LANSKAP EKONOMI GLOBAL YANG MEMBIMBANGKAN

1. Harapan atau wish list terhadap Bajet 2012 telah banyak diperkatakan sebelum ianya dibentangkan. Ia menjadi lebih hangat lagi selepas ianya dibentangkan di Dewan Rakyat.

2. Bajet 2012 telah dibentangkan oleh YAB DSN, PM / MKI tepat jam 4.05 ptg pada 7 Oktober 2011 di Dewan Rakyat selama kira-kira 2 jam dengan dibantu segelas air. Penuh yakin, bersemangat dan, pada ketikanya, beliau berseluruh; bukti beliau yakin dengan Bajet yang dibentangkannya itu dan tidak gentar pula untuk berhadapan dengan kawan dan lawan!

3. Kali ini saya diberi peluang sekali lagi membuat ulasan selari (live), bersama 10 orang tokoh yang lain, di saluran Awani 501; 3 tahun berturut-turut.

4. Ulasan dan reaksi orang ramai boleh dibaca dalam media cetak dan media sosial, termasuk ulasan DS Mohd Ali Rustam…

“Bajet ini cukup luar biasa. Mengandungi pelbagai suntikan dan inisiatif yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Bajet terbaik untuk kesejahteraan rakyat.” Utusan Malaysia bth 8 Oktober 2011, m/s 4.

Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009

Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010

Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011

5. Senarai yang agak lengkap mengenai ‘durian runtuh’ ini terdapat, misalnya, dalam blog JebatMustDie (JMD) di sini. Namun masih ada lagi yang tidak tersenaraikan oleh JMD kerana amat banyak yang telah diumumkan. Contonya, Anjung Singgah untuk golongan gelandangan, ring financing bagi pencarum KWSP beragama Islam mendaftar giliran untuk menunaikan haji dan KR1SMA. Dan masih ada lagi yang boleh disenaraikan.

6. Penjelasan lanjut oleh DS Ahmad Husni Hanadzlah, MKII boleh dibaca di Mingguan Malaysia bertarikh 9 Oktober 2011.

Terangkum

7. Pada hemat saya, beliau telah membentangkan sebuah bajet yang lengkap, mencakupi hampir semua bidang kehidupan dan merangkumi hampir semua keperluan rakyat. Menterjemahkan prinsip keterangkuman!

8. Ia tidaklah perfect (kita pun tidak tahu apa yang perfect) tetapi adalah yang terbaik; namun masih boleh dihalusi. Saya akan menyentuh aspek ini di masa lain.

9. Beliau berusaha membentangkan sebuah bajet yang prudent dengar defisit sebanyak RM45.9 bilion. Saya melihatnya sebagai prudent dan berhemah kerana beliau berusaha mengimbangi antara kehendak dan aspirasi rakyat dengan kemampuan kewangan negara.

10. Defisit tersebut boleh ditampung dengan pinjaman yang mampu dibayar oleh kerajaan. Pada masa yang sama, kadar defisit fiskal dapat diturunkan dari 5.4% pada tahun 2011 kepada 4.7% pada tahun depan; mengesahkan tahap berhemah PM kita.

11. Tulisan saya ini hanya akan menumpukan kepada lanskap ekonomi global bagi tahun 2011 dan 2012 secara rengkas, kerana saya percaya kepada kata-kata hikmat Pythagoras “…do not say a little in many words, but a great deal in a few.”

Lanskap Ekonomi Global

12. Saya memberikan perhatian khas kepada isu ini kerana saya berkongsi pandangan YAB PM yang bimbang terhadap prospek ekonomi global yang beliau jangka lebih mencabar pada tahun 2012. Saya turut bimbang kerana ianya mempunyai impak ke atas ekonomi negara dan kehidupan kita sebab ekonomi Malaysia bersifat terbuka.

13. Ia bermakna kemakmuran dan kemewahan yang kita nikmati sekarang ini banyak bergantung kepada ekonomi dunia. Bukti kebergantungan itu ialah nilai eksport negara hampir sama besar (101%) dengan nilai Pendapatan Kasar Negara (PNK atau GNI).

Daikotomi

14. Nampaknya ekonomi dunia seolah-olah terbagi kepada dua kumpulan atau daikotomi; satu kumpulan ialah emerging economies (dengan izin) yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang robust serta kadar pengangguran yang agak rendah. Kumpulan tersebut diterajui oleh BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa). 16.4% daripada jumlah perdagangan antarabangsa kita bergantung kepada 6 buah negara ini; meningkat dari 11.8% pada tahun 2005.

15. Kumpulan kedua pula ialah developed economies (dengan izin) yang mengalami pertumbuhan ekonomi amat perlahan atau pertumbuhan negatif, kadar pengangguran yang tinggi, hutang negara yang besar, defist fiskal yang kronik dan krisis kewangan yang teruk. Kumpulan ini diwakili oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Euro zone.

16. Kebimbangan terhadap kesan teori domino dan contagion effect (dengan izin) pada tahun 2009 kini nampaknya telah menjadi kenyataan. Krisis ekonomi dan kewangan yang pada awalnya melanda Iceland telah merebak ke Ireland dan Greek. Selepas itu ianya telah menular ke Sepanyol dan ke Portugal. Kini ianya mengancam pula Itali yang, pada tahun 2010, dikatakan ekonominya ‘too big to fail’ (dengan izin).

17. Sesungguhnya negara PIIIGS ini (Portugal, Iceland, Ireland, Itali, Greek dan Sepanyol) sedang mengalami krisis ekonomi, kewangan, hutang, pengangguran dan inflasi yang teruk. Outcome mixnya (dengan izin) amatlah membimbangkan kerana aktiviti ekonominya lemah, kadar pengangguran bertambah, kadar kemiskinan meningkat, jurang kekayaan melebar dan seterusnya melemahkan permintaan domestik yang boleh menggoncang kesetabilan politik dan mengancam keselamatan dan keamanan rakyat.

18. Penyakit kronik ini memberi kesan dan merebak ke Eurozone hinggakan ada pihak yang meramalkan bahawa Eurozone kini berada di ambang depression (dengan izin). Ia turut memberi impak negatif ke atas ekonomi negara kita kerana 8.7% pasaran perdagangan antarabagsa kita pada tahun 2010 bergantung kepada Eurozone. Kadar tersebut telah merosot dari 9.3% pada tahun 2005; satu bukti jelas tentang impak penyakit kronik itu ke atas perdagangan luar negeri kita!

19. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun (ABJ) juga sedang menghadapi krisis yang hampir serupa; bahkan, Amerika Syarikat, misalnya, keadaannya lebih teruk lagi sebab ianya kini merupakan sebuah negara muflis denagn kadar pengangguran dan kemiskinan agak tinggi; masing-masing 10% dan 15%. Ia kini di ambang ‘double dip recession’ (dengan izin).

20. Krisis atau penyakit tersebut memberi kesan ke atas ekonomi negara kita kerana, pada tahun 2010, 22,6% daripada perdagangan antarabangsa kita bergantung pada permintaan pasaran tiga buah negara berkenaan. Kadar itu telah merosot dari 29.9% pada tahun 2005. Sekali gus ia menjadi bukti lemahnya ekonomi ABJ itu.

21. Kombinasi lanskap ekonomi tersebut, menurut sesetengah unjuran, memberikan gambaran bahawa “the world is sliding into depression.” Nampaknya Rancangan Geithner pun tidak akan dapat membantu dengan berkesan kerana, diramalkan, “Even if the 2 trillion euros ‘Geithner plan’ does get off the ground, it can do no more than buy time”. Ada pihak lain pula mengunjurkan bahawa risiko “the global economy slips into double-dip recession is rising.”

22. Wajar diingat bahawa kombinasi Eurozone dan ABJ menyumbang hampir satu pertiga kepada pasaran eksport kita!

Unjuran IMF & ADB

23. Kerana senario developed economies yang gloomy (dengan izin) itu maka IMF telah menyemak semula dan menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4.0% pada tahun 2011 berbanding unjuran awal sebanyak 4.5%. Ia jauh lebih rendah dari kadar 5.1% pada tahun 2010. Pada tahun 2012, kadar pertumbuhan berada di tahap yang sama – 4.0%.

24. ADB juga telah menyemak dan meminda turun unjuran pertumbuhan ekonomi Asia pada tahun 2011 dan 2012. Sebagai contoh, Developing Asia kini diunjurkan mencatakan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan iaitu sebanyak 7.5% pada tahun ini berbanding unjuran pada bulan April lalu sebanyak 7.8%.

25. Kadar pertumbuhan dua negara gergasi – China dan India yang merupkan engine of growth bagi dunia – juga diturunkan. Kadar pertumbuhan China diturunkan dari 9.6% kepada 9.3% manakala India pula dikurangkan dari 8.2% kepada 7.9%. Unjuran kadar pertumbuhan Malaysia juga telah dipinda oleh ADB dari 5.3% kepada 4.8%.
Ekonomi Malaysia

26. Kini saya ingin pula menyentuh scenario ekonomi negara kita dalam tempoh jangka pendek.

27. Setelah mengambil kira pertumbuhan GDP yang lebih perlahan (4.0%) pada suku kedua tahun ini berbanding suku pertama (4.9%) serta pertumbuhan impot yang lebih perlahan pada bulan Juali – Ogos (4.7%) dan suku kedua (7.4%) berbanding suku pertama (12.5%) tahun yang sama dan beberapa petunjuk pelopor yang lain maka diunjurkan bahawa ekonomi kita masih lagi akan mencatatkan pertumbuhan bagi setengah kedua tahun ini tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

28. Kerajaan sendiri, sepertimana yang diumumkan oleh DSN, telah meminda unjuran pertumbuhan tahun ini dari 5.0% – 6.0% kepada 5.0% – 5.5%. Mudah-mudah ianya boleh dicapai.

29. Saya agak pesimistik dan mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi kita di bawah 5.0%.

30. Oleh kerana nampaknya kita telah berjaya menyekat serangan inflasi kerana ianya telah menurun dari tahap tertinggi 3.5% pada bulan Jun 2011 kepada 3.3% pada bulan Ogos maka isu utama yang mendepani kita sekarang bukan lagi memerangi inflasi tetapi merangsang pertumbuhan ekonomi.

31. YAB PM, dalam ucapan beliau, telahpun mengingatkan kita bahawa “bagi tahun 2012, prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar.”. Pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini pula lembab dan fragile. Sepertimana yang diunjurkan oleh IMF, pertumbuhan ekonomi dunia diramalkan merosot dari 5.1% pada tahun 2010 kepada 4% tahun ini dan tahun depan.

32. Lanskap ekonomi tersebut telahpun menampakkan impaknya ke atas ekonomi kita sepertimana yang digambarkan oleh kejatuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian yang ketara pada suku kedua 2011 (negatif 1.6%) berbanding suku pertama (2.3%). Maka pertumbuhan ekonomi negara kita perlulah lebih banyak dirangsang oleh pelaburan dan permintaan domestik.

33. Ini bermakna kerajaan hendaklah juga meningkatkan semula pelaburan awam yang telah menurun kepada 4.0% pada suku kedua berbanding 8.9% pada suku pertama tahun ini agar sekali gus dapat memberi keyakinan pula kepada pihak swasta untuk melabur.

34. Kerajaan perlulah juga membantu dalam merangsang permintaan domestik kerana prestasinya telah merosot dari 7.1% pada suku pertama kepada 5.9% pada suku kedua tahun ini. Dalam tempoh yang sama, dalam konteks permintaan domestik, kadar pertumbuhan jualan runcit juga telah mengecil iaitu dari 5.5% kepada 2.5%.

Model Melaka

35. Salah satu kaedah yang mampu memberikan kesan positif yang segera ialah dengan meniru model Melaka iaitu memberi perhatian kepada sektor pelancongan, khususnya menarik pelancong domestik.

36. Sepertimana yang telah saya lakarkan tadi, developed economies kini diambang double-dip recession atau depression (dengan izin) yang memberi impak, antara lain, ke atas pekerjaan / pengangguran dan pendapatan / kemiskinan di negara-negara berkenaan. Salah satu impaknya ialah pelancong antarabangsa akan berkurangan. Potensi kejatuhan itu hendaklah diimbangi oleh lonjakan pelancong domestik sepertimana yang dilakukan oleh Melaka semasa serangan SARS, 911 dan perang Iraq, jika kita mahu mengekalkan tahap permintaan domestik dan seterusnya prestasi ekonomi negara kita. Dalam pada itu, kita hendaklah mengawasi hutang isi rumah yang kini berada di tahap yang agak tinggi – kira-kira 75%.

37. Walauapapun, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabasy kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah berjaya memandu dan mengekalkan keutuhan fundamentals di kedua-kedua sektor – real and financial sectors (dengan izin). Sebagai contoh, kita terus menikmati gunatenaga penuh dengan kadar pengangguran hanyalah 3.0% pada suku kedua tahun ini dan nisbah hutang Negara kepada GDP masih lagi di tahap yang prudent (53%).

38. Kadar pengangguran Melaka kekal terendah – hanya 0.7% pada suku kedua 2011. Terendah di Malaysia dan di kalangan negara maju OECD!

39. Tahniah DSN & DS Ali Rustam.

40. Kami bersyukur dan berterima kasih.

  1. #1 by dekcerdas on October 22, 2011 - 11:56 am

    confirm Malaysia will be doom… Datuk bangunlah… if umno want melayu to support them… tuka semua barisan pemimpin yg ada… bukan pemimpin yg gila harta, pompuan… semua ada kepentingan diri… if u want to talk about melayu perpaduan… hentikan la… semuanye hanya kerana duniawi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: