Ulasan terhadap artikel Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Ulasan saya thdp artikel yg dikatakan ditulis oleh Dk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali spt di bawah👇:

1. Nampaknya tulisan beliau itu agak condong ke arah political berbanding factual.

2. Sebahgian data itu mungkin betul spt hutang, perbelanjaan dan hasil, mengikut sumber beliau. Tetapi ia berbeza dgn sumber rasmi kerajaan spt Laporan (LE) Ekonomi 2014 / 2015. Contohnya, hasil kerajaan pd thn 2008 ialah RM185b (LE); bkn RM148b.

3. Agak hairan beliau tidak menggunakan sumber asal dan rasmi. Beliau tak aware kewujudan LE ini?

4. Ada data yg menuntut perincian / decomposition utk memberikan gambaran yg lbh tepat supaya penulis dilihat lbh berintegriti dan tidak sengaja pula hendak mengelirukan pembaca. Contoh, hutang negara / luar negeri (HLN).

5. Pembaca yg innocent akan terfikir bahawa HLN ini adalah hutang Kerajaan Persekutuan ( HKP) semata2. HLN = RM744.7b pd tahun 2014.  Ia terdiri dari (a) hutang oleh bkn pemastautin, (42%), (b) swasta (37%), (c) NFPE (10%), (d) Kerajaan Persekutuan HANYALAH (2%) & (e) Lain2 9%.

6. HLN KP yg kecil itu = RM16.8b atau HANYA 2% drp jumlah hutang atau HANYA 1.6% drp GDP adalah sihat kerana outflow duit rakyat akibat hutang luar negara amatlah kecil.

7. Ada data yg perlu disahkan spt apa yg dikatakan pembaziran bernilai hingga RM40b itu. TS Shahril, bekas Pengerusi PAC sudahpun menafikan perkara ini.

8. Ada pula yg tidak betul / outdated spt data penduduk Msia = 28 juta. Sekarang kira2 30.4 juta.

9. Juga sama ada beliau tidak tahu atau sengaja gagal melihat hutang dlm konteks yg lbh luas dan gagal pula mengaitkan dgn parameters/indicators yg berkaitan.

10. Contohnya, hutang hendaklah juga dilihat dlm konteks tujuannya dan keupayaan membayar balik.

11. Pinjaman dibuat utk pembangunan. Ini adalah sihat/baik untuk negara; bkn utk mengurus atau consumption spt pinjaman yg dibuat oleh kerajaan Kelantan.

12. HKP = RM582.8b pd thn 2014 atau 54.5% drp GDP; masih di bawah threshold 55%. Perlulah pula diingat bahawa threshold ini adalah arbitrari. Eurozone, misalnya, menetapkan 60%. Parameter ini penting utk menawan keyakinan para pelabur.

13. Sebagai perbandingan parameter yg sama, USA 99%, S’ pura 110, UK 158% & Jepun 200%.

14. Jg perlu diketahui bahawa HANYALAH 2.9% drp hutang itu dari luar negeri. Maka bayaran balik atau outflow amatlah kecil.

15. Baki 97.1% itu adalah dari dlm negeri spt EPF. Justeru pencarum EPF pula untung dari segi dividend yg terjamin.

16. Yg penting ialah kemampuan membayar. W/pun hutang itu nampak besar tp kerajaan MAMPU membayarnya. Sebagai contoh, nisbah bayar balik hutang hanyalah 10.3%; di bawah threshold 15% yg ditetapkan oleh kerajaan dan jauh di bawah paras nisbah 30% – 40% yg digunapakai untuk bayaran balik hutang isi rumah. Parameter / indikator ini kritikal.

17. Seterusnya, w/pun HKP meningkat tetapi hasil juga melompat. Impaknya, DSN telah berjaya mengurangkan defisit fiskal dari 6.9% (2009) kpd 3.5% pd thn 2014 dan, in syaa Allah, kpd 3.3% pd thn ini. Parameter ini mengukur kemampuan kerajaan menguruskan bajetnya.

18. Sebagai bandingan, defisit fiskal Spain 9.3%,  Greek 12% & UK 12.8%.

19. Kombinasi parameter/indikator di atas menunjukkan kerajaan adalah financially prudent dalam menguruskan kewangan serta hutang kerajaan di tahap mapan.

20. Lebih teruk lagi ialah samada beliau tak tahu atau confused lalu blh confusedkan pembaca. Contohnya, beliau kaitkan hutang luar negara (HLN) = hutang Kerajaan Persekutuan (HKP). Ini TIDAK betul. Sila lihat Para 5 di atas.

21. Kita blh lihat di sini penjelasan mengenai  hutang negara.
https://darahtuah.wordpress.com/2015/03/30/kedudukan-hutang-luar-negeri-malaysia-kekal-terurus/

https://darahtuah.wordpress.com/2015/03/16/hutang-negara-akhir-jun-2014-definisi-baru/

22. Mengenai GST pula, pada keseluruhannya, ia adalah baik untuk negara. Sila baca di sini.
https://darahtuah.wordpress.com/2015/03/30/gst-momokan-dan-fakta/

23. Dalam pd itu, kerajaan tentulah perlu terus menerus meningkatkan kemampuan dan kecekapan menguruskan wang rakyat, ekonomi modal dan ekonomi rakyat. Sesungguhnya masih ada banyak ruang untuk dibaiki seperti cost over run di KLIA2 tidak berulang lagi dan cost over run di MRT hendaklah dihentikan segera.

24. Integriti, keadilan sosial, distributive justice, tadbir urus yg baik, ketelusan, produktiviti & daya saing wajarlah menjadi guiding principles kita.

25. Akhir kalam, sama2lah kita membantu pemimpin kita dlm mentadbirkan negara kita untuk KITA. Yang tumbang kita sama2lah tegakkan, yang condong kita sama2lah kita tongkatkan.

Wallahhualam. DAA

Just utk info…

Dari Tan Sri Shahrir Samad… Fakta yg diguna olih Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tak semuanya betul. Soal ketirisan perbelanjaan, sbg contoh, sama sekali tak betul malah suatu pembohongan. Saya pernah menjadi Pengerusi JK Kira2 Wang Negara (PAC) dan berurusan dgn Ketua Odit Negara berasaskan Laporan Tahunan Negara. Tidak ada mana2 laporan tahunan KON yg pernah menyebut angka RM28 billion sbg jumlah ketirisan perbelanjaan kerajaan. Apatah lagi sampai RM40 billion. Ianya rekaan dan pembohongan semata-mata.

Kedua, hutang kerajaan dihadkan kpd 55% KDNK atau GDP dan semenjak DS Najib, had ini telah dipatuhi. Bandingkan dgn angka 77% semasa T Razaleigh dan 100% semasa Tun Daim. Tetapi setelah Dasar Penswastaan, kerajaan dan negara mampu melalui suasana itu. Apa pula dalam keadaan hutang kerajaan terhad kpd 55% KDNK.

  1. #1 by arjuna waspada on April 14, 2015 - 6:27 pm

    GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
    Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib).
    Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
    Mesti daftar NGO.
    Semua mesti ikut undang undang.
    Pemimpin dan pelapis ramai.
    Blogger pun ramai. Syarat Aliff BA TA.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: