Melaka Hebat dan Berkat

Pihak-pihak tertentu, terutama yang bangga diri dengan Pulau Pinang, kelihatan seolah-olah terdorong pula untuk memperkecilkan Malaysia. Mereka amat suka membandingkan negara ini dengan pulau kecil, Singapura.

Mereka ini pula sengaja tutup mata untuk membandingkan Pulau Pinang dengan Melaka. Perbuatan mereka itu jelas menunjukkan bahawa mereka akui serta malu dan takut dengan kehebatan Melaka.

Lapan butiran atau angkubah ini jelas membuktikan kehebatan  kerajaan BN / UMNO yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Ir Idris Haron dalam menguruskan pentadbiran negeri Melaka berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.

IMG-20151216-WA0019

Bahawa Datuk Seri adalah sesungguhnya rakyat-centric (mengutamakan rakyat) dapat dilihat dengan  jelas dari hasil pengurusan pembangunan ekonomi yang mengalir kepada rakyat; bukan semata-mata dipulun oleh pasaran dan syarikat besar.

Buktinya ialah purata pendapatan isi rumah bulanan Melaka yang lebih tinggi, kadar kemiskinan dan pengangguran hampir sifar serta jurang pendapatan yang lebih kecil.

Kerana kebijaksanaan Datuk Seri dalam mengawal dan menguruskan harga rumah maka lebih ramailah orang Melaka (84.4%) memiliki rumah berbanding orang Pulau Pinang  (82.0%) sebab rumah yang dibina itu mampu dibeli oleh orang Melaka.

Hanya Melaka berjaya menyediakan rumah pada harga senilai dengan 3 tahun pendapatan penengah bulanan iaitu kira-kira RM180,000.

Harga  rumah di Pulau Pinang adalah satu igauan  bagi rakyat biasa; tidak mampu mereka membelinya. Mereka hanya mampu lihat sahaja.

Pada umumnya, harga rumah di Pulau itu adalah bersamaan 5.2 tahun pendapatan  penengah bulanan mereka. Piiiuuuu!!!

Dalam pada itu, outcome dari pengurusan ekonomi yang baik serta pentadbiran negeri yang mantap maka para pelabur dan pelancong turut berminat datang ke negeri Hang Tuah ini. Melaka menerima pelaburan yang lebih besar dan bilangan pelancong yang lebih ramai berbanding Pulau Pinang!

Kebanjiran ini merangsang  pertumbuhan ekonomi negeri dan faedahnya mengalir kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dan pertambahan pendapatan.

Natijahnya, taraf hidup rakyat Melaka jauh lebih baik dari rakyat Pulau Pinang dan diberkati  oleh Allah swt.

Syabas, tahniah dan ribuan terima kasih, Datuk Seri Ir Idris Haron.

Anak duri anak tenggiri
Dalam belanga bertemu jodoh
Datuk Seri umpama payung negeri
Tempat kami tumpang berteduh.

16 Disember 2015.

,

  1. #1 by Prodak Sekolah Umum on December 18, 2015 - 6:29 pm

    Thank you Darah Tuah for writing about the success of a MALAY leadership and the BEST of all to make the comparison with facts and figures between one leader who walk the talk and one chairman who talk a lot!
    It would be nice if your next assignment is to tell the world about the Selangor State leadership quality.
    By the way, other supposedly pro-government bloggers should learn a lesson from you about priorities! To those bloggers, stop being a FLINT STONE and concentrate on exposing the weaknesses and wrongdoings of oppositions who really were a bunch of hypocrites and stop demonizing our own supporters who were only voicing the concern of the silent majority. Those people who thought they were doing a service to the leadership today were alienating a lot of the government supporters.
    UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA……………….

  2. #2 by JokerJoe on December 27, 2015 - 3:44 pm

    Pengundi Melaka yg telah menyingkirkan LGE sehingga telah berpindah randah ke Penang telah membuat keputusan yg tepat tapi malangnya org Penang yg teraniaya, LGE marah sekali dgn nepotisma dan kronisma TETAPI kalau tak sebab nepotisma atau kronisma apakah mungkin dia boleh jadi ketua menteri P.Pinang pabila jawatan dlm dap PP pon dia tak berani bertanding? Kalau diperincikan kerajaan PP masih boleh bernyawa (bajetnya) kerana kegiatan jual tanah negeri kpd syarikat2 gergasi dgn begitu berleluasa. Kalau dah habis tanah dijual? Tambak laut sampai terkambus Selat Melaka. Atau dia kata – by that time I will enjoy my retirement with a big pile under my ass

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: