TALKING POINTS PEMBENTANGAN USUL EKONOMI PAU 2016

(Kononnya sayalah yang berucap)

  1. Salam
  1. Salutation

Mukaddimah

  1. Saya mohon kepada para hadirin yang dirahmati Allah swt marilah kita sama-sama mengangkatkan kedua-dua tangan kita tanda kesyukuran bahawa PAU 2016 kita ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan tenteram dan kita mohonlah agar ianya akan berakhir dengan kejayaan cemerlang serta penuh barakah. Amin.
  1. Seterusnya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk kepimpinan parti, khasnya kepada YAB DS Presiden, YAB DSU Pengerusi BPUNM dan YB Datuk Pengerusi Biro Ekonomi UMNO di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membentangkan Usul ini bagi pihak UMNO Pusat.
  1. Ini adalah kali ke 3 saya diberi peluang berbahas. Di peringkat umur seperti saya ini, sewajarnyalah lebih sesuai saya menjadi pendengar. Namun saya akur atas arahan pucuk kepimpinan dan tanda kesetiaan kepada parti.
  1. Sebelum saya membentang dan sama-sama membahaskan usul ekonomi ini, saya ingin menegaskan bahawa acara/agenda ini bukanlah satu retorik dan ianya bukanlah juga satu ritual tahunan. Ianya adalah satu agenda yang serius dan diambil tindakan oleh kerjaan serta mendapat perhatian dunia. Banyak cadangan kita semasa PAU 2015 telah dimasukkan dalam RMK 11 dan Bajet 2017. Contoh:
  • Mempertingkatkan ekonomi B40 – disediakan peruntukan bagi subsidi dan insentif sebanyak RM10 bilion:
  • 3 bilion untuk pesawah padi bagi subsidi harga, baja dan benih.
  • RM250 juta untuk pekebun kecil sebagai insentif pengeluaran getah 
  • RM260 juta untuk bantuan pekebun kecil di musim tengkujuh (RM200 sebulan bagi 3 bulan)
  • RM250 juta untuk elaun sara hidup nelayan (RM200 – RM300 sebulan).
  • 6 bilion untuk subsidi gas masak
  • RM124 juta bagi subsidi elektrik.
  1. Menyedari bahawa ini bukanlah satu usaha yang sia-sia maka saya lebih seronok dan bertambah yakin untuk membentangkan usul ekonomi ini dengan izin YBhg TS Pengerusi Tetap ….

image1-8

image2-6

image3-5 

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Pendekatan

  1. Usul yang hendak saya bentangkan ini adalah usul yang amat berat dan sangat serius. Ia adalah mengenai hidup mati atau survival kita dan anak cucu kita untuk beberapa generasi akan datang. Justeru saya akan membicarakannya secara serius dengan bersaratkan fakta.
  1. Saya menjangkakan semua pembahas usul ini juga serius dan sudahpun bersedia dengan penghujahan yang matang dan faktual. Para perwakilan sekalian pula dijangka akan turut memberikan perhatian yang serius kerana kita semua sudah sedar dan insaf bahawa kita tidak boleh lagi berlegar dan berpesta dalam zon selesa.
  1. Penghuraian usul terbahagi kepada 3 bahagian:
  • Pertama, berkongsi kejayaan atau success stories.A society which does not look back with pride upon its past can never look forward towards its future”.
  • Kedua, mengenalpasti kelompangan dan kekurangan yang masih wujud.
  • Ketiga, mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan atau doable / implementable.
  1. Tanggungjawab utama: mengembali dan memantapkan semula keyakinan semua perwakilan; memberi harapan bahawa parti keramat ini tetap merancang, memikir dan mengutamakan masa depan ahlinya serta membela bangsa Melayu dan semua rakyat Malaysia.

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Kejayaan

  1. Kepesatan pertumbuhan ekonomi:
  • 1957 – 2016, ekonomi melonjak 23,900% sejak merdeka, dari kira-kira RM5 bilion nilai GDP kepada 1.2 trilion.
  • 1970 2014, pendapatan isi rumah melompat 3,126%, dari RM172 kepada RM5,548.
  • 1970 – 2014, kemiskian semua kaum merosot dari 49.3% kepada hampir sifar (0.6%); kadar kemiskinan Bumiputera menyusut dari 64.8% kepada hampir sifar (0.8%).
  • 1970 – 2011, pemilikan ekuiti dari 2.4% kepada 23.05%.
  • RMK6 – RMK10 (25 tahun): Jumlah peruntukan = 1.2 trilion; 80% Bumi = RM960 bilion (anggaran).
  • Hampir 740,000 SME mikro Bumiputera telah mendapat kemudahan mikro kredit = RM19 bilion.
  1. Ukuran global tentang aman, makmur, bahagia dan maju di kalangan kira-kira 160 buah negara (Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas):
  • Keamanan [Global Peace Index (GPI)] Malaysia di tangga ke 30.
  • Kemakmuran [Legatum Prosperity Index (LPI)]  Malayasia di 44.
  • Kebahagiaan [World Hapiness Index (WHI)] Malayasia di 47.
  • Kemajuan dan pembangnnan [Human Development Index (HDI)] Malaysia di 62.
  1. Dari huraian saya itu tadi maka jelaslah bahawa sebenarnya kita telah mendapat banyak faedah hasil kejayaan perjuangan UMNO. Justeru kita tidaklah sewajarnya melupakan segala jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang telah memungkinkan kita menikmati semua kejayaan tersebut.
  1. Malangnya, dalam kita menikmati kemakmuran itu, negara kita terus diserang; parti kita terus dikutuk. Pemimpin kita terus dihina. Musuh kita dari dalam dan luar negeri. Namun demikian, pemimpin kita berjiwa besar. Beliau tidak menyerang balas malah meneruskan tumpuan dan usaha untuk memaju dan memakmurkan negara. Justeru perlulah kita memberikan sokongan padu kepada parti dan pemimpin kita ini.
  1. Sesungguhnya UMNO telah mengotakan Sumpahnya untuk “memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa” sepertimaana yang telah dilafazkan pada 10 Februari 1946.

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Kelompangan dan Kekurangan

  1. Bahagian kedua – mengenalpasti kelompangan dan kekurangan yang masih wujud dengan tujuan untuk mengatasinya; bukan untuk menelanjangkan keburukan. Tidak harus malu atau mempersalahkan kerana negara maju seperti USA pun masih mempunyai banyak masalah dan ada yang lebih teruk dari Malaysai. Contohnya: kadar kemiskinan di USA lebih tinggi = 5% (M = 0.6%); kadar pengangguran juga lebih tinggi = 4.9% (M = 3.3%)
  1. Memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak mengambil hak bukan Bumipuutera.
  1. Tumpuan lebih kepada golongan B40 dan M40; golongan T20 tidak dilupakan.
  1. Mengenali DNA kumpulan sasar yang hendak dibantu dan dibela:
  • Lebih 70% Bumiputera =          makan gaji
  • Lebih 75% pekerja Bumiputera =          tiada kemahiran
  • Lebih 85% pekerja Bumiputera =          bukan pengurus & professional.
  • Hanya 3% pekerja Bumiputera =       majikan
  • Hampir 90% SME Bumiputera =          mikro
  • Sumbangan SME Bumiputera =          13% (GDP).
  • Lebih 90% orang miskin =          Bumiputera
  • Lebih 75% B40             =          Bumiputra
  • Lebih 75% pekerja am =          Bumiputera
  • Lebih 75% bergaji rendah =          Bumiputera
  • Lebih 70% bekerja sendiri =          Bumiputera
  • Lebih 70% penganggur =          Bumiputera
  • Lebih 70% peminjam PTPTN =          Bumiputera
  1. Ekonomi kaum Bumiputera, secara makro, bertambah baik sejak tahun 1970 tetapi masih jauh di belakang kaum bukan Bumiputera, contoh,:
  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan kita hanyalah 4% daripada apa yang dimiliki oleh kaum Cina!
  • Jurang antara kaum (inter ethnic gap) melebar; contoh, jurang pendapatan kasar bulanan isi rumah antara kuam Bumiputera dengan kaum Cina telah melebar sebnyak 52%, dari RM1,387 pada tahun 2009 kepada RM2,110 pada tahun 2014.
  • Syer pendapatan 40% isi rumah terbawah hanyalah 1%!
  • Golongan profesional 7%,
  • Milikan ekuiti 05%,
  • Premis industri 5%,
  • Bangunan perdagangan 4%,
  • Rumah kediaman 1%, dan
  • Pemilikan tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12%.
  1. Kebimbangkan oleh YAB Presiden dalam ucapan beliau di PWTC pada 11 November 2013:

“Why should the marginalized support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

  1. Kebimbangan tersebut telah jelas berlaku dalam pilihanraya Presiden USA pada 8 November lalu bila mana golongan ini telah menolak pihak establishmen

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Cadangan

  1. Bahagian ketiga – cadangan untuk hari esok yang lebih baik dari hari ini:
  • Berpegang kepada dasar dan prinsip agihan dari kek yang membesar atau expanding cake. Bukan menjadi Robin Hood

Kita tidak hendak ke seberang

Kita hanya hendak ke kota

Kita tidak hendak hak orang

Kita hanya hendak hak kita!

  • Tertumpu kepada (1) dasar keraajaan dan dua sektor utama: (2) sektor perniagaan dan (3) sektor pekerjaan

Dasar Kerajaan

  1. Memahami masalah yang dihadapi oleh kerajaan, negara dan rakyat:
  • Pelbagai dasar yang diperkenalkqn oleh kerajaan masih relevan dan wajar dikekalkan; mekanisma pelaksanaannya yang wajar diperkemaskan lagi agar lebih berkesan.
  • Pertumbuhan ekonomi lebih perlahan: 2014 = 0%; 2016 = 4.2% kerana persekitaran lanskap ekonomi global yang hostile dan fragile.
  • Hasil kerajaan menurun: 2014 = 6 bilion; 2016 = RM212.6 bilion

(kerana harga minyak mentah dan harga bahan komoditi seperti minyak sawit dan getah  jatuh; nasib baik dapat ditampung oleh GST = RM38.5 bilion dan penguranagn subsidi = RM15 bilion antara 2014 – 2016).

  • Pelaburan asing: 2014 = 39.6 bilion; 2016 = RM12.5 bilion (Jan. – Jun)
  • Jumlah perdagangan: 2014 = 1.4 trilion; 2016 = RM948.4 bilion (Jan. – Ogos)
  • Kos sara hidup tinggi
  • Pendapatan naik lebih perlahan / mendatar: 2015 = Gaji median RM1,600 sebulan
  • Bilangan penggangur meningkat: 2014 = 411,100; 2016 = 516,200 (Julai) 

Syor / Tindakan / Way Forward

  • Membantu dan menyokong segala usaha kerajaan untuk menambah hasil dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

#    dasar berbaik-baik dengan semua negara; melawat US, China, Jepun, dll. Berjaya membawa para pemimpin besar dunia semasa ASEAN Summit 2015.

#    business deal sebanyak RM144 bilion dari China (diam-diam ubi berisi). Terima kasih kepada YAB PM dan YAB KMM DSU kerana Melaka turut mendapat faedah sebanyak RM30 bilion untuk membina pelabuhan laut dalam.

      Caution: T&C tidak merugikan kita; tidak mencabul kedaulatan dan keselamatan negara; tidak merugikan rakyat dan Bumiputera (Perkara 153); tidak mahu Hong Kong or Macau of Malaysia. Peluang pekerjaan dan membekalkan barangan Malaysia (bukan semuanya diimport).

  • Menyokong usaha kerajaan yang terpaksa meminjam bagi tujuan hendak memacu pertumbuhan ekonomi asalkan ianya bagi tujuan yang produktif dan negara pula masih mampu untuk membayar hutang tersebut. Pada masa ini, kerajaan masih mampu bayar; setiap RM100 hasil kerajaan, hanya 50 untuk bayar balik hutang.
  • Menyokong usaha agensi kerajaan seperti LHDN, Jabatan Kastam dan KPDNKK dalam memperketatkan proses kutipan cukai, termasuklah mengejar mereka yang lari dan mengelak dari membayar cukai atau tax evaders and tax avoiders dan tindakan terhadap peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan. Bukan kita yang sama-sama mengutuk dan memerahi agensi kerajaan.
  • Anjakkan dasar dari yang berasaskan pertumbuhan untuk pertumbuhan, growth for growth sake kepada balanced and fair distributive economic growth iaitu pertumbuhan ekonomi yang berimbang dan adil antara kaum, antara bandar dan luar bandar serta antara negeri-negeri serta pertumbuhan yang memberi manfaat kepada semua lapisan strata masyarakat!
  • Fokus baru: berkongsi kekayaan negara; membasmi kemiskinan di Sabah dan Sarawak + Orang Asli diteruskan.
  • Kurangkan beban kos sara hidup:

#          bina upaya mereka seperti re-skilling & skill upgrading untuk dapat pekerjaan yang lebih baik / pendapatan lebih tinggi

#          tambah peluang pekerjaan / bantu & permudahkan peluang perniagaan

#          tambah pendapatan melalui bantuan seperti BR1M

#          kurangkan kos seperti kurangkan tariff letrik untuk isi rumah dan SME / naikkan ceiling rebate

#          bina lebih banyak rumah kos rendah / sederhana

#          kawal kenaikan kos pengangkutan awam

#          perluaskan jaringan keselamatan sosial (social safety net) seperti insuran tanaman; SOCSO untuk yang bekerja sendiri (pekebun kecil, petani, nelayan, peniaga kecil, penternak, dll).

  • Melakukan penghijrahan dari ekonomi yang dipacu oleh industri yang bernilai tambah rendah serta bergantung kepada tenaga buruh bergaji rendah atau low value-added and low wage labour intensive industries kepada ekonomi bernilai tambah tinggi yang dipacu oleh teknologi tinggi serta pekerjaan berpendaptan tinggi atau high value-added high technology-driven economy with high income jobs.
  • Boleh dicapai dengan berhijrah ke digital economy bersama-sama k-economy. Potensi digital economy ini amatalah besar kerana sumbangannya kepada ekonomi negara masih lagi rendah iaitu sekitar 18% sahaja tetapi akan berkembang pesat.
  • Nilai e-commerce kita pula pada tahun 2015 hanyalah US687 juta dan diunjurkan melonjak 276% kepada 6 bilion pada tahun 2021. Nilai ini amatlah kecil berbanding nilai global e-commerce, yang mana pada tahun yang sama (2015), mengikut UNCTAD, adalah sebanyak US22.1 trillion!
  • Perluas peluang pekerjaan dan perniagaan 
  • Tingkatkan gaji para pekerja. Gaji purata rendah = RM2,312 sebulan, gaji median hanyalah RM1,600 sebulan. Penyebab gaji dan upah yang rendah kerana kebanjiran pekerja asing yang bersedia menerima gaji yang lebih rendah serta syarat-syarat pekerjaan yang lebih buruk atau inferior. Jumlah mereka = 6 juta orang. Patut dihantar pulang dengan segera.
  • Tingkatkan kadar produktiviti buruh yang menurun: 2003 – 2009 = 8%; 2009 = 2015 = 1.2%; perkukuh kelulusan dan kemahiran.
  • Kaji semula / ubah fungsi agenda kerajaan. Contoh: MATRADE dari Trade Promotion kepada Trade Solutions. MATARADE / TERAJU / CIDB / SMECORP / TEKUN, misalnya, bekerjasama secara bersepadu dalam satu rantaian penawaran (supply chain) untuk menggalakkan produk dan perkhidmatan Malaysia, khasnya keluaran Bumiputera, menembusi pasaran luar negara.
  • Kaji / susun semula agensi-agensi kerajaan yang bertujuan untuk membantu Bumiputera agar lebih cekap dan berkesan.
  • GLC / GLIC diurus oleh Bumiputera yang pakar dan berjiwa Bumiputera. (Hadis Nabi (Bukhari): untuk maju, letakkan orang yang pakar; jika tidak, tunggulah kehancurannya).
  • Hapuskan ketirisan dan pembaziran untuk jimatkan hasil, misalnya, tender terbuka untuk 2 kumpulan: (a) semua kaum dan (b) khas untuk Bumi; tubuhkan JK Khas bagi memantau projek mega
  • Perkenalkan semula Inheritance Tax untuk tambah hasil kerajaan dan berlaku adil.
  • Memperkasa MOF, MITI, EPU, ICU dan DO.

Sektor Perniagaan

  1. Ubah sikap kita; bukan salahkan pihak lain:
  • sebahagian dari B40 ini mudah berserah kepada takdir dan berpuas hati terhadap apa yang ada.
  • Sebahagian lagi, kerana kurang celik dalam semua bidang; tidak tahu apakah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
  • NGO Bumiputera seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian pula kurang membantu dalam membekalkan maklumat, contohnya, seperti yang terkandung dalam RMK11 dan Bajet Tahunan. Mereka tidak begitu supportive berbanding Dewan Perniagaan Cina dan India. Masing-masing ada juga yang berlagak seperti enau dalam belukar.
  • Terdapat juga golongan yang bukan sahaja meminta disuapkan bahkan juga meminta dikunyah dan tolong telankan sekali.
  • Di kalangan pekerja – kurang kemahiran / pengetahuan
  • Di kalangan usahawan / peniaga – kurang berdaya maju, berdaya tahan, semangat keusahawanan, kapasiti dan kecekapan serta tinggi tahap kebergantungan. Ingin cepat kaya tanpa bekerja – Ali Baba; rent seekers.

Syor / Tindakan / Way Forward

  • Yang tidak berdaya maju dalam perniagaan – diberi kemahiran dan pendidikan untuk menjadi pekerja yang produktif dan berpendapatan tinggi. Contoh, TVET, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  • Kenal pasti the champions; bantu / beri projek kepada mereka ini dengan syarat tidak dialibabakan dan mampu bantu sebagai syarikat payung, termasuk cepatkan bayaran serta berpotensi bayar cukai kepada kerajaan.
  • Tingkatkan kapasiti – prestasi, kewangan dan talent & technology.
  1. Mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif:
  • Memperbanyakkan premis perniagaan untuk Bumiputera
  • Mewujudkan dana pinjaman mudah untuk membeli premis perniagaan
  • Membantu membina kapasiti
  • Menggalakkan integrasi syarikat-syarikat kecil.
  • Memperluas dan mengukuhkan supply chain Bumiputera
  • Memperbanyakkan skim pembiayaan dan insentif untuk program inovasi, automasi & ICT
  • Mempermudahkan pengeluaran lesen, termasuklah Sijil Halal
  • Memperbanyakkan program pembangunan usahawan
  • Menggalak dan mempermudahkan syarikat-syarikat Malaysia, terutama GLC yang melabur dan melaksanakan projek di luar negara supaya menggunakan produk dan perkhidmatan Malaysia, terutama keluaran syarikat Bumiputera.
  1. Memperkasa penguatkuasaan:
  • Memantau syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera hingga ke peringkat sub contarctor, pengambilan pekerja serta bekalan bahan (supplies).
  • Menghapuskan budaya Ali Baba
  • Setiap kementerian / agensi kerajaan / GLC melaporkan kemajuan Bumiputera kepada MEB secara berkala.
  1. Mengukuhkan lagi pemantuan:
  • Mesyaratkan kandungan Bumiputera dalam setiap kontrak kepada Bumi dan bukan Bumi; dilaporkan secara berkala
  • Mempastikan institusi kewangan dan DFI menjalankan tanggungjawab merapatkan jurang pembiayaan (loan bridging)

Sektor Pekerjaan

  1. Membetulkan struktur ekonomi dan pasaran buruh: penawaran dan permintaan yang tidak setara atau mismatch between supply and demand. Contoh:
  • Hampir 90% pekerjaan baru yang diwujudkan, misalnya, pada tahun 2015 adalah pekerjaan asas atau buruh kasar yang bergaji rendah, sekitar RM1,000 sebulan.
  • Kadar pertumbuhan pekerjaan tiada berkemahiran rendah (low skill jobs) lebih pantas dari 3% ( 2006 – 2010) kepada 7.0% ( 2011 – 2015) manakala pertumbuhan pekerjaan berkemahiran (skill jobs) pula telah menurun dari 5.2% kepada 2.6% dalam tempoh yang sama.
  • bagi tempoh 2001 – 2014, bilangan graduates yang telah dihasilkan = 2% setahun; kadar pekerjaan yang setaraf dengan graduates = 3.4% setahun.
  • ramai graduates terpaksa menerima jawatan dan gaji yang lebih rendah atau dipanggil underemployment.
  • pertumbuhan produktiviti buruh telah menurun dari 8% bagi tempoh 2003 – 2009 kepada 1.2% bagi tempoh 2009 – 2015. Justeru pertumbuhan ekonomi negara telah merosot kepada 4.2% dan kadar pengangguran meningkat dari 2.9% pada tahun 2014 kepada 3.5% pada bulan Julai 2016.
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mengurangkan bilangan penganggur yang bertambah 6%: 2014 = 411,100 orang; Julai 2016 = 516,200 orang. 70% adalah Bumiputera. 3 sebab utama bilangan penganggur meningjkat:

#    kemasukan tenaga buruh yang baru (new entrants) yang terdiri dari orang tempatan dan buruh asing ke pasaran buruh

#    kekurangan pekerjaan baru kerana pertumbuhan ekonomi yang kurang rancak

#    penutupan perniagaan / kilang disebabkan oleh kelembapan ekonomi.

  • Menghapuskan diskriminasi kaum untuk membolehkan para pekerja Bumiputera mendapat faedah gaji dan upah yang lebih baik.

Diskrimnasi dari peringkat pengiklanan seperti mensyartakan kefasihan dalam dalam bahasa ibunda hinggalah peringkat menetapkan gaji permulaaan, kenaikan gaji serta kenaikan pangkat. Contoh, menurut sebuah kajian, hanya satu pertiga siswazah kaum Cina mendapat gaji permulaan di bawah RM1,500 sebulan manakala 48% siswazah Bumiputera menerima gaji permulaan bawah RM1,500 sebulan.

  • Perkenalkan Fair Employment Act (FEA) di sektor swasta dan KSM menyediakan laporan berkala kepada MEB.
  • Memperkenalkan pensijilan untuk semua pekerja yang mengikuti kursus yang diiktiraf agar kepakaran dan kebolehpasaran mereka diiktiraf.
  • IPT mewujudkan Pusat Pembangunan Kerjaya.
  1. Sesungguhnya banyak lagi yang ingin saya perkata dan huraikan. Tetapi mengenangkan masa terlalu mencemburui kita dan ramai pula sahabat telahpun bersedia untuk membahaskan usul ini maka eloklah saya berhenti di sini saja.
  1. Agar kita tidak kerugian, izinkanlah saya mencadangkan supaya resolusi Townhall Agenda Ekonomi Bumiputera turut diterima sebagai sebahagian dari input usul ini. Sesi Townhall tersebut telah berjaya dikendalikan bersama oleh Biro Ekonomi UMNO dan TERAJU serta dipimpin oleh YB Datuk Johari Abdul, Pengerusi Biro Ekonomi UMNO. Beliau bersama cendiakawan dan para pemikir telah bertungkus lumus memecah, mengupas dan mencanai isu yang besar lagi rumit ini.
  1. Seterusnya saya ingin mencadangkan supaya UMNO menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun hadapan.
  1. Saya yakin kombinasi semua inisiatif yang disyorkan itu akan membantu mengukuhkan lagi ekosistem ekonomi Bumiputera. Disyorkan pencapaiannya dilaporkan secara berkala kepada MEB.
  1. Hanya UMNO yang memikir, membela dan memperjuangkan kepentingan masa depan Bumiputera dan rakyat amnya yang lebih terjamin dan cemerlang. UMNO lah tempat kita semua bergantung dan berpaut.
  1. Maka wajar sekali parti UMNO, yang telah banyak berjasa kepada semua rakyat berbilang kaum, disanjung dan dijunjung, bak kata pantun Melayu:

Dari Rengit pergi ke Bentung,

Membeli nyiur di pasar Tanjung,

Bumi tersenget langit tergantung,

Jasa UMNO tetap dijunjung!

Pohon nyiur di tepi laut,

Burung gagak di pucuk kayu,

Kepada UMNO kita berpaut,

UMNO tegak, GAGAHlah MELAYU!

Mohon usul ini disokong.

2 Disember 2016.

 

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: