Kenapa Cina sokong Pakatan Rakyat?

Kita jangan dijangkati sindrom penafian. Akuilah bahawa ahli pilitik di Malaysia sejak dulu, masa kini dan beberapa tahun akan datang akan terus mendendangkan lagu perkauman. Pertimbangan dan perjuangan tetap berpaksikan perkauman. Usahlah menafikannya. Isu-isu yang dipilih untuk diperjuangkan, sekalipun tidak nyata (tersurat) unsur perkaumannya tetapi secara tersirat (subtle), adalah bersalutkan kepentingan perkauman.

Memilih untuk menyokong PR juga berasaskan kepentingan perkauman, sepertimana yang diakui oleh penulis dalam NYSP ini. Beliau seorang gentleman; berterus terang. Sudah tentu beliau telah menimbangkannya dengan masak dan matang bahawa beliau dan kaum Cinanya akan lebih beruntung jika bernaung di bawah PR.

Jangan salahkan beliau. Janganlah pula marah beliau. Itu adalah hak demokrasi beliau yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Jika beliau menimbang dan memutuskan untuk menyokong PR kerana berdasarkan keuntungan besar yang bakal diperolehi oleh kaumnya maka apakah pula asas orang Melayu/Bumi memilih PR? Adakah bangsa Melayu juga lebih beruntung jika berada di bawah PR berbanding di bawah BN? Atau lebih rugi?

Dalam politik, biasanya apa yang berlaku ialah zero sum game!

Orang Melayu janganlah terus menjadi Pak Kadok – menang sorak, kampong tergadai. Terus berperangai seperti Luncai yang terjun dengan labu-labunya atau masih suka mendengar cakap enggang, makan buah belolok; dengar cakap orang, terjun masuk lobok!

Fikirkanlah baik-baik demi survival bangsa.

__________________________________________

Nanyang Siangpau
Perkara: kenapa tak sokong Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 26 Januari 2012 (Khamis)

Tajuk:

Adakah Politik Itu Tidak Berlaku Rasuah?
Penulis: Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Saudara Foo Chuan Chong berkata, beliau menyokong Pakatan Rakyat, namun beliau tidak semestinya tidak rasa sangsi terhadap apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, dan tidak bermakna beliau tidak mengawasi tindak tanduk Pakatan Rakyat.

Jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pusat, adakah orang-orang mereka pasti tidak berlaku rasuah dan penyelewengan? Sudah tentu tidak begitu, perpatah orang Cina zaman dulu berkata, beribu batu mengejar pangkat menjadi pegawai semata-mata kerana duit, untuk mendapat duit sudah tentu orang-orang politik akan laukan rasuah dan penyelewengan. Di muka bumi ini semuanya miliki rentak yang sama seperti itu, dimana rambut semua sama hitam, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan BN tiada bezanya, jadi menteri dan pegawai kerajaan jika tidak rasuah, orang seperti itu boleh dibilang hanya beberapa kerat sahaja? Mungkin dalam ratusan orang hanya seorang dua sahaja yang tidak rasuah?

Sebab itu jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, jawatan-jawatan pegawai kerajaan dari atas sehingga ke bawah, di atas ada menteri-menteri di bawah ada barisan penyokong, pasti mesti ada orang yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan, jika tidak kenapa mahu begitu susah payah berebut-rebut dari dalaman sehingga terdedah ke luar semata-mata untuk mendapatkan jawatan?

Selepas PRU 2008, Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak tidak sampai 1 tahun sekurang-kurangnya ada 2 ahli exco Pakatan Rakyat disiasat oleh pihak SPRM, akhirnya mereka cuba menggunakan cara taktik cicak mengodongkan ekor untuk melepaskan diri, mereka keluar parti untuk menyelamatkan diri. Seorang lagi setelah keluar parti di lamar oleh BN negeri untuk berkhidmat di negeri Perak, beliau telah angkat kaki dari Pakatan Rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang, ini membuktikan orang-orang Pakatan Rakyat juga orang-orang politik, mereka akan lakukan sesuatu sama seperti ahli-ahli politik yang ada hari ini, termasuk rasuah serta mengkhianati pengundi.

Mahu Pecah Rekod Berlaku Dwikuasa

Sebab itu jika orang-orang dalam Pakatan Rakyat semuanya bersih, dan tidak lakukan sebarang rasuah dan penyelewengan, dan tidak buat yang bukan-bukan yang membelakangi pengundi baru kita sokong Pakatan Rakyat, dengan itu saya mahu berterus terang, ia bukan kerana kami tidak tahu politik, tidak tahu apa maksud dan tujuan ahli-ahli politik, sekurang-kurangnya yang kami tahu ini adalah ciri-ciri bijak pandai ahli-ahli politik, barulah kami kemukakan cadangan seperti ini.
Dan kenapa kami mahu menyokong Pakatan Rakyat? Secara terus terang kami mengatakan, bagi memastikan boleh berlaku dwikuasa. Sememangnya negara kita perlu berlaku politik dwikuasa, iaitu menjadi dua badan politik yang bersaing, masing-masing mampu dan berpeluang mewakili kerajaan pemerintahan, hanya dengan cara ini sahaja, semua akan dapat dilayan dengan adil, sekurang-kurangnya akan mendapat lebih adil daripada sekarang ini, kerana kedua-dua kuasa itu akan cuba mendapatkan sokongan dari orang-orang Cina.

Walaupun orang-orang Cina dalam golongan minoriti, tetapi mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi keputusan siapa yang boleh menang sama ada condong ke kiri ataupun condong ke kanan, walaupun kita condong ke kanan dan pihak kanan menang, sudah tentu pihak kanan tidak berani dan tidak menyapa serta membiarkan suara orang-orang Cina begitu sahaja, sebab itu hanya adanya dwikuasa barulah dapat menolong orang-orang Cina keluar daripada masalah yang membelenggu selama ini.

Pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an, pendidikan kaum Cina terutama sekali bahasa Ibunda kaum Cina serta perkembangan ekonomi kaum Cina dilayan dengan tidak adil, walaupun pada masa itu orang-orang Cina merayu dan sering memperjelaskan keadaan, dan persatuan-persatuan serta NGO Cina sering berjumpa dengan perdana menteri, menteri-menteri pada masa itu, merayu supaya pendidikan dan ekonomi kaum Cina dilayan dengan baik, dimana supaya orang-orang Cina dapat tingkatkan ekonomi yang lebih luas, tetapi apa yang disetujui hanya dimulut sahaja namun tidak dilaksanakan, masalah tetap masih timbul lagi, kenapa jadi begitu?

Dikuasai Satu Parti Menyebabkan Penyelewengan

Sebab-sebabnya begitu mudah sekali: ia kerana dikuasai oleh satu parti. Kita perlu tahu apabila satu parti sahaja yang memonopoli dan tiada badan lain yang mampu menggantikan mereka, dimana sama ada orang-orang Cina sokong ataupun tidak sokong mereka, mereka rasa bukan satu masalah, dan mereka mempunyai hak kuasa yang luas, sebab itu mereka tidak mendengar suara kumpulan kaum minoriti, pasti ia akan berlaku penyelewengan kuasa yang teruk, ini adalah yang lazim berlaku di mana-mana di dunia ini, sebab itu jika berlaku dwikuasa barulah sistem politik itu lengkap.

Sebab itu yang pertama sekali orang-orang Cina perlu kenal pasti sasaran, kita mahu sebuah kerajaan yang bersih yang tidak abaikan kepentingan kaum Cina, ataupun memilih sebuah kerajaan yang menyatakan bahawa mereka menghormati kepentingan kaum Cina, bagi saya saya akan membuat pilihan yang kedua iaitu menghormati kepentingan kaum Cina, saya percaya hanya terwujudnya dwikuasa barulah berlaku itu semua. Jika sebuah kerajaan itu bersih dan telus tetapi tidak menghormati kepentingan orang-orang Cina, apa sepatutnya orang-orang Cina boleh buat, adakah kita terus menyokong mereka? Kita perlu fikirkan sebaik-baiknya masalah ini.

Lebih-lebih lagi apabila terwujudnya dwikuasa, pasti akan berlaku kerajaan yang lebih telus dan bersih, kerana semua parti di peringkat atas hingga ke bawah akan pastikan bahawa mereka tidak akan melakukan penyelewengan, dan lebih bersikap lelbih berhati-hati jika mereka melakukan rasuah dan penyelewengan, dikhuatiri apabila pihak lawan mereka memerintah nanti, pasti akan menghukum mereka yang lakukan penyelewengan, sebab itu mereka akan pastikan penyelewengan dan rasuah sebaik-baiknya mereka ketepikan, mereka tidak lagi berani sewenang-wenangnya berkuasa walaupun mereka itu satu parti yang tunggal dan besar.

Ini adalah boleh dikatakan walaupun Pakatan Rakyat itu hebat dan bijak, namum mereka juga tidak akan terlepas daripada rasuah, tetapi bagi laluan untuk dwikuasa, supaya Pakatan Rakyat dapat bertapak, kita sokong mereka tiada salahnya, kenapa tidak?

Nanyang Siang Pau

  1. #1 by sputjam on February 8, 2012 - 11:05 am

    parti PKR sama UMNO lebih kurang sama perangainnya.
    Saya sudah muak dengan politik perkauman and keugamaan.

    Isu ketidak senang hati kaum lain adalah kerana mereka tidak tidak dapat menyuarakan keraguan mereka secara terbuka. Ada saja golongan melampau melayu yang akan mengancam mereka. Jadi kebanyakkan berdiam diri dan berhijrah ke negara lain jika terdapat peluang untuk membuat demikian.

    JMD sudah pun menerbit artikel bahawa yang berdusta adalah golongan melayu sendiri, lebih lagi dari khazanah dan GLC. mereka ini, apabila diberi kuasa, fikir bahawa syarikat milik kerajaan/rakyat dimilki oleh bapak mereka. Isu tanah KTM amat memalukan. Dan juga menggunakan gambar palsu sebagai affidavit dimahkamah antarabagnsa di “the Hague” dalam kes Pulau batu Putih dengan Singapura.

    Cuba sedar dirilah. siapa yang sebenarnya berkhianat! banyak lagi pembaziran yang berlaku, saperti kes orang Libya yang mendapat RM400 juta dari kerajaan bawah naungan Dr mahathir – Mossadeq. Kes “paper shufflinh” dimana lebuhraya utara selatan yang menelan belanja mungkin RM5 billion sekarang dibeli dengan harga RM20 bilion. Jadi, rakyat akan bayar toll sehingga kiamat. Siapa yang mendapat untong 15 billion? lesap begitu sahaja.

    Negara Malaysia sudah menjadi satu negeri dimana cukai sudah membebankan rakyat. Cukai IPP, Cukai toll, cukai jalan, cukai AP kereta dan pelbagai produk, import tax kereta dan sekarang yuran pelajaran untuk sekolah antarabangsa, supaya anak-anak dapat pelajaran dalam bahasa Inggeris.

    Adakah sebagai senator, Dato memberi pandangan serius keada bebanan rakyat dan penyelewengan yang sedang berlaku, atau hanya dengan hanya menfokus kepada isu perkauman? Jika sebab kedua, ini amat menyedikan. memmang betul lah Tuah akan hidup, Jikalau Jebat, maka dia akan berjuang untuk Rakyat dan menjatuhkan pentadbiran yang zalim, inkompeten dan korup tidak kira kaum, ugama dan bangsa.

    • #2 by darahtuah on February 10, 2012 - 10:47 am

      Parti DAP & PAS pun sama teruk.

      Kerajaan BN sedar akan kelemahan2 yg wujud…itu sbb salah satu NKRA ialah basmi rasuah. Sama2lah bantu; bukan dok kritik aje. Kita bukan hidup di utopia.

      Rekod saya di Senate tercatat dalam hansad. Telitilah. Juga ada beberapa ucapan dlm blog ini. Boleh juga tonton video dlm blog yg sama.

      “Jebat was a Malay hero. But despite his good intentions, his methods were cruel, misguided and unwieldy. His anger towards a Sultan, led him to murder thousands of innocent lives. In the end…” – JMD.

    • #3 by Roslee on December 25, 2013 - 12:30 am

      DAP lagi teruk perkaumannya,mesti in gat Malaysia kepunyaan orang melayu Islam.Bangsa Cina tak boleh perintah Malaysia sebabnya Malaysia ada sultan dan raja.Mana boleh negeri Melayu Islam diperintah Cina laknatullah,kalau Cina perintah macam macam mereka gubal dan pindah perlembanggaan Malaysia.Orang Melayu jadi terasing tertindas dan dipinggir secukup
      cukupnya.Lagi anak anak cucu kita merana dan merempat.

  2. #4 by kialjr65.com on February 8, 2012 - 9:19 pm

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  3. #6 by arjuna waspada on February 8, 2012 - 11:39 pm

    bagus tuh,

    Pendapat NAnyang Siang Pau menyumbang kapada harmoni perpaduan kaum pelbagaian pendapat terbuka yang amat liberal yang sangat gi galakkan olih Najib aka bapak vernakular walau pun ramai pembaca akbar vernakular tidak menyokong dasar asas perpaduan yaani sistem satu sekolah kerana mementingkan kaum sendiri daripada perpaduan negara dan amat suka membantah dasar kerajaan yang konon nya tidak memihak kapada kentingan commersial dan dagangan, contoh lesen untuk peruncit gula tepong minyak beras, KR1M,MRT halangan,barangan keluaran Melayu Islam halal,tak setuju dengan sijil Halal,menyeludup barangan saperti mercun dan amat panjang sekali senarai itu yang di kaitkan dengan penentang senyap dan terbuka terhadap penyatu paduan Rakyat.
    Malang Presiden parti yang ahli 3.4 juta orang ahli UMNO bersusaha bersunggoh sunggoh semenjak 2008 untuk nak ambil hati kaum cina,sampai lupa dia persiden parti politik Melayu.
    World view global sangat ke ?
    dapat lesen besar 1M.

    arjuna waspada
    changkat lobak.

  4. #7 by darahtuah on February 17, 2012 - 12:18 am

    PADA SPUTJAM, PARTI POLITIK MANA YG BAIK DI MALAYSIA? DAP?

    BN/UMNO TAK ADA BERJASA PADA SPUTJAM DAN KELUARGA SPUTJAM? SEMUANYA ATAS KUDRAT SENDIRI?

    ADAKAH SPUTJAM BOLEH MENJADI PM TERBAIK DI NEGARA INI? TAWARKANLAH DIRI. TENTU RAMAI AKAN SOKONG. ATAU MUNGKIN SEBAIK PRESIDEN KITA?

    ADAKAH SPUTJAM ZERO DEFECT ATAU GOOD > BAD OR BAD > GOOD?

    T/KASIH.

  5. #8 by Save Malaysia~ on March 7, 2012 - 7:31 pm

    To Darahtuah~
    Yea,politics is all about choosing a better apple from 2 rotten apple.
    And, in a democratic country, the government should be the one who feel grateful to the people. They collected tax from us and so,they should work for us, If we are not happy with their work, we fire them, get another employee(PR), If during the next five years , the new employee doesnt satisfy us with it work , we fire them again. This is the REAL democratic. Not only for the interest for specific race, but for the interest of the country, for a better,cleaner and even a higher effeiciency government. Peace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: