IRENE FERNANDEZ MELUDAH NEGARA SENDIRI?!

Irene meludah Negara sendiri

1. Isu Irene Fernadez (IF) mengkritik, mengutuk dan meludah Malaysia, negaranya sendiri, berhubung layanan terhadap buruh asing nampaknya sudah reda. Tetapi, selepas membela buruh Indonesia dan Bangladesh, dia mungkin pulak membela buruh India, Kambodia, Vietnam dan lain-lain lagi. Manalah tahu. Kan Negara kita ni sebuah Negara demokrasi… boleh bercakap apa saja dan berdemonstrasi apa saja. Contoh laporan kutukan IF itu boleh dibaca di sini.

2. Tentu ada yang bersetuju dengan IF tetapi ramai juga yang tidak setuju dengan cara IF memperjuangkan isu tersebut. Antaranya ialah ulasan YBhg Tan Lee Lam Thye.

3. Cara IF meludah Malaysia seolah-olah layanan yang diberikan oleh majoriti rakyat Negara ini amatlah teruk sekali manakala layanan serta keadaan kehidupan di Negara-negara berkenaan, seperti Indonesia dan Bangladesh, seolah-olah jauh lebih baik dari Malaysia. Aneh MEnya beliau hanya berpijak ke atas 6 kes rasuah sahaja sedangkan pekerja asing di Malaysia melebihi 2 juta orang! Jika terdapat 100,000 kes pun, ia hanyalah 5% sahaja dari jumlah pekerja asing yang ramai itu.

4. YAB DS Najib sendiri tidak menafikan perbuatan rasuah berlaku di Negara ini dan beliau telah memberikan komitmen untuk membasmi penyakit tersebut. Ia telah dipahatkan di bawah NKRA sebagai salah satu daripada 6 +1 agenda beliau. IF dan semua penduduk Malaysia, termasuklah saya, hendaklah berkongsi iltizam murni ini dan sama-sama membantu beliau merealisasikannya; bukan mengutuknya.

Negara Yang Dipuji Lebih Teruk

5. Dalam pada itu, elokalah juga IF mengetahui betapa teruknya tahap korupsi di Negara-negara berkenaan berbanding Malaysia. Sebagai contoh, baca dan ketahuilah betapa terukanya amalan rasuah dan kekejaman polis di India (melibatkan US$18.42 bilion) dan Indonesia (melibatkan US$238.6 juta). Jika hendak tahu pula betapa teruknya amalan korupsi di Bangladesh, bolehlah, misalnya, membaca di sini http://www.business-anti-corruption.com/country-profiles/south-asia/bangladesh/corruption-levels/ .

6. Seterusnya IF wajar membaca atau menonton video untuk mengetahui betapa dahsyatnya working conditions di Negara-negara tertentu, termasuklah Bangladesh, India dan Indonesia, sepertimana yang dipaparkan oleh The CNN Freedom Project: Ending Modern -Day Slavery dan dilaporkan dalam The 2011 Trafficking in Persons Report.

Perbandingan Yang Adil

7. Untuk kita berlaku adil dalam membuat perbandingan, elokalah kita mengambil beberapa angkubah yang berkaitan untuk mengukur tahap pembangunan dan kualiti hidup di sesebuah Negara; tidak adil hanya memilih satu angkubah seperti rasuah untuk dijadikan teras perbandingan.

8. Dalam konteks isu yang dibangkitkan oleh IF iaitu layanan buruk terhadap pekerja asing di Malaysia, saya memilih 8 buah Negara yang menjadi sumber utama bekalan tenaga buruh iaitu (1) China, (2) Thailand, (3) Filipina, (4) Indonesia, (5) Vietnam, (6) India, (7) Cambodia dan (8) Bangladesh.

9. Seterusnya saya memilih 8 angkubah yang berkaitan untuk dibandingkan – (1) Kadar Kemiskinan, (2) Kadar Pengangguran, (3) Kadar Inflasi, (4) Indeks Pembangunan Manusia (HDI), (5) Indeks Kegembiraan Dunia (WHI), (6) Indeks Kemakmuran Legatum (LPI), (7) Indeks Keamanan Global (GPI) dan (8) Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Sila rujuk Jadual yang disediakan.

10. Angkubah tersebut secara kolektif akan (a) mengambarkan tahap pembangunan dan kualiti hidup di setiap 8 negara yang telah dipilih itu, di samping Malaysia; (b) menerangkan mengapa Malaysia menjadi faktor tarikan kepada buruh asing; dan (c) menjelaskan pula mengapa Negara-negara mereka itu menjadi faktor tolakan untuk berhijrah ke Malaysia.

Kualiti Hidup Malaysia Jauh Lebih Baik

11. Diakui bahawa banyak Negara lebih maju dari Malaysia dan taraf hidup rakyat mereka lebih baik dari rakyat Negara ini. Namun, berdasarkan 8 buah negara dan 8 angkubah yang telah dipilih itu, adalah jelas, nyata dan terang bahawa tahap pembangunan Malaysia jauh lebih maju dan kualiti hidup rakyat Negara ini jauh lebih tinggi berbanding 8 buah Negara berkenaan.

12. Kadar kemiskinan, kadar pengagguran dan kadar inflasi Malaysia, yang menggambarkan keadaan ekonomi, berada di tahap yang rendah. Ia mencerminkan bahawa ekonomi Negara ini, berbanding dengan 8 negara yang lain itu, berjaya diuruskan dengan lebih baik dan penuh bijaksana.

13. Dari segi pembangunan manusia, berdasarkan HDI yang merangkumi aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan, Malaysia juga berada di kedudukan (ke 61) yang terbaik (teratas) berbanding dengan 8 buah Negara itu. Yang demikian, tidak hairanlah, berdasarkan WHI, rakyat Malaysia hidup lebih gembira; berada dikedudukan tertinggi (ke 51) kerana tahap kemakmuran yang lebih baik. Berdasarkan LPI, kemakuran rakyat Malaysia berada di tangga teratas (ke 43).

14. Penduduk Malaysia dapat menikmati kemakmuran itu kerana kerajaan mampu mewujud dan mengekalkan keamanan. Malaysia, menurut GPI, adalah Negara paling aman di kalangan Negara ASEAN (no. 1); no. 2 di Asia dan di tangga ke 19 di seluruh dunia.

15. Kemakmuran dan kegembiraan tersebut dapat dikecapi kerana korupsi (tangga ke 60) tidaklah seteruk 8 buah Negara yang lain itu, mengikut ukuran CPI.

16. Berdasarkan senario yang dilakarkan di atas, wajarkah IF mengkritik, mengutuk dan meludah Malaysia, negaranya sendiri? Diserahkan kepada rakyat Malaysia dan rakyat di 8 buah Negara berkenaan untuk menghakimkannya.

PRESTASI NEGARA-NEGARA TERPILIH

  1. #1 by Adi on June 6, 2012 - 11:20 pm

    IF lansung tak ada guna. apa yang dia dah buat untuk kebaikan rakyat? Tak dak. Cakap saja pandai. Siapa yang ikut dia sama lah dungu.

    putera

  1. Orang Malaysia? « Kempen SSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: