BAJET 2013 DAN HUTANG KERAJAAN

1. Saya ingin memberi perhatian kepada kritikan pembangkang bahawa kononnonnya kerajaan tidak cekap dalam menguruskan Negara, khususnya berkaitan dengan pengurusan kewangan dan fiskal.

2. Diakui kerajaan BN tidaklah sempurna atau perfect tetapi, berdasarkan a basket of indicators, ia jauh lebih baik daripada banyak Negara di dunia ini berdasarkan outcome yang diharapkan oleh rakyat dari segi:

2.1 Pertumbuhan GDP – Malaysia = 5.1% banding dengan Negara-negara lain yang lebih rendah atau menguncup seperti USA, Germany, Euro Zone dan Singapura;

2.2 Kadar pengangguran – menikamati guna tenaga penuh bertahun-tahun manakala banyak Negara bergelut dengan masalah pengangguran yang tinggi seperti Jepun, China, USA dan Euro Zone;

2.3 Kadar kemiskinan – hanyalah 3.8% sedangkan banyak negara terus dicengkam kemiskinan seperti USA (15%), China (36%), Indonesia (50%) dan India (75%);

2.4 Kadar inflasi – rendah / sederhana (1.4%) berbanding dengan Negara-negara lain melebihi 4% seperti Indonesia, China dan India;

2.5 Keamanan – berdasarakan Global Peace Indeks, Malaysia di kedudukan no.2 di Asia;

2.6 Kebahgiaan – berdasarkan World Hapiness Index, kedudukan Malayasia no. 4 di Asia.

2.7 Kemakmuran – berdasarkan Legatum Prosperity Index, kedudukan Malayasia no. 6 di Asia.

3. Agar seimbang, pada hemat saya, bajet wajar dilihat dari segi (a) pendapatan kerajaan (sumbangan rakyat) dan perbelanjaan (kehendak rakyat), (b) suasana ekonomi global (permintaan luar) dan suasana ekonomi dalam negeri (permintaan domestik), (c) pertumbuhan serta agihan, (d) keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan Negara serta (e) pertumbuhan mapan yang turut mengambil kira tuntutan jangka pendek, sederhana dan panjang. Diharaplah cadangan dan kritikan mengambil kira tuntutan yang kadangkala berkonflik ini.

4. Ramai telah memuji YAB DS Mohd Najib selaku Menteri Kewangan I tentang kehebatan Bajet ini dan dijangka ramai lagi akan menyokong beliau. Tetapi bagi kawan-kawan kita di sebelah sana, mereka akan terus memutarbelitkan fakta. Mereka akan terus bersikap negatif dan destruktif kerana mereka mungkin telah ditakdirkan dan dilahirkan sedemikian.

5. Kembali kepada isu yang hendak saya beri perhatian – pengurusan kewangan dan fiskal Negara. Dalam konteks ini, yang sering kita dengar ialah pihak pembangkang menimbulkan isu hutang Negara, seolah-olah kerajaan BN tidak pandai menguruskannnya dan Negara akan bankrupt.

6. Dalam konteks ini, teras dasar kerajaan ialah meneruskan konsilidasi fiskal (Fokus Ke 4):

6.1 meneruskan langkah perbelanjaan berhemah;

6.2 nilai untuk wang (value for money);

6.3 sasaran pulangan perbelanjaan yang lebih baik;

6.4 jabatan kerajaan bertanggungjawab ke atas barangan dan perkhidmatan yang diperolehi; dan

6.5 paras hutang kekal mapan iaitu tidak melebihi had berhemah melalui:

(a) pelaksanaan dasar makrofiskal yang baik,

(b) kepatuhan kepada peraturan fiskal, dan

(c) strategi pengurusan hutang yang berhemah.

7. Untuk memberikan gambaran yang lengkap, sekurang-kurangnya aspek-aspek ini hendaklah diambil kira:

7.1 Hasil kerajaan,

7.2 Perbelanjaan kerajaan,

7.3 Hutang kerajaan,

7.4 Tujuan kerajaan berhutang,

7.5 Kemampuan kerajaan membayar balik,

7.6 Defisit fiskal, dan

7.7 Rizab antarabangsa.

8. Hasil kerajaan terus meningkat dari RM158.6B (2009) kepada RM208.7B (2013) atau 31.6% dalam tempoh tersebut.

9. Perbelanjaan kerajaan pula meningkat dari RM206.6B (2009) kepada RM249.7B (2013) atau 20.9% dalam tempoh yang sama.

10. Kadar kenaikan hasil (31.6%) yang lebih tinggi daripada kadar kenaikan perbelanjaan (20.9%) merupakan salah satu bukti kerajaan meneruskan langkah perbelanjaan berhemah.

11. Hutang Kerajaan Persekutuan (HKP):

11.1 benar HKP pada akhir 2012 dianggarkan berjumlah RM502.4B atau 53.7% darpada nilai GDP dan ianya menghampiri siling 55% yang ditetapkan.

11.2 Namun hutang ini adalah sihat kerana:

(a) Ia adalah untuk pembangunan yang boleh merangsang kemajuan dan   menjana pendapatan; bukan untuk operasi / penggunaan (consumption);

(b) 96.5% daripada HKP adalah hutang domestik; hanya 3.5% daripada jumlah hutang tersebut adalah hutang luar Negara atau 1.9% daripada GDP. Bermakna (i) tidak banyak berlaku aliran wang keluar dan (ii) peminjam dalam negeri seperti KWSP (para pencarum – pekerja) mendapat pulangan yang reliable dan stable.

12. Hutang Luar Negara (HLN)

12.1 meningkat 4.7% dari RM257.4B (2011) kepada RM269.5B (2012); ia hanyalah 28.8% daripada GDP;

12.2 HLN kita lebih rendah dari banyak Negara seperti Singpaura 110%; Itali 120% dan Jepaun 200%;

12.3 HLN mengandungi hutang sektor swasta dan HKP. HKP amatlah kecil – hanyalah RM17.9B atau 6.6% daripada jumlah HLN;

12.4 HKP menurun dari RM18.1B (2011) kepada RM17.9B (2012).

13. Kemampuan membayar balik

13.1 HKP – Kerajaan mampu membayarnya. Bukti:

(a) Nisbah bayaran khidmat hutang kekal terurus – hanya 9.9% daripada jumlah hasil; masih di bawah threshold 15% daripada jumlah hasil;

(b) Jumlah HKP (53.7%) tidak melebih 55% daripada GDP;

(c) Defisit keseluruhan telah dapat diturunkan 15.6%, dari RM47.4B (2009) kepada RM40B (2013);

(d) Defisit fiskal telah dapat diturunkan dari 6.7% (2009) kepada 4.5% (2012) banding dengan Negara-negara lain yang melebihi 10% seperti Greek, UK dan Sepanyol; dan

(e) Nisbah khidmat hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan amatlah rendah – 0.2% (2012), menurun dari 0.8% (2011).

13.2 Jumlah HLN

(a) Nisbah khidmat jumlah hutang luar negeri di tahap yang mapan – 10.5%;

(b) Rizab Antarabangsa pada akhir Jun 2012 sebanyak RM428.8B; ia mampu untuk membayar 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

14. Gambaran komposit ini membuktikan Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang cekap dan effisien dalam menguruskan kewangan Negara demi kepentingan rakyat. Bukan seperti yang cuba digambarkan oleh para pembangkang yang sakit. Namun ia akan terus memperkukuhkan (consolidate) lagi kedudukan fiskal dan kewangan Negara, sepertimana yang telah dilakukan selama ini. Salah satu rantaian usaha itu ialah menurunkan lagi defisit fiskal kepada 4.0% pada tahun depan berbanding 4.5% pada tahun ini.

15. Yang demikian, adalah wajar sekali rakyat terus memberikan mandat kepada BN untuk mentadbirkan Negara ini. Sekali-kali BUKAN kepada PR kerana Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan, telah terbukti GAGAL mengemudikan krisis kewangan Negara. Sejarah pahit ini dan peranan beliau sebagai alat kepada musuh Negara, demi kerakusan cita-cita untuk menjadi PM, sudah diketahui umum.

16. Saya yakin rakyat bijak membuat pilihan demi kebaikan masa depan anak cucu masing-masing.

, , ,

  1. #1 by anwar hensem macho lagi tampan on December 28, 2012 - 5:47 am

    • #2 by ieja on January 23, 2013 - 8:49 pm

      haha..bongok…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: