Bicara hangat sekarang ini

Re: bicara hangat sekarang ini.. untuk keinsafan diri

Dlm UMNO ada demokrasi.
Lalu kita semua ada hak bersuara tetapi bertanggungjawab & berakauntabiliti.

Pemimpin mendengar teguran, menimbang pandangan.

Berunding di dalam gelap
Berbincang di dalam terang
Mencapai kata muafakat
Ikhlas dan redha membawa berkat.

Orang bawahan pula
Pilih antara dua:

* bersuara atau berdiam.
* berpihak atau berkecuali.
* menjadi air atau menjadi minyak.

Namun tetap satu matlamat yg dikongsi bersama –
Parti terus kukuh kekal berkuasa selepas PRU14 dan selama-lamanya.

Justeru mencapai matlamat yang diidamkan
Yang condong ditongkatkan
Yang rebah ditegakkan.
Bukan sokong membawa rebah,
Luka menjadi tokah dan
Retak membawa belah.

Lantas mohon hentikanlah berbalah,
Berpeganglah kepada tali Allah.

Lantaran walau apapun perbezaan pendapat,
Yg jauh boleh ditarik dekat,
Yg dekat bertambah rapat,
Yg rapat semakin erat.
Antara tidor dan jaga kita melihat,
Tanpa sedar semua hati telah bertaut terpikat.

Ingatlah pesan nenek moyang..
Antan sama antan berlaga ayam yang kenyang.
Cat ting telinga tikus
Biar genting jangan putus.

Harapan dan doa suci kita:

Pohon bergoncang angin berhembus
Pokok semalu dicelah rumput
Air dicincang tak kan putus
Biduk lalu kiambang bertaut.

Aminnnn.

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: