GEMILANG PRESTASI DAR?

DAR telah diberi mandat dan amanah untuk memajukan negeri Melaka dan penduduknya sejak 2 Disember 1999. Beliau tidak mensia-siakan amanah rakyat itu; bahkan telah memikul dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab selama 12 tahun yang lalu.

Apa yang dibanggakan dan disyukuri oleh rakyat Melaka dan juga rakyat dari luar Melaka yang mencari rezeki di bumi bertuah ini, termasuk dari Kelantan, ialah beliau telah deliver dengan cemerlangnya. Kecemerlangan prestasi beliau itu telah mengangkat kegemilangan Melaka sehingga mencapai tahap negeri maju, sepertimana yang diisytiharkan oleh YAB PM DSN tepat jam 20:10  20/10 / 2010.

Pencapaian cemerlang tersebut dapat disaksikan melalui 25 output and outcome mix  seperti di bawah. Pada masa yang sama, dalam 6 bidang, DAR telah berjaya  membawa Melaka ke tahap yang lebih tinggi lagi; mengatasi tahap 33 buah negara anggota OECD (Organization for Economic Cooperation) –  dikatakan kelab negara-negara maju.

Sudah tentulah pencapaian gemilang ini amat membanggakan kita semua kerana sekali gus beliau telah terbukti mampu mengangkat maruah, martabat dan darjat  bangsa, agama dan negara. Inilah model pemimpin yang berkualiti, berwawasan, berwibawa dan berjiwa rakyat (4B).

Disedari rakyat mahukan kepimpinan yang sedemikian. UMNO/BN Melaka telah berjaya menzahirkan kepimpinan 4B itu – DAR!

Jika BN/UMNO dan DAR ditolak, bermakna rakyat Melaka mahukan parti / pemimpin yang mediocre. Pemimpin yang terpilih itu amatlah beruntung. Tak perlu pening kepala dan menyengkang mata bekerja untuk rakyat jelata. Boleh main golf,   relaks, hapi-hapi…pergi Melaka Raya urut kaki!!!

Keindahan Sg Melaka setelah ianya dibersih dan dimajukan; kini ia menjadi produk pelancongan yang terunggul di Melaka – pusat baru pertumbuhan ekonomi dan menjana rezeki bagi penduduk Melaka. Memenangi Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 / 2011, Kategori Inovative Tourist Attraction Man-made Attraction / National culture Heritage Identity Excellent.

SENARAI 25 PENCAPAIAN GEMILANG MELAKA

  1. EKONOMI (KDNK) BERKEMBANG PESAT  (84%) – DARI RM10.1 BILION KE RM18.5 BILION
  2. PENDAPATAN PER KAPITA MENINGKAT 41% – DARI RM16,674 KE RM23,558
  3. PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH BULANAN MENGUKUH 85% – DARI RM2,260 KE RM4,184
  4. KADAR KEMISKINAN HAMPIR SIFAR (0.5%)
  5. JURANG PENDAPATAN LUAR BANDAR /  BANDAR MENGECIL 7%.
  6. PELUANG PEKERJAAN MELOMPAT 39% – DARI 231,514 KE 322,300 (ST3 2011)
  7. KADAR PENGANGGURAN HAMPIR SIFAR (0.7%)
  8. KENAIKAN HARGA RUNCIT SEDERHANA (PURATA BAWAH 2.5% SETAHUN)
  9. BILANGAN PELANCONG MELONJAK 454% – DARI 2.2 JUTA KE 12.2 JUTA
  10. HASIL KERAJAAN NEGERI MENOKOK 96% – DARI RM153 JUTA KE RM300 JUTA
  11. HASIL 5 JABATAN PERSEKUTUAN MENJULANG 720% – DARI RM288 JUTA KE RM2.4 BILION
  12. KADAR PENYERTAAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH = 100%
  13. KADAR PENYERTAAN IPT MENINGKAT  108% – DARI 40.3% KE 83.8%
  14. KADAR CELIK HURUF MENINGKAT DARI 93.7 % KE  95.5%
  15. BIL. PELAJAR IPT MELOMPAT 128% – DARI 31,339 KE 71,576
  16. JUMLAH RUMAH AWAM KOS RENDAH TELAH DIBINA = 13,855
  17. JUMLAH RUMAH PPRT TELAH DIBINA = 6,047 BUAH; KOS = RM58.5JUTA
  18. BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN (MAIM) = RM70.49 JUTA
  19. BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN = RM272.4 JUTA
  20. BANTUAN PENDIDIKAN = RM141.7 JUTA
  21. KUTIPAN ZAKAT MENJULANG 305% – DARI RM8.4 JUTA KE RM34.0 JUTA
  22. JALAN RAYA DIBINA = 2,219.5 KM
  23. PERATUS PENDUDUK MENDAPAT BEKALAN AIR DAN ELKTRIK = 100%
  24. BIL. PENDAFTRAN KERETA & MOTORSIKAL BARU PER 1,000 PENDUDUK MENOKOK 39% – DARI 29.4 BUAH KE 40.9 BUAH.
  25. SELURUH NEGERI MAMPAN = >80 MATA

 

PENCAPAIAN  MELAKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA DAN DI KALANGAN 33 BUAH NEGARA OECD, 2010:

  1. KADAR KEMISKINAN = 0.5%
  2. KADAR PENGANGGURAN = 1.0%
  3. KADAR INFLASI TERENDAH = 2.8%
  4. KADAR JENAYAH TERENDAH = 654 PER 100,00 PENDUDUK
  5. BEKALAN AIR PAIP BERSIH = 100%
  6. BEKALAN ELEKTRIK = 100%

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: