Laporan Audit Pulau Pinang 2010

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA BAGI AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2010

PEJABAT TANAH DAN GALIAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA
– Pengurusan Lesen Pendudukan Sementara

• Pengauditan yang dijalankan mulai pada bulan Ogos hingga November 2010 mendapati keseluruhannya pengurusan LPS perlu dipertingkatkan kerana terdapat beberapa kelemahan

• Kelewatan meluluskan permohonan iaitu sebanyak 28 kes telah mengambil masa antara 3 dan 6 bulan. Manakala 96 kes lagi telah mengambil masa melebihi 6 bulan.

• Kes pendudukan tanah Kerajaan/rizab tanpa kebenaran sebanyak 8 kes dan pelanggaran syarat LPS sebanyak 9 kes turut memberi kesan kepada pengurusan LPS.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Perumahan Kos Rendah

• Kelewatan memberi kelulusan oleh Pejabat bagi 141,497 pemohon rumah KR dan 4,146 pemohon bagi rumah PPR setakat 31 Disember 2010.

• Aspek kutipan tunggakan berjumlah RM0.85 juta dari hasil sewa, RM5.97 juta dari sewa beli dan RM4.95 juta dari yuran penyenggaraan memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan jumlah tunggakan sedia ada.

• Akibat daripada tunggakan tersebut, penyelenggaraan rumah kurang dilaksanakan dan berlaku penyusutan baki akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan dari RM2.65 juta pada awal tahun 2008 kepada RM0.78 juta pada akhir tahun 2010.

Kesilapan mengakaunkan semua hasil kutipan sewa kepada Kumpulan Wang Penyelenggaraan berjumlah RM4.94 juta dan perlu diselaraskan segera.

JABATAN KERJA RAYA NEGERI PULAU PINANG
– Penyenggaraan Jalan Negeri

• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM14.32 juta bagi projek penyenggaraan jalan Negeri dengan sejumlah RM13.94 juta atau 97.34% telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

• JKR juga telah menerima pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM130.96 juta berdasarkan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

• Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.78 juta telah diagihkan kepada JKR Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan kerja penyenggaraan jalan Negeri.

• Peruntukan yang terhad menyebabkan projek yang sepatutnya diutamakan tidak dapat dilaksanakan

• JKR juga tidak menetapkan kriteria khusus bagi pemilihan jalan yang akan disenggarakan.

• Longkang yang dibina di Jalan Sungai Lembu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pembinaan longkang dibuat tanpa mengambil kira masalah hakisan tebing yang berlaku di kawasan projek.

• Projek pelebaran jalan Raja Uda tidak mencapai matlamatnya kerana projek tersebut tidak dijalankan mengikut pelan/rancangan asal projek.

Tidak menyelenggarakan rekod penyenggaraan jalan dengan lengkap dan kemas kini.

MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
– Kemudahan Peralatan Sukan

• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM0.93 juta bagi program latihan, kemudahan latihan, pembelian peralatan dan penyenggaraan peralatan sukan.

• Majlis tidak dapat menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti untuk menjana atlet yang berpotensi kerana tiada peruntukan yang mencukupi untuk membina pusat latihan dan memperoleh peralatan sukan yang baru.

Bangunan pusat latihan yang dibina terbiar tidak digunakan.

Peralatan yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik dan rekod aset juga tidak dikemas kini. Malahan peralatan menembak dan perahu layar optimist yang dibeli bernilai RM92,015 tidak dapat dikesan.

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
– Projek Landskap Di Bawah Pakej Rancangan Ekonomi (PRE)

• Pengauditan yang dijalankan mendapati ada beberapa kelemahan daripada pelaksanaan projek yang wajar dipertingkatkan oleh Majlis terutamanya pemantauan terhadap prestasi kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor.

Berlaku kecacatan pada kerja-kerja yang disiapkan.

• Kerja dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi kontrak.

• Kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan dengan sempurna.

JABATAN PERHUTANAN PULAU PINANG
– Pengurusan Hutan Paya Laut Dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar

• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, sejumlah RM0.86 juta telah dibelanjakan
bagi program tersebut.

• Lokasi penanaman yang tidak sesuai.

• Kawasan cadangan pewartaan Hutan Simpan Kekal dan Zon Industri Akuakultur adalah sama.

• Sasaran keluasan penanaman tidak tercapai.

Kelewatan pewartaan Hutan Paya Laut sebagai Hutan Simpan Kekal dan tidak dilakukan penggantian kawasan yang dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal.

• Kekurangan kempen kesedaran dan kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan bagi kerja penanaman pokok bakau.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang

• Bayaran emolumen di 5 Jabatan yang dipilih bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 terlebih dibayar berjumlah RM109,170 melibatkan 37 orang penjawat awam.

• Sejumlah RM13,544 emolumen telah terkurang dibayar kepada 13 orang penjawat awam.

• Selepas teguran Audit, tindakan segera telah diambil oleh Jabatan berkenaan dan hingga kini baki jumlah terlebih bayar dan terkurang bayar yang masih memerlukan tindakan lanjut masing-masing menjadi RM21,726 dan RM1,719.

• Lima jabatan yang dipilih tersebut, terdapat 104 orang penjawat awam yang menerima pendapatan bersih kurang 40% daripada jumlah emolumen bulanan.

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
– Usaha Tarbiah Sdn. Bhd.

• Pada keseluruhannya, prestasi UTSB kurang memuaskan. Kedudukan kewangan UTSB adalah tidak kukuh kerana pada tahun 2009, UTSB telah mencatatkan kerugian berjumlah RM322,640 berbanding kerugian berjumlah RM229,646 pada tahun 2008.

• Pendapatan operasi telah menurun dengan ketara daripada RM1.32 juta pada tahun 2008 kepada RM1.17 juta pada tahun 2009.

• Aspek pengurusan aktiviti yang perlu dipertingkatkan seperti perancangan strategic yang tidak berkesan, tunggakan yuran pengajian berjumlah RM544,174 dan kemudahan asrama yang tidak disenggara dengan baik.

Tiada tanda pengenalan hak milik dicatatkan pada aset dan tiada bukti pemeriksaan pernah dijalankan ke atas aset-aset milik UTSB.

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Events & Advertising Sdn. Bhd.

• Bayaran sewaan tapak pengiklanan terkurang diterima

Papan iklan dibina sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

• Deposit sekuriti tidak dikenakan kepada syarikat yang menyewa tapak pengiklanan.

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Consultancy Sdn. Bhd.

• Pemantauan projek dan kutipan yuran profesional yang tertunggak berjumlah RM13.83 juta untuk 110 projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun 2008 hingga bulan September 2010.

• Tunggakan hutang perniagaan berjumlah RM713,926, hutang pelbagai berjumlah RM419,884 dan hutang terakru oleh anak-anak syarikat terdahulu yang berjumlah RM1.02 juta masih belum dikutip.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: