DAP bermain api

Isu sensitif dimainkan

1. Nampaknya tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan terbuka Pak Lah telah diambil kesempatan / diexploit oleh DAP dan pihak-pihak lain untuk mengongkit-ongkit dasar-dasar yang telah lama diterima-pakai dan kesefahaman yang telah lama terjalin antara kaum.

2. Isu-isu yang telah dibangkitkan itu seperti serangan ke atas institusi beraja, kontrak sosial, hak istemewa bangsa Melayu dan kaum Bumiputera yang lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, kesucian agama Islam, orang Melayu disamakan sebagai kaum pendatang dan lain-lain lagi adalah bersifat menghasut dan telah membakar api kemarahan orang Melayu.

3. Malangnya Pak Lah dan Pak Syed kelihatan lemah untuk bertindak tegas ke atas mereka itu. Salah satu kos yang terpaksa mereka bayar nanti ialah jawatan yang disandang. Sejarah Mikhail Gorbachev akan berulang di Malaysia pula.

Dr Boo & Apartheid

4. Terakhir ialah isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Boo Cheng Hau  di dalam DUN Johor baru-baru ini. Beliau melabelkan bahawa dasar kerajaan BN kononnya adalah sama dengan dasar Apartheid.

Boo Cheng Hau
Boo Cheng Hau

5. Saya tak bercadang untuk mentakrifkan apa dia dasar Apartheid (racial segregation) itu kerana saya fikir majoriti pembaca blog saya telahpun faham apa dia dasar tersebut.

6. Dasar berkenaan dulunya diamalkan di Afrika Selatan dan di Rhodesia (sekarang ialah Zimbabwe) di mana kaum pendatang minoriti kulit Putih (penjajah) mendriskriminasi kaum majoriti kulit Hitam (anak tempatan). Mereka dinafikan hak-hak asasi dan diasingkan dari segi kediaman, pantai, pekerjaan, persekolahan, pengangkutan awam, restoran, tandas awam, telefon awam dan sebagainya.

7. Pemerintahan yang sama turut diamalkan oleh kerajaan kulit Putih Amerika Syarikat ke atas orang kulit Hitam yang menjadi hamba mereka.

8. Dasar berkenaan telah dihapuskan di Rhodesia apabila ianya mecapai kemerdekaan dan bertukar menjadi Zimbabwe di bawah pemerintahan Mugabe pada tahun 1980.

9. Di Afrika Selatan pula, ianya terkubur apabila Mandela menjadi Presiden pada tahun 1994.

10. Di Amerika Syarikat, perhambaan telah dihapuskan secara rasmi oleh Abraham Lincoln pada tahun 1865 when the 13th Amendment to the Constitution was ratified by the states. It was finally legally abolished in July 1928.

11. Namun diskriminasi terus diamalkan sehingga Civil Rights Act diluluskan pada tahun 1964 dan Voting Rights Act pula diluluskan pada tahun 1965 hasil perjuangan Dr Martin Luther King Jr.

Bukan Melayu & unta

12. Adakah kaum pendatang di Malaysia sedar dan hargai bahawa mereka telah menikmati kedua-dua Rights tersebut jauh lebih awal (kerana kemurahan hati orang Melayu) daripada orang kulit Hitam di Amerika Syarikat iaitu pada hari pertama Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957? Jawabnya TIDAK.

13. Malah mereka nampaknya tidak pernah puas hati dan jauh sekali tahu bersyukur. Pada persepsi orang Melayu, mereka umpama diberi betis hendakkan peha. Setelah mendapat peha, mereka mahukan pula pangkal/celah peha!

14. Lebih kejam daripada itu, mereka nampaknya bersikap seperti unta dengan tuannya. Pada mulanya, unta tersebut hanya meminta belas kasihan tuannya supaya dibenarkan kepalanya berlindung di dalam khemah tuannya kerana kesejukan. Setelah dibenarkan, ia meminta pula separuh badannya berteduh di dalam khemah itu. Akhirnya, unta berkenaan menendang tuannya keluar daripada khemah dan dia pula bermalam di dalam khemah tersebut. Tuannya pula tidur kesejukan di luar khemah sepanjag malam.

15. Jika orang Melayu masih tidak sedar dan insaf, nasibnya samalah dengan nasib tuan unta itu kelak! Percayalah. Serangan Dr Boo itu adalah bunga-bunganya.

Rantaian serangan

16. Serangan Dr Boo mengenai alegasi amalan Apartheid di negara ini, nampaknya, merupakan sebahagian daripada satu rantaian serangan ke atas kerajaan BN. Sasarannya jelas iaitu terhadap terhadap UMNO dan orang Melayu.

17. Apa yang menarik perhatian dan mendukacitakan ialah:

pertama, hanya pemimpin UMNO sahaja yang beria-ia mempertahankan dasar-dasar kerajaan dan menyerang balik Dr Boo/DAP;

kedua, hujah-hujah yang dikemukakan oleh para pemimpin UMNO itu nampaknya macam kurang berkesan;

ketiga, para pemimpin parti komponen yang lain dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, SUPP, PBS dan lain-lain membisu seribu bahasa. Mengapa? Nampak sangat seolah-olah mereka dah berpakat dengan DAP; tak ikhlas, tiada semangat setiakawan/espirit de corp dan tiada collective ownership. Terbukti UMNO keseorangan dan terkonteng-konteng dalam satu ‘keluarga’ yang besar. Maka sahlah sasarannya adalah terhadap UMNO dan orang Melayu sahaja.

Sesungguhnya mereka itu bukan sekadar kacang lupakan kulit atau susu dibalas dengan tuba. Sifat mereka itu lebih buruk lagi. Mereka umpama anjing tersepit; bila ditolong melepaskannya, digigitnya balik orang yang menolongnya itu;

keempat, semakin jelas parti-parti bukan Melayu dalam BN sedia meninggalkan UMNO dan bersatu dengan kaum mereka walaupun berlainan fahaman politik, seperti yang pernah berlaku dalam kes mantan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera. Terbukti, pada mereka, air sama air, sampah perlu diketepikan;

kelima, orang Melayu pula sebaliknya; tidak sedia bersatu walaupun dalam hal-hal yang ada kepentingan bersama kerana perbezaan fahaman politik. Melayu PAS dan PKR terus membisu dalam kes Dr Boo dan dalam isu-isu yang lain seperti isu mantan Ketua UNO Bahagian Bukit Bendera itu. Malah ada yang menyokong mereka pula, seperti yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz. Maka bertambah-tambah kuatlah kumpulan yang menentang UMNO/Melayu kerana menadapat kombinasi sokongan Melayu ini dan bukan Melayu dalam BN.

keenam, rantaian serangan ke atas UMNO/Melayu nampaknya suatu yang dirancang secara teratur dan bersepakat – dari segi sasaran, masa, juru cakap dan sebagainya. Dijangka fasa serangan ini adalah sehingga PRU ke-13 dengan objektif untuk menumbangkan kerjaan BN.

18. Adakah UMNO yang sedang mengalami demam kepialu kerana sibuk dengan proses pemilihan sedar akan plan mereka itu? Adakah Melayu PKR dan PAS di Selangor dan Perak pula sudah insaf apa akan berlaku kepada orang Islam apabila DAP berkuasa nanti?

Apartheid di Singapura

19. Jika nak tahu apa akan berlaku kepada orang Melayu/Islam nanti, halakanlah muka ke Singapura. Pulau tersebutlah, yang diterajui oleh PAP, bapa DAP, mengamalkan dasar Aparteid terhadap kaum minoriti Melayu/Islam di sana.

20. Masyarakat Melayu dipecah-pecahkan supaya tak boleh berkumpul dan bersatu. Boleh berazan dengan menjerit tanpa pembesar suara kerana ia menyebabkan noise pollution. Orang PAS dan PKR Islam di Pulau Pinang bersedialah menerima hakikat ini nanti.

21. Bahasa Melayu, agama Islam dan hak istimewa orang Melayu hanya hiasan dalam Perlembagaan Singapura sahaja. Selepas Yusuf Ishak, tiada lagi Presiden Melayu. Pulau Pinang akan mempunyai TYT yang makan daging babi atau tak makan daging lembu nanti. Bersedialah.

22. Tiada seorang pun pegawai kanan Melayu dalam pentadbiran kerajaan, polis dan tentera Singapura. Polis dan askar Melayu tak dibenarkan menggunakan senjata. Tiada hakim Melayu. Menteri India lebih ramai daripada menteri Melayu walaupun penduduk India lebih kecil (9%) daripada penduduk Melayu (14%).

23. Orang Melayu yang menjerit sikit akan ditangkap di bawah ISA. Mereka disumbat di pusat tahanan berpuluh-puluh tahun lamanya. Bersedialah Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Tajudin Rahman.

24. Jika para pemimpin bukan Melayu, khususnya DAP, terus menjolok isu-isu sensitif seperti ini maka ia pasti akan mengundang reaksi yang sama kuatnya, selaras dengan Newton’s Third Law of Motion – every force or action has an equal and opposite reaction!

Bukan Melayu kelas pertama

25. Perbuatan tersebut dan sikap tidak tahu berterima kasih serta berperangai seperti anjing tersepit dilepaskan itu akan membuat orang Melayu berasa marah dan menyesal. Marah dan menyesal kerana kebaikan bangsanya tak dihargai:

Negeri Melayu ternama indah,
Orangnya baik lagi peramah,
Dibawa berunding mereka mudah,
Terhadap pendatang hati pemurah.

26. Sesungguhnya orang Cina dan India sebagai kaum immigrant di Malaysia mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada kerajaan bertunjangkan UMNO berbanding dengan layanan yang diterima oleh kaum mereka di Indonesia, Sri Lanka dan Uganda. Sebaliknya, kaum Melayu (penduduk asal pulau tersebut) mendapat layanan ala-Apartheid daripada kerajaan kaum Cina di Singapura. Indian muslims di India sendiri didiskriminasi sekalipun mereka seketurunan!

27. Hak asasi semua rakyat Malaysia dilindungi oleh Perlembagaan; mereka memiliki kebebasan dan hak yang sama di bawah sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Semua bebas mencari rezeki masing-masing sehinggakan kaum pendatang ini menjadi kelas pertama dari segi ekonomi.

DEB untuk semua kaum

28. Hakikat ini amat jelas dengan masing-masing merujuk kepada Jadual yang disertakan. Tak perlulah saya menghuraikannya. Data-data tersebut tegas menunjukkan bahawa:

pertama, DEB/Teras 3 Misi Nasional merupakan affirmative policy yang telah memberi manfaat kepada SEMUA kaum;

kedua, DEB/Teras 3 Misi Nasional tidak wajar diserang dan dijadikan scape goat kerana semua kaum mendapat faedah dan ekonomi terus berkembang. Sebagai bukti (selain Jadual berkenaan), pertumbuhan GDP adalah seperti berikut:

1970 – 79 = 8.3%,
1980 – 89 = 5.5%,
1990 – 99 = 6.9%,
2000 – 08 = 5.4%.

ketiga, kaum Melayu/Bumi jauh tertinggal di belakang orang Cina dan India hampir dalam semua aspek. Justeru tiada sebab orang Cina dan India harus terasa diapartheidkan.

atable

Melayu marah

29. Sebaliknya orang Melayulah yang patut marah dan menempelak kerajaan kerana berperangai umpama Emak Si Randang:

Baik budi Emak Si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan

Anak di pangku diletakkan
Kera di hutan disusukan
Dagang pergi awak terhutang
Beras habis padi tak jadi.

30. Di mata orang Melayu yang tak puas hati, mereka mungkin juga melihat kerajaan seperti Pak Pandir:

Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai

Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut disuap pisang
Buntut dicangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.

31. Wajar diakui bahawa kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu pada masa ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman pra merdeka dan pra DEB. Pada masa yang sama, wajar juga diakui bahawa kedudukan sosio-ekonomi kaum berkulit sawo matang ini jauh di belakang mereka yang dikatakan berwarna kuning langsat dan manggis. Mereka mengeluh dan keluhan itu disemadikan dalam syair ini:

Beragam pendapat tentang Melayu
Baik dan buruk berganding bahu
Musim beredar zaman berlalu
Nasib Melayu belum menentu.

Dulu Melayu pernah terbilang
Lautnya luas tanahnya lapang
Hutannya lebat ladang terbentang
Buminya sarat berisi tambang.

Bila ditenguk ditimbang-timbang
Nasib Melayu zaman sekarang
Ada melarat tak ramai senang
Di rumah sendiri bagai penumpang.

Di kampung-kampung orang merintih
Musibah datang bertumpang tindih
Ada tanahnya diambil alih
Ada berladang kehabisan benih.

32. Pada masa yang sama, kesayuan dan kebimbangan Allahyarham Aminudin Baki terhadap nasib bangsanya masih segar dalam ingatan. Igauan dan tangisan beliau:

Orang Melayu di bumi sendiri umpama
ayam di kepuk mati kelaparan,
Itik di air mati kehausan.

Apa pilihan Melayu?

33. Bagi orang Melayu / Bumi / Islam yang masih tidak kukuh kedudukan sosio-ekonominya dan goyah pula kedudukan politiknya serta dalam keadaan ianya diserang secara bersepadu dan bertubi-tubi itu, sudah tentulah berasa bimbang terhadap survivalnya di tanah air sendiri.

34. Apakah pilihan yang ada padanya supaya ia tidak menerima nasib seburuk orang Melayu di Singapura dan semalang tuan unta? Akur kepada titah Sultan Selangor?

35. Ingatlah. Antan sama antan berlaga, ayam yang kenyang. Cat ting telinga tikus, biar genting jangan putus!

36. Yakinlah. Kuasa yang ada pada orang Melayu umpama dara kepada perawan; apabila hilang, ianya TIDAK akan kembali lagi! Insaflah.

Bersatulah

37. Orang Melayu kena insaf dan bersatu. Kaum-kaum lain juga hendaklah insaf dan bersatu. Semua rakyat Malaysia hendaklah bersatu padu, terutama dalam keadaan tsunami ekonomi melanda negara kita. Krisis politik mestilah ditamatkan segera. Kestabilan, perpaduan dan kerharmonian kaum adalah paksi kemakmuran negara. Sama-samalah kita bantu kerajaan membinanya

38. Sesungguhnya kerajaan berada dalam keadaan tersepit; umpama catch 22 – dibenci/dimusuhi oleh bukan Melayu dan dimarahi pula oleh orang Melayu. Admittedly, it is not easy to maintain a delicate racial balance that can make all races feel happy and secure.

39. Nevertheless, KITA MESTI USAHAKAN. Apa pilihan yang kita ada?

  1. #1 by arjuna waspada on March 10, 2009 - 12:59 am

    Saudara DarahTuah,
    Salam Hormat dan salam perjuangan, dan ucapan terima kasih syabas ke atas kesimpulan dan ulasan serta analisa.
    Malang nya sungguh perkara perkara dalam tajuk tajuk sensitib sengaja di timbulkan berulang olih pihak bukan melayu dan walau mengundang pun tindak balas blogger Melayu Nasionalis menjawab dan cuba meransangkan “establishment” Melayu tetapi tiada” groundswell” dari akar umbi Melayu semananjung.
    Saya sudah mengira lima kali DYMM YDPA dan Raja Raja Melayu menitah sebagai amaran kapada orang bukan Melayu, masih sehingga hari ini DAP dan sejenis mengunkit dan menyalak.
    Kemimpinan Melayu “is at its lowest ebb” kerana terlalu banyak sudut dan kepentingan masing masing sehingga “the political will is diffused.”
    “There is no no no leadership” sebab banyak sangat “distraction”.
    Hanya sorang saja yang mampu untuk “rise to the occasion”.
    Malang nya dia lah yang serah kuasa kapada TIDOR LAH.

    Musuh musuh orang Melayu tahu ini sedang berlaku.
    Maka musuh musuh bangsa Melayu menempa ketika besi panas.
    Kita menunggu dan menunggu dan terus menunggu isyarat yang terang dan jelas.
    Tapi semua orang Melayu jadi Nelson di trafalgar.
    chnagkat lobak
    arjuna waspada.

    ———————————-

    Terima kasih saudara di atas komen tersebut. Kita bernasib baik kerana masih ada orang orang Melayu yang sedar akan nasib yang bakal diterima kelak.

    Darah Tuah.

    Like

  2. #2 by Aidid bin Ismail on March 10, 2009 - 5:41 pm

    Saudara Darah Tuah,

    Analisis tuan sangat baik dan perlu dihayati oleh semua orang Melayu.

    Saya tidak faham jika kerajaan sekarang masih meletakkan calon bukan Melayu di kawasan yang lebih ramai pengundi Melayu. Memanglah mereka ini mencari nahas jika berbuat begitu.

    Kenapa nak kesian dan beri muka kepada kaum pendatang ini sedangkan mereka lansung tidak kesian dan memperdulikan kaum Melayu. Tidakkah pemerintah yang dikuasai oleh orang Melayu nampak akan perkara ini?
    Tidak lama lagi ada pilihanraya kecil. Jika kerajaan masih berlembut dan beri muka kepada kaum pendatang ini dan mencalonkan mereka, maka lihatlah nanti apa yang akan terjadi. Jika tidak mahu anak cucu terus menerus menyumpah mereka maka beranilah berubah!

    Like

  3. #3 by Teh Manis on March 12, 2009 - 12:44 pm

    Saudara Darah Tuah,

    Setelah lebih 50 tahun hidup bersama dengan warna-warna kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, eloklah kita bersepakatan dengan keterbukaan ikhlas dengan semua kaum-kaum.

    Saya sudah tidak menganggap kaum lain selain dari Melayu sebagai ‘pendatang’ lagi. Bagi saya, semua kaum yang telah bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu sudah berhak menanggalkan label sebagai pendatang dan kaum Melayu perlu mengakui realiti tersebut.

    Kita kaum Melayu patut memulakan kembali langkah membimbing semua kaum bersama memahami perjuangan bersama sebagai rakyat Malaysia, terutamanya dalam mangharungi ekonomi yang dijangka akan menjadi lebih buruk lagi. Kita amat perlu berganding bahu bersama mengharungi dugaan ekonomi meleset yang tidak pernah dilihat dalam sejarah manusia.

    Adakah apa-apa yang boleh kita buat bersama dengan kadar segera?

    Like

  4. #4 by haneeta on August 14, 2009 - 9:27 pm

    Saudara Darah tuah,
    saya amat tertarik dgn analisis tuan.ianya amat bagus utk kesedaran org melayu yg tak hbis2.. dng hal yg merugikan bangsa nye sdr spt hasad dengki,menjatuhkan stu sama lain sbgnye..sikap bangsa melayu itu sdr kena ikhlas sesama bangsa seislam..melayu itu sdr kena bersatu..Pemimpin kita mesti TEGAS dlm menanangi isu yg di main oleh pembangkang,saya amat suka cara Tun Dr Mahadhir memimpin negara,walau bermcm2 kutukan..sy respect KETEGASAN Tun..PM Najib perlu TEGAS..lembut pd tempat..kesilapan yg di buat oleh Pak Lah jgn diulangi…ianye melukakan hati org melayu..

    Like

  5. #5 by jaz on October 12, 2009 - 11:14 am

    Saya amat berterima kasih kepada saudara tuah, jika semua orang melayu dapat befikir seperti saudara , selagi itulah melayu takkan hilang didunia. Saudara Tuah, kadang kala saya amat kesal dengan sikap orang2 melayu pada zaman sekarang ni, mereka hanya pandai bercakap dan hanya tunjuk berani pada saudara sesama sendiri tidak pada bangsa lain, dan mereka mudah dikalahkan,mudah sangat tewas pada bangsa bukan melayu. Terlalu pajang saya hendah huraikan sikap buruk yang ada pada bangsa melayu ini, cuma satu sahaja yang ingin saya katakan BILA KITA MATI NANTI SIAPAKAH YANG AKAN MENGUSUNG JANAZAH KITA? Jadi bersatulah semua saudaraku dan bangunlah dari tidurmu!!!

    Like

  6. #6 by Kasmat Isenin on March 28, 2010 - 12:36 pm

    Huraian yang begitu menarik dan jitu mereka memang kaum mendatang yang dibawa masuk oleh penjajah british orang cina bekerja di lombong bijih menekala orang india di ladang-ladang getah milik penjajah. Sepatutnya mereka pulang kenegeri asal mereka setelah british kluar dari negara ini, sebab orang melayu tidak pernah mengundang mereka ke negara ini. Tetapi atas kebaikan orang melayu yang sentiasa bertolak ansur memberi mereka ruang untuk tinggal di negara ini. Kena ingat 5 perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan dulu. 1. Ketuan Melayu iaitu Raja Melayu sebagai ketua negara. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. 3. Agama Islam sebagai Agama Rasmi 4. Hak Istemewa Melayu 5. Jos Soli – yang memberi hak warganegara kepada kaum pendatang. Kalau mereka mempersoalkan 1 – 4 di atas ia berkaitan dengan yang ke 5. Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Perlu tegas dengan isu-isu sensitif seperti ini. Ini kerana orang Melayu terasa tercabar dan dituirunkan martabat sebagai pribumi di negeri sendiri. Bunga api yang dah dimulakan oleh mereka akan membakar negara ini kalau tidak dibendung. Cuba kaji zaman Tan Sri Gazali Shafie, Tun Dr.Mahathir Mohamad tidak ada suara-suara sumbang seperti ini. Kita semua tahu di seberang tambak tidak ada pluang untuk pembangkang bersuara apalagi menggugat jauh panggang dari api. Ini negara kita untuk keselamatan dan kemakmuran kita. Israel membunuh di negeri Pelastin samapi hari ini tidak ada apa tindakan dari negara lain sekadar cakap melepaskan batuk di tangga. Terima kasih Saudara Tuah yang terus Bertuah dan berjuang demi Bangsa Melayu (Dalam perlembagaan Orang Melayu ialah yang beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu)Kalau dia Melayu tidak Islam dari segi perlembagaan dia Bukan Melayu begitu juga jika dia Islam tetapi tidak mengamalkan kebudayaan Melayu dia juga bukan Melayu. Sedarlah tidak akan ada bagsa lain yang akan membela Bangsa Melayu kecuali kita sendiri lebih-lebih lagi di negara kita ini. Sekian.

    Like

Leave a comment