Posts Tagged Pendidikan

UNICEF Report: Kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur

Berdasarkan sampel miskin bandar yang dijalankan di rumah pangsa di Kuala Lumpur, hasil kaji selidik ini mendedahkan penemuan berkaitan kemiskinan kanak-kanak dalam pelbagai dimensi, terutama mengenai kekurangan zat makanan yang perlu diambil perhatian.

Bacalah di SINI.

Antara ringkasan fakta yang dikumpul:


Leave a comment

KEBEBASAN AKHBAR DI ASEAN MERUNCING?

Saya ada menyentuh tentang press freedom antara Msia & Singapura tempoh hari.

Benar press freedom kita lbh baik berbanding dgn Spura.

Untuk mendapat gambaran lengkap mengenai tahap press freedom di seluruh ASEAN, saya petik keputusan dari World Freedom Index yg meliputi ranking negara Asean bagi tahun 2003 (1st) & 2017 (2nd) mengikut susunan menurun tahun 2003:

1. Cambodia = 81; 132

2. Thailand = 82; 142

3. Malaysia = 105; 144.

4. Indonesia = 111; 124

5. Filipina = 119; 127

6. Spura = 144; 151

7. Vietnam = 159: 175

8. Laos = 163; 170

9. Burma = 164; 131

10. Brunei = x; 156.

(Brunei tak diliputi pada tahun 2003).

Jelas sekali semua negara, kecuali Burma, telah menunjukkan kebebasan akhbar telah meruncing dalam tempoh 14 tahun itu (2003 – 2017).

Surprisingly, kebebasan di Burma di peringkat global telah melonjak  dari tangga ke 164 ke tangga 131 dan melompat ke tangga ke 3 pada tahun 2017 dari tangga ke 9 pd tahun 2003.

Pencapaian Malaysia kurang memberangsangkan. Kita masih boleh baiki kedudukan kita.

Freedom of analysis for all of us😃😃👍🏼

%%%%%%%%%%%%%%
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.tv14.my/2017/08/21/kebebasan-media-lebih-baik-selepas-zaman-dr-m-kata-zahid-hamidi/&ved=0ahUKEwij_PHg-enVAhVJNY8KHZJZA-sQFggkMAA&usg=AFQjCNE0aTCwiVK_k0YhMPOUyt8rfbxpXA

,

Leave a comment

Status Kaum di Malaysia

untitled1

,

1 Comment

KAUM CINA TAK SOKONG MATA PELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN?

Dilihat semacam ada kontradiksi di alam pemikiran kaum Cina mengenai sejarah.

Di satu pihak, sering terdengar mereka tidak suka jika disebut-sebut perkara lama seperti Peristewa 13 Mei. Komen LKS tentang syarat wajib lulus dalam mata pelajaran Sejarah (di bawah) adalah satu lagi contoh.

Tetapi, dalam masa yang sama, difahamkan masyarakat Cina telah giat mengumpul dan menyusun sejarahnya. Mereka juga mahu Memorial Tan Cheng Loke dibina oleh kerajaan. Ia menjadi salah satu mercu tanda ‘sejarah’ kaum Cina.

Dalam pada itu, tanyalah anak-anak belasan tahun sekarang – adakah mereka tahu apa dia nama asal Semenanjung Malaysia dan adakah mereka tahu apa dia nama asal KTMB?

Apa patut dibuat demi merealisasikan 1Malaysia?

Sinchew Jitpoh
Perkara: wajib lulus sejarah-Lim Kit Siang
Ruangan: Dalam Negeri muka surat 11
Tarikh: 25 Oktober 2010 (Isnin)

Tajuk:

Sejarah SPM Wajib Lulus
Lim Kit Siang Rasa Ragu Samada Ia Diperlukan Ataupun Tidak

24hb Batu Pahat, pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran Muhyiddin Yassin terhadap wajib lulus sejarah kertas SPM, ahli parlimen DAP Lim Kit Siang rasa ragu sama ada keputusan itu masuk akal ataupun tidak.

Lim Kit Siang juga ahli parlimen kawasan Ipoh Timur, semasa di Restoren Long Cheng di Yong Peng semasa adakan perhimpunan perwakilan DAP negeri Johor kali ke 16” berkata demikian, isu ini perlu diperbincangkan oleh semua pihak industri media, supaya dapat dihalusi sama ada ia perlu dilaksnakan ataupun tidak dan sepatutnya mata pelajaran yang mana yang sepatutnya wajib lulus, sama ada mata pelajaran bahasa Inggeris ataupun mata pelajaran sejarah yang perlu wajib lulus?

Beliau berkata: “saya ada banyak persoalan, kenapa timbalan perdana menteri mengumumkan isu dan polisi yang sangat penting itu di dalam perhimpunan Agong UMNO? Kenapa mata pelajaran sejarah perlu wajib lulus? Dan bukan mata pelajaran lain seperti bahasa Inggeris?”

Mata Pelajaran Sejarah Yang Ada Tidak Memberi Impak Kepada Sejarah

Beliau berkata, bahasa Inggeris boleh membawa Negara kita menjadi Negara maju yang menepati sasarannya kerana bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, selama ini penggunaan bahasa Inggeris di negara kita memang pun sudah lemah, sebagai seorang menteri pelajaran lebih faham keadaan masalah itu.

Beliau berkata, hari ini ada banyak aduan dibuat, mengatakan sukatan pelajaran sejarah tidak langsung menceritakan dan membayangkan bab sejarah negara ini, sejarah sebenar sudah bertukar menjadi Sejarah Tamadun Islam, pada hakikatnya kita perlu melalui sejarah, dan ada banyak cara untuk ditunjulkan, supaya semua orang ramai tahu kisah sebenar sejarah pembangunan negara ini.”

Beliau berkata lagi, isu guru besar di Kulaijaya Johor sudah membuktikan bahawa guru besar itu langsung tidak tahu sejarah, jika tidak kenapa dia halau anak-anak Cina balik negeri China. Beliau berkata BTN asyik menanamkan pemikiran semangat perkauman yang sempit, sebab itu jika pihak kerjaan mahu ambil langkah untuk perkukuhkan mata pelajaran sejarah, ia hanya akan timbulkan perasaan orang ramai rasa ragu sama ada keputusan itu masuk akal ataupun tidak.

12 Comments

MENANGANI GEJALA SOSIAL ALA ALI RUSTAM – REALISTIK & MENEPATI TUNTUTAN NEGERI MAJU

1. Semua orang tahu bahawa penyakit sosial (dadah, HIV/AIDS, mat rempit, ponteng sekolah, jenayah, seks luar nikah, buang bayi dll) di Malaysia kini meningkat gila-gila. Tanpa statistiks pun masyarakat percaya akan realiti ini. Ia terpapar di dada media setiap hari. Contoh seperti di bawah:

Buang bayi

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak – gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga.

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL Datuk Dr J. Ravindran berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital tersebut mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.
“Tahun lepas 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,” katanya.
Beliau berkata hasil temuramah HKL dengan para pesakit mendapati antara faktor yang menyebabkan kes kehamilan luar nikah adalah kurangnya pengetahuan sains.
“Ada remaja yang tidak tahu biologi diri, tidak tahu akan mengandung jika melakukan hubungan seks,” katanya.
Dr Ravindran berkata faktor lain termasuk kurang didikan agama, pergaulan bebas, keluarga bermasalah, terlibat dengan dadah dan gemar menonton bahan lucah.

2. Biasanya dan paling mudah ialah kita bersikap (a) “ini bukan masalah aku” (b) “ini bukan tanggungjawab aku” (c) “ini tanggungjawab dan tugas orang lain” (d) “ini bukan kelemahan / kegagalan aku” (e) “mereka yang gagal” dan (f) “adakan seminar / forum / persidangan untuk faham masalah ini”.

3. Maka terdapatlah manusia yang mengambil kesempatan daripada penyakit gejala sosial ini untuk mencari duit dengan menganjurkan pelbagai seminar, simposium, forum dan persidangan itu. Hasilnya? Seminar tinggal seminar; resolusi seminar entah di mana.

4. Berbeza sekali dengan YAB DS Hj. Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Beliau berusaha memahami masalah berkenaan, khususnya isu para remaja yang kuat nafsu; tidak boleh dikawal hingga melakukan seks luar nikah, mengandung dan membuang bayi mereka.

5. Dalam sibuk-sibuk orang bercakap dan bercakap, salah menyalah antara satu sama lain, beliau fokus dengan bertanya dan mencari jawapan kepada 3 soalan yang mudah tetapi jelas dan tegas ini:

(1) kahwinkan atau tanggung dosa zina?
(2) jaga kebajikan bakal ibu muda yang termengandung itu atau biarkan mereka yang sudah jatuh itu terus ditimpa tangga?
(3) selamatkan bayi yang tidak berdosa itu atau bersubahat dalam pembunuhan?

6. Beliau memilih untuk membantu mengahwinkan mereka jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing, termasuk menyumbang sebanyak RM500 bagi tujuan majlis pernikahan.

7. Beliau memilih untuk menjaga kebajikan bakal ibu muda yang telah tersilap langkah itu dengan membuka Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk mereka meneruskan persekolahan semasa mengandung. Selepas bersalin, ibu muda itu dikembalikan kepangkuan keluarga, jika mereka mahu menerimanya; atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat bawah jagaan JKM untuk meneruskan persekolahan, jika masih dalam lengkungan umur bersekolah.

8. Beliau memilih untuk selamatkan bayi yang bakal lahir itu, tidak berdosa dan bersih ibarat kain putih, dengan mengembalikan kepada datuk nenek mereka untuk dipelihara atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Di rumah tersebut, bayi berkenaan akan mendapat penjagaan yang rapi atau ia boleh diambil sebagai anak angkat mengikut proses/prosidur biasa.

9. Maka selesai dan bereslah usaha beliau sementara pihak-pihak lain masih lagi bertengkar, bercakap dan berseminar. Inilah mutu kepimpinan negeri maju yang diharapkan oleh rakyat iaitu cepat dan tepat dalam membuat keputusan serta pantas dan berkesan pula dalam bertindak. Lantaran rakyat dapat menikmati faedahnya iaitu outcome sebagai negeri maju.

10. Lantas sahihlah (legitimate) kita boleh berbangga bahawa sesungguhnya, dari segi petunjuk / indikator keberkesanan kerajaan (government effectiveness) iaitu salah satu dari 32 petunjuk yang digunapakai untuk mengukur tahap negeri maju, Melaka telahpun dapat mengatasi beberapa buah negara yang menjadi ahli kelab OECD seperti Ireland, Mexico dan Turki.

11. Sesungguhnya cirri-ciri berkenaan turut terangkum dalam konsep / nilai 1Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB DS Mohd Najib…
“1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

12. Lantaran itu usaha Ali Rustam ini telah mendapat penghargaan dan pujian dari banyak pihak . Majlis Sosial Negara mungkin boleh belajar dari kaedah dan usaha beliau ini.

13. Sebagai pemimpin yang insaf bahawa beliau tidak tahu semua maka sama-samalah kita baiki kaedah Ali Rustam ini dengan memberikan idea yang bernas dan membina serta bantulah Sekolah Harapan Rumah Harapan ini dari segi kewangan, mata benda dan perkhidmatan.

Ali Rustam membincangkan dengan Akbar dan para pemimpin GPMS tentang Sekolah Harapan Rumah Harapan

Berikut adalah keratan akhbar Melaka Hari Ini berkenaan Sekolah Harapan Melaka. Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas. Terima kasih.

7 Comments

ISU SEKOLAH CINA – DESAKAN SEMAKIN MENINGKAT!

1. Nampaknya isu sekolah vernikular akan terus menjadi duri dalam daging masyarakat Malaysia, terutama ekoran daripada desakan berterusan dan terancang dari masyarakat Cina, selagi ianya tidak diselesaikan segera dengan cermat. Antara banyak contoh ialah apa yang disuarakan oleh Koh See Kian (KSK) melalui NYSP dan isu pengiktirafan sijil Sekolah Cina oleh Lim Meng Fah (LMF) melalui SCJP masing-masing pada 7 dan 14 September lalu. Silalah baca dua rencana berkenaan di bawah.

2. Isu yang serupa pernah dituliskan di sini dan di sini.

3. Jika isu sensitif ini tidak diurus dengan berhemah dan cermat maka, dengan kombinasi beberapa isu sensitif yang lain seperti isu bahasa, budaya, ekonomi, politik, Tan Lian Hoe, Namewee dan Ismail, ia berpotensi untuk membakar seluruh Negara.

4. Isu tuntutan Sekolah Cina, seperti isu desakan menghapuskan kuota 30% untuk Bumiputera, di samping diselimuti dengan emosi, mempunyai pelbagai implikasi lain. Tiga langkah, terutama langkah ketiga, yang dikemukakan oleh KSK di bawah mempunyai impak yang luas ke atas kesucian Perlembagaan (khususnya Perkara 152 & 153), Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Negara, kedudukan sekolah kebangsaan, SJK (T), kedaulatan Bahasa Kebangsaan, kebebasan berbahasa ibunda, peruntukan biasiswa, tempat di IPTA, kewangan kerajaan, ekonomi, perpaduan kaum, identiti rakyat Malaysia, 1Malaysia dan seterusnya.

5. Dalam pada itu, nampaknya cara isu tersebut dirongkai selama ini tidak langsung dihargai serta tidak berjaya mengembirakan masyarakat Cina dan jauh sekali mereka berterima kasih, jika berdasarkan ayat KSK ini:

“….mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”…”

“…. tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN….”

6. Malah, berdasarkan apa yang ditulis oleh LMF, boleh di construe atau misconstrue sebagai diberi betis hendakkan peha:

“…tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur…”

7. Masyarakat India juga marah sepertimana yang dijeritkan oleh kumpulan Hindraf.

8. Orang Melayu (dan Bumiutera?) pula berasa bimbang, terancam dan tidak senang hati terhadap pelbagai desakan dan tuntutan yang dibuat dari pelbagai sudut itu. Mereka melihat kaum-kaum berkenaan langsung tidak menghormati Perlembagaan dan apapun dibuat oleh kerajaan tidak akan memuaskan hati mereka; jauh sekali akan mendapat sokongan mereka.

9. Justeru kerajaan, termasuk para pemimpin parti dalam BN yang memerintah, hendaklah dengan segera dan ikhlas menangani isu ini secara tuntas, komprehensif dan berhemah. Ia termasuklah menjelaskan batas dan sempadan, hak dan tanggungjawab masing-masing. Proses penyelesaiannya hendaklah melibatkan penyertaan rakyat di meja bulat agar apa yang diputuskan nanti akan dengan mudah mereka buy-in serta mereka miliki secara kolektif (collectively owned).

Nanyang Siangpao
Per: Pendidikan Bahasa Cina? Najib?
Ruangan: Nan Yuan m/s A9
Tarikh: 7 September 2010 (Selasa)

Tajuk:

Ambil Berat Sekolah Menengah Cina Kerana Lahirkan Cerdik Pandai
Koh See Kian pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Kali pertama pihak kerajaan memberi biasiswa kepada 50 orang pelajar yang cemerlang menduduki peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, perkara ini perlu ambil perhatian serius, kerana ia memberi makna bahawa sekoleh menengah Cina dalam mata kasar pihak kerajaan bukan lagi satu peninggalan yang “dianak tirikan”, ataupun dibiarkan “hidup mati sendiri”, dalam satu keadaan ataupun sesuatu situasi menunjukkan bahawa pihak kerajaan sedang ke arah membuat satu perubahan dalam polisi pendidikan.

Sama ada polisi pendidikan akan berubah ataupun tidak mungkin itu bukan satu perubahan yang secara langsung, sekurang-kurangnya pendidikan sekolah menengah Cina adalah sudah dianggap penting untuk dijadikan salah satu tunggak kepada organisasi dan aliran pendidikan negara ini.

Mengikut laporan yang sah dari pihak kerajaan, setiap pelajar cermerlang itu mendapat 45 ribu ringgit biasiswa, diberi berperingkat-peringkat selama 3 tahun, jumlah keseluruhan wang sebanyak 2.25 juta ringgit untuk 50 orang telah diperuntukkan, angka itu cukup untuk melahirkan seorang mahasiswa. Jika kita renungkan sejarah sekolah menengah Cina untuk melihat biasiswa yang diberikan oleh kerajaan ini, mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”, inilah imbuhan yang kita dapat kerana selama ini kita telah buat banyak bantahan, tetapi ada banyak lagi isu yang masih belum dapat diselesaikan dan diungkai, kerana kita perlu lihat dan renung sejarah dan politik negara ini dalam menjurus kepada pembangunan serta kemajuan sekolah-sekolah menengah Cina.

Mengikut akta pendidikan tahun 1961 (acuan dari laporan yang disiapkan pada tahun 1960), sekolah-sekolah menengah Cina sudah tiba di persimpangan jalan, sama ada menerima pendidikan sekolah-sekolah kebangsaan; ataupun tidak menerima perubahan itu terus menjadi sekolah pendidikan swasta.
Pada masa itu presiden Jiao Zong Lim Lian Geok mengarahkan semua pengelola-pengelola sekolah menengah Cina jangan terima tawaran dari pihak kerajaan itu, sanggup mengikat perut mengecilkan perbelanjaan dan terus berdikari. Akhirnya hanya ada 16 buah sekolah menengah Cina yang kekal menjadi sekolah menengah swasta Cina, sebanyak 54 buah sekolah menengah Cina menjadi sekolah menengah aliran kebangsaan; tetapi pihak kementerian pendidikan pada masa itu oleh kerana mahu menggalakkan sekolah-sekolah menengah Cina terima tawaran itu, mengizinkan sekolah-sekolah yang masuk ke aliran kebangsaan itu boleh adakan kelas-kelas tambahan swasta pada sebelah petang.

Akhirnya dengan adanya kelas-kelas tambahan swasta itu berlaku berubah menjadi sekolah mengah Cina semula, pada hari ini bilangan sekolah menengah Cina menjadi 61 buah sekolah; dan yang mengikut pendidikan kebangsaan sebanyak 78 buah sekolah.

Bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan seramai 120 ribu orang dan bilangan murid di sekolah menengah Cina swasta seramai 60 ribu orang, bermakna bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan satu kali ganda banyak berbanding sekolah menengah Cina swasta. Apa yang membezakan mereka ialah; sekolah menengah Cina kebangsaan mendapat pendidikan percuma, gaji-gaji guru dibayar oleh pihak kerajaan, sukatan dan silibus pelajaran ditentukan oleh pihak kerajaan. Pernah dikritik oleh NGO-NGO Cina kerana sistem itu telah membelakangi pendidikan bahasa Cina, sekolah-sekolah tersebut didakwa telah berubah corak dan tidak ada bezanya dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan biasa.

Pembangunan Sekolah Cina Yang Begitu Getir Melambangkan Ketahanan Bangsa

Sebaliknya sekolah menengah Cina yang mahu mengekalkan identiti mereka langsung tidak dapat bantuan dari pihak kerajaan, terpaksa hidup dalam keadaan terumbang ambing meraba-raba dalam gelap untuk teruskan hidup. Oleh kerana demikianlah yuran sekolah terpaksa ditinggikan namun masih tidak dapat menampung gaji guru-guru, dan mengalami pergerakan bilangan tenaga pengajar keluar masuk yang amat ketara, jawatan guru-guru itu tidak seperti guru-guru di sekolah menengah kebangsaan di mana mereka mereka itu sebagai pegawai kerajaan, mereka boleh berkhidmat sehingga umur pencen.

Walau bagaimanapun, dalam tahun 60an pendidikan sekolah menengah Cina terus dapat berkembang, itu semuanya mengharapkan kecemerlangan ketahanan kaum bangsa dan sokongan dari masyarakat Cina itu sendiri, untuk mengjaga bahasa ibunda serta pendidikan ibunda milik sendiri sebagai tuju arah bersama, mahu terus pertahankan kualiti yang sedia ada dalam sistem pelajaran yang ada di sekolah-sekolah menengah Cina dengan lengkap. Tetapi pengiktirafan terhadap sekolah menengah Cina itu dinilai sendiri oleh mesyarakat Cina, dan mendapat perihatin daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Cina itu sendiri, mereka juga prihatin terhadap jatuh bangunnya sekolah-sekolah menengah Cina itu. Campur tangan dari pihak Dong Jiao Zong berperanan sebagai kordinator untuk peranan mereka sebagai penyelaras pendidikan Cina, tetapi tidak dapat memberi bantuan dari segi kewangan serta bantuan-bantuan lain. Akhirnya sekolah-sekolah menengah Cina dapat bangun dengan kederat sendiri, ada yang gemilang dan mantap ada juga yang kurang prestasinya dan penyelarasannya tidak begitu seimbang.

Walaupun mereka mengahadapi masalah kewangan, mereka setiap kali wujudkan dana-dana yang baru, namun mereka tetap masih boleh teruskan hidup sehingga ke hari ini, kelebihan yang ada pada pelajar-pelajar itu ialah boleh pengambilan bahagian dalam peperiksaan SPM dan STPM. Jika peperiksaan-peperiksaan itu ditambah pula dengan peperiksaan sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, apabila mereka menduduki kelas menengah atas Cina sekurang-kurangnya mereka telah menduduki 3 peperiksaan besar secara terbuka, jika keputusan mereka cemerlang, menunjukkan bahawa mereka ini memang hebat, tetapi bilangan itu agak kecil.

Kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Cina, peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina itu sebagai salah satu cara untuk mereka melanjutkan pelajaran. Walaupun mereka tidak dapat masuk ke IPTA tempatan, mereka boleh masuk universiti-universiti di luar negara ataupun universiti-universiti swasta tempatan.

Masa Depan Sekolah Menengah Cina Satu Cabaran Bagi Najib

Bermula pada tahun 1962 sehingga sekarang sudah 48 tahun, walaupun kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina menjadi salah satu tunggak kepada pendidikan di negara ini, tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN, yang sepatutnya pemegang sijil SPM sahaja yang layak memohon biasiswa tersebut, ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sekarang ini bersedia membantu pelajar sekolah menengah Cina secara praktik, sekarang ini ditambah pula dengan duit yang banyak untuk peruntukan biasiswa kepada bekas pelajar, isu ini menampakkan seperti satu perubahan telah tiba kepada kita.

Kalau kita lihat satu dua pergerakan ini, masih belum mencukupi untuk memberi impak tindak balas kerajaan terhadap perubahan polisi pendidikan negara, dengan itu walaupun kita nampak hasrat perdana menteri mahu ambil berat terhadap cerdik pandai dari sekolah menengah Cina, mahukan mereka satu masa nanti kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara, memang wajar jika pihak kerajaan mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, samakan taraf mereka dengan sekolah menengah kebangsaan, melalui keputusan peperikasaan dinilai untuk mendapatkan biasiswa.

Selain dari itu kita berharap pihak kerajaan boleh buat beberapa langkah seperti di bawah ini:

1. beri peruntukan kepada sekolah-sekolah menengah Cina secara tetap (bukan bermusim), peruntukkan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah serta tingkatkan penggajian dan imbuhan guru-guru.

2. lakukan seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, pihak kerajaan bayar mengikut kepala 1+1, (sepatuh yuran ditanggung oleh pelajar dan separuh lagi yuran ditanggung oleh pihak kerajaan), supaya dapat meringankan beban pelajar.

3. pihak kerajaan letakan semua sekolah-sekolah sama rata, tidak dibeza-bezakan antara sekolah bantuan penuh ataupun bantuan separuh, serta menanggung kos-kos pembesaran bangunan-banguanan sekolah menengah Cina.

Sebaik sahaja pihak kerajaan masukkan pendidikan sekolah menengah Cina sebagai aliran sekolah kerajaan, Lim Lian Geok yang sudah lama mati di alam akhirat tentu akan tersenyum melihat apa yang berlaku itu dan apa yang beliau taburkan bakti itu kini sudah berbaloi.

Ini adalah cabaran kepada kewibawaan Najib, adakah masa depan pendidikan bahasa Cina lebih cerah?

Sinchew Jitpoh
Per: pengiktirafan sijil sekolah Cina?
Ruangan: Opinion Corner m/s 26
Tarikh: 14 Sept 2010 (Selasa)

Tajuk:

Jangan Menggelabah Sendiri
Penulis Lim Ming Fah/eksekuti editor akhbar ini

Satu patah perkataan dari Chua Sui Lek: “bukankah ini sudah bermakna ia telah diiktiraf”, ia diumpama melambangkan sijil peperiksaaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan, sedangkan dalam telekkan (bazi) belum terurai lagi, pandangan dan pengakuan oleh MCA dalam masyarakat Cina terhadap isu itu masih nampak longgar lagi.

Isu pemegang sijil kelulusan gabungan sekolah menengah Cina diterima untuk memohon masuk ke maktab perguruan, menjadi harapan kepada masyarakat Cina, bahawa pihak kerajaan akan secara menyeluruh mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, dikatakan telah memecah benteng halangan itu yang berlaku selama ini. Tetapi apa yang dipersetujui oleh Chua Sui Lek dengan pandangan masyarakat Cina agak berbeza yang amat ketara sekali, dengan itu timbul satu lagi era perbalahan.

Pandangan dari pihak Dong Jiao Zong, sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah Cina lebih tinggi tarafnya daripada sijil SPM, memang ada kebenarannya. Sebab itu pihak mereka mahu sekurang-kurangnya ada 3 atau 5 mata pelajaran yang lulus dengan kepujian layak memasuki maktab perguruan (dengan ditambah lulus bahasa Melayu SPM), mereka anggap itu boleh diterima pakai; tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur.

Tetapi bukankah sijil gabungan sekolah Cina itu memang hasil daripada peninggalan dari satu sistem yang terwujud dari arus pembangunan pendidikan negara ini, kami mahu pihak kementerian pelajaran halusi serta beri pertimbangan yang wajar dan lebih adil untuk menilai kedudukan akademiknya. Mahu kerajaan mengiktiraf nilai sijil gabungan sekolah CIna lebih tinggi daripada sijil SPM memang agak susah.

Sebenarnya seseorang pelajar sekolah Cina yang menduduki peperiksaan gabungan itu jika sekurang-kurangnya mendapat 3 mata pelajaran cemerlang (saya anggap jika benar pelajar itu diterima masuk ke maktab perguruan menggunakan sijil yang sama, kita sendiri perlu gariskan dan menilai kelayakan sebenar diri kita), jika kita rajin belajar sedikit sahaja lagi, mahu mendapatkan bahasa Malaysia kepujian dan ditambah lagi 3 mata pelajaran SPM kepujikan memang bukan satu halangan besar.

Sebab itu ia bukan masalah sijil kita dipandang rendah ataupun tidak, kerana syarat pelajar sekolah Cina jika diberi kelonggaran bahasa Melayu kepujian serta ditambah lagi 3 mata pelajaran kepujian dalam SPM memang bukan satu masalah yang besar, ia tidak dianggap terlalu keras, cuba kita ke alam realitinya, jika seorang pelajar tidak mencapai kepujian dalam bahasa Melayu SPM dan juga 3 lagi mata pelajaran tidak mendapat kepujian, cuba anda fikirkan mampukah mereka hadapi pelajaran di maktab perguruan itu nanti?

Apa yang difahamkan, maktab perguruan di negara ini walaupun di bahagian pendidikan Cina, ia hanya satu mata subjek bahasa Cina sebagai bahasa penghantaran, selain dari itu mata pelajaran lain semuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantaran di maktab itu, semua kertas kerja dan tesis perlu disiapkan dengan menggunakan bahasa Malaysia. Kepada pelajar-pelajar sekolah Cina yang ingin masuk ke maktab peguruan, ini adalah satu cabaran yang besar kepada mereka, kelayakan SPM lulus kepujian bahasa Malaysia serta ditambah 3 lagi mata pelajaran perlu mendapat kepujian itu hanya kelayakkan yang terlalu minima.

Tetapi jika ia dilibatkan dengan fakta, dan dikaitkan pula isu memperkecilkan sijil, isu itu akan lebih kompleks, ia akan menjadi susah untuk diselesaikan.

Sepatutnya fakta itu perlu dihalusi serta diimbangi supaya sama-sama dapat selesaikan isu ini, apa yang kita mahukan dalam perbezaan ini perlu ada perbincangan kesepakatan, saling mencari jalan; bukan saling bertengkar, bukan saling bermusuhan, dan jangan saling melebelkan dalam menilai sijil-sijil.

Apa yang dibincangkan selama ini, masalah pekong yang sebenar; hanya terpusing-pusing berkaitan isu pengikirafan sijil ataupun tidak, kenapa kita mahukan syarat-syarat tambahan seperti itu?

Matlamat akhir sebenarnya apa yang kita mahukan, kita perlu melihat dengan jelas; jangan membuta tuli tidak nampak hala tuju, akhirnya nanti kita sendiri yang menggelabah!

17 Comments

Dong Zong Menghina Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu?

1. Awal-awal lagi saya perlu perjelaskan bahawa saya menerima terjemahan berita yang dikeluarkan oleh Nanyang Siangpao ini; bukan saya yang terjemahkan. Saya paparkan untuk penilaian semua.

2. Saya hanya ingin menarik kepada 3 perkara:

• Dong Zong tak wajar memutarbelitkan kenyataan TPM itu; orang Melayu adalah RAKYAT MALAYSIA dan berhak mendapat keutamaan sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia seperti Perkara 3 (Agama Islam), 38 (Majlis Raja- Raja), 39 (Kuasa Pemerintah Persekutuan), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Keistimewaan orang Melayu) dan 160 (Takrif Melayu).

• Kenyataan TPM bahawa bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidak sama dengan bahasa Melayu adalah tepat berdasarkan Perkara 152.

• Dong Zong berhak mempunyai pendiriannya, termasuk pendirian pada tahun 1985 itu, tetapi ia hendaklah selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang negara. Justeru pendirian Dong Zong bahawa “semua kaum mempunyai kedudukan bahasa yang sama rata, mendapat penghormatan yang sama, dan boleh digunakan di dalam semua bidang” adalah ultra vires Perkara 152, Perlembagaan Negara. Seterusnya Dong Zong TIDAK boleh memaksakan pendiriannya itu ke atas kerajaan dan rakyat lain.

3. Selanjutnya, saya ingin bertanyakan 2 soalan:

• mengapa kaum Cina tidak mahu assimilatekan kaum mereka dengan masyarakat tempatan sepertimana yang telah berlaku di masa lalu sehingga wujudnya masyarakat Baba Nyonya (Chetiyar bagi kaum India) dan sepertimana yang dilakukan oleh kaum Cina di Indonesia dan di Thailand?

• apakah bukti yang menunjukkan kerajaan menyekat usaha “kembangkan pendidikan bahasa ibunda mereka”, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 152?

4. Eloklah kita sama-sama faham aspirasi berlainan masyarakat dan bagaimana hendak mencari titik penyelesaian dan kesepaduan di bawah payung 1Malaysia bagi keamanan dan kemakmuran bersama.

Rencana Nanyang Siang Pao

Nanyang Siangpao
Per: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin
Ruangan: dalam negeri m/s A12
Tarikh: 03 April 2010 (Sabtu)

Tajuk:

Kata-kata TPM tidak sesuai, berbau orang Melayu bukan orang Malaysia: Dong Zong

2hb April KL, Dong Zong berkata, Tan Seri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan perdana menteri Malaysia, menyatakan “keutamaan diberikan kepada orang-orang Melayu, seterusnya kepada rakyat Malaysia’ adalah tidak wajar.

Dong Zong mengeluarkan keyataan, kata-kata yang dikeluarkan oleh TPM membanyangkan umpama ada 2 kumpulan yang berbeza, bermaksud orang-orang Melayu bukan orang Malaysia, ini adalah tidak adil kepada orang-orang Melayu.

Selain dari itu, berkaitan kata-kata TPM bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidak sama dengan bahasa Melayu, Dong Zong berkata pada 25 tahun lalu keterangan perlembagaan gabungan Cina 1985 telah dengan jelas menggariskan padangan masyarakat Cina terhadap perkara itu.

Dalam surat keterangan perlembagaan gabungan Cina 1985 kurungan 5.1 tertulis “kita terima bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, sebagai bahasa pengantaran untuk semua kaum, tidak boleh dijadikan bahasa Melayu sebagai cara untuk assimilate kaum lain atau pun pandang rendah terhadap bahasa kaum lain. Maksud yang dinyatakan, semua kaum mempunyai kedudukan bahasa yang sama rata, mendapat penghormatan yang sama, dan boleh digunakan di dalam semua bidang”.

Akta perlembagaan gabungan Cina 1985 dengan jelas menyatakan “pihak yang berkenaan perlu menghidar secara sekeras-kerasnya jika ada berlaku sebarang polisi untuk assimilation “sessuatu bahasa , sesuatu sistem pendidikan”, pihak berkenaan perlu mengikut kebebasan kaum itu sediri untuk kembangkan pendidikan bahasa ibunda mereka, pihak ibubapa berhak memilih pendidikan anak-anak mereka melaksanakan polisi ‘aliran pelajaran yang sama, penggunakan pelbagai bahasa’, bagi menepati cirri-ciri negara yang berbilang kaum”.

,

14 Comments