KEDUDUKAN HUTANG LUAR NEGERI MALAYSIA KEKAL TERURUS

SIARAN MEDIA
PRESS RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEDUDUKAN HUTANG LUAR NEGERI MALAYSIA KEKAL TERURUS

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Pada akhir 2014, keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan di dalam negeri dan luar pesisir, adalah berjumlah RM582.8 bilion atau 54.5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Daripada jumlah tersebut, 97.1% atau RM566.1 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.8 billion atau 2.9% merupakan hutang luar pesisir. Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55% daripada KDNK.

Selaras dengan keperluan pelaporan hutang di peringkat antarabangsa mengikut konvensyen standard Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kedudukan hutang luar negeri Malaysia dikira berdasarkan definisi baharu yang terdiri daripada pinjaman luar pesisir oleh Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam dan sektor swasta; dan pegangan sekuriti hutang, deposit dan kredit perdagangan dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin (foreign holders). Pada akhir 2014, jumlah hutang luar negeri Malaysia berada pada paras RM744.7 bilion atau 69.6% daripada KDNK. Pada tahun 2013, hutang luar negeri ini mencatat RM696.6 bilion atau 70.6% daripada KDNK. Walaupun jumlah hutang luar negeri meningkat sederhana sebanyak 6.9%, namun peratusannya kepada KDNK adalah lebih rendah berbanding tahun 2013. Daripada jumlah ini, sebanyak 42% merupakan pegangan sekuriti hutang dan deposit oleh bukan pemastautin; 37% adalah hutang sektor swasta; 10% hutang perusahaan awam; 9% adalah kredit perdagangan dan lain-lain pinjaman serta 2% adalah hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan.

Hutang luar negeri berdasarkan definisi baharu mencerminkan paras pegangan sekuriti hutang dan deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang tinggi, yang mencakupi lebih 40% daripada jumlah keseluruhan hutang luar negeri. Ini adalah disebabkan oleh kedalaman (depth), keterbukaan (openness) dan daya tarikan (attractiveness) yang lebih meluas terhadap pasaran kewangan Malaysia. Pasaran kewangan Malaysia telah berkembang dengan pesat hasil daripada kemajuan dalam liberalisasi sektor kewangan.

Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa hutang luar pesisir bagi Kerajaan Persekutuan adalah kecil, hanya meliputi 2% daripada jumlah keseluruhan hutang luar negeri tersebut. Hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah dan rendah pada paras RM16.8 bilion atau 1.6% daripada KDNK.

Kementerian Kewangan Malaysia
12 Mac 2015

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: