MENDAYA MODAL INSAN – PENTING TETAPI TIDAK CUKUP!

FOKUS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA:
MENDAYA MODAL INSAN – PENTING TETAPI TIDAK CUKUP!

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability” –
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak

1. Pada 14 September 2013, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 5 perkara untuk memperkasa ekonomi Bumiputera. Ia mendapat sambutan hangat dari semua yang hadir di Dewan Agong Tuanku Chanselor, UiTM, Shah Alam.

5 Fokus

2. 5 perkara yang menjadi fokus prakrasa itu adalah seperti Carta 1 di bawah. Saya ingin menumpukan kepada Fokus 1 – Mendaya Modal Insan.

abc

3. Setelah 4 bulan ianya dilancarkan, apakah perkembangannya? Sesungguhnya rakyat ingin tahu apakah tindakan segera yang telah disusuli? Misalnya sudahkah Unit Pembangunan Bumiputera dihidupkan semula di semua kementerian / Jabatan / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri / Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

4. Bilakah ASB2 akan dilancarkan / mula dijual?

5. Dalam hal seperti ini, kerajaan perlulah meniupkan trumpet / nafirinya. Yang demikian, rakyat tahulah bahawa sesungguhnya kerajaan menepati janjinya!

6. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan telahpun mengumumkan pelancaran Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang diuruskan oleh TERAJU. Permohonan telah dibuka mulai 2 Februari 2014.

7. Seterusnya lebih elok lagi kerajaan turut mewar-warkan potensi impak yang diharapkan dan golongan sasar terbesar yang bakal mendapat manfaatnya.

Menekankan outcome

8. Dalam konteks pemerkasaan ini, kerajaan hendaklah mendahulukan / menekankan outcome / output / impak yang hendak dihasilkan. Outlay / input / proses dalam merancang adalah perkara kedua atau sekunder.

9. Sehubungan itu, dalam urusan merancang ini, kerajaan hendaklah segera melakukan anjakan paradigma di bawah NBOSnya dari A2Z kepada Z2A! Jika tidak, Outcome-based Budget (OBB)nya akan menempah kegagalan awal-awal lagi.

Profail Bumiputera

10. Selaras dengan pendekatan OBB itu, eloklah kita melihat dulu profail Bumiputera yang menjadi golongan sasar yang hendak diperkasa / dibantu itu.
11. Sudah tentulah ciri atau attributes atau angkubahnya banyak. Tetapi saya ingin menumpukan kepada aktiviti pekerjaan mereka. Menurut EPU, 69% kaum Bumiputera adalah pekerja (employees), 29% adalah bekerja sendiri seperti petani, penternak dan nelayan manakala baki 2% lagi adalah majikan / usahawan.

12. Apabila kita fahami ini maka barulah kita boleh fahami mengapa isi rumah Bumiputera adalah yang teramai dalam kumpulan pendapatan 40% terbawah iaitu 75%, seperti yang terkandung dalam buku Model Baru Ekonomi (MBE).

13. Berdasarkan profail ini maka fokus memperkasa ekonomi Bumiputera, terutamanya hendak melonjakkan pendapatan mereka ke taraf berpendapatan tinggi, tentulah ke atas golongan terbesar. Golongan itu ialah kumpulan makan gaji (69%) dan diikuti pula golongan bekerja sendiri (29%) dan seterusnya mereka yang terdiri dari majikan / usahawan (2%).

14. Dalam pada itu, tidaklah boleh dinafikan bahawa untuk memiliki syer yang lebih besar dalam ekonomi negara maka golongan usahawan Bumiputera atau dulunya terkenal dengan jolokan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) mestilah dibesarkan, selaras dengan ajaran Islam bahawa 90% daripada rezeki Allah swt terdapat di bidang perniagaan.

Mendaya modal insan

15. Merujuk kepada golongan terbesar Bumiputera yang makan gaji itu, maka prakarsa pertama iaitu mendaya modal insan pastilah merupakan fokus yang tepat. Antara usaha yang telah dikenalpasti oleh kerajaan ialah Program Peningkatan Kemahiran, Re-Skilling, Skim Latihan 1Malaysia, Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan, dan lain-lain lagi.

16. Namun sukalah ditegaskan bahawa walaupun usaha berkenaan penting tetapi ianya BELUM lagi cukup untuk mempastikan bahawa Bumiputera yang telah mendapat ilmu dan kemahiran baru yang lebih tinggi itu akan menerima tahap / kenaikan gaji yang setimpal dengan kelayakannya dan setara pula dengan rakan sejawatan dengannya dari kaum lain.

Diskriminasi kaum

17. Menyusuri lanskap pekerjaan di sektor swasta di Malaysia, ia akan menyingkap pelbagai isu diskriminasi seperti aspek pengambilan (recruitment), kenaikan pangkat, layanan buruk, diskriminasi gaji permulaan dan kenaikan gaji / pangkat.

18. Diskriminasi gaji, misalnya, telah ditemui dalam Tracer Study oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian tersebut mendapati lebih ramai graduan Bumiputera menerima purata gaji permulaan bulanan yang lebih rendah (47.5%) berbanding dengan graduan Cina (33%) dan India (41.2%). Sila rujuk Carta 2.

abcd

19. Sesungguhnya diskriminasi di sektor swasta memanglah meluas dan teruk. Banyak kajian telah dibuat; antaranya telah di highlight oleh kajian yang dibuat oleh Dr Muhammed Abdul Khaled, Dr Lee Hwok Aun dan ramai lagi.

20. Sesungguhnya nasib kaum Bumiputera amatlah malang di tanah airnya sendiri. Purata pendapatan bulanan isi rumah mereka bagi semua aktibiti adalah jauh lebih rendah berbanding dengan keturunan kaum imigran. Fenomena ini amat jelas di Carta 3.

abcde

21. Sebagai contoh, purata pendapatan bulanan majikan Bumiputera (RM8,125) hanyalah 78% daripada purata pendapatan bulanan majikan kaum Cina (RM10,438). Pekerja Bumiputera di sektor swasta mempunyai purata pendapatan sebanyak RM4,751 sebulan atau 68% daripada pekerja Cina (RM6,967) manakala Bumiputera yang bekerja sendiri hanya memiliki purata pendapatan bulanan sebanyak RM3,248 atau 56% daripada apa yang diperolehi oleh orang Cina yang bekerja sendiri (RM5,846).

22. Yang lebih tidak disangka, pekerja Bumiputera di sektor awam turut mendapat purata pendapatan bulanan yang lebih rendah; hanya 71% (RM6,129) daripada pekerja Cina (RM8,636)! Sekali imbas, andaian yang boleh dibuat ialah kebanyakan pekerja Cina berjawatan / bergaji tinggi manakala ramai pekerja Bumiputera bekerja sebagai PRA dan PAR – tahap terendah!

23. Yang demikian, diulangi, tidaklah hairan majoriti kaum dalam golongan 40% isi rumah terbawah itu adalah Bumiputera (75%)!

24. Mendaya modal insan Bumiputera adalah satu input / proses sedangkan outcome yang dikehendaki ialah pendapatan yang tinggi. Justru sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa usaha / input ini, walaupun penting, namun ianya TIDAKLAH mencukupi! Di bawah ini, disenaraikan rantaian usaha lain yang relevan dan perlu turut sama dilaksanakan.

Kekalkan Perkara 153

25. Tindakan pertama ialah menyokong iltizam dan usaha untuk terus memelihara dan melaksanakan keistemewaan Bumiputera yang dipahat di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia kerana kini terdapat suara-suara sumbang untuk merobeknya.

26. Perkara 153 ini berkait rapat dengan memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu (a) kemasukan ke perkhidmatan Awam, (b) biasiswa dan latihan serta (c) lesen dan permit. Ia termasuklah AP bagi kereta impot yang tidak wajar dihapuskan, sedangkan lesen casino yang tidak dilindungi oleh Perlembagaan tidakpun terancam kewujudannya. Menghapuskan AP ini, seperti yang dituntut oleh pihak-pihak tertentu, termasuklah Melayu liberal ala Si Tanggang, adalah unconstitutional!

27. Sukalah saya sama-sama mengingatkan bahawa keistemewaan, hak, taraf dan kedudukan Bumiputera adalah dilindungi serta tidak boleh dipersoal dan dipertikaikan, sepertimana yang dilarang oleh Perkara 10 Fasal (4).

28. Justeru janganlah ada bukan Bumi dan Melayu liberal yang cuba merobek dan membuang Perkara 153 dan Perkara-perkara lain seperti Perkara 3 (agama Islam), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu) dan Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan) sedangkan anak cucu cicit kaum migran terus menikamti kerakyatan mereka di bawah Bahagian 3, Perlembagaan sehingga ada matahari dan bulan!

29. Perkara 153 mestilah dikekalkan sepertimana kita mengekalkan Perkara 5 (Hak kebebasan diri), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan) dan Bahagian 3 (kerakyataan anak cucu kaum imigran).

30. Perkara 153 hendaklah terus dikekalkan sekalipun affirmative action sudah tidak diperlukan lagi oleh kerana kita sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain pada suatu hari nanti. Ia adalah hak mutlak kaum Bumiputera; tarafnya sama seperti hak kerakyatan

31. Sebab utama yang lain ialah jika sudah dimansuhkan, ianya tidak mudah hendak dimasukkan semula apabila timbul keperluan seperti ekonomi Bumiputera merudum. Antara halangannya ialah kesukaran untuk mendapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen; syarat penting untuk meminda Perlembagaan.

32. Kemungkinan keadaan ekonomi Bumiputera yang dikatakan sudah mantap itu boleh merudum tidak boleh ditolak. Sesungguhnya ia boleh ranap, seperti tumbangnya Empayar Ottomon yang gagah berkuasa selama 624 tahun. Jika realiti ngeri ini berlaku maka bantuan sudah tentulah diperlukan sedangkan keistemewaan ala Perkara 153 sudah tidak ada lagi pada masa itu.

33. Sebagai iktibar, ISA yang sudah dimansuhkan itu tidak mudah hendak diperkenalkan semula sekalipun ianya tidak memerlukan undi dua pertiga di Parlimen.

34. Adanya Perkara 153 inipun belum menjamin Bumiputera akan menikmati keistemewaan-keistemewaan tersebut kalau Melayu UMNO sudah tidak berkuasa lagi. Perkara 153 ini hanya akan menjadi hiasan sahaja dalam Perlembagaan, seperti yang berlaku di Singapura. Hak istemewa orang Melayu seperti yang tertulis di bawah Perkara 152, Perlembagaan Singapura hanyalah satu lembaran kertas saja. Mungkin ramai orang Melayu di sana tidak tahupun wujudnya Perkara 152 tersebut.

Hapuskan diskriminasi kaum

35. Tindakan kedua dalam rantaian usaha ini ialah menghapuskan diskriminasi kaum yang berleluasa di sektor swasta, seperti yang telah dilakarkan di atas. Dicadangkan agar kerajaan mengadakan engagement yang serius dengan sektor swasta sehingga mereka buy-in dan menghayati saranan YAB Dato’ Sri Mohd Najib “That shared peace and collective prosperity are the true guarantors of national success”.

Akujanji sektor swasta

36. Matlamat seterusnya ialah untuk mendapatkan akujanji bagi 4 perkara utama ini:

satu – menerima atau buy-in dan turut melaksanakan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera di sektor swasta;

dua – menghapuskan pelbagai diskriminasi terhadap Bumiputera dan kaum-kaum lain;

tiga – melaksanakan distributive justice dengan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan, dan

empat – mewujudkan padang permainan yang sama rata.

Semak semula dasar gunatenaga

37. Tindakan ketiga ialah kerajaan menyemak semula atau revisit dasar gunatenaga yang tidak selari dengan wawasan negara berpendapatan tinggi ini. Kecacatan utama ialah tahap gaji yang rendah. Lebih buruk lagi ialah gaji sebenar atau real wages pekerja bawahan (diingatkan sekali lagi bahawa kebanyakan mereka itu adalah pekerja Bumiputera) menurun dan kenaikannya pula ditekan oleh kebanjiran pekerja asing. Maka sebab itulah kerajaan bersama majikan di sektor swasta diminta segera menyemak semula dasar gunatenaga sedia ada ini, termasuklah merangka pull factors yang lebih menarik lagi.

38. Salah satu usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap gunatenaga asing dan seterusnya tekanan ke atas kenaikan gaji ialah mengambil (utilize) sebahagian besar para penganggur yang berjumlah lebih 470,000 sebagai pekerja. Mereka sudah tentu berpotensi besar kerana 38% berpendidikan menengah dan hampir 60% berpendidikan tertiari manakala kira-kira 95% daripada mereka berumur bawah 35 tahun.

39. Satu lagi sumber bekalan gunatenaga domestik yang boleh di exploit ialah mereka yang berada di luar tenaga buruh. Terdapat seramai 6.3 juta dalam golongan ini. Diakui kira-kira tiga suku daripada mereka itu adalah pelajar, suri rumah dan mereka yang berumur lebih 50 tahun. Namun mereka mempunyai profail yang berpotensi: satu pertiga adalah lelaki manakala baki dua pertiga ialah perempuan; 48% berpendidikan menengah dan 37% lagi berpendidikan tertiari; kira-kira 15% daripada mereka berumur 25 – 39 tahun.

40. Jika 20% daripada mereka dapat di tapped untuk bekerja sepenuh masa dengan insentif yang menarik maka hampir 1.3 juta akan masuk ke pasaran buruh. Jika 2 juta lagi dapat ditarik untuk bekerja secara separuh masa atau disediakan pekerjaan yang boleh diselesaikan di rumah dan juga jenis SOHO maka sudah tentulah kita tidak memerlukan lagi pekerja asing sebegitu ramai seperti sekarang; dianggarkan 2.3 juta orang, tidak termasuk PATI.

Semak semula dasar meritokrasi di IPT

41. Tindakan keempat ialah PTPTN hendaklah menyemak semula dasar meritokrasi yang nampak baik tetapi tidak adil. Diakui meritokrasi adalah baik dari segi ketahanan dan daya saing. Namun, dalam keadaan padang yang tidak sama rata, dasar ini mempunyai kesan berganda (multiplier effect) yang buruk dari segi peluang pekerjaan, tahap gaji dan jurang sosio-ekonomi serta impak jangka panjang. Dasar yang dimaksudkan itu ialah PTPTN menukar pinjaman kepada biasiswa bagi graduan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama.

42. Oleh kerana padang permainan yang tidak sama rata, maka sebahagian besar daripada faedah tersebut, dari segi nilai dan kaum, telah dinikmati oleh bukan Bumiputera (81%) berbanding Bumiputera yang hanya dapat 19%! Dari segi pendapatan pula, 67% dinikmati oleh graduan dari keluarga yang lebih kaya berbanding yang miskin (33%)! Sila rujuk Carta 4.

abcdef

43. Difahamkan ketidak-adilan atau distributive injustice ini diperburukkan oleh IPTS yang telah mengeksploitasi dasar meritokrasi ini. Sesungguhnya dasar tersebut lebih mirip kepada undang-undang rimba yang menekankan survival of the fittest dan melebarkan lagi jurang kekayaan.

44. Lantas disarankan agar PTPTN menukar segera dasar distributive injustice ini kepada distributive justice dan melaksanakannya di kalangan penuntut IPTA sahaja.

45. Saya percaya kerajaan benar-benar serius hendak memajukan dan mengangkat martabat kaum Bumiputera agar setara dengan kaum-kaum yang lain kerana Najib pernah menegaskan “This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability”.

46. Justeru saya yakin kerajaan akan menimbangkan secara serius pula 4 langkah yang disarankan di atas. Wallahualam.

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: