PENCAPAIAN MELAKA LEBIH HEBAT DARI KELANTAN

YAB Dato’ Nik Aziz telah memerintah Kelantan selama 22 tahun; sejak tahun 1990. YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam pula memimpin Melaka hanyalah 12 tahun; sejak 2 Disember 1999. Namun didapati Melaka, yang terhad dari segi sumber alam seperti tanah yang lebar dan hutan dara yang luas, jauh lebih maju dan berjaya.

Kejayaan itu pula dapat dinikmati oleh seluruh rakyatnya; bukan kroni UMNO/BN semata-semata, sepertimana yang sering ditomahkan oleh pihak tertentu.

Kejayaan yang dimaksudkan itu bersandarkan sebakul raga 6 indikator (a basket of 6 indicators).

Pertama sekali, Melaka mencatatkan nilai ekonomi (GDP) sebanyak RM15.3 bilion pada tahun 2010, jauh lebih tinggi (56%) dari nilai GDP Kelantan yang bernilai hanyalah RM9.8 bilion!

Kedua, mengambil kira saiz penduduk negeri masing-masing pula, maka GDP Per Kapita Melaka adalah bernilai RM18,672 / seorang; melonjak hampir 3 kali ganda lebih tinggi dari GDP Per Kapita Kelantan yang sekadar RM6,339/seorang.

Ketiga, kejayaan tersebut mampu dicapai kerana kecekapan dan dinamisma Ali Rustam dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan keseluruhan pembangunan Melaka. Manifestasi hakikat ini dapat dilihat melalui pertumbuhan ekonomi Melaka yang kukuh iaitu sebanyak 7.0% (2010) berbanding pertumbuhan yang lebih rendah di Kelantan (5.1%); hanyalah 73% daripada pencapaian Melaka.

Seterusnya, keempat, pertumbuhan GDP yang manatap dan GDP Per Kapita yang tinggi itu berjaya dinikmati oleh rakyat Melaka melalui pendapatan purata bulanan isi rumah yang mantap – RM4,184 sebulan. Pendapatan tersebut jauh lebih tinggi (+65%) dari apa yang dinikamti oleh rakyat Kelantan – hanyalah RM2,536 sebulan.

Kelima, pendapatan isi rumah yang tinggi itu pula berjaya diagihkan kepada majoriti rakyat Melaka; hinggakan hampir tidak ada lagi isi rumah miskin (0.5%) di negeri bertuah ini pada tahun 2009. Kadar kemiskinan di Melaka bukan saja terendah di seluruh Malaysia malah ianya terendah di kalangan 33 buah negara maju OECD (Organization for Economic Cooperation and Development). Kemiskinan di Kelantan pula masih meluas (4.8%); hampir 10 kali ganda lebih tinggi dari Melaka.

Pendapatan isi rumah yang tinggi dan kadar kemiskinan yang rendah adalah kerana peluang pekerjaan yang banyak ekoran dari hasil aktiviti ekonomi yang rancak. Justeru, keenam, kadar pengangguran amatlah rendah (ST3/2011 = 0.7%); hampir tidak ada yang menganggur! Kadar tersebut, seperti kadar kemiskinan, bukan saja terendah di Malaysia bahkan juga terendah di kalangan anggota OECD!

Natijahnya, Melaka jauh lebih maju dari Kelantan kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan UMNO/BN jauh lebih bijak dan dinamik dari kepiminan PAS di Kelantan. Lebih penting lagi, Kerajaan BN Negeri Melaka adalah adil dan saksama kerana hasil kejayaan itu diagih-agihkan dan dapat dinikmati oleh semua rakyatnya.

Dalilnya, hampir tiada orang miskin dan penganggur di Melaka; malah orang luar, termasuklah warganegara asing dan rakyat Kelantan, turut tumpang berteduh di Melaka!

Bersyukurlah.

,

  1. #1 by alisetan on October 31, 2012 - 8:09 am

    tapi bolasepak melaka punya dana terpaksa KM Ali rustam mintak derma… keh ke keh keh

  1. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!
  2. PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI, 2011: MELAKA MENDEPANI KELANTAN « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: