Posts Tagged Melaka Maju 2010

Minyak dan Inflasi

1. Minyak mentah kini di paras tertinggi sejak 2015: USD56 – USD58 setong (WTI)

2. Jika ia kekal pd paras ini atau terus mengukuh maka hasil kerajaan akan menokok berbanding dgn apa yg telah diunjurkan pd tahun ini dan 2018.

3. Ia boleh dikembalikan kpd rakyat.šŸ‘šŸ¼

3. Dlm pada itu, rakyat mestilah pula bersedia berdepan dgn kos sara hidup yg akan meningkat… cost push inflation. Sila lihat Carta 1.

Carta 1

4. This type of inflation is not healthy as compared to that of demand pull inflation.

5. Diakui kadar inflasi kini dirasakan oleh ramai agak tinggi dan meningkat semula. Melaka mencatatkan kadar inflasi tertinggi (4.9%) di Msia dlm bulan Ogos 2017. Sila lihat Carta 2.

Carta 2

6. Ke arah itu, usaha sudah tentulah perlu ditumpukan kpd (1) menambah pendapatan dan (2) mengawal kenaikan kos.

7. Kedua2 usaha tersebut telahpun dimuatkan dalam Bajet 2018. Sila lihat Carta 3. Ada banyak lagi initiatif yg telah disediakan.

Carta 3

8. Kita rebut/sambarlah apa yang sudah disediakanĀ  itu.

Wallahu’alam

DAA
9 November 2017

,

Leave a comment

Prestasi Datuk Seri Idris Haron

MENYUSURI PENCAPAIAN DATUK SERI IR HJ IDRIS HJ HARON, KETUA MENTERI MELAKA, 2013 ā€“ 2015: KEJAYAAN SUDAH MENYERLAH

Senario tanaman

Jika kita menanam taugeh, kita perlu menunggu antara 68 jam ā€“ 72 jam untuk mendapat hasilnya; bukannya boleh dapat pada hari yang sama.

Jika kita menanam hibrid padi, kita perlulah menunggu kira-kira 110 hari sebelum ianya boleh dituai.

Jika kita menanam pisang, kita perlulah menanti 8 – 12 bulan masa berlalu sebelum buahnya boleh dipetik.

Jika kita menanam kelapa sawit, buahnya hanya boleh dipetik dalam tempoh dua tahun setengah hingga ke tiga tahun selepas ianya ditanam.

Jika kita menanam durian pula, kita hendaklah sabar menunggu buahnya gugur antara empat hingga lima tahun selepas ianya ditanam.

Demikianlah secara rengkas senario penantian masa sebelum sesuatu hasil tanaman itu dapat dinikmati. Ianya berbeza-beza; bergantung kepada benih yang ditanam.

Begitulah juga senarionya jika kita mahu menilai prestasi atau pencapaian seseorang ketua kerajaan. Malah masa yang lebih panjang lagi diperlukan untuk melihat hasil dan impak sesuatu projek pembangunan, khususnya yang berasaskan tanah atau land-based development.

Biasanya ianya memerlukan perkhidmatan sekurang-kurangnya selama dua penggal.

Yang demikian, untuk berlaku adil, penilaian terhadap prestasi atau pencapaian kepimpinan YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron sebagai Ketua Menteri Melaka, yang baru berusia tiga tahun, wajarlah dilihat dalam konteks senario yang saya lakarkan di atas itu.

Namun begitu, izinkan saya meninjau dan menyusuri prestasi beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran dari sudut yang dekat dengan hati rakyat yang memerlukan pembelaan kerajaan (ekonomi rakyat) dan hati para pelabur yang menjana pertumbuhan ekonomi (ekonomi modal). Saya akan menumpukan kepada beberapa angkubah (variables) penting sahaja.

Agihan Pertumbuhan Ekonomi

Dari segi mengurus dan mengemudikan ekonomi negeri, wajarlah diingat bahawa, sejak tahun 2013 hinggalah sekarang, Datuk Seri terus menghadapi persekitaran geo-politik serta ekonomi serantau dan dunia yang amat sukar lagi mencabar. Namun begitu, alahamdulillah, dalam konteks tersebut, secara relatif, beliau telah berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang sungguh memberangsangkan.

Pada tahun 2014, ekonomi / KDNK (GDP) Melaka tumbuh pada kadar 7.6%; ianya lebih tinggi dari pertumbuhan di peringkat negara sebanyak 6% dan jauh pula meninggalkan pertumbuhan di peringkat dunia yang hanyalah mencatatkan 3.4%. KDNK bagi tahun 2015 sedang disediakan. Diunjurkan pertumbuhan KDNK Melaka bagi tahun lepas tetap lebih tinggi dari pertumbuhan KDNK Malaysia (5%); dijangka ianya melebih 6%.

Yang lebih penting dari pertumbuhan per se itu ialah pertumbuhan ekonomi ini hendaklah turut memberi manfaat besar kepada rakyat, bukan sekadar kepada ekonomi negeri semata-mata. Ianya adalah pertumbuhan yang diagihkan (distributive growth), bukannya pertumbuhan semata-mata (growth only).

Pendapatan Isi rumah yang meningkat

Sebagai contoh, ekoran dari pertumbuahn ekonomi ini, purata pendapatan kasar isi rumah Melaka telah turut meningkat. Ianya meningkat sebanyak 12%, dari RM4,759 sebulan pada tahun 2012 kepada RM6,046 sebulan pada tahun 2014. Pendapatan semua kaum juga sama-sama meningkat; tiada kaum yang tercicir atau tertinggal.

Misalnya, pendapatan kasar isi rumah Melayu telah melompat sebanyak 26% dalam tempoh yang sama, dari RM4,600 sebulan kepada RM5,800 sebulan.

Impaknya, antara lain, ialah kadar kemiskinan kini hampir sifar (0.1%) pada tahun 2012 dan 2014.

Selain daripada itu, kita juga dapat menyaksikan lonjakan bayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan dalam tempoh tersebut serta pertambahan pembayar zakat. Sekali gus ianya membuktikan bahawa ekonomi Melaka berkembang secara menyeluruh dan memanfaatkan rakyat, termasuklah orang Islam.

Zakat melonjak

Zakat pendapatan melonjak kira-kita 46%, dari hampir RM21 juta pada tahun 2012 kepada RM30 juta pada tahun 2014. Pada tahun 2015, bayaraan zakat ini telah menokok kepada RM35 juta (+16%). Kenaikan ini pula menggambarkan bahawa pendapatan isi rumah telah mengukuh pada tahun yang sama, khususnya pendapatan isi rumah Muslim, walaupun tiada Penyiasatan / Kajian rasmi dilaksanakan pada tahun tersebut.

Dalam tempoh 2012 ā€“ 2014 itu, pembayar zakat pendapatan telah bertambah hampir 20%, dari kira-kira 21,500 orang kepada 25,700 orang. Bilangan mereka bertambah lagi 14% pada tahun 2015 kepada 29,200 orang.

Dalam tempoh yang sama, bayaran zakat perniagaan telah melompat hampir 28%, dari kira-kira RM9 juta kepada RM11 juta. Pada tahun 2015, nilai zakat ini terus meningkat dan telah mencatatkan lebih RM12 juta (+12%). Pembayar zakat kategori ini pula telah bertambah dari 1,100 orang kepada 1,400 orang (+27%) dan terus meningkat kepada 1,500 orang pada tahun 2015 (+8%).

Kadar pengangguran hampir sifar

Aktiviti ekonomi yang rancak telah menjana peluang pekerjaan yang banyak. Yang demikian, Datuk Seri telah mampu mengekalkan kadar pengangguran sekitar 1%, atau hampir sifar, pada tahun 2015. Kadar ini bukan sahaja terendah di Malaysia (3.1%) bahkan ianya terendah di kalangan semua negara maju (6.7%) dan jauh di bawah paras kadar pengangguran dunia (5.8%). Beliau juga berjaya mengekalkan kadar gunatenaga penuh (full employment) sepanjang tiga tahun yang lalu di mana kadar pengangguran terus berada di bawah paras 4%!

Kos sara hidup yang sederhana

Selain dari isu pertumbuhan ekonomi, pendapatan dan pekerjaan, isu kos sara hidup juga dekat dengan hati nurani rakyat. Sama saperti ketiga-tiga angkubah berkenaan, Datuk Seri juga telah berjaya mengendalikan isu kos hidup ini dengan berkesan.

Di negara kita, kos sara hidup atau kadar inflasi diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna (CPI) sebagai proksi kayu pengukurnya.

Sebelum itu, wajarlah diingatkan bahawa inflasi adalah umpama kolestoral; ada yang baik (good) dan ada pula yang jahat (bad).

Ramai pengguna biasa berpendapat bahawa hanya kenaikan harga yang tinggi, hyper inflation dan stagflasi sahaja yang buruk. Sebenarnya inflasi sifar (zero inflation) atau inflasi rendah saperti di USA serta deflasi (deflation) atau kejatuhan harga saperti yang dialami oleh Jepun berdekad lamanya juga tidak sihat kepada ekonomi.

Melaka dan Malaysia pernah diserang stagflasi pada awal tahun 1970an, mengalami deflasi dari bulan Jun 2009 ā€“ November 2009 (-0.1% hingga -3.4%) dan bergelut dengan inflasi yang dianggap telah begitu tinggi pada bulan Mei 2008 ā€“ Januari 2009 (4.0% – 9.5%). Namun serangan inflasi kita itu tidaklah seteruk apa yang pernah dialami oleh Mesir, Venezuela dan Zimbabwi.

Kadar inflasi yang sihat untuk ekonomi ialah kadar inflasi yang sederhana.

Tidak dinafikan bahawa rakyat Melaka kini sedang berdepan dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Namun ianya tidaklah seteruk tahun 2008. Kita amatlah bertuah kerana Datuk Seri mampu mengawal dan menguruskan kadar inflasi kita di tahap yang sederhana. Purata kadar inflasi kita sepanjang tiga tahun yang lalu hanyalah 2.4%! Sesungguhnya ianya adalah sihat dari sudut ekonomi.

Dengan kenaikan pendapatan (12%) yang jauh melebihi kenaikan kadar inflasi (7.2%) maka sesungguhnya penduduk Melaka telah menikmati kenaikan pendapatan sebenar. Justeru kehidupan kita jauh lebih baik, misalnya, dari kehidupan rakyat Brazil, Venezuela, Mesir, Indonesia, Greek, Sepanyol dan sebagainya yang dicengkam oleh kemiskinan, dibebani oleh pendapatan yang merosot, dihimpit oleh kadar pengangguran yang tinggi serta ditekan pula oleh kadar inflasi yang tidak sihat.

Pelaburan

Akhirnya saya ingin menyentuh angkubah pelaburan yang merupakan salah satu pemandu ekonomi (economic driver) yang kritikal dalam konteks ekonomi modal.

Dalam suasana ekonomi global yang suram dan muram maka permintaan luar (eksport) turut menjadi lemah. Yang demikian, ekonomi Melaka dan Malaysia perlulah lebih bergantung kepada rangsangan permintaan domestik yang efektif dan pelaburan yang besar untuk menyuntik pertumbuhan ekonominya.

Berdasarkan maklumat pendapatan isi rumah di atas, jelaslah kita bernasib baik kerana pendapatan isi rumah kita telah meningkat dengan ketara (12%). Justru ianya telah membantu memacu permintaan domestik dan, yang demikian, membantu pula merangsang pertumbuhan ekonomi.

Pada masa yang sama, dalam suasana para melabur mengambil sikap ā€˜tunggu dan lihatā€™, Datuk Seri pula telah menjadi seorang marketing advisor / sales advisor yang berjaya menjual Melaka kepada para pelabur dalam negeri dan luar negeri. Manifestasi kejayaan tersebut dapat kita saksikan melalui kenaikan mendadak nilai pelaburan yang diluluskan setiap tahun, dari RM1.5 bilion pada tahun 2013 kepada hampir RM7 bilion pada tahun lepas. Ia merupkan lonjakan sebanyak 360% sedangkan, dalam tempoh yang sama, nilai pelaburan yang diluluskan di peringkat Malaysia telah merosot 5%, dari RM52.1 bilion kepada RM49.5 bilion.

Dalam tempoh 3 tahun itu, beliau telah berjaya membawa masuk pelaburan yang diluluskan oleh MIDA bernilai hampir RM13 bilion; 62% daripadanya ialah pelaburan domestik (DDI) manakala baki 38% lagi ialah pelaburan asing (FDI). Pelaburan ini bersama-sama dengan penggunaan domestik telah menjana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi Melaka.

Apa yang dilakarkan ini hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari Kad Laporan (Report Card) Datuk Seri bagi tempoh tiga tahun yang lalu. Banyak lagi yang perlu dinilai dan dilaporkan.

Pada masa yang sama, beliau masih lagi di peringkat awal tempoh pentadbiran. Namun kejayaan beliau sudah menyerlah dan kita telahpun menikmati faedahnya.

Terbukti beliau umpama pohon nan rendang yang boleh menjadi tempat kita tumpang berlindung dan berteduh.

Pergi ke huma pergi ke ladang
Tanam nenas di rumpun buluh
Datuk Seri umpama pohon nan rendang
Hujan dan panas tumpang berteduh.

Tahniah dan ribuan terima kasih, Datuk Seri.

Berkat Tepat Cepat

Diyakini banyak lagi yang ingin beliau usahakan di bawah Melaka Maju Fasa II ini dengan BERKAT TEPAT CEPAT. Contohnya, tentunya beliau mahu melihat pendapatan isi rumah rakyat Melaka melonjak dengan ketara menjelang tahun 2020. Untuk mencapai visi tersebut, gaji para pekerja, mislanya, perlulah dinaikkan ke tahap yang setara dengan gaji pekerja di negara berpendapatan tinggi.

Pada masa ini, separuh daripada keseluruhan pekerja di Melaka mempunyai gaji di bawah RM1,500 sebulan. Untuk mencapai objektif berkenaan, sudah tentulah beliau perlu berunding dengan para majikan dan warga pekerja secara berhemah. Banyak faktor perlu diambil-kira, termasuklah produktiviti, daya saing dan ketahanan syarikat.

Dalam pada itu, beliau tentunya mahu berhati-hati kerana tidak ingin melihat pisang berbuah dua kali. Tidak guna berhempas pulas memaju dan membangunkan negeri tetapi akhirnya parti beliau sendiri kehilangan pusat pentadbiran dan kuasa sepertimana hilangnya DUN Kota Laksamana & Parlimen Kota Melaka serta terlepasnya DUN Ayer Keroh, DUN Bukit Baru & Parlimen Bukit Katil.

Maka sudah tentulah beliau ingin merancang dengan lebih teliti dan TEPAT lagi.

Akhirnya, tentulah beliau mahu kesemua yang difikir, dirancang dan diusahakan itu mendapat keredhaan Allah SWT agar kita pula mendapat BERKATNya. Tidak guna Tepat dan Cepat jika tidak Berkat.

Resipi: Sokongan padu

Untuk membantu Datuk Seri berjaya dalam memaju dan memakmurkan Negeri Hang Tuah yang bertuah ini dan kita pula yang mendapat nikmat kejayaan itu maka seluruh rakyat negeri Melaka perlulah memberikan sokongan padu kepada beliau.

Beliau tidak boleh memandu seorang diri dan kita pula tidak boleh maju kehadapan tanpa kepimpinan yang tegas, berkesan dan berwawasan.

Justru pemimpin dan rakyat hendaklah sebahu dan sederap melangkah memajukan negeri dengan gigih dan iltizam yang jitu.

Patah atap kerana buluh
Terbang melayang burung tempua
Patah sayap bertongkatkan paruh
Namun tetap bersama terbang jua.

Inilah pra syarat dan resipi Melaka Maju Fasa II, Berkat Tepat Cepat.

Wallahuā€™alam.

Sumber: Pelbagai.

20160505_102105

20160505_113601-2

, , ,

1 Comment

Melaka hebat dan berkat (sambungan)

Sebelum ini saya telah menegaskan bahawa taraf hidup rakyat Melaka jauh lebih baik dari rakyat Pulau Pinang.

Antara lain saya telah membuktikan bahawa lebih ramai rakyat Melaka (84.4%) memilik rumah berbanding orang Pulau PinangĀ  (82.0%) kerana pendapatan isi rumah yang lebih kukuh dan harga rumah yang lebih berpatutan.

Dari segi perumahan, tempat kita berehat dan berteduh, kualiti tersebut belum lagi cukup. Melaka memiliki banyak lagiĀ  nilai tambah yang boleh dibanggakan;Ā  malah di ‘envy’ oleh ramai orang, termasuklah orang Pulau Pinang.

Hampir 100% rumah yang dimiliki oleh orang MelakaĀ  itu adalah kukuh kerana hampir 90% adalah berdinding batu. Justru ianya bukan sekadar peratus pemilikan yang tinggi sahaja.

Dalam pada itu kerajaan BN Negeri Melaka meningkatkan kualiti dan nilai tambah dengan menyediakan kemudahan infra. Kemudahan- kemudahan itu menyumbang kepada pengukuhan kesejahteraan hidup rakyat.

Antara kemudahan tersebut ialah 100% isi rumah mendapat bekalan air paip, berdekatan dengan pusat kesihatanĀ  awam dan berhampiran pula dengan sekolah rendah kerajaan – jaraknya kurang dari 9 km.

Semua kualiti berkenaan yang dimiliki oleh Melaka itu mampu mengatasi Pulau Pinang dengan mudah.

Di sampingĀ  itu, outcome dari purata pendapatan bulanan isi rumah yang lebih tinggi itu, anak cucu Hang Tuah, misalnya, mampu memiliki lebih banyak kereta (91.4%), motorsikal (77.9%) dan alat pendingin hawa (52.3%) berbanding orang Pulau Pinang.

Pemilikan kemudahan-kemudahan tersebut sudah pasti meningkatkan lagiĀ  kesejahteraan hidup orang Melaka.

Lantas sukalah saya menegaskan sekali lagi bahawa kesejahteraan dan taraf hidup rakyat Melaka jauh lebih baik dari kehidupan orang pulau yang nampaknya sudah hilang cahaya mutiaranya itu.

Sesungguhnya orang MelakaĀ  berasa bersyukur,Ā  beruntung dan bertuah kerana terusĀ  dipimpin oleh BN /UMNO sejak hampir 70 tahun yang lalu. Hidup kamiĀ  mendapat berkat.

Syabasy, tahniah dan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Ir Idris Haron dan semua pemimpin BN/UMNO yang lalu.

Buah nyiur dari bukit
Buah jagong berkati-kati
Jasa pemimpin UMNO bukan sedikit
Tidak tertanggung hingga ke mati.

Dalam pada itu kita tidak melupakan nasib ahli keluarga kita yang kurang bernasib baik di Pulau Pinang. Kita sedia membantu.

Untuk mengilap semula mutiara yang sudah malap itu, Ketua Menteri Pulau PinangĀ  diundang pulang ke Melaka untuk berguru dengan Datuk Seri Ir Idris Haron sebagai SIFU.

Demi kesejahteraan hidup rakyat Pulau Pinang, tidak ada apa yang hendak dimalukan. Ianya sebahgian daripada learning curve dan pembelajaranĀ  sepanjang hayatĀ  (3L).

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari Pulau Pinang Ketua Menteri datang
Ketua Menteri Melaka sedia menanti.

Berpeganglah kepada maksud pantun ini dalamĀ  belajar danĀ  berguru. Sesungguhnya, dalam bidang ini, Datuk Seri Ir Idris Haron is the RIGHT SIFU for you. Pada hemat saya, beliau bersedia berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Berburu di padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Datuk Akbar Ali
YDP Pertubuhan Kesejahteraan Ummah

17 Disember 2015.

image1

,

Leave a comment

Melaka Hebat dan Berkat

Pihak-pihak tertentu, terutama yang bangga diri dengan Pulau Pinang, kelihatan seolah-olah terdorong pula untuk memperkecilkan Malaysia. Mereka amat suka membandingkan negara ini dengan pulau kecil, Singapura.

Mereka ini pula sengaja tutup mata untuk membandingkan Pulau Pinang dengan Melaka. Perbuatan mereka itu jelas menunjukkan bahawa mereka akui serta malu dan takut dengan kehebatan Melaka.

Lapan butiran atau angkubah ini jelas membuktikan kehebatanĀ  kerajaan BN / UMNO yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Ir Idris Haron dalam menguruskan pentadbiran negeri Melaka berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.

IMG-20151216-WA0019

Bahawa Datuk Seri adalah sesungguhnya rakyat-centric (mengutamakan rakyat) dapat dilihat dengan Ā jelas dari hasil pengurusan pembangunan ekonomi yang mengalir kepada rakyat; bukan semata-mata dipulun oleh pasaran dan syarikat besar.

Buktinya ialah purata pendapatan isi rumah bulanan Melaka yang lebih tinggi, kadar kemiskinan dan pengangguran hampir sifar serta jurang pendapatan yang lebih kecil.

Kerana kebijaksanaan Datuk Seri dalam mengawal dan menguruskan harga rumah maka lebih ramailah orang Melaka (84.4%) memiliki rumah berbanding orang Pulau PinangĀ  (82.0%) sebab rumah yang dibina itu mampu dibeli oleh orang Melaka.

Hanya Melaka berjaya menyediakan rumah pada harga senilai dengan 3 tahun pendapatan penengah bulanan iaitu kira-kira RM180,000.

HargaĀ  rumah di Pulau Pinang adalah satu igauanĀ  bagi rakyat biasa; tidak mampu mereka membelinya. Mereka hanya mampu lihat sahaja.

Pada umumnya, harga rumah di Pulau itu adalah bersamaan 5.2 tahun pendapatanĀ  penengah bulanan mereka. Piiiuuuu!!!

Dalam pada itu, outcome dari pengurusan ekonomi yang baik serta pentadbiran negeri yang mantap maka para pelabur dan pelancong turut berminat datang ke negeri Hang Tuah ini. Melaka menerima pelaburan yang lebih besar dan bilangan pelancong yang lebih ramai berbanding Pulau Pinang!

Kebanjiran ini merangsangĀ  pertumbuhan ekonomi negeri dan faedahnya mengalir kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dan pertambahan pendapatan.

Natijahnya, taraf hidup rakyat Melaka jauh lebih baik dari rakyat Pulau Pinang dan diberkatiĀ  oleh Allah swt.

Syabas, tahniah dan ribuan terima kasih, Datuk Seri Ir Idris Haron.

Anak duri anak tenggiri
Dalam belanga bertemu jodoh
Datuk Seri umpama payung negeri
Tempat kami tumpang berteduh.

16 Disember 2015.

,

2 Comments

PERUTUSAN KHAS YAB DATUK SERI IR HJ IDRIS BIN HJ HARON,

PERUTUSAN KHAS YAB DATUK SERI IR HJ IDRIS BIN HJ HARON,

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI MELAKA

SEMPENA PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN, MELAKA 2015

 

Ā Ā  Ā Ā Ā Tuan-tuan & puan-puan, ahli UMNO yang dirahmati Allah,

  1. Parti keramat kita, UMNO, telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 atas kesedaran dan keinsafan ibubapa dan datuk nenek kita untuk bersatu di bawah payung UMNO yang dipimpin oleh Allahyarham Datoā€™ Onn Jaafar. Mereka bersatu dalam kegigihan untuk membantah dan menolak Malayan Union demi memelihara serta mempertahankan maruah dan martabat bangsa Melayu, kedaulatan Raja Melayu dan kesucian agama Islam.

  1. Bantahan tersebut telah berjaya menguborkan Malayan Union dan menubuhkan pula Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948.

  1. Didorong oleh kesatuan dan perpaduan jitu itu, UMNO telah mengorak langkah memperjuangkan pula kemerdekaan di bawah payung Parti Perikatan yang dipimpin oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

  1. Berkat perjuangan tersebut yang suci, kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tanpa menumpahkan setitik darah pun berbanding, misalnya, Indonesia, India, Pakistan, Filipina, dan Vietnam yang telah mengorbankan ratusan ribu rakyat masing-masing. Kemudian kita membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

  1. Kini UMNO meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dengan menumpukan kepada usaha memupuk perpaduan kaum, memelihara keamanan dan keselamatan rakyat serta memakmur dan mensejahterakan warga Malaysia, khasnya bangsa kita sendiri tanpa melupakan kaum-kaum lain.

  1. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, kegigihan usaha kita itu telah melonjakkan Malaysia ke tahap kemajuan yang membanggakan. Kini Malaysia berada di kalangan negera bertaraf Pembangunan Manusia Yang Tinggi . Pada tahun 2014, kita berada di tangga ke 62 di kalangan 187 buah negara atau satu pertiga teratas dan terbaik di dunia.

  1. Antara rekod kejayaan Malaysia yang diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia serta disegani oleh masyarakat dunia ialah kemampuan kita membasmi kemiskinan dan buta huruf dalam masa yang sengkat. Kini kita menuju ke tahap negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, sepertimana yang disasarkan oleh Presiden kita, YAB Datoā€™ Seri Mohd Najib Tun Razak.

  1. Kejayaan Melaka lebih cemerlang lagi. Kita lebih dahulu mencapai tahap negeri maju pada tahun 2010. Hanya kita yang mencapai tahap tersebut, sepertimana yang diakui oleh pertubuhan negara-negara maju dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri kita.
  2. Di samping itu, kita bukan sahaja masih berjaya mengekalkan kadar kemiskinan dan pengangguran terendah di Malaysia malah terendah di kalangan negera-negara maju. Seratus peratus penduduk Melaka boleh mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik sedangkan tidak semua penduduk Amerika, kononnya negara terkaya dan termaju di dunia, mendapat nikmat seperti kita ini. Kini kita dalam Fasa ke-2 Melaka Maju.

  1. Itulah secara ringkas kejayaan parti kita, UMNO! Kejayaan besar dan sumbangan berharga UMNO itu tersimpul dalam pantun pusaka ini:

Anak duri anak tenggiri,

Dalam belanga bertemu jodoh,

UMNO umpama payung negeri,

Tempat rakyat tumpang berteduh.

Tuan-tuan & puan-puan yang saya kasihi,

  1. Kejayaan tersebut hendaklah kita kekalkan. Kejayaan baru perlu pula hendaklah kita terokai kerana masih banyak lagi yang perlu kita laksanakan. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.

  1. Kita hanya mampu mengekalkan kejayaan lampau dan menerokai kejayaan baru jika kita berjaya mengekalkan kuasa yang ada pada kita. In syaa Allah, kuasa itu akan kekal jika perpaduan ahli mantap, jentera parti kukuh dan kita pula mampu menarik semua orang Melayu dan Bumiputera berlindung di bawah payung UMNO serta kaum-kaum lain turut menyokong kita.

  1. Rahsia letaknya kuasa itu adalah di CAWANGAN UMNO; di Cawangan tuan-tuan yang jitu berpadu dan di lebih 20 ribu cawangan yang lain di seluruh negara. Cawangan-cawangan ini umpama jari jemari. Sebatang jari kurang gunanya. Lima jari yang bersatu, kegunaannya beribu!

  1. Bersama jentera parti yang kukuh ini, marilah kita melaksanakan Pelan Tindakan 2015 selaras dengan wawasan untuk menang besar dalam PRU 14 nanti:

  • merampas semula Parlimen Bukit Katil, DUN Bukit Baru dan DUN Duyung;

  • menambah pemilih Melayu; sekurang-kurangnya 65% pemilih hendaklah Melayu di DUN masing-masing menjelang PRU 14; dan

  • mendaftarkan semua ahli UMNO yang layak menjadi pemilih.

Tuan-tuan & puan-puan, ahli UMNO yang disayangi Allah,

  1. Kita tidak boleh selesa dan sambil lewa dalam melaksanakan Pelan tersebut kerana Melaka kini dalam zon yang agak merbahaya. Difahamkan 8 buah DUN (Gadek, Machap, Durian Tunggal, Klebang, Paya Rumput, Teluk Mas, Bemban dan Rim) menjadi sasaran pembangkang. Jika kita kecundang, maka kita pula yang akan menjadi pembangkang. Bersediakah kita bertuankan bukan pemimpin UMNO sebagai Ketua Menteri Melaka?

  1. Kita hendaklah segera mengambil iktibar dari trajedi yang berlaku pada kubu kuat UMNO di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor yang berhampiran dengan kita.
  2. Pada tahun 2004, pembangkang hanya menang 2 kerusi DUN di Selangor dan Negeri Sembilan dan hanya sebuah kerusi DUN di Johor. Pada tahun 2008 BN / UMNO tumbang di Selangor dan hampir tumbang di Negeri Sembilan. Pada tahun 2013, BN / UMNO kalah lebih teruk lagi di Selangor dan pembangkang dapat menambah 18 kerusi DUN di Johor, tempat lahirnya UMNO.

  1. Justeru kita hendaklah membaharui azam untuk sebahu dan sederap bersama pemimpin dalam usaha menuai kemenangan besar di PRU ke 14 nanti. Yang rebah kita sama-sama tegakkan; yang condong kita sama-sama tongkatkan. Ia selaras dengan maksud Firman Allah swt, Ayat 59, Sura al-Nisaā€™:

ā€œWahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan kepada ā€˜Uli al-Amriā€™ (orang-orang yang memimpin) dari kalangan kamu..ā€

  1. Azam kita ialah untuk menang di peringkat parlimen dan DUN. Ini bermakna kita perlulah menang di peringkat PDM. Rahsia kemenangan PDM pula terletak pada kekuatan perpaduan Cawangan! Sesungguhnya pemimpin parti mengakui Cawangan amatlah penting dalam susunan kuasa parti kita.

  1. In syaa Allah, berkat usaha bersama, kita akan berjaya mengekalkan rekod dunia bahawa, di bawah sistem demokrasi berparlimen, UMNOlah parti politik yang paling lama terus menerus berada di persada kuasa.

  1. Kita insaf bahawa hanya UMNOlah tempat kita berpaut. Hanya UMNOlah tempat kita berteduh. TIADA pertubuhan Melayu lain yang mampu mengambil alih peranan dan tanggungjawab yang terpikul di bahu UMNO ini.

Pohon nyiur di tepi laut,

Burung gagak di pucuk kayu,

Kepada UMNO kita berpaut,

UMNO tegak, perkasalah MELAYU!

Ā 

Justeru marilah kita sama-sama menjaga dan memperkasakan parti keramat ini demi kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta.

  1. Akhir kalam, saya mendoakan Tuan-tuan dan Puan-puan agar sentiasa dikurniakan kebahagian oleh Allah swt, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan untuk terus memperjuangkan agama Allah swt serta mengangkat martabat Bangsa Melayu dan memelihara maruah negara.

  1. Semoga perhimpunan kita pada hari ini dirahmati Allah swt dan perpisahan kita selepas ini dilindungiNya jua. Mudah-mudahan kita semua tergulung dalam kumpulan orang yang terpuji. Amin.

  1. Selamat bersidang dan didoakan semuanya berjalan lancar dan sempurna. Wabillahitaufikwalhidayahā€¦Assalamuā€™alaikum wbt.

, , ,

Leave a comment

Banjir di Pantai Timur; Pencegahan Dan Perancangan

Jawatakuasa Perancang Bencana Negara (JPBN) GAGAL meramalkan banjir ini?

1. Kini jumlah mangsa banjir menghampiri 100,000 orang. Rekod baru negara! Rasa sedih kita utk mereka. šŸ˜©šŸ˜¢

2. Tahniah kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa ini, terutama dermawan dan pekerja sukarela yang membantu jentera kerajaan. šŸ‘

3. Pakar astronomi boleh ramalkan dgn tepat bila dan berapa lama gerahana akn berlaku beberapa tahun akn datang.

4. Pakar gunung berapi juga blh ramalkan bila satu2 gunung berapi itu akn meletup dan kekuatannya. Begitu jg pakar gempa bumi.

5. Pakar iklim (climatologist) blh pula ramalkan ribut, taufan, el nino, el nina dll akn berlaku jauh lbh awal.

6. Pakar kaji cuaca tugasnya lbh mudah lagi.. utk ramalkan keadaan cuaca beberapa minggu lbh awal spt tahap dan tempoh hujan, kelajuan & tempoh tiupan angin dan ketinggian & kekuatan ombak.

7. Berdasarkan maklumat ini, JPS blh ramalkan / unjurkan kelebatan hujan, ketinggian (volume) dan kelajuan air mengalir di sungai2 serta impak keluasan dan ketinggian kawasan akn dilanda banjir.

8. Inilah maklumat kritikal awal yg diperlukan untuk merancang seterusnya.

9. Lalu tidak timbul tak cukup simpanan bekalan makanan & pakaian, pusat gerakan bencana alam ditenggelami banjir, pesakit terancam, helikopter tak ada tempat hendak mendarat, dll.

10. Adakah JPBN gagal dalam aspek ini? Wajarkah Jabatan Kaji Cuaca serta JPS diberikan surat tunjuk sebab?

11. Tahniah kpd kerajaan negeri Melaka kerana telah mengambil tindakan preventif sejak 2007 seperti memperbaiki saliran dan perparitan serta membina beberapa kolam yg besar untuk menakong limpahan banjir. Justeru, Ā alhamdullillahhh, potensi impak banjir telah dapat dikurangkan.

12. Visi ini perlu dikongsi oleh JPBN dan kerajaan negeri yang lain.

,

1 Comment

Melaka Terhebat!

melaka terhebat. versi JPG

,

Leave a comment