KITS – SIAPAKAN YANG LEBIH BANYAK MENIKMATINYA?

1. Isu DSN akan menghapuskan kuota untuk Bumiputra telah menjadi isu hangat. Ia adalah ekoran laporan Malaysian Insider pada 27 September lalu di bawah tajuk “Bumi quotas to go eventually, says Najib. Ekoran dari laporan tersebut saya menerima banyak sms dari rakan-rakan yang Pro BN / UMNO pada malam yang sama. Semua TIDAK setuju. Saya telah menyampaikan maklumbalas ini kepada pihak tertentu.

2. Pada 30 September 2011, selepas mesyuarat bulanan MT UMNO, DSN telah membuat penafian, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Najib sangkal hapus kuota Bumi) ! Beliau menegaskan:

“Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mestilah berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.”

3. Memperkasa kaum Bumiputera supaya tidak terus bergantung kepada kerajaan dan mampu berdikari adalah satu niat dan usaha yang murni. Justru saranan DSN amatlah wajar disokong. Ia memberi kebaikan kepada Bumi sendiri dan kerajaan.

4. Baik kepada Bumi kerana mereka mampu bersaing dengan sesiapa sahaja. Lantas Bumi akan dihormati lalu maruah serta martabat mereka diangkat tinggi.

5. Baik kepada kerajaan, kerana apabila kuota / kemudahan itu ditarik balik maka, bersama penghapusan dasar-dasar lain yang boleh mengherotkan ekonomi, dasar liberalisasi boleh dilaksanakan dengan lebih mudah lagi. Lantas pasaran dijangkakan menjadi lebih ‘perfect’ lagi.

6. Kenyataan / desakan menghapuskan kuota dan keistimewaan Bumiputera seperti yang terpahat di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan bukanlah isu baru. Desakan / serangan ini akan diteruskan oleh golongan berkenaan.

7. Serangan akan diperhebatkan oleh golongan tersebut, termasuklah ‘Melayu liberal / Si Tanggang moden’ dengan terus memomokkan Bumiputera sebagai kaum yang sentiasa memerlukan tongkat.

8. Jika betullah mereka itu ikhlas dan adil dalam teriakan agar ‘kuota / tongkat’ tersebut dihapuskan maka disarankan perkara-perkara berikut:

• Sebagai timbal-balik kepada pemansuhan Perkara 153 (hak istimewa untuk Bumiputera) yang didesak itu maka hak-hak yang diberikan kepada kaum-kaum lain hendaklah juga ditarik balik. Tidak hairankah bahawa hak mereka tidak langsung disentuh / dijeritkan?

• Jika sedikit peluang dan bantuan yang diberikan kepada Bumiputera itu dikatakan ‘tongkat’ dan perlu ditarik balik sedanngkan mereka adalah the disadvantaged group dan hak mereka dipelihara oleh Perkara 153 maka lebih wajarlah lagi subsidi gula, tepong, minyak masak, petrol, gas, baja padi dan lain-lain lagi ditarik balik kerana ianya (diberi subsidi di peringkat pengeluaran) lebih besar dan lebih menguntungkan orang kaya dan syarikat besar seperti Nestle, F & N, hotel dan restoran. Golongan inilah yang tidak malu berselindung di belakang orang miskin. Merekalah sebenarnya tidak ada maruah!

Subsidi tersebut sepatutnya hanya diberikan kepada golongan miskin (di peringkat penggunaan), seperti yang saya sarankan di Dewan Negara dan dalam beberapa artikel.

Golongan kaya mungkin argue bahawa jika susbsidi tidak diteruskan seperti sekarang maka harga barang / perkhidmatan menjadi lebih mahal. Benar! Tetapi ia umpama GST dan tol; hanya dibayar jika digunakan. Pengguna yang tidak / kurang menggunakannya tidak akan risau walau setinggi mana pun harga barangan / perkhidmatan berkenaan.

• Pelbagai insentif, subsidi, tax holiday, pioneer status, perlindungan dan sebagainya yang telah diberikan kepada para pelabur dan syarikat hendaklah dihapuskan. Sebenarnya golongan inilah merupakan culprit besar yang terus menerus memerlukan tongkat dan banyak menelan wang rakyat. Sebenarnya merekalah yang tidak berdaya saing bila berdepan dengan persaingan terbuka. Jika tidak diberikan, mereka akan membuat pelbagai ancaman seperti mengugut untuk membawa keluar pelaburan.

• Merubah eko-sistem ekonomi yang sedia ada kerana ianya dicengkam oleh satu-satu kaum sahaja. Lihatlah contoh cengkaman ke atas rantaian penawaran (supply chain) dalam sektor alat ganti kereta. Rujuklah, misalnya, Chinese Merchants in SEA oleh JT Land.

• Mewujudkan terlebih dahulu padang ekonomi yang sama rata sebelum meritokrasi dilaksanakan. Melaksanakan meritokrasi di bawah lanskap padang ekonomi yang tidak sama rata akan hanya memburukkan lagi economic injustice kerana belum duduk sudah belunjur! Inilah yang dikatakan the road to hell is always paved with good intention! Melakasanakan meritokrasi is a good  intention indeed. Ia merupakan satu nilai sihat yang patut didakap.

• Jika Suruhanjaya DiRaja boleh ditubuhkan untuk membela kepentingan seorang individu yang telah meninggal dunia maka tentulah lebih wajar lagi kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat sejauh manakah kuota, insentif, tongkat dan subsidi (KITS) ini telah dinikmati secara adil oleh rakyat Malaysia. Kaum / golongan manakah yang sebenarnya telah mendapat faedah yang lebih besar?

Jika kerajaan British mendapati wajar menyediakan laporan The Fair Access to Professions maka tentunya lebih wajar lagi Kerajaan Malaysia, melalui Suruhanjaya DiRaja tersebut, menyediakan laporan yang saya syorkan ini. Jika tidak silap saya, YABhg Tun M pernah mengesyorkan agar kajian seperti ini dibuat.

9. Sementara menunggu hasil kajian berkenaan, pada pandangan masing-masing, golongan manakah yang lebih banyak menikmati KITS itu?

10. Yang jelas ialah kita semua memerlukan perlindungan dan bantuan dari kerajaan; yang berbeza ialah jenis, bentuk, amaun dan kekerapan.

11. Kerajaan BN pula komited dalam memberikan perlindungan dan bantuan yang adil kepada rakyat negara ini. Para pemimpinnya insaf akan amanah ini. Jika gagal melaksanakannya maka rakyat akan menumbangkan mereka.

12. Hence, Live and Let Live!

  1. #1 by Antusiri on October 3, 2011 - 1:53 pm

    Boleh percaya kah?

    Bukan kita tidak ingat bagaimana Najib buat ucapan u-turn depan Perkasa & MPM dulu. Tapi ucapan ajalah, hapuskan tetap hapuskan.

    Tuan juga pernah menulis artikel-artikel yang dirujuk oleh petikan di bawah ini:-

    Hari ini blogger Hidup Tuah! memuatkan artikel bertajuk “NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1)”. Sebelum ini, beliau telah memuatkan artikel bertajuk. “Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera? Senjata Menumbangkan Kerajaan?

    (perenggan di atas dipetik dari SINI)

    Banyak insiden-insiden u-turn yang hanyalah merupakan ucapan-ucapan retorik Najib. Kita pernah dengar ucapan retorik Najib di pertandingan pidato antarabangsa Bahasa Melayu seketika dahulu, bagaimana terjaminnya bahasa Kebangsaan kita (Perkara 152) bila mendengar ucapan retorik Najib. Tapi kita juga tahu bagaimana tegarnya najib dengan sekolah cina dan bahasa mandarin, bukan?

    BOLEH CAYA KAAA?

  2. #2 by Antusiri on October 3, 2011 - 2:02 pm

    oh ya…

    Boleh caya kaa??

  3. #3 by sputjam on October 3, 2011 - 5:08 pm

    actually, i have seen with my own eyes, how malay managed funds are cheated left right and centre by businesses, especially pnb, tabung haji, tabung angkatan tentera, pkns etc with the idea that if they invest, the company will be listed in several years etc. they all use bumi quota as an excuse to get the funds to invest in their dud companies.
    i think, the total bumi money invested and wasted must be in the billions. the individuals who approved these investments normally are rewarded as directors or kickbacks.better to spend the money in educating bumis, but not in today’s religious centric schools and institution of higher learning. a religious free education system will hopefully liberalise and open up the malay mind and turn them into dynamic and creative stock.
    and the gahmen, in trying to increase bumi held shares in the stock market, created ekuinas, who, in turn buy useless and at a high price, the shares from chinamen, using money meant for bumis. a good example is konsortium logistiks http://www.themalaysianinsider.com/business/article/ekuinas-to-buy-majority-stake-in-konsortium-logistik-bhd/

    surely anyone in business can see how stupid it is to buy a company for over rm200mil for a slightly more than 50% stake when the revenue is only rm155mil a year. and now ekuinas has just announced investment in burger king and san francisco coffee for rm80mil. it is so stupid to focus on bumi equity and use this as an excuse to enrich the guy who disburse the fund.

    with recent sime-E & O, pnb- SP SETIA announcement, please stop all these bumi equity nonsense as the company is only as good as the founder. once the founder got the cash, he is likely opt out leaving an empty shell for the bumi funds to hold on to.

    YOU, AS AN ECONOMIST SHOULD KNOW BETTER. INVEST IN A GOOD EDUCATION SYSTEM. TEACH THE MALAYS TO COMMUNICATE IN AS MANY LANGUAGES AS THEY CAN. PRESENTLY, MALAYS CANNOT EVEN COMMUNICATE IN ONE SINGLE LANGUAGE PROPERLY.
    BRING BACK PPSMI. AND DESPITE HAVING MOTHER TONGUE EDUCATION, MALAYSIANS WHO USES ENGLISH AS THEIR MOTHER TONGUE ARE DENIED THEIR RIGHT TO USE THE LANGUAGE IN SCHOOL. I THINK THEY ARE THE ONES LEAVING THE COUNTRY IN DROVES AS THEIR PLIGHT ARE NOT LOOKED INTO AND THEY REPRESENT 20%OF THE POPULATION AND DECREASING VERY FAST.

    besides, using government funds in business is illegal and anti-competitive.

  4. #4 by sputjam on October 3, 2011 - 5:15 pm

    and please remind the malays not to chat when working but to focus on their jobs. how many times, whether at cimb, or subway, or mcdonalds, they ignore the customers in front just to chat. bumi efficiency can be improved by another 30-50% by this elimination alone. the more cost effective the bumis are, the higher their pay.
    plus the bumis must learn to walk faster. i just don’t understand why it takes a bumi such a long time to cross the road. its as if time means nothing to them.

  5. #5 by sputjam on October 3, 2011 - 7:25 pm

    i forgot another important thing. nutrition .
    they must ban small children below 12 from fasting during ramadan. it is not mandatory for them. today, we see small children as young as 6 fasting. this is very damaging especially for their growth.
    instead of trying to achieve bumi quotas in businesses, we may as well spend that money giving nutritious food to schools. just looking at malaysian football players when playing korea and japan, we can make a conclusion that we are under fed.
    and please do not give milk. many malaysians are lactose intolerant. better give them eggs which incidentally, produced locally. eggs and bananas. best breakfast combination there is. not nasi lemak.

    after many decades, we an conclude that the trying to achieve bumi quota in business is a lost cause with many leakages and corrupt practices. better not try short cut method to success. Good education, discipline, hard work and good nutrition. This will be the basis to bring the bumis forward.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: