Isu Kewangan Negara

Ribuan terima kasih kepada YB Dato’ YDP kerana memberi saya peluang menyertai perbahasan ini..

Saya turut mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan di atas pencerahan yang telah diberikan oleh YB Menteri Kewanagn tentang scenario kewangan negara kita.

Mohon beri saya peluang untuk highlight 4 perkara berikut.

Pembatalan Kontrak & Kelewtan Bayaran

Pertama adalah mengenai keputusan atau arahan MOF:

a) yang membatal atau menagguhkan projek yang telah diluluskan tetapi belum dilaksanakan,

b) menghentikan projek yang telah berjalan bawah 15%, dan

c) kelewatan membayar kerja yang telah disiapkan atau perkhidmatan yang sudahpun diberikan. Saya dimaklumkan bahawa ada di antara mereka itu telah tidak menerima bayaran sejak bulan Mei lalu.

Adakah YB Menteri Kewangan dan seluruh Kabinet tahu dan sedar kesan serta impak keputusan tersebut ke atas ekonomi makro, ke atas aktiviti perniagaan, ke atas pendapatan dan kuasa beli para pekerja serta ke atas dapur rakyat miskin, berasap ataupun tidak?

Untuk makluman YB Menteri, aktiviti ekonomi boleh dikatakan sudah tidak bergerak lagi sebab tiada projek baru manakala projek yang sedang berjalan pula telah diberhentikan.

Dari satu sudut, saya boleh terima lojik dan keperluan untuk menilai semula projek mega yang telah diluluskan dan kontrak telah ditandatangani tetapi belum beroperasi atau telah berjalan bawah 15% atas alasan untuk mencari alternatif yang lebih baik dan dapat menjimatkan pula wang rakyat.

Walau bagaimanapun, keputusan ini sudah tentulah tidak berimpak sifar atau zero impact ke atas kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan kontraktor.

Di pihak kerajaan, saya yakin bahawa pasti terdapat syarat dan obligasi yang mesti dipatuhi apabila kontrak tersebut ditangguh atau dibatalkan atau hendak diubahsuai.

Di pihak para kontraktor pula, tentunya mereka sudah ada overheads, komitmen serta perjanjian dengan pembekal, bank dan para pekerja. Adakah kerajaan membiarkan mereka begitu sahaja tanpa harapan atau mereka juga perlu dibantu kerana mereka pastinya menaruh harapan?

Justeru itu, atas prinsip GITAR yang kerajaan Pakatan Harapan laungkan iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility, maka saya mohon YB Menteri jelaskan perkara-perkara berikut di Dewan yang mulia ini:

Senaraikan projek-projek yang terlibat serta nilai projek masing-masing,

Berapa banyakkah penjimatan yang telah dapat diselamatkan?

Berapa banyak pulakah kos compensation dan lain-lain kos yang berkaitan yang terpkasa ditanggung oleh kerajaan?

Berapa ramaikan pekerja yang terpaksa diberhentikan?

Apakah kesan ke atas ekonomi secara keseluruhan?, dan

Apakah kesan ke atas hubungan bilateral bagi projek-projek yang melibatkan negara asing?

Sekarang saya ingin pula bertanya mengenai isu kelewatan membayar kerja yang telah disiapkan atau perkhidmatan yang sudahpun diberikan. Seperti yang saya maklumkan tadi bahawa dikatakan ada di antara mereka itu telah tidak menerima bayaran sejak bulan Mei lalu. Dan ada yang menerima sebahagian sahaja daripada jumlah nilai yang sepatutmya dibayar.

Bagi mereka yang mempunyai deep pockets sudah tentulah tidak ada masaalah. Tetapi bagi golongan yang kecil dan sederhana sudah entulah kelewatan bayaran ini amatlah membebankan mereka. Saya difahamkan ada di antara mereka yang terpaksa menjual aset yang ada kerana pelbagai pihak mengejar mereka – bank, pembekal, pekerja, isteri dan anak-anak. Saya bimbang kalau mungkin ada yang diisytihar bankrupt.

Lantas mohon YB Menteri terangkan di Dewan yang mulia ini, apakah harapan yang boleh diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi harapan mereka agar bayaran dapat dipercepatkan oleh kerajaan dan GLCnya?

Tender Terbuka

Isu kedua yang ingin saya ketengahkan ialah tender terbuka yang sering YB Menteri Kewangan laungkan. Atas prinsip merit, ketelusan, persaingan bebas, keberkesanan kos serta untuk mengelak ketirisan dan sebagainya, saya sokong pendekatan ini. Namun, dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dalam kehidupan dan dalam perniagaan, open tender is not everything.

YB Menteri hendaklah sentiasa ingat akan dua perkataan ini iaitu FAIRNESS & JUSTICE. Dua perkataan tersebut hendaklah sentiasa menjadi falasafah dan panduan YB serta kerajaan PH.

Lebih-lebih lagi, prinsip seperti merit dan persaingan bebas ini boleh menjadi senjata makan tuan bagi golongan yang lemah. Prinsip universal dan nampak suci murni ini boleh menjadi camouflage untuk membantu syarikat gergasi dan menindas serta mendiskriminasi pula syarikat kecil dan sederhana. Ia boleh menjadi alat to exacerbate inequalities.

Sebagi contoh, jika projek besar yang boleh dilkasanakan oleh syarikat tempatan tetapi dibuka juga kepada syarikat dari negara luar seperti China maka besar kemungkinannya syarikat tempatan akan lose out. Atas keinsafan inilah maka di depan pemimpin China, YAB PM kita dengan berani telah menegaskan bahawa negara kecil seperti Malaysia bukan semata-mata mahukan FREE TRADE tetapi, yang lebih penting, ialah kita mahukan FAIR TRADE.

Untuk mempastikan fairness and justice dalam proses tender terbuka itu, maka the playing field has to be leveled first. Lalu apakah usaha YB Menteri untuk terlebih dahulu menyamaratakan padang tersebut agar berlaku adil kepada semua syarikat di Malaysia?

EKOSISTEM EKONOMI NEGARA

Isu ketiga yang ingin saya sentuh ialah mengenai ekosistem ekonomi negara.

Selepas 9 Mei lalu, apabila kerajaan bertukar tangan, kerajaan yang baru telah melaungkan slogan Malaysia Baru. Slogan 1Malysia telah diketepikan. Kita terima kedua-dua relaiti ini dengan lapang dada.

Namun rakyat terbanyak masih kurang jelas tentang maksud serta pengisian sebenar slogan tersebut.

Kita mempunyai negara baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu, mulai 31 Ogos 1957. Kemudian kita ada negara lagi baru iaitu Malaysia pada 16 September 1963.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kita mempunyai hayat dan nafas baru yang dipacu oleh Dasar Ekonomi Baru atau DEB.

Salah satu daripada strategi serampang dua mata DEB ialah menyusun semula masyarakat kita. Diakui pencapaian kerajaan dalam aspek ini agak terhad berbanding pembasmian kemiskinan yang kini hampir sifar (0.4% pada tahun 2016).

Selaras dengan slogan Malaysia Baru itu dan sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas kewangan negara, apakah peranan yang akan dimainkan oleh YB untuk merombak ekosistem ekonomi negara yang jelas kurang adil?

Ketidak-adilan ini jelas kelihatan, terutama dari segi rantaian bekalan atau supply chain yang kini dikawal dan dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja dan ianya telah mendorong pula penglebaran jurang kekayaan/pendapatan.

Saya yakin YB Menteri membenci ketidak-adilan dan jurang kekayaan yang melebar. Lantarn itu, apakah usaha gigih YB untuk merombak dan membetulkan ekosistem ekonomi kita ini?

EKONOMI GLOBAL

Dan akhir sekali, saya ingin pula menarik perhatian YB Menteri kepada masaalah ekonomi global yang sungguh besar yang bakal memberi impak ketara ke atas ekonomi kita.

Pada hari pertama persidangan ini, dalam jawapan lisan bagi soalan ke lima, YB telah menggariskan usaha dan inisiatif untuk merancakkan semula ekonomi negara. Walau bagaimanapun, pada hemat saya, semua usaha yang telah digariskan itu bukan saja tidak cukup untuk menrancakkan semula pertumbuhan ekonomi kita yang semakin perlahan malah ianya tidak akan mampu untuk mempertahan & melindunginya dari serangan taufan yang sudahpun melanda dunia dan Malaysia tidak akan terkecuali.

Adakah YB Menteri sedar bahawa dunia, dari Argentina ke Afrika Selatan, ke Turki dan terus ke India, Indonesia & China, kini di ambang kehancuran ekonomi atau economic collapse? Ianya bukan sahaja di escalate oleh perang perdagangan antara USA dengan China dan antara USA dengan EEU malah diperburukkan lagi oleh currency melt down sepertimana yang dialami oleh 20 mata wang. Ia dipalu pula oleh emerging market debt bubble yang bernilai US64 trillion iaitu 7 kali ganda lebih besar berbanding 2002.

Kombinasi serentak semua forces ini bakal melahirkan malapetaka atau catastrophe yang dijangka lebih besar dari krisis kewangan 1998 dan krisis ekonomi 2007/2008.

Sedar atau tidak, Malaysia sudahpun tergolong dalam negara  yang turut diserang taufan tersebut dan sedang menanggung kesannya iaitu pertumbuhan ekonomi yg lebih rendah, exports dan FDI yg lebih perlahan,  kejatuhan nilai Ringgit serta hutang isi rumah yang tertinggi di Asia.

Sesungguhnya lanskap geo-politik dan ekonomi global amatlah hostile sekali. Justeru apakah pelan tindakan yang lebih komprehensif, jitu dan mantap yang telah YB rangka untuk menangani 4 krisis besar tersebut agar ekonomi negara kita terlindung dari serangan taufan berkenaan?

Advertisements
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: