Posts Tagged Barisan Nasional

ULASAN RINGKAS KE ATAS HIS & HES 2016

Penemuan Utama Statistik Pendapatan Dan Perbelanjaan Isirumah 2016

1. Saya baca press release berkenaan  dan membuat quick observations / calculations melalui hp. Sakit mata.

2. Beberapa perkara yg menarik perhatian saya, selain drp apa yg telah dilaporkan itu:

2.1. Purata pendapatan bulanan isi rumah (PPBIR) 2016:

MY = RM6953
MK = RM6848 (No. 6 tertinggi)

2.2. Kedua2 naik 6.2% banding 2014 (CAGR).👍🏼

2.3. Purata Perbelanjaan bulanan isi rumah (PEBIR) 2016:

MY = RM4,033
MK = RM4374 (No. 4 tertinggi).

2.4. MY naik 6.0%; MK naik 6.9%.

2.5. Purata Simpanan sebulan (2.1 – 2.3):

MY = RM2925
MK = RM2474

2.6. Orang Msia ada menyimpan tetapi simpanan orang Melaka is below national average. Perlu juga teliti golongan mana yg menyimpan: T20, M40 atau B40? Policy implications?

2.7. PPBIR semua kaum naik (2014/2016):👍🏼

C = RM7666/RM8750
I = RM6011/RM7150
B = RM5548/RM6267

Bumi kekal no. 3!

2.8. Jurang antara B:BB semakin melebar:

2014 = RM2116
2016 = RM2483

Policy implications?

2.9. Income share (2014/2016):

T20 = 46.1%/46.2%
M40 = 37.1%/37.4%
B40 = 16.8%/16.4%

2.10. Jelas sekali:

2.10.1 orang kaya (T20) terus merangkul syer pendapatan lbh 2 kali ganda (46.2%) dari proportion nya (20%) & terus bertambah.

2.10.2 Syer pendapatan orang miskin (B40) tak sampai pun separuh (16.4%) drp propotion nya dan terus merosot pulak. Hence the famous cliche “YANG KAYA BERTAMBAH KAYA, YANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN”.

2.11. Ia mengesahkan unjuran saya pd 29 Mei 2010 dlm Kongress Ekonomi Bumiputera.

https://darahtuah.wordpress.com/2016/01/08/jurang-pendapatan-tambah-melebar-selepas-2009/

2.12. Policy implications?

3. Kajian lebih mendalam dari pelbagai sudut boleh/patut dibuat. Kedua2 HIS & HES  ini kaya dengan maklumat. Contohnya ada juga maklumat tentang penggunaan internet. Seramai 71% orang Msia yang berumur 15 tahun & ke atas telah menggunakan internet… maklumat di hujung jari. Ada bearing ke atas PRU 14 nanti😃

Wallahu’alam.

DAA
10 Okt 2017.

Advertisements

, , ,

Leave a comment

KEBEBASAN AKHBAR DI ASEAN MERUNCING?

Saya ada menyentuh tentang press freedom antara Msia & Singapura tempoh hari.

Benar press freedom kita lbh baik berbanding dgn Spura.

Untuk mendapat gambaran lengkap mengenai tahap press freedom di seluruh ASEAN, saya petik keputusan dari World Freedom Index yg meliputi ranking negara Asean bagi tahun 2003 (1st) & 2017 (2nd) mengikut susunan menurun tahun 2003:

1. Cambodia = 81; 132

2. Thailand = 82; 142

3. Malaysia = 105; 144.

4. Indonesia = 111; 124

5. Filipina = 119; 127

6. Spura = 144; 151

7. Vietnam = 159: 175

8. Laos = 163; 170

9. Burma = 164; 131

10. Brunei = x; 156.

(Brunei tak diliputi pada tahun 2003).

Jelas sekali semua negara, kecuali Burma, telah menunjukkan kebebasan akhbar telah meruncing dalam tempoh 14 tahun itu (2003 – 2017).

Surprisingly, kebebasan di Burma di peringkat global telah melonjak  dari tangga ke 164 ke tangga 131 dan melompat ke tangga ke 3 pada tahun 2017 dari tangga ke 9 pd tahun 2003.

Pencapaian Malaysia kurang memberangsangkan. Kita masih boleh baiki kedudukan kita.

Freedom of analysis for all of us😃😃👍🏼

%%%%%%%%%%%%%%
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.tv14.my/2017/08/21/kebebasan-media-lebih-baik-selepas-zaman-dr-m-kata-zahid-hamidi/&ved=0ahUKEwij_PHg-enVAhVJNY8KHZJZA-sQFggkMAA&usg=AFQjCNE0aTCwiVK_k0YhMPOUyt8rfbxpXA

,

Leave a comment

POLITICS: NO PERMANENT FRIEND, NEITHER PERMANENT ENEMY!!!

Tun M is UMNO/BN’s political enemy/rival, yes.

Enemy of the state is DEFINITELY no. Otherwise, he is already behind bars.

Sejarah telah mengajar saya.

1. Samy Vellu dan Govindaraju adalah rakan karib. Bergaduh, akhirnya baik.

2. Samy Vellu dan Pandithan juga rakan karib. Bergaduh…tubuh IPF…akhirnya baik semula.

3. Tun M & Tun Musa adalah rakan baik; bantu Musa lawan TR pd tahun 1982 & 1984. Blh bergaduh tapi akhirnya baik (masam2 manis?)

4. Tun Musa & TR bermusuh tapi blh beregu  lawan Tun M. Siapa sangka?

5. Tun M & TR berperang tapi akhirnya berpelukan. Siapa sangka?

6. DSAI adalah poltical son of Tun M. Sape sangka blh menjadi musuh ketat? Sape tak separuh gila bila mereka blh berjabat tangan?

7. DSN juga Tun M’s political son. Apa sudah jadi sekarang? Esok lusa?

8. DSN & TSMY adalah rakan seperjuangan dalam Team Wawasan. Sekarang? Esok lusa?

So what’s the moral of the story bagi kita di bawah?

Note: There’s no mistake in life; only lesson. If one doesn’t learn from the lesson, then it’s a mistake.

, ,

Leave a comment

RCI on FOREX

Must look into these 4 areas first:

1. Relevant Rules & regulations enforced during that material period.

2. Governance during that material period.

3. Who was/were vested with the authorities to conduct the trading?

4. National interest or pecuniary advantage?

Based on the above, the possibilities are as under:

1. Recommend criminal investigation

2. Recommend tighter housekeeping & internal surveillance.

3. NFA

It looks like it would be no. 2 + NFA or its equivalence.

Wallahu’alam

DAA
28 June 2017.

, , , ,

Leave a comment

ETIKA MENTERI

http://www.thesundaily.my/news/2017/09/25/not-jakim-decide-if-non-muslims-consume-alcoholic-drinks-liow

Terdapat 2 isu besar dari kenyataan DS LTL ini:

1. DS LTL  adalah seorang menteri kabinet. Kabinet adalah bertanggungjawab secara kolektif. Maka:

(a) mengapakah tidak timbulkan isu ini dalam kabinet? Mengapakah mesti cuci dirty linen dalam media? Bukankah ini menepuk air di dulang?

(b) apa sudah  jadi dengan etika menteri? Tidakkah ini memalukan DS Jamil Khir?

2. Kalaulah JAKIM tidak boleh menyentuh isu orang bukan Islam, mengapakah MCA membantah RUU355 yang khusus untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan bukan orang Islam? Tidakkah ini double standard?

Bknkah ini dikatakan oleh orang tua2… padang orang hendak berlari, padang sendiri hendak berjingkit.

Adakah ini jenis kawan yang kita hendak sanjung dan pertahankan atau yg patut kita nasihatkan/tegur?

Siapakah pula hendak membela DS Jamil Khir?

Eloklah para menteri berhemah dan mematuhi etika.

Leave a comment

RESOLUSI KONGRES MELAYU PERKASA MELAKA 2017

RESOLUSI KONGRES MELAYU PERKASA MELAKA 2017

 Kongres Melayu PERKASA Melaka 2017  MENGAKUI DAN MENGHARGAI kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan sejak merdeka dalam pelbagai bidang, khususnya bidang ekonomi,  pendidikan dan pembangunan tanah.

  1. Di bidang ekonomi, misalnya, pencapaian berikut telah dicapai:
  • 1957 – 2016, ekonomi melonjak 23,900% sejak merdeka, dari kira-kira RM5 bilion nilai GDP kepada RM1.2 trilion.
  • 1970 – 2014, pendapatan isi rumah melompat 3,126%, dari RM172 kepada RM5,548.
  • 1970 – 2014, kemiskinan semua kaum merosot dari 49.3% kepada hampir sifar (0.6%); kadar kemiskinan Bumiputera pula menyusut dari 64.8% kepada hampir sifar (0.8%).
  • 1970 – 2011, pemilikan ekuiti dari 2.4% kepada 23.05%.
  1. Di bidang pendidikan, tahap pencapaian juga cemerlang. Contohnya, tahap celik huruf dan enrolmen sekolah menengah melebih 95%.
  2. Di peringkat global, Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas dari segi keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kemajuan di kalangan kira-kira 160 buah negara:
  • Keamanan [Global Peace Index (GPI)] Malaysia di tangga ke 30.
  • Kemakmuran [Legatum Prosperity Index (LPI)]  Malayasia di 44.
  • Kebahagiaan [World Hapiness Index (WHI)] Malayasia di 47.
  • Kemajuan dan pembangnnan [Human Development Index (HDI)] Malaysia di 62
  1. Dari segi pemilikan dan pembangunan tanah pula, lebih 112,000 peneroka telah mendapat tanah di bawah rancangan FELDA dan lebih 500,000 pekebun kecil dan peserta telah mendapat faedah pembangunan tanah di bawah skim RISDA dan FELCRA.
  2. Pada masa yang sama Kongres turut mengenalpasti kelompangan dan kekurangan berikut:

5.1 Kedudukan ekonomi Bumiputera yang lemah:

  • Lebih 70% Bumiputera =          makan gaji
  • Lebih 75% pekerja Bumiputera =          tiada kemahiran
  • Lebih 85% pekerja Bumiputera =          bukan pengurus & professional.
  • Hampir 90% SME Bumiputera =          mikro
  • Sumbangan SME Bumiputera =          13% (GDP).
  • Lebih 90% orang miskin =          Bumiputera
  • Lebih 75% B40             =          Bumiputra

 5.2 Jurang ekonomi antara kaum Bumiputera dan kaum bukan Bumiputera yang lebar:

  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan kita hanyalah 72.4% daripada apa yang dimiliki oleh kaum Cina!
  • Jurang antara kaum (inter ethnic gap) melebar; contoh, jurang pendapatan kasar bulanan isi rumah antara kuam Bumiputera dengan kaum Cina telah melebar sebnyak 52%, dari RM1,387 pada tahun 2009 kepada RM2,110 pada tahun 2014.
  • Syer pendapatan 40% isi rumah terbawah Bumiputera hanyalah 17.1%!
  • Milikan ekuiti Bumiputera 23.05%,
  1. Tahap pendidikan kaum Bumiputera jauh di belakang kaum-kaum lain:
  • Hanya 3% pekerja Bumiputera =          majikan
  • Lebih 75% pekerja am =          Bumiputera
  • Lebih 75% bergaji rendah             =          Bumiputera
  • Lebih 70% bekerja sendiri             =          Bumiputera
  • Lebih 70% penganggur =          Bumiputera
  • Lebih 70% peminjam PTPTN = Bumiputera
  1. Dari segi pemilikan hartanah pula, kedudukan Bumiputera lebih menyedihkan lagi, sepertimana yang dapat ditonton dari gambaran pemilikan berikut:
  • Premis industri 4.5%,
  • Bangunan perdagangan 5.4%,
  • Rumah kediaman 26.1%, dan
  • Tanah Rizab Melayu (TRM) hanya tinggal 12%. Ttanah MCL di Melaka pula hanyalah 28%.
  1. Justeru: 

MENYEDARI ekonomi adalah nadi kemajuan dan kemakmuran negara

MENGINSAFI pendidikan adalah pemangkin pembangunan negara, penyambung agama, budaya dan maruah bangsa, alat dan  tali pengikat perpaduan kaum serta agen peningkatan mobiliti sosial

MEMAHAMI pemilikan tanah dan aset adalah sendi kehidupan dan maruah bangsa

MAKA berpaksikan kepada dasar dan prinsip agihan dari kek yang membesar atau expanding cake dan bukan menjadi Robin Hood moden serta bersandarkan pula kepada falasafah pantun pusaka ini:

Kita tidak hendak ke seberang

Kita hanya hendak ke kota

Kita tidak hendak hak orang

Kita hanya hendak hak kita!

 

Kongres Melayu PERKASA Melaka yang bersidang pada hari ini   memutuskan Resolusi seperti berikut untuk dipertimbangkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan:

A. Dasar Kerajaan

  1. Mengubah dasar kerajaan yang mana hak Bumiputera dalam semua bidang hendaklah sekurang-kurangnya selari dengan komposisi wargenagara yang mana pada masa ini adalah 68%. Syor ini adalah selaras dengan kuota yang diperuntukkan untuk kaum India dalam Malaysian Indian Blueprint (MIB).
  2. Anjakkan dasar dari yang semata-mata berasaskan pertumbuhan untuk pertumbuhan, growth for growth sake kepada balanced and fair distributive economic growth iaitu pertumbuhan ekonomi yang berimbang dan adil antara kaum, antara bandar dan luar bandar serta antara negeri-negeri serta pertumbuhan yang memberi manfaat kepada semua lapisan strata masyarakat!
  3. Fokus baru: berkongsi kekayaan negara; bukan haya tertumpu kepada membasmi kemiskinan sahaja.
  4. Kurangkan beban kos sara hidup:

#          bina upaya mereka seperti re-skilling & skill upgrading untuk dapat pekerjaan yang lebih baik / pendapatan lebih tinggi

#          tambah peluang pekerjaan / bantu & permudahkan peluang perniagaan

#          tambah pendapatan melalui bantuan seperti BR1M

#          kurangkan kos seperti kurangkan tarif letrik untuk isi rumah dan SME / naikkan ceiling rebate

#          bina lebih banyak rumah kos rendah / sederhana

#          kawal kenaikan kos pengangkutan awam

#          perluaskan jaringan keselamatan sosial (social safety net) seperti insuran tanaman; SOCSO untuk yang bekerja sendiri (pekebun kecil, petani, nelayan, peniaga kecil, penternak, dll).

  1. Melakukan penghijrahan dari ekonomi yang dipacu oleh industri yang bernilai tambah rendah serta bergantung kepada tenaga buruh bergaji rendah atau low value-added and low wage labour intensive industries kepada ekonomi bernilai tambah tinggi yang dipacu oleh teknologi tinggi serta pekerjaan berpendaptan tinggi atau high value-added high technology-driven economy with high income jobs.
  2. Perluas peluang pekerjaan dan perniagaan
  3. Tingkatkan gaji para pekerja. Gaji penengah hanyalah RM1,700 sebulan.
  4. Kurangkan kebanjiran pekerja asing yang bersedia menerima gaji yang lebih rendah serta syarat-syarat pekerjaan yang lebih buruk atau inferior. Jumlah mereka dianggarkan 6 juta orang. Mereka hendaklah segera dihantar pulang.
  5. Tingkatkan kadar produktiviti buruh yang menurun: 2003 – 2009 = 2.8%; 2009 = 2015 = 1.2%; perkukuh tahap kelulusan dan kemahiran.
  6. Kaji semula / ubah fungsi agenda kerajaan. Contoh: MATRADE dari Trade Promotion kepada Trade Solutions. MATARADE / TERAJU / CIDB / SMECORP / TEKUN, misalnya, bekerjasama secara bersepadu dalam satu rantaian penawaran (supply chain) untuk menggalakkan produk dan perkhidmatan Malaysia, khasnya keluaran Bumiputera, menembusi pasaran luar negara.
  7. Kaji / susun semula agensi-agensi kerajaan yang bertujuan untuk membantu Bumiputera agar lebih cekap dan berkesan.
  8. GLC / GLIC diurus oleh Bumiputera yang pakar dan berjiwa Bumiputera. (Hadis Nabi (Bukhari): untuk maju, letakkan orang yang pakar; jika tidak, tunggulah kehancurannya).
  9. Hapuskan ketirisan dan pembaziran untuk jimatkan hasil, misalnya, tender terbuka untuk 2 kumpulan: (a) semua kaum dan (b) khas untuk Bumi; tubuhkan JK Khas bagi memantau projek mega
  10. Perkenalkan semula Inheritance Tax untuk tambah hasil kerajaan dan berlaku adil.
  11. Mewujudkan semula sebuah kementerian khas untuk menjaga dan menguruskan kepentingan Bumiputera, selaras dengan kewujudan sebuah kementerian khusus untuk menjaga kepentingan wanita.
  12. Mewujudkan dan memperkasa Unit Bumiputera di setiap kementerian / jabatan / agensi kerajaan di semua tahap (Pusat, Negeri dan Daerah); bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau window dressing

 B. Sektor Perniagaan

B1.      Bina upaya

  1. Yang tidak berdaya maju dalam perniagaan – diberi kemahiran dan pendidikan untuk menjadi pekerja yang produktif dan berpendapatan tinggi. Contoh, TVET, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  2. Kenal pasti the champions; bantu / beri projek kepada mereka ini dengan syarat tidak dialibabakan dan mampu bantu sebagai syarikat payung, termasuk cepatkan bayaran serta berpotensi bayar cukai kepada kerajaan.
  3. Tingkatkan kapasiti – pakej bantuan yang lengkap agar berdaya maju; meliputi , semua aspek, termasuklah kewangan dan talent & technology.

B2.      Mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif:

  1. Memperbanyakkan premis perniagaan untuk Bumiputera
  2. Mewujudkan dana pinjaman mudah untuk membeli premis perniagaan
  3. Membantu membina kapasiti
  4. Menggalakkan integrasi syarikat-syarikat kecil.
  5. Memperluas dan mengukuhkan supply chain Bumiputera
  6. Memperbanyakkan skim pembiayaan dan insentif untuk program inovasi, automasi & ICT
  7. Mempermudahkan pengeluaran lesen, termasuklah Sijil Halal
  8. Memperbanyakkan program pembangunan usahawan
  9. Menggalak dan mempermudahkan syarikat-syarikat Malaysia, terutama GLC yang melabur dan melaksanakan projek di luar negara supaya menggunakan produk dan perkhidmatan Malaysia, terutama keluaran syarikat Bumiputera.

B3.      Memperkasa penguatkuasaan:

  1. Memantau syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera hingga ke peringkat sub contarctor, pengambilan pekerja serta bekalan bahan (supplies).
  2. Menghapuskan budaya Ali Baba
  3. Setiap kementerian / agensi kerajaan / GLC melaporkan kemajuan Bumiputera kepada MEB secara berkala.

B4.      Mengukuhkan lagi pemantuan:

  1. Mesyaratkan kandungan Bumiputera dalam setiap kontrak kepada Bumi dan bukan Bumi; dilaporkan secara berkala
  2. Mempastikan institusi kewangan dan DFI menjalankan tanggungjawab merapatkan jurang pembiayaan (loan bridging)

C. Sektor Pekerjaan

  1. Membetulkan struktur ekonomi dan pasaran buruh: penawaran dan permintaan yang tidak setara atau mismatch between supply and demand. Contoh:
  2. Hampir 90% pekerjaan baru yang diwujudkan, misalnya, pada tahun 2015 adalah pekerjaan asas atau buruh kasar yang bergaji rendah, sekitar RM1,000 sebulan.
  3. Kadar pertumbuhan pekerjaan tiada berkemahiran rendah (low skill jobs) lebih pantas dari 5.3% ( 2006 – 2010) kepada 7.0% ( 2011 – 2015) manakala pertumbuhan pekerjaan berkemahiran (skill jobs) pula telah menurun dari 5.2% kepada 2.6% dalam tempoh yang sama.
  4. bagi tempoh 2001 – 2014, bilangan graduates yang telah dihasilkan = 9.2% setahun; kadar pekerjaan yang setaraf dengan graduates = 3.4% setahun.
  5. ramai graduates terpaksa menerima jawatan dan gaji yang lebih rendah atau dipanggil underemployment.
  6. pertumbuhan produktiviti buruh telah menurun dari 2.8% bagi tempoh 2003 – 2009 kepada 1.2% bagi tempoh 2009 – 2015. Justeru pertumbuhan ekonomi negara telah merosot kepada 4.2% dan kadar pengangguran meningkat dari 2.9% pada tahun 2014 kepada 3.5% pada bulan Julai 2016.
  7. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mengurangkan bilangan penganggur yang bertambah 23.5%: 2014 = 411,100 orang; Jun 2017 = 507,700 orang. 70% adalah Bumiputera.
  8. Menghapuskan diskriminasi kaum untuk membolehkan para pekerja Bumiputera mendapat faedah gaji dan upah yang lebih baik.

Diskrimnasi dari peringkat pengiklanan seperti mensyaratkan kefasihan dalam dalam bahasa ibunda hinggalah peringkat menetapkan gaji permulaaan, kenaikan gaji serta kenaikan pangkat. Contoh, menurut sebuah kajian, hanya satu pertiga siswazah kaum Cina mendapat gaji permulaan di bawah RM1,500 sebulan manakala 48% siswazah Bumiputera menerima gaji permulaan bawah RM1,500 sebulan.

  1. Perkenalkan Fair Employment Act (FEA) di sektor swasta dan KSM menyediakan laporan berkala kepada MEB.
  2. Memperkenalkan pensijilan untuk semua pekerja yang mengikuti kursus yang diiktiraf agar kepakaran dan kebolehpasaran mereka diiktiraf.
  3. IPT mewujudkan Pusat Pembangunan Kerjaya.

 

D. PENDIDIKAN

  1. Setiap dasar dan program pendidikan yang digubal hendaklah sentiasa memikirkan orang Melayu sebagai penerima faedah utamanya; bukannya menumpukan kepada nilai murni objektif dasar atau program berkenaan semata-mata. Sebagai contoh, menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi graduan yang mendapat ijazah kelas pertama adalah baik dari segi meritokrasi tetapi majoriti penuntut yang mendapat faedahya ialah bukan Melayu. Begitu juga dasar memanjangkan pinjaman PTPTN kepada penuntut IPTS adalah murni dari segi konsep kesamarataan tetapi ianya lebih menguntungkan anak orang kaya bukan Melayu dan sebenarya kerajaan yang menghidupkan IPTS yang mana rata-rata pemiliknya adalah bukan Melayu. Jelas sekali dasar yang digubal oleh tangan Melayu itu lebih menguntungkan Bukan Melayu. Justeru, orang Melayu berterusan umpama kerbau yang penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi di rumah!
  2. Kerajaan hendaklah mengembalikan faedah biasiswa kepada pelajar dan penuntut Melayu yang telah banyak dikurangkan / dipotong, selaras dengan tuntutan Perkara 153, Perlembagaan Negara.
  3. Kerajaan hendaklah mengkaji dan menyemak semula dasar dan pengisian kurikulum pendidikan yang telah membunuh jati diri dan budaya Melayu dengan tujuan untuk menghidup serta menyuburkannya semula. Contohnya, tulisan jawi sudah hampir pupus dan memberi impak ke atas pembelajaran agama Islam; syair, pantun, seloka, gurindam, bidalan, peribahasa dan perumpamaan sudah asing bagi anak Melayu; dan rakyat Malaysia sudah buta sejarah.
  4. Kerajaan hendaklah kembali kepada dasar awal mengenai syarat menjadi penjawat awam iaitu kelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sijil SPM; bukannya sekadar lulus dalam mata pelajaran tersebut.
  5. Kerajaan tidak mengkitiraf sijil UEC selagi ianya tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak selari pula dengan Dasar Pendidikan Negara serta tidak membenarkan mereka ini memasuki sektor awam melalui ‘pintu belakang’.
  6. Kerajaan hendaklah mengenakan syarat-syarat kemasukan yang sama ke atas IPTA dan IPTS bagi bidang yang sama; contohnya kedoktoran, kejuruteraan, peguam dan sebagainya.
  7. Kerajaan hendaklah kembali ke objektif asal mewujudkan Sekolah Berasrama Penuh (BSP) dan MRSM iaitu untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak Melayu yang kurang bernasib baik; bukannya menjadi payung kepada anak-anak orang berada sepertimana yang berlaku sekarang ini.
  8. Mewujudkan sekolah satu aliran demi memupuk perpaduan dan sebagai pemangkin untuk menggalakkan integrasi kaum, selaras dengan maksud dan roh Perkara 153, Perlembagaan Negara.
  9. Menghentikan bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah yang tidak termaktub di bawah Perkara 152, Negara kerana bantuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak berperlembagaan.
  10. Mendaulatkan Bahasa Melayu seperti menggunakan Bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi, termasuklah di peringkat antarabangsa, menggunakan Bahasa Melayu / nama Melayu bagi slogan, motto, cogan kata, iklan, nama taman perumahan, nama jalan, nama syarikat, nama bangunan dan sebagainya yang mana kini sudah caca marbah.
  11. Mengatasi masalah keciciran, terutama di kalangan anak Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta golongan miskin Bandar.

 

E. TANAH

  1. Membantu memajukan Tanah Rizab Melayu (TRM) dan
  2. Mengembalikan keluasan TRM dan MCL ke tahap 50%, selaras dengan Perkara  89 (3), Perlembagaan Persekutuan dan  Wasiat Raja-Raja Melayu.
  3. Tidak dibenarkan penjualan TRM dan MCL kepada bukan Melayu.
  4. Permudah, percepat dan kurangkan kos pertukaran sebarang jenis pemilikan tanah kepada TRM dan MCL.
  5. Menukar terus tanah HMS yang diperuntukan kepada Bumiputera kepada TRM/MCL.

 

,

2 Comments

LANSKAP EKONOMI MALAYSIA 2016 & 2017

Menterjemahkan apa yang diumumkan oleh YBhg Datuk Governor BNM dlm Laporan Tahunan BNM  2016..

■In sum, M’sia economic outlook for 2017:

●GDP growth 4.3 – 4.8%

●Inflation 3.0-4.0%

●Unemployment 3.6-3.8%

● Exports 2.2%; Imports 1.8%

● HH Consumption 6%;

● Private Investment 4.1%

● Public Investment 1.5%

● CAB % to GNI 1.0-2.0%;

● Percapita Income RM 39, 656 (USD 8,906)

●Gross National Savings as % of GNI 27.9%.

——————————————–
■For 2016
●GDP 4.2%
●Inflation 2.1%
●Unemployment 3.5%
● Exports 0.1%; Imports 0.4%
● HH Consumption 6.1%
● Private Investment 4.4%
● Public Investment -0.5%
● CAB as % of GNI 2.1%
●Per Capita Income RM 37, 738 (USD 9,096)
●Gross National Savings as % of GNI 28.9%.

https://darahtuah.wordpress.com/2016/10/26/prestasi-prakarsa-malaysia/

https://darahtuah.wordpress.com/2016/10/27/kedudukan-terkini-ekonomi-malaysia/

Leave a comment