Posts Tagged Parlimen Malaysia

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK11 – BETULKAN KEUTAMAAN!

1. Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK11 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu. Temanya “keutamaan dan penekanan baharu”. Betulkah demikian?

TONGGAK KSP

2. Asalnya RMK11 (2016 – 2020) berpaksikan 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan. Setelah dikaji semula, ianya telah diubahsuai lantas baki tempoh RMK11 ini (2018 – 2020) akan dipacu pula oleh 6 Tonggak.

3. Setelah diperhalusi 6 Tonggak tersebut, didapati 4 daripada 6 Teras Strategik lama itu masih dikekalkan dan diterima-pakai iaitu Teras Pertama (Memperkukuhkan inklusiviti), Teras Ketiga (Pembangunan Modal Insan), Teras Keempat (Pertumbuhan Hijau) dan Teras Keenam (Pertumbuhan Ekonomi).

4. Teras Kedua (Kesejahteraan Rakyat) dicantumkan dengan Tonggak II dan Teras Kelima (Memperkukuhkan Infrastruktur) dicantumkan dengan Tonggak VI dan diperkenalkan Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus) serta Tonggak III (Pembangunan Wilayah Yang Seimbaang).

5. Di samping 6 Tonggak berkenaan, dirangka pula Bidang Keutamaan dan Startegi masing-masing untuk merealisasikan setiap Tonggak itu. Diakui ianya memanglah cantik di atas kertas. Dan tidak ada masalah untuk menyokongnya kerana ianya sama sahaja maksud dan tujuannya dengan Teras Strategik dan Pemacu Perubahan yang asal. Saya anggap ini sebagai rebranding dan repackaging sahaja. Form and designnya berbeza tetapi substancenya sama.

SIAPA BACA?

6. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkanlah saya bertanya berapa ramaikah pegawai kanan dan ketua jabatan telah membaca dokumen perancangan seperti RMK11 dan Model Baru Ekonomi? Janganlah terkejut jika saya tegaskan ramai yang tidak pernah lihatpun kedua-dua dokumen tersebut.

7. Kalau ada pun dokumen berkenaan di pejabat, ramai yang tidak membacanya; termasuklah mereka yang berkhidmat di Putrajaya. Terdapat pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) pun tidak pernah membacanya.

8. Ini adalah hasil pengalaman saya sendiri. Kebanyakan mereka hanya ingin tahu jumlah peruntukan di bawah kementerian/jabatan masing-masing. Itu saja.

9. Justeru itu, apakah usaha pertama untuk mempastikan mereka membaca KSP ini, memahaminya dan melaksanakannya dengan betul dan penuh iltizam? Lebih-lebih lagi kita telah melalui 60 tahun berkerajaan yang mana kebanyakan kegagalan kita itu adalah disebabkan kesilapan pelaksanaan; bukannya kesilapan merancang.

10. Kesilapan itu berpunca dari kegagalan membaca serta memahami dokumen penting seperti KSP ini. Justeru itu, mestilah ada outcome-bssed jadual tersusun untuk memberi penjelasan mengenai kandungan KSP berkenaan; bukan semata-mata seperti road show biasa.

TONGGAK II / JURANG

11. Artikle saya ini lebih menumpukan kepada Tonggak II (Pembangunan Inklusif), khususnya usaha menangani jurang kekayaan / pendapatan.

12. Saya amatlah tertarik dan teruja bila mendengar komitmen hendak mewujudkan masyarkat yang inklusif dan merapatkan jurang kekayaan / pendapatan. Ramai mendendangkan isu yang sama.

13. Sesungguhnya isu jurang kekayaan ini merupakan isu global; bukan terhad di Malaysia atau negara miskin dan mundur sahaja. Ia turut menyerang negara maju seperti USA dan Perancis. Ia sudah diperdebatkan di Davos, diingatkan oleh Bank Dunia dan IMF serta diberi amaran oleh Transparency International dan sebagainya.

14. Di kalangan banyak suara yang menjerit itu, adakah mereka melaungkan perkara yang sama dan menepati sasaran?

15. Untuk memudahkan kefahaman, marilah kita kupas dan decompose sedikit isu jurang ini.

16. Secara kasar, jurang kekayaan / pendapatan terbahagi kepada dua. Pertama, jurang dalam kumpulan (intra group inequality) dan, kedua, jurang antara kumpulan (inter group inequality).

17. Dalam membicarakan jurang ini, dua isu lain iaitu isu pendapatan serta isu kemiskinan sangatlah berkait rapat.
18. Apakah senario tentang ketiga-tiga dimensi ini – pendapatan, kemiskinan dan jurang?

KEJAYAAN LALU

19. Kerajaan BN telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak dengan melonjakkan pendapatan rakyat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), jumlah purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melonjak dari RM264 (1970) kepada RM1,098 (1984), RM3,249 (2004), RM4,025 (2009) dan RM6,958 (2016).

20. Purata pendapatan kasar bulanan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah turut melompat.

21. Kadar kemiskinan mutlak pula, menurut Jabatan yang sama, telah dapat dibasmi dari 49.3% (1970) kepada 20.7% (1984), 5.7% (2004), 3.8% (2009) dan hampir sifar 0.4% (2016). Begitu juga kadar kemiskinan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menurun.

22. Jurang pendapatan intra kumpulan (intra group inequality) iaitu jurang keseluruhan masyarakat Malaysia, menurut JPM lagi, telah turut dapat dikecilkan dari 0.513 (1970) kepada 0.483 (1984), 0.452 (2004), 0.440 (2009) dan 0.399 (2016), berdasarkan Pekala Gini (Gini Coefficient).

23. Demikian juga jurang intra pendapatan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menyusut.

24. Sayugia dimaklumkan, semakin kecil bacaan Pekala Gini itu maka semakin rapatlah jurang tersebut.

KEUTAMAAN KSP

25. Apakah keutamaan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani isu jurang ini? Dalam laporan KSP tersebut adalah jelas bahawa kerajaan masih memberikan keutamaan kepada merapatkan lagi jurang dalam kumpulan yang beransur mengecil.

26. Pendekatan yang diguna-pakai, antara lain, ialah membasmi kemiskinan mutlak yang sudahpun hampir sifar dengan menekankan usaha menaikkan pendapatan B40 di bawah jargon baru berkongsi kekayaan atau sharing prosperity.

27. Ya, kononnya berkongsi kekayaan melalui growth with equity ini adalah satu pendekatan baru untuk merapatkan jurang. Ia diperkenalkan oleh Bank Dunia pada tahun 2013. Namun pendekatan ini tidaklah menumpukan secara khusus kepada usaha merapatkan jurang antara (inter) kumpulan. Justeru manifestasi yang sama-sama dapat kita lihat ialah jurang inter kumpulan semakin melebar!

28. KSP mensasarkan pengecilan jurang intra kumpulan dari 0.399 kepada 0.385 manakala pendapatan purata bulanan B40 pula akan ditingkatkan dari RM2,848 kepada RM4,430 pada tahun 2020 nanti.

29. Apakah asas dan tujuan sasaran RM4,430 sebulan itu? Adakah kenaikan tersebut jauh leih pantas dari kenaikan pendapatan T20 dan M40 hinggakan mampu meraptakan jurang pedapatan antara 3 kumpulan berkenaan menjelng 2020 nanti?

30. Adakah tepat keutamaan tersebut? Adakah terdapat penekanan baharu dalam pendekatan itu?

31. Jawapannya ialah keutamaan PH adalah SAMA dengan keutamaan BN iaitu hanya mahu merapatkan jurang intra kumpulan yang beransur mengecil (reducing narrowing intra group gap). Tidak disebutpun pengecilan jurang inter kumpulan. Sasaran pendapatan bulanan T20 dan M40 tidakpun dinyatakan!

32. Pendekatan kerajaan PH juga adalah sama dengan kerajaan BN iaitu menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan mutlak. Tidak disentuhpun kemiskinan relatif.

33. Mengapa boleh berlaku sedemikian?

34. Andaian saya ialah walaupun kerajaan telah bertukar iaitu ahli Jemaah Menteri sudah berubah tetapi majoriti pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan KSP ini mungkin pegawai yang sama semasa menyediakan RMK11 dulu dengan mindset yang belum berubah. Lalu benarlah pandangan Albert Einstein, “We cannot solve our problems with the same thinking (people) we used when we created them”.

35. Telah terbukti bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat dari orang luar seperti saya sekalipun YAB Perdana Menteri masa itu telahpun dengan ikhlas mengakui bahawa era kerajaan tahu semua telah berakhir. Namun mereka tetap berpendirian bahawa seolah-olah mereka adalah serba tahu (omniscient)!

36. Pada bulan Jun 2015, saya telah menulis dan memberi penerangan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di EPU, ICU, MARA dan lain-lain lagi. Turut hadir YBhg Tan Sri Wahid Omar (Menteri yang menjaga EPU masa itu) dan YBhg Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi MARA ketika itu).

37. Dengan jelas dan tegas saya katakan kerajaan merancang RMK11 untuk GAGAL kerana, mengikut unjuran saya, beberapa sasaran utama dalam RMK11 itu tidak akan tercapai.

38. Sasaran berkenaan ialah pertumbuhan ekonomi (5% – 6%), sumbangan pampasan pekerja kepada GDP (40%) dan jurang akan mengecil. Bolehlah baca tulisan saya itu di sini RMK11 – MERANCANG UNTUK GAGAL.

39. Sesungguhnya 5 tahun sebelum itu lagi, iaitu pada 29 Mei 2010, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang mana saya adalah salah seorang ahli panelnya, saya telah mengunjurkan bahawa kumpulan bawahan akan semakin terpinggir dan jurang pendapatan antara kumpulan akan semakin melebar di bawah Model Baru Ekonomi.

40. Namun tidak siapapun yang kesah. Kini mimpi ngeri itu menjadi realiti. Bolehlah baca unjuran saya itu di sini Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera dan lihat 3 carta yang turut disertakan di bawah.

41. Kini KSP sendiri telah meminda purata pertubuhan ekonomi kepada 4.5% – 5.5% setahun dan sumbangan pampasan kepada GDP sebanyak 38%. KSP setuju jurang intra kumpulan akan mengecil (0.385).

42. Unjuran saya pula ialah purata pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2016 – 2020 adalah bawah 5% manakala sasaran 38% itu tidak akan tercapai. Jurang intra kumpulan akan mengecil manakala antara kumpulan akan terus melebar, kecuali ekonomi merudum.

43. Sekaramg eloklah kita tanya apakah sebenarnya keutamaan yang lebih tepat dan apakah pula penekanan baharu yang wajar diperkenalkan? Dari segi masa (timing), sekaranglah tempoh yang amat sesuai untuk menukar keutamaan dan memperkenalkan penekanan baharu sempena Malaysia Baru.

SYOR

44. Untuk melaksanakan Tonggak II, saya syorkan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan seperti berikut.

45. Pertama sekali, kerajaan sendiri hendaklah sejujur-jujurnya mengakui bahawa ketidak-seimbangan / jurang kekayaan adalah isu terbesar di samping isu rasuah yang melanda negara ini.

46. Masalah kembar Siam inilah yang boleh merosakkan negara jika ianya terus dibiarkan kerana kedua-duanya tidak kondusif kepada pertumbuhan ekonomi mapan, sepertimana yang telah dibuktikan oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh IMF.

47. Justeru kerajaan hendaklah gap-centric dari segi falasafah dan pendekatan serta very passionate dalam menangani dan mendepani isu ini; bukannya secara lip service, sepertimana di masa dahulu.

48. Kedua, kerajaan hendaklah melebihkan usaha merapatkan jurang inter kumpulan yang melebar semula sejak 2009, sepertiman yang dapat dilihat dari ketiga-tiga carta berkenaan, di samping meneruskan usaha merapatkan jurang intra kumpulan yang sudah beransur mengecil (berdasarkan ukuran Gini Coefficient) kepada bawah 0.300.

49. Ketiga, sehubungan dengan perubahan keutamaan tersebut, maka kerajaan hendaklah mengorientasikan semua dasar, program adan aktivitinya ke arah keutamaan merapatkan jurang berkenaan; bukan hanya fokus kepada usaha menambah pendapatan B40 dan setiap dua tahun sekali melaksanakan kajian / survey ke atas pendapatan isi rumah (HIS) semata-semata, misalnya.

50. Lantaran disarankan kerajaan hendaklah memberi tumpuan kepada (a) usaha mengukuhkan lagi institusi (institutional strengthening) agar jenetra kerajaan lebih berupaya, cekap dan berkesan untuk membantu golongan yang terpinggir ini serta (b) merangka program yang boleh membina kapasiti, daya saing dan daya tahan golongan yang sama itu.

51. Di samping itu, kerajaan hendaklah juga merangka dasar dan program untuk (a) memperluas serta meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial kepada golongan bawahan ini, (b) menambah / memperluaskan progressive taxation dan mengurangkan regressive taxation serta (c) melebar dan mengukuhkan lagi hak pekerja.
52. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah mempastikan hasil yang bertambah itu diuruskan secara berhemah, mengurangkan ketirisan dan pembaziran serta mengagihkannya pula secara adil / equitable.

53. Syor-syor lain bolehlah dipetik dari buku The Color of Inequality dan artikel Mind The Gap hasil tulisan Dr Muhammad Khalid, Penasihat Ekonomi kepada YAB Perdana Menteri.

54. Keempat, sehubungan itu, kerajaan hendaklah mendapatkan gambaran yang lengkap tentang pemilikan keseluruhan kekayaan yang merangkumi pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan.

55. Sudahkah kajian pemilikan kekayaan dilaksanakan di Malaysia, sepertimana yang diusahakan oleh Oxfam International (OI)? Kajian OI mendapati bahawa 82% daripada keseluruhan kekayaan dunia yang dihasilkan pada tahun lepas telah dibolot dan dirampas oleh 1% orang kaya yang teratas manakala 50% penduduk dunia yang terbawah tidak mendapat apa=apa pun! Bagaimanakah pula keadaannya di negara kita?

56. Data terakhir mengenai jurang pemilikan financial and non financial assets yang saya perolehi adalah bagi tahun 2009 dan 2012.

57. Pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2012, menurut EPU, adalah sebanyak 23.05%. Pemilikan Bumiputera equity with management control tidak diketahui.

58. Data non financial assets pula menunjukkan bahawa bukan saja pemilikan Bumiputera adalah kecil malah ianya merosot pula. Contoh, bagi tempoh 2 tahun tersebut, pemilikan detached factory oleh Bumiputera merosot dari 13.8% kepada 9.3%; commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complex pula menyusut dari 3.1% kepada 0.2%, menurut Dr Muhamad Khalid.

59. Atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti, eloklah kerajaan menjelaskan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data terkini mengenai pemilikan ekuiti with management control mengikut kaum, sepertimana yang dirancang di bawah RMK11?

60. Anehnya, dalam KSP, sasaran pertumbuhan pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 telah ditetapkan sebanyak 11% setahun. 11% daripada berapa berapa banyak?

61. Kerajaan juga hendaklah memaklumkan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan mengikut kaum serta bilangan professional mengikut bidang dan kaum masing-masing, seperti yang pernah diamalkan sebelum ini?

62. Kelima, kerajaan hendaklah melakukan anjakan paradigma dalam penggunan theoretical construct iaitu menerima-pakai theoretical construct yang baru atau tambahan kepada apa yang sedia diguna-pakai.

63. Sebagai contoh, sejajar dengan kedudukan kita yang kini berada di kalangan Very High Human Development Countries, menurut ukuran Human Development Index (HDI) dan selari pula dengan hasrat kita hendak menjadi sebuah negara maju, maka kerajaan hendaklah mengutamakan pembasmian kemiskinan relatif (Relative Poverty), bukannya kemiskinan mutlak (absolute poverty) yang sudahpun hampir sifar. Konsep kemiskinan mutlak ini lebih sesuai diguna-pakai oleh negara-negara kurang maju (LDCs).

64. Diperhatikan kemiskinan relatif masih tinggi dan terus pula meningkat. Buktinya, pada tahun 2014, kemiskinan relatif ialah pada kadar 15.6%; meningkat kepada 15.9% pada tahun 2016, menurut JPM.

65. Sehubungan penekanan kepada kemiskinan relatif itu maka contoh kedua theoretical construct yang perlu diimbangi ialah penekanan terhadap klas pendapatan seperti T20, M40 dan B40.

66. Diakui bahawa klassifikasi pendapatan seperti ini ada faedahnya, terutama dalam memantau syer pendapatan mengikut kelas pendapatan. Namun ia ada bahayanya iaitu kerajaan boleh terperangkap dengan klassifikasi tersebut sekalipun negara sudah sangat maju kerana klassifikasi berkenaan akan tetap kekal selagi ada matahari dan bulan!

67. Lantaran itu, berkait rapat antara contoh pertama dan kedua tersebut, maka sasaran keutamaan dan penekanan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan hendaklah berganjak dari B40 kepada mereka yang tergolong sebagai miskin relatif.

68. Contoh ketiga pula ialah mengenai nilai garis kemiskinan pendapatan (PLI). Ianya dilihat sudah jumud dan hendaklah dinaikan sejajar dengan taraf hidup sekarang. Eloklah ianya selari dengan konsep living wage.

69. PLI bagi isi rumah (purata 4 orang) Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM960 sebulan, menurut JPM. Living wage bagi Kuala Lumpur adalah sebanyak RM6,500 sebulan bagi suami isteri yang ada 2 orang anak, menurut BNM; perbezaannya 7 kali ganda!

70. Contoh keempat ialah menambah penggunaan measurements untuk mengukur jurang. Misalnya mengguna-pakai simple line graphs dan nilai mutlak dalam mengukur jurang untuk compliment penggunaan Gini Coeffocient dan metod nisbah.

71. Disedari bahawa motif menggunakan kedua-dua ukuran tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa jurang telah mengecil. Misalnya, penggunaan metod nisbah menunjukkan jurang antara luar bandar dan bandar telah mengecil dari 1:1.78 pada tahun 2014 kepada 1:1.76 pada tahun 2016, menurut JPM.

72. Namun carta di bawah, berdasarkan nilai mutlak, menunjukkan sebaliknya.

73. Mungkin JPM boleh membantu menghurai dan merongkai perbezaan tersebut.

74. Berdasarkan data-data yang saya paparkan di atas, terbukti bahawa kerajaan lepas telah gagal untuk mencapai objektif dan sasaran untuk merapatkan jurang inter kumpulan.

75. Syabas kerajaan sekarang komited untuk merapatkan jurang tersebut. Malangnya, seperti yang saya huraikan di atas, kerajaan masih mahu menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama untuk merapatkan jurang inter kumpulan manakala kaedah tersebut telahpun terbukti gagal. Ingatlah apa yang diperli oleh Albert Einstein – Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.

76. Saya juga kurang yakin tentang kejayaan yang hendak dikejar itu sebab apa yang sebenar hendak dilaksanakan itu adalah kurang jelas. Yang tertulis setakat motherhood statements. Apatah pula jika buku ini tidak akan dibaca oleh kebanyakan ahli politik dan para pegawai, sepertiman yang saya tuliskan di awal tadi.

77. Walau apapun, kerajaan masih ada ruang dan peluang untuk meneroka kejayaan baru dengan melakukan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan sebenar, sepertimana yang saya sarankan itu.

DAA
24 Oktober 2018.

Leave a comment

YB Virtual MEMBAHAS TITAH YDP AGONG 2018

Bismillahir rahmanir rahim……
Assalamualaikum …wbt.. salam sejahtera dan salam 1Malaysia..

YB Tan Sri Yang DiPertua,
Syukur

1. Pertama kali, marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah swt di atas keredhaanNya untuk kita menghadiri sidang Dewan Kali Pertama Penggal Ke-6 bagi Parlimen ke-13. Yang demikian dapatlah kita menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sahih, bersih dan sihat. Semoga kita mendapat keberatanNya jua.

2. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Yang DiPertua kerana sekali lagi memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk turut membahaskan Titah ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Mudah-mudahan apa yang ingin saya kongsikan ini akan mendapat perhatian yang saksama dari pihak kerajaan.

3. Dan ketiga, titah perasmian oleh ke Bawah Duli Baginda telah menyentuh pelbagai bidang dan isu semasa dan masa depan kita. Dari isu keselamtan dan keamanan ke ekonomi modal, termasuklah isu kewangan, pertumbuhan ekonomi dan daya saing, ke ekonomi rakyat, termasuklah isu pekerjaan, kos sara hidup dan hinggalah ke isu perpaduan serta kesederhanaan dan sebagainya.

4. Pada hemat saya, setiap butir yang telah dititahkan itu menuntut perhatian serius dari kita semua. Sesungguhnya titah tahunan ke Bawah Duli Baginda telah menjadi pedoman, panduan serta inspirasi kepada kami dalam memikul tanggungjawab serta amanah selama 4 tahun yang lalu sebagai wakil rakyat dan juga sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Skop

5. Menyedari bahawa masa yang diberikan amatlah terhad manakala banyak pula perkara yang ingin diketengahkan maka saya akan cuba mematuhi nasihat “It is better wither to be silent, or to say things of more value than silence” – Anonymous dan “…do not say a little in many words, but a great deal in a few” – Pythagoras (582 BC – 507 BC)

6. Justeru saya ingin mengambil peluang keemasan yang diberikan ini dengan menumpukan skop perbahasan kepada 6 perkara utama sahaja sekalipun banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan.

7. Perbahasan saya akan berpandukan nasihat Zeuxis (464 BC – 400BC): Criticism comes easier than craftsmanship. 6 perkara itu ialah:

(1) Kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan BN,

(2) Hasil kajian UNICEF baru-baru ini,

(3) TN50,

(4) IR4.0,

(5) Dasar Green Tech, dan

(6) Isu Sunway BRT & MRT.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kejayaan

8. Saya cenderung untuk mempercayai bahawa mereka yang memperkatakan kejayaan / kegagalan seseorang atau sesebuah kerajaan itu tidaklah berbohong. “They don’t lie” (dengan izin); cuma “they may not tell the whole truth”.

9. Saya juga mungkin tak mampu to tell the whole truth dalam tempoh yang singkat ini kerana populasi maklumat yang luas dan pelbagai – lebih banyak dari kombinasi air di 7 buah lautan. Saya hanya mampu to approximate the truth…the T value, dalam bahasa statistics. Justeru untuk berlaku adil, wajarlah diusahakan penilaian yang lebih holistik lagi; sekurang-kurangnya merangkumi aspek kehidupan utama.

10. Dari sudut Islam, pembangunan merangkumi 3 aspek utama. Pertama, manusia dengan Allah; kedua, manusia dengan manusia; dan ketiga, manusia dengan alam sekitar.

11. Dari sudut PBB yang dipelopori oleh Dr Amartya Sen melalui Human Development Index (HDI), pembangunan merangkumi 3 bidang utama juga iaitu (1) pendidikan, (2) kesihatan dan (3) ekonomi. Menurut HDI ini, Malaysia berada di kedudukan yang agak baik iaitu di tangga ke 59 di kalangan 168 buah negara pada tahun 2016.

12. Jon Hall, pakar OECD, menegaskan “‘ ‘development’ should look at social, economic and environmental areas together”.

13. World Economic Forum (WEF) pula, melalui The Inclusive Development Index (IDI), menilai prestasi negara berdasarkan 3 main pillars: (1) growth and development; (2) inclusion and; (3) intergenerational equity – sustainable stewardship of natural and financial resources.

14. Saya pula ingin menilai pembangunan itu dari sudut sebuah bakul yang mengandungi 12 tanggungjawab utama atau, dalam bahasa kontemperori, a basket of 13 socio-economic and environmental outcome mix. Ianya sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh ke Bawah Duli Baginda. Mohon saya huraikan satu per satu.

15. Pertama, keamanan dan keselamatan. Parameter ini, seperti titah ke Bawah Duli Baginda, adalah perkara asas kerana sudah tentu kita tidak mahu Malaysia kembali di zaman pendudukan Jepun atau menjadi seperti Afghanistan dan Syria. Berdasarkan Global Peace Index (GPI), Malaysia adalah sebuah negara yang aman kerana berada di kedudukan no. 29 dariada 163 buah negara atau top 20% pada tahun 2016 dan no.3 di Asia.

16. Dari segi Kadar Homicide per 100,000 penduduk pula, berdasarkan kajian UN Office on Drugs & Crime (UNODC), negara kita adalah lebih selamat kerana kadar homicide di Malaysia adalah rendah iaitu sebanyak 1.92 berbanding purata Dunia sebanyak 6.2 atau hanyalah satu pertiga dari kadar dunia.

17. Keamanan dan keselamatan ini hendaklah terus ditingkatkan lagi.

18. Kedua, Perpaduan dan keharmonian kaum. Sudah tentulah perpaduan kaum di negara kita jauh lebih baik dari Ambon, Ireland, USA. Berdasarkan The Inclusive Development Index, tahap keterangkuman kita adalah antara yang terbaik di kalangan 77 buah ekonomi membangun (emerging economies) iaitu di tangga ke 13. Natijahnya ialah, seperti yang saya katakan tadi, Malaysia adalah top 20% paling aman di dunia.

19. Ketiga, Kebebasan bersuara dan beragama. Hak ini terpahat dan terjamin dalam Perkara 10 & 11, Perlembagaan Persekutuan tanpa mengadaikan keamanan serta keharmonian kaum yang sangat delicate dan berharga itu.

20. Keempat, Kualiti hidup yang meningkat. Badan antarabangsa seperti PBB mengiktiraf kualiti hidup rakyat Malaysia terus meningkat. Collobrative evidencenya, antara lain, ialah peningkatan skor HDI yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan pendapatan telah melompat dari 0.541 pada tahun 1980 kepada 0.744 pada tahun 2010 dan seterusnya kepada 0.789 pada tahun 2016.

21. Lantaran itu, tahap kemajuan negara kita telah melonjak dari tahap medium ke high development. Sebagi contoh, Infant Mortality Rate (IMR) kita telah menurun lebih dari separuh dari 13.1 kematian bagi setiap 1,000 live births pada tahun 1990 kepada 6.7 pada tahun 2017.

22. Jangka hayat pula telah menokok dari 68.9 tahun bagi lelaki pada tahun 1990 kepada 72.7 tahun pada tahun 2017 manakala perempuan pula telah melompat dari 73.5 tahun kepada 77.4 tahun dalam tempoh yang sama.

23. Yang demikian, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

24. Kelima, Pertumbuhan ekonomi yang pesat. Diakui bahawa pertumbuhan sahaja tidak cukup untuk mencapai apa yang terdapat dalam raga yang saya sebutkan itu. Namun ianya adalah angkubah atau pre requisite yang penting; yes, not sufficient but important!

25. Alhamdullillah, kita telah berjaya menuai purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.0% bagi tempoh 2000 – 2010 dan 5.2% bagi tempoh 2011 – 2017. Pada tahun 2017, di bawah hostile geo-political global environment, pertumbuhan ekonomi kita adalah cemerlang iaitu 5.9%.

26. Menurut The Economic Leading Indicators keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi bulan Disember 2017, diunjurkan ekonomi negara akan terus berkembang dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, in syaa Allah.

27. Unjuran tersebut disokong pula oleh Business Tendency Statistics keluaran Jabatan yang sama pada 28 Februari lalu yang mengunjurkan prestasi perniagaan bagi suku pertama 2018 akan mengukuh with coincidence indicator of +12.3%.

28. In syaa Allah, harapan ke Bawah Duli Baginda, akan kita sama-sama kita realisasikan.

29. Keenam, Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah. Dari segi ekonomi rakyat, peluang pekerjaan yang banyak sangat didahagakan oleh rakyat. Ia bukan semata-mata untuk menjana pendapatan bahkan juga untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kelaparan serta untuk menjulang maruah seseorang.

30. Rakyat Malaysia amatlah bertuah sekali kerana, di bawah pentadbiran kerajaan BN, mereka telah dapat menikmati guna tenaga penuh atau full employment, mengikut konsep ILO, selama 22 tahun berturut-turut! Kadar pengangguran negara ini terus kekal di bawah 4% dalam tempoh 22 tahun tersebut. Pada tahun 2017, kadar pengangguran kita hanyalah 3.4%. Ia diunjurkan terus kekal di bawah 4% pada tahun ini.

31. Ketujuh, Purata Pendapatan kasar bulanan isi rumah yang terus melonjak. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) keluaran DOSM menunjukkan purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari RM1,169 pada tahun 1990 kepada RM4,025 pada tahun 2009 dan terus melonjak kepada RM6,958 pada tahun 2016 atau hampir 500% dalam tempoh 26 tahun.

32. Kelapan, Kadar kemiskinan yang menurun. Pada tahun 1970, hampir separuh penduduk Malaysia berada di bawah garis kemiskinan. Pada tahun 1990, kadar tersebut telah dapat dikurangkan secara drastik kepada 16.5%. Pada tahun 2009, ianya tinggal 3.8%. Pada tahun 2016, selaras dengan lonjakan pendapatan, kadar kemiskinan tersebut, menurut Laporan HIS, kini hampir sifar (0.4%). Kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan ini telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti bank Dunia dan IMF.

33. Kesembilan, merapatkan jurang pendapatan. Mengguna-pakai Gini Coefficient sebagai proksi mengukur intra group inequalities, dan bersandarkan juga laporan HIS, sesungguhnya didapati, melalui pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan, jurang pendaptan telah berjaya dirapatkan. Sebagai contoh, ukuran Gini pada tahun 1995 sebanyak 0.456 telah dapat dikecilkan kepada 0.441 pada tahun 2009 dan semakin kecil lagi pada tahun 2016 iaitu 0.399. Maklumat ini menjadi bukti bahawa intra group inequalities di kalangan penduduk di Malaysia telah mengecil.

34. Inter group inequalities turut bertambah rapat. Sebagai contoh, jurang pendapatan antara Luar Bandar (LB) dan Bandar (B) telah mengecil; dari 1:1.95 pada tahun 1995 kepada 1:1.85 pada tahun 2009 dan kepada 1: 1.76 pada tahun 2016. Ahli-ahli YB bolehlah merujuk keada laporan HIS yang diterbitkan oleh DOSM.

35. Kesepuluh, Kadar inflasi yang terkawal / di tahap sederhana. Dalam tempoh 20 tahun (1997 – 2017), pada umumnya, melalui pelbagai inisiatif, kerajaan BN telah berjaya mengawal inflasi di tahap sederhana iaitu bawah 4%, kecuali pada tahun 1998 (5.2%) dan 2008 (5.4%). Hanya 3 kali melebihi 3% iaitu pada tahun 2006 (3.6%), 2011 (3.2%) dan pada tahun lepas (3.7%). Yang lainnya adalah bawah 3%.

36. Kini kadar 3.7% itu telah dapat diturunkan lagi kepada 2.7% pada bulan Januari 2018.

37. Sebenarnya rahsia atau kunci kejayaan YAB PM menangani kos sara hidup ini bukan semata-mata terletak di atas usaha mengawal kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan. Sebenarnya ia terletak di atas strategi serampang 3 mata iaitu (1) mengawal / mengurus kenaikan harga, (2) mengurangkan beban kos sara hidup dan (3) menmbah pendapatan. Kesemua 3 startegi ini terangkum dalam pakej inisiatif sejak tahun 2009 dan diteruskan dalam Bajet 2018.

38. Lantas rakyat tidaklah dihantui oleh beban kos sara hidup yang tinggi sepertimana yang dialami oleh sesetengah negara seperti Mesir, Venezuela, Mexico, India dan Turkey.

39. Maka sudah tentulah pencapaian ini merupakan satu rekod yang cemerlang sama ada kita bandingkan dengan negara maju atau pun dengan emerging economies.

40. Kesebelas, Pengurusan fiskal dan monetari yang cekap dan berhemah. Dalam hal ini, 3 angkubah penting yang ingin saya berikan perhatian iaitu (a) mengukuhkan hasil, (b) berbelanja secara berhemah dan (c) mampu membayar balik hutamg.

41. Hasil kerajaan (revenue) telah mengukuh dari RM62B pada tahun 2000 kepada RM162B pada tahun 2010 dan terus melonjak kepada RM225B pada tahun 2017 atau 260% dalam tempoh berkenaan.

42. Sekalipun hasil telah melompat namun kerjaan tetap berbelanja mengikut keperluan rakyat; tidaklah boros.

43. Melalui kombinasi hasil yang meningkat dan perbelajaan berhemah maka defisit fiskal telah berjaya di kurangkan dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 3.0% pada tahun 2017.

44. Dalam pada itu, sekalipun hutang kerajaan telah melonjak dengan ketara kepada RM685B pada tahun lalu namun kemampuan membayar balik hutang tetap tidak terjejas. Kemampuan ini, yang diukur melalui proksi Kadar Khidmat Bayar Hutang, adalah jauh lebih penting berbanding dengan angkubah saiz hutang relatif kepada saiz GDP ataupun defisit fiskal.

45. Kini Kadar Khidmat Bayar Hutang tersebut masih lagi di tahap yang prudent iaitu 12.9%. Ianya masih di bawah threshold 15% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Pemerhatian ke Bawah Duli Baginda amatlah tepat.

46. Jelas sekali YAB PM telah mematuhi nasihat Aesop (620 BC – 560 BC): It is thrifty to prepare today for the wants of tomorrow kerana YAB PM juga ingat amaran Confucius (551BC – 479 BC): He who will not economize will have to agonize.

47. Yang demikian, tidaklah menghairankan apabila ketiga-tiga Rating Agencies antarabangsa iaitu S&P, Moody dan Fitch memberikan ratings ‘stable outlook’ bagi Malaysia iaitu masing-masing A-, A3 dan A-.
48. Akhir sekali ialah Pembangunan mapan. Dalam kepesatan membangun dan memajukan negera ini, YAB Dato’ Sri tidak memperkosa alam sekitar dan tidak pula mengabaikan Agenda 21. Sebagai contoh, pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik). Endengered species juga dipelihara; malah lebih banyak lagi – 631 jenis berbanding 166 jenis (OECD).

49. Beliau juga is keeping abreast dengan perkembangan semasa yang menuntut pengurusan ekonomi hendaklah turut menekankan kemapanan atau kelastarian; bukan semata-mata hendak mengejar pertumbuhan. Lantaran itu, Malaysia, berdasarkan Sustainable Development Index (SDI) 2017, telah mencapai tahap yang membanggakan iaitu di tangga ke 54 di kalangan 157 buah negara.

50. Beliau sedar akan nasihat bahawa We don’t inherit from our parents, we borrow from our children! Justeru kita kenalah kembalikan alam ini kepada anak cucu kita dalam keadaan yang baik.

51. Dari lakaran di atas, dijangka ramai akan sependapat bahawa penilaian socio-economic-environmental outcome mix dalam sebuah raga, bukan piece meal, adalah lebih lengkap lagi. Pencapaiannya yang bersandarkan kombinasi angkubah sosial, ekonomi dan alam sekitar itu adalah satu yang unik tetapi berkaitan. Justeru amatlah wajar ianya dipahatkan di sini bahawa kejayaan luar biasa YAB Dato’ Sri itu TIADA pencabarnya. Para pemimpin dunia – di kalangan G3, G8, G20 ataupun BRICS – belum mampu menandingi beliau!

52. Kejayaan luar biasa itu juga sangatlah menakjubkan serta meninggalkan “a deep imprint on economics” – setara dengan sifat tokoh ekonomi yang diharapkan oleh Alfred Nobel. Ini bermakna, YAB Dato’ Sri, seperti Joseph Stiglitz dan Amartya Sen, layak diberikan Nobel Laureate.

53. Menilai semula pencapaian 12 parameters dalam raga yang saya huraikan itu, maka bolehlah kita simpulkan bahawa YAB PM juga telah berjaya merealisasikan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

54. Saya meraikan kejayaan itu kerana saya tidak mahu terikut-ikut dengan kecenderungan sesetengah kawan-kawan yang cukup suka menghentam dan mengutuk tanpa kesudahan. Sebaliknya saya ingin dipandu oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah.”

55. Saya sengaja kongsikan kemampuan dan kejayaan YAB DS ini dalam menterjemahkan kemenangan BN dalam PRU yang lalu untuk faedah rakyat kerana tidak ramai pemimpin yang berjaya berbuat demikian, seperti sindiran Polybius (205BC – 118BC): Those who know how to win are much more numerous than those who know how to make proper use of their victories. Justeru janganlah kita take YAB DS for granted.

56. Seterusnya sebagai orang parti yang sayangkan parti serta kasehkan pemimpin maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedua-dua entiti tersebut. Kerana kesuntukan masa, maka izinkanlah saya menyimpulkan sokongan padu saya itu dengan meminjam dan mengubah-suai sedikit kata-kata Marc Morial, President & CEO National Urban League yang mempertahankan impian Dr King: “We will not stand silent as some seek to hijack, as some seek to distort and contort, as some seek to bamboozle and confuse the vision of DSN (Dr. King’s) dream.”

57. Dalam pada itu, saya tidaklah lupa diri bahawa kita semua ini, termasuklah YAB PM, adalah tetap manusia biasa. Justeru sebagai manusia biasa, di samping memiliki kekuatan yang Allah swt pinjamkan, kita juga mempunyai kelemahan. Maka diakui bahawa masih ada kelompangan yang boleh diisi dan dibaiki bersandarkan prinsip “Quality is a moving target”.

58. Lantaran itu, berdasarkan 12 rekod kejayaan cemerlang yang telah saya paparkan tadi, maka kita mohon agar rakyat sekali lagi memberikan mandat untuk kita teruskan perkhidmatan yang belum selesai itu. Lebih banyak lagi “program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka” akan dilaksankan, sepertimana yang di nasihatkan oleh ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kajian UNICEF

59. Pada 26 Februari lalu kita telah dikejutkan oleh hasil kajian UNICEF yang bertajuk Children Without. Kajian tersebut meliputi 16 kawasan PPR di WP KL dan sebuah kawasan PPR di Petaling Jaya.

60. Saya yakin kerajaan mengambil berat terhadap penemuan-penemuan kajian tersebut. Diakui bahawa di celah-celah kejayaan yang saya lakarkan tadi masih terdapat pockets of poverty di mana penduduk miskin mengalami deprivation dari segi pendapatan, pendidikan, kesihatan dan taraf kehidupan.

61. Sebagai contoh, mereka bekerja lebih rajin tetapi menerima pendapatan lebeih rendah; satu pertiga tiada jaringan keselamatan; tidak sampai 4% menerima zakat; 34% tidak menerima BR1M; 77% tidak ada simpanan; 51% kanak-kanak berusia 5 – 6 tahun tidak ke pra sekolah; 31% anak berusia bawah 18 tahun tidak mempunyai buku dan tahap obesiti kita lebih teruk dari Ghana. Harap tidaklah ada lagi yang salah faham bahawa kononnya gemuk / obess itu tandanya sihat.

62. Lantaran itu, dasar dan program baru yang lebih jitu hendaklah dirangka untuk mendepani isu-isu berkaitan, termasuklah perkongsian kekayaan, menangani kemiskinan relatif, jurang kekayaan, pembaziran, ketirisan dan rasuah. Isu-isu tersebut boleh pula mengancam atau membunuh perkara-perkara pokok seperti kecekapan ekonomi, hak kebebasan bersuara dan demokrasi.

63. Dalam pada itu, saya juga yakin pihak-pihak berkaitan seperti EPU dan KPWK sedang meneliti 5 syor yang telah dimajukan dalam laporan tersebut.

64. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan tahniah kepada UNICEF di atas inisiatif berkenaan.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

TN50

65. Kini saya ingin menyentuh pula mengenai visi TN50 yang diilhamkan oleh YAB DSN. Tahniah kepada YB KJ yang telah berjaya menggalas amanah yang telah diserahkan oleh YAB PM itu. Kerana kesuntukan masa, saya tidaklah bercadang unutk mengulangi apa yang telah dilporkan dalam media dan kini menjadi pengetahuan awam.

66. Pada hemat saya, pelan TN50 bukan sahaja untuk memenuhi aspirasi anak muda masa kini dalam mengharungi masa depan mereka tetapi hendaklah juga dengan tuntas mendepani 3 isu penting yang saya lihat ada kelompangan yang masih boleh diisi lagi.

67. Pertama, memiliki iltizam dan passionate berusaha menanamkan satu jambangan nilai-nilai murni universal yang mantap untuk menjadi foundation masyarakat yang kukuh lagi bermaruah serta dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Nilai-nilai itu saya rangkumkan sebagai GITAR iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility.

68. Nilai-nilai tersebut hendaklah dijadikan teras budaya kita yang diterapkan sejak dari dalam kandungan hinggalah ke liang lahat dan di segenap lapisan serta semua aktiviti masyarakat.

69. Kedua, memahami momentum perubahan struktur demografi yang sedang berlaku dan hendaklah mampu membayangkan struktur demografi sekitar pada tahun 2050 nanti.

70. Berdasrkan population momentum serta cirri-ciri demografi dan masyarkat masa kini, kita bakal mendepani senario yang berbeza dan memimbangkan pada tahun 2050 nanti. Senario yang boleh saya bayangkan ialah, kita akan mempunyai aging population yang semakin besar dan peratus kanak-kanak yang lebih kecil.

71. Penduduk tua berumur 65 tahun dan ke atas diunjurkan meningkat dari 5% pada tahun 2010 kepada sekitar 17% pada tahun 2050 ekoran dari tahap kualiti kesihatan yang bertambah baik serta jangka hayat yang meningkat manakala penduduk berumur 14 tahun dan ke bawah pula akan mengecil dari sekitar 27% kepada 16% dalam tempoh yang sama disebabkan kadar kelahiran yang semakin rendah.

72. Seterusnya sebahagian besar penduduk tua ini pula kan mengalami pelbagai masalah seperti kemiskinan, perumahan, penyakit dan kemurungan. Yang demikian, dasar dan program kerajaan, swasta dan NGO hendaklah dirangka dan reorientasikan ke arah menangani masalah-maslah tersebut.

73. Ketiga, memamahi perubahan geo-politik-ekonomi dunia dan impaknya ke atas sosio-politik-ekonomi negara kita, khususnya economic imperialism dan IR 4.0 menjelang 2050. Kita hendaklah membuat persediaan ke arah itu.

74. Saya dapati ada ruang-ruang kosong yang masih boleh diisi di situ. Justeru saya mohonlah agar 3 isu yang saya lakarkan itu dapat dijadikan sebahagian daripada input dalam merangka visi TN50.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

IR4.0

75. Saya telah menyentuh IR 4.0 sebentar tadi. Saya mohon mengembangkan sedikit topik yang kritikal ini.

76. Dari segi tahap evolusi ekonomi, Malaysia kini berada di peringkat transisi antara tahap ke dua dan ketiga iaitu antara industrialisasi dan perkhidmatan yang berteraskan K-Economy manakala negara maju seperti USA, Jerman dan Jepun pula telahpun melangkah ke peringkat Industrial Revolution (IR) 4.0.

77. Di era globalisasi ini di mana dunia hanyalah merupakan sebuah kampung global yang kecil (a small global village), suka tidak suka kita akan dilambung oleh gelombang IR 4.0 ini. Jika kita tidak bersedia maka kita akan senasib dengan sebuah rumah kecil di tepi pantai yang akan musnah dihempas oleh gelombang besar; hancur, hanyut dan musnah. Ia sudah berlaku di era IR 1.0, 2.0 dan 3.0.

78. Justeru besarnya impaknya itu maka saya ingin menumpukan sedikit masa kepada isu ini di Dewan yang mulia ini.

79. Sebelum bermulanya revolusi perindustrian atau IR 1.0, dunia berada di era pertanian atau tahap pertama (primary) ekonomi. IR 1.0 bermula di hujung kurun ke 18. Ianya dipacu oleh mekanisasi, kuasa air dan kuasa wap.

80. IR 2.0 pula bermula sekurun kemudian. Characteristicsnya ialah mass production, assembly line dan tenaga letrik manakala IR 3.0 dipacu oleh komputer dan automasi bermula pada tahun 70an. Apakah perkembangan atau evolusi selanjutnya?

81. Tahap selanjutnya kini terkenal dengan gelaran IR 4.0. Gelaran ini wujud melalui satu projek dalam bidang high tech strategy yang mahu menggalakkan computerization of manufacturing. Ianya atas daya usaha Kerajaan Jerman.

82. Terminologi ”Industrie 4.0” telah diperkenalkan pada tahun 2011 di Hannover Fair. Kumpulan Kerja yang menyediakan syor pelaksanaan Industri 4.0 diiktiraf sebagai the founding fathers dan tenaga pendorong di belakang IR4.0 ini.

83. Professor Klaus Schwab, Founder and Executive Chairman of the World Economic Forum (WEF), telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Fourth Industrial Revolution. Di dalamnya beliau menjelaskan bahawa IR 4.0 amatlah berbeza dengan 3 era sebelumnya iaitu ianya were characterized mainly by advances in technology.

84. Kita akan berhadapan dengan pelbagai teknologi baru yang terdiri dari kombinasi alam fisikal, digital dan biological. Ia pula mewakili kombinasi cyber-physical systems, the Internet of Things (IOT) , and the Internet of Systems (IOS), artificial intelligence (AI), cloud computing and cognitive computing. In short, it is the idea of smart factories in which machines are augmented with web connectivity and connected to a system that can visualize the entire production chain and make decisions on its own.

85. Kombinasi semua teknologi ini berpotensi menghubungkan berbilion manusia kepada web, meningkatkan efficiency ekonomi dan organisasi dengan ketara, mewujudkan peluang pekerjaan baru serta mampu pula memperbaiki alam sekitar.

86. Dalam pada itu, terdapat juga potensi risiko yang tinggi. Antaranya, mungkin organisasi tidak bersedia atau tidak mampu untuk menerima-pakai teknologi baru ini (hanya 14% CXO berpendapat mereka bersedia), tidak memiliki tenaga kerja yang sesuai (hanya 25% CXO berpendapat mereka ada tenaga kerja yang sesuai dan berkemahiran), kerajaan sendiri mungkin gagal untuk menyediakan peraturan dan undang-undang untuk mengawal-selia penggunaan teknologi berkenaan, seperti kesukaran mengawal bahan-bahan kurang sihat di dalam internet.

87. Terdapat juga kebimbangan dari segi keselamatan dan privacy serta pertembungan dari segi hukum agama dan undang-undang. Contohnya, kejayaan Full Body Transplant di mana kepala milik orang lain boleh dipindahkan ke tubuh badan orang lain. Baigaimanakah agaknya suami isteri dan anak beranak hendak berhubung?

88. Pada masa yang sama, penggunaan mesin, komputer, automasi, robot, AI, IOT, IOS dan sebagaimya akan mengundang risiko terhadap kehilangan pekerjaan, dari pemandu kepada guru, dari agen hartanah ke doktor dan akauntan dan seterusnya. Menurut satu unjuran, USA akan kehilangan pekerjaan sebyak 47%. Yang demikian, kemiskinan akan meningkat dan jurang kekayaan akan melebar.

89. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai tahap Revolution 4.0 itu namun kita telahpun mempunyai ciri-ciri asasnya. Sebagai contoh, pada suku tahun pertama 2017, broadband penetration rate bagi seluruh negara ialah 104% manakala bagi Melaka pula ialah 89.9%. Ini bermakna maklumat di hujung jari dan dunia berada di tapak tangan kita, termasuklah murid yang telah memiliki handphone.

90. Oleh itu semua rakyat Malaysia, khasnya kerajaan dan penjawat serta pihak swasta, hendaklah bersedia menyambut cabaran lanskap baru itu dengan merancang pembangunan modal insan dan pembelajaran yang teratur, sistematik dan holistik agar dapat memenuhi tuntutan IR4.0 ini. Justeru saya menyarankan agar pihak kerajaan bersama-sama pihak swasta dan civil society sebahu merancang dan menyediakan Pelan Induk dan Pelan Tindakan untuk menerapkan proses serta faedah IR 4.0 ini ke dalam ekonomi dan kehidupan kita sambil mengangi potensi risiko yang saya sebutkan tadi.

91. Kita tak boleh gagal merancang dan sama sekali tak boleh merancang untuk gagal! Justeru tanggungjawab kerajaan amatlah berat dan besar sekali berhubung ledakan IR 4.0 dan merealisasikan visi TN50 itu.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Dasar Green Tech

92. Semasa saya menghuraikan pencapaian socio-economic-environmental outcome mix tadi, saya ada menyentuh pembangunan mapan. Pemacu utama pembangunan mapan ini ialah green tech atau clean tech. Ia bukan sahaja boleh mewujudkan aktiviti ekonomi serta pekerjaan yang baru dan seterusnya mampu menambahkan pendapatan malah, yang lebih penting lagi, ialah ia berupaya memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu alam sekitar bagi kehidupan kita yang lebih baik dan mapan. Potensi ini boleh direalisasikan kerana ianya dipandu oleh falasafah Waste no Waste dan From Waste to Wealth!

93. Dalam pada itu, saya ingin caution Dewan yang mulia ini bahawa dasar dan pelaksanaan Green Tech ini hendaklah menyeluruh serta mampu memberi faedah kepada rakyat miskin dan golongan B40. Bukan sekadar menumpukan kepada golongan menengah dan ke atas seperti menukar lampu kalimantang yang lebih murah pada harga RM15 sebatang kepada lampu LED yang lebih mahal iaitu sekitar RM30 sebiji.

94. Saya perhatikan rich-biased policy ini juga dilaksanakan dalam bidang-bidang lain. Sebagai contoh, kerajaan memberikan insenif Import & Excise Duty Reduction with Government Approved Hybrid sebanyak RM130,000 bagi sebuah kereta 3 siri E dan sebanyak RM255,000 bagi sebuah bagi kereta 7 siri E.

95. Tidaklah salah kerajaan memberikan insentif tersebut sekiranya rakyat biasa turut menerima insentif sedemikian. Justeru disarankan agar kerajaan turut memberikan insenif seperti itu atau lebih baik lagi kepada public transport yang menggunakan green tech seperti Green Bus. Pada masa ini, Green Bus bagi tujuan berkenaan tidak menikmati faedah tersebut.

96. Turut disarankan agar TNB memberikan insentif dengan mengurangkan tarif letrik bagi public transport yang menggunakan tenaga letrik. Yang demikian, faedah green tech akan dapat dinikmati lebih menyeluruh lagi.

97. Jika dasar pro poor atau poor-biased ini diutamakan maka bukan sahaja jurang pendapatan dapat dirapatkan malah jurang kualiti hidup juga mampu dikecilkan. Lantas disarankan agar kerajaan menggubal Dasar Green Tech yang vertically and horizontally connected.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu Sunway BRT & MRT

98. Akhir sekali saya ingin membangkitkan isu Sunway BRT dan MRT. Sesungguhnya saya subscribe and embrace sepenuh hati pandangan YAB DS bahawa infrastruktur seperti jalan raya, rel dan pelabuhan adalah pemacu utama pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Pandangan yang sama telah turut ditegaskan dalam Titah ke Bawah Duli Baginda.

99. Saya mohon YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan Sunway BRT, (b) kos yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak-pihak lain, (c) kemampuan membayar balik sedangkan BRT ini tidak self-financing, (d) tahap ridership 2016 dan 2017 berbanding dengan unjurun asal serta (e) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

100. Saya juga ingin meminta YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan MRT 1 & 2, (b) kemampuan membayar balik sedangkan MRT ini tidak self-financing, (c) tahap ridership sejak dilancarkan hingga kini berbanding dengan unjurun asal serta (d) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

101. Seterusnya saya ingin meminta YAB PM menjelaskan rasional tender MRT 3 yang dianggarkan bernilai RM40 bilion dibuka hanya selama 45 hari manakala tender HSR, yang dianggarkan hanyalah 20% daripada workscope MRT3, dibuka selama 6 bulan.

102. Akhir sekali, saya mohon YAB PM menerangkan (a) rasional menggunapakai Project Delivery Partner (PDP) Model semasa membina MRT 1 & 2 dan rasional menggunapakai Turnkey Model bagi MRT3 serta (b) berapakah jumlah kerugian yang dialami semasa membina MRT1 & 2 itu akibat penggunaan model PDP tersebut dan berapa banyak pulakah penjimatan bakal diperolehi dalam membina MRT3 ini ekoran penggunaan Model Turnkey berkenaan?

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penutup

103. Di awal ucapan saya tadi, saya ada menyebut tentang perkhidmatan kita sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undag di Dewan yang mulia ini. Kini tempoh kita bagi Perlimen ke 13 ini telah sampai ke penghujungnya.

104. Menurut hukum akal, persidangan in mungkin merupakan sesi terakhir bagi kita walaupun tempoh hayat Dewan masih ada sehinggalah 26 Jun nanti. Ini bermakna Dewan boleh bersidang sekurang-kurangnya sekali lagi. Dalam pada itu, saya tidak melupakan kuasa prerogatif ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b).

105. Jika sesungguhnya sesi ini merupakan yang terakhir bagi kita, maka izinkanlah saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat bersara kepada para sahabat yang mungkin tidak lagi meneruskan perkhidmatan yang mulia ini. Lalu teringatlah saya serangkap pantun ini:

Tuailah padi antara masak
Jangan nanti layu-layuan
Intailah sesama kita sementara nampak
Jangan nanti rindu-rinduan.

106. Walaupun kita bersara namun kesetiaan, iltizam dan kerja untuk parti tetap diteruskan. Inilah pula masanya untuk kita menyokong muka-muka baru dalam PRU ke 14 nanti kerana mereka telah menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu sehingga kita bergelar YB dan berada di Dewan yang mulia ini.

107. Budi dan jasa mereka serta parti hendaklah kita kenang serta dibalas dan dibayar. Tidaklah semata-mata di bawa mati. Ada ubi, ada batas; ada budi, ada balas. Kita bukanlah jenis kacang lupkakan kulit atau lepas jambatan buang tongkat. Jauh sekali dari berperangai membals susu dengan tuba.

108. Bagi para sahabat yang mungkin pula berpeluang terpilih semula sebagai calon, sama ada untuk Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri, sama-samalah kita berikan sokongan dan angkatkan doa agar semuanya berjaya nanti. In syaa Allah, berkat usaha dan doa suci kita semua, parti keramat BN kita bukan sahaja akan menang bahkan akan menang besar kelak.

109. Untuk menang besar, kita patut ingat dan elakkan 2C. We ought to be politely reminded of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”, dengan izin.

110. Amalan demokrasi menuntut kita, setiap tamat penggal, kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat. Lantaran itu, kita wajarlah ingat akan pesanan Aesop (620 BC – 560 BC) bahawa In critical moments (like GE14) even the very powerful have need of the weakest.

111. Justeru benarlah nasihat Phaedrus (15 BC – 50 AD), sepertimana yang dibuktikan oleh keputusan PRK, PRN dan PRU, bahawa “Men in however high a station ought to fear the humble”.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penghargaan

112. Saya sendiri, selama 2 penggal, telah menimba banyak ilmu serta menuai pelbagai pengalaman di dalam dan di luar Dewan yang mulia ini berserta dengan kenangan manis. Ia menjadi realiti kerana nasihat dan bimbingan serta peluang yang telah diberikan oleh YAB PM, YAB TPM, para menteri, dan Timbalan Menteri serta kerjasama dari rakan-rakan yang lain.

113. Juga peluang dan ruang yang telah diberikan oleh YB TS YDP dan YB Timbalan-timbalan Speaker. Sesungguhnya sumbangan, jasa dan budi yang saya terima itu amatlah banyak sekali.

Berlari-larian menurun bukit,
Berduyun-duyun memetik kepaya,
Jasa kalian bukan sedikit,
Sebanyak daun di rimba raya.

114. Dalam pada itu, tidak lupa untuk saya mengucapkan tahniah serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan YB TS Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker dalam mengemudikan mesyuarat serta urusan Dewan dengan berkesan dan cemerlang sekali.

115. Seterusnya, dengan rendah diri saya mengaku bahawa saya mempunyai lidah tidak bertulang yang dimiliki oleh manusia biasa. Justeru jika terdapat sebarang kelemahan dan ketelanjuran kata, maka dengan seikhlas hati ampun diberi maaf dipinta:

Kunang-kunang terbang ke lembah
Hinggap bersarang di pohon buluh
Pinang mengadap sirih menyembah
Saya menyusun jari sepuluh.

116. Inilah sahaja yang ingin saya kongsikan, YB TS YDP. Saya bangun menyokong Titah Ke Bawah Duli Seri Paduka BagindaYang DiPertuan Agong yang kita sanjung dan kasihi, Raja kita.

6 Mac 2018.

, , ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018 – MITI

YB TS YDP

Produktiviti

1. Produktiviti adalah di bawah bidang kuasa MITI. Namun sebenarnya ia menjadi tanggungjawab dan tugas semua kementerian, seluruh sektor awam serta sektor swasta dan menjadi tanggungjawab setiap indidvidu.

2. Ia merupakan tiang seri struktur ekonomi, resipi kritikal daya saing dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, higher productivity is the enabler for higher growth and greater prosperity!

3. Pertumbuhan yang tinggi dan kemakmuran yang meluas pula boleh menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup atau well-being. Menurut Malaysia Well-being Report 2013, kenaikan GDP sebanyak 1% boleh menyumbang kepada pengukuhan kesejahteraan hidup sebanyak 0.21%!

4. Negara yang bahagia dan sejahtera seperti Switzerland dan Denmark adalah sesungguhnya lebih produktif. Justeru produktiviti, pertumbuahn ekonomi, kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagian hidup adalah saling berkait serta sokong menyokong antara satu sama lain.

5. Lantaran itu, kita turut gembira apabila dimaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih dipacu oleh kenaikan produktiviti buruh dan bukannya kerana peningkatan pekerja (employment), sepertimana yang dilaporkan oleh MPC. Produktiviti buruh kita tumbuh pada kadar 3.4% pada tahun 2015; lebih tinggi, misalnya, berbanding Thailand (3.0%), Korea (1.3%), Singapura (1.1%) dan USA (0.7%). Tahap produktiviti kita (USD21,564) juga lebih tinggi, contohnya, daripada China (USD14,030), Thailand (USD10,398), Filipina (USD7,536) dan Indonesia (USD7,507).

6. Yang demikian kita masih lagi mampu merangsang pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 5.9%, sepertimana yang dilaporkan oleh BNM baru-baru ini. Kekuatan tersebut adalah suatu yang positif dan wajarlah kita rakamkan setinggi tahniah kepada semua pekerja kita di negara ini.

7. Dalam pada itu, di celah-celah kejayaan berkenaan, kita perlulah terus mencari ruang untuk mengukuh dan memantapkan lagi produktiviti kita itu. Contohnya kadar pertumbuhan produktiviti kita masih rendah berbanding, misalnya, dengan China (6.6%), Indonesia (4.6%) dan Filipina (4.4%).

8. Tahap produktiviti kita juga jauh lebih rendah berbanding dengan Korea (USD53.126), Jepun (USD64,644), Singapura (USD80,065) dan USA (USD120,854).

9. Lebih penting lagi, tahap pencapaian produktiviti kita pada tahun 2016 hanyalah RM78,218 berbanding sasaran sebanyak RM92,300 di bawah RMK11. Untuk mencapai tahap tersebut, kadar pertumbuhan produktiviti yang diperlukan adalah sebanyak 4.2% setahun berbanding 3.5% pada tahun yang sama (2016).

10. Antara enablers untuk meningkatkan produktiviti ini ialah (1) kemahiran yang sesuai serta disokong pula oleh pendidikan yang berkualiti dan (2) flexibility and adaptability tenaga kerja kita dalam mendepani persekitaran yang mencabar.

11. Menurut IMD World Competitiveness Yearbook, 2015, Malaysia berada di tangga ke 35 dari segi pencapaian pendidikan tinggi dan di tangga ke 24 dari segi keupayaan pendidikan universiti dapat memenuhi keperluan ekonomi yang kompetitif. Dari segi flexibility and adaptability pula, kita berada di tangga ke 18.

12. Jurang antara business efficiency dan overall productivity juga masih lagi luas berbanding dengan Taiwan yang sudah mengecil.
13. Di sini saya mohon YB Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah usaha-usaha yang substantif yang dirancang dan yang sedang dilaksanakan untuk melonjak dan menjulang prestasi produktiviti negara agar:

Pertama, kita boleh berada di kedudukan ke 10 terbaik dan teratas bagi ketiga-tiga indikator ini iaitu (a) indikator pencapaian pendidikan tinggi, (b) indikator keupayaan pendidikan universiti dapat memenuhi keperluan ekonomi yang kompetitif serta (c) indikator flexibility and adaptability.

Kedua, jurang antara business efficiency dan overall productivity dapat dirapatkan, dan

Ketiga, tahap produkiviti kita bukan sahaja mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM92,300 malah boleh setara pula dengan Korea Selatan yang bernilai USD53,126.

14. Saya juga perhatikan MPC lebih biased kepada mengeluarkan national industry-based productivity indicators dan kurang tumpuan kepada state level and community-based indicators. Tidaklah dinafikan bahawa indicators tersebut amatlah berguna sebagai input perancangan untuk national agencies dan industries tetapi there is a lack of buy-in and a lack of sense of ownership oleh negeri dan masyarakat. Justeru disarankan agar MPC memberikanlah juga perhatian kepada production of relevant state level productivity indicators and community-based productivity indicators seperti yang berkaitan dengan kaum serta kelas pendapatan, misalnya, T20. M40 dan B40.

YB TS YDP

Digital Economy dan Aspirasi TN50

15. Ke arah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi, kerajaan telah merancang di bawah RMK10 & RMK11 untuk mentransformasikan ekonomi negara dari sebuah ekonomi  yang  dipacu oleh low wages labour-intensive industries kepada high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy. Sekarang kerajaan mahu mendakap pula IR 4.0 yang dipacu oleh digital economy.

16. Malangnya apa yang berlaku ialah ekonomi kita terus kekal dalam mode lama. Sebagai contoh, gaji penengah kita masih rendah iaitu RM1,700 sebulan pada tahun 2016 sedangkan produktiviti buruh telah melonjak kepada 3.5% berbanding -0.9% pada tahun 2013.

17. Gaji kekal rendah kerana hampir 90% pekerjaan  baru yang telah diwujudkan adalah bertaraf buruh kasar dan bergaji rendah. Pada tahun 2020, diunjurkan kira-kira 7 juta pekerja akan masih lagi berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apakah pula yang boleh kita pelajari dari kesilapan tersebut serta apakah inisiatif yang dirancang untuk membetulkannya agar kita boleh mencapai high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy?

18. Seterusnya apakah inisiatif MITI untuk memimpin transformasi digital economy ini ke arah mencapai Aspirasi TN50, Pe-Tunjang ke 2?

YB TS YDP

FDI & Eksport

19. Ekonomi kita adalah sebuah ekonomi yang terbuka dan ianya Trade-driven yang dirangsang pula oleh FDI dan DDI. Tahniah prestasi eksport kita terus berjaya mengekalkan peningkatan dua angka iaitu sebanyak 14.8% kepada RM78.3 billion pada bulan September tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lalu.

20. Lantaran itu, prestasi perdagangan luar negeri kita pula amatlah cemerlang kerana berjaya mengekalkan lebihan dagangan selama 239 bulan berturut-turut sejak bulan November, 1997!

21. Disebalik kejayaan tersebut, saya ingin meminta YB Menteri mengupas perkembangan kualiti eksport barangan pengilangan kita atau manufactured goods, khususnya dari segi nilai tambah (value-added) dan kandungan import (import content) sejak lapan tahun yang lalu.
22. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kerana nilai FDI kita telah melonjak 40% kepada RM11.2 billion billion pada bulan September tahun ini berbanding bulan yang sama tahun lepas.

23. Disebalik kejayaan tersebut, saya ingin meminta YB Menteri mengupas perkembangan kualiti FDI tersebut, khususnya dari segi sumbangannya kepada high wages, high value-added, high technology, Knowledge-driven digital economy sejak lapan tahun yang lalu.

24. Dalam pada itu, turut diperhatikan ialah Direct Investment Abroad atau DIA kita di luar negara berjumlah RM554.0 billion di akhir suku tahun ke 3 2017, iaitu hampir sama banyak dengan FDI yang bernilai RM558.7 bilion. Adakah pendekatan sekarang yang menggalakkan DIA dan, pada masa yang sama, menarik FDI merupakan policy mix yang optima? Dalam konteks ini, apakah kedudukan akaun kewangan dalam imbangan pembayaran negara?

YB TS YDP,

SME

25. Kita wajar merakamkan penghargaan kepada YAB DS kerana turut memberikan keutamaan kepada usaha memajukan SME di bawah Pe-Tunjang 1. Sasaran yang ditetapkan ialah SME menyumbang 41% kepada KDNK menjelang 2020. Sesungguhnya ramai usahawan kecil bergantung hidup kepada industri ini.

26. Sehubungan itu, mohon YB Menteri memaklumkan maklumat terkini kepada Dewan yang mulia ini:

Pertama, jumlah usahawan kecil, sederhana dan besar mengikut kaum.

Kedua, sumbangan SME mengikut kaum kepada KDNK, pekerjaan dan eksport.

Ketiga, jumlah peruntukan yang telah diterima oleh SMECorp sejak 2009 – 2017 serta outcomenya mengikut kaum (a) dari segi graduation SME dari tahap (i) mikro ke kecil, (ii) kecil ke sederhana, dan (ii) sederhana ke besar serta (b) peningkatan sumbangan kepada KDNK, pekerjaan dan eksport.

Keempat, prestasi SMECorp dalam membangunkan SME secara inklusif iaitu selaras dengan roh dan semangat Pe-Tunjang 4.

27. Seterusnya saya ingin bertanya YB Menteri mengenai peruntukan yang sangat kecil iaitu hanyalah RM2 juta untuk membangunkan perusahaan MIKRO (muka surat 252, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan – APP) sedangkan jumlah perusahaan tersebut melebih setengah juta. Secara Per Kapita, setiap perusahaan akan mendapat RM4.00 sahaja! Apakah outcome yang ingin direalisasikan melalui peruntukan sekelumit itu?

28. Pada masa yang sama, peruntukan untuk membangunkan usahawan Bumiputera dan PKS, sudahlah kecil iaitu bernilai RM7.9 juta, dikurangkan lagi sebanyak RM2 juta, kepada RM5.9 juta pada tahun 2018 (muka surat 248, APP) sedangkan bilangan PKS Bumiputera berjumlah lebih setengah juta! Mohon YB Menteri menjelaskan tentang keseriusan SMECorp untuk memajukan PKS Bumiputera yang telah tertinggal bas ini. Di manakah letaknya timbang tara inklusiviti dan Perkara 153 itu?

29. Dalam pada itu, sebanyak RM604.3 juta dianggarkan untuk menyediakan Pelan Induk PKS (muka surat 252, APP). Setahu saya, biasanya, Pelan Induk merangkumi kajian masa kini dan perancangan masa depan. Produknya ialah sebuah laporan. Ia bukanlah rocket science atau hendak membangunkan kilang hi tech atau bangunan komersial yang tersergam.

30. Oleh itu apakah uniknya Pelan Induk tersebut hinggakan menuntut kos sebegitu tinggi sekali? Dan setakat ini dilaporkan sebanyak RM101 juta telah dibelanjakan. Apakah produknya? Sebanyak RM73 juta lagi akan dibelanjakan pada tahun hadapan. Apakah pula yang hendak dihasilkan itu?

YB TS YDP,

Petunjuk Outcome

31. Saya perhatikan ramai sudah sahabat saya menyentuh tentang peruntukan per se. Saya yakin ramai lagi akan berbuat demikian. Biarlah saya menarik perhatian kepada aspek yang jarang disentuh iaitu mengenai prestasi outcome, sepertimana yang dilaporkan dalam APP 2018.

32. Yang demikian, para pegawai yang menyediakan laporan ini akan berasa seronok sebab hasil kerja mereka turut mendapat perhatian ahli Dewan yang mulia ini. Sesugguhnya ukuran outcome tersebut amatlah penting dan berguna untuk mengukur keberhasilan dan keberkesanan input yang telah kita laburkan itu.

33. Sehubungan itu, pertanyaan saya adalah seperti berikut:

Pertama, di muka surat 240, APP, dilaporkan TFP pada tahun 2016 adalah sebanyak 1.8%; disasarkan akan melompat 2.3% pada tahun 2017 dan 2018. Mohon jelaskan apakah faktor baru yang akan menyumbang kepada kenaikan yang tinggi itu?

Kedua, di muka surat yang sama, apakah faktor baru yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan Malaysia ini:

(a) Di dalam World Bank Ease of Doing Business, meningkat dari tangga ke 23 (2016) ke tangga ke 19 (2017);

(b) Di dalam IMD World Competitiveness Yearbook, naik dari tangga ke 19 (2016) ke tangga ke 15 (2017); dan

(c) Di dalam Global Competitiveness Report, melompat dari tangga ke 25 (2016) ke tangga ke 21 (2017).
Ketiga, di muka surat yang sama, apakah faktor baru yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia:

(a) Di dalam IMD World Competitiveness Yearbook, merosot dari tangga ke 15 (2017) ke tangga ke 20 (2018); dan

(b) Di dalam Global Competitiveness Report, menurun dari tangga ke 21 (2017) ke tangga ke 24 (2018).

Keempat, di muka surat 243, APP, apakah faktor baru yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi PKS pada tahun 2018 berbanding tahun 2016:

(a) Keupayaan PKS merosot dari 2,983 (2016) kepada 2,185 (2018), dan

(b) Jualan / keuntungan menjunam dari RM27.6 juta (2016) kepada RM12.0 juta (2018).

34. Sekian, terima kasih, TS YDP.

DAA
27 November 2017

,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018 – KEMENTERIAN KEWANGAN

PERBAHASAN BAJET 2018 – KEMENTERIAN KEWANGAN

  1. Lanskap makro kewangan kerajaan

 

No.      Butiran                                   2008                2017                % Perubahan

 

  1. Hasil (RM)                                         162B               225B               39%
  2. GDP (RM)                                          790B               1.3T                 70%
  3. % Hasil / GDP                                  20.5%              16.7%                –
  4. Emolumen (RM)                                38B                 79B                 108%
  5. Pencen (RM)                                         7B                  24B                 243%
  6. Hutang (RM)                                   285B               685B               140%
  7. Khidmat Bayar Hutang (RM)          13B                 29B                 123%
  8. % Khidmat Bayar Hutang               8.0%                12.9%                –
  9. Defisit Fiskal (%)                              -4.8%              -3.0%                –
  10. % Hutang / GDP                                36.1%              50.9%                –

 

YB TS YDP,

  1. Saya ingin menarik perhatian YB Menteri mengenai lanskap kewangan kerajaan yang agak membimbangkan saya dari segi kelasterian atau kemapannya.

 

  1. Benar dan tahniah kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit fiskal dari -4.8% berbanding nilai GDP pada tahun 2008 kepada -3.0% pada tahun ini. In syaa Allah, ia akan dapat dikurangkan lagi kepada -2.8% pada tahun hadapan.

 

  1. Begitu juga dengan peratus hutang berbanding GDP. Kerajaan telah mampu menurunkannya dari hampir 55% pada tahun 2015 kepada 50.9% pada tahun ini. Walau bagaimanapun, jika mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan sebanyak RM187 bilion maka peratusnya akan menembusi had yang ditetapkan sebanyak 55%. Ia melonjak kepada 64.8%!

 

  1. Walau bagaimanapun, ukuran tersebut hanyalah menggambarkan saiz defisit dan saiz hutang dengan menggunakan nilai ekonomi/GDP sebagai proksi ukuran. Ia tidak menggambarkan kemampuan membayar balik hutang. Yang menentukan kemampuan tersebut ialah saiz hasil kerajaan.

 

  1. Malangnya, saiz hasil kerajaan, sudahlah kecil (2008 = RM162B), meningkat lebih perlahan pula iaitu hanyalah 39% dalam tempoh 9 tahun, dari 2008 – 2017 berbanding saiz GDP, sudahlah lebih besar (2008 = RM790B), melompat 70%; lebih tinggi dari hasil. Hutang pula, yang 76% lebih besar dari hasil, telah melonjak 140% dalam tempoh yang sama.

 

  1. Dalam pada itu, tiga bayaran wajib iaitu emolumen, pencen dan khidmat bayaran hutang telah melompat 127.6% dalam tempoh tersebut. Syer tiga komponen berkenaan kepada Belanja Mengurus juga telah menokok; dari 38.3% pada tahun 2008 kepada 59.7% pada tahun 2017. Persekitaran kewanagn ini menyebabkan ruang bagi perbelanjaan lain, terutamanya bekalan dan penyelenggaran, terpaksa dikurangkan.

 

  1. Lantaran lanskap kewangan yang telah saya lakarkan itu, maka nisbah khidmat bayar hutang berbanding hasil kerajaan telah mengukuh dari 8.0% kepada 12.9% dalam tempoh sembilan tahun itu. Ukuran inilah yang lebih tepat untuk menggambarkan kemampuan kerajaan untuk membayar balik hutangnya.

 

  1. Jika setakat sitiuasi kewangan jangka pendek ini maka saya tidaklah begitu bimbang. Apa yang membimbangkan saya ialah dari segi kemampanan kewangan kerajaan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

 

  1. Kebimbanagn saya itu didorong oleh dua masalah besar berkaitan dengan tiga bayaran wajib berkenaan iaitu emolumen, penccn dan bayaran balik hutang. Pertama, saiz ketiga-tiganya akan membesar, dan kedua, peningkatannya akan terus lebih pantas dari kenaikan hasil. Malah, peratus hasil berbanding nilai GDP telah merosot dari 20.5% pada tahun 2008 kepada 16.7% pada tahun 2017.

 

  1. Justeru mohon YB Menteri menjelaskan secara komprehensif dan tuntas tentang kaedah kerajaan akan mendepani masalah kewangan yang besar ini.

 

YB TS YDP,

 

  1. Sejak beberapa bulan yang lalu harga minyak mentah telah mengukuh dan telah melebihi harga tertinggi tahun 2015. Ada pihak yang mengunjurkan bahawa kenaikan harga ini akan terus berada dalam arah hala menaik sehingga tahun 2018. Sudah tentulah kenaikan harga tersebut akan membantu menambahkan hasil kerajan.

 

  1. Sehubungan itu, mohon YB Menteri memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini:

 

Pertama, berapakah harga threshold  minyak mentah yang telah digunapakai bagi tujuan penyediaan Bajet 2017 dan 2018?

 

Keduaberapa banyakkah hasil kerajaan bertambah ekoran dari kenaikan setiap USD1 setong apada tahun 2017 dan 2018?, dan

 

Ketiga, bagaimanakah tambahan hasil tersebut telah dibelanjakan pada tahun ini sedangkan pegawai kerajaan dan rakyat terus mengeluh kerana pemotongan bajet dan apakah pula rancangan untuk membelanjakan tambahan hasil berkenaan pada tahun 2018 nanti?

 

YB TS YDP,

 

  1. Saya perhatikan ramai sudah sahabat saya menyentuh tentang peruntukan per se. Saya yakin ramai lagi akan berbuat demikian. Biarlah saya menarik perhatian kepada aspek yang jarang disentuh iaitu mengenai prestasi outcome, sepertimana yang dilaporkan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) 2018.

 

  1. Yang demikian para pegawai yang menyediakan laporan ini akan berasa seronok sebab hasil kerja mereka turut mendapat perhatian ahli Dewan yang mulia ini. Sesugguhnya ukuran outcome tersebut amatlah penting dan berguna untuk mengukur keberhasilan dan keberkesanan input yang telah kita laburkan itu.

 

  1. Sehubungan itu, pertanyaan saya adalah seperti berikut:

 

Pertama, di muka surat 136, APP, dilaporkan sasaran peratus deficit fiskal  yang disasarkan bagi tahun 2018 ialah -2.7%. Di dalam ucapan YAB MKII di para 18, muka surat 7 dan di muka surat 157,  Laporan Ekonomi 2017/2018 pula dicatatkan -2.8%. Mohon jelaskan perbezaan ini.

 

Kedua, di muka surat 137, APP yang sama, dilaporkan kutipan bayaran balik pinjaman hanyalah 48.18% pada tahun 2016. Mengapakah peratus kutipan ini terlalu rendah?

 

Ketiga, di  muka surat 138, APP, dilpaorkan prestasi penyelesaian rayuan adalah ditahap yang tinggi  iaitu 90%. Benarkah demikian kerana saya sering mendengar rungutan dan ianya tidak menguntungkan kerajaan menjelang pilihanraya?

 

Keempat dan terakhir, di muka surat 139, APP, benarkah kualiti penyata kewangan mematuhi peraturan dan piawaian perakaunan di tahap 100% iaitu zero defects sedangkan saban tahun Ketua Audit Negara membuat teguran?

 

  1. Sekian, terima kasih.

 

DAA

15 November 2017.

,

Leave a comment

BAJET TAMBAHAN PERTAMA, 2016

  1. Maklumat Asas:
  • Bajet Asal:
  • Hasil                         =         RM212.6 bilion

1.1.2    Mengurus                                =          RM207.1 bilion (82.1%)

1.1.3   Lebihan (1.1.1 – 1.1.2)            =          RM5.5 bilion

                1.1.4    Pembangunan                          =          RM45 bilion (17.9%)

1.1.5    Jumlah (1.1.2 + 1.1.4)             =          RM252.1 bilion

  • Defisit (1.1.1 – 1.1.5) =          -RM39.5 bilion

1.1.7    Anggaran defisit                      =          3.1% drp GDP

1.2       Tambahan Pertama Peruntukan:

1.2.1    Mengurus                                =          RM4.5 bilion

    1.2.2    Lebihan (1.1.3 – 1.2.1)            =          RM1.0 bilion

  • Pembangunan             =          RM1.0 bilion
  • Jumlah (1.2.1 + 1.2.3) =          RM5.5 bilion (+2.2%)
  • Defisit (1.1.6 + 1.2.4) =          -RM45 bilion
  • Anggaran defisit             =          4.1% drp GDP
  • Sebahagian besar (lion’s share) Tambahan Pertama Peruntukan Mengurus iaitu RM2.2bilion atau 49% daripada RM4.5 bilion (1.2.1) adalah bagi tujuan Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun yang diberikan kepada MOF. 5 buah kementerian / agensi lain yang mendapat peruntukan tambahan terbesar ialah:
  • JPA                         =          RM1.4 bilion
  • Kementerian Pendidikan             =          RM298 juta

2.3       Kementerian Pengangkutan      =          RM216 juta

2.4       KPWK                                             =          RM128 juta, dan

2.5       Kementerian Kesihatan              =          RM104 juta

  • Dari segi Tambahan Pertama Peruntukan Pembangunan (RM1.0 bilion; 1.2.3) pula, hampir kesemuanya diberikan kepada 2 buah kementerian – Kementerian Kerja Raya (RM603 juta; 61%) dan Kementerian Sumber Manusia (RM350 juta; 35%).
  • Mengambil kira Tambahan Pertama ini yang berjumlah RM5.5 bilion atau tambahan 2.2% (1.2.4), maka perkara pokok yang terlebih dahulu saya ingin dapatkan maklumat dan penjelasan dari YB Menteri Kewangan II ialah mengenai gambaran makro terkini 2016, khasnya yang menyentuh (a) jumlah kutipan hasil, (b) jumlah perbelanjaan dan (c) nilai KDNK/GDP kerana ianya memberi impak kepada (a) akauan semasa, (b) hutang kerajaan, (c) defisit fiskal dan (d) kadar servis bayaran balik hutang.
  • Sekiranya jumlah kutipan hasil dan nilai GDP turut meningkat lebih dari 2.2% dari anggaran asal, selaras dengan kenaikan perbelanjaan, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Pihak pembangkang tidaklah perlu memukul canang keliling kampung untuk memburukkan kerajaan. Dewan yang mulia ini dengan mudah akan meluluskan Rang Perbekalan Tambahan 2016 tersebut.
  • Mengikut perkiraan saya, berdasarkan Laporan Ekonomi 2016/17, saya dapati peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 bilion (1.2.4) ini memberikan impak seperti berikut:

Pertama, lebihan akaun semasa, walaupun telah merosot, namun ianya kekal positif iaitu sebanyak RM1 bilion (1.2.2); ini bermakna Kerajaan tetap mematuhi dan menghormati konvensyen bajet yang telah ditetapkan,

Kedua, defisit bajet telah meningkat dari RM39.5 bilion (1.1.6) kepada RM45 bilion (1.2.5), dan

Ketiga, outcome daripada defisit tersebut, maka defisit  fiskal pula melompat dari 3.1% (1.1.7) kepada 4.1% (1.2.6) daripada nilai GDP (RM1.11 trilion).

  • Mohon YB MKII verify angka-angka saya ini. Mungkin perkiraan saya itu kurang tepat.
  • Sekarang saya ingin pula memberi perhatian kepada 2 peruntukan tambahan yang dipohon itu.
  • Yang terbesar ialah tambahan sebanyak RM2.2bilion atau 49% daripada RM4.5 bilion (1.2.1) bagi tujuan Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun yang diberikan kepada MOF. Mohon diberikan pencerahan tentang butiran kegunaan peruntukan tersebut.
  • Peruntukan kedua terbesar adalah sebanyak RM1.4 bilion (31%) untuk menampung bayaran faedah persaraan kepada pesara kerajaan yang kini berjumlah RM20.3 bilion atau 9.8% daripada jumlah perutukan asal (RM207.1 bilion; 1.1.2). Ia merupakan pertambaham sebanyak 7.4% berbanding anggaran asal sebanyak RM18.9 bilion. Mohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerangkan punca yang mendorong permohonan tambahan yang besar ini. Adakah ianya disebabkan kelemahan keupayaan acturial semasa membuat anggaran awal dahulu?
  • Setahu saya, bilangan yang akan bersara wajib sudah diketahui lebih awal lagi berdasarkan umur dan pilihan pesaraan masing-masing. Mereka yang ingin bersara awal atau optional pula perlu mengemukakan permohonan masing-masing 6 bulan lebih awal. Ini bermakna maklumat yang agak lengkap sudah diperolehi lebih awal lagi. Justeru tidak sepatutnya berlaku kelemahan seperti ini.
  • Oleh kerana bayaran faedah persaraan kepada pesara kerajaan dijangkakan akan terus meningkat, mohon YB Menteri memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini unjuran bayaran tersebut pada tahun 2020 dan 2025 serta langkah-langkah untuk mengawal kadar kenaikannya serta tahap keupayaan menampungnya nanti.
  • Saya menyokong peruntukan tambahan yang dipohon ini.

26 Mac 2017.

,

Leave a comment

MEMBAHAS TITAH YDP AGONG

(kalaulah saya ada peluang berucap)

Bismillahir rahmanir rahim……

Assalamualaikum …wbt.. salam sejahtera dan salam 1Malaysia..

 YB Tan Sri  Yang DiPertua,

Syukur

  1. Pertama kali, marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah swt kerana telah diberikan kesihatan badan, kekuatan mental dan  kelapangan masa untuk kita menghadiri sidang Dewan yang mulia Kali Pertama Penggal Ke-5 bagi Parlimen ke-13. Kehadhiran kita adalah semata-mata untuk menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sahih, sah dan sihat.
  1. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Yang DiPertua kerana memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk turut sekali lagi membahaskan Titah ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Semoga apa yang ingin saya perkatakan ini akan mendapat perhatian yang saksama dari pihak kerajaan.
  1. Dan ketiga, titah perasmian oleh ke Bawah Duli Baginda (DS tolong pastikan ketepatan sebutan ini) telah menyentuh pelbagai bidang dan isu semasa dan masa depan kita. Dari ekonomi modal, termasuklah isu pertumbuhan ekonomi dan daya saing, ke ekonomi rakyat, termasuklah isu pekerjaan, kos sara hidup, subsidi untuk kumpulan sasar dan perumahan hinggalah ke isu perpaduan serta alam sekitar, TN50 dan sebagainya.
  1. Pada hemat saya, setiap butir yang telah dititahkan itu menuntut perhatian serius dari kita semua. Justeru sewajarnyalah kita menghayati titah ucapan ke Bawah Duli Baginda itu dengan penuh keinsafan. Marilah sama-sama mengambil iktibar serta menjadikan ianya sebagai pedoman dalam usaha hendak meneruskan tugas dan amanah kita sebagai wakil rakyat dan juga sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penghargaan, Takziah dan Tahniah

  1. Sebelum saya meneruskan ucapan di Dewan yang mulia ini, izinkan saya merakamkan setinggi penghargaan di atas perkhidmatan dan sumbangan cemerlang Allahyarham Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem melalui platform politik selama 40 tahun, termasuklah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan sebagai menteri selama 2 tahun dan sebagai Ketua Menteri Sarawak hampir 3 tahun.
  1. Sumbangan dan perkhidmatan cemerlang beliau tidak mampu saya lakarkan untuk mencakupi kesemua sumbangan dan perkhidmatan yang telah dicurahkan itu. Saya hanya mampu mencoretkan dalam serangkap pantun ini:

Berlari-lari menurun bukit,

Hendak memetik si asam paya,

Jasa Tan Sri bukan sedikit,

Sebanyak daun di rimba raya.

  1. Namun izinkanlah saya menyebut secara khusus kejayaan terbesar beliau dalam mengemudi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada tahun 2016 dengan kemenangan yang gemilang iaitu memenangi 72 daripada 82 kerusi atau 87.8%.
  1. Seterusnya marilah kita sama-sama menyampaikan salam takziah kepada YB Puan Sri Jamilah Anu seisi keluarga di atas kehilangan suami / ayah tersayang.
  1. Pada bulan Mac 2014, di Dewan yang mulia ini, saya telah mengucapkan tahniah kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke 5. Saya juga telah menzahirkan keyakinan bahawa beliau akan mampu mengangkat Sarawak ke tahap yang lebih aman, harmonis, setabil dan makmur lagi. Sesungguhnya beliau telah berjaya mencapainya dalam tempoh masa yang sesingkat itu.
  1. Hari ini, di Dewan yang sama, saya ingin pula mengucapkan tahniah kepada YB Puan Sri Jamilah Anu di atas kemenangan besar beliau dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Datu dengan majoriti undi yang lebih besar (+551 undi) berbanding PRN 2016. Kedua-dua pencabar beliau telah hilang wang pertaruhan!
  1. Dalam pada itu, saya tidak lupa untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Tuan Kamarol Zaki Abdul Malek yang telah meninggal dunia pada 17 Januari lalu. Beliau dikenali sebagai pemimpin akar umbi yang telah banyak menabur jasa, termasuklah melalui perkhidmatan perguruan. Beliau adalah seorang Guru Besar sebelum bertanding dalam PRU ke 13.

Dari Renget pergi ke Bentung,

Tanjung Tuan lautnya tenang,

Bumi tersenget langit tergantung,

Jasa Tuan  tetap dikenang.

  1. Sebagai tanda penghargaan serta hormat, kasih dan sayang kita terhadap kedua-dua Allahyarham ini, marilah kita hadiahkan Umul Kitab di samping mendoakan semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama-sama dengan roh orang muslim dan muslimat yang soleh dan soleha… al Fateha.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Skop

  1. Sesungguhnya diakui banyak perkara dan isu yang ingin kita semua luahkan di Dewan yang mulia ini. Namun menyedari kesuntukan masa dan perlu pula masa yang terhad itu dikongsi antara kita yang ramai ini maka saya mengambil peluang keemasan yang diberikan ini dengan menumpukan skop perbahasan kepada 6 perkara utama sahaja:
  • Lakaran lanskap ekonomi dunia yang memberi impak ke atas Malaysia,
  • Isu ekonomi rakyat,
  • Struktur ekonomi kita yang menuntut tindakan serius dan segera,
  • Isu rasionalisasi dan bantuan untuk kumpulan sasar,
  • Isu hutang Kerajaan Persekutuan, dan
  • Isu pelaburan China, OBOR dan Chinafication.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Lanskap ekonomi dunia

  1. Saya ingin membuka tirai dengan menyentuh lanskap ekonomi dunia masa kini kerana sektor luar (external sector) merupakan faktor utama dalam mempengaruhi dan memberi impak ke atas hala tuju serta prestasi ekonomi kita pada keseluruhannya.
  1. Menurut IMF World Economic Outlook yang dikeluarkan pada bulan Januari lalu, pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini diunjurkan lebih baik (3.4%) berbanding pada tahun lepas (3.1%). Pada tahun 2018, pertumbuhan diunjurkan lebih baik lagi iaitu pada kadar 3.6%.
  1. Optimisma ini, antara lain, disandarkan kepada (a) jangkaan dasar fiscal stimulus di USA. (b) policy-driven stimulus di China, dan (c) harga minyak mentah serta harga lain-lain komoditi yang dijangka akan bertambah mengukuh.
  2. Dalam pada itu, diakui bahawa pertumbuhan ekonomi ini tidaklah serata antara negara maju, emerging markets and developing economies (EMDE).
  1. Pada masa yang sama, terdapat beberapa caveats yang tidak boleh diabaikan. Antaranya ialah (a) a possible shift toward inward-looking policy platforms and protectionism, (b) a sharper than expected tightening in global financial conditions that could interact with balance sheet weaknesses in parts of the euro area and in some emerging market economies, (c) increased geopolitical tensions, and (d) a more severe slowdown in China, dengan izin.
  1. Walau bagaimanapun, terkini, nampaknya petunjuk-petunjuk positif semakin jelas bahawa pertumbuhan ekonomi USA, enjin ekonomi dunia, akan bertambah kukuh selepas sedekad mengalami tepid growth.
  1. Komitmen Trump di US Congress baru-baru ini untuk merangsang ekonomi USA with massive tax relief and USD1 Trillion for infrastructure development mengukuhkan lagi sentimen ini.
  1. Dijangka Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah pada pertengahan bulan ini, lebih awal dari apa yang pernah diramalkan sebelumnya, tertakluk kepada pengumuman data-data ekonomi terkini seperti kadar pengangguran dan kadar inflasi.
  1. Keputusan menaikkan kadar faedah tersebut akan memberi petunjuk yang lebih kukuh bahawa pertumbuhan ekonomi USA is on the road to a strong recovery, as opposed to a fragile recovery in recent years.
  1. Perkembangan ekonomi USA boleh merangsang ekonomi dan perdagangan dunia, termasuklah membuka peluang yang lebih besar kepada eksport Malaysia.
  1. Namun dalam pada itu, kita perlulah pula memberikan perhatian yang lebih dekat lagi terhadap dasar protectionist Trump dan impaknya di peringkat global, termasuklah Malaysia.
  1. Yang jelas, apabila kadar faedah mereka naik, maka nilai USD pun akan turut naik. Ia sudah pun mula naik lagi berdasarkan good news Lalu nilai MYR pula akan turun secara relatif. Isu nilai mata wang kita telah turut disentuh oleh ke Bawah Duli Baginda.
  1. Pada masa yang sama, ekoran dari kenaikan kadar faedah di USA itu, kita perlulah menjangkakan bahawa lebih banyak out flow of fund/investment keluar dari Malaysia ke USA kerana jangkaan pulangan atau yield yang lebih menarik lagi.
  1. Diharapkan out flow ini akan dapat diseimbangkan atau will be compensated by kenaikan hasil yang disumbangkan oleh minyak mentah dan komoditi-komoditi lain melalui peningkatan harga; bukannya didorong oleh nilai Ringgit yang lemah.
  1. Yang demikian, sepertimana yang telah disarankan oleh ke Bawah Duli Baginda, sebahagian daripada hasil yang bertambah itu bolehlah diperuntukkan kepada kumpulan sasar tertentu. Ia akan membantu meringankan beban kos sara hidup yang dijangka akan semakin mencengkam kehidupan rakyat.
  1. Cengkaman tersebut semakin perit kerana pendapatan adalah rendah dan tidak pula meningkat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup itu. Menurut laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2015 yang dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, separuh daripada jumlah pekerja kita hanya bergaji bawah RM1,600 sebulan.
  1. Menurut pula Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dilaksanakan oleh Jabatan yang sama, separuh daripada keseluruhan isi rumah kita hanya memiliki pendapatan kasar per kapita sebanyak RM1,146 sebulan. Separuh daripada isi rumah B40 hanya memiliki pendapatan kasar per kapita sebanyak RM657 sebulan.
  1. Cubalah kita bayangkan taraf kehidupan mereka dengan pendapatan sebanyak itu untuk menanggung anak isteri dan ibu bapa yang telah tua dan uzur.
  1. Sesungguhnya ekonomi kita yang terbuka ini tidak boleh terselindung dari serangan inflasi impot (imported inflation) yang turut dibebani oleh nilai Ringgit yang merosot dan menokok tambah pula inflasi domestik. Dijangka lanskap inflasi akan lebih mencabar lagi dalam tempoh 2 tahun ini. Pada bulan Januari 2017, kadar inflasi kita, sekitar 2% di masa lalu, kini sudahpun mencecah 3.2%.
  1. Dilema seperti ini akan sentiasa wujud. Ianya menjadikan tugas kerajaan bertambah seronok dan menarik; exciting and interesting.
  1. Justeru kita perlulah bersedia untuk mengambil pelbagai langkah/inisiatif berteraskan ekonomi, fiskal dan monoteri untuk mendepani pelbagai kemungkinan senario dan supaya ekonomi kita lebih resilient
  1. Diyakini MOF, BNM, EPU dan lain-lain agensi sedang memikirkan hal-hal ini.
  1. Pada masa yang sama, rakyat perlulah juga bersedia dari segi mental dan perasaan.
  1. Dalam pada itu, petunjuk-petunjuk ekonomi di Eurozone menunjukkan aktiviti ekonomi di zon tersebut juga akan kembali rancak, sepertimana yang dilaporkan oleh PMI Survey.
  1. Haraplah probable impact BREXIT semakin jelas dan tidak pula berlaku FREXIT atau ITEXIT.
  1. Pada masa yang sama, China, ekonomi kedua terbesar di dunia, turut menunjukkan tanda-tanda akan kembali berkembang. Official  and private factory activity surveys  reported better-than-expected results.
  1. The global multiplier impact of these 3 combined economies is indeed immensely huge, dengan izin. Sudah tentulah Malaysia akan turut mendapat faedahnya.
  1. Pemulihan ekonomi Jepun dan India akan turut menyumbang kepada kerancakan semula aktiviti ekonomi dunia.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Ekonomi Rakyat

  1. Beralih ke dalam negeri, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.2% pada tahun lalu. Ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan di bawah persekitaran geo-politik global yang tidak menentu dan hostile serta lanskap ekonomi dunia yang muram, suram dan fragile.
  1. Dijangka Malaysia akan turut mendapat limpahan dari pemulihan ekonomi dunia itu, sepertimana yang saya lakarkan sebentar tadi. Outcomenya ialah diunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi kita yang telah terus menurun dari 7.2% sejak 2012 kepada 4.2% pada tahun 2016 akan naik semula pada tahun ini sekitar 4.5% atau lebih.
  1. Pertumbuhan yang kembali berkembang itu akan merancakkan semula aktiviti ekonomi. Seterusnya ia akan membuka luas peluang perniagaan serta menjana lebih banyak lagi peluang pekerjaan. Yang demikian, masalah ekonomi rakyat, khasnya pengangguran, sepertimana yang dititahkan oleh ke Bawah Duli Baginda turut dapat didepani sama melalui lonjakan ekonomi modal.
  1. Menurut Menteri Sumber Manusia, pada masa ini, bilangan penganggur, secara purata, telah bertambah seramai 10,000 orang setiap bulan. Pada akhir Disember 2016, bilangan penganggur adalah seramai 512,000 orang berbanding 400,000 orang pada akhir 2014 atau meningkat sebanyak 28%.
  1. Jika bilangan 512,000 penganggur itu diterjemahkan impaknya ke atas bilangan pemilih maka ia boleh mencecah sehingga 5 juta orang, termasuk tanggungan masing-masing. Apakah kesannya nanti?
  1. Walaupun kita masih menikmati tahap guna tenaga penuh (full employmet) kerana kadar pengangguran masih di bawah 4% (Disember = 3.5%), namun isu pengangguran ini berpotensi menjadi amat serius. Saya ingatkan sedemikian kerana ia boleh berjangkit dan meletop menjadi isu sosial dan perkauman. Potensi letopan tersebut adalah kerana majoriti yang menganggur itu, seramai lebih 70%, datangnya dari satu kaum iaitu kaum Bumiputera.
  1. Di samping itu, agak ramai yang menganggur itu pula, iaitu lebih dari satu pertiga, adalah terdiri dari mereka yang cerdik pandai dan berkelulusan tertiari. Kini semakin ramai golongan professional seperti doktor, jurutera, ahli farmasi dan kalangan sarjana yang menganggur. Pada masa yang sama, mereka ini dikejar oleh surat tuntutan hutang oleh PTPTN dan sekatan imigrasi. Bayangkanlah kesulitan hidup mereka yang dihimpit kehinaan, stress and frustration.
  1. Isu pengangguran ini menjadi lebih besar lagi jika kita mengambil kira pula isu underemployment. Isu underemployment ini boleh dilihat dari 2 sudut:

Pertama, dari sudut masa bekerja iaitu kurang dari yang sepatutnya, dan

Kedua, dari sudut kelayakan dan jawatan yang disandang iaitu memegang jawatan yang lebih rendah berbanding dengan kelayakan/ kemahiran yang dimiliki dan menerima saran yang lebih rendah.

Contohnya, kerana tiada pekerjaan, difahankan ada doktor yang menjalankan perniagaan MLM dan jurutera berkelulusan sarjana menjadi tukang gunting.

Graduates berkelulusan sastera dan ekonomi menyandang jawatan bertaraf perkeranian adalah suatu yang lumrah sejak beberapa tahun lalu.

  1. Bilangan underemployed ini dianggarkan telah meningkat dari kira-kira setengah juta orang pada tahun 2010 kepada hampir 600,000 orang pada tahun 2015. Dalam tempoh yang sama, dianggarkan bilangan graduates yang underemployed telah melonjak dari 57,000 orang ke 80,000 orang.
  1. Sekali lagi jika diterjemahkan bilangan underemployed tersebut kepada pemilih maka ianya adalah kira-kira 1.8 juta orang, termasuklah tanggungan mereka. Apakah impaknya nanti?
  1. Bilangan penganggur dan underemployed yang tinggi dan meningkat ini adalah ekoran dari aktiviti ekonomi yang kurang rancak, termasuklah penutupan perniagaan, pengurangan tenaga kerja, pemendekan masa bekerja, kemasukan tenaga buruh baru ke pasaran buruh dan kebanjiran pekerja asing.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu Struktural

  1. Sesungguhnya isu pengangguran ini bukanlah boleh diselesaikan semata-mata dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sahaja. Bila diteliti dan analisa secara detel dan mendalam, sebenarnya isu tersebut adalah isu struktural yang telah lama berakar umbi.
  1. Isu struktural ini merangkumi bidang ekonomi, pendidikan serta latihan modal insan yang mencakupi penawaran dan pemintaan di pasaran buruh atau supply and demand in the labour market.
  2. Antara isu struktural ekonomi yang serius ialah kita masih gagal untuk berhijrah dari low wage labour intensive industries ke high wage high tech industries. Isu inilah yang menyebabkan gaji para pekerja kita kekal di tahap yang rendah, sepertimana yang telah saya sebut awal tadi. Justeru sumbangan gaji dan upah kepada GDP kita hanyalah sekitar 35% berbanding dengan China, USA dan negara-negara OECD yang mana sumbangannya melebih 45%.
  1. Low wage labour intensive industries ini pula lebih banyak menjana pekerjaan asas bergaji rendah iaitu hampir 90% dari jumlah pekerjaan baru. Yang demikian berlakulah lebih banyak underemployment.
  1. Pengangguran dan underemployment yang tinggi di kalangan graduates adalah kerana:

Pertama, penawaran  / supply graduates yang berlebihan berbanding permintaan / demand iaitu peluang pekerjaan yang ada atas nisbah 3:1, dan

Kedua, kadar pertumbuhan pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi menurun 50%, dari 5.2% kepada 2.6%.

  1. Labour intensive industries ini menggalakkan majikan untuk mengambil lebih ramai pekerja asing kerana factor gaji yang rendah. Kebanjiran pekerja asing ini pula menimbulkan kesan sampingan utama seperti berikut:

Pertama, low wage economy akan terus kekal,

Kedua, penghijrahan ke high wage high tech economy akan terhalang / terbantut,

Ketiga, mereka menyekat / suppress kenaikan gaji, dan

Keempat, akan gagal sasaran kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing sebanyak 30% semasa tempoh RMK11.

  1. Mengambil kira isu-isu yang saya lakarkan itu maka tidak hairanlah PEMANDU telah mengunjurkan seramai 7 juta pekerja kita akan masih lagi bergaji bawah RM2,000 sebulan pada tahun 2020 nanti atau kira-kira 46% dari jumlah pekerja. Gaji sebanyak RM2,000 sebulan itu mungkin sama nilainya dengan sebanyak RM1,500 sebulan pada tahun 2015.
  1. Isu struktural yang lebih serius lagi ialah kadar pertumbuhan produktiviti buruh telah menurun. Bagi tempoh 2003 – 2009, kadar pertumbuhan berkenaan adalah sebanyak 2.8% setahun. Ianya telah menurun kepada 1.2% setahun bagi tempoh 2009 – 2015.
  1. Kadar pertumbuhan yang menurun ini adalah serius kerana produktiviti adalah paksi yang memacu pertumbuhan ekonomi dan sendi pula kepada daya saing. Impaknya dapat kita saksikan:

Pertama, kadar pertumbuhan ekonomi kita terus menurun dari 7.2% setahun pada tahun 2012 ke 4.2% setahun pada tahun lalu, dan

Kedua, tahap daya saing kita turut tergugat; ia menurun dari tangga ke-18 pada tahun 2015 ke tangga ke-25 pada tahun lepas, menurut World Economic Forumn.

  1. Sehubungan itu, disyorkan pandangan-pandangan berikut untuk pertimbangan kerajaan:

Pertama, melantik mereka yang berkemampuan dan pakar untuk menterjemahkan visi kerajaan selaras dengan saranan agama kita supaya meletakkan orang yang ahli ditempatnya jika tidak mahu menempah kebinasaan.

Dalam konteks ini, 2 visi utama kerajaan ialah  berazam (a) untuk berhijarah ke digital economy, dan (b) untuk memperkaya kreativiti dan inovasi agar ianya menjadi nilai tambah / value-added yang utama dalam memacu ekonomi negara.

Kedua, mempastikan wujudnya vertical and horizontal integration dalam perancangan dan pelaksanaan dasar agar berlakunya koordinasi yang lebih rapat dan kukuh untuk mempastikan tidak berlaku lagi mismatch antara supply and demand.  Sebaliknya akan wujud a new optimal supply and demand equilibrium in the labour market.

Sehubungan itu, khusus mengenai isu ini, perbincangan dan koordinasi yang lebih rapat hendaklah diwujudkan antara Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, MITI, EPU dan agensi-agensi yang berkaitan dengannya.

Ketiga, gaji dan upah buruh patutlah dinaikkan sejajar dengan azam kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi serta selari pula dengan tren di negara-negara lain, termasuklah di China. Yang demikian, ia akan mampu menarik pekerja tempatan kerana terbukti mereka bersedia melakukan pekerjaan 3D sekiranya mendapat imbuhan yang bersesuaian. Sekali gus, bilangan penganggur  dan pekerja asing akan dapat dikurangkan.

Walau bagaimanapun, kenaikan gaji ini hendaklah disertai dengan peningkatan produktiviti untuk mempastikan syarikat terus survive.

Keempat, diakui bahawa penggunaan dan pelaburan / consumption and investment adalah the key economic drivers. Tetapi antara dua kunci tersebut, pelaburan adalah lebih kritikal lagi. Menggunakan hasil kerajaan untuk menyokong penggunaan yang berterusan adalah tidak mapan / unsustainable.

Justeru, selaras dengan titah ke Bawah Duli Baginda, maka disarankan agar kerajaan melaburkan hasil tambahan yang diperolehi itu ke arah memantapkan lagi modal insan kumpulan sasar melalui training, retraining, re-skilling and skill upgrading, dengan izin. Bukan sekadar memberikan cash hand-outs.

Melalui pelaburan ke atas capacity building ini, maka effectiveness, efficiency dan produktiviti serta daya saing akan mengukuh.

Pada masa yang sama, hendaklah diwujudkan lebih banyak lagi peluang perniagaan dan pekerjaan untuk menyerap mereka itu.

Kelima, mempastikan semua pelabur asing menggunakan input tempatan seperti bahan dan tenaga kerja serta membantu SME kita agar boleh berkembang maju. Jika tidak, rakyat tempatan hanya menjadi penonton yang mampu menonton atau tenguk sahaja.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu rasionalisasi dan bantuan untuk kumpulan sasar

  1. Sebentar tadi saya ada menyentuh mengenai membantu kumpulan sasar. Sesungguhnya kita amatlah bernasib baik kerana di atas kebijaksanaan dan wawasannya, YAB PM telah melaksanakan GTP, ETP dan rasionalisasi subsidi beserta dengan pakej membantu kumpulan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan pelan rasionalisasi tersebut. Antara pakej berkaitan ialah BR1M, KR1M, 1AZAM dan banyak lagi.
  1. Lantaran pelaksanaan kombinasi pelan rasionalisasi dan pakej bantuan tersebut, maka negara kita telah berjaya mendepani krisis ekonomi global yang melanda negara sejak akhir 2015 tanpa menjejaskan dengan teruk kumpulan B40 dan M40. Kebajikan mereka terbela.
  1. Sekarang kita sudah boleh beranjak pula ke mode Fasa Ke-2. Di Fasa ke-2 ini, di samping melabur dalam capacity building, sepertimana yang saya sarankan tadi, izinkan saya mencadangkan supaya hasil kerajaan yang terhad ini digunakan dengan lebih efficient lagi inorder to maximize the best value for money.
  1. Saya mohon mencadangkan seperti berikut:

Pertama, pemberian semua bantuan subsidi atau insentif berbentuk mata benda seperti baja, minyak masak, diesel, buku teks dan sebagainya hendaklah dikira dan dibayar di peringkat penggunan / consumption level; bukan dikira dan dibayar di peringkat pengeluaran / production level yang menguntungkan taukeh besar seperti sekarang.

Kaedah ini sudah pasti lebih cost efficient kerana ianya akan dinikmati sepenuhnya  oleh kumpulan sasar sahaja. Ketirisan dan pembaziran boleh dikurangkan atau dibasmi. Lantas wang rakyat dapat dijimatkan.

Kini kaedah ini boleh dilaksanakan kerana kita sudahpun mempunyai database penerima BR1M yang lengkap dan terkini. Yang demikian, sebagai contoh, hanya penanam padi boleh mendapat subsidi  baja padi dan hanya nelayan boleh menerima subsidi minyak diesel. Pemberian subsidi tersebut boleh berdasarkan instrument seperti kupon.

Kedua, memberi bantuan yang bersifat / berbentuk social safety net seperti insuran kemalangan, insuran kesihatan, insuran tanaman dan seumpamanya, dan

Ketiga, semua bantuan untuk kumpulan sasar ini hendaklah diletakkan di bawah dan diuruskan oleh one stop agency untuk memudahkan lagi mereka berurus / access.

Di peringkat awal / start up, pemberian bantuan itu pula hendaklah lengkap iaitu mereka dibekalkan batang joran, tali joran, kail dan umpan serta diajar pula cara memancing. Bukan hanya diberi batang joran, sepertimana yang berlaku sekarang.

Itulah punca utama mengapa skim membantu orang miskin ini kurang berjaya. Falsafahnya murni tetapi kaedahnya perlulah diperbaiki dan dimantapkan lagi.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu hutang Kerajaan Persekutuan

  1. Kini saya ingin beralih pula kepada isu Hutang Kerajaan Persekutuan (HKP); ianya bukan hutang negara, sepertimana yang sering diconfusekan oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin tidak faham perbezaan antara dua konsep hutang ini.
  1. Dalam membincangkan HKP ini, kita tidak boleh lari dari menyentuh 3 aspek utama ini iaitu:

Pertama, tujuan hutang iaitu bagi tujuan pembangunan sahaja;

Kedua, saiz hutang iaitu biasanya diukur berdasarkan (a) nisbah kepada nilai GDP dan (b) nisbah lebihan / defisit bajet kepada GDP sebagai proksinya; dan

Ketiga, kemampuan bayar balik hutang yang diukur berdasarkan nisbah bayaran khidmat hutang (BKH) kepada jumlah hasil. Ukuran ini lebih relevan berbanding dua yang lain itu.

  1. HKP, sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Ekonomi 2016/2017, kini berjumlah RM656 bilion. BKH pada tahun 2017 hampir RM29 bilion atau 13.4% daripada jumlah hasil kerajaan. Justeru kita perlulah lebih berhati-hati dan lebih berhemah lagi kerana ia sudah menghampiri threshold 15% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan.
  1. BKH terus meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2009, BKH berjumlah kurang sikit RM21 bilion atau hanyalah 9.8%.
  1. Mengambil kira hutang off budget, hutang 1MDB, LRT, MRT, ECRL, pembinaan pelabuhan Pulau Carey dan lain-lain lagi, HKP berpotensi untuk mencecah kira-kira RM1.34 trilion.
  1. Beban hutang sebanyak itu sudah pasti akan mencabar kemampuan kerajaan untuk service the loans. Kadar BKH sudah pasti akan menembusi had atau limit 15% Ianya amatlah mengerikan.
  1. Justeru diangkatkan syor-syor berikut untuk pertimbangan kerajaan:

Pertama, menukar pendekatan PINJAMAN kepada PENGSWASTAAN dalam usaha hendak membina projek-projek yang dirancang itu.

Kedua, kerajaan menyegerakan tindakan untuk membasmi ketirisan dan pembaziran. Ianya menjadi mendesak kerana hasil negara  bukan sahaja terhad malah menurun pula.

Yang demikian, rakyat akan benar-benar mendapat nikmat more value for money melalui higher cost effectiveness and  better cost efficiency. Komitmen ini telahpun diberikan oleh YAB PM / MKI melalui ucapan Bajet saban tahun.

Sebagai contoh, projek MRT yang dibina demi kepentingan dan kebajikan rakyat tetapi telah dijaja sebagai satu pembaziran kerana over pricing dan sebagainya apabila ianya dibandingkan dengan projek yang sama di Singapura, Turki, Korea Selatan dan Taiwan. Mohon YB Menteri memberikan pencerahan tenatng isu tersebut.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu pelaburan China, OBOR dan Chinafication.

    1. Akhir sekali saya ingin menyentuh isu pelaburan China, OBOR dan Chinafication. Isu ini adalah antara isu yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat masa kini. Kerana kehangatan dan kontroversi yang dikaitkan dengannya itu maka amat wajarlah sekali isu tersebut dijernih dan dicerahkan di Dewan yang mulia ini.
    2. Mohon pencerahan dari YB Menteri berhubung perkara-perkara berikut:

a) Berapakah jumlah dan nilai projek terkini yang ada kepentingan China – dari segi (i) pelaburan FDI dan (ii) pinjaman?

b) Apakah syarat-syarat FDI dan pinjaman yang mereka kenakan, termasuklah projek Bandar Malaysia, Pelabuhan Kuantan, ECRL, Melaka Gateway, Kilang Kaca di Jasin, Melaka dan Forest City, Johor Baru?

c) Apakah kaedah dan tahap kemampuan membayar balik hutang?

d) Apakah tahap viability projek yang hendak dibina itu seperti Pelabuhan Kuantan, ECRL, Melaka Deep Sea Port agar kita tidak senasib dengan projek Hambantota di Sri Lanka?

e) Apakah faedah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia dari segi penggunaan bahan/supplies tempatan, pekerjaan, pemindahan kepakaran dan teknoloji, kutipan hasil dan sebagainya?

f) Apakah sumbangan atau cengkaman ke atas ekonomi kita, dan

g) Adakah kehadiran China secara besar-besaran dan terancang ini akan mengukuhkan lagi atau mengancam kedaulatan dan keselamatan kita?

YB Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Itulah sahaja yang ingin saya kongsikan di Dewan yang mulia ini. Jika terdapat sebarang kelemahan dan ketelanjuran kata, al maklumlah lidah kita tidak bertulang, maka dengan rendah diri saya memohon maaf:

Turun hujan perahu berlabuh

Di malam gelap menagkap ikan

Saya menyusun jari sepuluh

Salah dan silap mohon maafkan.

  1. Saya bangun menyokong Titah Ke Bawah Duli Seri Paduka BagindaYang DiPertuan Agong yang kita sanjung dan kasihi.

4 Mac 2017.

, ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2017 – MITI

  1. Produktiviti adalah tiang seri struktur ekonomi, resipi kritikal daya saing dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Apakah yang telah berlaku kepada ekonomi kita hingga menyebabkan pertumbuhan kadar produktiviti buruh kita, menurut kajian MPC,  bukannya meningkat malah ianya menurun dari 81% bagi tempoh 2003 – 2009 kpd 1.2% bagi tempoh 2009 – 2015 manakala pertumbuhan Indonesia dan Vietnam terus meningkat sekitar 4%? Jurang antara business efficiency dan overall productivity juga masih lagi luas berbanding dengan Taiwan yang sudah mengecil.
  1. Ia memberi impak, antara lain, kepada daya saing kita yang telah menurun dari tangga ke 18 ke tangga 25, sepertimana yang dilaporkan oleh World Economic Forum dan kepada pertumbuhan GDP yang telah merosot dari 2% pada tahun 2012 kepada 4.1% pada 6 bulan pertama tahun ini. Saya akui faktor-faktor lain juga turut menyumbang kepada senario tersebut, termasuklah faktor luaran  (external). Namun apakah usaha baru yang lebih drastik untuk memulihkan tren berkenaan demi kemakmuran negara?
  1. Saya juga perhatikan MPC lebih biased kepada mengeluarkan national industry-based productivity indicators dan kurang minat kepada state level and community-based indicators. Tidaklah dinafikan bahawa indicators tersebut amatlah berguna sebagai input perancangan untuk national agencies dan industries tetapi there is no buy-in and no sense of ownership oleh negeri dan masyarakat. Justeru disarankan agar MPC berikanlah juga perhatian kepada production of relevant state level productivity indicators and community-based productivity indicators seperti yang berkaitan dengan kaum serta kelas pendapatan, misalnya, T20. M40 dan B40.
  1. Kita memerlukan FDI & DDI untuk, antara lain, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengujudkan pekerjaan. Malangnya FDI yang telah diluluskan telah merosot 6% antara ST2 2015 (RM16.8b) dan ST2 2016 (RM8.8b) dan beberapa buah syarikat besar telah pun menutup operasi mereka dan berpindah ke negara lain. Dilaporkan outflow pelaburan akan berlaku lebih banyak dan pantas lagi ekoran kemenangan Trump baru-baru ini. Apakah usaha-usaha baru kerajaan untuk menarik lebih banyak  pelaburan baru dan mengekalkan pelaburan yang sedia ada?
  1. Ke arah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi, kerajaan telah merancang di bawah RMK10 & RMK11 untuk mentransformasikan ekonomi negara dari sebuah ekonomi  yang  dipacu oleh low wages labour intensive industries kepada high value-added high technology Knowledge-driven economy. Malangnya apa yang berlaku ialah ekonomi kita terus kekal dalam mode Sebagai contoh, gaji mean kita masih rendah iaitu RM1,600 sebulan pada tahun 2015 dan hampir 90% pekerjaan  baru yang diwujudkan adalah bertaraf buruh kasar dan bergaji rendah. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apakah pula yang boleh kita pelajari dari kesilapan tersebut?
  1. Seterusnya apakah inisiatif MITI untuk memimpin transformasi ini ke arah mencapai TN50?
  1. Ekonomi kita adalah sebuah ekonomi yang terbuka dan ianya Trade-driven. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah lebihan dagangan yang telah kita nikmati selama kira-kira 225 bulan akan bertukar menjadi defisit kerana lebihan tersebut terus mengecil. Sebagai contoh, pada ST2 2015, lebihan dagangan adalah sabanyak 6b; ia menyusut sebanyak 16% kepada RM19.8b pada ST2 2016.
  1. Begitu juga dengan lebihan Akaun Perkhidmatan dalam Imbangan Pembayaran. Ianya telah menjunam 77% dari 1b (ST2 2015) kepada RM1.9b (ST2 2016). Impaknya adalah besar, termasuklah ke atas ratings kita. Apakah prakarsa MITI untuk menyekat kejatuhan tersebut?
  1. MITI, khususnya SMECORP dan MATRADE telah berhempas pulas memajukan SMEs, terutamanya SME Bumiputra. Namun, nampaknya SME Bumiputra masih lagi merangkak-rangkak kerana 87% daripada kira-kira 480,000 SME Bumiputra adalah di tahap MIKRO dan hanya 2% sahaja bersaiz BESAR manakala sumbangan kepada GDP hanyalah 13% dan sumbangan kepada eksport adalah lebih kecil lagi. Apakah masalah sebenar yang menghimpit SME Bumiputra dan apakah tindakan di luar kotak yang hendak dilaksanakan untuk melonjakkan prestasi SME Bumiputra ini?
  1. Disarankan, bukan sahaja pengusaha Bumiputera perlu muasabah dan betulkan diri sendiri bahkan agensi-agensi kerajaan seperti MIDA, SMECORP dan MATRADE perlu juga dengan jujur dan ikhlas muasabah diri dan betulkan kelemahan yang ada. Ingatlah akan kata-kata Albert Einstein, Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.
  1. Sebagai contoh, untuk mencapai kadar kejayaan yang lebih tinggi, fungsi MATRADE hendaklah diubah dari trade promotion kepada trade solutions. Perubahan ini menuntut perubahan strategi dan perubahan pelan tindakan yang merangkumi kesuluruhan rantaian nilai atau value chain. Trade promotion amatlah terhad iaitu hanya tertumpu kepada usaha mempromosikan produk sahaja. Terima kasih.

, , ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN

 

  1. Hutang kerajaan telah melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang.
  1. Dalam pada itu, dilaporkan hutang terbaru atau bakal dipinjam yang besar-besar, antaranya, adalah seperti berikut:

      a) Hutang MRT 1, 2 & 3 = RM120 b

      b) Hutang HSR   =          RM60 b

      c) Hutang 1MDB =          RM53 b

      d) Hutang ECRL =          RM55 b

      e) Hutang LRT3 =          RM10 b

                  Jumlah =          RM298 b

  1. Seterusnya saya difahamkan kerajaan juga komited terhadap liabiliti hutang off-budget. Justeru saya mohon YB Menteri memberikan gambaran yang lengkap dengan memaklumkan:

a ) Berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?

    i) dalam dan luar negara?

    ii) di bawah bajet dan di luar bajet (off budget) saperti PFI, hutang 1MDB, MRT, LRT dan Lebuhraya Pan Borneo?

        b) Apakah saiz hutang tersebut dari segi:

            i) nisbah kepada GDP?

            ii) defisit fiskal?

         iii) dan yang lebih penting lagi, apakah tahap kemampuan membayar balik hutang dari segi debt service ratio?

       c) Mengetahui banyak projek tersebut adalah tidak self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT dan UiTM, mohon diperjelaskan sumber dan kaedah funding dan keadah financing masing-masing.

      d) Bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik ke semua hutang tersebut sedangkan kerajaan mengalami kesempitan sumber kewangan?

 

  1. Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya mendapat beberapa penjelasan dari YB Menteri:

a) Sesungguhnya Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700% kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

b) Yang lebih penting lagi ialah jika dulu, dengan kos sebanyak RM7 bilion, didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos sebanyak RM55 bilion sudah menjadi viable? Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. Jika dibandingkan dengan kelajuan dan kos seKM kita dengan HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km); Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km), Jepun (320/Km; RM36 juta/Km), Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) dan China (350 Km/jam; RM66/Km) maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

d) saya sedar hostile terrain boleh menyumbang kepada kos yang tinggi berbanding terrain yang mesra alam. Jika alasan inilah yang diberikan maka saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa, secara perbandingan, HSR Turkey menghadapi a very difficult stretch of about  200 Km, memerlukan  39 buah terowong dan 33 jambatan manakala our difficult stretch hanyalah 60 Km di Karak – Bentung, sebuah jambatan di Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru berikanlah saya sebab-sebab lain yang munasabah.

e) seterusnya apakah syarat-syarat dan terma pinjaman tersebut seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

5) Selanjutnya saya mohon pencerahan berhubung angka RM144 bilion yang digembar-gemburkan ekoran dari lawatan YAB PM ke China pada bulan November 2016. Gambaran yang diberikan seolah-olah semuanya bakal pelaburan (FDI) China di Malaysia. Mohon YB Menteri berikan pecahan dari segi:

  • FDI di Malaysia
  • Pinjaman oleh Malaysia
  • Pembelian oleh Malaysia atau China
  • Pelaburan Malaysia di China, dan
  • Import / Eksport.

  1. Dimaklumkan kedudukan kita dari segi kebahagian (happiness) telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index. Begitu juga kedudukan kekayaan kita telah menurun dari tangga ke 39 (2009) ke tangga 44 (2015) berdasarkan Legatum Prosperity Index. Impak semua ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.
  1. Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan kenaikan kos sara hidup amnya akan memburukkan lagi lanskap ini. Di samping Bajet 2017 ini, apakah Pelan B yang akan kerajaan laksanakan untuk membaik pulih keadaan tersebut?
  1. Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, difahamkan kos asal BRT Sunway sepanjang 5 km itu hanyalah RM300 juta. Namun kosnya telah melonjak 110% kepada RM634 juta dan purata kosnya seKM adalah sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang.
  2. Kos ini tentulah dilihat begitu exorbitant dan membuat kita melopong jika dibandingkan dengan kos membina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang hanyalah RM80 juta seKM! Sudah tentu kos koc LRT sepatutnyalah lebih mahal dari bas tetapi kos LRT Jakarta terbukti jauh lebih murah. Mohon YB Menteri jelaskan lonjakan kos ini dan sebab-sebab kos kita lebih mahal dari LRT Jakarta.
  1. Begitu juga dengan kos membina MRT. Semasa membentangkan Bajet 2011, YAB PM/MKI telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ianya adalah dibiayai oleh pihak swasta. Kini, saya difahamkan, ianya ditanggung oleh kerajaan. Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?
  1. Dalam pada itu, nampaknya kos pembinaannya macam tidak terkawal. Mengikut laporan, kos pembinaan MRT1 kita adalah sebanyak RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos membina MRT Jakarta iaitu hanyalah RM215 juta! Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Mengapa kos kita jauh lebih tinggi?
  1. Anggaran kos asal sapertimana yang diunjurkan oleh PEMANDU hanyalah RM40 bilion. Dilaporkan kini ianya telah menjangkau lebih RM70 bilion! Adakah laporan tersebut benar? Jika benar, apakah yang menyebabkan cost overrun ini dan adakah ianya munasabah / justified?
  1. Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. Setelah dibuat normalisation dari segi underground dan elevation, kos pembinaan MRT1 adalah sebanyak 6 juta / KM berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 iaitu lonjakan asebanyak 23%! Mengapakah boleh berlaku demikian?
  1. Seterusnya apakah faedah yang telah diperolehi oleh Bumuputera dari segi nilai kontrak, bilangan pekerjaan mengikut kategori seperti pengurusan, professional dan telnikal dan bekalan bahan-bahan pembinaan?
  2. Dari segi keutamaan dan berhemah, wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
  1. Patutkah kerajaan berbelanja RM350 juta ke atas sebuah terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki yang saya sebutkan tadi dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
  1. Berhubung kos harga rumah yang melambung-lambung ini, saya yakin ia turut disumbangkan oleh dasar kewangan yang salah yang diperkenalkan oleh BNM. Salah satu antaranya ialah tindakan BNM memanjangkan tempoh bayaran balik. Walaupun niat asalnya baik iaitu untuk merengankan beban bayaran bulanan tetapi ianya telah back fire.
  1. Bayaran balik yang rengan dan mudah ini telah merangsang permintaan dan seterusnya mendorong kenaikan harga rumah berasaskan artificial demand pull. Justeru dasar BNM tersebut telah menambahkan lagi beban hutang golongan ini yang mana hutang isi rumah sudahpun merupakan yang tertinggi di Asia (2015 = 1% daripada GDP). Dalam pada itu, tindakan tersebut menguntungkan pula pemaju dan bank.
  1. Lantaran disyorkan agar Kerajaan lebih mesra rakyat lagi dengan  mengawal harga rumah supaya tidak melebihi empat kali ganda gaji median tahunan kumpulan M40 dan B40. Inilah threshold atau benchmark tahap mampu milik yang patut dijadikan ceiling.
  1. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana berani memperkenalkan safety net untuk golongan pemandu teksi iaitu liputan SOCSO. Saya cadangkan agar kemudahan ini diperluaskan lagi dari segi content seperti insuran nyawa, insuran perubatan. insuran tanaman, KWSP, unemployment benefits dan sebagainya serta dilebarkan pula dari segi liputan seperti merangkumi golongan lain yang juga very vulnerable seperti petani, pekebun kecil, peneroka FELDA, peserta FELCRA, nelayan dan peniaga kecil / penjaja.
  1. Untuk menjamin kadar kejayaan yang tinggi, mereka itu bolehlah di reach out melalui pertubuhan masing-masing seperti LPP/PPK, RISDA, NAFAS, FELDA, FELCRA dan LKIM/Persatuan Nelayan.

, , , ,

1 Comment

PERBAHASAN BAJET 2017

YB TS YDP,

1. Saya amatlah berterima kasih di atas peluang YB TS berikan kepada saya untuk membahaskan anggaran Bajet 2017 ini. Seterusnya bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, saya turut merakamkan tahniah kepada YAB PM merangkap Menteri Kewangan I di atas kejayaan membentangkan Bajet 2017 yang berhemah dan pragmatik itu.

2. Sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, BN telah menggalas tugas mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap dan berkesan. Rekod pentadbiran selama 59 tahun adalah sebagai bukti dan pencapaian HDI di tangga 62 pada tahun 2015 sebagai alibi manakala kemenangan 13 kali dalam PRU merupakan referendum rakyat yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

3. Saya juga ingin turut merakamkan tahniah kepada YB dari Titiwangsa di atas kepercayaan YAB PM melantik Datuk sebagai Menteri Kewangan II. Saya yakin Datuk mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang amat berat ini, terutama sekalai di bawah persekitaran geo-poloitik global yang ganas dan tidak menentu serta lanskap ekonomi dunia pula yang muram dan suram. Setakat ini, mengikut cerapan saya, indeed Datuk has handled your job very well.

4. Dalam pada itu, memahami masalah ekonomi yang sukar dan gusar, suram dan muram serta impaknya yang menghimpit kita, terutama sekali kesan ke atas pertumbuhan ekonomi negara yang semakin perlahan serta implikasinya dan sumber kewangan yang semakin merosot sedangkan permintaan, tuntutan dan desakan rakyat terus meningkat, maka saya boleh menjangka dan membayangkan kesulitan, kesukaran dan keperitan Datuk dalam menolong merangka Bajet 2017 ini.

5. Namun telah terbukti, berbekalkan ilmu pengetahuan yang mendalam dan digembeling pula dengan pengalaman yang luas, Datuk telah mampu membantu YAB menyediakan Bajet yang pragmatik, berhemah (prudent) dan mudah difahami serta diterima oleh rakyat.

PENCAPAIAN
YB TS YDP,

6. Diakui kerajaan BN tidaklah sempurna atau perfect tetapi, berdasarkan a basket of indicators berikut, saya inginlah merakamkan beberapa kejayaan kita pada tahun ini.

7. Pertama, dalam keadaan ekonomi global yang lemah dan tidak menentu itu, kita masih mampu mencatatkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang agak impresif. Misalnya, pertumbuhan ekonomi kita pada separuh pertama 2016 adalah sebanyak 4.1%, lebih tinggi dari banyak negara saperti Jepun (0.6%), USA (1.2%) dan European Union (1.8%), Singapura (2.1%),

8. Malaysia terus mencatatkan gunatenaga penuh (full employment) selama 20 tahun berturut-turut sekalipun dikatakan aktiviti ekonomi kurang rancak dan banyak negara mengalami kadar pengangguran yang tinggi (melebihi 4%) saperti di UK (4.9%), Australia (5.8%), Peranchis (9.9%), Italy (11.4%), Sepanyol (20%) dan Greek (23.4%).

9. Kadar inflasi kita di tahap yang sihat iaitu 2.3% bagi tempoh 8 bulan pertama manakala sesetengah negara terus begelut dengan kadar inflasi yang tinggi saperti Mesir (15.5%) dan Venezuela (275%) atau kadar inflasi yang rendah saperti UK (0.6%) & USA (1.1%) atau deflasi seperti Jepun (-0.4%). Kadar inflasi yang terlalu tinggi (hyper inflation) atau yang rendah atau negatif (deflasi) adalah tidak sihat.

10. Keamanan – berdasarakan Global Peace Indeks, Malaysia di kedudukan no.30.

11. Kebahagiaan – berdasarkan World Hapiness Index, kedudukan Malayasia no. 47.

12. Kemakmuran – berdasarkan Legatum Prosperity Index, kedudukan Malayasia no. 44.

13. Seterusnya, di peringkat makro, kita kekal berada di kalangan kumpulan High Human Develpment berdasarkan ukuran Human Development Index (HDI) iaitu di tangga ke 62 pada tahun 2015.

14. Kejayaan-kejayaan ini menyuntik keyakinan rakyat dan para pelabur serta para peniaga. Keyakinan itu merupakan pra syarat asas untuk memacu ekonomi negara.

SEMAKAN REALITI (REALITY CHECKS)
YB TS YDP,

15. Dalam pada kita meraikan kejayaan-kejayaan tersebut dengan penuh kebanggaan dan keyakinan, wajarlah pula kita membuat semakan realiti atau reality checks agar kita mengetahui kedudukan yang sebenar, khususnya kelemahan-kelemahan kita dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan (preventive and corrective actions). Pada masa yang sama, kerajaan hendaklah memberikan maklumat yang sebenar dan tepat kepada rakyat dan, yang demikian, lebih mudahlah merayu understanding serta sokongan mereka.

16. Pada masa ini rakyat agak keliru atau confused. Di satu pihak, mereka diberitahu keadaan semuanya cantik dan baik. Di satu pihak lain, keadaan sebenar tidaklah secantik sepertimana yang digambarkan. Contohnya, banyak perniagaan ditutup, ramai diberhentikan, ubat untuk pesakit di hospital kerajaan dikurangkan, pembayaran biasiswa tertangguh dan sebagainya. Kekeliruan seperti ini, jika berteruskan, tentulah tidak sihat.

17. Saya yakin pendekatan yang telus dan ikhlas saperti yang saya sarankan ini akan dapat membantu mengembalikan keyakinan rakyat dan, yang demikian, akan bertambah mudahlah kerajaan menarik sokongan mereka.

18. Pertama sekali kita kenalah akui bahawa walaupun pertumbuahn ekonomi kita masih agak baik berbanding dengan banyak negara, seperti yang saya sebutkan tadi, namun kita patutlah akui bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terus menurun sejak 2010 (7.2%) kepada 4.1% pada 6 bulan pertama tahun ini. Nampaknya pertumbuhan ini pula tidak sustainable.

19. Leading Economic Indicators menunjukkan kita amat bernasib baik kalau kita dapat mencatatkan kadar pertumbuhan 4.5% bagi tahun ini. Sebab utama ialah kejatuhan harga yang berterusan dan pengurangan pengeluaran komoditi utama, permintaan luar yang lemah dan juga Brexit. IMF mengunjurkan Brexit memberi impak negatif sebanyak -0.1% kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan kita turut menerima tempiasnya.

20. Laporan Bank Dunia pula mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita tidak akan mencapai 5% dalam tempoh jangka pendek ini. Punca utama ialah kejatuhan mendadak permintaan barangan yang dikilang (manufactured goods) serta harga minyak mentah yang menjunam dan kekal rendah.

21. Pada masa yang sama ianya didorong oleh “a sharp global financial tightening, a further slowdown in world growth, including the Asia Pacific Region, particularly Asean, and a faster-than anticipated slowdown in China “.

22. Di samping itu, rancangan kerajaan untuk menuju ke tahap “ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi bernilai-tambah tinggi” (knowledge-based economy, high value-added economy) dibantutkan pula oleh pihak swasta yang mengutamakan ‘labour intensive industries’  kerana lebih suka bergantung kepada tenaga buruh asing yang murah.

23. Di bawah mendung lanskap geo-ekonomi sedemikian rupa, bagaimanakah kerajaan hendak memandu dan memacu ekonomi kita ke tahap kemakmuran yg diimpikan itu?

PEMACU UTAMA
TS YDP,

24. Seterusnya parameters ini yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi merisaukan saya:

24.1 Labour productivity growth kita yang merupakan game changer, bagi tempoh 2009 – 2015, telah menurun kepada 1.2% berbanding 2.81% bagi tempoh 2003 – 2009.

24.2 Berkait rapat dengan prestasi produktiviti yang lemah itu, maka tidak hairanlah kedudukan daya saing Malaysia di peringkat global menurun dari tangga ke 18 ke tangga 25, menurut Laporan World Economic Forum, 2016 – 2017. Apakah tindakan segera untuk meningkatkan semula produktiviti dan daya saing kita itu?

24.3 Akaun dagangan menyusut 16.1% dari RM23.6 bilion (ST2 2015) kepada RM19.8 bilion (ST2 2016),

24.4 Akaun perkhidmatan pula menjunam 76.5% dari RM8.1 bilion (ST2 2015) kepada RM1.9 bilion (ST2 2016). Nampaknya kita berpotensi mengalami defisit kembar dalam akaun semasa. Soalan saya, apakah usaha-usaha yang hendak diambil untuk mengelakkan ancaman ini daripada berlaku?

24.5 Rizab antarabangsa mengecil 16.1% dari RM442 bilion (2013) kepada RM391 bilion (Julai 2016).

24.6 FDI merosot 47.6% dari RM16.8 bilion (ST2 2015) kepada RM8.8 bilion (ST2 2016),

24.7 Dalam pada itu, hutang kerajaan terus melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang, kerana kita kekurangan hasil untuk menampung keseluruhan perbelanjaan.

24.8 Pada masa yang sama, hutang luar negara juga meningkat iaitu sebanyak 57.8% dari RM537.5 bilion (2010) kepada RM848.2 bilion (ST2 2016). Maka Nisbah Khidmat Bayaran Hutang pun melompat dari 7.5% kepada 13.9% dalam tempoh yang sama.

24.9 Penggunaan persendirian (private consumption) mengecil sebanyak 27.6% jika mengambil penjualan kenderaan bermotor pada bulan Julai 2016 berbanding Julai 2015 sebagai proksi, Difahamkan nilai jualan di pasar raya merosot lebih 30%.

Antara kesan segera akibat permintaan luar yang lemah, pelaburan yang menurun dan penggunaan persendirian domestik yang mengecil ini ialah penutupan perniagaan, kehilangan pekerjaan / pendapatan dan kejatuhan GST yang bakal dikutip. Pada masa yang sama, Kerajaan juga hilang sebahagian sumber cukai dari minyak.

24.10 Kadar pengangguran meningkat dari 2.9% pada tahun 2014 kepada 3.5% pada bulan Julai 2016 manakala bilangan penganggur pula melonjak 25.6% dari 411,100 orang pada tahun 2014 kepada 516,200 orang pada bulan Julai 2016. Sebab utama adalah ekonomi yang lemah yang menyebabkan double impact iaitu kurangnya new openings dan hilangnya pekerjaan kerana penutupan kilang / syarikat (hilang 101,000 pekerjaan berpendapatan tinggi) manakala new entrants kira-kira 400,000 orang setiap tahun pula terus memasuki pasaran buruh.

Keadaan ini diperburukkan lagi oleh kehadiran buruh asing yang ramai – sah dan PATI. Dilaporkan bilangan mereka adalah antara 4 juta orang (Menteri KSM) dan 6 juta orang (MEF) Antara kesan yang boleh dijangka ialah kenaikan kadar kemiskinan kerana ketiadaan / kehilangan pendapatan, penglebaran jurang kekayaan serta bertambahnya masalah sosial,

24.11 Malangnya, berkait rapat dengan masalah sosial itu, kombinasi suhu perkauman kita yang semakin tinggi dan tindakan pihak pelampau yang bertambah berani turut membimbangkan saya kerana, berdasarkan Global Peace Index, kedudukan kita telah merosot dari tangga ke 24 pada tahun 2012 kepada tangga ke 30 pada tahun 2015. Lantas Indeks Jenayah yang menunjukkan jenayah berkurangan adalah meragukan.

24.12 Kedudukan kita dari segi kebahagian (happiness) juga telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index.

24.13 Begitu juga kedudukan kekayaan kita telah menurun dari tangga ke 39 (2009) ke tangga 44 (2015) berdasarkan Legatum Prosperity Index.

24.14 Impak semua ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.

24.15 Seterusnya akibat kesan berganda pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan nilai Ringgit yang lemah berbanding USD, maka sasaran untuk mencapai W2020 dan negara berpendapatan tinggi mungkin tidak tercapai. GNI Per kapita US$9,387 pada tahun 2011 telah menurun kepada US$7,011 pada tahun 2015; jauh di bawah threshold US$12,475.

KEDUDUKAN KEWANGAN
YB TS YDP,

25. Saya menjangkakan Bajet 2017 sudah pasti menjadi instrument untuk mendepani isu-isu rumit yang saya senaraikan tadi dan juga isu-isu lain.

26. Sebelum saya teruskan perbahasan ini, terlebih dahulu saya ingin mencadangkan agar kerajaan membentangkan report card tentang prestasinya yang lepas berlatarbelakangkan janji-janji yang dibuat. Misalnya, berapa banyak rumah PPRT, rumah mampu milik, jalan luar bandar, klinik, sekolah, outcome membantu golongan miskin B40 seperti petani dan nelayan dan sebagainya. Maklumat ini tidak pernah dibentangkan.

27. Untuk meneruskan perbahasan selanjutnya, amatlah penting bagi kita memahami terlebih dahulu kedudukan kewangan kerajaan dari segi hasil yang diperolehi serta liabiliti yang ditanggungnya dan tuntutan rakyat yang perlu dipenuhi. Yang demikian, mudahlah kita memaklumkan kepada rakyat fakta dan gambaran yang sebenarnya.

28. Di samping anggaran jumlah hasil pada tahun ini iaitu sebanyak RM212.6 bilion atau kurang RM13 bilion dari unjuran asal dan unjuran sebanyak RM219.7 bilion pada tahun depan yang telah dibentangkan itu, saya mohon maklumat-maklumat tambahan.

29. Pertama, bagi tempoh tahun 2014 dan 2016, berapa banyakkah:

29.1 hasil berpunca dari petroliam dan barangan berasaskan petroliam?

29.2 hasil dari SST / GST?

29.3 perbelanjaan subsidi?

30. Mengambil kira (a) nilai SST adalah sebanyak RM17 bilion pada taun 2014 dan (b) pengurangan subsidi adalah sebanyak RM15 bilion antara 2014 dan 2016 maka (c) adakah benar pendapat golongan tertentu bahawa GST (RM38.5 bilion) TIDAK diperlukan sekalipun kutipan dari sumber-sumber lain berkurangan?

31. Menurut golongan tersebut, sebarang shortfalls, jika masih ada, bolehlah ditampung melalui penguatkuasaan yang lebih ketat, kutipan cukai yang lebih extensive dan intensive serta pembasmian ketirisan dan penghapusan rasuah?

32. Kedua, berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?

32.1 dalam dan luar negara?

32.2 di bawah bajet dan di luar bajet (off budget) saperti PFI, hutang 1MDB, MRT dan Lebuhraya Pan Borneo?

32.3 apakah saiz hutang tersebut dari segi:

(a) nisbah kepada GDP?

(b) defisit fiskal?

(b) dan yang lebih penting lagi, apakah tahap kemampuan membayar balik hutang dari segi debt service ratio?

32.4 mengetahui banyak projek tersebut adalah tidak self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT dan UiTM, mohon diperjelaskan sumber dan kaedah financing and funding masing-masing.

PILIHAN UTAMA
TS YDP,

33. Dalam keadaan ekonomi masa kini, apakah pilihan yang ada pada kerajaan? Pada asasanya, kerajaan mempunyai dua pilihan utama. Pertama, berbelanja mengikut kemampuan hasil yang ada atau mengukur baju di badan sendiri. Atau, kedua, berbelanja lebih dari hasil yang diperolehi tetapi ianya hendaklah dibelanjakan secara produktif, berhemah dan pragmatik dengan tujuan untuk merangsang semula aktiviti ekonomi kita serta melonjakkan semula hasil kerajaan.

34. Pilihan pertama itu, biasanya, amat sesuai diamalkan oleh individu dan sesebuah keluarga tetapi, pada hemat saya, ianya kurang sesuai bagi negara. Pada pendapat saya, pilihan kedua adalah lebih tepat untuk dilaksanakan oleh kerajaan yang mengutamakan kesejahtaeraan hidup rakyat, khususnya keamanan dan kemakmuran. Pendekatan inilah yang telah diambil oleh kerajaan dan saya menyokong sepenuhnya.

35. Dalam lain-lain perkataan, kerajaan menggunapakai pendekatan jaguh ekonomi Lord Keynes untuk memulihkan semula kerancakan aktiviti ekonomi kita kerana, Mengikut Pengrah Urusan IMF, the global growth is too low for too long. Bread is better than butter. Growth is better than butter!

36. Sesungguhnya adalah tepat masanya Kerajaan mengambil alih tugas memandu perjalanan ekonomi ini dari pihak swasta yang sudah pasti lebih berhati-hati dari segi pelaburan baru dan pengembangan (expansion) aktiviti ekonomi mereka.

37. Sekiranya kedua-duanya, kerajaan dan swasta, mengurangkan pelaburan / perbelanjaan masing-masing dalam tempoh yang suram ini maka sudah pasti ekonomi akan menguncup dan rakyatlah yang akan menanggung kesengsaraannya dari segi pengangguran yang meluas, pendapatan yang merosot, kemiskinan yang meningkat dan penyakit sosial yang merebak.

38. Lantas dialu-alukan peningkatan perbelajaan / pelaburan tersebut demi mengekalkan kemakmuran rakyat. Sesungguhnya kerajaan telahpun melaksanakan pendekatan ini sejak suku ke tiga 2015 apabila mencerapi senario yang saya lakarkan tadi. Buktinya, Perbelanjaan Akhir Kerajaan pada suku tahun kedua 2016 telah melonjak sebanyak 6.5% berbanding 3.6% pada suku ke tiga 2015.

39. Tanpa pemacuan tersebut maka sudah pasti kita tidak mampu mencapai pertumbuhan sebanyak 4.1% itu. Yang demikian, kita terus dapat menikmati kemakmuran dalam suasana ekonomi global yang muram, suram dan mencabar itu.

ISU UTAMA
TS YDP,
40. Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian kerajaan kepada tiga isu utama yang berkaitan dengan pertumbuahn ekonomi dan kemakmuran ini; tiga sahaja iaitu (a) perbelanjaan berhemah, (b) jurang kekayaan dan (c) kos sara hidup.

41. Kini saya ingin menyentuh isu perbelanjaan berhemah dalam konteks best value for money atau value managmement.

Perbelanjaan Berhemah
YB TS YDP,

42. Perkara ini memanglah menjadi paksi pengurusan kewangan kerajaan. YAB PM, antara lain, sering menyarankan penambah-baikan sistem penyampaian perkhidmatan, peningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran dan ketirisan, value for money dan less for more. Saranan dan amalan ini menjadi lebih kritikal lagi dalam keadaan kita mengalami kekurangan hasil dan aktiviti ekonomi yang kurang rancak dan, pada masa yang sama, perlu juga membetulkan ketidak-seimbangan monetarI dan fiskal.

43. Sehubungan itu, saya ingin membuat tiga saranan utama. Pertama, menambah hasil, kedua mengawal kos dan, ketiga, menyusun semula keutamaan.

44. Memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada dengan harapan untuk menambah hasil kerajaan adalah tidak sesuai dalam persekitaraan sekarang ini. Maka sebab itulah kerajaan amat berhati-hati dalam memperkenalkan cukai baru.

45. Lantaran itu, ruang yang ada ialah memperkasakan lagi usaha mengutip cukai, terutama ke atas evaders dan avoiders. Forensic scrutiny hendaklah dibuat ke atas akaun syarikat-syarikat gergasi, terutama mereka yang bijak dalam menyediakan creative accounting. Bertepatan dengan syor ini maka saya menyokong penuh tindakan kerajaan menubuhkan Collection Intelligence Arrangement itu.

46. Sesungguhnya pengurusan dan pengawalan kos / perbelanjaan yang berhemah pula hendaklah meresapi keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan. Dari pusat di Putrajaya hinggalah ke PBT di Kudat dan Baram. Dari pembelian yang kecil seperti pen dan pensil hinggalah kepada projek bernilai berbilion Ringgit seperti MRT.

47. Sebagai contoh, difahamkan kos asal BRT Sunway sepanjang 5.5 km itu ialah RM300 juta. Namun kosnya telah melonjak 110% kepada RM634 juta dan purata kosnya seKM adalah sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang. Kos ini tentulah dilihat begitu exorbitant dan membuat kita melopong jika dibandingkan dengan kos membina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang. Sudah tentu kos koc LRT lebih mahal dari bas tetapi kos LRT Jakarta hanyalah RM80 juta seKM!

48. Begitu juga dengan kos membina MRT. Semasa membentangkan Bajet 2011, YAB PM/MKI telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ianya adalah dibiayai oleh pihak swasta. Kini, saya difahamkan, ianya ditanggung oleh kerajaan. Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?

49. Dalam pada itu, nampaknya kos pembinaannya macam tidak terkawal. Mengikut laporan, kos pembinaan MRT1 kita adalah sebanyak RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos membina MRT Jakarta iaitu hanyalah RM215 juta! Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Anggaran kos asal sapertimana yang diunjurkan oleh PEMANDU hanyalah RM40 bilion. Dilaporkan kini ianya telah menjangkau lebih RM70 bilion! Adakah laporan tersebut benar?

50. Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. Setelah dibuat normalisation dari segi underground dan elevation, kos pembinaan MRT1 adalah sebanyak RM328.6 juta / KM berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 iaitu lonjakan asebanyak 23%!

51. Nampaknya kita perlu lebih serius lagi dengan saranan value for money dan less for more itu!

52. Di samping itu, dalam kedudukan kewangan kita yang terhad dan berkurangan ini, saya ingin menyarankan agar disusun semula keutamaan kita dengan memberi perhatian kepada konsep marginal utility dan low investment high return.

53. Sehubungan itu, pertama, kerajaan hendaklah mencari pilihan lain yang viable tetapi lebih murah dan cost effective. Mengambil contoh di atas, Kerajaan sewajarnyalah membina BRT dan bukannya MRT.

54. Di samping itu, dalam keadaan Kementerian Kesihatan terpaksa memotong perbelanjaan sebanyak RM300 juta kerana kekurangan peruntukan dan bergelut dengan kematian, wajarkah kerajaan (Khazanah Malaysia) berbelanja RM650 juta untuk mengindahkan kawasan Tugu Negara atas nama better life style?

55. Wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?

56. Patutkah kerajaan memboros RM350 juta ke atas sebuah terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki tersebut dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?

57. Kedua, kerajaan hendaklah menambah dan mengutamakan projek luar bandar dan untuk membantu B40 serta M40. Dalam hal ini, saya mengalu-alukan semua langkah yang telah diumumkan khusus untuk membantu golongan sasar ini seperti penambahan bantuan BR1M, perumahan, penyelenggaran rumah flat, klinik kesihatan, jalan luar bandar dan bekalan air serta api.

58. Namun masih banyak lagi isi rumah luar bandar di Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak yang belum lagi mendapat kemudahan asas seperti air dan letrik. Apa yang menimbulkan kemarahan rakyat dan menyusahkan pula kerajaan ialah kadar pelaksanaannya amatlah lambat. Pengumuman dibuat saban tahun tapi ianya umpama mendengar guruh dilangit tetapi hujan tidak turun-turun.

59. Khusus bagi Melaka, saya mohon agar kali ini kerajaan mengotakan janjinya sejak RMK 9 untuk membina Kolej Sain Kesihatan Bersekutu di Melaka yang mana tapaknya telah pun disediakan dan membina Pusat Kadiologi di Hospital Melaka yang telah dijanjikan dalam RMK10.

60. Peruntukan dan perhatian hendaklah ditumpukan ke arah menambah pendapatan mereka seperti memodenkan sektor pertanian, menumpukan kepada pengeluaran produk berhasil tinggi saperti durian Musang King, membantu pemasaran secara online yang mana 7.3 bilion penduduk dunia boleh menjadi pasaran yang terbentang luas.

61. Golongan B40 dan M40 pula hanya memerlukan rumah yang mampu milik; bukan istana yang hanya mampu tenguk. Mereka memerlukan pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan yang munasabah dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat dan pendapatan yang stagnant.

62. Malangnya, data terkini menunjukkan bahawa walaupun kerajaan menjanjikan pengwujudan pekerjaan berpendatan tinggi tetapi apa yang berlaku ialah 88% atau 271,000 dari 310,000 pekerjaan baru pada tahun 2015 adalah dalam kategori pekerjaan asas / buruh kasar. Gaji median bulanan kategori ini adalah bawah RM1,000.

63. Dalam pada itu, tindakan BNM memanjangkan tempoh bayaran balik hanya membebankan lagi golongan ini yang mana hutang isi rumah sudahpun merupakan yang tertinggi di Asia (2015 = 89.1% daripada GDP). Dalam pada itu, tindakan tersebut menguntungkan pula pemaju dan bank.

64. Kerajaan sepatutnya mengawal harga rumah supaya tidak melebihi empat kali ganda gaji median tahunan kumpulan tersebut. Inilah threshold atau benchmark tahap mampu milik.

65. Dalam konteks pekerjaan dan gaji ini, kerajaan disarankan supaya mengambil tindakan drastik dan segera untuk menyelesaikan isu buruh asing ini. Sekurang-kurangnya terdapat tiga sebab utama tindakan segera perlu diambil.

66. Pertama, sebahagian besar iaitu kira-kira 50% dari 1.8 juta pekerjaan baru yang diwujudkan di bawah ETP telah dirampas oleh pendatang asing ini. 56% pekerja asing sebenarnya bekerja dalam sektor berpendapatan tinggi; Hanya 44% daripada mereka yang menjadi buruh kasar. Justeru persepsi bahawa majoriti mereka itu bekerja 3D adalah tidak betul.

67. Kedua, kebanjiran pendatang asing yang ramai kerana tarikan nafsu para majikan akan menyebabkan rancangan kerajaan untuk memperluaskan knowledge-based economy, high value-added economy terbantut kerana majikan masih berminat dengan labour intensive industries disebabkan upah buruh yang rendah. Buktinya, seperti yang saya katakan awal tadi, 88% daripada pekerjaan baru adalah dalam kategori buruh kasasr.

68. Ketiga, oleh kerana majikan lebih berminat untuk mengambil pendatang ini kerana mereka bersedia menerima gaji yang lebih rendah maka mereka ini telah menekan gaji daripada berpeluang untuk meningkat. Justeru B40 terus kekal dalam kelompok yang sama.

69. PEMANDU telah mengunjurkan seramai 7 juta pekerja atau 43% akan masih menerima gaji bawah RM2,000 sebulan pada tahun 2020 nanti. Keadaan ini amatlah membimbangkan kerana masih ramai yang berpendapatan rendah (pendapatan median RM1,600 sebulan) sedangkan kita dijangka telah mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi pada masa itu.

70. Justeru kerajaan hendaklah segera kembali kepada saranan dalam RMK10 dan 11 yang mahu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi. Sesungguhnya pendekatan tersebut bukan saja mampu membasmi kemiskinan malah, yang lebih penting lagi, membolehkan kemakmuran dikongsi bersama (shared prosperity).

Jurang Kekayaan
YB TS YDP,

71. Turut membimbangkan ialah jurang kekayaan kini semakin melebar dan dijangka akan terus melebar. Sebagai contoh, antara 2009 dan 2012, pemilikan rumah kediaman Bumiputera menurun dari 27.2% kepada 26.1%, pemilikan terraced factories / warehouses merosot dari 45% kepada 35.1%, commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complexes menyusut dari 3.1% kepada 0.2%. Sudahlah sikit semakin menyusut pula.

72. Pemilikan kekayaan bukan Bumiputera sudahlah membukit semakin menggunung pula!

73. Untuk mengetahui keadaan terkini agar kita sama-sama boleh menangani beban jurang kekayaan ini, saya mohon agar YAB PM memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini nilai dan peratus pemilikan berbagai aset saperti yang disebutkan tadi mengikut kaum.

74. Juga dipohon jumlah bilangan profesional mengikut bidang masing-masing seperti doktor, peguam, jurutera dan lain-lain lagi mengikut kaum dan dinisbahkan mengikut kaum masing-masing.

75. Dari segi purata pendapatan bulanan isi rumah pula, jurang antara kaum juga lebar. Sebagai contoh, purata pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera pada tahun 2014 hanyalah 72% (RM5,548) dari apa yang dimiliki oleh kaum Cina (RM7,666) atau 88% dari apa yang diperolehi oleh kaum India (RM6,246). Maklumat lanjut terdapat di sini https://darahtuah.wordpress.com/2016/01/08/jurang-pendapatan-tambah-melebar-selepas-2009/

76. Jurang kekayaan dan pendapatan yang melebar ini merupakan isu besar yang boleh mengancam keamanan dan kemakmuran negara kerana kaum yang terpinggir itu adalah kumpulan majoriti iaitu kaum Bumiputera.

77. Lantaran itu, tindakan mitigasi dan intervensi yang positif dan konstruktif hendaklah segera diambil dari segi menyemak semula segala dasar dan kaedah pelaksanaan yang telah menyumbang kepada jurang yang melebar itu. Antara yang perlu disegerakan ialah melaksanakan janji YAB PM yang telah beliau lafazkan pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE).

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”

78. Sementara kita masih mempunyai masa untuk mendepani PRU14 maka wajarlah kita menyegerakan tindakan mitigasi ini kerana sesunguhnya ingatan YAB PM pada 11 November 2013 boleh memercikkan peluh dingin:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

79. Menyentuh tentang fair distribution, inequality and marginalised group, sesungguhnya Malaysia amatlah aneh dan unik. Ianya aneh dan unik kerana kumpulan majoriti memegang tampuk kuasa politik/pemerintahan tetapi golongan yang sama itulah yang terpinggir dari segi ekonomi dan pemilikan kekayaan negara.

80. Menyusuri juarang kekayaan dan pendapatan yang dilakarkan itu, amatlah merunsingkan lagi apabila kita meneliti pula statistik yang menelanjangkan kebobrokan kaum majoriti ini:

• Lebih 75% orang miskin (B40) = Bumiputra
• Lebih 75% pekerja am = Bumiputera
• Lebih 75% bergaji rendah = Bumiputera
• Lebih 70% bekerja sendiri = Bumiputera
• Lebih 70% penganggur = Bumiputera
• Lebih 70% peminjam PTPTN = Bumiputera

Jumlah Bumiputera berada dalam cengkaman kemiskinan ini = 5 juta.

81. Kebanyakan mereka ini tidak memiliki jaring keselamatan (safety net) seperti gaji minima RM1,000 sebulan, pencen, EPF, SOCSO, insuran dan sebagainya. Lantas yang menjadai sasaran salah menyalah ialah kerajaan.

82. Justeru jika kerajaan dapat merangka serta melaksanakan dasar dan program yang poor-biased / shared prosperity dengan fokus untuk mengatasi masalah mereka itu, terutama sekali menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk menambah pendapatan dan mengurangkan beban mereka serta menyediakan jaring keselamaatan, maka pasti saranan YAB agar “janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja” akan menjadi kenyataan. Sekali gus majoriti golongan ini akan kembali menyokong kerajaan.

83. Sehubungan dengan jaringan keselamatan itu, sukalah saya menyarankan agar kemudahan SOCSO yang diberikan kepada pemandu teksi turutlah dipanjangkan juga kepada kumpulan-kumpulan lain di bawah B40 seperti petani, nelayan, peniaga kecil dan sebagainya. Kemudahan insuran sepertimana yang diberikan kepada PKS wajarlah juga dipanjangkan kepada mereka.

Kos Sara Hidup
YB TS YDP,

84. Awal tadi saya ada menytakan bahawa kadar inflasi kita berada di tahap yang sihat dari segi ekonomi. Namun ianya bukanlah bermakna kadar inflasi tidak meningkat setiap tahun. Ianya juga tidaklah bermakna semua rakyat hidup selesa. Dalam keadaan majoriti rakyat berpedapatan rendah iaitu bawah RM4,585 sebulan, real wages pula menurun manakala kos sara hidup meningkat maka kehidupan rakyat bertambahlah perit.

85. Proksi peningkatan kos sara hidup ini boleh dilihat dari kenaikan kadar inflasi. Pada tahun 2012, misalnya, kadar inflasi kita hanyalah 1.6%. Pada bulan September 2015, kadar ini telah melompat hampir 2 kali ganda kepada 3.1%! Kini ia meningkat lagi sebanyak 2.3% bagi tempoh 8 bulan pertama tahun ini.

86. Yang demikian, adalah wajar sekali pendekatan serampang dua mata dilaksanakan segera iaitu (a) usaha menambah pendapatan melalui pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana peluang perniagaan serta (b) mengawal kenaikan kos sara hidup.

87. Jawatankuasa Khas Ekonomi telah diwujudkan. Apakah faedah yang telah dinikmati oleh rakyat?

YB TS YDP,

88. Mohon semua syor yang telah saya majukan ini dipertimbangkan dengan saksama.

24 Oktober 2015.

Leave a comment

Ekonomi yang bercelaru, bagaimana menanganinya?

DI PARLIMEN SESI MAC 2016 – Jika saya Wakil BN…

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Pertama kali, marilah kita mengangkatkan kesyukuran kehadrat Allah swt serta mengucapkan salam kepada Baginda Rasullullah saw kerana kita telah diberikan kesihatan badan, kekuatan mental dan  kelapangan masa untuk kita menghadiri sidang Dewan yang mulia ini. Kehadiran kita adalah semata-mata untuk menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
  1. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Yang DiPertua kerana memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk turut membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong. Semoga apa yang ingin saya perkatakan ini akan mendapat perhatian yang saksama dari pihak kerajaan.
  1. Dan ketiga, titah perasmian oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung telah menyentuh pelbagai bidang dan isu semasa, termasuklah politik, keselamatan, perpaduan kaum, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain lagi.
  1. Pada hemat saya, semua yang telah dititahkan itu menuntut perhatian serius dari kita semua. Seharusnya kita menghayati titah ucapan ke Bawah Duli Baginda dan sama-samalah mengambil iktibar serta dijadikan pedoman untuk kita meneruskan tugas dan amanah sebagai wakil rakyat dan juga sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini.

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Eloklah awal-awal lagi kita akui bahawa perasaan bias itu memanglah merupakan sebahagian daripada fitrah manusia. Justeru itu, tidak hairanlah terdapat individu atau kumpulan individu yang hanya bercakap yang baik-baik saja mengenai satu-satu pihak dan terdapat pula satu kumpulan individu lain yang  akan hanya menumpukan kepada keburukan pihak yang sama itu. Namun apa yang menjadi tuntutan ramai ialah bercakaplah secara berimbang dan adil.
  1. Saya sendiri akui bahawa ianya tidak mudah untuk bercakap secara berimbang dan adil kerana dua sebab utama. Pertama saya sendiri mempunyai bias, dan kedua, saya tidak memiliki maklumat yang lengkap dan tepat. Namun saya akan cuba.

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Dunia telah melalui tahun 2015 yang sarat dengan bencana alam, pergolakan dan cabaran. Banjir besar berlaku di India, Pakistan, Malawi dan Mozambique meragut 700 nyawa dan hampir sejuta keluarga kehilangan rumah. Typhoon Komen  pula menyerang Myanmar, India dan Bangiadesh dengan 120 kematian dan 400,000 keluarga  memerhatikan kemusnahan rumah mereka. Gempa bumi berlaku di Nepal menimbus 900 orang dan hampir 350,000 keluarga meratapi kemusnahan rumah dan harta benda mereka.  Peperangan sesama Islam terus berlaku di Timur Tengah dengan ratusan ribu kematian dan berjuta orang menjadi pelarian.
  1. Menyaksikan kesemua keganasan, kesengsaraan dan kesedihan itu, kita sepatutnya berasa syukur kerana negara kita masih selamat, aman dan makmur. Namun kita tidak lupa gema bumi yang melanada Ranau pada 15 Jun tahun lalu di mana 19 orang telah mati dan kemusnahan ditaksirkan bernilai RM100 juta.
  1. Di bawah persekitaran geo-politik dan eko-keselamatan yang tenang dan sarat dengan ancaman, ekonomi dunia telah berkembang lebih perlahan pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Berdasarkan IMF World Economic Outlook, pertumbuhan GDP dunia hanyalah 1% pada tahun lalu berbanding 3.4% pada tahun 2014.
  1. Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga dalam arah aliran menurun yang sama. Ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5% pada tahun lalu berbanding 0% pada tahun 2014. Sesungguhnya pencapaian tersebut boleh dibanggakan kerana persekitaraan global yang hostile. Apatah lagi prestasi ekonomi banyak negara berada dalam keadaan yang lebih teruk lagi berbanding negara kita. Antaranya ialah USA, Eurozone, Jepun, Taiwan, Korea dan Thailand.
  1. Dalam konteks ini, secara relatif, prestasi ekonomi kita jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara berkenaan. Ia disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi yang memberansangkan seperti kadar pengangguran yang terus rendah  (Disember 2015 = 7%) dan kadar inflasi yang sederhana (Disember 2015 = 2.7%).
  1. Dalam pada itu, kita telah berjaya mengekalkan dan menikmati kadar gunatenaga penuh atau full employment terus menerus sejak 21 tahun lalu, lebihan dagangan bulanan selama 217 bulan berturut-turut dan lebihan akaun semasa  sepanjang  18 tahun yang lalu. Ada negara lain memiliki rekod sehebat kita ini?

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Signifikannya data akaun semasa ialah ia membantu memberi beberapa petunjuk. Sebagai contoh, lebihan akaun semasa bagi suku tahun keempat 2015 sebanyak 4b, tertinggi sejak 6 suku tahun yang lepas, membayangkan nilai Ringgit akan naik dan lebih banyak dana asing akan mengalir masuk.
  1. Benar sekali, bersama sokongan kenaikan harga minyak mentah  yang kini telah melebihi USD40 setong dari serendah sekitar USD27 setong, nilai Ringgit telah mengukuh sekitar USD1 = RM4.06; mengukuh dari serendah USD1 = RM4.48 pada 29 September 2015.
  1. Pelaburan juga terus mengalir masuk. Pada minggu berakhir 4 Mac 2016, aliran masuk bersih di pasaran saham kita adalah sebanyak RM300 juta. Indeks KLCI telah kembali menembusi tahap saikologi 1,700 mata pada 7 Mac 2016.
  1. Pada tahun lalu, nilai pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM178b. Walaupun ianya lebih rendah daripada tahun 2014 (RM234b), namun ianya adalah lebih tinggi daripada sasaran RMK10 iaitu sebanyak RM148b.
  1. Yang memberansangkan kita ialah, dalam tempoh yang sama itu, FDI kita telah meningkat sebanyak 15%; daripada RM34b kepada RM39b.
  1. Dalam pada itu, sekalipun senario yang  saya lakarkan itu nampaknya menarik, namun kita perlulah berhati-hati. Pertama, dalam keghairahan mendengar guruh di langit bahawa harga  minyak mentah OPEC akan mencecah USD50 setong dalam tempoh sederhana ini, kita janganlah lupa bahawa  the global glut is still big.
  1. Kedua, pelabur yang membawa masuk dana mereka ke pasaran saham kita boleh juga membawanya ke  luar ke pasaran yang lebih selamat dan menjanjikan keuntungan yang lebih besar. Justeru menjadi tanggung jawab kita bersama untuk mengekalkan persekitaran politik dan ekonomi yang kondusif dan selamat, jika kita mahu terus menikmati kemakmuran.
  1. Maka hentikanlah segera politicking berkepentingan sempit, sepertimana yang disarankan oleh Baginda Seri Paduka. Berikanlah sokongan padu kepada YAB PM dan marilah kita melangkah ke hadapan sederap dan sebahu bersama beliau.

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang menurun dan disilam pula oleh berita-berita yang positif itu, terdapat pula berita yang lebih mengembirakan rakyat. Pendapatan rakyat tetap meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
  1. Pada tahun 2009, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah adalah sebanyak RM4,025. Ia telah melonjak kepada RM6,141 pada tahun 2014. Yang perlu ditekankan di sini ialah kenaikan pendapatan itu adalah lebih tinggi iaitu 4% setahun; melebihi kenaikan kadar inflasi tahunan pada tahap 2.3% setahun bagi tempoh yang sama.
  1. Apa yang telah saya perkatakan ini bukan saja menyentuh kejayaan dari segi capital economy bahkan juga merangkumi  kejayaan people’s economy. Justeru patutlah kita  bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada YAB PM kerana  berjaya mengemudikan ekonomi negara kita yang amat mencabar itu.
  1. Saya yakin hiruk pikuk sejak setahun yang lalu yang mahu menggugat kedudukan YAB Dato’ Sri sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia tidak akan berjaya melunturkan semangat DS untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau sentiasa dalam peliharaan Allah swt serta diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan amanah yang kita pikulkan ke atas bahu beliau.

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Sesungguhnya kejayaan yang saya lakarkan itu memang wajar kita raikan dan patut pula berasa bangga. Namun, pada masa yang sama, kita perlulah sama-sama berusaha untuk mengekalkan rekod cemerlang ini. Ia merupakan satu cabaran yang besar kerana kita berada dalam persekitaran geo-politik dan eko-keselamatan global yang amat hostile serta mendepani global headwinds yang sangat ganas.
  1. Lantaran itu, janganlah kita mengabaikan petunjuk-petunjuk penting ekonomi yang agak negatif di awal tahun 2016, sekalipun harga komoditi seperti minyak mentah, getah dan kelapa sawit telah mula pulih. Contohnya, permintaan global masih lemah, Eurozone masih bergelut dengan ekonomi yang lemah dan kadar pengangguran yang tinggi manakala Jepun terus dihantui oleh deflasi dan kini menyaksikan pula perbelanjaan isi rumah yang merosot.
  1. Maka antara impaknya ialah nilai eksport telah mengecil sepertimana yang dialami oleh USA dan kita pada bulan Januari lalu. Permintaan kilang dunia pun turut mendatar manakala PMI China dan Malaysia menurun.  Ringkasnya, pertumbuhan, pelaburan dan perdagangan dunia masih  lemah manakala komuniti peniaga dan pengguna lebih berhati-hati; perniagaan tidak berkembang dan pengguna pula tidak berbelanja.
  1. Justeru kerajaan telah pun factor in semua faktor berkaitan dan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2016 ini akan lebih rendah dari tahun 2015 iaitu sekitar 4% ke 5% sahaja, selaras dengan lanskap pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab. Dan jangan lupa bahawa dibimbangi USA akan mengalami kemelesetan ekonomi. Benar kebimbangan tersebut telah berkurangan tetapi ianya belum lagi hilang.
  1. Keadaan ini bakal mengundang pelbagai masalah sosio-ekonomi yang akan menghimpit rakyat. Pertama sekali, bilangan penganggur yang sedia ada (450 ribu; 141 ribu atau 31% adalah berkelulusan tertiari) segera akan meningkat.
  1. Peningkatan tersebut datangnya dari 2 punca – mereka yang baru masuk ke pasaran buruh seperti mereka yang baru tamat belajar dan mereka yang terpaksa diberhentikan demi untuk menyelamatkan sayarikat. Contohnya pengumuman MAS, Petronas dan CIMB yang akan memberhentikan beribu  pekerja masing-masing. Mereka ini pula akan bersaing dengan pekerja asing yang membanjiri negara kita.
  1. Ini bermakna kadar kemiskinan akan menokok. Pada masa yang sama, rakyat akan diserang oleh kenaikan kos sara hidup yang melambung ekoran dari kenaikan harga minyak mentah dan sebab-sebab lain sedangkan gaji dan pendapatan mendatar atau tidak mampu mengenjar  kenaikan harga barang. Yang demikian, kualiti hidup rakyat akan meruncing dan penyakit social akan merebak dan menular.
  1. Sesungguhnya gaji pekerja Malaysia amatlah rendah. Menurut laporan Penyiasatan Gaji dan Upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah mereka pada tahun 2014 hanyalah RM1,575 Hanya Pengurus dan Profesional menerima gaji penengah bulanan sekitar RM4,000 – RM5,000; yang lain layak menerima BR1M sebab di bawah RM2,600 sebulan.
  1. Dari segi negeri, hanya Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencapai gaji penengah sebanyak RM3,100 – RM3,500 sebulan; negeri-negeri lain adalah bawah RM2,600 sebulan dengan Sabah mencatat yang terendah iaitu RM1,569

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Isu gaji dan upah adalah isu kritikal yang perlu didepani head on dalam usaha untuk melonjakkan taraf hidup rakyat kerana hampir tiga suku gunatenaga kita adalah makan gaji. Lebih menggusar dan menyedihkan, Pemandu telah mengunjurkan bahawa kira-kira 7 juta pekerja kita akan menerima gaji dan upah bawah RM2,000 sebulan menjelang tahun 2020. Nilai RM2,000 pada tahun 2020 mungkin sama nilainya dengan RM1,500 pada masa ini. Bayangkanlah bagaimanakah kehidupan mereka pada masa itu? Sungguh sedih dan memilukan.
  1. Dari segi MBE, gaji dan upah yang rendah ini akan menggugat usaha kita untuk mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi. Dari segi ukuran negara maju, sumbangan gaji dan upah atau pampasan pekerja kepada GDP hendaklah di tahap sekitar 60%. Kita baru mencapai sekitar 35%. Bukan saja sasaran 60% itu tidak akan tercapai, sasaran 40% yang ditetapkan oleh RMK11 juga tidak mampu dikejar.
  1. Justeru saya menyarankan agar isu pasaran buruh yang kompleks dan sarat dengan masalah ini segera dikaji secara menyeluruh, termasuklah isu gaji dan upah, conditions in work places, produktiviti, pergantungan kepada pekerja asing dan isu 3D.
  1. Saya yakin rakyat Malaysia tidak takut dan jijik dengan pekerjaan 3D. Ini dapat kita saksikan dari ribuan mereka yang bekerja di Singapura dan di Australia. Isu gaji & upah, perumahan dan pengangkutan mungkin merupakan isu kembar tiga yang perlu diberi perhatian dan diselesaikan sekali gus.

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Berkait rapat dengan pendapatan, selain daripada isu gaji dan upah yang rendah, ialah isu jurang pendapatan antara (inter) kumpulan yang semakin melebar. Ia perlu diakui dan didepani bersama. Janganlah kita menafikannya kerana jangkitan penyakit sindrom penafian.
  1. Di awal tadi saya telah menyatakan bahawa pendapatan isi rumah kita telah meningkat antara tahun 2009 dan 2014. Kadar kemiskinan pun turut menurun; 6% pada tahun 2014. Kejayaan kerajaan BN membasmi kemiskinan dari sekitar 50% pada tahun 1970 kepada hampir sifar pada tahun 2014 merupakan satu mercu tanda kejayaan yang gemilang. Kejayaan ini mendapat pengiktirafan badan dunia seperti PBB, Bank Dunia dan IMF.
  1. Diakui bahawa sama seperti kemiskinan yang mempunyai banyak kaedah mengukurnya, jurang pendapatan juga demikian. Sesungguhnya, lain kaedah boleh memberikan output dan gambaran yang berbeza.
  1. Namun janganlah kita menolak satu-satu kaedah atau output berkenaan. Sebaliknya hendaklah kita menggunapakai kesemuanya untuk membolehkan kita memahami anatomi jurang pendapatan dan kekayaan dengan lebih tepat dan menyeluruh lagi.
  1. Kita boleh berasa syukur bahawa jurang intra kumpulan, berdasarkan Pekali Gini, telah mengencil. Di peringkat seluruh Malaysia, ianya telah menurun 3 mata, dari 431 pada tahun 2012 kepada 0.401 pada tahun 2014. Corak yang sama juga dapat di lihat di strata bandar, luar bandar dan kaum-kaum Melayu, Cina dan India.
  2. Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan pula antara kumpulan seperti bandar berbanding luar bandar, Melayu banding dengan Cina, T20 banding dengan B40 dan sebagainya maka kita akan segera dapat menyaksikan fenomena yang menggerunkan itu.
  1. Sebagai contoh, antara tahun 2002 – 2009, jurang pendapatan antara kaum Melayu dan Cina telah menguncup 27% tetapi antara tahun 2009 – 2014, jurang tersebut telah melebar semula sebanyak 53%. Dalam tempoh yang sama 2009 – 2014, jurang antara bandar dan luar bandar pula telah mengembang 39% manakala jurang antara T20 dan B40 telah melebar sebanyak 38%!
  1. Lanskap jurang kekayaan lagi menggerunkan. Antara tahun 2009 dan 2012, pemilikan bangunan perumahan Bumiputera telah menurun dari 2% kepada 26.1% manakala pemilikan bangunan komersial dan kompleks industri yang sudahlah kecil terus merosot dan tinggal hanya seciput. Dalam tempoh yang sama, bangunan komersial milik Bumi mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan kompleks industri  pula  hanya tinggal 0.2% dari pemilikan asal sebanyak 3.1%.
  1. Meneliti lanskap tersebut dengan penuh hiba, saya meminta kerajaan menjelaskan di mana silapnya dasar dan pelaksanaan serta menerangkan pula apakah langkah kehadapan yang akan diambil dengan segera dan drastik to mitigate the deteriorating situation.
  1. Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan janji YAB DS semasa melancarkan MBE pada 30 Mac 2010:

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”

  1. Saya juga ingin mengingatkan amaran YAB DS yang disampaikan pada 11 November 2013:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?” 

Tan Sri Yang DiPertua,

  1. Sekarang saya ingin beralih kepada topik yang lebih dekat dengan sahabat-sahabat kita.
  1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dewan Undangan Negeri Melaka telah meluluskan kenaikan saraan ADUN-ADUN mereka. Pada masa yang sama, dewan tersebut telah juga meluluskan kenaikan pencen bagi YB-YB yang telah bersara.
  2. Ramai sahabat kita telah membisikkan kepada saya agar mantan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut diberikan nikmat kenaikan pencen setara dengan kadar saraan yang kita terima sekarang ini.
  1. Bagi mereka yang tiada punca pendapatan lain dan hanya bergantung kepada pencen bulanan yang sedia ada, sesungguhnya mereka itu turut layak beratur menerima BR1M. Amatlah menyedih dan memalukan.
  2. Saya mohonlah agar rayuan saya ini dipertimbangkan. Kenangilah jasa mereka dan perhatikanlah nasib mereka, terutama yang uzur dan daif. Kita pun berada di sini kerana sumbangan dan penat lelah mereka.

Catatan: andaian masa yang diberikan oleh YB TS YDP hanyalah 20 minit saja.

, , ,

Leave a comment