ZAKAT – EKONOMI ORANG ISLAM BERTAMBAH TEGAP; IMAN SEMAKIN MANTAP!

SATU LAGI KECEMERLANGAN DATUK SERI ALI RUSTAM

 

Dalam artikel saya baru-baru ini  bertajuk “Mereka Bersemadi Di Hati Datuk Seri”, saya ada menyatakan “Hasil kerajaan negeri melompat  111%, dari RM152.6 juta pada tahun 2000 kepada RM322.6 juta (2012). Pungutan zakat pula turut melonjak 418%, dari RM8.4 juta kepada RM43.5 dalam tempoh yang sama.”

Bagaimana kejayaan cemerlang ini boleh dicapai? Sesungguhnya ianya bukanlah bersandarkan “Kun Fayakun” tetapi melalui usaha gigih dengan sokongan rakyat dan direstui pula oleh Allah saw!

Di  hari pertama lagi beliau diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri pada 3 Disember 1999, Datuk Seri telah memahatkan Visi Melaka Maju 2010 yang dipacu oleh ekonomi digital dengan berpaksikan Dasar Pembangunan Berimbang.

Outcomenya ialah pertumbuhan ekonomi yang rancak yang bersandarkan k-ekonomi, peluang pekerjaan yang banyak, pendapatan isi rumah yang meningkat, kadar kemiskinan yang menurun, jurang pendapatan semakin rapat, kadar inflasi yang rendah serta negeri yang aman dan selamat.

Pasca 2010, beliau terus mentransformasikan ekonomi negeri Melaka agar mencapai tahap berpendapatan tinggi dari segi GNI per kapita dengan bertunjangkan teknologi hijau ke arah ekonomi hijau yang mapan.

Dalam riuh rendah ini, semua kaum mendapat faedah masing-masing; begitu juga penduduk di bandar dan luar bandar.

Dalam konteks tajuk artikel ini, saya ingin menarik perhatian kepada pendapatan isi rumah orang Melayu.

Mengikut Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, antara 3 syarat seseorang rakyat Malaysia itu boleh bergelar Melayu ialah ia mestilah beragama ISLAM. Dua syarat lain ialah berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Pada tahun 2010, terdapat seramai 517,441 orang Melayu  di Melaka dan SEMUANYA adalah beragama Islam. Terdapat seramai 25,000 lagi orang Islam di Melaka pada tahun yang sama tetapi mereka bukanlah berbangsa Melayu.

Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah Melayu telah bertambah tegap dalam tempoh 1999 – 2009; melompat 118%, dari RM1,874 kepada RM4,077. Lompatan ini diikuti pula kadar kemiskinan yang menurun dengan ketara. Pembayaran (kutipan) zakat juga telah melonjak antara tahun 2000 dan 2012.

Bukan sahaja nilai kutipan telah melonjak (418%), malah bilangan pembayar zakat telah melompat (202%) dan nilai purata pembayar zakat juga telah meningkat (70%)! Maklumat di bawah amat jelas menyokong kenyataan ini.

melaka9

Maklumat tersebut juga membuktikan bahawa Datuk Seri telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Islam melalui dasar pembangunan seimbang  dan pendekatan keterangkuman beliau itu. Sesungguhnya orang Islam/Melayu tidak terpinggir!

Pada masa yang sama, data kutipan hasil zakat ini mungkin juga boleh digunakan sebagai proksi mengukur kemantapan tahap keimanan orang Melayu/Islam di Melaka. Mereka patuh kepada Rukun Islam yang keempat (menunaikan zakat) dan suruhan Allah seperti maksud surah al Baqarah, ayat 43 “Dan dirikan salot, tunaikanlah zakat dan rukuklah berserta orang-orang yang rukuk”.

Justru bolehlah disimpulkan bahawa Datuk Seri telah berjaya menjana pertumbuhan ekonomi orang Melayu menjadi lebih tegap dan memupuk keimanan mereka menjadi lebih mantap!

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: