Posts Tagged Umno

SERIUSKAH UMNO NAK MENANG PRU14…???

1. Ramai antara kita, termasuklah saya, bernostalgia… terkenang2 masa UMNO hebat dulu…sama spt lagu R. Azmi ini:

dan sama spt maksud pantun Melayu berikut:

Pulau Pinang bandar baru
Kpt Light menjadi raja
Bila terkenang masa nan lalu
Berlenang2 si air mata.

2. Tetapi kita perlulah segera sedar dan bangkit dari mengelamun. Kita perlulah sedar bahawa ramai pengundi skrng sudah lupa / tak kesah pun akan Mei 13 & DEB serta FELDA yg banyak masalah sebab mereka bkn produk era berkenaan, di samping ianya sudah pudar dari ingatan, seperti mana generasi saya yang tak kesah dan tak blh relate
dgn kekejaman pemerintahan Jepun kerana tidak dilahirkan di zaman tersebut.

3. Ramai pengundi yg berumur bawah 40 thn (kira2 40% drp jum pengundi) adalah bkn produk DEB atau FELDA. Mereka adalah produk PTPTN/PINJAMAN MARA.

4. Maka yg berjaya tak terasa terhutang budi dgn kerajaan/UMNO sbb mereka yg perlu bayar hutang lbh RM30 ribu seorang.

5. Mereka marah dan kecewa kerana tidak menikmati Hak 153.

6. Yg berjaya tetapi x dpt kerja lg marah sbb dihambat pula oleh PTPTN & disekat oleh imigresen (500 ribu orang).

7. Terdapat lbh setengah juta penganggur pada tahun ini; tiga suku berumur bawah 30 thn & 30% berkelulusan tertiari. Mampukah mereka senyum riang?

8. Di kalangan 10 juta pekerja bergaji, 50% drp mereka bergaji bawah RM1700 sebulan. (Lihat Laporan Gaji & Upah 2016). Bolehkah mereka senyum tawa? (lihat di bawah cerita hasil kajian students UUM tentang dapor mereka yg berpendapatan bawah RM2000 sebulan!)

9. Kos sara hidup pula terus meningkat. (Melaka antara yg tertinggi berdasarkan CPI. Sila lihat Carta). Adakah mereka tak mengeluh?

10. Perlu juga diambil perhatian bahawa rakyat semakin literate (>95%), semakin bermaklumat (>100% broadband penetration) & majoriti berjiwa bandar (Msia >75%; Melaka 93%).

11. Lanskap baru ini (para 2 – 10) mengubah DNA para pengundi serta memberi impak ke atas voting behaviour dan seterusnya akan memberi kesan kepada UMNO.

12. Lantaran itu, strategi, perancangan dan pelan tindakan serta sikap, fokus dan content ucapan pemimpin UMNO hendaklah berubah. Keluarlah segera dari kepompong pemikiran lama yang sudah lapuk dan jumud itu.

13. Lagu dan modal lama sudah basi dan tak berbisa lagi. Contohnya Isu 13 Mei dan orang Cina sbgai Fear Factor sudah tak lut ke atas orang Melayu. Malah mereka salahkan pula pemimpin UMNO kerana tidak memahatkan dalam Perlembagaan Msia bahawa hanya orang Melayu Islam SAHAJA boleh jadi PM, seperti jawatan MB Perak dan Selangor.

14. Carilah Fear Factor yg lain, jika perlu.

15. Untuk menarik sokongan mereka, UMNO hendaklah dilihat ikhlas dan sungguh2 menjuari isu2 yg dekat dgn hati nulari para pengundi – Melayu dan bukan Melayu. Antaranya:

a) mewujudkan lbh banyak peluang pekerjaan yg berpendapatan tinggi (malangnya 90% jawatan baru berpendapatan rendah. Sila lihat Penyiasatan Tenaga Buruh, 2010 – 2015)

b) mewujudkan peluang menjana pendapatan yg berpatutan (pinjaman AIM dikenakan faedah 10% flat rate; lbh tinggi dari 15% sliding scale. Adakah ini hak istimewa utk orang Melayu miskin bawah 153?)

c) menurunkan kos sara hidup

d) bantu atasi masalah hutang PTPTN

e) rapatkan jurang kekayaan antara kumpulan (inter group inequalities) yg melebar (HIS 2016).

f) perjuangkan 152 & 153 dgn penuh kesungguhan (dukacita pemimpin UMNO sendiri dilihat mencabuli kedua2nya)

g) mempelopori GITAR (Good Governance, Integrity, Transparency, Accountability & Responsibility).

16. Jika dapat dilakukan segera 7 saranan di atas maka diyakini peluang UMNO untuk menang PRU14 adalah lebih cerah lagi. In syaa Allah.

17. Adakah UMNO serius? Jika ya, sama2lah kita halusi coretan ini.

Wallahu’alam.

DAA
2 Dis 2017.

Advertisements

, ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018: JPM

YB TS YDP,

1. Saya ingin menumpukan kepada isu-isu makro terlebih dahulu sebelum saya menyentuh isu mikro di peringkat JPM. Kerana masa yang terhad, saya akan tumpukan kepada tiga isu makro iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan.

2. Pada hemat saya, Bajet merupakan instrument tahunan yang dirancang untuk address bermacam-macam isu dan keperluan, termasuklah 3 isu utama ini selaras dengan apa yang digubal di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun iaitu terkini adalah RMK11.

3. Di samping itu, saya akan menyentuh juga TN50, sepertimana yang terkandung dalam Bajet ini. Ianya pertama kali dikumandangkan pada tahun lalu semasa YAB DS selaku MK1 membentangkan Bajet 2017.

4. Isu meningkatkan kecekapan akan juga saya liputi.

(a) Pertumbuhan ekonomi

5. Berhubung pertumbuhan ekonomi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai (a) sasaran pertumbuhan ekonomi kita menjelang 2020 serta (b) sasaran sumbangan 40% gaji & upah (Compensation of Employees – CE) kepada GDP serta (c) sasaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

6. Sasaran ekonomi berpendapatan tinggi berpaksikan kepada kerancakan aktiviti ekonomi manakala gaji & upah pula merupakan sumbangan kedua terbesar kepada ekonomi/GDP. Gaji & upah juga merupakan punca terbesar (63%) pendapatan isi rumah kerana hampir tiga suku daripada 14.2 juta penduduk yang bekerja adalah pekerja makan gaji atau employees!

7. Saya ingin menarik perhatian kepada sasaran nilai GDP kita di bawah RMK11 sebanyak RM1.76 trilion pada harga semasa menjelang tahun 2020. Untuk mencapai nilai tersebut pada tahun berkenaan, dianggarkan ekonomi kita memerlukan pertumbuhan CAGR atau Compounded Average Growth Rate pada harga semasa sebanyak 9.2% setahun. Memandangkan purata kasar pertumbuhan GDP pada tahun 2016 – 2018 hanyalah kira-kira 7.7% setahun pada harga semasa atau hanya 84% dari apa yang disasarkan itu maka saya ingin bertanya YB Menteri mampukah kita mencapai nilai GDP tersebut pada tahun 2020 nanti?

8. Saya juga ingin bertanya kepada YB Menteri berkenaan adakah kita mampu mencapai sasaran CE 40% itu dalam masa 4 tahun lagi? Saya bimbang kerana peningkatan sumbangan gaji dan upah kepada GNI itu sangatlah pelahan iaitu hanyalah 0.4% antara 2015 dan 2016.

9. Seterusnya saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa GNI Per Kapita kita pada tahun ini dianggarkan RM40,713 pada harga semasa; meningkat sebanyak RM2,922. Pada tahun hadapan, GNI Per Kapita ini diunjurkan menokok RM2,064 lagi kepada RM42,777.

10. Sasaran GNI Per Kapita yang hendak kita capai menjelang 2020 ialah USD15,000 atau RM63,000, berdasarkan nilai tukaran asing USD1 bersamaan RM4.20. USD15,000 ini adalah penanda aras atau benchmark bagi negara berpendapatan tinggi, sepertimana yang ditetapkan oleh World Bank/IMF.

11. Ini bermakna kita memerlukan lagi tambahan sebanyak RM22,287 seorang dalam masa 3 tahun akan datang atau tambahan purata sebanyak RM7,429 setahun untuk mencapai sasaran GNI Per Kapita RM63,000 pada tahun 2020. Mohon jelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah insiatif konkrit yang telah disusun untuk mencapai sasaran tersebut.

12. Pada tahun 2020, berdasarkan prestasi sekarang, GNI Per Kapita kita mungkin sekitar RM45,000 – RM48,000. Sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi, pada tahun 2020, telah diunjurkan GNI Per Kapita bagi ekonomi berpendapatan tinggi adalah sekitar USD15,000. Kita boleh mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi yang diunjurkan itu kalaulah nilai US$1 bersamaan RM3.00 – RM3.20. Mampukah Ringgit kita mengukuh ke tahap tersebut pada tahun 2020 nanti?

13. Untuk memastikan bahawa kemakmuran ini dinikmati secara inklusif oleh semua kaum, selaras dengan Pe-Tunjang ke 4 maka yang lebih penting lagi untuk kita ketahui ialah berapakah GNI Per Kapita mengikut kaum pada masa kini dan pada tahun 2020 nanti? Wajar diingat bahawa kita bukan merancang ekonomi hanya untuk ekonomi. Kita merancang dan membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat!

14. Lantaran itu, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula RMK11 pada tahun hadapan (Mid Term Review) dan menyemak unjuran-unjuran berkenaan yang mana, pada hemat saya,  agak optimistik dan kurang menepati sasarannya?

YB TS YDP,

(b) Gunatenaga

15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada kerajaan BN. Kali ini adalah kerana kejayaan mengekalkan kadar guna tenaga penuh selama 21 tahun (1995 – 2016) berturut-turut iaitu di mana kadar pengangguran kita berada di bawah 4%. Saya amat yakin kita akan terus mampu mengekalkan rekod tersebut pada tahun ini.

16. Namun di celah-celah rekod cemerlang itu, terdapat pula beberapa isu pasaran buruh yang kurang kondusif dan perlulah diperbaiki lagi.

17. Diakui isu gunatenaga ini menyentuh beberapa kementerian seperti JPM, KDN, Kementerian Sumber Manusia, KPM, KPT dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Mohon semua kementerian berkenaan memberikan perhatian.

18. Soalan saya yang pertama ialah apakah usaha kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan baru bagi kira-kira setengah juta penganggur pada tahun 2016, termasuklah lebih 170 ribu (33.6%) berkelulusan tertiari dan hampir 390 ribu (77%) yang berumur bawah 30 tahun yang menganggur dalam suasana pasaran buruh yang lemah dan dibanjiri pula pekerja asing? Pada masa yang sama, terdapat kira-kira setengah juta pekerja lagi yang underemployed?

19. Yang demikian, program SL1M perlulah dipergiatkan dan keberkesanannya perlulah dimantapkan lagi.

20. Kedua, apakah usaha untuk mengurangkan kebergantungan yang semakin tinggi terhadap buruh asing yang kini dianggarkan telah mencecah 30%? Mereka bukan sahaja (a) telah merampas sebahagian besar dari 1.8 juta pekerjaan yang telah diwujudkan di bawah RMK10 malah (b) mereka jugalah yang telah menekan kenaikan real wages dan seterusnya (c) menyebabkan golongan B40 terus kekal berada dalam kelompok berkenaan serta (d) akan melambatkan pula pencapaian tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

21. Ketiga, dalam kegigihan kita mengejar tahap ekonomi berpendapatan tinggi itu, apakah usaha segera kerajaan dan majikan swasta untuk memperbetulkan pasaran buruh yang bobrok ini dengan berganjak dari low-wage labour-intensive industries ke high-wage high-tech industries, memperbaiki working conditions serta merombak gaji dan upah pekerja yang masih berada ditahap yang rendah atau memperkenalkan wage reform? Misalnya, pada tahun 2016, gaji penengah atau median kita hanyalah RM1,700 sebulan.

22. Pada tahun 2020, diunjurkan 46% pekerja atau 7 juta pekerja akan menerima bawah RM2 ribu sebulan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2.3 juta pekerja akan menerima gaji bawah RM1 ribu sebulan dan seramai 4.7 ribu pekerja lagi akan menerima gaji dari RM1 ribu ke RM2 ribu sebulan sedangkan sasaran gaji median pada tahun 2020 adalah RM2,500 sebulan?

23. Sekali lagi saya tegaskan bahawa mereka ini, termasuklah golongan berkelulusan tertiari, akan kekal dalam golongan B40 kerana, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016, pendapatan kasar maksima isi rumah B40 adalah RM4,360 sebulan sedangkan gaji penengah golongan tertiari itu hanyalah RM3,274 sebulan! Justeru sahlah mobiliti sosial mereka amatlah terhad.

24. Dalam pada itu, keempat, apakah usaha kerajaan untuk memperbetulkan delima struktur ekonomi kita yang dilihat kurang efficient ini dari segi produktiviti buruh dan kenaikan gaji. Buktinya, di bawah RMK10, gaji telah meningkat lebih pantas iaitu 4.2% setahun yang mana ianya tidak seiring dengan kenaikan kadar produktiviti buruh yang lebih perlahan iaitu hanyalah 2.6%?

25. Keadaan ini berterusan pada tahun 2016 di mana CAGR bagi kenaikan gaji adalah lebih tinggi iaitu 6.2%, menurut Laporan Penyiasatan Gaji & Upah 2016 berbanding kenaikan pertumbuhan produktiviti buruh hanyalah sebanyak 3.5%, menurut MPC!

26. Kelima adalah mengenai sasaran gaji / pampasan pekerja menjelang 2020. Seperti yang saya katakan tadi, kerajaan mensasarkan gaji median menjelang 2020 adalah sebanyak RM2,500 sebulan. Pada masa yang sama, kerajaan mensasarakan sumbangan pampasan pekerja atau compensation of employees kepada GDP pada tahun tersebut adalah sebanyak 40% berbanding 34.9% pada tahun 2015.

27. Di sini timbul dua isu utama.

28. Pertama, untuk mencapai sasaran 40% itu, gaji dan upah atau pampasan pekeja perlulah menigkat kepada RM3,500 sebulan; bukannya RM2,500 sebulan. Untuk mencapai tahap tersebut, ianya memerlukan kadar CAGR sebanyak 8%. Ironisnya, di bawah RMK11, sasaran kadar kenaikan produktiviti buruh hanyalah 3.7%; lebih rendah dari kenaikan gaji! Resipi ini sudah pasti mengurangkan daya saing dan outcome yang hampir pasti ialah syarikat terpaksa ditutup.

29. Kedua, mengikut rekod 2014 – 2016, kenaikan gaji adalah sebanyak RM100 setahun. Sekiranya kadar kenaikan tahunan ini terus kekal maka, bagi tempoh 4 tahun mendatang (2017 – 2020), jumlah kenaikan gaji bersamaan RM400. Kenaikan yang diperlukan ialah sebanyak RM800 (dari RM1,700 ke RM2,500) atau RM1,800 (dari RM1,700 ke RM3,500). Justru terdapat defisit antara RM400 – RM1,400.

30. Dalam keadaan sedemikian, apakah usaha drastik Kerajaan untuk memastikan sasaran-sasaran tersebut mampu dicapai kelak?

31. Akhir sekali, yang keenam, ialah mengenai isu diskriminasi. Di sektor swasta, kita sering mendengar amalan diskriminasi ke atas pekerja yang agak berleluasa. The discrimination is disguised in many forms, dengan izin. Banyak kajian telah dibuat tentang the prevalence of discrimination ini. Antara kajian tersebut ialah Lee, Hwok-Aun and Muhammed Abdul Khalid (2016). Discrimination of high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia, Journal of the Asia Pacific Economy (1): 53-76.

32. Antara penemuan yang diperolehi ialah diskriminasi bermula dari peringkat iklan, temuduga hnggalah ke peringkat penetapan gaji permulaan, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Sebagai contoh, lebih ramai graduan Bumiputera (49%) menerima gaji permulaan yang lebih rendah (RM1,500 dan ke bawah) berbanding India (41%) dan Cina (33%).

33. Untuk menangani isu diskriminasi tersebut secara tuntas dan menyeluruh maka saya syorkan di Dewan yang mulia ini agar dipertimbangkan Fair Employment Act. Akta ini, antara lain, hendaklah memperuntukkan penalti ke atas majikan yang melakukan diskriminasi negatif berasaskan jantina, kaum, agama, bahasa dan seumpamanya.

34. Ringkasnya, adakah kerajaan memantau dan mengkaji isu pasaran buruh yang sarat dengan masalah ini secara holistik? Ia merangkumi, antara lain, struktur ekonomi yang lemah, produktiviti buruh yang rendah, mismatch supply and demand, the multi-faceted nature of unemployment seperti underemployment, hidden unemployment, disguised unemployment, lambakan buruh asing, diskriminasi, isu gaji dan upah yang rendah dan lain-lain lagi? Jika tidak dibuat maka you are not doing your job. Jika ada, then you have failed to solve the problems!

YB TS YDP,

(c) Kemiskinan & Jurang melebar

35. Saya ingin ketengahkan pula isu kemiskinan dan jurang kekayaan yang kian melebar.

36. Sepertimana yang semua ketahui bahawa membasmi kemiskinan adalah salah satu dari strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

37. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 yang diumumkan baru-baru ini, purata pendapatan kasar isi rumah bulanan pada tahun 2016 adalah RM6,958 sebulan; melonjak 2,536% dari RM264 sebulan pada tahun 1970!

38. Purata pendapatan kasar isi rumah bulanan semua kaum juga menokok dalam tempoh tersebut. Bagi isi rumah Bumiputera, purata pendapatan kasar mereka telah menokok dari RM172 sebulan kepada RM6,267 sebulan manakala pendapatan kaum Cina telah melonjak dari RM394 sebulan ke RM8,759 sebulan dan pendapatan kaum India pula melompat dari RM304 sebulan ke RM7,130 sebulan.

39. Yang demikian, kemiskinan mutlak telah dapat dibasmi dari 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar (0.36%) pada tahun 2016. Kejayaan cemerlang ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia.

40. Kadar kemiskinan bagi 3 kaum utama juga telah berjaya dihapuskan hingga hampir sifar. Kadar kemiskinan Bumiputera kini hanyalah 0.48%, Cina = 0.06% dan India = 0.11%.

41. Begitu jugalah kadar kemiskinan bandar dan luar bandar; kadar kemiskinan masing-masing telah menurun kepada 0.17% dan 1.04% sedangkan banyak negara lain bukan sahaja bergelut dengan kemiskinan malah masih terus dicengkam kemiskinan tegar.

42. Lantaran itu, tidak hairanlah, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

43. Walau bagaimanapun, di celah-celah kejayaan itu masih terdapat ruang untuk pembaikan. Sekalipun kadar kemiskinan itu kini amatlah rendah, namun eloklah juga diberikan perhatian serta diambil tindakan yang sesuai atas semangat inklusif yang diterapkan melalui Pe-Tunjang Keempat Bajet ini.

44. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kadar kemiskinan kaum Bumiputera adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan kaum Cina, 4 kali ganda lebih tinggi dari kaum India manakala kadar kemiskinan luar bandar pula adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan bandar!

YB TS YDP,

45. Di samping meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan, kerajaan BN juga berjaya menangani intra jurang pendapatan. Berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang telah dapat dirapatkan dalam tempoh 1970 – 2016 iaitu dari 0.513 atau 51.3% kepada 0.399 atau 39.9%. Sepertimana semua YB maklum, menurut ukuran Gini Coefficient, 0 is perfect equality while 1 is perfect inequality, dengan izin.

46. Dalam pada itu, izinkan saya menarik perhatian kerajaan kepada 2 isu utama yang perlu ditangani segera. Pertama ialah mengenai kemiskinan relatif atau relative poverty dan kedua ialah mengenai jurang kekayaan antara kumpulan atau inter-group inequalities.

47. Pada hemat saya, setelah kita berjaya menangani kemiskinan mutlak hingga hampir sifar maka sudah sampai masanya kita memberi perhatian pula kepada usaha untuk membetulkan kemiskinan relatif.

48. Data Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah bagi tahun 2014 dan 2016 menunjukkan kemiskinan relatif ini masih tinggi; malah ianya terus meningkat. Pada tahun 2014, kadarnya di peringkat nasional ialah 15% dan meningkat kepada 16% pada tahun 2016. Di 7 buah negeri, kadarnya 20% dan lebih. Paling tinggi ialah Kelantan: 38%!

49. Isu kemiskinan relatif tersebut berkait rapat dengan jurang antara kumpulan yang melebar iaitu jurang antara kaum, antara bandar dan luar bandar, antara B40 dan T20 dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 1970, jurang mutlak purata pendapatan kasar bulanan isi rumah kaum Bumiputera berbanding pendapatan kaum Cina ialah RM222; pada tahun 2016, jurang ini telah melebar kepada RM2,492; lebih 11 kali ganda lebaranya!

50. Dari segi nisbah ketidaksamaan, jurang pendapatan antara dua kaum tersebut juga turut melebar; dari 1 (B):1.38 (C) pada tahun 2014 kepada 1 (B):1.39 (C) pada tahun 2016.

51. Begitu juga jurang antara B40 dan T20. Ianya turut melebar; dari 1 (B40):5.639 (T20) pada tahun 2014 kepada 1 (B):5.649 (T20) pada tahun 2016.

52. Sebab utama senario ini berlaku ialah kerana pendapatan kumpulan bawahan B40 yang mana kira-kira 75% adalah terdiri kaum Bumiputera tidak meningkat sepantas kumpulan atasan T20. Outcomenya ialah syer pendapatan B40 menurun dari 16.8% pada tahun 2014 kepada 16.4% pada tahun 2016 manakala syer pendapatan T20 pula meningkat dari 46.1% kepada 46.2% dalam tempoh yang sama.

53. Jika kita meneliti pula pemilikan aset bukan kewangan, jurang antara kaum adalah lebih besar lagi dan terus melebar antara tahun 2009 dan 2012. Contohnya, pemilikan terraced factories / warehouses oleh Bumiputera merosot dari 45% kepada 35.1%, commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complexes menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

54. Tahap kemiskinan dan jurang kekayaan ini digambarkan dengan lebih jelas lagi dalam buku The Colur of Inequality: ethnicity, class, income and wealth in Malaysia yang ditulis oleh Dr Muhammad Abdul Khalid. Antara penemuan beliau yang wajar kita depani selaras dengan semangat keterangkuman dan slogan Rakyat Didahulukan ialah:

• Lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan
• Golongan 10% terkaya mengawal 77% aset kewangan negara
• 80% rakyat berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% aset kewangan negara
• Lebih 70% rakyat Malaaysia yang tidak mempunyai aset kewangan negara itu adalah Bumiputera
• Lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai ASB
• Lebih 70% Bumiputera yang memiliki ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang

55. Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, izinkan saya mencadangkan agar kerajaan melakukan anjakan paradigma dari segi dasar dan program iaitu mengubah fokus membasmi kemiskinan mutlak yang telah berjaya itu kepada fokus berkongsi kemakmuran (sharing prosperity) sebagaimana yang disarankan oleh World Bank/IMF.

56. Pra syarat menjayakan strategi baru ini, menurut institusi tersebut, ialah pertumbuhan yang lebih inklusif dan mapan. Menurut Setiausaha Agong PBB, Mr Ban Ki-moon, pertumbuhan ini pula memerlukan 3 elemen penting.
“…three elements are needed to make growth more inclusive and sustainable: investment in human capital that favors the poor, the best use of safety nets, and steps to ensure the environmental sustainability of economic growth. These three elements are imperative to all countries’ development strategies, and are also fundamental to global efforts to achieve the twin goals of Ending Poverty and Sharing Prosperity.”

57. Oleh kerana masa mencemburui kita, maka saya sarankan pihak-pihak yang berkenaan seperti EPU, ICU dan SERI membuat kajian yang lebih mendalam lagi dengan tujuan untuk melaksanakannya. Laporan The Global Monitoring Report 2014/2015: Ending Poverty and Sharing Prosperity bolehlah dijadikan salah satu bahan rujukan. Jika tidak setuju dengan syor saya ini, mohon berikan alternatif yang lebih baik.

58. Saya yakin terhadap syor tersebut kerana, pada hemat saya, pelaksanaan perkongsian kemakuran ini adalah selaras dengan semangat yang terkandung dalam ucapan YAB PM yang telah beliau lafazkan pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE):

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”

59. Sesungguhnya saya amat yakin bahawa apa yang yang disarankan oleh YAB PM dan apa yang diketengahkan oleh World Bank untuk membantu golongan terpinggir itu bukanlah menjurus pendekatan ala Robin Hood. Dan janganlah pula tuduh saya bersifat rasis. Niat ikhlas saya adalah terkandung dan tersurat dalm pantun ini:

Kita tak hendak ke seberang
Kita hanya hendak ke kota
Kita tak hendak hak orang
Kita hanya hendak hak kita.

60. Perlulah diingat bahawa golongan yang terpinggir ini adalah dari kalangan majoriti dan minoriti. Justeru sementara kita masih mempunyai masa untuk mendepani PRU14 maka wajarlah kita menyegerakan tindakan mitigasi dan berkongsi kemakmuran ini kerana sesunguhnya ingatan YAB PM pada 11 November 2013 boleh memercikkan peluh dingin:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

61. Gambaran kedudukan di kalangan kaum yang saya lakarkan ini adalah piece meal serta terlau kecil dan sedikit. Justeru saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon kepada YB Menteri agar memberikan maklumat yang lengkap dan terkini tentang kedudukan sosio-ekonomi semua kaum supaya kita semua berada di same page. Yang demikian, kita akan tahu kedudukan kita dan kita akan sama-sama tahu destinasi kita.

YB TS YDP,

62. Mengambil kira jurang yang terdapat antara apa yang dirancang serta apa yang dilaksanakan dan hasil yang telah dicapai serta sasaran yang mungkin tidak tercapai, sebagaimana yang telah saya lakarkan melalui tiga parameters utama tadi iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan, maka syor untuk menubuhkan SERI itu amatlah bertepatan sekali.

63. Ia melengkapkan sistem dan struktur pengurusan yang merangkumi empat komponen utama iaitu (a) perancangan (EPU), (b) pelaksanaan (kementerian/jabatan berkaitan), (c) penyelarasan dan pemantuan (ICU) serta (d) penilianan & penyelidikan (SERI).

64. SERI has been the missing link sejak SERU dimansuhkan pada tahun 1980an. Saya membayangkan SERI mempunyai dua peranan dan tanggungganjawab yang utama, besar dan berat. Pertama, mengkaji dan menilai keberkesanan dasar serta program dan peruntukan kerajaan selaras dengan objektif yang diharap dan sasarkan. Kedua, mengemukakan syor alternatif atau solusi yang pragmatik dan doable. Justeru kompetensi institut ini amatlah kritikal sekali.

65. Sebagai contoh, SERI wajar segera mengkaji mengapa jurang kekayaan/ pendapatan semakin melebar sekalipun kerajaan telah memeberikan tumpuan dengan menyediakan peruntukan yang besar. Misalnya, kerajaan telah menyedialan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi tiga program untuk membasmi kemiskinan, meyususn semula masyarakat dan membangunkan perkampungan nelayan.

66. Walau bagaimanapun, hanya 8% atau RM520 juta sahaja telah dibelanjakan pada tahun 2016 manakala 2% lagi atau RM149 juta telah diperuntukan pada tahun ini. Pada tahun 2018 sebanyak RM416 juta atau 7% telah diperutukkan. Bagi tempoh 3 tahun, hanya 17% atau RM1.1 bilion sahaja yang telah diperuntukan/dibelanjakan. Secara purata, sepatutnya 60% telah diperuntukkan/dibelanjakan dalam tempoh 2016 – 2018. [Muka surat 105, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) 2018].

67. Sementara menunggu SERI diwujudkan dan membuat kajian serta penilaian yang sepatutnya, mohon YB Menteri berkenaan menerangkan kepada Dewan yang mulia ini sebab-sebab jurang peruntukan-perbelajaan tersebut berlaku dan apakah remedinya?

YB TS YDP,

Aspirasi TN50

68. Kita semua sedar bahawa kerajaan bukan sahaja memberikan perhatian kepada day to day running of the government mala ia juga perlu merncang untuk masa depan.

69. Pada awal tahun 1990an kerajaan BN telah merancang W2020. Dalam masa 2 tahun lagi ia akan cukup tempoh. Sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab dan berwawasan/visionary, kini dirancang pula TN50.

70. Justeru saya menyokong penuh apa yang telah digariskan di bawah Pe-Tunjang Kedua dalam Bajet 2018 ini.

71. Dalam pada itu, saya ingin menambah apa yang telah dilakarkan itu.

72. Diakui bahawa kerajaan memberi komitmen “pembelaan nasib semua golongan” [para 81, Teks Ucapan] namun, saya perhatikan, lebih banyak tumpuan diberikan kepada keperluan Gen Y. Tidak ada perhatian terhadap warga emas.

73. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa struktur demografi kita akan berubah dengan ketara pada tahun 2050 nanti. Pada tahun 2017, di kalangan penduduk kita seramai 32 juta ini, 24.1% berumur 14 tahun dan ke bawah dan hanya 6.2% berumur 65 tahun dan ke atas. Pada tahun 2050 nanti, penduduk Malaysia diunjurkan seramai 44.5 juta orang. Kohot 14 tahun dan ke bawah akan merosot kepada 17.0% manakala kohot 65 tahun dan ke atas pula akan melonjak lebih tiga kali ganda kepada 19.9%.

74. Dari sudut disiplin demografi, negara kita akan berada di tahap aging population pada tahun 2050 nanti. Ini bermakna semua dasar dan program kerajaan hendaklah diorientasikan ke arah mendepani senario baru tersebut.

75. Senario ini mengundang lima ciri utama iaitu lebih ramai (a) orang tua, (b) orang sakit, (c) orang miskin, (d) orang tiada anak, dan (e) orang tiada rumah.

76. Dalam pada itu warga Malaysia akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang lagi. Jangka hayat lelaki dan perempuan akan masing-masing menokok dari 72.6 tahun dan 77.2 tahun pada tahun 2016 kepada 80.5 tahun dan 86.0 tahun.

77. Justeru, seperti yang saya katakan tadi, dasar dan program kerajaan hendaklah dirangka dan digubal untuk menangani lima isu tersebut.

YB TS YDP,

Meningkatkan kecekapan

78. Di bawah Pe-Tunjang Ketujuh, YAB DS selaku MKII telah menghuraikan dengan panjang lebar kaedah dan inisiatif meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC serta perkhidmatan awam. Saya amat bersetuju tema ini disebut setiap tahun kerana walaupun tahap kualiti perkhidmatan dan kecepatan penyampain telah meningkat namun ianya masih belum mencapai thereshold yang diharapkan.

79. Justeru, di samping apa yang telah digariskan itu, saya ingin mengesyorkan tiga inisiatif tambahan seperti berikut.

80. Pertama, saya mencadangkan supaya dilaksanakan proses decentralization and empowerment secara terancang dan sistematik vertically and horizontally. Agensi pusat janganlah tamak kuasa.

81. Proses ini sudah pasti meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan penyampaian. Pada masa yang sama, semua lubang, ruang dan peluang untuk melakukan salah urus hendaklah ditutup rapat. Yang demikian, sekali gus, produktiviti, hasil dan value for money akan mengukuh, di samping kos perbelanjaan pula dapat dikurangkan.

82. Kedua, sesuai dengan era digital economy, semua proses kerja yamg dilakukan secara manual hendaklah diauotomasikan serta dipantau on real time. Pra syarat kejayaan ini ialah attitude dan aptitude penjawat awam hendaklah berubah, terutama di kalangan mereka yang allergic atau phobia kepada ICT.

83. Ketiga ialah menyusun semula agensi-agensi yang ada persamaan atau yang bertindih fungsi dengan tujuan untuk menyatu serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, di samping untuk mengurangkan kos dan meningkatkan value for money. Sebagai contoh, mengkaji semula peranan dan fungsi Tentera Laut, Jabatan Laut, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM).

84. Contoh lain ialah yang berkisar dengan integriti dan agama Islam. Di kalangan keluarga integrit, terdapat IIM, SPRM, SIAP dan BITU. Di kalangan isntitusi Islam pula terdapat JAKIM, YADIM, IKIM, JAWHAR dan IWM.

YB TS YDP,

Isu Mikro

85. Kini saya ingin menumpukan kepada isu mikro pula.

(a) KPI

86. Saya perhatikan bahawa YAB PM amatlah menekankan, antara lain, pencapaian prestasi yang diukur dengan menggunapakai KPI. Saya ada beberapa cerapan yang merupkan kemusykilan tentang laporan KPI ini. Maklumat tersebut tertera di m/s 82 – 96, APP 2016.

87. Pertama, ada yang tidak melaporkan pencapaian sebenar bagi tahun 2016. Yang dilaporkan hanyalah sasaran bagi tahun 2017 dan 2018. Contohnya, KPI bagi Agensi berprestasi tinggi dan program integriti.

88. Kedua, KPI yang dilaporkan adalah tidak relevan. Contohnya, KPI untuk mengukur peningkatan pertumbuhan sosio-ekonomi negara adalah berdasarkan terbitnya sebuah Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

89. Ketiga dan terakhir, KPI yang dilihat kurang munasabah. Misalnya, berkaitan perkhidmatan kehakiman, tahap penyelesaian kes yang berkesan adalah 100% pada tahun 2016!

(b) Infra Luar Bandar, Jalan & Bekalan Air FELDA

90. Menurut APP 2018, sebanyak RM90 juta telah dianggarkan untuk membina infrastruktur luar bandar. Tetapi tiada peruntukan disalurkan pada tahun 2016 dan 2017. Hanya RM35 juta atau 39% disalurkan pada tahun hadapan.

91. Begitu juga Projek Jalan FELDA dan Sistem Bekalan Air FELDA. Kos projek masing-masing dianggarkan sebanyak RM1 bilion dan RM500 juta. Seperti projek infra luar bandar, peruntukan yang telah disalurkan untuk dua projek tersebut bagi tempoh 3 tahun ini (2016 – 2018) juga agak rendah iaitu masing-masing hanyalah 21.6% dan 45.4%.

92. Keadaan ini agak berbeza dengan bandar di mana peruntukan berbilion Ringgit terus dicurahkan di bandar!

93. Yang demikian itu, tidak hairanlah jika kita dapati, misalnya, (a) purata pendapatan kasar isi bulanan luar bandar (RM4,359) kekal lebih rendah dari bandar (RM7,671), purata gaji bulanan pekerja luar bandar (RM1,694) lebih rendah dari bandar (RM2,662) dan kadar kemiskinan luar bandar (1.0%) pula kekal lebih tinggi dari bandar (0.2%).

94. Berdasarkan outcome bertahun-tahun ini, maka apa yang lojik dan mujarab dilakukan oleh kerajaan ialah mengubah dasar pro orang kaya dan pro bandar kepada dasar pro orang miskin dan pro luar bandar.

(c) PR1MA

95. Mengikut rekod, nilai projek PR1MA adalah sebanyak RM8.4 bilion. Sebanyak RM1.6 bilion atau 19% telah dibelanjakan pada tahun 2016. Apakah pencapaian prestasi PR1MA terkini? Berapa banyakkah rumah yang telah siap dan diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah yang telah siap tetapi belum diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah dalam pembinaan dan berapa banyak pula yang belum terjual? Mengapakah over hang adalah tinggi?

96. Apakah rasional tiada sesen pun peruntukan pembangunan disalurkan kepada PR1MA pada tahun 2017?

(c) Pembinaan Masjid, Surau & Sekolah Agama

97. Akhir sekali saya ingin menyentuh peruntukan untuk membina masjid dan surau.

98. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana Parlimen saya rurut menerima peruntukan bagi membina masjid & surau.

99. Saya dapati kos untuk membina masjid & surau dianggarkan sebanyak RM147 juta. Kita wajar berasa syukur kepada Allah swt dan berterima kasih pula kepada kerajaan BN di atas rezzeki yang kita nikmati itu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tiga tahun ini (2016 – 2018), hanya RM22.1 juta atau hanya 15% sahaja yang telah disalurkan. Pada hemat saya, ianya agak kecil dan mohon ditambah lagi kerana keperluan yang hendak dipenuhi masih banyak lagi.

100. Dalam pada itu, peruntukan untuk membina sekolah agama pada tahun 2018 hanyalah bernilai RM312,200 sahaja. Mungkin tak cukup pun untuk membina sebuah sekolah. Mohon peruntukan ini ditambah.

101. Sekian, terima kasih.

DAA
14 Nov 2017.

, ,

Leave a comment

DNA AHLI/PENYOKONG UMNO

1. Wajarlah diakui bahawa UMNO adalah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dari segi jumlah ahli (3 juta orang), Bahagian (191) dan Cawangan (lbh 20 ribu).

2. Ia juga merupakan parti yg paling lengkap dari segi struktur dan sistem; dari Pusat turun ke Negeri, Bahagian & Cawangan.

3. Namun kukuh dan gagahkah UMNO?

4. Justeru untuk mengetahuinya, eloklah kita kenal dulu DNA orang kita (know yourselves – Sun Tzu).

5. 3 juta ahli itu hanyalah kira-kira 20% saja daripada jumlah pemilih. Kuat?

6. Secara kasar terdapat  4 + 3 golongan DNA UMNO:

6.1 Tegar – salah pun kata betul & tetap sokong:

(a) Jujur spt ibu2 berusia >70an

(b) sokong kerana jawatan

(c) sokong sebab dedak

6.2. Setia – yang betul tu betul; yang salah tu salah tetapi tetap sokong parti.

6.3. Idealis – kalau lbh banyak buruk/salah atau berlawanan dengan prinsip mereka  maka mereka tak sokong parti.

6.4. Lalang – pendirian yang  mudah bergoncang.

7. Agak-agak golongan yang  mana satukah kini lbh ramai dlm UMNO?

8. Dari segi demografi dan yang demikian golongan 6.1(a) sudah tentulah tidak ramai.

9. Sebahgian golongan 6.1 (b) & (c) sudah dan akan melompat bila hilang jawatan atau dapat tawaran dedak yang lebih besar dari pihak lain. Agak mahal dan rumit menjaga golongan ini.

10.  Kerana Sindrom Hang Nadim maka golongan 6.2 juga tak ramai / tak kuat kerana dicurigai, dipinggirkan atau dikeluarkan.

11. Golongan 6.3 turut tidak ramai sebab sebahgian besar sudahpun keluar parti.

11. Sebahgian golongan 6.4 sudahpun lari dan yang tinggal itu, jika tidak pandai dijaga dan dibelai,  akan turut belah.l

12.  Lantaran itu bolehkah dicongak golongan DNA mana satukah yang kini paling besar terdapat dalam UMNO?

13. Justeru bolehkah kini dianggarkan sejauh manakah kekuatan UMNO?

14. Jika anda adalah seorang ahli/penyokong UMNO, apakah DNA anda?

15. Mungkin anda ingin tahu pula DNA saya. Mudah dan ikhlas: DNA SAYA = 6.2!!!

DAA
20 Jun 2017.

,

Leave a comment

POLITICS: NO PERMANENT FRIEND, NEITHER PERMANENT ENEMY!!!

Tun M is UMNO/BN’s political enemy/rival, yes.

Enemy of the state is DEFINITELY no. Otherwise, he is already behind bars.

Sejarah telah mengajar saya.

1. Samy Vellu dan Govindaraju adalah rakan karib. Bergaduh, akhirnya baik.

2. Samy Vellu dan Pandithan juga rakan karib. Bergaduh…tubuh IPF…akhirnya baik semula.

3. Tun M & Tun Musa adalah rakan baik; bantu Musa lawan TR pd tahun 1982 & 1984. Blh bergaduh tapi akhirnya baik (masam2 manis?)

4. Tun Musa & TR bermusuh tapi blh beregu  lawan Tun M. Siapa sangka?

5. Tun M & TR berperang tapi akhirnya berpelukan. Siapa sangka?

6. DSAI adalah poltical son of Tun M. Sape sangka blh menjadi musuh ketat? Sape tak separuh gila bila mereka blh berjabat tangan?

7. DSN juga Tun M’s political son. Apa sudah jadi sekarang? Esok lusa?

8. DSN & TSMY adalah rakan seperjuangan dalam Team Wawasan. Sekarang? Esok lusa?

So what’s the moral of the story bagi kita di bawah?

Note: There’s no mistake in life; only lesson. If one doesn’t learn from the lesson, then it’s a mistake.

, ,

Leave a comment

RCI on FOREX

Must look into these 4 areas first:

1. Relevant Rules & regulations enforced during that material period.

2. Governance during that material period.

3. Who was/were vested with the authorities to conduct the trading?

4. National interest or pecuniary advantage?

Based on the above, the possibilities are as under:

1. Recommend criminal investigation

2. Recommend tighter housekeeping & internal surveillance.

3. NFA

It looks like it would be no. 2 + NFA or its equivalence.

Wallahu’alam

DAA
28 June 2017.

, , , ,

Leave a comment

Propaganda

Sebenarnya, banyak kapal terbang MAS hari ini bukan milik MAS tetapi menggunakan cara aircraft leasing.

Oleh kerana MAS dijahanamkan Mahathir melalui penswastaan pada tahun 1994 untuk menutup sebahagian kecil dari skandal forex BNM RM32 billion, MAS mengalami kerugian teruk sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil “Wide Asset Unbundling” (WAU) di jalankan pada tahun 2002 juga oleh kerajaan Mahathir untuk memindahkan aset-aset kapalterbang RM4 bilion dan liabiliti MAS RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimilik oleh Khazanah.

PMB kini memiliki kapalterbang MAS dan menyewakan semula kepada MAS dengan konsep “leasing” menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang “aset-light” kerana tidak memilik kebanyakkan kapal-terbang sendiri.

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga disewa dari syarikat-syarikat aircraft leasing.

Tempoh leasing Airbus MAS juga banyak akan tamat tidak lama lagi dan ada perlunya MAS untuk mengganti pesawat2 ini dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Ini buktinya:

“For the past several months Malaysia Airlines has also been considering placing an order for new generation widebody aircraft, which will be used to replace its existing 15 A330-300s as they come off lease in 2019 to 2021. Malaysia Airlines has evaluated the 787-9 and A330-900neo, but so far has not been able to secure the prices it seeks.
https://centreforaviation.com/insights/analysis/malaysia-airlines-again-adjusts-its-widebody-strategy-to-resume-long-haul-growth-in-2018-350143

Memang Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai aset-light dengan menggunakan konsep aircraft leasing dan memang MAS ada hasrat untuk menggantikan pesawat2 Airbus yang tempoh sewanya akan tamat dengan menggantikannya dengan Boeing 787 ataupun Airbus yang lain.

Tetapi kini, orang Mahathir yang mempersoalkan mengapa MAS hendak sewa pesawat2 dan bukan milik sepenuhnya. Agak pelik juga.

KWSP bukan dalam bisness aircraft leasing dan KWSP tidak akan meminjam wang kepada MAS untuk membeli pesawat2. Entah mengapa ada sebahagian netizen2 yang terlampau pandai sehingga mendakwa KWSP akan bayar untuk pesawat2 MAS.

Konsep leasing untuk pesawat2 bukannya konsep yang luar biasa. Malahan, aircraft leasing sudah menjadi trend.

Banyak juga pesawat-pesawat AirAsia yang dimilik oleh syarikat leasing bernama Asia Aviation Capital Limited lalu disewa atau dilease balik untuk penggunaan AirAsia. Syarikat ini kini di milik oleh Air Asia group tetapi sedang dijual kepada pihak ketiga:

Ini buktinya:

“Established in 2014, Asia Aviation Capital had a fleet of 59 planes as of end-September, leased primarily to the parent’s affiliates. The unit will receive an additional 100 Airbus A320 aircraft and get some A321neos were ordered last year.”

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-01-17/airasia-expects-to-get-binding-bids-for-leasing-unit-by-march

LSS.

*************

1. Saya ingin kongsikan pandangan saya tentang isu di atas untuk:

1.1 dihalusi lagi

1.2 merapatkan  jurang kefahaman

1.3 mengurangkan pergesaran sesama sendiri, dan

1.4 pastikan kita sebahu dan sederap dalam melaksanakan satu misi yg sama.

2. Agar kita mempunyai kefahaman yg sama tentang topik ini maka saya turunkan terlebih dahulu definisi PROPAGANDAi:

Propaganda definition:

Official government communications to the public that are designed to influence opinion. The information may be true or false, but it is always carefully selected for its political effect.

3. Perkataan2 yg paling penting sekali ialah isi propaganda itu ada yg BETUL dan ada yg SALAH.

4. Justeru itu, kita perlulah kembali kepada 3 perkara asas tentang propaganda:

4.1 utk perdaya/pengaruh musuh

4.2 jangan percaya propaganda musuh

4.2 jangan percaya propaganda sendiri.

5. Pra syarat 4.2 dan 4.3 ialah memiliki ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan isi propaganda berkenaan. Tanpa pra syarat tersebut, mudahlah kita percaya dan terpedaya serta tak mampulah kita menyerang balik.

6. Berbekalkan setakat pengetahuan dan maklumat yg saya ada, misalnya mengenai hutang negara, maka bolehlah saya bantu jelaskan serta mematahkan isu ini, spt yg saya tulis dlm blog saya. (Ada beberapa artikle lagi tentang isu yg sama).

7. Begitulah juga tentang artikle mengenai pembelian kapal terbang MAS ini.  Berdasarkan maklumat yg saya miliki, maka saya tahulah ianya satu propaganda. Saya jangka ianya berkesan ke atas mereka yg tak ada maklumat ini/innocent.

8. Justeru penulis2 propaganda  perlulah ada next line of defence, jika pihak lagi satu menyerang balas.

9. Lantaran itu, saya sendiri perlulah juga  berhati2 memilih isi2 propaganda  sebagai modal saya.

10. Kerana masalah semasa kita ialah kekurangan keyakinan/trust deficit, bukannya kekurangan maklumat maka saya akan terus berusaha menulis/berbicara berlandaskan fakta yang berasas.

Wallahu’alam.

DAA
29 Sept 2017.

 

,

Leave a comment

TALKING POINTS PEMBENTANGAN USUL EKONOMI PAU 2016

(Kononnya sayalah yang berucap)

  1. Salam
  1. Salutation

Mukaddimah

  1. Saya mohon kepada para hadirin yang dirahmati Allah swt marilah kita sama-sama mengangkatkan kedua-dua tangan kita tanda kesyukuran bahawa PAU 2016 kita ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan tenteram dan kita mohonlah agar ianya akan berakhir dengan kejayaan cemerlang serta penuh barakah. Amin.
  1. Seterusnya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk kepimpinan parti, khasnya kepada YAB DS Presiden, YAB DSU Pengerusi BPUNM dan YB Datuk Pengerusi Biro Ekonomi UMNO di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membentangkan Usul ini bagi pihak UMNO Pusat.
  1. Ini adalah kali ke 3 saya diberi peluang berbahas. Di peringkat umur seperti saya ini, sewajarnyalah lebih sesuai saya menjadi pendengar. Namun saya akur atas arahan pucuk kepimpinan dan tanda kesetiaan kepada parti.
  1. Sebelum saya membentang dan sama-sama membahaskan usul ekonomi ini, saya ingin menegaskan bahawa acara/agenda ini bukanlah satu retorik dan ianya bukanlah juga satu ritual tahunan. Ianya adalah satu agenda yang serius dan diambil tindakan oleh kerjaan serta mendapat perhatian dunia. Banyak cadangan kita semasa PAU 2015 telah dimasukkan dalam RMK 11 dan Bajet 2017. Contoh:
  • Mempertingkatkan ekonomi B40 – disediakan peruntukan bagi subsidi dan insentif sebanyak RM10 bilion:
  • RM 1.3 bilion untuk pesawah padi bagi subsidi harga, baja dan benih.
  • RM250 juta untuk pekebun kecil sebagai insentif pengeluaran getah 
  • RM260 juta untuk bantuan pekebun kecil di musim tengkujuh (RM200 sebulan bagi 3 bulan)
  • RM250 juta untuk elaun sara hidup nelayan (RM200 – RM300 sebulan).
  • RM1.6 bilion untuk subsidi gas masak
  • RM124 juta bagi subsidi elektrik.
  1. Menyedari bahawa ini bukanlah satu usaha yang sia-sia maka saya lebih seronok dan bertambah yakin untuk membentangkan usul ekonomi ini dengan izin YBhg TS Pengerusi Tetap ….

image1-8

image2-6

image3-5 

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Pendekatan

  1. Usul yang hendak saya bentangkan ini adalah usul yang amat berat dan sangat serius. Ia adalah mengenai hidup mati atau survival kita dan anak cucu kita untuk beberapa generasi akan datang. Justeru saya akan membicarakannya secara serius dengan bersaratkan fakta.
  1. Saya menjangkakan semua pembahas usul ini juga serius dan sudahpun bersedia dengan penghujahan yang matang dan faktual. Para perwakilan sekalian pula dijangka akan turut memberikan perhatian yang serius kerana kita semua sudah sedar dan insaf bahawa kita tidak boleh lagi berlegar dan berpesta dalam zon selesa.
  1. Penghuraian usul terbahagi kepada 3 bahagian:
  • Pertama, berkongsi kejayaan atau success stories.A society which does not look back with pride upon its past can never look forward towards its future”.
  • Kedua, mengenalpasti kelompangan dan kekurangan yang masih wujud.
  • Ketiga, mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan atau doable / implementable.
  1. Tanggungjawab utama: mengembali dan memantapkan semula keyakinan semua perwakilan; memberi harapan bahawa parti keramat ini tetap merancang, memikir dan mengutamakan masa depan ahlinya serta membela bangsa Melayu dan semua rakyat Malaysia.

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Kejayaan

  1. Kepesatan pertumbuhan ekonomi:
  • 1957 – 2016, ekonomi melonjak 23,900% sejak merdeka, dari kira-kira RM5 bilion nilai GDP kepada RM1.2 trilion.
  • 1970 2014, pendapatan isi rumah melompat 3,126%, dari RM172 kepada RM5,548.
  • 1970 – 2014, kemiskian semua kaum merosot dari 49.3% kepada hampir sifar (0.6%); kadar kemiskinan Bumiputera menyusut dari 64.8% kepada hampir sifar (0.8%).
  • 1970 – 2011, pemilikan ekuiti dari 2.4% kepada 23.05%.
  • RMK6 – RMK10 (25 tahun): Jumlah peruntukan = RM1.2 trilion; 80% Bumi = RM960 bilion (anggaran).
  • Hampir 740,000 SME mikro Bumiputera telah mendapat kemudahan mikro kredit = RM19 bilion.
  1. Ukuran global tentang aman, makmur, bahagia dan maju di kalangan kira-kira 160 buah negara (Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas):
  • Keamanan [Global Peace Index (GPI)] Malaysia di tangga ke 30.
  • Kemakmuran [Legatum Prosperity Index (LPI)]  Malayasia di 44.
  • Kebahagiaan [World Hapiness Index (WHI)] Malaysia di 47.
  • Kemajuan dan pembangnnan [Human Development Index (HDI)] Malaysia di 62.
  1. Dari huraian saya itu tadi maka jelaslah bahawa sebenarnya kita telah mendapat banyak faedah hasil kejayaan perjuangan UMNO. Justeru kita tidaklah sewajarnya melupakan segala jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang telah memungkinkan kita menikmati semua kejayaan tersebut.
  1. Malangnya, dalam kita menikmati kemakmuran itu, negara kita terus diserang; parti kita terus dikutuk. Pemimpin kita terus dihina. Musuh kita dari dalam dan luar negeri. Namun demikian, pemimpin kita berjiwa besar. Beliau tidak menyerang balas malah meneruskan tumpuan dan usaha untuk memaju dan memakmurkan negara. Justeru perlulah kita memberikan sokongan padu kepada parti dan pemimpin kita ini.
  1. Sesungguhnya UMNO telah mengotakan Sumpahnya untuk “memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa” sepertimaana yang telah dilafazkan pada 10 Februari 1946.

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Kelompangan dan Kekurangan

  1. Bahagian kedua – mengenalpasti kelompangan dan kekurangan yang masih wujud dengan tujuan untuk mengatasinya; bukan untuk menelanjangkan keburukan. Tidak harus malu atau mempersalahkan kerana negara maju seperti USA pun masih mempunyai banyak masalah dan ada yang lebih teruk dari Malaysai. Contohnya: kadar kemiskinan di USA lebih tinggi = 13.5% (M = 0.6%); kadar pengangguran juga lebih tinggi = 4.9% (M = 3.3%)
  1. Memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak mengambil hak bukan Bumipuutera.
  1. Tumpuan lebih kepada golongan B40 dan M40; golongan T20 tidak dilupakan.
  1. Mengenali DNA kumpulan sasar yang hendak dibantu dan dibela:
  • Lebih 70% Bumiputera =          makan gaji
  • Lebih 75% pekerja Bumiputera =          tiada kemahiran
  • Lebih 85% pekerja Bumiputera =          bukan pengurus & professional.
  • Hanya 3% pekerja Bumiputera =       majikan
  • Hampir 90% SME Bumiputera =          mikro
  • Sumbangan SME Bumiputera =          13% (GDP).
  • Lebih 90% orang miskin =          Bumiputera
  • Lebih 75% B40             =          Bumiputra
  • Lebih 75% pekerja am =          Bumiputera
  • Lebih 75% bergaji rendah =          Bumiputera
  • Lebih 70% bekerja sendiri =          Bumiputera
  • Lebih 70% penganggur =          Bumiputera
  • Lebih 70% peminjam PTPTN =          Bumiputera
  1. Ekonomi kaum Bumiputera, secara makro, bertambah baik sejak tahun 1970 tetapi masih jauh di belakang kaum bukan Bumiputera, contoh,:
  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan kita hanyalah 72.4% daripada apa yang dimiliki oleh kaum Cina!
  • Jurang antara kaum (inter ethnic gap) melebar; contoh, jurang pendapatan kasar bulanan isi rumah antara kuam Bumiputera dengan kaum Cina telah melebar sebnyak 52%, dari RM1,387 pada tahun 2009 kepada RM2,110 pada tahun 2014.
  • Syer pendapatan 40% isi rumah terbawah hanyalah 17.1%!
  • Golongan profesional 60.7%,
  • Milikan ekuiti 23.05%,
  • Premis industri 4.5%,
  • Bangunan perdagangan 5.4%,
  • Rumah kediaman 26.1%, dan
  • Pemilikan tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12%.
  1. Kebimbangkan oleh YAB Presiden dalam ucapan beliau di PWTC pada 11 November 2013:

“Why should the marginalized support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

  1. Kebimbangan tersebut telah jelas berlaku dalam pilihanraya Presiden USA pada 8 November lalu bila mana golongan ini telah menolak pihak establishmen

YBhg TS Pengerusi Tetap,

Cadangan

  1. Bahagian ketiga – cadangan untuk hari esok yang lebih baik dari hari ini:
  • Berpegang kepada dasar dan prinsip agihan dari kek yang membesar atau expanding cake. Bukan menjadi Robin Hood

Kita tidak hendak ke seberang

Kita hanya hendak ke kota

Kita tidak hendak hak orang

Kita hanya hendak hak kita!

  • Tertumpu kepada (1) dasar keraajaan dan dua sektor utama: (2) sektor perniagaan dan (3) sektor pekerjaan

Dasar Kerajaan

  1. Memahami masalah yang dihadapi oleh kerajaan, negara dan rakyat:
  • Pelbagai dasar yang diperkenalkqn oleh kerajaan masih relevan dan wajar dikekalkan; mekanisma pelaksanaannya yang wajar diperkemaskan lagi agar lebih berkesan.
  • Pertumbuhan ekonomi lebih perlahan: 2014 = 6.0%; 2016 = 4.2% kerana persekitaran lanskap ekonomi global yang hostile dan fragile.
  • Hasil kerajaan menurun: 2014 = 220.6 bilion; 2016 = RM212.6 bilion

(kerana harga minyak mentah dan harga bahan komoditi seperti minyak sawit dan getah  jatuh; nasib baik dapat ditampung oleh GST = RM38.5 bilion dan penguranagn subsidi = RM15 bilion antara 2014 – 2016).

  • Pelaburan asing: 2014 = 39.6 bilion; 2016 = RM12.5 bilion (Jan. – Jun)
  • Jumlah perdagangan: 2014 = 1.4 trilion; 2016 = RM948.4 bilion (Jan. – Ogos)
  • Kos sara hidup tinggi
  • Pendapatan naik lebih perlahan / mendatar: 2015 = Gaji median RM1,600 sebulan
  • Bilangan penggangur meningkat: 2014 = 411,100; 2016 = 516,200 (Julai) 

Syor / Tindakan / Way Forward

  • Membantu dan menyokong segala usaha kerajaan untuk menambah hasil dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

#    dasar berbaik-baik dengan semua negara; melawat US, China, Jepun, dll. Berjaya membawa para pemimpin besar dunia semasa ASEAN Summit 2015.

#    business deal sebanyak RM144 bilion dari China (diam-diam ubi berisi). Terima kasih kepada YAB PM dan YAB KMM DSU kerana Melaka turut mendapat faedah sebanyak RM30 bilion untuk membina pelabuhan laut dalam.

      Caution: T&C tidak merugikan kita; tidak mencabul kedaulatan dan keselamatan negara; tidak merugikan rakyat dan Bumiputera (Perkara 153); tidak mahu Hong Kong or Macau of Malaysia. Peluang pekerjaan dan membekalkan barangan Malaysia (bukan semuanya diimport).

  • Menyokong usaha kerajaan yang terpaksa meminjam bagi tujuan hendak memacu pertumbuhan ekonomi asalkan ianya bagi tujuan yang produktif dan negara pula masih mampu untuk membayar hutang tersebut. Pada masa ini, kerajaan masih mampu bayar; setiap RM100 hasil kerajaan, hanya RM12.50 untuk bayar balik hutang.
  • Menyokong usaha agensi kerajaan seperti LHDN, Jabatan Kastam dan KPDNKK dalam memperketatkan proses kutipan cukai, termasuklah mengejar mereka yang lari dan mengelak dari membayar cukai atau tax evaders and tax avoiders dan tindakan terhadap peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan. Bukan kita yang sama-sama mengutuk dan memerahi agensi kerajaan.
  • Anjakkan dasar dari yang berasaskan pertumbuhan untuk pertumbuhan, growth for growth sake kepada balanced and fair distributive economic growth iaitu pertumbuhan ekonomi yang berimbang dan adil antara kaum, antara bandar dan luar bandar serta antara negeri-negeri serta pertumbuhan yang memberi manfaat kepada semua lapisan strata masyarakat!
  • Fokus baru: berkongsi kekayaan negara; membasmi kemiskinan di Sabah dan Sarawak + Orang Asli diteruskan.
  • Kurangkan beban kos sara hidup:

#          bina upaya mereka seperti re-skilling & skill upgrading untuk dapat pekerjaan yang lebih baik / pendapatan lebih tinggi

#          tambah peluang pekerjaan / bantu & permudahkan peluang perniagaan

#          tambah pendapatan melalui bantuan seperti BR1M

#          kurangkan kos seperti kurangkan tariff letrik untuk isi rumah dan SME / naikkan ceiling rebate

#          bina lebih banyak rumah kos rendah / sederhana

#          kawal kenaikan kos pengangkutan awam

#          perluaskan jaringan keselamatan sosial (social safety net) seperti insuran tanaman; SOCSO untuk yang bekerja sendiri (pekebun kecil, petani, nelayan, peniaga kecil, penternak, dll).

  • Melakukan penghijrahan dari ekonomi yang dipacu oleh industri yang bernilai tambah rendah serta bergantung kepada tenaga buruh bergaji rendah atau low value-added and low wage labour intensive industries kepada ekonomi bernilai tambah tinggi yang dipacu oleh teknologi tinggi serta pekerjaan berpendaptan tinggi atau high value-added high technology-driven economy with high income jobs.
  • Boleh dicapai dengan berhijrah ke digital economy bersama-sama k-economy. Potensi digital economy ini amatalah besar kerana sumbangannya kepada ekonomi negara masih lagi rendah iaitu sekitar 18% sahaja tetapi akan berkembang pesat.
  • Nilai e-commerce kita pula pada tahun 2015 hanyalah US687 juta dan diunjurkan melonjak 276% kepada US2.6 bilion pada tahun 2021. Nilai ini amatlah kecil berbanding nilai global e-commerce, yang mana pada tahun yang sama (2015), mengikut UNCTAD, adalah sebanyak US22.1 trillion!
  • Perluas peluang pekerjaan dan perniagaan 
  • Tingkatkan gaji para pekerja. Gaji purata rendah = RM2,312 sebulan, gaji median hanyalah RM1,600 sebulan. Penyebab gaji dan upah yang rendah kerana kebanjiran pekerja asing yang bersedia menerima gaji yang lebih rendah serta syarat-syarat pekerjaan yang lebih buruk atau inferior. Jumlah mereka = 6 juta orang. Patut dihantar pulang dengan segera.
  • Tingkatkan kadar produktiviti buruh yang menurun: 2003 – 2009 = 2.8%; 2009 = 2015 = 1.2%; perkukuh kelulusan dan kemahiran.
  • Kaji semula / ubah fungsi agenda kerajaan. Contoh: MATRADE dari Trade Promotion kepada Trade Solutions. MATARADE / TERAJU / CIDB / SMECORP / TEKUN, misalnya, bekerjasama secara bersepadu dalam satu rantaian penawaran (supply chain) untuk menggalakkan produk dan perkhidmatan Malaysia, khasnya keluaran Bumiputera, menembusi pasaran luar negara.
  • Kaji / susun semula agensi-agensi kerajaan yang bertujuan untuk membantu Bumiputera agar lebih cekap dan berkesan.
  • GLC / GLIC diurus oleh Bumiputera yang pakar dan berjiwa Bumiputera. (Hadis Nabi (Bukhari): untuk maju, letakkan orang yang pakar; jika tidak, tunggulah kehancurannya).
  • Hapuskan ketirisan dan pembaziran untuk jimatkan hasil, misalnya, tender terbuka untuk 2 kumpulan: (a) semua kaum dan (b) khas untuk Bumi; tubuhkan JK Khas bagi memantau projek mega
  • Perkenalkan semula Inheritance Tax untuk tambah hasil kerajaan dan berlaku adil.
  • Memperkasa MOF, MITI, EPU, ICU dan DO.

Sektor Perniagaan

  1. Ubah sikap kita; bukan salahkan pihak lain:
  • sebahagian dari B40 ini mudah berserah kepada takdir dan berpuas hati terhadap apa yang ada.
  • Sebahagian lagi, kerana kurang celik dalam semua bidang; tidak tahu apakah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
  • NGO Bumiputera seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian pula kurang membantu dalam membekalkan maklumat, contohnya, seperti yang terkandung dalam RMK11 dan Bajet Tahunan. Mereka tidak begitu supportive berbanding Dewan Perniagaan Cina dan India. Masing-masing ada juga yang berlagak seperti enau dalam belukar.
  • Terdapat juga golongan yang bukan sahaja meminta disuapkan bahkan juga meminta dikunyah dan tolong telankan sekali.
  • Di kalangan pekerja – kurang kemahiran / pengetahuan
  • Di kalangan usahawan / peniaga – kurang berdaya maju, berdaya tahan, semangat keusahawanan, kapasiti dan kecekapan serta tinggi tahap kebergantungan. Ingin cepat kaya tanpa bekerja – Ali Baba; rent seekers.

Syor / Tindakan / Way Forward

  • Yang tidak berdaya maju dalam perniagaan – diberi kemahiran dan pendidikan untuk menjadi pekerja yang produktif dan berpendapatan tinggi. Contoh, TVET, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  • Kenal pasti the champions; bantu / beri projek kepada mereka ini dengan syarat tidak dialibabakan dan mampu bantu sebagai syarikat payung, termasuk cepatkan bayaran serta berpotensi bayar cukai kepada kerajaan.
  • Tingkatkan kapasiti – prestasi, kewangan dan talent & technology.
  1. Mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif:
  • Memperbanyakkan premis perniagaan untuk Bumiputera
  • Mewujudkan dana pinjaman mudah untuk membeli premis perniagaan
  • Membantu membina kapasiti
  • Menggalakkan integrasi syarikat-syarikat kecil.
  • Memperluas dan mengukuhkan supply chain Bumiputera
  • Memperbanyakkan skim pembiayaan dan insentif untuk program inovasi, automasi & ICT
  • Mempermudahkan pengeluaran lesen, termasuklah Sijil Halal
  • Memperbanyakkan program pembangunan usahawan
  • Menggalak dan mempermudahkan syarikat-syarikat Malaysia, terutama GLC yang melabur dan melaksanakan projek di luar negara supaya menggunakan produk dan perkhidmatan Malaysia, terutama keluaran syarikat Bumiputera.
  1. Memperkasa penguatkuasaan:
  • Memantau syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera hingga ke peringkat sub contarctor, pengambilan pekerja serta bekalan bahan (supplies).
  • Menghapuskan budaya Ali Baba
  • Setiap kementerian / agensi kerajaan / GLC melaporkan kemajuan Bumiputera kepada MEB secara berkala.
  1. Mengukuhkan lagi pemantuan:
  • Mesyaratkan kandungan Bumiputera dalam setiap kontrak kepada Bumi dan bukan Bumi; dilaporkan secara berkala
  • Mempastikan institusi kewangan dan DFI menjalankan tanggungjawab merapatkan jurang pembiayaan (loan bridging)

Sektor Pekerjaan

  1. Membetulkan struktur ekonomi dan pasaran buruh: penawaran dan permintaan yang tidak setara atau mismatch between supply and demand. Contoh:
  • Hampir 90% pekerjaan baru yang diwujudkan, misalnya, pada tahun 2015 adalah pekerjaan asas atau buruh kasar yang bergaji rendah, sekitar RM1,000 sebulan.
  • Kadar pertumbuhan pekerjaan tiada berkemahiran rendah (low skill jobs) lebih pantas dari 5.3% ( 2006 – 2010) kepada 7.0% ( 2011 – 2015) manakala pertumbuhan pekerjaan berkemahiran (skill jobs) pula telah menurun dari 5.2% kepada 2.6% dalam tempoh yang sama.
  • bagi tempoh 2001 – 2014, bilangan graduates yang telah dihasilkan = 9.2% setahun; kadar pekerjaan yang setaraf dengan graduates = 3.4% setahun.
  • ramai graduates terpaksa menerima jawatan dan gaji yang lebih rendah atau dipanggil underemployment.
  • pertumbuhan produktiviti buruh telah menurun dari 2.8% bagi tempoh 2003 – 2009 kepada 1.2% bagi tempoh 2009 – 2015. Justeru pertumbuhan ekonomi negara telah merosot kepada 4.2% dan kadar pengangguran meningkat dari 2.9% pada tahun 2014 kepada 3.5% pada bulan Julai 2016.
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mengurangkan bilangan penganggur yang bertambah 25.6%: 2014 = 411,100 orang; Julai 2016 = 516,200 orang. 70% adalah Bumiputera. 3 sebab utama bilangan penganggur meningjkat:

#    kemasukan tenaga buruh yang baru (new entrants) yang terdiri dari orang tempatan dan buruh asing ke pasaran buruh

#    kekurangan pekerjaan baru kerana pertumbuhan ekonomi yang kurang rancak

#    penutupan perniagaan / kilang disebabkan oleh kelembapan ekonomi.

  • Menghapuskan diskriminasi kaum untuk membolehkan para pekerja Bumiputera mendapat faedah gaji dan upah yang lebih baik.

Diskrimnasi dari peringkat pengiklanan seperti mensyartakan kefasihan dalam dalam bahasa ibunda hinggalah peringkat menetapkan gaji permulaaan, kenaikan gaji serta kenaikan pangkat. Contoh, menurut sebuah kajian, hanya satu pertiga siswazah kaum Cina mendapat gaji permulaan di bawah RM1,500 sebulan manakala 48% siswazah Bumiputera menerima gaji permulaan bawah RM1,500 sebulan.

  • Perkenalkan Fair Employment Act (FEA) di sektor swasta dan KSM menyediakan laporan berkala kepada MEB.
  • Memperkenalkan pensijilan untuk semua pekerja yang mengikuti kursus yang diiktiraf agar kepakaran dan kebolehpasaran mereka diiktiraf.
  • IPT mewujudkan Pusat Pembangunan Kerjaya.
  1. Sesungguhnya banyak lagi yang ingin saya perkata dan huraikan. Tetapi mengenangkan masa terlalu mencemburui kita dan ramai pula sahabat telahpun bersedia untuk membahaskan usul ini maka eloklah saya berhenti di sini saja.
  1. Agar kita tidak kerugian, izinkanlah saya mencadangkan supaya resolusi Townhall Agenda Ekonomi Bumiputera turut diterima sebagai sebahagian dari input usul ini. Sesi Townhall tersebut telah berjaya dikendalikan bersama oleh Biro Ekonomi UMNO dan TERAJU serta dipimpin oleh YB Datuk Johari Abdul, Pengerusi Biro Ekonomi UMNO. Beliau bersama cendiakawan dan para pemikir telah bertungkus lumus memecah, mengupas dan mencanai isu yang besar lagi rumit ini.
  1. Seterusnya saya ingin mencadangkan supaya UMNO menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun hadapan.
  1. Saya yakin kombinasi semua inisiatif yang disyorkan itu akan membantu mengukuhkan lagi ekosistem ekonomi Bumiputera. Disyorkan pencapaiannya dilaporkan secara berkala kepada MEB.
  1. Hanya UMNO yang memikir, membela dan memperjuangkan kepentingan masa depan Bumiputera dan rakyat amnya yang lebih terjamin dan cemerlang. UMNO lah tempat kita semua bergantung dan berpaut.
  1. Maka wajar sekali parti UMNO, yang telah banyak berjasa kepada semua rakyat berbilang kaum, disanjung dan dijunjung, bak kata pantun Melayu:

Dari Rengit pergi ke Bentung,

Membeli nyiur di pasar Tanjung,

Bumi tersenget langit tergantung,

Jasa UMNO tetap dijunjung!

Pohon nyiur di tepi laut,

Burung gagak di pucuk kayu,

Kepada UMNO kita berpaut,

UMNO tegak, GAGAHlah MELAYU!

Mohon usul ini disokong.

2 Disember 2016.

 

,

Leave a comment