FAJAR MENYINSING: EKUILIBRIUM BARU?

1. Ucapan DSN di malam 15 September 2011 (menjelang Hari Malaysia) telah menggegarkan bumi Negara ini dengan pengumunan bahawa kerajaan BN akan:

• Memansuhkan Akta ISA 1960 dan digantikan dengan 2 Akta baru;
• Membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977);
• Meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
• Menyemak semula Akta Kediaman Terhad 1933;
• Membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan
• Menyemak semula Seksyen 27, Akta Polis 1967.

2. Bagi golongan liberal yang inginkan lebih banyak kebebasan maka sudah tentu mereka gembira dan mungkin menanggap pengumuman tersebut sebagai petanda fajar telah menyinsing selepas 47 tahun berada dalam kegelapan malam yang gelap gulita.

3. Bagi golongan pembangkang pula, sudah tentu mereka gembira dan claim credit bahawa kononnya keputusan DSN itu adalah outcome desakan mereka seperti yang terkandung dalam Buku Jingga. Contohnya seperti sms yang saya terima ini:

“They’re already gloating all night, based on their tweets. Now that BN Govt bow to ‘Buku Jingga’ pressures, Opp should tell BN off more”.

4. Bagi penyokong kental BN, sudah tentu pengumuman tersebut, sama seperti keputusan-keputusan lain, akan tetap disokong. Bersama DSN, kita mencari ekuilibrium yang baru!

5. Tetapi terdapat juga penyokong BN yang nampaknya tidak setuju.

6. DSN mungkin perlu memberi perhatian kepada golongan yang tidak setuju ini kerana mereka masih sayangkan BN tetapi agak kritikal terhadap pengumuman itu. Mereka nampaknya lebih menghargai keamanan dan keselematan Negara berbanding dengan kebebasan / civil liberties dan tuntutan demokrasi. Antara komen mereka:

“Gila! Tanpa ISA / EO / tahanan terhad daerah, camana nak tahan kepala kongsi gelap, gangster???”

“Bungkus!”

“Mansuh ISA mungkin org yg dulu sokong DAP/PKR sekarang bagi undi kat BN??? Lancap dulu la. Bungkus!”

“This is beyond repair! Too huge of a mistake!”

“Dah tentu abolish ISA, patut abolish undang2 sodomi.”

“For sure there is no vote to gain. When I wrote midnight that Malaysians must rise to this new found freedom to be vocal, mature, and articulate, I fear Melayu will not be able to fight this intellectual dimension of political warfare. Senyum besar Cina2 komunis apabila kuasa discretion Melayu dihapuskan oleh Melayu sendiri.”

“Anti terrorism law meant will use the court system. With most judges pro opposition and pro govt hakim are hakim amaran dalam negeri. Opposition is financially backed, and intellectually and operationally assisted by foreign powers using subversive op, psywar and propaganda. Kalah kita.”

7. Bloggers juga tidak buang peluang untuk membuat ulasan masing-masing seperti yang terdapat di sini , di sini, di sini  dan di sini.

8. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat di atas kiriman sms itu. Reaksi saya ialah:

• Saya faham akan anxiety ini kerana kita lebih menghargai dan sayangkan keamanan serta keselamatan Negara daripada kebebasan individu.

• DSN mengotakan janji beliau yang dibuat semasa menjadi PM pada 3 April 2009 bahawa beliau akan menyemak semula ISA dan lain-lain undang-undang yang berkaitan dan nampaknya majoriti rakyat pada masa itu setuju; kekuatan beliau ialah kata dikota, janji ditepati.

• Pembangkang tidak boleh claim credit kerana Buku Jingga mereka hanya diterbitkan setahun 9 bulan kemudian iaitu pada bulan Disember 2010.

• We have to support in establishing a new equilibrium between freedom and peace, harmony and security sepertimana yang dituntut oleh majoriti rakyat, jika kita percaya kepada Teori Maslow.

• Perkara 149 & 150 Perlembagaan Persekutuan terus menjamin keselamatan kita sekalipun lebih luas ruang kebebasan diberikan di bawah Perkara 10 dan 11 Perlembagaan yang sama.

• Diharp Akta-akta baru itu diperjelaskan dulu kepada rakyat, dikupas dan dihalusi sebelum ianya dibentangkan di Parlimen agar boleh di‘buy in’ oleh rakyat; ISA, EO dll hanya dibatalkan selepas Akta-akta baru itu diluluskan.

9. Dalam pada itu, eloklah ditanya sama ada pengumuman ini dilihat sebagai suatu tindakan yang controversial atau suatu usaha yang courageous? Jika itulah soalannya maka ianya mengingatkan saya of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”.

10. Harap trasformasi politik ini bersama-sama rantaian usaha transformasi kerajaan dan ekonomi yang diperkenalkan oleh DSN tidak akan membawa malapetaka seburuk itu kepada BN dalam PRU ke-13 nanti.

11. Ianya telah berlaku kepada Gorbachev dan Pak Lah apabila mereka cuba memperkenalkan pembaharuan yang mendadak (courageous?). Mungkin DSN bernasib baik seperti Deng Xiaoping – berhati-hati, matang, bijaksana dan berwawasan!

12. Sama-samalah kita berusaha bersama beliau dan berdoa.

The Maslow’s Pyramid

  1. #1 by sputjam on September 16, 2011 - 10:06 pm

    this country abolish ISA as only MUHAMAD can strive here.
    so far, Najib taking baby steps towards reformation, but better than Badawi who promise but cannot deliver.
    What we need is the continuation of ppsmi for those schools and oppositon will lose urban voters.
    plus stop sending government scholars abroad except for courses not available locally or phd. only reason why they continue this idiocy is because those guys in psd/mara etc gets to go overseas once in a while(paid holiday) on excuse of operations/inspection etc. many overseas scholars are not coming back and it is a waste of resource.

  2. #2 by Abu Idris on September 17, 2011 - 1:18 am

    arrayah.info – Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: