Mereka bersemadi di hati Datuk Seri

Bantuan sejak Merdeka

Prakarsa dan iltizam BN memberi perhatian dan membantu golongan yang kurang bernasib baik bukannya bermula semalam. Ia juga tidak bermusim, sepertimana yang dilakukan oleh puak pembangkang.

Ia bukan janji pilihanraya seperti yang dilaungkan oleh kumpulan yang berpakat mengadakan pakatan; seolah-olah macam satu konspirasi untuk menawan hati pengundi agar mereka dapat bertakhta di negeri-negeri dan di Putrajaya!

Kerajaan Perikatan (diikuti oleh BN) telah mewujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri seperti MAIM sejak mula merdeka lagi. Tujuannya, antara lain, adalah untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik. Tolonglah jangan lupakan hakikat ini. Kemudiannya ia diikuti oleh institusi/program lain seperti MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, SOCSO, AIM, TEKUN, PPRT, 1AZAM dan banyak lagi.

Justeru, ditegaskan sekali lagi, program membantu rakyat yang kurang bernasib baik ini sudah lama bermula dan ianya berterusan. Ianya tidak bermusim dan tiada kaitan dengan pilihanraya! Kini program-program seperti ini dipayongkan di bawah pendekatan “Rakyat Didahulukan”.

3 Kategori Bantuan

Program membantu golongan tersebut terbahagi kepada tiga kategori utama:

(1) membina baru/membaiki tempat berteduh seperti di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik;

(2) memberi bantuan wang tunai atau makanan atau pinjaman perniagaan kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik, OKU dan seumpamanya oleh MAIM dan JKM serta AIM dan TEKUN; dan

(3) memberi bantuan pendidikan seperti keperluan persekolahan, biasiswa dan pinjaman yang diuruskan oleh institusi seperti JPA, MARA, PTPTN dan TAPEM.

Komitmen Ketua Menteri

Dalam hal ini, rakyat Melaka amatlah bernasib baik kerana keperihatinan dan komitmen Ketua Menterinya untuk membantu orang susah ini sangatlah tinggi. Pada hemat saya, iltizam dan keinsafan itu datangnya dari keperitan hidup yang beliau deritai sendiri akibat cengkaman kemiskinan; bukan sekadar bercakap isu-isu kemiskinan dengan menaburkan angka-angkanya sahaja!

Sangatlah jelas bahawa beliau amat insaf akan tuntutan agama Islam supaya kita membasmi kemiskinan kerana “sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang  kekufuran” (maksud Hadith riwayat Anas Bin Malik r.a).

Manifestasi

Manifestasi iltizam tersebut dapat dilihat dari lonjakan bilangan penerima bantuan dan nilai bantuan yang dihulurkan bagi tempoh 2001 – 2012. Ringkasan angka-angka ini seperti di bawah:

Lonjakan Bil. Penerima dan Nilai Bantuan, 2012 / 2001

melaka1

Wajar ditegaskan segera di sini bahawa peningkatan itu janganlah cuba disalah tafsirkan atau diputar belitkan untuk membuktikan bahawa orang miskin di Melaka kononnya bertambah ramai kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri.

Golongan kurang bernasib baik ini, seperti warga emas, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit kronik, sentiasa ada dan bilangan mereka ini bertambah seiring dengan pertambahan penduduk.

Kerajaan pula cekap dan berhemah dalam menguruskan ekonomi serta kewangan negeri. Justeru berjaya menjana peluang pekerjaan yang banyak dan hasil pendapatan yang terus meningkat

Pertumbuhan ekonomi adalah rancak dengan mencatatkan kadar purata sebanyak 5.3% setahun. Ia disusuli oleh peluang pekerjaan yang amat banyak. Lantaran itu Melaka telah menikmati gunatenaga penuh sejak tahun 2000. Kini  kadar penganggurannya hampir  sifar (0.7%); terendah di Malaysia dan berbanding dengan negara-negara maju OECD.

Hasil kerajaan negeri melompat  111%, dari RM152.6 juta pada tahun 2000 kepada RM322.6 juta (2012). Pungutan zakat pula turut melonjak 418%, dari RM8.4 juta kepada RM43.5 dalam tempoh yang sama.

Berpaksikan dasar yang mengutama dan mendahulukan rakyat maka lebih banyak wang mampu diperuntukkan untuk  golongan ini. Yang demikian, lebih ramailah mampu dibantu, seperti yang ditunjukkan oleh carta di atas..

Impak

Impak utama semua usaha ini ialah:

(1) purata pendapatan bulanan isirumah semua kaum telah meningkat sebanyak 85%, dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM4,184 (2009);

(2) kadar kemiskinan telah menurun dari 5.7%  kepada hampir sifar (0.5%) dalam tempoh yang sama, dan

(3) jurang pendapatan antara kaum pula mengecil; misalnya, pada tahun 1999, setiap RM1 yang dimiliki oleh orang Melayu, kaum Cina memiliki RM1.57 sen tetapi pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh orang Melayu, kaum Cina memiliki RM1.14 sen sahaja.

Bukti terperinci bantuan yang telah dihulurkan di era Datuk Seri Mohd Ali Rustam dipaparkan di bawah.

melaka2

Melaka3

Melaka4

Melaka5

 

Melaka6

Melaka7

, , ,

  1. ZAKAT – EKONOMI ORANG ISLAM BERTAMBAH TEGAP; IMAN SEMAKIN MANTAP! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: