Bersihkan Anwarinas dalam UMNO Sebelum UMNO Disapu Bersih!‏

1. Sudah lama orang pas diingatkan tentang orang2 Anwar menyusup dalam parti itu. They’re planted by him since 1998.

2. Anwarinas berjaya memegang jawatan2 penting dalam pas dan ada sebahgian mereka diangkat menjadi YB. Pemimpin pas tidak percaya mereka itu adalah ancaman dan tidak kesah akan ingatan/amaran ikhlas yang diberikan.

3. Pertandingan antara Ustz Nasha & Mat Sabu cukup jelas memaparkan sepak terajang Anwarinas. Namun pemimpin pas masih tutup mata dan pekakkan telinga mereka.

4. Sekarang baru tersedar. Malangnya Pas sudah hilang satu pertiga kuasanya di Parliamen apabila mereka menubuhkan parti baru, PAN, setelah kecewa kerana gagal untuk menawan Pas.

5. Dalam pada itu, adakah UMNO pula sedar bahawa terdapat ramai Anwarinas dalam kelambunya?

6. Memang ada orang kuat Anwar yang dari awal sudah insaf dan sedar sepak terajang AI lalu mereka kekal setia dalam UMNO. Mereka ini bukanlah Anwarinas yang licik itu. Sesungguhnya kesetiaan mereka tidak patut diragukan.

7. Namun memanglah strategi Anwar was to plant his men/women everywhere.

8. Bacaannya seolah-olah begini. Ada yg disuruh kekal dalam UMNO to accomplish a certain mission; ditegah ikut dia ke PKR.

9. Ada pula yang bersamanya di dalam Pkr disuruh kembali ke pangkuan UMNO with a certain mission. ‘Murtad2’ ini sudah ‘mengucap’ semula dan menunjukkan ‘kealiman’ mereka yang lebih dahsyat dari wali.

10. Ada yang bercerai ‘talak tiga’ sudah melakukan ‘cina buta’.

11. Kita setuju mereka ini diterima kembali demi untuk memantapkan parti. Kita sedar mereka boleh menyumbang.

12. Namun kita wajar berhati-hati terhadap sebahagian daripada mereka yang umpama burung makan di tangan dan, lebih teruk lagi,  mungkin merupakan musang berbulu ayam. Haraplah jenis ini TIDAK diberikan kedudukan yang lebih baik daripada apa yang dinikmati oleh ahli UMNO yang setia; yang tidak pernah memaki dan menyumpah seranah parti keramat/pemimpin UMNO serta tidak pernah memijak2 bendera UMNO. Sungguh sedih dan kecewa kalaulah ‘makhlok perosak’ seperti ini mendapat kedudukan / jawatan yang baik-baik sedangkan  jutaan ahli UMNO yang setia kekal sebagai ahli biasa yang tidak berjawatan dan bersepah melata.

13. Lebih kecewa dan menjolok mata lagi jika mereka yang disedekahkan dengan jawatan2 ini pula berkelakuan umpama kera mendapat bunga dan seperti si kudung mendapat cincin. Janganlah mereka bergelagat hingga lupa daratan atau berlagak seperti kaduk naik junjung dan lebih sudu dari kuah.

14. Ahli UMNO yang setia ini merasa terpinggir dan meluat. Hingga ada yang terfikir, jika hendak hidup senang, lebih baiklah ikut perangai si murtad itu.

15. Mohon para pemimpin kita mengambil tindakan segera sebelum kita mengalami nasib yang lebih malang dari apa yang  yang dideritai oleh parti Pas?

16. Ubah sebelum rebah!

17. Justru Anwarinas ini perlulah dibersihkan sebelum mereka sapu bersih UMNO!!!

=====================

Pengumuman parti baru oleh Hj Mohammad Sabu

1. Mengambil alih Parti Pekerja Malaysia setelah permohonan Parti Progresif Islam ditolak.

2. Nama parti dikekalkan sehinggalah ROS meluluskan nama baru yang dicadangkan iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH).

3. Parti AMANAH akan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

4. Sekarang dalam proses tukar nama dan perlembagaan baru kepada ROS.

5. Majlis pelancaran akan diadakan pada 16 September 2015.

Berikut adalah nama-nama PEMEGANG JAWATAN:

Penasihat Umum: Al Fadhil Ust Ahmad Awang

Pengerusi: Hj Mohammad Sabu

Timb Pengerusi: Hj Salahuddin Ayub

Naib-Naib Pengerusi:

1. Ust YB Dr Mujahid Yusof

2. Ust Hasanuddin Mohd Yunos

Ketua Wanita: YB Dr Mariah Mahmud

Ketua Gerakan Anak Muda: Sdr Mohd Sany Hamzan

Setiausaha Agung: Hj Anuar Tahir

Timb. Setiausaha Agung: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Bendahari: Hj Asmuni Awi

Setiausaha Organisasi: Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

Dr Mohd Hatta Ramli

Ir Khalid Samad

Ir Izham Jashim

Hj Adly Zahari

Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi

Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin

Mazlan Aliman

Aminolhuda Hassan

Mohd Hanipa Maidin

Dato’ Fakhrulrazi Zawawi

Saari Sungib

Zulkifli Mohd Omar

Hu Pang Chaw

Dato Wan Abd Rahim Abdullah

Hasnul Baharuddin

, , ,

  1. #1 by allabih on September 6, 2015 - 7:06 am

    First and foremost Zahid.

  2. #2 by tebing tinggi on September 7, 2015 - 10:38 pm

    Kalau pimpinan dan ahli PAS dapat menghidu bahya yang dibawak olih puak ini ,dan bersatu mengambil tindakan menyingkirkanya ,apakah UMNO tidak menyedarinya.

    Malanglah UMNO kalau bagitu .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: