Isu semasa PM vs Tun M

1. Dlm perbincangan atau mencari kebenaran yg melibatkan tokoh2 pemimpin, biasanya (a) ada orang berpihak – di pihak A atau B atau atas pagar / tidak kesah dan (b) ada orang berdasarkan isu.

2. Saya berdasarkan isu semasa (issue-centric). Jika A betul dlm satu2 isu, saya sokong A. Jika B pula betul dlm isu2 tertentu, saya sokong B. Begitulah sebaliknya. Lalu tidaklah timbul isu sokong atau tidak sokong pemimpin dan membuka pula pekong pemimpin yg kita tak sokong.

3. Prinsip saya: jangan sokong seperti perahu tunda; jangan bantah membabi buta. Kalau kita sokong tokoh A, tak perlulah kita serang/burukkan tokoh B, kecuali ianya musuh kita. Semuanya sudah berjasa.  (Orang lain tak perlu setuju dgn prinsip ini dan berhak mempunyai prinsip sendiri. Saya hormati prinsip mereka w/pun mungkin saya tidak setuju).

4. Dalam konteks penjelasan DSN pd 9 April lalu, saya ada nyatakan:

(a) ada jawapan memuaskan [setuju]  – contohnya tentang keamanan / POTA, AH1948 & GST + keterbukaan beliau.

(b) ada jawapan kurang memuaskan [tak setuju] – misalnya jawapan isu 1MDB kali ini bercanggah dengan jawapan sebelum ini; BR1M – tidak di justify dengan jurang yg melebar, biasiswa yg berkurangan sedangkan sokongan thdp kerajaan pula menurun. Aset 1MDB dijual untuk membayar hutang tidak menarik. Kalaulah itu kaedahnya, budak lulus darjah 6 boleh jadi CEO 1MDB.

(c) tidak menjawab soalan – misalnya mengapa duit 1MDB disimpan di S’pura dan tidak dibawa balik ke Malaysia. Tidak sentuh Jho Low & Sarawak Report.

(d) moderator tak tanya soalan2 tertentu spt mengenai kenyataan Sirul bahawa ia diarah supaya membunuh Altantuya. Rakyat hendak tahu kerajaan akan siasat atau tidak kenyataan itu?

Alangkah leganya keluarga Sirul dan rakyat bila DSN umumkan siasatan akan dibuat. Saya jangka sambutannya sama spt pengumuman beliau utk mengekalkan AH1948; bergegar dewan PWTC.

Jawapan DSN mengenai bersumpah itu kita dah tahu dan ianya tidak relevan sebab kini tidak ada siapapun menuduh beliau membunuh Altantuya.

5. Apa yg baru dari jawapan2 itu? Yang kita belum tahu?

6. Beliau sedia mendengar pendapat, teguran dan kritikan. Ini kita wajar hargai. Tetapi adakah orang2 tertentu akan menggunakan, misalnya, ulasan saya ini untuk mengcop saya sebagai penentang DSN?

7. Kalaulah ulasan seperti ini tidak boleh diterima oleh orang2 tertentu, maka demokrasi sudah mati dan kaku, parti dan kerajaan tidak boleh maju. Ianya juga bercanggah dengan semangat keterbukaan DSN.

8. Pendapt saya tidak semestinya 100% betul. Boleh disanggah dengan sopan dan berfakta.

9. Eloklah juga kita dengar pendapat mereka yg fikir DSN atau Tun M  betul dlm semua perkara ATAU sebaliknya. Kita boleh sama2 belajar.

Wallahhualam.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: