Archive for category Perbahasan di Parlimen

RUU ANTI BERITA TIDAK BENAR 2018

1. Sebelum kita membahaskan RUU ini secara detail mahupun secara khusus, eloklah kita tanya dan jawab 5 soalan pokok ini terlebih dahulu:

Pertama, adakah kita rakyat Malaysia berhak mendapat maklumat dan berita yang benar dan tepat serta tidak pula bersedia terus menerus ditipu, dibohongi dan dihina dengan sajian berita palsu, misinformation and disinformation, dengan izin, yang mana akhirnya boleh membawa kepada kehancuran keamanan serta kemusnahan negara?

Jawapannya, pada hemat saya, tentulah rakyat Malaysia inginkan maklumat dan berita yang benar lagi tepat, tidak pula mahu ditipu dan dibohongi serta amat mementingkan keamanan dan kemakmuran (2K).

Kedua, dalam konteks 2 soalan dan jawapan ini, sudah adakah Akta yang mampu menjaga hak serta memelihara maruah dan martabat rakyat Malaysia dengan berkesan?

Jawapannya, belum ada.

Ketiga, adakah hak rakyat Malysia di bawah mana-mana undang-undang dan Perlembagaan Negara, khasnya Perkara 10 (1) (a) mengenai kebebasan bersuara dan mengeluarkan buah fikiran disekat atau terhakis oleh RUU ini?

Jawapnnya, TIDAK!

Keempat, adakah RUU ini ultra vires mana-mana peruntukan Perlembagaan Malaysia, khasnya Perkara 10 (1) (a) dan (2) (a)?

Jawapnnya, TIDAK!

Kelima, justeru bersandarkan 4 jawapan tadi, (a) adakah RUU ini Constitution compliant serta (b) adakah rakyat mahukan ianya digubal, dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini agar RUU tersebut boleh menjadi Akta yang menjaga kepentingan rakyat, khasnya 2K itu?

Jawapnnya, YA! Justeru prakarsa Kerajaan BN ini adalah untuk bersiapsiaga mendepani masalah yang mungkin timbul demi menjaga keamanan negara selaras dengan nasihat President Gen. George Washington, “To be prepared for war is one of the most effective means of preserving peace”.

Inisiatif RUU yang bersifat preventif atau deterrent ini adalah untuk mempastikan tidak ada orang yang boleh menebuk atau membocorkan kapal Malaysia sepertimana yang boleh dipelajari dari Iman Bukhari yang menjelaskan keterangan yang cukup menarik mengenai sabda Rasulullah SAW berkaitan keamanan. Katanya: “Kehidupan sosial dan kemasyarakatan memerlukan pertahanan dan keamanan dan aspek itu umpama penumpang kapal (ka rukkab al-safinah). Sebahagian penumpang berada di tingkat atas, sebahagian berada di tengah dan sebahagian lagi di tingkat bawah. Apabila penumpang yang berada di tingkat bawah ingin mengambil air, mereka perlu naik ke atas dan melalui bahagian yang berada di atas mereka. Lalu terdapat fikiran dalam kalangan mereka yang ingin mengambil jalan pintas untuk mengambil air dengan cara menebuk dinding kapal, agar mudah untuk mendapatkan air. Jika idea atau fikiran itu dibiarkan sudah tentu kapal tersebut akan karam, sebaliknya jika ada dalam kalangan mereka yang menyedari dan mencegah perbuatan itu, maka sudah tentu mereka akan selamat dan kapal tidak karam.”

2. Apabila kita sudah bersetuju dengan 5 perkara pokok berkenaan, maka marilah kita sama-sama menghalusi RUU ini secara bipartisan seperti mana yang dilakukan oleh ahli-ahli Kongres USA semasa membentang dan membahaskan Countering Foreign Propaganda and Disinformation Bill pada 10 Mei 2016. RUU tersebut serupa dari segi niat dan rohnya dengan RUU di depan kita ini.

3. Saya menyarankan pendekatan bipartisan ini kerana saya insaf bahawa kita semua berdiri di atas tanah yang sebidang, duduk di atas tikar yang sehelai dan berteduh di bawah pohon yang sebatang serta bertuhankan Allah yang satu. Pada masa yang sama, saya teringatkan nasihat President Ronald Reagan, “If we ever forget that we are One Nation Under God, then we will be a nation gone under.”

4. Kita ketahui bahawa perkembangan teknonolgi sama kadarnya dengan pertumbuhan penduduk dalam erti kata ianya bertahap exponential / geometrical; bukannya bertaraf arithmetical. Perkembangannya sekarang semakin pantas dan pesat. Menurut Singularity University, dalam tempoh 2016 – 2020, perkembangannya begitu pesat hinggakan kemajuan dalam masa 5 tahun itu boleh menyamai perkembangan selama 100 tahun, dari tahun 1900 hingga 2000!

5. Kini negara maju bukan lagi berada di era IR4.0 iaitu Internet of Things atau IoT tetapi kini di era IR5.0 iaitu Internet of Everything (IoE)!

6. Kita sedar bahawa dari segi perkembangan evolusi ekonomi, kita masih berada di stage IR3.0 tetapi dari segi ledakan maklumat kita sama dengan negara maju iaitu di tahap IR5.0.

7. Yang demikian, tidaklah hairan bahawa jika USA memperkenalkan Countering Foreign Propaganda and Disinformation Act maka Singapura pula menubuhkan Select Committee On Deliberate Online Falsehoods: Causes, Consequences And Counter-Measures untuk mengkaji isu dan masalah serta impak berkaitan dengan berita tidak benar ini. Ia termasuklah menggubal undang-undang untuk menanganinya. Ia digubal atas kefahaman bahawa “Peace is not absence of conflict, it is the ability to handle conflict by peaceful means.” – President Ronald Reagan. This RUU is unequivocally the peaceful means!

8. Filipina turut merangka The Anti-Fake News Bill 2017 yang boleh menghukum pesalah yang menerbit, menyebarkan berita palsu dan sebagainya.

9. Yang demikian, RUU ini bukanlah satu yang unik dan aneh bagi Malaysia sahaja. Kita hendaklah keluar dari dunia tempurung kita yang kecil itu untuk mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia dan di sekeliling kita.

10. RUU ini digubal untuk menjaga kebaikan dan melindungi semua rakyat kerana, seperti yang ditegaskan oleh President Ronald Reagan, “Government’s first duty is to protect the people, not run their lives.”

11. Lantaran itu, ia tidak ditujukan khusus untuk menangkap dan menghukum pihak pembangkang, sepertimana yang cuba digembar-gemburkan. Ia bertujuan semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat. Yang melakukan kesalahan di bawah RUU ini akan ditangkap, dibicara serta dihukum secara adil dan without fear or favour oleh badan kehakiman kita yang bebas. Saya yakin tindakan ini diambil sebagai pilihan terakhir iaitu “When you can’t make them see the light, make them feel the heat.” – Presiden Ronald Reagon.

12. Oleh itu, mereka yang tidak melakukan kesalahan tidaklah perlu takut dan bimbang. Analoginya sama dengan orang yang tidak merokok dan tidak minum arak. Mereka itu tidak kesah berapa tinggipun cukai dikenakan oleh kerajaan. Mereka tidk terkesan!

13. Izinkanlah saya mengambil peluang di sini untuk memohon kepada semua lapisan rakyat yang cintakan negara bertuah ini agar sama-samalah kita jaga dan pelihara keamanan dan kemakmuran negara demi kebaikan masa depan kita jua. Antara kaedah yang boleh memelihara 2K itu ialah memberhentikan maliciously mencipta, mereka dan menyebarkan maklumat serta berita palsu atau tidak benar, melakukan misinformation and disinformation yang boleh memporak-perandakan masyarakat.

14. Dalam lain-lain perkataan, 2K tersebut hanya dapat direalisasikan dengan memahami maksud roh dan semangat RUU ini kerana, seperti yang ditegaskan oleh Albert Einstein, “Peace cannot be kept by force; it can only be achieved by understanding.”

Advertisements

Leave a comment

YB Virtual MEMBAHAS TITAH YDP AGONG 2018

Bismillahir rahmanir rahim……
Assalamualaikum …wbt.. salam sejahtera dan salam 1Malaysia..

YB Tan Sri Yang DiPertua,
Syukur

1. Pertama kali, marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah swt di atas keredhaanNya untuk kita menghadiri sidang Dewan Kali Pertama Penggal Ke-6 bagi Parlimen ke-13. Yang demikian dapatlah kita menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sahih, bersih dan sihat. Semoga kita mendapat keberatanNya jua.

2. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Yang DiPertua kerana sekali lagi memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk turut membahaskan Titah ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Mudah-mudahan apa yang ingin saya kongsikan ini akan mendapat perhatian yang saksama dari pihak kerajaan.

3. Dan ketiga, titah perasmian oleh ke Bawah Duli Baginda telah menyentuh pelbagai bidang dan isu semasa dan masa depan kita. Dari isu keselamtan dan keamanan ke ekonomi modal, termasuklah isu kewangan, pertumbuhan ekonomi dan daya saing, ke ekonomi rakyat, termasuklah isu pekerjaan, kos sara hidup dan hinggalah ke isu perpaduan serta kesederhanaan dan sebagainya.

4. Pada hemat saya, setiap butir yang telah dititahkan itu menuntut perhatian serius dari kita semua. Sesungguhnya titah tahunan ke Bawah Duli Baginda telah menjadi pedoman, panduan serta inspirasi kepada kami dalam memikul tanggungjawab serta amanah selama 4 tahun yang lalu sebagai wakil rakyat dan juga sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Skop

5. Menyedari bahawa masa yang diberikan amatlah terhad manakala banyak pula perkara yang ingin diketengahkan maka saya akan cuba mematuhi nasihat “It is better wither to be silent, or to say things of more value than silence” – Anonymous dan “…do not say a little in many words, but a great deal in a few” – Pythagoras (582 BC – 507 BC)

6. Justeru saya ingin mengambil peluang keemasan yang diberikan ini dengan menumpukan skop perbahasan kepada 6 perkara utama sahaja sekalipun banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan.

7. Perbahasan saya akan berpandukan nasihat Zeuxis (464 BC – 400BC): Criticism comes easier than craftsmanship. 6 perkara itu ialah:

(1) Kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan BN,

(2) Hasil kajian UNICEF baru-baru ini,

(3) TN50,

(4) IR4.0,

(5) Dasar Green Tech, dan

(6) Isu Sunway BRT & MRT.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kejayaan

8. Saya cenderung untuk mempercayai bahawa mereka yang memperkatakan kejayaan / kegagalan seseorang atau sesebuah kerajaan itu tidaklah berbohong. “They don’t lie” (dengan izin); cuma “they may not tell the whole truth”.

9. Saya juga mungkin tak mampu to tell the whole truth dalam tempoh yang singkat ini kerana populasi maklumat yang luas dan pelbagai – lebih banyak dari kombinasi air di 7 buah lautan. Saya hanya mampu to approximate the truth…the T value, dalam bahasa statistics. Justeru untuk berlaku adil, wajarlah diusahakan penilaian yang lebih holistik lagi; sekurang-kurangnya merangkumi aspek kehidupan utama.

10. Dari sudut Islam, pembangunan merangkumi 3 aspek utama. Pertama, manusia dengan Allah; kedua, manusia dengan manusia; dan ketiga, manusia dengan alam sekitar.

11. Dari sudut PBB yang dipelopori oleh Dr Amartya Sen melalui Human Development Index (HDI), pembangunan merangkumi 3 bidang utama juga iaitu (1) pendidikan, (2) kesihatan dan (3) ekonomi. Menurut HDI ini, Malaysia berada di kedudukan yang agak baik iaitu di tangga ke 59 di kalangan 168 buah negara pada tahun 2016.

12. Jon Hall, pakar OECD, menegaskan “‘ ‘development’ should look at social, economic and environmental areas together”.

13. World Economic Forum (WEF) pula, melalui The Inclusive Development Index (IDI), menilai prestasi negara berdasarkan 3 main pillars: (1) growth and development; (2) inclusion and; (3) intergenerational equity – sustainable stewardship of natural and financial resources.

14. Saya pula ingin menilai pembangunan itu dari sudut sebuah bakul yang mengandungi 12 tanggungjawab utama atau, dalam bahasa kontemperori, a basket of 13 socio-economic and environmental outcome mix. Ianya sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh ke Bawah Duli Baginda. Mohon saya huraikan satu per satu.

15. Pertama, keamanan dan keselamatan. Parameter ini, seperti titah ke Bawah Duli Baginda, adalah perkara asas kerana sudah tentu kita tidak mahu Malaysia kembali di zaman pendudukan Jepun atau menjadi seperti Afghanistan dan Syria. Berdasarkan Global Peace Index (GPI), Malaysia adalah sebuah negara yang aman kerana berada di kedudukan no. 29 dariada 163 buah negara atau top 20% pada tahun 2016 dan no.3 di Asia.

16. Dari segi Kadar Homicide per 100,000 penduduk pula, berdasarkan kajian UN Office on Drugs & Crime (UNODC), negara kita adalah lebih selamat kerana kadar homicide di Malaysia adalah rendah iaitu sebanyak 1.92 berbanding purata Dunia sebanyak 6.2 atau hanyalah satu pertiga dari kadar dunia.

17. Keamanan dan keselamatan ini hendaklah terus ditingkatkan lagi.

18. Kedua, Perpaduan dan keharmonian kaum. Sudah tentulah perpaduan kaum di negara kita jauh lebih baik dari Ambon, Ireland, USA. Berdasarkan The Inclusive Development Index, tahap keterangkuman kita adalah antara yang terbaik di kalangan 77 buah ekonomi membangun (emerging economies) iaitu di tangga ke 13. Natijahnya ialah, seperti yang saya katakan tadi, Malaysia adalah top 20% paling aman di dunia.

19. Ketiga, Kebebasan bersuara dan beragama. Hak ini terpahat dan terjamin dalam Perkara 10 & 11, Perlembagaan Persekutuan tanpa mengadaikan keamanan serta keharmonian kaum yang sangat delicate dan berharga itu.

20. Keempat, Kualiti hidup yang meningkat. Badan antarabangsa seperti PBB mengiktiraf kualiti hidup rakyat Malaysia terus meningkat. Collobrative evidencenya, antara lain, ialah peningkatan skor HDI yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan pendapatan telah melompat dari 0.541 pada tahun 1980 kepada 0.744 pada tahun 2010 dan seterusnya kepada 0.789 pada tahun 2016.

21. Lantaran itu, tahap kemajuan negara kita telah melonjak dari tahap medium ke high development. Sebagi contoh, Infant Mortality Rate (IMR) kita telah menurun lebih dari separuh dari 13.1 kematian bagi setiap 1,000 live births pada tahun 1990 kepada 6.7 pada tahun 2017.

22. Jangka hayat pula telah menokok dari 68.9 tahun bagi lelaki pada tahun 1990 kepada 72.7 tahun pada tahun 2017 manakala perempuan pula telah melompat dari 73.5 tahun kepada 77.4 tahun dalam tempoh yang sama.

23. Yang demikian, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

24. Kelima, Pertumbuhan ekonomi yang pesat. Diakui bahawa pertumbuhan sahaja tidak cukup untuk mencapai apa yang terdapat dalam raga yang saya sebutkan itu. Namun ianya adalah angkubah atau pre requisite yang penting; yes, not sufficient but important!

25. Alhamdullillah, kita telah berjaya menuai purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.0% bagi tempoh 2000 – 2010 dan 5.2% bagi tempoh 2011 – 2017. Pada tahun 2017, di bawah hostile geo-political global environment, pertumbuhan ekonomi kita adalah cemerlang iaitu 5.9%.

26. Menurut The Economic Leading Indicators keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi bulan Disember 2017, diunjurkan ekonomi negara akan terus berkembang dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, in syaa Allah.

27. Unjuran tersebut disokong pula oleh Business Tendency Statistics keluaran Jabatan yang sama pada 28 Februari lalu yang mengunjurkan prestasi perniagaan bagi suku pertama 2018 akan mengukuh with coincidence indicator of +12.3%.

28. In syaa Allah, harapan ke Bawah Duli Baginda, akan kita sama-sama kita realisasikan.

29. Keenam, Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah. Dari segi ekonomi rakyat, peluang pekerjaan yang banyak sangat didahagakan oleh rakyat. Ia bukan semata-mata untuk menjana pendapatan bahkan juga untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kelaparan serta untuk menjulang maruah seseorang.

30. Rakyat Malaysia amatlah bertuah sekali kerana, di bawah pentadbiran kerajaan BN, mereka telah dapat menikmati guna tenaga penuh atau full employment, mengikut konsep ILO, selama 22 tahun berturut-turut! Kadar pengangguran negara ini terus kekal di bawah 4% dalam tempoh 22 tahun tersebut. Pada tahun 2017, kadar pengangguran kita hanyalah 3.4%. Ia diunjurkan terus kekal di bawah 4% pada tahun ini.

31. Ketujuh, Purata Pendapatan kasar bulanan isi rumah yang terus melonjak. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) keluaran DOSM menunjukkan purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari RM1,169 pada tahun 1990 kepada RM4,025 pada tahun 2009 dan terus melonjak kepada RM6,958 pada tahun 2016 atau hampir 500% dalam tempoh 26 tahun.

32. Kelapan, Kadar kemiskinan yang menurun. Pada tahun 1970, hampir separuh penduduk Malaysia berada di bawah garis kemiskinan. Pada tahun 1990, kadar tersebut telah dapat dikurangkan secara drastik kepada 16.5%. Pada tahun 2009, ianya tinggal 3.8%. Pada tahun 2016, selaras dengan lonjakan pendapatan, kadar kemiskinan tersebut, menurut Laporan HIS, kini hampir sifar (0.4%). Kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan ini telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti bank Dunia dan IMF.

33. Kesembilan, merapatkan jurang pendapatan. Mengguna-pakai Gini Coefficient sebagai proksi mengukur intra group inequalities, dan bersandarkan juga laporan HIS, sesungguhnya didapati, melalui pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan, jurang pendaptan telah berjaya dirapatkan. Sebagai contoh, ukuran Gini pada tahun 1995 sebanyak 0.456 telah dapat dikecilkan kepada 0.441 pada tahun 2009 dan semakin kecil lagi pada tahun 2016 iaitu 0.399. Maklumat ini menjadi bukti bahawa intra group inequalities di kalangan penduduk di Malaysia telah mengecil.

34. Inter group inequalities turut bertambah rapat. Sebagai contoh, jurang pendapatan antara Luar Bandar (LB) dan Bandar (B) telah mengecil; dari 1:1.95 pada tahun 1995 kepada 1:1.85 pada tahun 2009 dan kepada 1: 1.76 pada tahun 2016. Ahli-ahli YB bolehlah merujuk keada laporan HIS yang diterbitkan oleh DOSM.

35. Kesepuluh, Kadar inflasi yang terkawal / di tahap sederhana. Dalam tempoh 20 tahun (1997 – 2017), pada umumnya, melalui pelbagai inisiatif, kerajaan BN telah berjaya mengawal inflasi di tahap sederhana iaitu bawah 4%, kecuali pada tahun 1998 (5.2%) dan 2008 (5.4%). Hanya 3 kali melebihi 3% iaitu pada tahun 2006 (3.6%), 2011 (3.2%) dan pada tahun lepas (3.7%). Yang lainnya adalah bawah 3%.

36. Kini kadar 3.7% itu telah dapat diturunkan lagi kepada 2.7% pada bulan Januari 2018.

37. Sebenarnya rahsia atau kunci kejayaan YAB PM menangani kos sara hidup ini bukan semata-mata terletak di atas usaha mengawal kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan. Sebenarnya ia terletak di atas strategi serampang 3 mata iaitu (1) mengawal / mengurus kenaikan harga, (2) mengurangkan beban kos sara hidup dan (3) menmbah pendapatan. Kesemua 3 startegi ini terangkum dalam pakej inisiatif sejak tahun 2009 dan diteruskan dalam Bajet 2018.

38. Lantas rakyat tidaklah dihantui oleh beban kos sara hidup yang tinggi sepertimana yang dialami oleh sesetengah negara seperti Mesir, Venezuela, Mexico, India dan Turkey.

39. Maka sudah tentulah pencapaian ini merupakan satu rekod yang cemerlang sama ada kita bandingkan dengan negara maju atau pun dengan emerging economies.

40. Kesebelas, Pengurusan fiskal dan monetari yang cekap dan berhemah. Dalam hal ini, 3 angkubah penting yang ingin saya berikan perhatian iaitu (a) mengukuhkan hasil, (b) berbelanja secara berhemah dan (c) mampu membayar balik hutamg.

41. Hasil kerajaan (revenue) telah mengukuh dari RM62B pada tahun 2000 kepada RM162B pada tahun 2010 dan terus melonjak kepada RM225B pada tahun 2017 atau 260% dalam tempoh berkenaan.

42. Sekalipun hasil telah melompat namun kerjaan tetap berbelanja mengikut keperluan rakyat; tidaklah boros.

43. Melalui kombinasi hasil yang meningkat dan perbelajaan berhemah maka defisit fiskal telah berjaya di kurangkan dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 3.0% pada tahun 2017.

44. Dalam pada itu, sekalipun hutang kerajaan telah melonjak dengan ketara kepada RM685B pada tahun lalu namun kemampuan membayar balik hutang tetap tidak terjejas. Kemampuan ini, yang diukur melalui proksi Kadar Khidmat Bayar Hutang, adalah jauh lebih penting berbanding dengan angkubah saiz hutang relatif kepada saiz GDP ataupun defisit fiskal.

45. Kini Kadar Khidmat Bayar Hutang tersebut masih lagi di tahap yang prudent iaitu 12.9%. Ianya masih di bawah threshold 15% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Pemerhatian ke Bawah Duli Baginda amatlah tepat.

46. Jelas sekali YAB PM telah mematuhi nasihat Aesop (620 BC – 560 BC): It is thrifty to prepare today for the wants of tomorrow kerana YAB PM juga ingat amaran Confucius (551BC – 479 BC): He who will not economize will have to agonize.

47. Yang demikian, tidaklah menghairankan apabila ketiga-tiga Rating Agencies antarabangsa iaitu S&P, Moody dan Fitch memberikan ratings ‘stable outlook’ bagi Malaysia iaitu masing-masing A-, A3 dan A-.
48. Akhir sekali ialah Pembangunan mapan. Dalam kepesatan membangun dan memajukan negera ini, YAB Dato’ Sri tidak memperkosa alam sekitar dan tidak pula mengabaikan Agenda 21. Sebagai contoh, pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik). Endengered species juga dipelihara; malah lebih banyak lagi – 631 jenis berbanding 166 jenis (OECD).

49. Beliau juga is keeping abreast dengan perkembangan semasa yang menuntut pengurusan ekonomi hendaklah turut menekankan kemapanan atau kelastarian; bukan semata-mata hendak mengejar pertumbuhan. Lantaran itu, Malaysia, berdasarkan Sustainable Development Index (SDI) 2017, telah mencapai tahap yang membanggakan iaitu di tangga ke 54 di kalangan 157 buah negara.

50. Beliau sedar akan nasihat bahawa We don’t inherit from our parents, we borrow from our children! Justeru kita kenalah kembalikan alam ini kepada anak cucu kita dalam keadaan yang baik.

51. Dari lakaran di atas, dijangka ramai akan sependapat bahawa penilaian socio-economic-environmental outcome mix dalam sebuah raga, bukan piece meal, adalah lebih lengkap lagi. Pencapaiannya yang bersandarkan kombinasi angkubah sosial, ekonomi dan alam sekitar itu adalah satu yang unik tetapi berkaitan. Justeru amatlah wajar ianya dipahatkan di sini bahawa kejayaan luar biasa YAB Dato’ Sri itu TIADA pencabarnya. Para pemimpin dunia – di kalangan G3, G8, G20 ataupun BRICS – belum mampu menandingi beliau!

52. Kejayaan luar biasa itu juga sangatlah menakjubkan serta meninggalkan “a deep imprint on economics” – setara dengan sifat tokoh ekonomi yang diharapkan oleh Alfred Nobel. Ini bermakna, YAB Dato’ Sri, seperti Joseph Stiglitz dan Amartya Sen, layak diberikan Nobel Laureate.

53. Menilai semula pencapaian 12 parameters dalam raga yang saya huraikan itu, maka bolehlah kita simpulkan bahawa YAB PM juga telah berjaya merealisasikan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

54. Saya meraikan kejayaan itu kerana saya tidak mahu terikut-ikut dengan kecenderungan sesetengah kawan-kawan yang cukup suka menghentam dan mengutuk tanpa kesudahan. Sebaliknya saya ingin dipandu oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah.”

55. Saya sengaja kongsikan kemampuan dan kejayaan YAB DS ini dalam menterjemahkan kemenangan BN dalam PRU yang lalu untuk faedah rakyat kerana tidak ramai pemimpin yang berjaya berbuat demikian, seperti sindiran Polybius (205BC – 118BC): Those who know how to win are much more numerous than those who know how to make proper use of their victories. Justeru janganlah kita take YAB DS for granted.

56. Seterusnya sebagai orang parti yang sayangkan parti serta kasehkan pemimpin maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedua-dua entiti tersebut. Kerana kesuntukan masa, maka izinkanlah saya menyimpulkan sokongan padu saya itu dengan meminjam dan mengubah-suai sedikit kata-kata Marc Morial, President & CEO National Urban League yang mempertahankan impian Dr King: “We will not stand silent as some seek to hijack, as some seek to distort and contort, as some seek to bamboozle and confuse the vision of DSN (Dr. King’s) dream.”

57. Dalam pada itu, saya tidaklah lupa diri bahawa kita semua ini, termasuklah YAB PM, adalah tetap manusia biasa. Justeru sebagai manusia biasa, di samping memiliki kekuatan yang Allah swt pinjamkan, kita juga mempunyai kelemahan. Maka diakui bahawa masih ada kelompangan yang boleh diisi dan dibaiki bersandarkan prinsip “Quality is a moving target”.

58. Lantaran itu, berdasarkan 12 rekod kejayaan cemerlang yang telah saya paparkan tadi, maka kita mohon agar rakyat sekali lagi memberikan mandat untuk kita teruskan perkhidmatan yang belum selesai itu. Lebih banyak lagi “program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka” akan dilaksankan, sepertimana yang di nasihatkan oleh ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kajian UNICEF

59. Pada 26 Februari lalu kita telah dikejutkan oleh hasil kajian UNICEF yang bertajuk Children Without. Kajian tersebut meliputi 16 kawasan PPR di WP KL dan sebuah kawasan PPR di Petaling Jaya.

60. Saya yakin kerajaan mengambil berat terhadap penemuan-penemuan kajian tersebut. Diakui bahawa di celah-celah kejayaan yang saya lakarkan tadi masih terdapat pockets of poverty di mana penduduk miskin mengalami deprivation dari segi pendapatan, pendidikan, kesihatan dan taraf kehidupan.

61. Sebagai contoh, mereka bekerja lebih rajin tetapi menerima pendapatan lebeih rendah; satu pertiga tiada jaringan keselamatan; tidak sampai 4% menerima zakat; 34% tidak menerima BR1M; 77% tidak ada simpanan; 51% kanak-kanak berusia 5 – 6 tahun tidak ke pra sekolah; 31% anak berusia bawah 18 tahun tidak mempunyai buku dan tahap obesiti kita lebih teruk dari Ghana. Harap tidaklah ada lagi yang salah faham bahawa kononnya gemuk / obess itu tandanya sihat.

62. Lantaran itu, dasar dan program baru yang lebih jitu hendaklah dirangka untuk mendepani isu-isu berkaitan, termasuklah perkongsian kekayaan, menangani kemiskinan relatif, jurang kekayaan, pembaziran, ketirisan dan rasuah. Isu-isu tersebut boleh pula mengancam atau membunuh perkara-perkara pokok seperti kecekapan ekonomi, hak kebebasan bersuara dan demokrasi.

63. Dalam pada itu, saya juga yakin pihak-pihak berkaitan seperti EPU dan KPWK sedang meneliti 5 syor yang telah dimajukan dalam laporan tersebut.

64. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan tahniah kepada UNICEF di atas inisiatif berkenaan.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

TN50

65. Kini saya ingin menyentuh pula mengenai visi TN50 yang diilhamkan oleh YAB DSN. Tahniah kepada YB KJ yang telah berjaya menggalas amanah yang telah diserahkan oleh YAB PM itu. Kerana kesuntukan masa, saya tidaklah bercadang unutk mengulangi apa yang telah dilporkan dalam media dan kini menjadi pengetahuan awam.

66. Pada hemat saya, pelan TN50 bukan sahaja untuk memenuhi aspirasi anak muda masa kini dalam mengharungi masa depan mereka tetapi hendaklah juga dengan tuntas mendepani 3 isu penting yang saya lihat ada kelompangan yang masih boleh diisi lagi.

67. Pertama, memiliki iltizam dan passionate berusaha menanamkan satu jambangan nilai-nilai murni universal yang mantap untuk menjadi foundation masyarakat yang kukuh lagi bermaruah serta dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Nilai-nilai itu saya rangkumkan sebagai GITAR iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility.

68. Nilai-nilai tersebut hendaklah dijadikan teras budaya kita yang diterapkan sejak dari dalam kandungan hinggalah ke liang lahat dan di segenap lapisan serta semua aktiviti masyarakat.

69. Kedua, memahami momentum perubahan struktur demografi yang sedang berlaku dan hendaklah mampu membayangkan struktur demografi sekitar pada tahun 2050 nanti.

70. Berdasrkan population momentum serta cirri-ciri demografi dan masyarkat masa kini, kita bakal mendepani senario yang berbeza dan memimbangkan pada tahun 2050 nanti. Senario yang boleh saya bayangkan ialah, kita akan mempunyai aging population yang semakin besar dan peratus kanak-kanak yang lebih kecil.

71. Penduduk tua berumur 65 tahun dan ke atas diunjurkan meningkat dari 5% pada tahun 2010 kepada sekitar 17% pada tahun 2050 ekoran dari tahap kualiti kesihatan yang bertambah baik serta jangka hayat yang meningkat manakala penduduk berumur 14 tahun dan ke bawah pula akan mengecil dari sekitar 27% kepada 16% dalam tempoh yang sama disebabkan kadar kelahiran yang semakin rendah.

72. Seterusnya sebahagian besar penduduk tua ini pula kan mengalami pelbagai masalah seperti kemiskinan, perumahan, penyakit dan kemurungan. Yang demikian, dasar dan program kerajaan, swasta dan NGO hendaklah dirangka dan reorientasikan ke arah menangani masalah-maslah tersebut.

73. Ketiga, memamahi perubahan geo-politik-ekonomi dunia dan impaknya ke atas sosio-politik-ekonomi negara kita, khususnya economic imperialism dan IR 4.0 menjelang 2050. Kita hendaklah membuat persediaan ke arah itu.

74. Saya dapati ada ruang-ruang kosong yang masih boleh diisi di situ. Justeru saya mohonlah agar 3 isu yang saya lakarkan itu dapat dijadikan sebahagian daripada input dalam merangka visi TN50.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

IR4.0

75. Saya telah menyentuh IR 4.0 sebentar tadi. Saya mohon mengembangkan sedikit topik yang kritikal ini.

76. Dari segi tahap evolusi ekonomi, Malaysia kini berada di peringkat transisi antara tahap ke dua dan ketiga iaitu antara industrialisasi dan perkhidmatan yang berteraskan K-Economy manakala negara maju seperti USA, Jerman dan Jepun pula telahpun melangkah ke peringkat Industrial Revolution (IR) 4.0.

77. Di era globalisasi ini di mana dunia hanyalah merupakan sebuah kampung global yang kecil (a small global village), suka tidak suka kita akan dilambung oleh gelombang IR 4.0 ini. Jika kita tidak bersedia maka kita akan senasib dengan sebuah rumah kecil di tepi pantai yang akan musnah dihempas oleh gelombang besar; hancur, hanyut dan musnah. Ia sudah berlaku di era IR 1.0, 2.0 dan 3.0.

78. Justeru besarnya impaknya itu maka saya ingin menumpukan sedikit masa kepada isu ini di Dewan yang mulia ini.

79. Sebelum bermulanya revolusi perindustrian atau IR 1.0, dunia berada di era pertanian atau tahap pertama (primary) ekonomi. IR 1.0 bermula di hujung kurun ke 18. Ianya dipacu oleh mekanisasi, kuasa air dan kuasa wap.

80. IR 2.0 pula bermula sekurun kemudian. Characteristicsnya ialah mass production, assembly line dan tenaga letrik manakala IR 3.0 dipacu oleh komputer dan automasi bermula pada tahun 70an. Apakah perkembangan atau evolusi selanjutnya?

81. Tahap selanjutnya kini terkenal dengan gelaran IR 4.0. Gelaran ini wujud melalui satu projek dalam bidang high tech strategy yang mahu menggalakkan computerization of manufacturing. Ianya atas daya usaha Kerajaan Jerman.

82. Terminologi ”Industrie 4.0” telah diperkenalkan pada tahun 2011 di Hannover Fair. Kumpulan Kerja yang menyediakan syor pelaksanaan Industri 4.0 diiktiraf sebagai the founding fathers dan tenaga pendorong di belakang IR4.0 ini.

83. Professor Klaus Schwab, Founder and Executive Chairman of the World Economic Forum (WEF), telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Fourth Industrial Revolution. Di dalamnya beliau menjelaskan bahawa IR 4.0 amatlah berbeza dengan 3 era sebelumnya iaitu ianya were characterized mainly by advances in technology.

84. Kita akan berhadapan dengan pelbagai teknologi baru yang terdiri dari kombinasi alam fisikal, digital dan biological. Ia pula mewakili kombinasi cyber-physical systems, the Internet of Things (IOT) , and the Internet of Systems (IOS), artificial intelligence (AI), cloud computing and cognitive computing. In short, it is the idea of smart factories in which machines are augmented with web connectivity and connected to a system that can visualize the entire production chain and make decisions on its own.

85. Kombinasi semua teknologi ini berpotensi menghubungkan berbilion manusia kepada web, meningkatkan efficiency ekonomi dan organisasi dengan ketara, mewujudkan peluang pekerjaan baru serta mampu pula memperbaiki alam sekitar.

86. Dalam pada itu, terdapat juga potensi risiko yang tinggi. Antaranya, mungkin organisasi tidak bersedia atau tidak mampu untuk menerima-pakai teknologi baru ini (hanya 14% CXO berpendapat mereka bersedia), tidak memiliki tenaga kerja yang sesuai (hanya 25% CXO berpendapat mereka ada tenaga kerja yang sesuai dan berkemahiran), kerajaan sendiri mungkin gagal untuk menyediakan peraturan dan undang-undang untuk mengawal-selia penggunaan teknologi berkenaan, seperti kesukaran mengawal bahan-bahan kurang sihat di dalam internet.

87. Terdapat juga kebimbangan dari segi keselamatan dan privacy serta pertembungan dari segi hukum agama dan undang-undang. Contohnya, kejayaan Full Body Transplant di mana kepala milik orang lain boleh dipindahkan ke tubuh badan orang lain. Baigaimanakah agaknya suami isteri dan anak beranak hendak berhubung?

88. Pada masa yang sama, penggunaan mesin, komputer, automasi, robot, AI, IOT, IOS dan sebagaimya akan mengundang risiko terhadap kehilangan pekerjaan, dari pemandu kepada guru, dari agen hartanah ke doktor dan akauntan dan seterusnya. Menurut satu unjuran, USA akan kehilangan pekerjaan sebyak 47%. Yang demikian, kemiskinan akan meningkat dan jurang kekayaan akan melebar.

89. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai tahap Revolution 4.0 itu namun kita telahpun mempunyai ciri-ciri asasnya. Sebagai contoh, pada suku tahun pertama 2017, broadband penetration rate bagi seluruh negara ialah 104% manakala bagi Melaka pula ialah 89.9%. Ini bermakna maklumat di hujung jari dan dunia berada di tapak tangan kita, termasuklah murid yang telah memiliki handphone.

90. Oleh itu semua rakyat Malaysia, khasnya kerajaan dan penjawat serta pihak swasta, hendaklah bersedia menyambut cabaran lanskap baru itu dengan merancang pembangunan modal insan dan pembelajaran yang teratur, sistematik dan holistik agar dapat memenuhi tuntutan IR4.0 ini. Justeru saya menyarankan agar pihak kerajaan bersama-sama pihak swasta dan civil society sebahu merancang dan menyediakan Pelan Induk dan Pelan Tindakan untuk menerapkan proses serta faedah IR 4.0 ini ke dalam ekonomi dan kehidupan kita sambil mengangi potensi risiko yang saya sebutkan tadi.

91. Kita tak boleh gagal merancang dan sama sekali tak boleh merancang untuk gagal! Justeru tanggungjawab kerajaan amatlah berat dan besar sekali berhubung ledakan IR 4.0 dan merealisasikan visi TN50 itu.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Dasar Green Tech

92. Semasa saya menghuraikan pencapaian socio-economic-environmental outcome mix tadi, saya ada menyentuh pembangunan mapan. Pemacu utama pembangunan mapan ini ialah green tech atau clean tech. Ia bukan sahaja boleh mewujudkan aktiviti ekonomi serta pekerjaan yang baru dan seterusnya mampu menambahkan pendapatan malah, yang lebih penting lagi, ialah ia berupaya memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu alam sekitar bagi kehidupan kita yang lebih baik dan mapan. Potensi ini boleh direalisasikan kerana ianya dipandu oleh falasafah Waste no Waste dan From Waste to Wealth!

93. Dalam pada itu, saya ingin caution Dewan yang mulia ini bahawa dasar dan pelaksanaan Green Tech ini hendaklah menyeluruh serta mampu memberi faedah kepada rakyat miskin dan golongan B40. Bukan sekadar menumpukan kepada golongan menengah dan ke atas seperti menukar lampu kalimantang yang lebih murah pada harga RM15 sebatang kepada lampu LED yang lebih mahal iaitu sekitar RM30 sebiji.

94. Saya perhatikan rich-biased policy ini juga dilaksanakan dalam bidang-bidang lain. Sebagai contoh, kerajaan memberikan insenif Import & Excise Duty Reduction with Government Approved Hybrid sebanyak RM130,000 bagi sebuah kereta 3 siri E dan sebanyak RM255,000 bagi sebuah bagi kereta 7 siri E.

95. Tidaklah salah kerajaan memberikan insentif tersebut sekiranya rakyat biasa turut menerima insentif sedemikian. Justeru disarankan agar kerajaan turut memberikan insenif seperti itu atau lebih baik lagi kepada public transport yang menggunakan green tech seperti Green Bus. Pada masa ini, Green Bus bagi tujuan berkenaan tidak menikmati faedah tersebut.

96. Turut disarankan agar TNB memberikan insentif dengan mengurangkan tarif letrik bagi public transport yang menggunakan tenaga letrik. Yang demikian, faedah green tech akan dapat dinikmati lebih menyeluruh lagi.

97. Jika dasar pro poor atau poor-biased ini diutamakan maka bukan sahaja jurang pendapatan dapat dirapatkan malah jurang kualiti hidup juga mampu dikecilkan. Lantas disarankan agar kerajaan menggubal Dasar Green Tech yang vertically and horizontally connected.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu Sunway BRT & MRT

98. Akhir sekali saya ingin membangkitkan isu Sunway BRT dan MRT. Sesungguhnya saya subscribe and embrace sepenuh hati pandangan YAB DS bahawa infrastruktur seperti jalan raya, rel dan pelabuhan adalah pemacu utama pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Pandangan yang sama telah turut ditegaskan dalam Titah ke Bawah Duli Baginda.

99. Saya mohon YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan Sunway BRT, (b) kos yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak-pihak lain, (c) kemampuan membayar balik sedangkan BRT ini tidak self-financing, (d) tahap ridership 2016 dan 2017 berbanding dengan unjurun asal serta (e) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

100. Saya juga ingin meminta YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan MRT 1 & 2, (b) kemampuan membayar balik sedangkan MRT ini tidak self-financing, (c) tahap ridership sejak dilancarkan hingga kini berbanding dengan unjurun asal serta (d) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

101. Seterusnya saya ingin meminta YAB PM menjelaskan rasional tender MRT 3 yang dianggarkan bernilai RM40 bilion dibuka hanya selama 45 hari manakala tender HSR, yang dianggarkan hanyalah 20% daripada workscope MRT3, dibuka selama 6 bulan.

102. Akhir sekali, saya mohon YAB PM menerangkan (a) rasional menggunapakai Project Delivery Partner (PDP) Model semasa membina MRT 1 & 2 dan rasional menggunapakai Turnkey Model bagi MRT3 serta (b) berapakah jumlah kerugian yang dialami semasa membina MRT1 & 2 itu akibat penggunaan model PDP tersebut dan berapa banyak pulakah penjimatan bakal diperolehi dalam membina MRT3 ini ekoran penggunaan Model Turnkey berkenaan?

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penutup

103. Di awal ucapan saya tadi, saya ada menyebut tentang perkhidmatan kita sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undag di Dewan yang mulia ini. Kini tempoh kita bagi Perlimen ke 13 ini telah sampai ke penghujungnya.

104. Menurut hukum akal, persidangan in mungkin merupakan sesi terakhir bagi kita walaupun tempoh hayat Dewan masih ada sehinggalah 26 Jun nanti. Ini bermakna Dewan boleh bersidang sekurang-kurangnya sekali lagi. Dalam pada itu, saya tidak melupakan kuasa prerogatif ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b).

105. Jika sesungguhnya sesi ini merupakan yang terakhir bagi kita, maka izinkanlah saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat bersara kepada para sahabat yang mungkin tidak lagi meneruskan perkhidmatan yang mulia ini. Lalu teringatlah saya serangkap pantun ini:

Tuailah padi antara masak
Jangan nanti layu-layuan
Intailah sesama kita sementara nampak
Jangan nanti rindu-rinduan.

106. Walaupun kita bersara namun kesetiaan, iltizam dan kerja untuk parti tetap diteruskan. Inilah pula masanya untuk kita menyokong muka-muka baru dalam PRU ke 14 nanti kerana mereka telah menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu sehingga kita bergelar YB dan berada di Dewan yang mulia ini.

107. Budi dan jasa mereka serta parti hendaklah kita kenang serta dibalas dan dibayar. Tidaklah semata-mata di bawa mati. Ada ubi, ada batas; ada budi, ada balas. Kita bukanlah jenis kacang lupkakan kulit atau lepas jambatan buang tongkat. Jauh sekali dari berperangai membals susu dengan tuba.

108. Bagi para sahabat yang mungkin pula berpeluang terpilih semula sebagai calon, sama ada untuk Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri, sama-samalah kita berikan sokongan dan angkatkan doa agar semuanya berjaya nanti. In syaa Allah, berkat usaha dan doa suci kita semua, parti keramat BN kita bukan sahaja akan menang bahkan akan menang besar kelak.

109. Untuk menang besar, kita patut ingat dan elakkan 2C. We ought to be politely reminded of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”, dengan izin.

110. Amalan demokrasi menuntut kita, setiap tamat penggal, kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat. Lantaran itu, kita wajarlah ingat akan pesanan Aesop (620 BC – 560 BC) bahawa In critical moments (like GE14) even the very powerful have need of the weakest.

111. Justeru benarlah nasihat Phaedrus (15 BC – 50 AD), sepertimana yang dibuktikan oleh keputusan PRK, PRN dan PRU, bahawa “Men in however high a station ought to fear the humble”.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penghargaan

112. Saya sendiri, selama 2 penggal, telah menimba banyak ilmu serta menuai pelbagai pengalaman di dalam dan di luar Dewan yang mulia ini berserta dengan kenangan manis. Ia menjadi realiti kerana nasihat dan bimbingan serta peluang yang telah diberikan oleh YAB PM, YAB TPM, para menteri, dan Timbalan Menteri serta kerjasama dari rakan-rakan yang lain.

113. Juga peluang dan ruang yang telah diberikan oleh YB TS YDP dan YB Timbalan-timbalan Speaker. Sesungguhnya sumbangan, jasa dan budi yang saya terima itu amatlah banyak sekali.

Berlari-larian menurun bukit,
Berduyun-duyun memetik kepaya,
Jasa kalian bukan sedikit,
Sebanyak daun di rimba raya.

114. Dalam pada itu, tidak lupa untuk saya mengucapkan tahniah serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan YB TS Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker dalam mengemudikan mesyuarat serta urusan Dewan dengan berkesan dan cemerlang sekali.

115. Seterusnya, dengan rendah diri saya mengaku bahawa saya mempunyai lidah tidak bertulang yang dimiliki oleh manusia biasa. Justeru jika terdapat sebarang kelemahan dan ketelanjuran kata, maka dengan seikhlas hati ampun diberi maaf dipinta:

Kunang-kunang terbang ke lembah
Hinggap bersarang di pohon buluh
Pinang mengadap sirih menyembah
Saya menyusun jari sepuluh.

116. Inilah sahaja yang ingin saya kongsikan, YB TS YDP. Saya bangun menyokong Titah Ke Bawah Duli Seri Paduka BagindaYang DiPertuan Agong yang kita sanjung dan kasihi, Raja kita.

6 Mac 2018.

, , ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018 – MITI

YB TS YDP

Produktiviti

1. Produktiviti adalah di bawah bidang kuasa MITI. Namun sebenarnya ia menjadi tanggungjawab dan tugas semua kementerian, seluruh sektor awam serta sektor swasta dan menjadi tanggungjawab setiap indidvidu.

2. Ia merupakan tiang seri struktur ekonomi, resipi kritikal daya saing dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, higher productivity is the enabler for higher growth and greater prosperity!

3. Pertumbuhan yang tinggi dan kemakmuran yang meluas pula boleh menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup atau well-being. Menurut Malaysia Well-being Report 2013, kenaikan GDP sebanyak 1% boleh menyumbang kepada pengukuhan kesejahteraan hidup sebanyak 0.21%!

4. Negara yang bahagia dan sejahtera seperti Switzerland dan Denmark adalah sesungguhnya lebih produktif. Justeru produktiviti, pertumbuahn ekonomi, kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagian hidup adalah saling berkait serta sokong menyokong antara satu sama lain.

5. Lantaran itu, kita turut gembira apabila dimaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih dipacu oleh kenaikan produktiviti buruh dan bukannya kerana peningkatan pekerja (employment), sepertimana yang dilaporkan oleh MPC. Produktiviti buruh kita tumbuh pada kadar 3.4% pada tahun 2015; lebih tinggi, misalnya, berbanding Thailand (3.0%), Korea (1.3%), Singapura (1.1%) dan USA (0.7%). Tahap produktiviti kita (USD21,564) juga lebih tinggi, contohnya, daripada China (USD14,030), Thailand (USD10,398), Filipina (USD7,536) dan Indonesia (USD7,507).

6. Yang demikian kita masih lagi mampu merangsang pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 5.9%, sepertimana yang dilaporkan oleh BNM baru-baru ini. Kekuatan tersebut adalah suatu yang positif dan wajarlah kita rakamkan setinggi tahniah kepada semua pekerja kita di negara ini.

7. Dalam pada itu, di celah-celah kejayaan berkenaan, kita perlulah terus mencari ruang untuk mengukuh dan memantapkan lagi produktiviti kita itu. Contohnya kadar pertumbuhan produktiviti kita masih rendah berbanding, misalnya, dengan China (6.6%), Indonesia (4.6%) dan Filipina (4.4%).

8. Tahap produktiviti kita juga jauh lebih rendah berbanding dengan Korea (USD53.126), Jepun (USD64,644), Singapura (USD80,065) dan USA (USD120,854).

9. Lebih penting lagi, tahap pencapaian produktiviti kita pada tahun 2016 hanyalah RM78,218 berbanding sasaran sebanyak RM92,300 di bawah RMK11. Untuk mencapai tahap tersebut, kadar pertumbuhan produktiviti yang diperlukan adalah sebanyak 4.2% setahun berbanding 3.5% pada tahun yang sama (2016).

10. Antara enablers untuk meningkatkan produktiviti ini ialah (1) kemahiran yang sesuai serta disokong pula oleh pendidikan yang berkualiti dan (2) flexibility and adaptability tenaga kerja kita dalam mendepani persekitaran yang mencabar.

11. Menurut IMD World Competitiveness Yearbook, 2015, Malaysia berada di tangga ke 35 dari segi pencapaian pendidikan tinggi dan di tangga ke 24 dari segi keupayaan pendidikan universiti dapat memenuhi keperluan ekonomi yang kompetitif. Dari segi flexibility and adaptability pula, kita berada di tangga ke 18.

12. Jurang antara business efficiency dan overall productivity juga masih lagi luas berbanding dengan Taiwan yang sudah mengecil.
13. Di sini saya mohon YB Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah usaha-usaha yang substantif yang dirancang dan yang sedang dilaksanakan untuk melonjak dan menjulang prestasi produktiviti negara agar:

Pertama, kita boleh berada di kedudukan ke 10 terbaik dan teratas bagi ketiga-tiga indikator ini iaitu (a) indikator pencapaian pendidikan tinggi, (b) indikator keupayaan pendidikan universiti dapat memenuhi keperluan ekonomi yang kompetitif serta (c) indikator flexibility and adaptability.

Kedua, jurang antara business efficiency dan overall productivity dapat dirapatkan, dan

Ketiga, tahap produkiviti kita bukan sahaja mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM92,300 malah boleh setara pula dengan Korea Selatan yang bernilai USD53,126.

14. Saya juga perhatikan MPC lebih biased kepada mengeluarkan national industry-based productivity indicators dan kurang tumpuan kepada state level and community-based indicators. Tidaklah dinafikan bahawa indicators tersebut amatlah berguna sebagai input perancangan untuk national agencies dan industries tetapi there is a lack of buy-in and a lack of sense of ownership oleh negeri dan masyarakat. Justeru disarankan agar MPC memberikanlah juga perhatian kepada production of relevant state level productivity indicators and community-based productivity indicators seperti yang berkaitan dengan kaum serta kelas pendapatan, misalnya, T20. M40 dan B40.

YB TS YDP

Digital Economy dan Aspirasi TN50

15. Ke arah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi, kerajaan telah merancang di bawah RMK10 & RMK11 untuk mentransformasikan ekonomi negara dari sebuah ekonomi  yang  dipacu oleh low wages labour-intensive industries kepada high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy. Sekarang kerajaan mahu mendakap pula IR 4.0 yang dipacu oleh digital economy.

16. Malangnya apa yang berlaku ialah ekonomi kita terus kekal dalam mode lama. Sebagai contoh, gaji penengah kita masih rendah iaitu RM1,700 sebulan pada tahun 2016 sedangkan produktiviti buruh telah melonjak kepada 3.5% berbanding -0.9% pada tahun 2013.

17. Gaji kekal rendah kerana hampir 90% pekerjaan  baru yang telah diwujudkan adalah bertaraf buruh kasar dan bergaji rendah. Pada tahun 2020, diunjurkan kira-kira 7 juta pekerja akan masih lagi berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apakah pula yang boleh kita pelajari dari kesilapan tersebut serta apakah inisiatif yang dirancang untuk membetulkannya agar kita boleh mencapai high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy?

18. Seterusnya apakah inisiatif MITI untuk memimpin transformasi digital economy ini ke arah mencapai Aspirasi TN50, Pe-Tunjang ke 2?

YB TS YDP

FDI & Eksport

19. Ekonomi kita adalah sebuah ekonomi yang terbuka dan ianya Trade-driven yang dirangsang pula oleh FDI dan DDI. Tahniah prestasi eksport kita terus berjaya mengekalkan peningkatan dua angka iaitu sebanyak 14.8% kepada RM78.3 billion pada bulan September tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lalu.

20. Lantaran itu, prestasi perdagangan luar negeri kita pula amatlah cemerlang kerana berjaya mengekalkan lebihan dagangan selama 239 bulan berturut-turut sejak bulan November, 1997!

21. Disebalik kejayaan tersebut, saya ingin meminta YB Menteri mengupas perkembangan kualiti eksport barangan pengilangan kita atau manufactured goods, khususnya dari segi nilai tambah (value-added) dan kandungan import (import content) sejak lapan tahun yang lalu.
22. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kerana nilai FDI kita telah melonjak 40% kepada RM11.2 billion billion pada bulan September tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lepas.

23. Disebalik kejayaan tersebut, saya ingin meminta YB Menteri mengupas perkembangan kualiti FDI tersebut, khususnya dari segi sumbangannya kepada high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy sejak lapan tahun yang lalu.

24. Dalam pada itu, turut diperhatikan ialah Direct Investment Abroad atau DIA kita di luar negara berjumlah RM554.0 billion di akhir suku tahun ke 3 2017, iaitu hampir sama banyak dengan FDI yang bernilai RM558.7 bilion. Adakah pendekatan sekarang yang menggalakkan DIA dan, pada masa yang sama, menarik FDI merupakan policy mix yang optima? Dalam konteks ini, apakah kedudukan akaun kewangan dalam imbangan pembayaran negara?

YB TS YDP,

SME

25. Kita wajar merakamkan penghargaan kepada YAB DS kerana turut memberikan keutamaan kepada usaha memajukan SME di bawah Pe-Tunjang 1. Sasaran yang ditetapkan ialah SME menyumbang 41% kepada KDNK menjelang 2020. Sesungguhnya ramai usahawan kecil bergantung hidup kepada industri ini.

26. Sehubungan itu, mohon YB Menteri memaklumkan maklumat terkini kepada Dewan yang mulia ini:

Pertama, jumlah usahawan kecil, sederhana dan besar mengikut kaum.

Kedua, sumbangan SME mengikut kaum kepada KDNK, pekerjaan dan eksport.

Ketiga, jumlah peruntukan yang telah diterima oleh SMECorp sejak 2009 – 2017 serta outcomenya mengikut kaum (a) dari segi graduation SME dari tahap (i) mikro ke kecil, (ii) kecil ke sederhana, dan (ii) sederhana ke besar serta (b) peningkatan sumbangan kepada KDNK, pekerjaan dan eksport.

Keempat, prestasi SMECorp dalam membangunkan SME secara inklusif iaitu selaras dengan roh dan semangat Pe-Tunjang 4.

27. Seterusnya saya ingin bertanya YB Menteri mengenai peruntukan yang sangat kecil iaitu hanyalah RM2 juta untuk membangunkan perusahaan MIKRO (muka surat 252, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan – APP) sedangkan jumlah perusahaan tersebut melebih setengah juta. Secara Per Kapita, setiap perusahaan akan mendapat RM4.00 sahaja! Apakah outcome yang ingin direalisasikan melalui peruntukan sekelumit itu?

28. Pada masa yang sama, peruntukan untuk membangunkan usahawan Bumiputera dan PKS, sudahlah kecil iaitu bernilai RM7.9 juta, dikurangkan lagi sebanyak RM2 juta, kepada RM5.9 juta pada tahun 2018 (muka surat 248, APP) sedangkan bilangan PKS Bumiputera berjumlah lebih setengah juta! Mohon YB Menteri menjelaskan tentang keseriusan SMECorp untuk memajukan PKS Bumiputera yang telah tertinggal bas ini. Di manakah letaknya timbang tara inklusiviti dan Perkara 153 itu?

29. Dalam pada itu, sebanyak RM604.3 juta dianggarkan untuk menyediakan Pelan Induk PKS (muka surat 252, APP). Setahu saya, biasanya, Pelan Induk merangkumi kajian masa kini dan perancangan masa depan. Produknya ialah sebuah laporan. Ia bukanlah rocket science atau hendak membangunkan kilang hi tech atau bangunan komersial yang tersergam.

30. Oleh itu apakah uniknya Pelan Induk tersebut hinggakan menuntut kos sebegitu tinggi sekali? Dan setakat ini dilaporkan sebanyak RM101 juta telah dibelanjakan. Apakah produknya? Sebanyak RM73 juta lagi akan dibelanjakan pada tahun hadapan. Apakah pula yang hendak dihasilkan itu?

YB TS YDP,

Petunjuk Outcome

31. Saya perhatikan ramai sudah sahabat saya menyentuh tentang peruntukan per se. Saya yakin ramai lagi akan berbuat demikian. Biarlah saya menarik perhatian kepada aspek yang jarang disentuh iaitu mengenai prestasi outcome, sepertimana yang dilaporkan dalam APP 2018.

32. Yang demikian, para pegawai yang menyediakan laporan ini akan berasa seronok sebab hasil kerja mereka turut mendapat perhatian ahli Dewan yang mulia ini. Sesugguhnya ukuran outcome tersebut amatlah penting dan berguna untuk mengukur keberhasilan dan keberkesanan input yang telah kita laburkan itu.

33. Sehubungan itu, pertanyaan saya adalah seperti berikut:

Pertama, di muka surat 240, APP, dilaporkan TFP pada tahun 2016 adalah sebanyak 1.8%; disasarkan akan melompat 2.3% pada tahun 2017 dan 2018. Mohon jelaskan apakah faktor baru yang akan menyumbang kepada kenaikan yang tinggi itu?

Kedua, di muka surat yang sama, apakah faktor baru yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan Malaysia ini:

(a) Di dalam World Bank Ease of Doing Business, meningkat dari tangga ke 23 (2016) ke tangga ke 19 (2017);

(b) Di dalam IMD World Competitiveness Yearbook, naik dari tangga ke 19 (2016) ke tangga ke 15 (2017); dan

(c) Di dalam Global Competitiveness Report, melompat dari tangga ke 25 (2016) ke tangga ke 21 (2017).
Ketiga, di muka surat yang sama, apakah faktor baru yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia:

(a) Di dalam IMD World Competitiveness Yearbook, merosot dari tangga ke 15 (2017) ke tangga ke 20 (2018); dan

(b) Di dalam Global Competitiveness Report, menurun dari tangga ke 21 (2017) ke tangga ke 24 (2018).

Keempat, di muka surat 243, APP, apakah faktor baru yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi PKS pada tahun 2018 berbanding tahun 2016:

(a) Keupayaan PKS merosot dari 2,983 (2016) kepada 2,185 (2018), dan

(b) Jualan / keuntungan menjunam dari RM27.6 juta (2016) kepada RM12.0 juta (2018).

34. Sekian, terima kasih, TS YDP.

DAA
27 November 2017

,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018: JPM

YB TS YDP,

1. Saya ingin menumpukan kepada isu-isu makro terlebih dahulu sebelum saya menyentuh isu mikro di peringkat JPM. Kerana masa yang terhad, saya akan tumpukan kepada tiga isu makro iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan.

2. Pada hemat saya, Bajet merupakan instrument tahunan yang dirancang untuk address bermacam-macam isu dan keperluan, termasuklah 3 isu utama ini selaras dengan apa yang digubal di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun iaitu terkini adalah RMK11.

3. Di samping itu, saya akan menyentuh juga TN50, sepertimana yang terkandung dalam Bajet ini. Ianya pertama kali dikumandangkan pada tahun lalu semasa YAB DS selaku MK1 membentangkan Bajet 2017.

4. Isu meningkatkan kecekapan akan juga saya liputi.

(a) Pertumbuhan ekonomi

5. Berhubung pertumbuhan ekonomi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai (a) sasaran pertumbuhan ekonomi kita menjelang 2020 serta (b) sasaran sumbangan 40% gaji & upah (Compensation of Employees – CE) kepada GDP serta (c) sasaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

6. Sasaran ekonomi berpendapatan tinggi berpaksikan kepada kerancakan aktiviti ekonomi manakala gaji & upah pula merupakan sumbangan kedua terbesar kepada ekonomi/GDP. Gaji & upah juga merupakan punca terbesar (63%) pendapatan isi rumah kerana hampir tiga suku daripada 14.2 juta penduduk yang bekerja adalah pekerja makan gaji atau employees!

7. Saya ingin menarik perhatian kepada sasaran nilai GDP kita di bawah RMK11 sebanyak RM1.76 trilion pada harga semasa menjelang tahun 2020. Untuk mencapai nilai tersebut pada tahun berkenaan, dianggarkan ekonomi kita memerlukan pertumbuhan CAGR atau Compounded Average Growth Rate pada harga semasa sebanyak 9.2% setahun. Memandangkan purata kasar pertumbuhan GDP pada tahun 2016 – 2018 hanyalah kira-kira 7.7% setahun pada harga semasa atau hanya 84% dari apa yang disasarkan itu maka saya ingin bertanya YB Menteri mampukah kita mencapai nilai GDP tersebut pada tahun 2020 nanti?

8. Saya juga ingin bertanya kepada YB Menteri berkenaan adakah kita mampu mencapai sasaran CE 40% itu dalam masa 4 tahun lagi? Saya bimbang kerana peningkatan sumbangan gaji dan upah kepada GNI itu sangatlah pelahan iaitu hanyalah 0.4% antara 2015 dan 2016.

9. Seterusnya saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa GNI Per Kapita kita pada tahun ini dianggarkan RM40,713 pada harga semasa; meningkat sebanyak RM2,922. Pada tahun hadapan, GNI Per Kapita ini diunjurkan menokok RM2,064 lagi kepada RM42,777.

10. Sasaran GNI Per Kapita yang hendak kita capai menjelang 2020 ialah USD15,000 atau RM63,000, berdasarkan nilai tukaran asing USD1 bersamaan RM4.20. USD15,000 ini adalah penanda aras atau benchmark bagi negara berpendapatan tinggi, sepertimana yang ditetapkan oleh World Bank/IMF.

11. Ini bermakna kita memerlukan lagi tambahan sebanyak RM22,287 seorang dalam masa 3 tahun akan datang atau tambahan purata sebanyak RM7,429 setahun untuk mencapai sasaran GNI Per Kapita RM63,000 pada tahun 2020. Mohon jelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah insiatif konkrit yang telah disusun untuk mencapai sasaran tersebut.

12. Pada tahun 2020, berdasarkan prestasi sekarang, GNI Per Kapita kita mungkin sekitar RM45,000 – RM48,000. Sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi, pada tahun 2020, telah diunjurkan GNI Per Kapita bagi ekonomi berpendapatan tinggi adalah sekitar USD15,000. Kita boleh mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi yang diunjurkan itu kalaulah nilai US$1 bersamaan RM3.00 – RM3.20. Mampukah Ringgit kita mengukuh ke tahap tersebut pada tahun 2020 nanti?

13. Untuk memastikan bahawa kemakmuran ini dinikmati secara inklusif oleh semua kaum, selaras dengan Pe-Tunjang ke 4 maka yang lebih penting lagi untuk kita ketahui ialah berapakah GNI Per Kapita mengikut kaum pada masa kini dan pada tahun 2020 nanti? Wajar diingat bahawa kita bukan merancang ekonomi hanya untuk ekonomi. Kita merancang dan membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat!

14. Lantaran itu, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula RMK11 pada tahun hadapan (Mid Term Review) dan menyemak unjuran-unjuran berkenaan yang mana, pada hemat saya,  agak optimistik dan kurang menepati sasarannya?

YB TS YDP,

(b) Gunatenaga

15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada kerajaan BN. Kali ini adalah kerana kejayaan mengekalkan kadar guna tenaga penuh selama 21 tahun (1995 – 2016) berturut-turut iaitu di mana kadar pengangguran kita berada di bawah 4%. Saya amat yakin kita akan terus mampu mengekalkan rekod tersebut pada tahun ini.

16. Namun di celah-celah rekod cemerlang itu, terdapat pula beberapa isu pasaran buruh yang kurang kondusif dan perlulah diperbaiki lagi.

17. Diakui isu gunatenaga ini menyentuh beberapa kementerian seperti JPM, KDN, Kementerian Sumber Manusia, KPM, KPT dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Mohon semua kementerian berkenaan memberikan perhatian.

18. Soalan saya yang pertama ialah apakah usaha kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan baru bagi kira-kira setengah juta penganggur pada tahun 2016, termasuklah lebih 170 ribu (33.6%) berkelulusan tertiari dan hampir 390 ribu (77%) yang berumur bawah 30 tahun yang menganggur dalam suasana pasaran buruh yang lemah dan dibanjiri pula pekerja asing? Pada masa yang sama, terdapat kira-kira setengah juta pekerja lagi yang underemployed?

19. Yang demikian, program SL1M perlulah dipergiatkan dan keberkesanannya perlulah dimantapkan lagi.

20. Kedua, apakah usaha untuk mengurangkan kebergantungan yang semakin tinggi terhadap buruh asing yang kini dianggarkan telah mencecah 30%? Mereka bukan sahaja (a) telah merampas sebahagian besar dari 1.8 juta pekerjaan yang telah diwujudkan di bawah RMK10 malah (b) mereka jugalah yang telah menekan kenaikan real wages dan seterusnya (c) menyebabkan golongan B40 terus kekal berada dalam kelompok berkenaan serta (d) akan melambatkan pula pencapaian tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

21. Ketiga, dalam kegigihan kita mengejar tahap ekonomi berpendapatan tinggi itu, apakah usaha segera kerajaan dan majikan swasta untuk memperbetulkan pasaran buruh yang bobrok ini dengan berganjak dari low-wage labour-intensive industries ke high-wage high-tech industries, memperbaiki working conditions serta merombak gaji dan upah pekerja yang masih berada ditahap yang rendah atau memperkenalkan wage reform? Misalnya, pada tahun 2016, gaji penengah atau median kita hanyalah RM1,700 sebulan.

22. Pada tahun 2020, diunjurkan 46% pekerja atau 7 juta pekerja akan menerima bawah RM2 ribu sebulan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2.3 juta pekerja akan menerima gaji bawah RM1 ribu sebulan dan seramai 4.7 ribu pekerja lagi akan menerima gaji dari RM1 ribu ke RM2 ribu sebulan sedangkan sasaran gaji median pada tahun 2020 adalah RM2,500 sebulan?

23. Sekali lagi saya tegaskan bahawa mereka ini, termasuklah golongan berkelulusan tertiari, akan kekal dalam golongan B40 kerana, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016, pendapatan kasar maksima isi rumah B40 adalah RM4,360 sebulan sedangkan gaji penengah golongan tertiari itu hanyalah RM3,274 sebulan! Justeru sahlah mobiliti sosial mereka amatlah terhad.

24. Dalam pada itu, keempat, apakah usaha kerajaan untuk memperbetulkan delima struktur ekonomi kita yang dilihat kurang efficient ini dari segi produktiviti buruh dan kenaikan gaji. Buktinya, di bawah RMK10, gaji telah meningkat lebih pantas iaitu 4.2% setahun yang mana ianya tidak seiring dengan kenaikan kadar produktiviti buruh yang lebih perlahan iaitu hanyalah 2.6%?

25. Keadaan ini berterusan pada tahun 2016 di mana CAGR bagi kenaikan gaji adalah lebih tinggi iaitu 6.2%, menurut Laporan Penyiasatan Gaji & Upah 2016 berbanding kenaikan pertumbuhan produktiviti buruh hanyalah sebanyak 3.5%, menurut MPC!

26. Kelima adalah mengenai sasaran gaji / pampasan pekerja menjelang 2020. Seperti yang saya katakan tadi, kerajaan mensasarkan gaji median menjelang 2020 adalah sebanyak RM2,500 sebulan. Pada masa yang sama, kerajaan mensasarakan sumbangan pampasan pekerja atau compensation of employees kepada GDP pada tahun tersebut adalah sebanyak 40% berbanding 34.9% pada tahun 2015.

27. Di sini timbul dua isu utama.

28. Pertama, untuk mencapai sasaran 40% itu, gaji dan upah atau pampasan pekeja perlulah menigkat kepada RM3,500 sebulan; bukannya RM2,500 sebulan. Untuk mencapai tahap tersebut, ianya memerlukan kadar CAGR sebanyak 8%. Ironisnya, di bawah RMK11, sasaran kadar kenaikan produktiviti buruh hanyalah 3.7%; lebih rendah dari kenaikan gaji! Resipi ini sudah pasti mengurangkan daya saing dan outcome yang hampir pasti ialah syarikat terpaksa ditutup.

29. Kedua, mengikut rekod 2014 – 2016, kenaikan gaji adalah sebanyak RM100 setahun. Sekiranya kadar kenaikan tahunan ini terus kekal maka, bagi tempoh 4 tahun mendatang (2017 – 2020), jumlah kenaikan gaji bersamaan RM400. Kenaikan yang diperlukan ialah sebanyak RM800 (dari RM1,700 ke RM2,500) atau RM1,800 (dari RM1,700 ke RM3,500). Justru terdapat defisit antara RM400 – RM1,400.

30. Dalam keadaan sedemikian, apakah usaha drastik Kerajaan untuk memastikan sasaran-sasaran tersebut mampu dicapai kelak?

31. Akhir sekali, yang keenam, ialah mengenai isu diskriminasi. Di sektor swasta, kita sering mendengar amalan diskriminasi ke atas pekerja yang agak berleluasa. The discrimination is disguised in many forms, dengan izin. Banyak kajian telah dibuat tentang the prevalence of discrimination ini. Antara kajian tersebut ialah Lee, Hwok-Aun and Muhammed Abdul Khalid (2016). Discrimination of high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia, Journal of the Asia Pacific Economy (1): 53-76.

32. Antara penemuan yang diperolehi ialah diskriminasi bermula dari peringkat iklan, temuduga hnggalah ke peringkat penetapan gaji permulaan, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Sebagai contoh, lebih ramai graduan Bumiputera (49%) menerima gaji permulaan yang lebih rendah (RM1,500 dan ke bawah) berbanding India (41%) dan Cina (33%).

33. Untuk menangani isu diskriminasi tersebut secara tuntas dan menyeluruh maka saya syorkan di Dewan yang mulia ini agar dipertimbangkan Fair Employment Act. Akta ini, antara lain, hendaklah memperuntukkan penalti ke atas majikan yang melakukan diskriminasi negatif berasaskan jantina, kaum, agama, bahasa dan seumpamanya.

34. Ringkasnya, adakah kerajaan memantau dan mengkaji isu pasaran buruh yang sarat dengan masalah ini secara holistik? Ia merangkumi, antara lain, struktur ekonomi yang lemah, produktiviti buruh yang rendah, mismatch supply and demand, the multi-faceted nature of unemployment seperti underemployment, hidden unemployment, disguised unemployment, lambakan buruh asing, diskriminasi, isu gaji dan upah yang rendah dan lain-lain lagi? Jika tidak dibuat maka you are not doing your job. Jika ada, then you have failed to solve the problems!

YB TS YDP,

(c) Kemiskinan & Jurang melebar

35. Saya ingin ketengahkan pula isu kemiskinan dan jurang kekayaan yang kian melebar.

36. Sepertimana yang semua ketahui bahawa membasmi kemiskinan adalah salah satu dari strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

37. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 yang diumumkan baru-baru ini, purata pendapatan kasar isi rumah bulanan pada tahun 2016 adalah RM6,958 sebulan; melonjak 2,536% dari RM264 sebulan pada tahun 1970!

38. Purata pendapatan kasar isi rumah bulanan semua kaum juga menokok dalam tempoh tersebut. Bagi isi rumah Bumiputera, purata pendapatan kasar mereka telah menokok dari RM172 sebulan kepada RM6,267 sebulan manakala pendapatan kaum Cina telah melonjak dari RM394 sebulan ke RM8,759 sebulan dan pendapatan kaum India pula melompat dari RM304 sebulan ke RM7,130 sebulan.

39. Yang demikian, kemiskinan mutlak telah dapat dibasmi dari 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar (0.36%) pada tahun 2016. Kejayaan cemerlang ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia.

40. Kadar kemiskinan bagi 3 kaum utama juga telah berjaya dihapuskan hingga hampir sifar. Kadar kemiskinan Bumiputera kini hanyalah 0.48%, Cina = 0.06% dan India = 0.11%.

41. Begitu jugalah kadar kemiskinan bandar dan luar bandar; kadar kemiskinan masing-masing telah menurun kepada 0.17% dan 1.04% sedangkan banyak negara lain bukan sahaja bergelut dengan kemiskinan malah masih terus dicengkam kemiskinan tegar.

42. Lantaran itu, tidak hairanlah, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

43. Walau bagaimanapun, di celah-celah kejayaan itu masih terdapat ruang untuk pembaikan. Sekalipun kadar kemiskinan itu kini amatlah rendah, namun eloklah juga diberikan perhatian serta diambil tindakan yang sesuai atas semangat inklusif yang diterapkan melalui Pe-Tunjang Keempat Bajet ini.

44. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kadar kemiskinan kaum Bumiputera adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan kaum Cina, 4 kali ganda lebih tinggi dari kaum India manakala kadar kemiskinan luar bandar pula adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan bandar!

YB TS YDP,

45. Di samping meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan, kerajaan BN juga berjaya menangani intra jurang pendapatan. Berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang telah dapat dirapatkan dalam tempoh 1970 – 2016 iaitu dari 0.513 atau 51.3% kepada 0.399 atau 39.9%. Sepertimana semua YB maklum, menurut ukuran Gini Coefficient, 0 is perfect equality while 1 is perfect inequality, dengan izin.

46. Dalam pada itu, izinkan saya menarik perhatian kerajaan kepada 2 isu utama yang perlu ditangani segera. Pertama ialah mengenai kemiskinan relatif atau relative poverty dan kedua ialah mengenai jurang kekayaan antara kumpulan atau inter-group inequalities.

47. Pada hemat saya, setelah kita berjaya menangani kemiskinan mutlak hingga hampir sifar maka sudah sampai masanya kita memberi perhatian pula kepada usaha untuk membetulkan kemiskinan relatif.

48. Data Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah bagi tahun 2014 dan 2016 menunjukkan kemiskinan relatif ini masih tinggi; malah ianya terus meningkat. Pada tahun 2014, kadarnya di peringkat nasional ialah 15% dan meningkat kepada 16% pada tahun 2016. Di 7 buah negeri, kadarnya 20% dan lebih. Paling tinggi ialah Kelantan: 38%!

49. Isu kemiskinan relatif tersebut berkait rapat dengan jurang antara kumpulan yang melebar iaitu jurang antara kaum, antara bandar dan luar bandar, antara B40 dan T20 dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 1970, jurang mutlak purata pendapatan kasar bulanan isi rumah kaum Bumiputera berbanding pendapatan kaum Cina ialah RM222; pada tahun 2016, jurang ini telah melebar kepada RM2,492; lebih 11 kali ganda lebaranya!

50. Dari segi nisbah ketidaksamaan, jurang pendapatan antara dua kaum tersebut juga turut melebar; dari 1 (B):1.38 (C) pada tahun 2014 kepada 1 (B):1.39 (C) pada tahun 2016.

51. Begitu juga jurang antara B40 dan T20. Ianya turut melebar; dari 1 (B40):5.639 (T20) pada tahun 2014 kepada 1 (B):5.649 (T20) pada tahun 2016.

52. Sebab utama senario ini berlaku ialah kerana pendapatan kumpulan bawahan B40 yang mana kira-kira 75% adalah terdiri kaum Bumiputera tidak meningkat sepantas kumpulan atasan T20. Outcomenya ialah syer pendapatan B40 menurun dari 16.8% pada tahun 2014 kepada 16.4% pada tahun 2016 manakala syer pendapatan T20 pula meningkat dari 46.1% kepada 46.2% dalam tempoh yang sama.

53. Jika kita meneliti pula pemilikan aset bukan kewangan, jurang antara kaum adalah lebih besar lagi dan terus melebar antara tahun 2009 dan 2012. Contohnya, pemilikan terraced factories / warehouses oleh Bumiputera merosot dari 45% kepada 35.1%, commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complexes menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

54. Tahap kemiskinan dan jurang kekayaan ini digambarkan dengan lebih jelas lagi dalam buku The Colur of Inequality: ethnicity, class, income and wealth in Malaysia yang ditulis oleh Dr Muhammad Abdul Khalid. Antara penemuan beliau yang wajar kita depani selaras dengan semangat keterangkuman dan slogan Rakyat Didahulukan ialah:

• Lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan
• Golongan 10% terkaya mengawal 77% aset kewangan negara
• 80% rakyat berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% aset kewangan negara
• Lebih 70% rakyat Malaaysia yang tidak mempunyai aset kewangan negara itu adalah Bumiputera
• Lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai ASB
• Lebih 70% Bumiputera yang memiliki ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang

55. Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, izinkan saya mencadangkan agar kerajaan melakukan anjakan paradigma dari segi dasar dan program iaitu mengubah fokus membasmi kemiskinan mutlak yang telah berjaya itu kepada fokus berkongsi kemakmuran (sharing prosperity) sebagaimana yang disarankan oleh World Bank/IMF.

56. Pra syarat menjayakan strategi baru ini, menurut institusi tersebut, ialah pertumbuhan yang lebih inklusif dan mapan. Menurut Setiausaha Agong PBB, Mr Ban Ki-moon, pertumbuhan ini pula memerlukan 3 elemen penting.
“…three elements are needed to make growth more inclusive and sustainable: investment in human capital that favors the poor, the best use of safety nets, and steps to ensure the environmental sustainability of economic growth. These three elements are imperative to all countries’ development strategies, and are also fundamental to global efforts to achieve the twin goals of Ending Poverty and Sharing Prosperity.”

57. Oleh kerana masa mencemburui kita, maka saya sarankan pihak-pihak yang berkenaan seperti EPU, ICU dan SERI membuat kajian yang lebih mendalam lagi dengan tujuan untuk melaksanakannya. Laporan The Global Monitoring Report 2014/2015: Ending Poverty and Sharing Prosperity bolehlah dijadikan salah satu bahan rujukan. Jika tidak setuju dengan syor saya ini, mohon berikan alternatif yang lebih baik.

58. Saya yakin terhadap syor tersebut kerana, pada hemat saya, pelaksanaan perkongsian kemakuran ini adalah selaras dengan semangat yang terkandung dalam ucapan YAB PM yang telah beliau lafazkan pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE):

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”

59. Sesungguhnya saya amat yakin bahawa apa yang yang disarankan oleh YAB PM dan apa yang diketengahkan oleh World Bank untuk membantu golongan terpinggir itu bukanlah menjurus pendekatan ala Robin Hood. Dan janganlah pula tuduh saya bersifat rasis. Niat ikhlas saya adalah terkandung dan tersurat dalm pantun ini:

Kita tak hendak ke seberang
Kita hanya hendak ke kota
Kita tak hendak hak orang
Kita hanya hendak hak kita.

60. Perlulah diingat bahawa golongan yang terpinggir ini adalah dari kalangan majoriti dan minoriti. Justeru sementara kita masih mempunyai masa untuk mendepani PRU14 maka wajarlah kita menyegerakan tindakan mitigasi dan berkongsi kemakmuran ini kerana sesunguhnya ingatan YAB PM pada 11 November 2013 boleh memercikkan peluh dingin:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

61. Gambaran kedudukan di kalangan kaum yang saya lakarkan ini adalah piece meal serta terlau kecil dan sedikit. Justeru saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon kepada YB Menteri agar memberikan maklumat yang lengkap dan terkini tentang kedudukan sosio-ekonomi semua kaum supaya kita semua berada di same page. Yang demikian, kita akan tahu kedudukan kita dan kita akan sama-sama tahu destinasi kita.

YB TS YDP,

62. Mengambil kira jurang yang terdapat antara apa yang dirancang serta apa yang dilaksanakan dan hasil yang telah dicapai serta sasaran yang mungkin tidak tercapai, sebagaimana yang telah saya lakarkan melalui tiga parameters utama tadi iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan, maka syor untuk menubuhkan SERI itu amatlah bertepatan sekali.

63. Ia melengkapkan sistem dan struktur pengurusan yang merangkumi empat komponen utama iaitu (a) perancangan (EPU), (b) pelaksanaan (kementerian/jabatan berkaitan), (c) penyelarasan dan pemantuan (ICU) serta (d) penilianan & penyelidikan (SERI).

64. SERI has been the missing link sejak SERU dimansuhkan pada tahun 1980an. Saya membayangkan SERI mempunyai dua peranan dan tanggungganjawab yang utama, besar dan berat. Pertama, mengkaji dan menilai keberkesanan dasar serta program dan peruntukan kerajaan selaras dengan objektif yang diharap dan sasarkan. Kedua, mengemukakan syor alternatif atau solusi yang pragmatik dan doable. Justeru kompetensi institut ini amatlah kritikal sekali.

65. Sebagai contoh, SERI wajar segera mengkaji mengapa jurang kekayaan/ pendapatan semakin melebar sekalipun kerajaan telah memeberikan tumpuan dengan menyediakan peruntukan yang besar. Misalnya, kerajaan telah menyedialan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi tiga program untuk membasmi kemiskinan, meyususn semula masyarakat dan membangunkan perkampungan nelayan.

66. Walau bagaimanapun, hanya 8% atau RM520 juta sahaja telah dibelanjakan pada tahun 2016 manakala 2% lagi atau RM149 juta telah diperuntukan pada tahun ini. Pada tahun 2018 sebanyak RM416 juta atau 7% telah diperutukkan. Bagi tempoh 3 tahun, hanya 17% atau RM1.1 bilion sahaja yang telah diperuntukan/dibelanjakan. Secara purata, sepatutnya 60% telah diperuntukkan/dibelanjakan dalam tempoh 2016 – 2018. [Muka surat 105, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) 2018].

67. Sementara menunggu SERI diwujudkan dan membuat kajian serta penilaian yang sepatutnya, mohon YB Menteri berkenaan menerangkan kepada Dewan yang mulia ini sebab-sebab jurang peruntukan-perbelajaan tersebut berlaku dan apakah remedinya?

YB TS YDP,

Aspirasi TN50

68. Kita semua sedar bahawa kerajaan bukan sahaja memberikan perhatian kepada day to day running of the government mala ia juga perlu merncang untuk masa depan.

69. Pada awal tahun 1990an kerajaan BN telah merancang W2020. Dalam masa 2 tahun lagi ia akan cukup tempoh. Sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab dan berwawasan/visionary, kini dirancang pula TN50.

70. Justeru saya menyokong penuh apa yang telah digariskan di bawah Pe-Tunjang Kedua dalam Bajet 2018 ini.

71. Dalam pada itu, saya ingin menambah apa yang telah dilakarkan itu.

72. Diakui bahawa kerajaan memberi komitmen “pembelaan nasib semua golongan” [para 81, Teks Ucapan] namun, saya perhatikan, lebih banyak tumpuan diberikan kepada keperluan Gen Y. Tidak ada perhatian terhadap warga emas.

73. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa struktur demografi kita akan berubah dengan ketara pada tahun 2050 nanti. Pada tahun 2017, di kalangan penduduk kita seramai 32 juta ini, 24.1% berumur 14 tahun dan ke bawah dan hanya 6.2% berumur 65 tahun dan ke atas. Pada tahun 2050 nanti, penduduk Malaysia diunjurkan seramai 44.5 juta orang. Kohot 14 tahun dan ke bawah akan merosot kepada 17.0% manakala kohot 65 tahun dan ke atas pula akan melonjak lebih tiga kali ganda kepada 19.9%.

74. Dari sudut disiplin demografi, negara kita akan berada di tahap aging population pada tahun 2050 nanti. Ini bermakna semua dasar dan program kerajaan hendaklah diorientasikan ke arah mendepani senario baru tersebut.

75. Senario ini mengundang lima ciri utama iaitu lebih ramai (a) orang tua, (b) orang sakit, (c) orang miskin, (d) orang tiada anak, dan (e) orang tiada rumah.

76. Dalam pada itu warga Malaysia akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang lagi. Jangka hayat lelaki dan perempuan akan masing-masing menokok dari 72.6 tahun dan 77.2 tahun pada tahun 2016 kepada 80.5 tahun dan 86.0 tahun.

77. Justeru, seperti yang saya katakan tadi, dasar dan program kerajaan hendaklah dirangka dan digubal untuk menangani lima isu tersebut.

YB TS YDP,

Meningkatkan kecekapan

78. Di bawah Pe-Tunjang Ketujuh, YAB DS selaku MKII telah menghuraikan dengan panjang lebar kaedah dan inisiatif meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC serta perkhidmatan awam. Saya amat bersetuju tema ini disebut setiap tahun kerana walaupun tahap kualiti perkhidmatan dan kecepatan penyampain telah meningkat namun ianya masih belum mencapai thereshold yang diharapkan.

79. Justeru, di samping apa yang telah digariskan itu, saya ingin mengesyorkan tiga inisiatif tambahan seperti berikut.

80. Pertama, saya mencadangkan supaya dilaksanakan proses decentralization and empowerment secara terancang dan sistematik vertically and horizontally. Agensi pusat janganlah tamak kuasa.

81. Proses ini sudah pasti meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan penyampaian. Pada masa yang sama, semua lubang, ruang dan peluang untuk melakukan salah urus hendaklah ditutup rapat. Yang demikian, sekali gus, produktiviti, hasil dan value for money akan mengukuh, di samping kos perbelanjaan pula dapat dikurangkan.

82. Kedua, sesuai dengan era digital economy, semua proses kerja yamg dilakukan secara manual hendaklah diauotomasikan serta dipantau on real time. Pra syarat kejayaan ini ialah attitude dan aptitude penjawat awam hendaklah berubah, terutama di kalangan mereka yang allergic atau phobia kepada ICT.

83. Ketiga ialah menyusun semula agensi-agensi yang ada persamaan atau yang bertindih fungsi dengan tujuan untuk menyatu serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, di samping untuk mengurangkan kos dan meningkatkan value for money. Sebagai contoh, mengkaji semula peranan dan fungsi Tentera Laut, Jabatan Laut, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM).

84. Contoh lain ialah yang berkisar dengan integriti dan agama Islam. Di kalangan keluarga integrit, terdapat IIM, SPRM, SIAP dan BITU. Di kalangan isntitusi Islam pula terdapat JAKIM, YADIM, IKIM, JAWHAR dan IWM.

YB TS YDP,

Isu Mikro

85. Kini saya ingin menumpukan kepada isu mikro pula.

(a) KPI

86. Saya perhatikan bahawa YAB PM amatlah menekankan, antara lain, pencapaian prestasi yang diukur dengan menggunapakai KPI. Saya ada beberapa cerapan yang merupkan kemusykilan tentang laporan KPI ini. Maklumat tersebut tertera di m/s 82 – 96, APP 2016.

87. Pertama, ada yang tidak melaporkan pencapaian sebenar bagi tahun 2016. Yang dilaporkan hanyalah sasaran bagi tahun 2017 dan 2018. Contohnya, KPI bagi Agensi berprestasi tinggi dan program integriti.

88. Kedua, KPI yang dilaporkan adalah tidak relevan. Contohnya, KPI untuk mengukur peningkatan pertumbuhan sosio-ekonomi negara adalah berdasarkan terbitnya sebuah Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

89. Ketiga dan terakhir, KPI yang dilihat kurang munasabah. Misalnya, berkaitan perkhidmatan kehakiman, tahap penyelesaian kes yang berkesan adalah 100% pada tahun 2016!

(b) Infra Luar Bandar, Jalan & Bekalan Air FELDA

90. Menurut APP 2018, sebanyak RM90 juta telah dianggarkan untuk membina infrastruktur luar bandar. Tetapi tiada peruntukan disalurkan pada tahun 2016 dan 2017. Hanya RM35 juta atau 39% disalurkan pada tahun hadapan.

91. Begitu juga Projek Jalan FELDA dan Sistem Bekalan Air FELDA. Kos projek masing-masing dianggarkan sebanyak RM1 bilion dan RM500 juta. Seperti projek infra luar bandar, peruntukan yang telah disalurkan untuk dua projek tersebut bagi tempoh 3 tahun ini (2016 – 2018) juga agak rendah iaitu masing-masing hanyalah 21.6% dan 45.4%.

92. Keadaan ini agak berbeza dengan bandar di mana peruntukan berbilion Ringgit terus dicurahkan di bandar!

93. Yang demikian itu, tidak hairanlah jika kita dapati, misalnya, (a) purata pendapatan kasar isi bulanan luar bandar (RM4,359) kekal lebih rendah dari bandar (RM7,671), purata gaji bulanan pekerja luar bandar (RM1,694) lebih rendah dari bandar (RM2,662) dan kadar kemiskinan luar bandar (1.0%) pula kekal lebih tinggi dari bandar (0.2%).

94. Berdasarkan outcome bertahun-tahun ini, maka apa yang lojik dan mujarab dilakukan oleh kerajaan ialah mengubah dasar pro orang kaya dan pro bandar kepada dasar pro orang miskin dan pro luar bandar.

(c) PR1MA

95. Mengikut rekod, nilai projek PR1MA adalah sebanyak RM8.4 bilion. Sebanyak RM1.6 bilion atau 19% telah dibelanjakan pada tahun 2016. Apakah pencapaian prestasi PR1MA terkini? Berapa banyakkah rumah yang telah siap dan diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah yang telah siap tetapi belum diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah dalam pembinaan dan berapa banyak pula yang belum terjual? Mengapakah over hang adalah tinggi?

96. Apakah rasional tiada sesen pun peruntukan pembangunan disalurkan kepada PR1MA pada tahun 2017?

(c) Pembinaan Masjid, Surau & Sekolah Agama

97. Akhir sekali saya ingin menyentuh peruntukan untuk membina masjid dan surau.

98. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana Parlimen saya rurut menerima peruntukan bagi membina masjid & surau.

99. Saya dapati kos untuk membina masjid & surau dianggarkan sebanyak RM147 juta. Kita wajar berasa syukur kepada Allah swt dan berterima kasih pula kepada kerajaan BN di atas rezzeki yang kita nikmati itu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tiga tahun ini (2016 – 2018), hanya RM22.1 juta atau hanya 15% sahaja yang telah disalurkan. Pada hemat saya, ianya agak kecil dan mohon ditambah lagi kerana keperluan yang hendak dipenuhi masih banyak lagi.

100. Dalam pada itu, peruntukan untuk membina sekolah agama pada tahun 2018 hanyalah bernilai RM312,200 sahaja. Mungkin tak cukup pun untuk membina sebuah sekolah. Mohon peruntukan ini ditambah.

101. Sekian, terima kasih.

DAA
14 Nov 2017.

, ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018 – KEMENTERIAN KEWANGAN

PERBAHASAN BAJET 2018 – KEMENTERIAN KEWANGAN

  1. Lanskap makro kewangan kerajaan

 

No.      Butiran                                   2008                2017                % Perubahan

 

  1. Hasil (RM)                                         162B               225B               39%
  2. GDP (RM)                                          790B               1.3T                 70%
  3. % Hasil / GDP                                  20.5%              16.7%                –
  4. Emolumen (RM)                                38B                 79B                 108%
  5. Pencen (RM)                                         7B                  24B                 243%
  6. Hutang (RM)                                   285B               685B               140%
  7. Khidmat Bayar Hutang (RM)          13B                 29B                 123%
  8. % Khidmat Bayar Hutang               8.0%                12.9%                –
  9. Defisit Fiskal (%)                              -4.8%              -3.0%                –
  10. % Hutang / GDP                                36.1%              50.9%                –

 

YB TS YDP,

  1. Saya ingin menarik perhatian YB Menteri mengenai lanskap kewangan kerajaan yang agak membimbangkan saya dari segi kelasterian atau kemapannya.

 

  1. Benar dan tahniah kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit fiskal dari -4.8% berbanding nilai GDP pada tahun 2008 kepada -3.0% pada tahun ini. In syaa Allah, ia akan dapat dikurangkan lagi kepada -2.8% pada tahun hadapan.

 

  1. Begitu juga dengan peratus hutang berbanding GDP. Kerajaan telah mampu menurunkannya dari hampir 55% pada tahun 2015 kepada 50.9% pada tahun ini. Walau bagaimanapun, jika mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan sebanyak RM187 bilion maka peratusnya akan menembusi had yang ditetapkan sebanyak 55%. Ia melonjak kepada 64.8%!

 

  1. Walau bagaimanapun, ukuran tersebut hanyalah menggambarkan saiz defisit dan saiz hutang dengan menggunakan nilai ekonomi/GDP sebagai proksi ukuran. Ia tidak menggambarkan kemampuan membayar balik hutang. Yang menentukan kemampuan tersebut ialah saiz hasil kerajaan.

 

  1. Malangnya, saiz hasil kerajaan, sudahlah kecil (2008 = RM162B), meningkat lebih perlahan pula iaitu hanyalah 39% dalam tempoh 9 tahun, dari 2008 – 2017 berbanding saiz GDP, sudahlah lebih besar (2008 = RM790B), melompat 70%; lebih tinggi dari hasil. Hutang pula, yang 76% lebih besar dari hasil, telah melonjak 140% dalam tempoh yang sama.

 

  1. Dalam pada itu, tiga bayaran wajib iaitu emolumen, pencen dan khidmat bayaran hutang telah melompat 127.6% dalam tempoh tersebut. Syer tiga komponen berkenaan kepada Belanja Mengurus juga telah menokok; dari 38.3% pada tahun 2008 kepada 59.7% pada tahun 2017. Persekitaran kewanagn ini menyebabkan ruang bagi perbelanjaan lain, terutamanya bekalan dan penyelenggaran, terpaksa dikurangkan.

 

  1. Lantaran lanskap kewangan yang telah saya lakarkan itu, maka nisbah khidmat bayar hutang berbanding hasil kerajaan telah mengukuh dari 8.0% kepada 12.9% dalam tempoh sembilan tahun itu. Ukuran inilah yang lebih tepat untuk menggambarkan kemampuan kerajaan untuk membayar balik hutangnya.

 

  1. Jika setakat sitiuasi kewangan jangka pendek ini maka saya tidaklah begitu bimbang. Apa yang membimbangkan saya ialah dari segi kemampanan kewangan kerajaan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

 

  1. Kebimbanagn saya itu didorong oleh dua masalah besar berkaitan dengan tiga bayaran wajib berkenaan iaitu emolumen, penccn dan bayaran balik hutang. Pertama, saiz ketiga-tiganya akan membesar, dan kedua, peningkatannya akan terus lebih pantas dari kenaikan hasil. Malah, peratus hasil berbanding nilai GDP telah merosot dari 20.5% pada tahun 2008 kepada 16.7% pada tahun 2017.

 

  1. Justeru mohon YB Menteri menjelaskan secara komprehensif dan tuntas tentang kaedah kerajaan akan mendepani masalah kewangan yang besar ini.

 

YB TS YDP,

 

  1. Sejak beberapa bulan yang lalu harga minyak mentah telah mengukuh dan telah melebihi harga tertinggi tahun 2015. Ada pihak yang mengunjurkan bahawa kenaikan harga ini akan terus berada dalam arah hala menaik sehingga tahun 2018. Sudah tentulah kenaikan harga tersebut akan membantu menambahkan hasil kerajan.

 

  1. Sehubungan itu, mohon YB Menteri memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini:

 

Pertama, berapakah harga threshold  minyak mentah yang telah digunapakai bagi tujuan penyediaan Bajet 2017 dan 2018?

 

Keduaberapa banyakkah hasil kerajaan bertambah ekoran dari kenaikan setiap USD1 setong apada tahun 2017 dan 2018?, dan

 

Ketiga, bagaimanakah tambahan hasil tersebut telah dibelanjakan pada tahun ini sedangkan pegawai kerajaan dan rakyat terus mengeluh kerana pemotongan bajet dan apakah pula rancangan untuk membelanjakan tambahan hasil berkenaan pada tahun 2018 nanti?

 

YB TS YDP,

 

  1. Saya perhatikan ramai sudah sahabat saya menyentuh tentang peruntukan per se. Saya yakin ramai lagi akan berbuat demikian. Biarlah saya menarik perhatian kepada aspek yang jarang disentuh iaitu mengenai prestasi outcome, sepertimana yang dilaporkan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) 2018.

 

  1. Yang demikian para pegawai yang menyediakan laporan ini akan berasa seronok sebab hasil kerja mereka turut mendapat perhatian ahli Dewan yang mulia ini. Sesugguhnya ukuran outcome tersebut amatlah penting dan berguna untuk mengukur keberhasilan dan keberkesanan input yang telah kita laburkan itu.

 

  1. Sehubungan itu, pertanyaan saya adalah seperti berikut:

 

Pertama, di muka surat 136, APP, dilaporkan sasaran peratus deficit fiskal  yang disasarkan bagi tahun 2018 ialah -2.7%. Di dalam ucapan YAB MKII di para 18, muka surat 7 dan di muka surat 157,  Laporan Ekonomi 2017/2018 pula dicatatkan -2.8%. Mohon jelaskan perbezaan ini.

 

Kedua, di muka surat 137, APP yang sama, dilaporkan kutipan bayaran balik pinjaman hanyalah 48.18% pada tahun 2016. Mengapakah peratus kutipan ini terlalu rendah?

 

Ketiga, di  muka surat 138, APP, dilpaorkan prestasi penyelesaian rayuan adalah ditahap yang tinggi  iaitu 90%. Benarkah demikian kerana saya sering mendengar rungutan dan ianya tidak menguntungkan kerajaan menjelang pilihanraya?

 

Keempat dan terakhir, di muka surat 139, APP, benarkah kualiti penyata kewangan mematuhi peraturan dan piawaian perakaunan di tahap 100% iaitu zero defects sedangkan saban tahun Ketua Audit Negara membuat teguran?

 

  1. Sekian, terima kasih.

 

DAA

15 November 2017.

,

Leave a comment

ECONOMIC TSUNAMI??

1. Private consumption is our major economic driver; used to contribute >60% to our GDP. It’s reflected in the retail sales.

2. It’s now under stress.

3. Recently it was reported that 6 Giant outlets were closing down.

4. A few Aeon outlets had also been closed down but were not publicised.

5. Same with Parkson & NSK.

6. Main reason: poor sales. Some were blaming on the GST. It could also partly due to e-commerce; outcome of IR 4.0.

7. Undeniably contribution of e-commerce to our economy / GDP is indeed increasing; from 4.6% (RM37.7B) in 2010 to 5.9% (RM68.3B) in 2015.

8. It seems, overall, most hyper stores had recorded lower sale.

9. So imagine if prices have increased by, say, 5%. Negative sales are 10%

10. So if one hyper store  does, say, RM3b per year, hence, it is down by RM300m

11. Not counting yet margin drop in struggling to keep turnover from dropping further. Very stressful indeed.

12. So imagine if one adds up Giant RM5b + Tesco RM5b + NSK / Econsave RM2b + Aeon RM3b = RM15b!

13. IT’S AN ECONOMIC  TSUNAMI!

14. Our economy/GDP will definetly be impacted. Indeed it had.

15. Q32017 GDP recorded that contribution of private  final consumption expenditure had shrunk to 53.5%.

16. Higher unemployment, lower income and increased poverty will be the contagious outcome.

17. Need to urgently mitigate the deteriorating  situation.

18. DOS will release 3Q2017 Wholesale & Retail Sale data on 9 Nov 2017. One expects it to be southward. Happy to be wrong😃

Wallahu’alam.

DAA
7 November 2017.

 

http://etp.pemandu.gov.my/Wholesales_-◘-_Retail-@-Wholesale_and_Retail.aspx

UPDATE:

Maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia ini mengesahkan jualan kereta dan jualan runcit telah menurun sejak Mei/Jun hingga September 2017.

 

 

 

,

Leave a comment

Bajet 2018

BERIKUT ADALAH RINGKASAN KEPADA ULASAN SAYA MENGENAI BAJET 2018. ULASAN SEPENUHNYA BOLEH DIBACA DI DALAM LINK DI AKHIR ARTIKEL INI.

1. Tahniah👍🏼👏🏼😃. Terima kasih DS kerana kumpulan pesara  tidak dilupakan… kami dapat RM750😃👍🏼

2. Yg baik2 ramai dah puji. Tak perlulah saya ulangi. Saya nak share harapan & kebimbangan berikut:

3. Peruntukan perbelanjaan pembangunan agak kecil (16%). So the economy is less driven by government  investment. Hampir 100% kenaikan peruntukan banding 2017  diberi kpd Mengurus. Good for an economy with a relatively weak structure?

4. Bagi tempoh 2008 – 2017, hutang melonjak 140%, GNI melompat 100% & hasil hanya naik 39%. Sustainable?

5. Pd thn 2008, saiz hutang = 1.8 kali ganda banding dgn hasil. 2017, saiz ini naik 3 kali ganda. Prudent?

6. 2008: Bayar balik hutang = 8.7% drp jum mengurus; 2017 = 13.1%. Jika masuk off-budget?. Prudent? Sustainable?

7. Bayaran balik hutang melonjak 121% dlm tempoh 2008 – 2017 sedangkan hasil hanya naik 39%. Jika masuk off-budget? Prudent? Sustainable?

8. Apakah langkah to address 519,000 penganggur = 1.6 juta pengundi; largely belia & graduates Melayu?

9. Apakah langkah to address increasing inflation = 4 3% now?

10. Apakah langkah to address relative poverty yg tinggi dan terus meningkat = 16% (2016)?

11. Apakah langkah to address absolute inter-group inequalities? Jurang antara Melayu dgn Cina (1970 – 2016) melompat 11 kali ganda;  dari RM222 (1970) kpd RM2,492 (2016).

11. Apakah usaha2 utk meningkatkan gaji spt yg dijanjikan dlm RMK11?

12. Apakah usaha2 utk kurangkan pekerja asing kpd 15% drp jum pekerja dlm industri berkenaan spt yg dijanjikan dlm RMK11?

DAA
29 Okt 2017

ULASAN UCAPAN BAJET 2018

 

,

1 Comment