Teori Ekonomi Ali Rustam (DARnomics)

Salakan Basi

Saya amat menunggu-nunggu hujah yang lebih bernas dari pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatan Datuk Ali Rustam (DAR) dalam memajukan Melaka Negeriku Sayang ini. Malanganya mereka masih lagi mengemukakan salakan yang sudah basi dan stereotype. Antara salakan basi itu ialah projek-projek yang dibina, kononnya, menjadi ‘gajah putih’. Nampak sangat mereka itu kurang cerdik. Saya hampa.

Supaya golongan tersebut celik sedikit tentang tugas dan tanggungjawab kerajaan serta teori asas ekonomi maka eloklah mereka itu membaca dan belajar melalui ruangan ini.

Tugas & Tanggungjawab Kerajaan

Kalau ditanya rakyat apakah tugas dan tanggungjawab yang mereka harapkan dari kerajaan terhadap mereka, bolehlah dijangkakan harapan itu tentulah banyak dan berbagai-bagai. Ia adalah selaras dengan fitrah ‘banyak udang, banyak garam; banyak orang, banyaklah ragam’.

Namun, bolehlah dijangkakan bahawa dua harapan utama mereka ialah keamanan dan kemakmuran (2K) untuk rakyat. 2K ini saling berkait dan mengukuhkan antara satu sama lain. 2K ini pula yang menentukan kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat.

Justeru jelas sekali bahawa, berbeza dengan matlamat tunggal entiti perniagaan iaitu untuk mengaut keuntungan, tugas dan tanggungjawab serta matlamat utama kerajaan bukanlah untuk mencari laba tetapi untuk mewujudkan 2K berkenaan.

Yang demikian, misalnya, kerajaan menubuhkan pasukan keselamatan dan perkhidmatan bomba serta membina penjara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara. Kerajaan membina klinik dan hospital adalah untuk memelihara kesihatan rakyat. Kerajaan membekalkan air paip dan letrik kepada penduduk luar bandar pada kos yang tinggi dan merugikan adalah untuk keselesaan mereka. Contoh-contoh ini jelas membuktikan faktor keuntungan tidak diambil kira; namun faedah jangka panjang untuk rakyat jelas sekali.

Sekiranya keuntunganlah yang dituntut oleh golongan pembangkang itu maka sudah tentu mereka tidak akan menyediakan kemudahan tersebut, jika diberikan kuasa memerintah. Adakah rakyat bersedia untuk hidup dalam keadaan tanpa pasukan keselamatan, tanpa bomba dan tanpa klinik / hospital serta tanpa air paip dan tenaga letrik?

Teori Asas Ekonomi

Sendi teori dan paksi amalan ekonomi ialah penawaran dan permintaan atau supply and demand. Yang mudah dilaksanakan ialah mengeluarkan hasil atas dorongan permintaan atau demand creates supply. Biasanya penanam / penternak / nelayan komersial, peniaga dan pengilang (golongan terbesar) bertindak berlandaskan prinsip permintaan menjana penawaran ini bagi mempastikan keuntungan dan, pada masa yang sama, mengurangkan risiko kerugian. Contohnya ialah menanam padi dan sayur-sayuran serta menyediakan pakaian, kasut dan seumpamanya. Permintaannya amatlah tinggi.

Hanya golongan yang kecil di sektor swasta iaitu usahawan dan inventors yang berani mengambil pendekatan penawaran menjana permintaaan atau supply creates demand kerana risikonya tinggi. Banyak produk baru yang dihasilkan mengambil masa yang lama untuk menuai keuntungannya. Ada pula yang terus gagal menjana permintaaan kerana tidak berjaya menarik minat pengguna. Contohnya, telefon bimbit keluaran Syarikat Motorolla pada hujung tahun 1990an. Ianya tidak lama bertahan di pasaran.

Namun terdapat produk baru yang dihasilkan berjaya menawan imaginasi pengguna. Sebagai contoh, pengeluaran mei segera maggi yang belum pernah wujud sebelum tahun 1970an. Setelah dihasilkan, kini ia telah menjadi bahan makanan yang popular dan terus kekal di pasaran.

DAR Umpama Usahawan

Di sektor awam, DAR adalah umpama seorang usahawan yang cemerlang. Sebagai pemimpin yang berwawasan, beliau berani mengambil calculated risk dengan memilih pendekatan penawaran menjana permintaan tanpa mengabaikan peluang permintaan menjana penawaran. Beliau bersedia membayar opportunity cost serta sanggup menerima pelbagai kritikan dan tomahan sementara menunggu hasil ‘tuaian’nya itu kerana beliau tahu apa hasil akhirnya. [Nota: pendekatan lain yang beliau gunapakai seperti strategi lautan biru, anjakan paradigma dan befikir di luar kotak tidak dibicarakan di sini].

Di sini eloklah diberikan beberapa contoh yang telah ditomahkan sebagai projek gajah putih tetapi akhirnya telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan para pengkritik beliau terpaksa menikus dan menelan air ludah serta kahak masing-masing.

Satu contoh terbaik ialah menukar kawasan paya dan kebun sayor di Ayer Kroh kepada kawasan yang serba maju dan vibrant yang kini terkenal dengan panggilan kawasan MITC. Pada tahun 2000, ada sesiapa yang dapat membayangkan pembangunan kawasan ini seperti kesibukannya sekarang?

Kedua ialah pusat konvensyen MITC yang dikritik hebat kerana mengalami kerugian di peringkat awal tetapi kini telahpun mencatatkan keuntungan operasi.

Ketiga Hotel MITC dan Restoran Subaidah yang beliau bina tanpa ada pembeli terlebih dahulu. Kedua-dua projek tersebut telah dilabelkan sebagai gajah putih kerana tiada pembeli buat beberapa ketika. Bagaimana sekarang?

Kalaulah beliau tunggu dulu sehingga dapat pembeli barulah hendak membinanya maka pembeli berkenaan sudah tentulah lari mencari produk lain kerana tidak sanggup menunggu sekurang-kurangnya 18 – 24 bulan lagi sehingga ianya siap dibina.

Keempat ialah wawasan yang paling sukar diduga iaitu memulihkan wajah dan lanskap Sungai Melaka dari sebatang sungai yang lesu, kotor dan busuk kepada sebatang sungai yang kini bukan saja menjadi produk pelancongan terulung di Malaysia bahkan ianya setaraf dengan Sungai St Antonio di Texas, USA!

Ia juga menjadi pusat pertumbuahn ekonomi yang baru dan mampu menjana pendapatan lebih RM300 juta setahun! Pada tahun 2000, siapa dapat bayangkan Sungai Melaka akan menjadi sebatang sungai yang indah, bersih dan riuh rendah dengan pelancong seperti sekarang?

Kelima ialah membeli Wisma Persekutuan yang telah berusia di Jalan Hang Tuah dengan menjual bangunan baru Call Centre di MITC kepada Kerajaan Persekutuan. Beliau telah dapat menuai keuntungan yang lumayan melalui urusniaga ini. Buat seketika, Wisma Persekutuan itu tidak menjana pendapatan dan boleh ditomahkan sebagai gajah putih.

Apabila peluang timbul untuk mewujudkan Urban Transformation Centre (UTC) maka beliau telah segera menawarkannya kepada Kerajaan Persekutuan. Jika beliau tiada wawasan untuk membeli bangunan tersebut maka UTC itu bukan saja berpindah ke tempat lain di dalam Melaka bahkan mungkin juga berpindah ke luar Melaka.

Pada 23 Jun 2012 lalu, lebih 100 ribu orang menyaksikan perasmian UTC tersebut oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang semakin popular dan disenangi. Sudah tentu rakyat Melaka gembira mendapat perkhidmatan setempat di UTC ini kerana mudah dan menyenangkan.

Terakhir yang ingin saya nyatakan ialah usaha menaik-taraf Lapangan Terbang Batu Berendam yang kini bergelar Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Diakui bahawa buat masa ini ianya masih lagi belum digunakan sepenuhnya. Ia samalah dengan Subang dan KLIA di peringkat awal pembukaannya.

Kedua-duanya telah dikritik oleh pihak pembangkang tetapi akhirnya terpaksa menelan kahak sendiri. Subang terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung kebanjiran trafik dan berpindah ke KLIA. Kini KLIA 2 pula sedang dibina.

Dengan kemudahan bagi kapal terbang sebesar Being 737 mendarat maka LTAM mempunyai potensi yang besar untuk maju, terutama sekali menarik pelancong kesihatan dari Sumatera. Tarikan itu ialah kos perubatan dan kos sara hidup kita yang jauh lebih rendah berbanding Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Bangkok.

Pulau tersebut mempunyai penduduk seramai 50.5 juta orang dan 20% atau 10 juta orang mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi. Jika kita mampu menarik 10% sahaja dari 10 juta itu maka seramai sejuta pesakit dari Sumatera akan mendapatkan rawatan di Melaka atau lebih kurang sama ramainya dengan penduduk Melaka. Sejuta penumpang ini sudah cukup untuk membuat LTAM sibuk sepanjang tahun serta betapa seronoknya pemegang saham hospital swasta, betapa gembiranya pemilik hotel dan restoran dan banyak pihak lain lagi. Itu namanya kesan berganda atau multiflier effect.

Justeru bantu dan berikanlah masa kepada DAR untuk memajukan LTAM bagi kemakmuran rakyat Melaka. InsyaAllah beliau akan sekali lagi berjaya.

Impak DARnomics

Apakah impak pendekatan ekonomi DAR yang unik ini atau boleh digelar DARnomics? Melaka menjadi sebuah negeri yang maju, sepertimana yang telah diisyhtiharkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib dan diakui pula oleh OECD. Ekonominya vibarant; ia bersandarkan pengetahuan dan didorong oleh inovasi kerana sumber asli Melaka adalah terhad.

Secara ringkas, dalam tempoh 10 tahun pendapatan isi rumah telah meningkat 85%, kadar pengangguran (0.7%), kadar kemiskinan (0.5%) dan kadar jenayah (723.5 per 100,000) bukan sahaja terendah di Malaysia bahkan juga terendah di kalangan semua negara maju. Jurang pendapatan antara kaum dan antara bandar / luar bandar mengecil manakala kadar inflasi di tahap yang rendah.

Pencapaian cemerlang DAR itu telah membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang makmur dan selesa serta aman damai. Maka dua rangkap pantun ini adalah sesuai untuk merangkumkan apa yang telah saya lakarkan di atas, khususnya impak DARnomics:

Anak ayam terlari-lari,
Anak itek terlompat-lompat,
Orang pandai senang dicari,
Sebijak DAR susah nak dapat.

Anak duri anak tenggiri,
Dalam belanga bertemu jodoh,
DAR umpama payung negeri,
Tempat rakyat tumpang berteduh.

Risiko Mendengar Cakap Pembangkang

Pihak pembangkang tidak mahu menghadapi risiko. Mereka hanya mahukan keuntungan. Lebih teruk lagi, keuntungan itu mestilah dapat dituai segera. Jika kita mendengar dan termakan cakap kosong pembangkang itu maka kita tidak akan dapat menikmati durian sebab pohon durian memerlukan masa 5 – 6 tahun untuk berbuah. Kita akan mati kebuluran sebab padi memerlukan masa kira-kira 130 hari sebelum ianya masak untuk dituai. Sayur togeh pun memerlukan masa 3 hari sebelum ianya boleh dimakan.

Masih mahu juga memilih pembangkang? Jika mahu dan ditimpa malapetaka maka hayatilah pantun ini:

Ambil galah jolok kedondong,
Kedondong jatuh di celah dahan,
Bukan salah ibu mengandung,
Memang sial celaka badan.

, ,

  1. #1 by haleem on July 2, 2012 - 8:39 pm

    Saya sangat setuju dgn pandangan saudara banyak sudah pembangunan yang di buat, pesat sunguh melaka, Tetapi yang sedihnya masyarakat melayu terus di pinggir, dahulu banyak kedai melayu di melaka tetapi kemana mereka menghilang, satu masa dahulu ramai peniaga melayu berniaga di selekoh sebelum sampai mahkota parade bersebelahan kolam renang, tetapi bila kawasan mula maju mereka di pindahkan hingga kini tak tau di mana mereka, ,, oh lupa mereka di pindahkan dari lokasi yang strategik kepada yang tak menguntungkan. …kesian mereka. ..dahulu apabila nak beli cencaluk dan belajan kedai mak cik tepi jalan bersepah terutama di kelebang tapi sekarang kedai mereka terlalu kecik. ?…. Sampaikan kan kawan saya terperanjat. Cuba kita lihat jonker walk terpelihara sehinggakan eksulif boleh tutup jalan utk pasar malam ·
    ··ohhhh lupa kita masih dijajah melayu berniaga di kampung orang lain berniaga di kawasan town ····· harga rumah di melaka sekarang nie bukan untuk rakyat melaka tetapi untuk orang luar teutama utk orang sebelah tambak johor? ?.. dahulu byk rumah awam kos sederhana sekarang kbanyakan di buat utk rakyat tak mampu beli. ?…senangnya pemaju selain melayu dpt tanah atas nama projek peumahan tetapi untuk rakyat sendiri mohon tanah tiada lagi heheheh
    Melaka maju untuk sendiri rakyat hanya gigit jari

  2. #2 by darahtuah on July 10, 2012 - 3:12 pm

    haleem,

    Tahu kedudukan orang Melayu Melaka sekarang dari segi tahap pendapatan, jurang & kemiskinan banding 10, 20 thn lalu?

    Tlg cadangkan bagaimana tahap sekarang boleh diperbaiki lagi?

    Tk.

  3. #3 by flyingman on July 11, 2012 - 5:13 pm

    Saya sering ke Melaka dan beberapa negeri lain di Malaysia. Tetapi saya amat kagum dengan pembangunan negeri Melaka. Ramai juga kawan kawan saya yang bukan berbangsa melayu di Singapura mengatakan bahawa mereka suka negeri melaka kerana ia jauh lebih selamat dari negeri yang berjiran dgn kami dan bersih hampir seperti di Singapura. Terdapat banyak juga shopping mall yang cantik dan well maintain and we see many business opportunies in Melaka too.

    Saya tak begitu pasti dengan comment haleem yang menyatakan bahawa melaka maju rakyat hanya gigit jari tetapi saya sebagai seorang anak melayu di Singapura merasa bahawa rakyat malaysia terutama mereka yang berbangsa melayu sangat beruntung kerana kalau dicompare atau dibandingkan dgn melayu di Singapura, mereka jauh lebih dijaga dan dipimpin oleh kerajaan Malaysia.

    Saya pun khuatir nak explain dgn mendalam kerana takut takut nanti saya pulak disoal oleh polis Singapura. Tetapi di Malaysia, nak maki perdana menteri ke sultan ke, buat aje. Begitu bagusnya hak kebebasan utk bersuara di Malaysia.

    Kepada Warga Melayu Malaysia – ingat..Jangan jadi mcm kami.

    Sekian.

  4. #4 by silver price on August 1, 2012 - 8:50 pm

    Secara peribadi, saya memang amat kagum dengan ketokohan YAB Datuk Seri sebagai seorang pemimpin dan negarawan. Kejayaan Dr. Mahathir yang paling kita hargai ialah kemampuan beliau untuk menyatu-padukan seluruh rakyat berbilang kaum di Negara ini. Walaupun menghadapi berbagai dugaan dan cabaran, khususnya, dari pelampau-pelampau kaum dan agama, namun, atas ketegasan, ketangkasan serta kebijaksanaan beliau, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama terus hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmur. Tidak dinafikan selama 22 tahun ini perpaduan dan keharmonian kaum terus menjadi tunggak kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: