bumi!

      3. Saya ingin lihat ulasan sdr mengenai peranan Teraju.

      Tk

  1. Side effects of tongkat ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: