KERAJAAN BN MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

Kita semua mempunyai harapan / aspirasi / ekspektasi terhadap pihak lain. Misalnya, anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya; murid terhadap guru dan sebaliknya; rakyat terhadap kerajaan dan sebaliknya.

Apakah tanggunggjawab utama yang diharapkan oleh rakyat terhadap kerajaan. Adakah kerajaan memahami hasrat / aspirasi /ekspektasi itu?

Diramalkan aspirasi tersebut tentulah banyak dan pelbagai. Namun, bolehlah dijangkakan bahawa 12 perkara inilah yang menjadi pilihan utama rakyat. Dan Kerajaan BN bukan saja memahaminya malah telah melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan iltizam. Malah rakyat terbanyak telahpun menikmati faedahnya.

12 perkara / manfaat tersebut, dalam bahasa kontemperori, ialah ‘socio-economic environmental outcome mix’. Dijangka majoriti akan menyetujuinya.

Pertama –  yang menjadi tuntutan  pertama rakyat ialah jaminan keamanan dan keselamatan. Kerajaan BN Negeri Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam dan pemimpin-pemimpin sebelum beliau,  telah berjaya  menunaikan tanggungjawab ini. Sebagai contoh, kadar jenayah telah dapat diturunkan dari 744 kes  per 100,000 penduduk pada tahun 2008 kepada 565 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2012. Kejayaan tersebut selari dengan kejayaan BN Pusat dalam memelihara keamanan negara. Bedasarkan Global Peace Index, Malaysia berada di tangga pertama di kalangan anggota ASEAN dan di tangga kedua di seluruh Asia!

Kedua –  mengharapkan kerajaan mampu memupuk perpaduan dan keharmonian kaum agar keamanan dapat dipelihara. Terbukti harapan tersebut dapat dipenuhi kerana  tiada (sifar) rusuhan kaum di Melaka. Malah semangat perpaduan dan keharmonian kaum ini telah lama berakar umbi di negeri Hang Tuah ini, sepertimana yang dapat disaksikan di Jalan Harmoni.

Ketiga –  di bawah persekitaran negeri maju di mana kadar literasi di tahap yang tinggi (Melaka = 95.4%; Malaysia = 93.6%) maka sudah tentulah rakyat menekankan kebebasan bersuara dan beragama, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan – Perkara 10 dan 11. Datuk Seri faham dan menghormati tuntutan naluri rakyat ini. Justeru, mengikut rekod, tiada (sifar) saman / litigasi berhubung perkara ini.

Keempat –  seterusnya ekspektasi rakyat ialah kerajaan berupaya memperbaikii tahap kualiti hidup. Terbukti kerajaan BN telah deliver apa yang diharapkan itu. Buktinya, jangka hayat telah meningkat. Pada tahun 2007, jangka hayat lelaki = 69.4 tahun; perempuan = 75.0 tahun. Tetapi pada tahun 2011, jangka hayat lelaki dan perempuan telah  masing-masing meningkat kepada 70.05 tahun dan 76.4 tahun.

Kelima –  aspirasi rakyat selanjutnya ialah mahu kerajaan menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat kerana ia menjadi anak kunci kepada memenuhi keperluan-keperluan yang lain. Sekali lagi, Datuk Seri telah berjaya memenuhi aspirasi ini. Di bawah lanskap geo-politik dan ekonomi global yang tidak menentu, beliau masih mampu menaja pertumbuhan purata GDP pada kadar 4.1% bagi tempoh 2008 – 2011. Pada tahun 2011, kadarnya lebih tinggi lagi iaitu 5.5%.

Keenam –  Datuk Seri amat faham tentang tuntutan rakyat yang mahukan peluang pekerjaan yang banyak. Beliau sedar bahawa ianya berkaitan rapat dengan maruah diri dan kemiskinan. Justeru beliau telah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang tersebut. Terbukti beliau telah berjaya dengan cemerlang kerana Melaka telah menikmati gunatenaga penuh (kadar pengangguran bawah 4%) sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri. Pada Suku Tahun ke 3 2012, kadar pengangguran di Melaka berada di paras 0.7%; terendah di Malaysia dan juga berbanding dengan negara-negara maju OECD. Rekod ini dipegang oleh Melaka sejak 2008.

Ketujuh –  pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan hendaklah disusuli oleh pendapatan rakyat yang meningkat. Situasi ini bukanlah suatu yang otomatik. Namun, Datuk Seri telah mampu meningkatkan pendapatan penduduk Melaka. Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melonjak 85% dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM4,184 pada tahun 2009.

Kelapan –  Pendapatan yang meningkat tidak memberikan kegembiraan kepada rakyat jika kadar  kemiskinan turut meningkat atau tidak menurun. Sukalah ditegaskan bahawa peningkatan pendapatan dan penurunan kadar kemiskinan bukanlah otomatik, sepertimana yang dapat dilihat di Singapura dan USA. Alhamdullihah, kadar kemiskinan juga telah dapat diturunkan dengan ketara dalam tempoh yang sama; dari 5.7% (1999) kepada 0.5% (2009). Kadar ini bukan saja terendah di Malaysia bahkan juga terendah berbanding dengan anggota negara maju di bawah OECD!

Kesembilan – lonjakan pendapatan dan kemerosotan kadar kemiskinan tidak memberi makna yang besar jika jurang pendapatan terus melebar atau tidak mengecil. Sesungguhnya, kejayaan perkara 5 hingga 8 di atas tidak menjamin (atau ipso facto) jurang pendapatan boleh mengecil dengan sendirinya. Namun beliau telah berjaya menghasilkan perkara yang amat sukar in sedangkan hampir seleuruh dunia mengalami penyakit sosial ini. Sebagai contoh, nisbah pendapatan kaum Cina berbanding kaum Bumiputera telah mengecil 27.4% antara tahun 1999.

Kesepuluh – pertambahan pendapatan akan terhakis jika kadar inflasi meningkat lebih pantas daripada kenaikan pendapatan. Dalam konteks ini, Datuk Seri faham sepak terajang dinamik ekonomi dan keperluan rakyat untuk mempertahankan kuasa beli. Lantaran itu, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk mempastikan kadar inflasi atau kenaikan harga runcit di tahap yang rendah dan terkawal.  Dalam hal menangani aspirasi rakyat ini, beliau sekali lagi telah berjaya menggalasnya. Beliau mampu mengekang serangan inflasi yang dialami oleh seluruh dunia pada tahun 2008. Kini kadar inflasi telah dapat dijinakkan dari 5.9% (2008) kepada 1.8% pada tahun lepas.

Kesebelas –  rakyat juga mengharapkan  bahawa kerajaan bukan saja cekap menguruskan ekonomi malah cekap dan berhemah pula  dalam menjana  serta menguruskan hasil (revenue). Syukur alhamdullillah, hasil kerajaan negeri Melaka telah melompat  111%, dari RM152.6 juta pada tahun 2000 kepada RM322.6 juta pada tahun lalu.   Disedari bahawa pihak pembangkang sering menyalak pasal isu hutang yang dikatakan besar itu [RM865.9 juta]. Sebenarnya, ia hendaklah dilihat dari pelbagai sudut seperti tujuan berhutang (untuk pembangunan bagi faedah rakyat) dan kemampuan membayar balik. Sesunggunya, kerajaan negeri Melaka MAMPU membayar baik semua hutangnya.

Kedua belas – segala kemajuan ekonomi yang dicapai itu hanyalah baik untuk rakyat, terutamanya bagi generasi akan datang, jika pembangunan itu mapan dan alam sekitarnya terpelihara. Inilah juga aspirasi atau kehendak / tuntutan rakyat terhadap kerajaan. Sekali lagi kerajaan BN Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri tidak menghampakan rakyat kerana harapan ini diberikan perhatian yang tinggi.  Sebagai contoh, pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik). Outcomenya ialah seluruh negeri Melaka telah mencapai tahap mapan sejak tahun 2008!

Berdasarkan fakta di atas maka adalah jelas Kerajaan  BN Melaka berjaya memenuhi aspirasi rakyat. Mengikut maklumat yang ada, tidak ada negara lain yang berjaya menghasilkan ‘socio-economic environmental outcome mix’ seperti Melaka ini.

Syabasy dan tahniah, Datuk Seri, payung negeri.

Diyakini Kerajaan BN akan terus komited untuk memenuhi aspirasi rakyat. Nasib mereka akan dibela tanpa mengira bangsa dan agama. Kestabilan politik dan keharmonian sosial akan dikekalkan. Kebajikan, kesejahteraan dan taraf hidup rakyat akan dipertingkatkan. Peluang dan kemudahan yang lebih baik  untuk rakyat akan disediakan.

Inilah negeri milik  kita bersama yang kita banggakan – Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau!

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: