PERUNTUKAN DI BAWAH RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN NEGARA – KELANTAN, SABAH DAN SARAWAK DIANAKTIRIKAN?

Baru-baru ini kedengaran semula bahawa Kerajaan BN Pusat menganaktirikan negeri tertentu dari segi mengagihkan peruntukan. Kononnya Kelantan telah dianaktirikan sebab  ianya sebuah negeri pembangkang. Sebelum itu, sesetengah penduduk Sabah dan Sarawak mengatakan mereka dianaktirikan.

Untuk mengetahui fakta sebenar, dipaparkan peruntukan yang diterima oleh masing-masing negeri bagi tempoh RMKe3 – RMKe9. Peruntukan-peruntukan lain, jika ada, tidak termasuk dalam jadual – jadual ini.

Yang jelas, penerima top three terbesar ialah WP KL, Sabah dan Sarawak manakala Kelantan pula menerima lebih banyak berbanding Trengganu, NS dan Melaka.

Selebihnya diserahkan kepada para pembaca untuk mentafsirkan dan menilainya.

Peruntukan RMK-1

Peruntukan RMK-2

  1. #1 by sputjam on March 9, 2012 - 8:04 am

    Kemungkinan wang yang diperuntukan untuk ketiga-tiga negeri ini digunakan untuk membeli sokongan kepada pemerintah dan bukan untuk memajukan pendudok tempatan.

    Negeri yang terpencil, saperti sabah dan sarawak sebenarnya diberi kebenaran untuk mentadbirkan dengan lebih kuasa dan kebebasan dari putrajaya. Kebenaran saperti bas komuter, syarikat penerbangan, pengurusan lapangan terban sepatutnya dijalankan oleh pihak negeri dan bukan apa yang dirancangkan oleh putrajaya. Cukai “airport tax” sepatutnya dikurangkan untuk semua pengguna lapangan terbang kecuali KLIA.

    Maka kerana “centralisation” yang ketara, sejak zaman pemerintahan Dr M, maka jelas perkhidmatan asas di kawasan terpencil kurang memuaskan.

  2. #2 by Faizal Mohd Ya Mustapa on May 12, 2012 - 8:18 am

    melaka yg sebenar-benarnya anak tiri, cuba pikir

    greater KV= kl,sgor,n9
    ncer=perak,kedah,png,perlis
    ecer,johor,pahang,ttg,ktan
    idr=johor
    score=sarawak
    sdc=sabah
    melaka=??? (habuk ditepi koridor?)

    dr 14negeri, melaka sahaja yg tak termasuk dlm mana2 koridor ekonomi, melaka juga tidak diberi insentif utk menarik pelaburan sepertimana yg ada di johor,penang dan selangor, yg jauh lebih maju, apatah lgi terdapat insentif yg lebih menarik utk pelabur di pantai timur dan borneo.melaka juga satu satunya negeri di pantai barat yang xdpt merasa nikmat double tracking KTM, penang,selangor dapat rapid, johor dpt trans iskandar, mlk??.. kerajaan negeri terpaksa merapidkan diri sendiri

    melaka juga negeri yg ke3,kutipan cukai terbanyak,melebihi 3billion setahun, tpi pulangan kepada melaka, x sampai 1/5 pon dr jumlah tersebut,kelantan yg dok bagi 36juta tu dihebohkan,. malah melaka tak ada representative dalam kabinet.peruntukan kpd melaka sgtlah rendah pd zmn paklah,even pd zaman pak najib lagi sikit,

    malah, tak ada langsung GLC yg diarah/fokus melabur di melaka,sedangkan GLC GLC ini diarah melabur berbilion ringgit di johor,png dan selangor.

    insentive tak ada, peruntukan pon tak ada, GLC xdpt, aper yang ada kt melaka adalah jadi pak tunggul, kalau dilihat dari buku melaka terbitan ISEAS singapura, berkali-kali pusat tidak menyokong/menghalang kemakmuran melaka, contoh terbaik adalah projek perlabuhan dalam di pulau besar yg dikemukakan pada thn 70an, sehingga kini malaysia tiada perlabuhan laut dalam, dan berputih mata sahaja dimana singapura memainkan peranan ini,selepas itu melaka meminta pula perlabuhan kontena dengan pelaburan asing(pusat xpyh kuar se sen pon) ditolak juga, yg diberi jeti tg beruas!!!. malah baru2 ini permohonan melaka utk status bebas cukai di pulau melaka/besar juga ditolak,tpi kedah,ttg,johor boleh dapat.

    lagi malang lagi,bila kerajaan negeri melaka berhutang dgn pusat utk pembangunan lapangan terbang sedangkan ianya adalah hak milik pusat!, semua yg terjadi dimelaka adalah atas titik peluh inisiatif org melaka sendiri terutamanya datuk seri ketua menteri, walaupon saya amat berpuas hati dengan kemampuan kerajaan negeri, bila saya tgk pimpinan pusat, perasaan menyampah tu sangat menebal.

    say sbgi anak melaka, mmg berbanga sbb melaka berjaya dr ke2 termiskin ketika merdeka kpd ke 3/4 yg terkaya, tpi perangai pimpinan pusat UMNO mmg saya tak berkenan, saya rasa amat terhina,

    apatah lagi bile ada anak melaka menjadi ketua polis negara, panglima ATM, org pahang juga yg kita rajakan.

    saya mengharap tuan sebagai ahli umno dan senator,memandang berat terhadap keluhan saya ni, malah ramai juga seperti saya, sangat sayangkan umno,tpi perangai mcm ni mmg buat kami bosan, tu yg bila sampai di pos mengundi kami tertanya2 pada siap kami perlu memangkah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: