Mengemudikan Ekonomi Negara – DSN Lebih Hebat Dari Obama, Hollande & Cameron!

Kesimpulan 2009

1.         Pada 3 November 2009 saya telah menulis “Berjayakah Najib mengemudikan ekonomi negara?”.  Kesimpulan saya pada masa itu ialah:

“Kombinasi parameters berkenaan [inflasi, kadar pengangguran dan jualan barangan pembuatan] menunjukkan DSN telah berjaya mengemudikan negara untuk keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia dengan cemerlangnya.”

2.     Pada 21 Februai 2011 pula saya telah revisit prestasi DSN di bawah tajuk “SAH! DSN Berjaya Mengemudikan Ekonomi Negara” . Berdasarkan 5 parameter ekonomi berkenaan (pertumbuhan GDP, peluang pekerjaan, kadar inflasi, kadar kemiskinan dan jurang pendapatan), kesimpulan saya pada ketika itu ialah:

 “Sesungguhnya kejayaan DSN ini adalah suatu yang menakjubkan! Terbukti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ telah menjadi kenyataan; bukan selogan semata-mata.”

Pertumbuhan KDNK (GDP) 2012

3.              Marilah kita revisit sekali lagi prestasi DSN. Kini prestasi ekonomi negara bagi tahun 2012 yang menggunakan ukuran pertumbuhan KDNK (GDP) sebagai proksinya telah diummkan pada 20 Februari  2013 lalu. Kadarnya ialah 5.6% (ST4 2012 = 6.4%); jauh lebih tinggi dari prestasi 2011 sebanyak 5.1%.. Sekalung tahniah, DS.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada DSN di atas kejayaan cemerlang beliau semasa di masjid Kg Cenderah sempena lawatan beliau ke Melaka pada 19 Februari 2011

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada DSN di atas kejayaan cemerlang beliau semasa di masjid Kg Cenderah sempena lawatan beliau ke Melaka pada 19 Februari 2011

4.              Kejayaan tersebut amat cemerlang dalam konteks persekitaran ekonomi global yang hostile dewasa ini. Ianya  sungguh cemerlang berbanding pertumbuhan yang lemah di USA (0.1%), pertumbuahn yang perlahan di German (0.7%), pertumbuhan sifar di Perancis dan kemelesetan di UK!

5.              Pengumuman tersebut mengesahkan sekali lagi bahawa kepimpinan DSN telah berjaya mengemudikan ekonomi negara dengan mengekalkan pertumbuhan yang rancak. SAH Negara kita telah keluar jauh dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia.

6.              Apa yang lebih membanggakan ialah pencapaian tersebut adalah dalam konteks output mix yang rakyat mahukan; bukan satu angkubah sahaja – kadar pertumbuhan GDP. Apakah lagi yang rakyat mahukan itu?

Peluang pekerjaan yang banyak

7.              Pertama, selain dari aktiviti ekonomi yang rancak itu, ialah peluang pekerjaan yang banyak. Terbukti kerajaan telah berjaya menjana peluang tersebut apabila kadar penggangguran  bagi tempoh 2009 – 2012 berjaya dikekalkan di bawah 4%.

8.              Mengikut definisi ILO, tahap tersebut (3.3% pada bulan Disember 2012)  boleh diistilahkan sebagai mencapai tahap guna tenaga penuh (full employment). Lalu bukan sahaja rakyat Malaysia dapat menikmati peluang pekerjaan itu dan menambah rezeki masing-masing malah warganegara asing yang berada di sini, dianggarkan kira-kira 2 juta orang, turut menikmati faedah tersebut.

9.              Bilangan orang yang mendapat pekerjaan telah meningkat 1.6% (195,000 orang), dari 12,405,600 orang (Disember 2011) kepada 12,600,600 orang (Disember 2012). Justeru kadar pengangguran telah berjaya diturunkan dari 3.1% pada tahun 2011 kepada 2.8% pada tahun 2012.

10.              Ini bermakna ungkapan ‘Rakyat Didahulukan, Presatasi Diutamakan’ telah menjadi kenyataan; bukanlah satu retorik!

11.              Pencapaian DSN yang sangat baik ini amat kontras, misalnya, dengan prestasi muram Obama, Hollande dan Cameron yang sedang berhempas pulas untuk mengatasi dua masalah kembar yang kronik iaitu pengangguran yang tinggi di negara mereka (USA = 7.9%, Perancis = 9.7% dan UK = 7.9%), malah di  seluruh EU juga, dan pertumbuhan ekonomi yang suram, seperti yang disebutkan di atas tadi.

Kadar inflasi rendah

12.              Kedua, ialah kadar inflasi yang  rendah (Januari 2012 = 1.3%), sebagaimana yang diperlukan oleh mana-mana ekonomi; bukan deflasi (seperti Jepun = -0.8%) dan bukan pula hyper inflation (seperti Venezuela = 28.3%). DSN berjaya menguruskan kadar inflasi di tahap yang rendah itu (turun dari Januari 2012 = 1.7% ke Januari 2013 = 1.3%). Ianya baik untuk masyarakat peniaga dan tidaklah pula menghakis disposable income atau kuasa beli rakyat jika pendaptan isi rumah meningkat lebih tinggi dari kadar inflasi itu.

13.           Menggunakan GNI per kapita sebagai proksi, sesungguhnya pendapatan isi rumah telah meningkat sebanyak 16.4% antara tempoh 2011 dan 20112, dari RM27,449 kepada RM31,958. Jelas ianya lebih tinggi dari kenaikan inflasi sebanyak 1.3% bagi tempoh yang sama. Yang demikian, taraf hidup rakyat telah meningkat!

Kadar kemiskinan rendah

14.           Ketiga, rakyat mahu kemiskinan dihapuskan. Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan itu, maka kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dari 5.7% pada tahun 2004 kepada 3.8% pada tahun 2009. Kadar ini jauh lebih rendah dari apa yang terdapat di USA di mana kadar kemiskinannya adalah sekitar 17% (di kalangan Kulit Hitam, kadarnya ialah 25.8%!); hampir 350%  lebih tinggi dari Malaysia! Kadar kemiskinan di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding dengan banyak negara lain, termasuklah Indonesia, China, India dan Korea Selatan.

Jurang semakin rapat

15.           Yang lebih unik dan istemewa ialah jurang pendapatan telah dapat dirapatkan. Inilah kehendak rakyat yang keempat. Menggunakan Gini Coefficient sebagai ukuran proksi intra kaum / kawasan, jurang berkenaan di peringkat Malaysia telah dapat dikecilkan dari 0.462 (2004) kepada 0.441 (2009). Jurang intra bagi semua kaum utama juga telah dapat dirapatkan.

16.           Menggunakan pula nisbah pendapatan sebagai ukuran proksi  jurang  antara (inter) kaum / kawasan, jurang luar bandar / bandar telah mengecil dari RM1 bagi luar bandar dan RM2.11 bagi bandar pada tahun 2004 (1:2.11 )  kepada RM1 di luar bandar dan RM1.85 di bandar (1:1.85) pada tahun 2009. Jurang pendapatan antara kaum juga telah mengecil.   

17.           Pencapaian cemerlang ini berbeza dengan apa yang berlaku, misalnya, di USA di mana jurang pendapatan terus melebar sejak tahun 1970an. Begitu juga dengan Singapura. Sebenarnya, kejayaan yang dilaungkan itu cuba menyembunyikan pekung yang busuk – jurang pendapatan yang semakin melebar! Misalnya, berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang ketidaksamarataan di Singapura telah melebar dari 0.440 pada tahun 1990 kepada 0.485 pada tahun 2007.

18.           Lantaran harapan pihak pembangkang agar kesan domino di Timur Tengah berjangkit ke Malaysia amatlah tipis. Di Mesir, misalnya, kadar inflasi, pengangguran dan kemiskinan berganda lebih tinggi dari Malaysia – masing-masing 11.4%, 8.9% dan 20%. Berhentilah berangan-angan dan janganlah menjadi Don Quixote di zaman digital economy ini.

Menakjubkan

19.           Berdasarkan analisa ini, adalah tidak susah jika tumpuan hanya diberikan kepada satu angkubah sahaja misalnya merangsang pertumbuhan ekonomi atau mengawal inflasi. Budak tadika pun boleh melakukannya.

20.           Yang susah dan sukar ialah menghasilkan output mix (pertumbuhan ekonomi yang rancak, kadar pengangguran yang rendah, kadar inflasi rendah, kadar kemiskinan juga rendah dan jurang pendapatan semakin rapat) sepertimana yang berjaya dibuktikan oleh pemimpin negara kita seperti Tun M dan DSN.

21.           Obama, Hollande dan  Cameron terbukti GAGAL. Joesph Staglitz dan Paul Krugman pun, pakar ekonomi yang saya minati, tak akan berjaya menghasilkannya.

22.           Sesungguhnya kejayaan DSN ini adalah suatu yang menakjubkan! Terbukti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ telah menjadi kenyataan; bukan selogan semata-mata.

Sederap melangkah

23.           Maka marilah kita sama-sama melangkah sederap dan berganding bahu dalam membantu DSN merealisasikan 1Malaysia dan Wawasan 2020 bagi faedah kita dan anak cucu kita jua.

24.           Justeru, saya ingin mengulangi dua ayat terakhir artikel saya pada 3 November 2009 itu kerana telah terbukti DSAI dan Nik Aziz tak berkeupayaan mempamerkan kebijaksanaan ini:

“Walau apapun, kesejahteraan hidup yang lebih baik di bawah konsep 1Malaysia akan dapat dinikamati oleh penduduk negara ini bagi tempoh yang lebih lama lagi jika sokongan padu terus diberikan kepada DSN untuk sama-sama menguruskan negara ini.

Sama-samalah kita fikirkan dengan tenang!”

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: