PM’s Merdeka Day Speech

Specifically re DSN’s speech last nite about the economic indicators.

Yes, to be fair in evaluating / assessing our economy, one should use a basket of economic indicators.

But out of the 5 highlighted by PM, the 4th ‘indicator’ is debatable & the 5th one is definitely not an economic indicator. It’s a process.

It seems the speechwriter is inadvertently putting the PM in bad light.

Indeed there are better measures/indicators to showcase our successes.

Below is the excerpt:

Perdana Menteri berkata ia adalah antara lima petunjuk utama ekonomi negara yang menyokong hakikat itu.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang pada kadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus.

“Tidak seperti pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif tujuh peratus,” katanya dalam Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata petunjuk kedua ialah fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini lebih kukuh lagi kerana Malaysia telah mempelajari daripada kesan krisis 1998 itu.

“Antara contohnya seperti defisit fiskal kerajaan yang telah dapat dikurangkan daripada negatif 6.7 peratus pada 2009, kepada 3.2 peratus pada tahun ini.

“Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal,” katanya di hadapan hampir 3,000 jemputan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Plenary, KLCC itu.

Dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu, Najib berkata petunjuk ketiga ialah kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional yang telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada hanya 0.6 peratus pada 2014.

“Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014, manakala sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010,” katanya.

Petunjuk keempat ialah Malaysia masih kekal diiktiraf di mata dunia kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi dengan begitu baik sekalipun negara terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran dan peringkat global.

“Ini terbukti melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang telah memberikan gambaran sebenar tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

Rakyat, kata perdana menteri, hendaklah faham bahawa segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka dan penaraf antarabangsa yang memberi penarafan itu adalah pengabsah yang berwibawa tinggi dan tidak boleh dipertikaikan kerana hasil kajian serta pandangan mereka diterima pakai di seluruh dunia.

Najib berkata Malaysia juga berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

“Namun saya sedar bahawa telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, penguncupan ekonomi dunia, termasuk negara China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia,” katanya.

Ke arah itu, Najib berkata beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

“Apa yang penting…saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi petunjuk kelima, banyak usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan kerajaan seperti penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya yang telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 “Jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bankrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan fundamental yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing,” katanya.

,

  1. #1 by allabih on September 1, 2015 - 7:39 am

    Dia belanja berjuta guna con_sultan untuk mendapat pengiktirafan Barat jadi segala pujian barat bukan pengukuran yang tepat. Hutang negara kini lk 700 bill. untuk projek prasana dan sepatutnya hanya membelanja yang termampu sahaja. Adakah ketirisan berlaku?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: