KECOH BINA KOMPLEKS MAIM

Kompleks MAIM ini telah lama siapa dan digunakan. Namun pihak pembangkang, di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, di dalam blog, di dalam facebook dan di platform lain, nampaknya terus berminat menghidupkan isu basi ini sekalipun ianya telah dijelaskan beberapa kali. Mungkin kerana mereka kekeringan isu baru.

Di bawah ini, diturunkan urutan sejarah pembinaan Kompleks berkenaan yang bukan saja telus dan sah dari segi prosidur/peraturan tetapi ia juga menguntungkan masyarakat Islam.

Oleh kerana isu pembinaan hotel MAIM di Pantai Puteri juga telah diputarbelitkan maka saya linkkan jawapan di siniuntuk manfaat pembaca blog saya.

Penjelasan oleh Setiausaha MAIM pula adalah seperti di bawah:

“Pembinaan hotel wakaf Pantai Puteri Melaka yang diberi nama Hotel Pantai Puteri adalah kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pihak JAWHAR menyediakan peruntukan pembangunan hotel sebanyak RM25.6 juta melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan Rancangan Malaysia Kesepuluh manakala MAIM menyediakan tanah iaitu tanah wakaf.

Oleh yang demikian pembinaan hotel wakaf tidak menggunakan sama sekali peruntukan zakat. Dengan pembinaan hotel ini telah menambah lagi aset wakaf MAIM bernilai melebihi RM20 juta. Sekian terima kasih.”

Berhentilah membuat dosa kering.

PEMBANGUNAN KOMPLEKS AL-AZIM
———————————————————————————————————————

1.
13 Disember 2002
MAIM telah menandatangani satu Perjanjian Usahasama dengan Regal Merger Sdn. Bhd. bagi membangunkan dua bidang tanah milik MAIM seperti berikut :

i) PT 1155, Bandar Bukit Baru Seksyen III, Daerah Melaka Tengah, Melaka seluas 9,268 meter persegi (“Parcel A”); dan

ii) PT 83, H.S.(D), 44769, Bandar Bukit Baru Seksyen IV, Daerah Melaka Tengah seluas 2.18646 hektar (“Parcel B”).

Antara terma-terma Perjanjian tersebut adalah :

i) Pemaju dikehendaki untuk membina, menyiap serta menyerahkan kepada MAIM sebuah kompleks pejabat beserta perabot dan sebuah dataran yang boleh digunakan untuk latihan bakal-bakal haji (“Kompleks”) yang akan didirikan di atas Parcel A dengan nilai sebanyak RM9,500,000.00;

ii) Sebagai balasannya, Pemaju diberi hak untuk mengguna serta membangunkan Parcel B untuk kegunaan mereka sendiri dan MAIM akan memindahmilik Parcel B tersebut kepada Pemaju sebaik sahaja pembinaan Kompleks di atas Parcel A tersebut selesai; dan

iii) Pemaju diberi tempoh 18 bulan dari tarikh Perjanjian tersebut untuk menyiapkan Kompleks di atas Parcel A.

2.
7 November 2003
MAIM dan Pemaju kemudiannya telah menandatangani satu Perjanjian Tambahan bertarikh 7 November 2003 bagi meminda nilai pulangan kepada MAIM dari RM9,500,000.00 kepada RM10,162,000.00 berdasarkan penilaian semasa tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka pada 2 Januari 2003.

3.
10 Julai 2004
Selepas 18 bulan Perjanjian tersebut ditandatangani, Pemaju didapati gagal untuk menyiapkan pembinaan Kompleks tersebut sepertimana yang dipersetujui di dalam Perjanjian tersebut walaupun telah memulakan pembangunan di Parcel B.

Berikutan itu, Mesyuarat MAIM Bil. 4/2004 bertarikh 10 Julai 2004 telah antara lainnya memutuskan bahawa Perjanjian tersebut adalah ditamatkan dan Pemaju dibenarkan untuk meneruskan pembangunan di atas Parcel B dengan mengemukakan satu perjanjian baru.

4.
1 Februari 2005
Mesyuarat Penswastaan Negeri Bil. 1/2005 bersetuju dengan cadangan pulangan kepada MAIM oleh Pemaju seperti berikut :

i) Nilai Perbelanjaan yang dikeluarkan
oleh Pemaju untuk pembangunan
Kompleks Pejabat MAIM -RM 2,948,900.70

ii) 9 unit kedai yang ditawarkan
kepada MAIM -RM 5,717,500.00

iii) Bayaran tunai -RM 1,500.000.00
_________________________________________

JUMLAH RM10,166,400.00

5.

MAIM telah menerima pulangan daripada pihak syarikat seperti berikut :

i) Nilai Perbelanjaan yang dikeluarkan
oleh Pemaju untuk pembangunan
Kompleks Pejabat MAIM -RM2,948,900.70

ii) 9 unit kedai yang ditawarkan
kepada MAIM -RM5,717,500.00

iii) Bayaran tunai -RM1,000.000.00
__________________________________________

BAKI RM 500,000.00

6.
Syarikat Regal Merger Sdn. Bhd. telah diisytiharkan muflis. Sehubungan dengan itu, MAIM telah mengemukakan tuntutan baki pulangan MAIM sebanyak RM500,000.00 kepada Jabatan Insolvensi Negeri Melaka. MAIM masih mengekalkan kaveat ke atas keseluruhan tanah dan bangunan di kawasan berkenaan bagi menjaga kepentingan MAIM sehingga baki pulangan MAIM dijelaskan.

7.

Berkenaan perjualan tanah kepada BC Lim Enterprise (M) Sdn. Bhd. dan UNITEN Sdn. Bhd. merupakan sebahagian komponen syarikat.

Berdasarkan pelaksanaan pembangunan projek ini telah memberi pulangan positif kepada MAIM seperti berikut :

i) MAIM telah memperolehi 9 unit kedai. 2 unit kedai telah dijual kepada Pusat Zakat Melaka (anak syarikat milik penuh MAIM) yang mana penjualan ini telah memberi keuntungan kepada MAIM sebanyak lebih kurang RM45,000.00.

ii) Baki 7 unit kedai milik MAIM telah disewakan kepada Jabatan Agama Islam Melaka pada kadar RM77,100.00 sebulan. Jumlah pulangan sewa kepada MAIM setahun adalah RM925,200.00.

iii) Nilai 7 unit kedai milik MAIM telah meningkat 2 kali ganda berbanding nilai asal semasa bangunan diserahkan.

KESIMPULAN

Pembangunan projek Kompleks Al-Azim telah memberi pulangan yang menguntungkan kepada MAIM dan juga telah mewujudkan sebuah kompleks perniagaan baru di kawasan tersebut. Pada masa kini kawasan tersebut terdapat universiti, restoran, bank, pusat membeli-belah dan pelbagai premis perniagaan yang memberikan kemudahan kepada masyarakat setempat.

  1. #1 by Ziela on February 15, 2012 - 5:41 pm

    Saya difahamkan pembinaan Kompleks MAIM menggunakan wang zakat. Buktikan company ini telah membayar balik kos melebihi 2 juta ini.

  2. #2 by ziela on February 16, 2012 - 12:08 pm

    mana komen saya tuan ?

  3. #3 by darahtuah on February 17, 2012 - 12:09 am

    ZIELA BUKTIKANLAH PULAK TENTANG PENGGUNAAN WANG ZAKAT ITU.

    KENYATAAN SAYA DI ATAS ADALAH KENYATAAN RASMI MAIM. SILALAH HUBUNGI SU MAIAM UTK MAKLUMAT LANJUT. KERAJAAN BN / MAIM TELUS.

    T/KASIH.

  4. #4 by ziela on February 17, 2012 - 7:36 am

    Penggunaan wang zakat ini pula laporan audit negara. Bagi saya, yang salah perlu diperbetulkan dan menerima tindakan sewajarnya. Bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak tetapi untuk kesejahteraan negara. Ini belum kita lihat siapa dibelakang syarikat terbabit. Saya tahu banyak perkara.

  5. #5 by sputjam on February 20, 2012 - 10:50 am

    A) Jabatan Agama, atau majlis agama sepatutnya menfokus kepada agama dan bukan perniagaan.
    Saya perhati, terdapat cross subsidi dari segi menyewa/penjualan pejabat/rumah kedai kepada jabatan agama negeri dan zakat dan ini adalah “conflict of interest” dengan harga yang agak tinggi.

    B) Majlis agama sudah mengetahui berkenaan dengan kadar penceraian yang agak tinggi dikalangan melayu muslim. Kimpulan “single mothers” ini adalah yang paling terseksa sekali dalam kehdupan seharian selepas ditinggalkan oleh suami tanpa kompensasi kewangan. Golongan ini kamu boleh temui di night club and karaoke di Kuala Lumpur mencari rezeki untuk menyaran anak-anak. Ini adalah kerana kadar bayaran gaji untuk opekerjaan sebagai kerani, atau pembantu kedai tidak mencukupi untuk golongan ini.

    c) Adakah memorandum Majlis agama menyatakan bahawa perniagaan adalah satu daripada kewajipan majilis tersebut. Lebih baik, pada pendapat saya, membuat micro credit untuk membantu melayu-muslim yang memerlukan wang untuk perniagaan kecil-kecilan.

  6. #6 by shasha on October 23, 2013 - 10:55 am

    apa yang ziela banyak tahu? boleh cerita ke? sebab sepanjang saya jaga projek pembinaan ni, tak pernah pula saya dengar nama ziela dalam mana-mana meeting dan saya tak pernah pula berurusan dengan ziela. daripada mana pula ziela dapat maklumat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: