KERJASAMA UMNO/PAS: MERANCANG UNTUK KALAH?

1. Kerjasama seperti ini di kalangan pembangkang adalah dialu-alukan.

2. Ia akan mendorong ke arah pembentukan sistem 2 parti lalu mengukuhkan pula sistem demokrasi kita.

3. Dalam pada itu, orang UMNO janganlah pula terus tertipu dengan propaganda ciptaan sendiri.

4. Contoh, menjelang PRU 12, 13 & 14, Luncai-luncai UMNO telah mendendangkan lagu kononnya BN akan menang dua pertiga. Lalu ramai yang rasa selesa; rupa-rupanya tertipu.

5. Sebaliknya, BN telah hilang 58 kerusi pada tahun 2008 (140), hilang lagi 7 kerusi pada tahun 2013 (133) dan terus terjun dengan labu-labunya  pada tahun 2018 (79).

6. Nampaknya UMNO bukan saja malas nak belajar dari kesilapannya yang lalu malah ingin terus seronok dengan Syok Sendiri Syndrome nya itu.

7. Cerita Luncai UMNO terbaru ialah kerjasama UMNO/PAS akan mampu mengalahkan PH. Sandaran propaganda Luncai ini ialah keputusan PRU 14.

8. Lalu ditunjukkanlah jumlah kerusi yg boleh dimenangi di peringkat DUN & Parlimen hasil kerjasama 2 parti tersebut.

9. Maka diumumkanlah yang negeri-negeri seperti Kedah, Perak, N9 dan Melaka akan berjaya ditawan. Ya, menurut lojik ini, ianya munasabah.

10. Lantas ditempekkan lagi bahawa Seri Perdana juga akan berjaya dimiliki ekoran dari 29 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi nanti hasil kerjasama tersebut dengan menunjukkan formula ini: 79 (BN) + 18 (PAS) + 29 = 126! MENANG!

11. Nampak tak Luncai-luncai ni cuba kelecek bola propaganda mereka?

12. Naratif asalnya ialah kerjasama UMNO/PAS. 2 parti SAHAJA. Tetapi Formula / Matematiknya ialah BN/PAS.

13. Hendaklah difahami bahawa kedua-duanya itu memiliki 2 realiti politik yg berlainan.

14. Matematik UMNO/PAS ialah 54 (UMNO) + 18 (PAS) + 29 = 101 (KALAH)!

15. Jika dikeluarkan UMNO Sabah yang memang tak boleh menerima PAS, maka kerusi Parlimen UMNO hanya tinggal 46! (46 + 18 + 29 = 93). Lagi KALAH!

16. Sila teliti komen/reaksi Bung Mokhtar di sini.

https://m.malaysiakini.com/news/461982

17. Bagaimana pula di Sarawak yang mana UMNO tidak mempunyai tapak manakala PAS hanyalah umpama melukut di tepi gantang?

18. Justeru itulah awal-awal lagi saya telah menegaskan bahawa, setakat kerjasama UMNO/PAS, tanpa sokongan kaum-kaum lain + tanpa sokongan Sabah & Sarawak, menurut hukum akal, Seri Perdana TIDAK akan dapat diduduki. Ia merupakan usaha MERANCANG UNTUK KALAH.

https://twitter.com/Akbar_Ali/status/1086811148429680641?s=19

19. Lantaran disarankan agar Luncai-luncai ini berhentilah menipu diri dengan propaganda sendiri.

20. Ubahlah naratif dan usahakanlah formula baru yang jitu jika mahu berkuasa; bukan sekadar hendak menjadi pembangkang yang kuat. Jika masuk politik bukan tujuan untuk  berkuasa maka lebih baiklah masuk NGO.

Wallahualam.

DAA

30 Jan 2019

  1. Leave a comment

Leave a comment