Posts Tagged Bajet 2016

PERBAHASAN BAJET 2017 – MITI

  1. Produktiviti adalah tiang seri struktur ekonomi, resipi kritikal daya saing dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Apakah yang telah berlaku kepada ekonomi kita hingga menyebabkan pertumbuhan kadar produktiviti buruh kita, menurut kajian MPC,  bukannya meningkat malah ianya menurun dari 81% bagi tempoh 2003 – 2009 kpd 1.2% bagi tempoh 2009 – 2015 manakala pertumbuhan Indonesia dan Vietnam terus meningkat sekitar 4%? Jurang antara business efficiency dan overall productivity juga masih lagi luas berbanding dengan Taiwan yang sudah mengecil.
  1. Ia memberi impak, antara lain, kepada daya saing kita yang telah menurun dari tangga ke 18 ke tangga 25, sepertimana yang dilaporkan oleh World Economic Forum dan kepada pertumbuhan GDP yang telah merosot dari 2% pada tahun 2012 kepada 4.1% pada 6 bulan pertama tahun ini. Saya akui faktor-faktor lain juga turut menyumbang kepada senario tersebut, termasuklah faktor luaran  (external). Namun apakah usaha baru yang lebih drastik untuk memulihkan tren berkenaan demi kemakmuran negara?
  1. Saya juga perhatikan MPC lebih biased kepada mengeluarkan national industry-based productivity indicators dan kurang minat kepada state level and community-based indicators. Tidaklah dinafikan bahawa indicators tersebut amatlah berguna sebagai input perancangan untuk national agencies dan industries tetapi there is no buy-in and no sense of ownership oleh negeri dan masyarakat. Justeru disarankan agar MPC berikanlah juga perhatian kepada production of relevant state level productivity indicators and community-based productivity indicators seperti yang berkaitan dengan kaum serta kelas pendapatan, misalnya, T20. M40 dan B40.
  1. Kita memerlukan FDI & DDI untuk, antara lain, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengujudkan pekerjaan. Malangnya FDI yang telah diluluskan telah merosot 6% antara ST2 2015 (RM16.8b) dan ST2 2016 (RM8.8b) dan beberapa buah syarikat besar telah pun menutup operasi mereka dan berpindah ke negara lain. Dilaporkan outflow pelaburan akan berlaku lebih banyak dan pantas lagi ekoran kemenangan Trump baru-baru ini. Apakah usaha-usaha baru kerajaan untuk menarik lebih banyak  pelaburan baru dan mengekalkan pelaburan yang sedia ada?
  1. Ke arah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi, kerajaan telah merancang di bawah RMK10 & RMK11 untuk mentransformasikan ekonomi negara dari sebuah ekonomi  yang  dipacu oleh low wages labour intensive industries kepada high value-added high technology Knowledge-driven economy. Malangnya apa yang berlaku ialah ekonomi kita terus kekal dalam mode Sebagai contoh, gaji mean kita masih rendah iaitu RM1,600 sebulan pada tahun 2015 dan hampir 90% pekerjaan  baru yang diwujudkan adalah bertaraf buruh kasar dan bergaji rendah. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apakah pula yang boleh kita pelajari dari kesilapan tersebut?
  1. Seterusnya apakah inisiatif MITI untuk memimpin transformasi ini ke arah mencapai TN50?
  1. Ekonomi kita adalah sebuah ekonomi yang terbuka dan ianya Trade-driven. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah lebihan dagangan yang telah kita nikmati selama kira-kira 225 bulan akan bertukar menjadi defisit kerana lebihan tersebut terus mengecil. Sebagai contoh, pada ST2 2015, lebihan dagangan adalah sabanyak 6b; ia menyusut sebanyak 16% kepada RM19.8b pada ST2 2016.
  1. Begitu juga dengan lebihan Akaun Perkhidmatan dalam Imbangan Pembayaran. Ianya telah menjunam 77% dari 1b (ST2 2015) kepada RM1.9b (ST2 2016). Impaknya adalah besar, termasuklah ke atas ratings kita. Apakah prakarsa MITI untuk menyekat kejatuhan tersebut?
  1. MITI, khususnya SMECORP dan MATRADE telah berhempas pulas memajukan SMEs, terutamanya SME Bumiputra. Namun, nampaknya SME Bumiputra masih lagi merangkak-rangkak kerana 87% daripada kira-kira 480,000 SME Bumiputra adalah di tahap MIKRO dan hanya 2% sahaja bersaiz BESAR manakala sumbangan kepada GDP hanyalah 13% dan sumbangan kepada eksport adalah lebih kecil lagi. Apakah masalah sebenar yang menghimpit SME Bumiputra dan apakah tindakan di luar kotak yang hendak dilaksanakan untuk melonjakkan prestasi SME Bumiputra ini?
  1. Disarankan, bukan sahaja pengusaha Bumiputera perlu muasabah dan betulkan diri sendiri bahkan agensi-agensi kerajaan seperti MIDA, SMECORP dan MATRADE perlu juga dengan jujur dan ikhlas muasabah diri dan betulkan kelemahan yang ada. Ingatlah akan kata-kata Albert Einstein, Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.
  1. Sebagai contoh, untuk mencapai kadar kejayaan yang lebih tinggi, fungsi MATRADE hendaklah diubah dari trade promotion kepada trade solutions. Perubahan ini menuntut perubahan strategi dan perubahan pelan tindakan yang merangkumi kesuluruhan rantaian nilai atau value chain. Trade promotion amatlah terhad iaitu hanya tertumpu kepada usaha mempromosikan produk sahaja. Terima kasih.
Advertisements

, , ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN

 

  1. Hutang kerajaan telah melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang.
  1. Dalam pada itu, dilaporkan hutang terbaru atau bakal dipinjam yang besar-besar, antaranya, adalah seperti berikut:

      a) Hutang MRT 1, 2 & 3 = RM120 b

      b) Hutang HSR   =          RM60 b

      c) Hutang 1MDB =          RM53 b

      d) Hutang ECRL =          RM55 b

      e) Hutang LRT3 =          RM10 b

                  Jumlah =          RM298 b

  1. Seterusnya saya difahamkan kerajaan juga komited terhadap liabiliti hutang off-budget. Justeru saya mohon YB Menteri memberikan gambaran yang lengkap dengan memaklumkan:

a ) Berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?

    i) dalam dan luar negara?

    ii) di bawah bajet dan di luar bajet (off budget) saperti PFI, hutang 1MDB, MRT, LRT dan Lebuhraya Pan Borneo?

        b) Apakah saiz hutang tersebut dari segi:

            i) nisbah kepada GDP?

            ii) defisit fiskal?

         iii) dan yang lebih penting lagi, apakah tahap kemampuan membayar balik hutang dari segi debt service ratio?

       c) Mengetahui banyak projek tersebut adalah tidak self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT dan UiTM, mohon diperjelaskan sumber dan kaedah funding dan keadah financing masing-masing.

      d) Bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik ke semua hutang tersebut sedangkan kerajaan mengalami kesempitan sumber kewangan?

 

  1. Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya mendapat beberapa penjelasan dari YB Menteri:

a) Sesungguhnya Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700% kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

b) Yang lebih penting lagi ialah jika dulu, dengan kos sebanyak RM7 bilion, didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos sebanyak RM55 bilion sudah menjadi viable? Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. Jika dibandingkan dengan kelajuan dan kos seKM kita dengan HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km); Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km), Jepun (320/Km; RM36 juta/Km), Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) dan China (350 Km/jam; RM66/Km) maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

d) saya sedar hostile terrain boleh menyumbang kepada kos yang tinggi berbanding terrain yang mesra alam. Jika alasan inilah yang diberikan maka saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa, secara perbandingan, HSR Turkey menghadapi a very difficult stretch of about  200 Km, memerlukan  39 buah terowong dan 33 jambatan manakala our difficult stretch hanyalah 60 Km di Karak – Bentung, sebuah jambatan di Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru berikanlah saya sebab-sebab lain yang munasabah.

e) seterusnya apakah syarat-syarat dan terma pinjaman tersebut seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

5) Selanjutnya saya mohon pencerahan berhubung angka RM144 bilion yang digembar-gemburkan ekoran dari lawatan YAB PM ke China pada bulan November 2016. Gambaran yang diberikan seolah-olah semuanya bakal pelaburan (FDI) China di Malaysia. Mohon YB Menteri berikan pecahan dari segi:

  • FDI di Malaysia
  • Pinjaman oleh Malaysia
  • Pembelian oleh Malaysia atau China
  • Pelaburan Malaysia di China, dan
  • Import / Eksport.

  1. Dimaklumkan kedudukan kita dari segi kebahagian (happiness) telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index. Begitu juga kedudukan kekayaan kita telah menurun dari tangga ke 39 (2009) ke tangga 44 (2015) berdasarkan Legatum Prosperity Index. Impak semua ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.
  1. Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan kenaikan kos sara hidup amnya akan memburukkan lagi lanskap ini. Di samping Bajet 2017 ini, apakah Pelan B yang akan kerajaan laksanakan untuk membaik pulih keadaan tersebut?
  1. Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, difahamkan kos asal BRT Sunway sepanjang 5 km itu hanyalah RM300 juta. Namun kosnya telah melonjak 110% kepada RM634 juta dan purata kosnya seKM adalah sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang.
  2. Kos ini tentulah dilihat begitu exorbitant dan membuat kita melopong jika dibandingkan dengan kos membina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang hanyalah RM80 juta seKM! Sudah tentu kos koc LRT sepatutnyalah lebih mahal dari bas tetapi kos LRT Jakarta terbukti jauh lebih murah. Mohon YB Menteri jelaskan lonjakan kos ini dan sebab-sebab kos kita lebih mahal dari LRT Jakarta.
  1. Begitu juga dengan kos membina MRT. Semasa membentangkan Bajet 2011, YAB PM/MKI telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ianya adalah dibiayai oleh pihak swasta. Kini, saya difahamkan, ianya ditanggung oleh kerajaan. Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?
  1. Dalam pada itu, nampaknya kos pembinaannya macam tidak terkawal. Mengikut laporan, kos pembinaan MRT1 kita adalah sebanyak RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos membina MRT Jakarta iaitu hanyalah RM215 juta! Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Mengapa kos kita jauh lebih tinggi?
  1. Anggaran kos asal sapertimana yang diunjurkan oleh PEMANDU hanyalah RM40 bilion. Dilaporkan kini ianya telah menjangkau lebih RM70 bilion! Adakah laporan tersebut benar? Jika benar, apakah yang menyebabkan cost overrun ini dan adakah ianya munasabah / justified?
  1. Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. Setelah dibuat normalisation dari segi underground dan elevation, kos pembinaan MRT1 adalah sebanyak 6 juta / KM berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 iaitu lonjakan asebanyak 23%! Mengapakah boleh berlaku demikian?
  1. Seterusnya apakah faedah yang telah diperolehi oleh Bumuputera dari segi nilai kontrak, bilangan pekerjaan mengikut kategori seperti pengurusan, professional dan telnikal dan bekalan bahan-bahan pembinaan?
  2. Dari segi keutamaan dan berhemah, wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
  1. Patutkah kerajaan berbelanja RM350 juta ke atas sebuah terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki yang saya sebutkan tadi dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
  1. Berhubung kos harga rumah yang melambung-lambung ini, saya yakin ia turut disumbangkan oleh dasar kewangan yang salah yang diperkenalkan oleh BNM. Salah satu antaranya ialah tindakan BNM memanjangkan tempoh bayaran balik. Walaupun niat asalnya baik iaitu untuk merengankan beban bayaran bulanan tetapi ianya telah back fire.
  1. Bayaran balik yang rengan dan mudah ini telah merangsang permintaan dan seterusnya mendorong kenaikan harga rumah berasaskan artificial demand pull. Justeru dasar BNM tersebut telah menambahkan lagi beban hutang golongan ini yang mana hutang isi rumah sudahpun merupakan yang tertinggi di Asia (2015 = 1% daripada GDP). Dalam pada itu, tindakan tersebut menguntungkan pula pemaju dan bank.
  1. Lantaran disyorkan agar Kerajaan lebih mesra rakyat lagi dengan  mengawal harga rumah supaya tidak melebihi empat kali ganda gaji median tahunan kumpulan M40 dan B40. Inilah threshold atau benchmark tahap mampu milik yang patut dijadikan ceiling.
  1. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana berani memperkenalkan safety net untuk golongan pemandu teksi iaitu liputan SOCSO. Saya cadangkan agar kemudahan ini diperluaskan lagi dari segi content seperti insuran nyawa, insuran perubatan. insuran tanaman, KWSP, unemployment benefits dan sebagainya serta dilebarkan pula dari segi liputan seperti merangkumi golongan lain yang juga very vulnerable seperti petani, pekebun kecil, peneroka FELDA, peserta FELCRA, nelayan dan peniaga kecil / penjaja.
  1. Untuk menjamin kadar kejayaan yang tinggi, mereka itu bolehlah di reach out melalui pertubuhan masing-masing seperti LPP/PPK, RISDA, NAFAS, FELDA, FELCRA dan LKIM/Persatuan Nelayan.

, , , ,

1 Comment

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM)

  1. Pekerjaan dan perniagaan adalah 2 sumber utama pendapatan rakyat. Antara maklumat yang paling penting bagi KSM ialah Supply & Demand pasaran buruh dan antara tugas utama KSM pula ialah membina upaya modal insan bersama-samaa dengan KPM & KPT, mengurus tenaga kerja dan menyelesaikan masalah perburuhan.
  1. Sehubungan itu, mohon YB Menteri memaklumkan:
  • berapa ramaikah new entrants masuk ke pasaran buruh mengikut (i) umur dan (ii) kelulusan masing-masing pada tahun 2015 dan 2020 (unjuran).
  • berapa banyakkah pula pekerjaan baru yang telah diwujudkan mengikut (i) keperluan kelulusan/kemahiran  & (ii) kumpulan pekerjaan seperti pengurus, profesional, pekeranian, pekerjaan jualan dan sebagainya pada tahun 2015 & 2020 (unjuran)?
  1. Misi kerajaan adalah untuk mewujudkan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi di bawah RMK10 & RMK11. Mohon jelaskan mengapa ianya tidak berlaku? Malah apa yang sebenarnya berlaku, mengikut Salaries & Wages Survey, Jabatan Perangkaan, adalah sebaliknya iaitu hampir 90% pekerjaan baru pada tahun 2015 adalah pekerjaan asas iaitu buruh kasar yang bergaji rendah.
  1. Pada masa yang sama, kita kehilangan lebih 30% pekerjaan berpendapatan tinggi seperti profesional bersekutu, pekerja perkhidmatan dan pekerja kemahiran.
  1. Pekerja yang berkelulusan ijazah telah meningkat dengan ketara dalam tempoh 1982 – 1997, iaitu dari 19% ke 26% dan hanya naik 2% ke 28% antara 1997 hingga 2009 tetapi kembali turun ke 26% pada tahun 2015 atau mendatar / stagnant sejak 1997. Mengapakah keadaan ini  berlaku sedangkan setiap tahun semakin ramai yang berkelulusan ijazah memasuki pasaran buruh sebab banyaknya IPTA & IPTS telah diwujudkan?
  1. Dalam konteks untuk  mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi, bagaimanakah boleh berlaku prestasi pertumbuhan pekerjaan mahir menurun dari 2% pada tempoh 2006 – 2010 kepada 2.6% pada tempoh 2011 – 2015 manakala pekerjaan berkemahiran rendah pula melompat dari 5.3% kpd 7.0% dalam tempoh yang sama?
  1. Mengapakah kita menyediakan lebih banyak pekerjaan  separa kemahiran (5,648,000) berbanding mereka yang layak (5,313,000) manakala kita mengeluarkan lebih ramai pula yang layak (3,175,000) berbanding pekerjaan mahir yang sempat diwujudkan (2,859,000)? Bagaimanakah mismatch supply & demand ini boleh berlaku? Adakah kementerian-kementerian operate in silos seolah-olah di bawah kerajaan yang berlainan?
  1. Malaysia telah menikmati tahap guna tenaga penuh atau full employment sejak 20 tahun yang lalu. Kini kita masih menikmatinya iaitu pada kadar 5% pada bulan Julai 2016. Tahniah diucapkan.
  1. Walau bagaimanapun, bilangan penganggur telah melompat 26% , dari 411,000 orang pada tahun 2014 kepada 516,000 orang pada bulan Julai 2016  kerana kadar pengangguran telah menokok dari 9% kepada 3.5% dalam tempoh yang sama. Diramalkan keadaan ini akan bertambah buruk jika suasana ekonomi global dan serantau yang suram dan muram berterusan. Apakah usaha kerajaan dan KSM untuk mendepani potensi masalah yang besar ini agar kehidupan rakyat tidak semakin tersepit dan terhimpit?
  1. Dilaporkan dalam banyak kajian yang dibuat oleh UM & UKM bahawa diskriminasi di sektor swasta adalah berleluasa, dari peringkat iklan dan pengambilan hinggalah ke peringkat penetapan gaji serta kenaikan pangkat. Sebagai contoh, hanya satu pertiga pekerja baru Cina yang berijazah mendapat gaji permulaan / starting salary bawah RM1,500 tetapi lebih 50% Apakah tindakan KSM untuk mengatasi penyakit kronik diskriminasi ini? Terima kasih.

, , ,

Leave a comment

JURANG PENDAPATAN TAMBAH MELEBAR SELEPAS 2009!!!

1. Pendapatan isi rumah meningkat, kadar  kemiskinan menurun tetapi jurang pendapatan isi rumah di negara kita semakin melebar sejak 2009.

2. Lanskap ini adalah berdasarkan data dari Penyiasatan Isi Rumah (HIS) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Silalah teliti Jadual dan Carta-carta di bawah.

3. Adakah ianya disebabkan oleh  falsafah & dasar (Model Baru Ekonomi/New Economic Model) atau program  (ETP & GTP) atau pelaksanaan yang silap / lemah atau disebabkan oleh ketiga-tiga parameters utama tersebut?

4. Jurang kekayaan  (pemilikan aset) lebih teruk lagi sepertimana yang dipaparkan oleh carta seterusnya.

5. Apakah yang patut kita sama-sama buat?

Screen Shot 2016-01-08 at 1.44.59 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.06 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.14 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.21 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.27 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.33 PM

Screen Shot 2016-01-08 at 1.45.39 PM

carta8

,

1 Comment

Ulasan Bajet 2016 – KDN

YB TS YDP,

Dalam membincangkan  Bajet 2016 bagi KDN, saya hanya ingin mengambil sedikit masa Dewan  yang mulia ini untuk membincangkan 3 perkara saja. Perkara dan isu lain bolehlah dibincangkan oleh rakan-rakan saya yang lain.

Pertama adalah isu pekerjaan dan buruh asing yang mana ianya turut melibatkan KDN.

Terlebih saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB PM kerana mengujudkan Jawatankuasa Khas Universiti Dan Industri untuk menanganim isu pengangguran. Tahniah kepada YAB DS Idris Jusuh dan DS Wahid Omar kerana diberikan kepercayaan untuk memimpin JK tersebut.

Saya menjangkakan isu pekerjaan dan pengangguran yang kompleks ini akan ditangani secara holistik dan tuntas; tidak boleh secara piece meal.  Ia bukanlah sekadar (a) supply-demand mismatch issue; malah ianya merangkumi isu (b) labour market distortion / imperfection, (c) wrong output mix, (d) pendidikan dan latihan yang kurang relevan, (e) tahap gaji dan upah yang rendah, (f) persekitaran bekerja yang tidak kondusif, (g) diskriminasi kaum dan gender yang meluas, (h)  produktiviti buruh dan daya saing yang rendah, (i) teknologi yang kurang advance, (j) modal yang tidak mencukupi, (k) sikap tamak majikan, (l) sikap rakyat yang memilih kerja, (m) kebanjiran buruh asing dan sebagainya.

Sebahagian daripada isu yang saya senaraikan itu telahpun saya sentuh semasa membahaskan Bajet di bawah JPM. Saya tidak bercadang untuk menyentuh isu-isu tersebut. Saya akan lebih menumpukan kepada isu buruh asing.

Diakui bahawa buruh asing diperlukan untuk turut merancakkan aktiviti ekonomi negara.

Dalam pada itu, disedari bahawa tahap kebergantungan yang tinggi terhadap mereka tidaklah boleh berterusan kerana, dari segi jangka panjang, ianya boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara.

Justru awal-awal lagi saya mohon YB Menteri memaklumkan kepada Dewan yang  mulia ini statistiks berikut yang dapat membantu memberikan gambaran ngeri itu:

jumlah pekerja asing secara sah dan tidak sah atau PATI yang berkeliaran di negara kita pada masa ini.

nilai sumbangan mereka kepada ekonomi dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

nilai remittance (melalui sistem kewangan / perbankan dan di luar sistem kewangan / perbankan) yang telah mereka hantar ke negara masing-masing sejak 5 tahun yang lalu

usaha untuk mengurangkan bilangan mereka yang dilaporkan telah menjangkau 30% dari jumlah pekerja tanpa menjejaskan kemapanan aktiviti ekonomi kita.

e) bilangan pelancong  yang telah masuk secara sah tetapi telah sengaja over stay serta usaha to flush them out dan tahap kejayaan usaha  tersebut.

f) kadar jenayah dan penyakit sosial yang telah mereka sumbangkan dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Selain  daripada 6 isu yang saya ketengahkan itu, terdapat beberapa isu besar yang lain yang berkisar kepada isu buruh asing ini, khasnya sasaran gaji dan ekonomi berpendapatan tinggi.

Untuk mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan mensasarkan pampasan pekerja atau compensation of employees sebanyak 40% (CE40) daripada nilai GDP kita pada tahun 2020 nanti berbanding 34.9% pada tahun ini.

Untuk mencapai sasaran tersebut, sasaran gaji dan upah median disasarkan akan meningkat dari RM1,500 sebulan kepada RM2,500 sebulan. Malangnya sasaran ini menjadi lebih susah untuk dicapai kerana adanya pekerja asing yang semakin ramai itu.

Sebab utama kesukaran mencapainya ialah kerana majikan yang tamak lebih suka mengambil pekerja asing. Sebabnya ialah mereka bukan saja dibayar gaji yang lebih rendah bagi pekerjaan yang sama malah tenaga mereka juga boleh diperah seperti hamba abdi.

Jelas pekerja asing adalah antara penyebab kenaikan  gaji ditekan (suppressed). Yang demikian, sasasaran tahap gaji bulanan sebanyak RM2,500 akan sukar dicapai.

Sekiranya sasaran gaji tersebut tidak dicapai maka sasaran sumbangan CE40 juga sekali gus tidak akan tercapai. Lantas sasaran tahap ekonomi berpendapatan tinggi akan turut tergugat!

Gaji mereka yang lebih rendah dan dispariti yang melebar adalah bukti kukuh mengenai senario yang jelek ini. Sebagai contoh, pada tahun 2013, gaji median warganegara Malaysia dan pekerja asing adalah masing-masing RM1,700 dan RM980 sebulan.

Pada tahun 2014, gaji 2 golongan itu masing-masing meningkat kepada RM1,800 dan RM1,030 sebulan. Ini bermakna jurang gaji median bulanan antara warganegara dan pekerja asing telah melebar dari RM720 kepada RM770. Data ini mengesahkan andaian atau teori saya itu.

Dalam pada itu, perlulah diingat bahawa sumber utama pendapatan kumpulan B40 adalah gaji dan upah, terutama Bumiputera. 83% kaum Bumiputera bergantung pada gaji sebagai sumber pendapatan mereka manakala kaum Cina hanyalah 56% dan India pula 58%.

Ini bermakna usaha menambah pendapatan kumpulan B40 dan usaha menolak mereka ke kumpulan M40 tidak akan berjaya jika isu yang berkisar dengan gaji ini tidak ditangani segera dengan berkesan dan tuntas. Maaf, YB TS YDP, pada cerapan saya, usaha ini nampaknya kurang diberi perhatian.

Yang demikian, tidak hairanlah Pemandu mengunjurkan kira-kira 46% atau 7 juta pekerja kita akan kekal mendapat gaji bawah RM2,000 sebulan pada tahun 2020 nanti.

RM2,000 pada tahun 2020 mungkin bersamaan nilai RM1,700 pada tahun ini; lebih rendah dari gaji sebanyak RM1,800 sebulan pada tahun 2014! Justru golongan tersebut seolah-olah di condemned agar kekal miskin sekalipun negara telah  mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi nanti.

Mereka ini juga akan kekal miskin kerana kerana jawatan yang  sedia ada dan jawatan baru akan disapu oleh pekerja asing. Nampaknya kita semacam suka menyusukan kera di hutan atau kita umpama kerbau yag penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi dirumah!

Lanskap ini jelas terbukti dari 1.8 juta jawatan baru yang diwujudkan oleh ETP. Dari 1.8 juta pekerja itu, hanya 620,000 sahaja yang mendaftar sebagai penyumbang kepada EPF. Majoriti mereka ini adalah rakyat Malaysia.

Apa jadi kepada baki 1.2 juta pekerja? Siapa mereka? Dijangkakan sebahagian besar mereka itu adalah pekerja asing yang telah sapu bersih pekerjaan ini. Mereka hapi dapat kerja walaupun gajinya rendah. Majikan juga hapi kerana boleh membayar gaji yang rendah dan  tidak perlu pula mencarum EPF dan SOCSO untuk mereka. Cheap labour!

Maka yang kekal menganggur adalah rakyat kita seramai 440,000 orang. Bilangan mereka akan meningkat dalam keadaan aktiviti ekonomi dan pasaran buruh yang tidak menentu ini.

Perlulah diingat bahawa mereka ini juga adalah pengundi. Adakah mereka akan mengundi parti kita nanti?

Apa yang boleh saya ringkaskan dari lakaran sebentar tadi ialah isu pekerja asing ini boleh memberikan impak negatif kepada (a) sasaran  CE40, (b) sasaran gaji median sebanyak RM2,500 sebulan, (c) kenaikan gaji, (d) mobiliti sosial, (e) pengangguran dan (f) dividen politik.

Lantaran ianya memberikan kredibiliti kepada saranan saya supaya isu pekerja asing ini ditangani segera dengan berkesan.

YB TS YDP,

Sekarang saya ingin menyentuh pula isu kedua iaitu keamanan.

Saya menjangkakan penduduk Afghanistan, Syria, Somalia, Libya, Yemen dan beberapa buah negara lain yang sentiasa dalam keadaan berperang dan kucar kacir tentunya dahagakan keamanan.

Kalau kita tanyakan ibubapa kita yang masih hidup, tentunya mereka tidak mahu kesengasaraan, keganasan dan kezaliman di zaman pemerintahan Jepun dan Bintang Tiga berulang lagi. Kita juga tidak mahu peristiwa pahit 13 Mei menjenguk kembali.

Malangnya iklim perpaduan kaum kita nampaknya selari dengan musin jerebu yang sedang kita alami sekarang. Ianya membimbangkan saya kerana, berdasarkan Global Peace Index, kedudukan kita telah merosot dari tangga ke 24 pada tahun 2012 kepada tangga ke 28 pada tahun 2014.

Kedudukan kita dari segi kebahgian (happiness) juga telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index.

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga keamanan yang telah kita nikmati selama ini kerana ia juga merupakan pra syarat dan tiang seri kemakmuran negara. Jika keamanan bertukar kepada huru hara maka syurga bertukar menjadi neraka manakala kemakmuran pula bertukar kepada kebuluran dan kesengsaraan.

Justru semua pihak hendaklah ikhlas dalam membina dan memupuk keharmonian kaum; bukan telunjuk lurus kelengkeng berkait atau kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan najis.

Pada masa yang sama, saya mohon YB Menteri, khasnya PDRM kita, terus meningkatkan usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, selaras dengan tuntutan NKRAnya, dan memelihara keamanan yang amat berharga ini.

YB TS YDP,

Sekarang saya ingin meyentuh isu ketiga dan terakhir iaitu peruntukan di bawah KDN. Ringkas sahaja.

Saya perhatikan banyak peruntukan pembangunan di bawah KDN sama ada langsung tidak dibelanjakan atau sangat kurang dibelanjakan. Maklumat ini tertera di m/s 629 – 631, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016.

Oleh kerana senarai ini agak panjang maka izinkan saya mengambil  beberapa contoh perbelanjaan sifar sahaja bagi tempoh 2011 – 2014:

a. Ibupejabat KDN.

b. Pengkomputeraan KDN.

c. PGA

d. Senjata Api & Peluru.

e. Kapal terbang.

f. Alat Bantuan Teknik.

g. Sistem Teknoloji Maklumat.

h. Pengkomputeraan.

i. Pengkomputeraan dan Kad Pintar

j. Langkah- langkah Keselamatan.

k. Pembaikan dan Ubahsuai.

Adakah sesungguhnya projek-projek tersebut belum dilaksanakan lagi? Apakah cerita yang sebenarnya? Mohon penjelasan dari YB Menteri.

Namun apa yang saya faham daripada maklumat tersebut ialah, daripada RM3.9 bilion yang telah diperuntukkan bagi tempoh 4 tahun itu, hanya RM0.22 bilion atau 5.7% sahaja yang telah dibelanjakan atau kira-kira  RM55 juta setahun. Nampaknya macam tidak lojik.

Justru mohon YB Menteri maklumkan kepada Dewan yang mulia ini kedudukan sebenar rekod tersebut atau sebab-sebab prestasi yang nampaknya amat rendah itu, jika rekod tersebut adalah benar. Apakah outcomenya terhadap RMK10?

Untuk tahun 2016, dipohon pula sebanyak RM841 juta, lebih 15 kali ganda daripada rekod pencapaian purata tahunan lalu. Mampukah ianya dibelanjakan secara berhemah berteraskan value for money dalam tempoh setahun ini?

Sekian, terima kasih, YB TS YDP.

, ,

Leave a comment

Bajet 2016 – 6 Soalan Tambahan‏

Sekiranya saya adalah ahli Dewan ( DR atau DN), saya berhasrat mengemukakan soalan-soalan ini, samada semasa berbahas atau semasa mencelah.

1. Pada tahun 2016, hasil kerajaan diunjurkan sekitar RM225.7 b. 95% drp hasil ini digunapakai utk perbelanjaan mengurus atau OPEX. 34% drp hasil tersebut adalah utk bayaran emolumen dan pencen. Yg demikian, hanya sbhgn kecil sahaja tinggal utk perbelanjaan pembangunan atau CAPEX dan kita terpaksa neminjam utk tujuan CAPEX. Beginilah keadaan kita setiap tahun.

Soalan saya ialah adakah keadaan ini sihat dan mapan atau healthy and sustainable?

Dan apakah usaha jangka panjang yg akan dibuat utk memperbaiki lagi prestasi kewangan kita?

2. Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan YAB PM melaksanakan strategi serampang 2 mata iaitu rasionalisasi subsidi dan GST di masa yg kritikal iaitu ketika kerajaan mengalami kemerosotan hasil akibat kejatuhan harga komoditi dan akitiviti ekonomi yg kurang rancak.

Soalan yg ingin saya ketengahkan ialah (1) berapa banyakah penjimatan yg tlh diperolehi dari rasionalisasi subsidi itu dan (2) mengapakah peruntukan subsidi masih tinggi pd thn 2015 & 2016 iaitu sekitar RM26b?

3. Saya ucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan YAB PM dlm mengurus kewangan negara yg mana, antara lain, defisit fiskal telah dapat dikurangkan dari 4.3% drp nilai GDP pd tahun 2012 kpd 3.1% pd tahun 2016.

Namun, pd hemat saya, ukuran yg lbh baik bagi tujuan mengukur ‘kesihatan’ kewangan kita ialah nisbah bayaran khidmat hutang.

Berbeza dgn defisit fiskal, nisbah ini bertambah buruk.

Pd tahun 2012, setiap RM100 drp hasil, sebanyak RM9.40 digunakan utk membayar hutang. Ia meningkat kpd RM11 pd thn ini dan diunjurkan menokok lagi kpd RM11.80 pd thn hadapan.

Saya setuju ianya masih bawah threshold 15%. Namun apakah usaha utk menyekat arah aliran menaik ini?

4. Pada tahun kewangan 2016, takrif negara berpendapatan tinggi, menurut Bank Dunia, ialah GNI Per Kapita =>US $12,736.

Pada tahun yg sama, GNI Per Kapita kita diunjurkan RM38,438. Kita blh mencapai tahap negara berpendapatan tinggi kalaulah nilai US$1 bersamaan RM3.11.

Pd tahun 2020, berdasarkan prestasi sekarang, GNI Per Kapita kita mungkin sekitar RM45,000.

Kita boleh mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi yg diunjurkan bersamaan GNI Per Kapita US$15,000 itu kalaulah nilai US$1 bersamaan RM3.00.

Pd pendapat YB Menteri, mampukah kita mengukuhkan nilai matawang kita ke tahap tersebut dlm masa 4 thn ini atau apakah Plan B yg ada utk mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi tersebut yg bersamaan RM64,500 (USD15,000 × RM4.30)?

5. Saya berasa bangga di atas kemampuan kita mengendali dan menguruskan ekonomi negara dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ini.

Sebagai contoh, GNI kita akan menokok sebanyak 6.9% kpd RM1.21T pd tahun 2016 berbanding 2015 pd harga semasa.

Saya perhatikan pemacu utama pertumbuhan tersebut ialah perbelanjaan pengguna swasta (8.9%) dan pembentukan modal kasar swasta (6.6%).

Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2015 nampaknya lbh lemah dari unjuran awal; menurun dari 3.3% kpd 3.1%. Kemerosotan ekonomi USA dari 2.9% (ST2) kpd 1.4% (ST3) mengesahkan unjuran terkini ini.

Seterusnya IMF telah meramalkan bahawa downside risk bagi 2016 adalah lbh besar.

Dlm keadaan yg sedemikian, biasanya pihak pengguna dan swasta akan lbh berhati- hati lagi.

Jika, misalnya, data kelulusan FDI boleh digunakan sbgai proksi utk mengukur sentiment ini, maka didapati hanya satu pertiga atau RM13.1B sahaja telah diluluskan bagi 6 bln pertama tahun ini berbanding RM39.6B yg telah diluluskan sepanjang tahun lepas.

Jika keadaan ini berterusan maka nampaknya kerajaan lah yg perlu mengambil alih the economic driver seat drp pihak swasta, selaras dgn teori ekonomi Lord Keynes.

Justru adakah kerajaan bercadang utk menyemak semula unjuran-unjuran berkenaan yg mana, pd hemat saya, agak optimistik dan tersalah sasar?

6. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan kerajaan mengekalkan kadar guna tenaga penuh bertahun-tahun iaitu di mana kadar pengangguran kita berada di bawah 4%.

Di celah-celah rekod cemerlang itu, terdapat beberapa isu pasaran buruh yg kurang menarik dan perlulah diperbaiki:

1. Apakah usaha kerajaan utk menambah peluang kewujudan pekerjaan baru bagi kira-kira 440 ribu penganggur, termasuklah lbh 80 ribu siswazah yg menganggur dlm suasana pasaran buruh yg lemah dan dibanjiri pula pekerja asing?

2. Apakah usaha utk mengurangkan kebergantungan yg semakin tinggi terhadap buruh asing yg kini dianggarkan telah menyerahkan 30%?

3. Dlm kegigihan kita mengejar tahap negeri berpendapatan tinggi, apakah usaha utk menambah gaji dan upah pekerja yg masih berada ditahap yg rendah iaitu gaji penengah atau median kita hanyalah RM1,500 sebulan dan pada tahun 2020, diunjurkan seramai 2.3 juta pekerja akan masing-masing menerima gaji bawah RM1 ribu sebulan dan 4.7 ribu pekerja akan menerima bawah RM2 ribu sebulan?

4. Apakah usaha utk memperbetulkan struktur ekonomi kita kurang efficient di mana di bawah RMK10, gaji meningkat 4.2% setahun manakala produktiviti buruh hanya meningkat 2.6%?

, ,

1 Comment