PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM

IMAM UMNO TAK SAH SEMBAHYANG 

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAPmenerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab “Munafik”) dan disambung dengan “Munafik”

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa erti pun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).

 AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.

PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum- hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata: “Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini.” Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini di perkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000). Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusi oleh Haji Hadi sendiri.

PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan menolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

PAS MENGGADAIKAN NEGARA ISLAM

Selepas memeluk PKR dan mendakap DAP, PAS sanggup mengadaikan perjuangan, kononnya, untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia dan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan dengan harapan untuk menjadi PM. Maka sahlah bahawa PAS diwujudkan bukan untuk menegakkan Islam tetapi kerana kerakusan pemimpin sulungnya untuk terus menjadi ketua  setelah kecewa  tidak dapat memimpin UMNO sebab kalah kepada TYT Tunku Abdul Rahman. Samalah kes tertubuhnya S46!

PAS UTAMAKAN LIWAT, BUKAN MURTAD

PAS menyuruh ahli-ahlinya menghadhiri demonstrasi 901 untuk menyokong DSAI yang dituduh meliwat tetapi menegah ahlinya menyertai Perhimpunan Sejuta Umat yang menentang usaha memurtadkan umat Islam.

PAS sanggup memecat Dato’ Dr Hasan Ali, pemimpinnya yang kuat dan komited memperjuangkan Islam dan menentang usaha puak tertentu memurtadkan umat Islam, semata-mata kerana tidak setuju dengan cara Anwar mengheret rakyat dalam kes pribadinya. Ia dibuat  atas arahan Azmin tetapi Azmin tidak pula berani mendesak DAP memecat Karpal Singh yang dengan marah menyuruh “Anwar Ibrahim harus bertaubat” kerana pembohongan 16 September (8 Februari 2009).

  1. #1 by sputjam on January 17, 2012 - 10:02 am

    sebenarnya hal ugama adalah perkara peribadi.
    Orang melayu patut diberi kebebasan untuk memilih kepercayaan sendiri.
    Paksaan dalam perkara begini adalah zalim.
    Kita diseru untuk berjuang kepada kebaikaN dan keadilan. Walaupun bersangkutan adik beradik, saudara atau kaum. Bermakna, hal persaudaraan, perkauman dan kepercayaan diatasi oleh perbuatan baik dan adil. Ini adalah perintah nasihat yang dberi kepada semua umat.

    Dan hanya kepada tuhan sahaja yang kita minta, bukan pada ahli ulamak.

  2. #2 by wau on January 19, 2012 - 7:12 pm

    bgitula ajaran pluralisme agama yg disokong oleh anwar yg mnjadi bos kecil kpd org islam PAS (bos besar PAS adalah DAP cina kiasu kafir harbi).

    bagi umat Islam, fahaman pluralisme agama adalah salah dan boleh merosakkan akidah. tp bg agama si penkomen ‘sputjam’ di atas, pluralisme agama dan hak kebebasan sepenuhnya (termasuk keluar masuk agama sesuka hati) adalah satu yg mulia.

    sesungguhnya tiada paksaan dalam memilih agama. Namun apabila anda telah memilih, maka ikutilah ajarannya…jgn terpengaruh dgn pluralisme agama meskipun ia dibawa oleh org yg kononya adalah ‘imam mahdi’.

    waujanak.blogspot.com

  3. #3 by sputjam on January 22, 2012 - 9:12 pm

    sebelum kaum melayu dikongkong oleh islam, mereka bebas beragama dan banyak kepercayaan. mereka gunakan nama tulin melayu, saperti mahsuri, sang nila utama, tun perak, tuah, nadim, tempawan, bujang tetapi semua ini disingkirkan dan nama arab digunakan.
    saperti juga bangunan pentadbir yang prominen, saperti istana, mahkamah, pejabat perdana menteri, semua meniru seni bina arab atau moghul.
    seni bina melayu tulin di singkirkan.
    pengaruh melayu akan hilang didunia ini akibat ugama pegangan mereka sendiri dan bukan akibat pengaruh kaum lain di malaysia ini.

  4. #4 by mercadeo on January 23, 2012 - 4:18 pm

    Inai Menurut Pandangan Syara’Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.

  5. #5 by hidup tuah on January 25, 2012 - 4:01 pm

    Ada ajaran, nilai dan prinsip Islam yang sama dgn ajaran, nilai dan prinsip agama2 lain serta nilai2 sejagat tetapi ada juga yg berbeza…maka janganlah disamakan dan hormatilah perbezaan itu..

    Proses enculturation, socialization, assimilation dan integration adalah lumrah alam…

    • #6 by panjialam on March 12, 2012 - 10:39 am

      JAGAN BERBALOH PANJANG2 .AMBIL DASAR…….UMNO BERGURU DGN KAFIR BRITISH.MUSTAHIL KAFER BRITISH NOK SURUH KITA IKUT QURAN DAN HADIS.MESTI SURUH DAN AJAK KE LUBANG NERAKA.UMNO DASAR NYA KABANGSAAN..BUKAN DASARNYA AGAMA.

  6. #7 by darahtuah on March 12, 2012 - 1:23 pm

    panjialam,

    Baca dan fahamkanlah Perkara 3.3, Perlembagaan UMNO.

    Tak nampak apa yang dibuat dan dicapai oleh negara/UMNO ini banyak berlandaskan Islam?

    Tak baca dan tak nonton kenyataan para pemimpin negara Islam lain yg mengakui bahawa Malaysialah yang termaju di kalangan negara OIC?

    Apa pulak kemajuan yg dicapai oleh PAS yg kononnya memeprjuangkan Islam dan kini sudah songsang dan sesat?

  7. #8 by wau on March 13, 2012 - 6:11 pm

    dari segi mntadbir dan meamkmurkn ekonomi ngara, kita lihat mmg UMNO mniru sedikit sabanyak cara yg ditnggalkn oleh british,. tp tidak semua. namun di sudut agama, kita dapat liaht dgn mata kepala sendiri akan realitinya bhw umno benar2 mmperjuangan agama Islam dan menjaganya dengan penuh kesederhanaan. tidak spt pas, mskipun mrk mgatakn dasar pas adalah islam, tp pada praktiknya mrk tidak melakukannya dasar2 isalm secara menyeluruh sbaliknya hanya mnggunapakai mana yg bermanfaat utk parti dan meninggalkn mana yg tidak mnguntungkn parti.
    tengok saja pada HIMPUN 9phimpunan menentang murtad), mrk tidak join sbb alasan yg diberi perhimpunan tsb tidak mnguntungkn parti!. kononya itu adalah agenda umno tp mrk tdak dpt buktinya. pas mmg pelacur!

  8. #9 by Muso on June 16, 2012 - 1:17 am

    Sebenarnya perlembangaan Malaysia menggangkat martabat Islam (rujuk Jadual 4) setinggi-tingginya dalam pentadbiran negara. sememangnya suruhanjaya reid yang mengubal perlembagaan (diketuai oleh orang barat), tp pemimpin kita yg terdahulu berjaya memastikan islam menjadi sebahagian dlm pentadbiran negara(x tau la mcmmanakan). ramai yg x tahu pasal jadual 4 sbb kurang diperdebatkan. kalau merujuk kepada jadual 4 ni, tiada istilah liberal dlm pemerintahan negara dan negara kita boleh diiktiraf sebagai negara islam. kurangnya fahaman pasal fakta ini yg menyebabkan negara sekarang menjadi medan pewujudan fahaman sendiri yg kemudian menjurus kepada kekacauan. sekiranya fakta ini difahami, kes seperti LGBT tidak akan muncul dan Islam itu tidak akan dipersoalkan. Pemimpin2 bukan beragama Islam terdahulu memahami fakta ini (sbb tu xde masalah sngat dulu2), tp generasi sekrg x tahu dan tidak diberitahu, itu yg menyebabkan mereka lantang bersuara menentang pentadbiran Islam dlm negara (sbb tu xleh salah kan diorg 100%, tp org yg tahu tp memutarbelitkan fakta yg patut dipersalahkan. info pasal jadual 4 yg menggangkat martabat Islam ini diterangkan oleh salah seorg peguam).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: