MENYUSURI 13 TAHUN ALI RUSTAM MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

Rakyat Melaka telah memberi mandat kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam (DAR) (BN/UMNO) sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Menjelang 1 Disember ini, genaplah beliau memikul serta melaksanakan mandat dan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab selama 13 tahun itu.

Tahniah Datuk Seri.

DSC_6443Apa yang dibanggakan dan disyukuri oleh rakyat Melaka dan juga rakyat dari luar Melaka yang mencari rezeki di bumi bertuah ini, termasuklah dari Kelantan, ialah beliau telah deliver dengan cemerlangnya.

Kecemerlangan prestasi beliau itu telah mengangkat kegemilangan Melaka sehingga mencapai tahap negeri maju.

Pengisytiharannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib tepat jam 20:10 20/10 / 2010.
Sungguh hebat dan gilang gemilang sekali!

Kehebatan beliau bukan semata-mata dapat disaksikan dari pancaran cahaya lampu yang gemerlapan di Stadium Hang Jebat malam itu. Malah yang lebih menakjubkan dan bermakna lagi kepada rakyat ialah kehebatan beliau dalam menghasilkan 25 output and outcome mix seperti di bawah.

Pada masa yang sama, dalam 6 bidang, DAR telah berjaya membawa Melaka ke tahap yang lebih tinggi lagi; mengatasi tahap 33 buah negara anggota OECD (Organization for Economic Cooperation) – digelarkan kelab negara-negara maju.

DSC_6875Sudah tentulah pencapaian yang hebat dan gemilang ini amat membanggakan kita semua. Kehebatan beliau itu sekali gus telah terbukti mampu mengangkat maruah, martabat dan darjat bangsa, agama dan negara ke tahap yag lebih tinggi lagi.

Justeru inilah model pemimpin yang berkualiti, berwawasan, berwibawa dan berjiwa rakyat (4B).

Disedari rakyat mahukan kepimpinan yang berkualiti tinggi. UMNO/BN Melaka telah berjaya menzahirkan kepimpinan 4B itu – DAR!

Jika pihak pembangkang menjanjikan pemimpin yang lebih baik, maka eloklah akui dan perbaiki dulu prestasi para pemimpin mereka yang mediocre itu.

Jika BN/UMNO dan DAR ditolak juga, bermakna rakyat Melaka mahukan pemimpin jenis mediocre tersebut. Maka pemimpin yang terpilih itu amatlah beruntung.

Pemimpin berkenaan tidak perlu pening kepala dan menyengkang mata bekerja untuk rakyat jelata, seperti yang dilakukan oleh DAR. Dia boleh main golf, relaks, hapi-hapi…pergi Melaka Raya urut kaki!!!

Yang pasti rugi nanti ialah rakyat sendiri dan janganlah pula salahkan orang lain dalam esak tangisan sendiri:

Ambil galah jolok kedondong,
Buahnya jatuh dicelah dahan,
Bukan salah ibu mengandung,
Memang sial celaka badan.

Jika masih mahu juga maka tepuklah dada, tanyalah selera atau tepuklah dada, tanyalah kepala?

Untitled2hg

Untitled1gfKeindahan Sg Melaka setelah ianya dibersih dan dimajukan; kini ia menjadi produk pelancongan yang terunggul di Melaka – pusat baru pertumbuhan ekonomi dan menjana rezeki bagi penduduk Melaka. Memenangi Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 / 2011, Kategori Inovative Tourist Attraction Man-made Attraction / National culture Heritage Identity Excellent.

SENARAI 25 PENCAPAIAN GEMILANG MELAKA

1. EKONOMI (KDNK) BERKEMBANG PESAT (113%) – DARI RM10.1 BILION KE RM21.4 BILION

2. PENDAPATAN PER KAPITA MENINGKAT 54.4% – DARI RM16,674 KE RM25,748

3. PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH BULANAN MENGUKUH 85% – DARI RM2,260 KE RM4,184

4. KADAR KEMISKINAN HAMPIR SIFAR (0.5%)

5. JURANG PENDAPATAN LUAR BANDAR / BANDAR MENGECIL 7%.

6. PELUANG PEKERJAAN MELOMPAT 42% – DARI 231,514 KE 329,600 (ST2 2012)

7. GUNA TENAGA PENUH SEJAK TAHUN 2000; KADAR PENGANGGURAN HAMPIR SIFAR (0.3% ST2 2012)

8. KENAIKAN HARGA RUNCIT SEDERHANA – 1.6% (OKTOBER 2012; PURATA BAWAH 2.5% SETAHUN)

9. BILANGAN PELANCONG MELONJAK 454% – DARI 2.2 JUTA KE 12.2 JUTA

10. HASIL KERAJAAN NEGERI MENOKOK 96% – DARI RM153 JUTA KE RM300 JUTA

11. HASIL 5 JABATAN PERSEKUTUAN MENJULANG 700% – DARI RM287.7 JUTA KE RM2.3 BILION

12. KADAR PENYERTAAN SEKOLAH RENDAH = 98.2% & MENENGAH = 103.1%

13. KADAR PENYERTAAN IPT MENINGKAT 114% – DARI 40.3% KE 86.3%

14. KADAR CELIK HURUF MENINGKAT DARI 91.4 % KE 95.4%

15. BIL. PELAJAR IPT MELOMPAT 167% – DARI 31,339 KE 83,704

16. JUMLAH RUMAH AWAM KOS RENDAH TELAH DIBINA = 14,215 (HINGGA OKT. 2012)

17. JUMLAH RUMAH PPRT TELAH DIBINA = 6,937 BUAH; KOS = RM68.2 JUTA (HINGGA OKT. 2012)

18. BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN (MAIM) = RM84.3 JUTA (HINGGA OKT 2012)

19. BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN = RM352.5 JUTA (HINGGA OKT. 2012)

20. BANTUAN PENDIDIKAN = RM148.7 JUTA (HINGGA OKT. 2012)

21. KUTIPAN ZAKAT MENJULANG 351% – DARI RM8.4 JUTA KE RM37.9 JUTA

22. JALAN RAYA DIBINA = 2,220 KM

23. PENDUDUK MENDAPAT AKSES BEKALAN AIR DAN ELKTRIK = 100%

24. BIL. PENDAFTRAN KERETA & MOTORSIKAL BARU PER 1,000 PENDUDUK MENOKOK 23% – DARI 29.4 BUAH KE 36.1 BUAH.

25. SELURUH NEGERI MAMPAN = >80 MATA

PENCAPAIAN MELAKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA DAN DI KALANGAN 33 BUAH NEGARA OECD, 2010:

1. KADAR KEMISKINAN = 0.5%

2. KADAR PENGANGGURAN = 1.0%

3. KADAR INFLASI TERENDAH = 2.8%

4. KADAR JENAYAH TERENDAH = 654 PER 100,00 PENDUDUK

5. AKSES BEKALAN AIR PAIP BERSIH = 100%

6. AKSES BEKALAN ELEKTRIK = 100%

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: