Archive for category Isu sosial

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK11 – BETULKAN KEUTAMAAN!

1. Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK11 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu. Temanya “keutamaan dan penekanan baharu”. Betulkah demikian?

TONGGAK KSP

2. Asalnya RMK11 (2016 – 2020) berpaksikan 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan. Setelah dikaji semula, ianya telah diubahsuai lantas baki tempoh RMK11 ini (2018 – 2020) akan dipacu pula oleh 6 Tonggak.

3. Setelah diperhalusi 6 Tonggak tersebut, didapati 4 daripada 6 Teras Strategik lama itu masih dikekalkan dan diterima-pakai iaitu Teras Pertama (Memperkukuhkan inklusiviti), Teras Ketiga (Pembangunan Modal Insan), Teras Keempat (Pertumbuhan Hijau) dan Teras Keenam (Pertumbuhan Ekonomi).

4. Teras Kedua (Kesejahteraan Rakyat) dicantumkan dengan Tonggak II dan Teras Kelima (Memperkukuhkan Infrastruktur) dicantumkan dengan Tonggak VI dan diperkenalkan Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus) serta Tonggak III (Pembangunan Wilayah Yang Seimbaang).

5. Di samping 6 Tonggak berkenaan, dirangka pula Bidang Keutamaan dan Startegi masing-masing untuk merealisasikan setiap Tonggak itu. Diakui ianya memanglah cantik di atas kertas. Dan tidak ada masalah untuk menyokongnya kerana ianya sama sahaja maksud dan tujuannya dengan Teras Strategik dan Pemacu Perubahan yang asal. Saya anggap ini sebagai rebranding dan repackaging sahaja. Form and designnya berbeza tetapi substancenya sama.

SIAPA BACA?

6. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkanlah saya bertanya berapa ramaikah pegawai kanan dan ketua jabatan telah membaca dokumen perancangan seperti RMK11 dan Model Baru Ekonomi? Janganlah terkejut jika saya tegaskan ramai yang tidak pernah lihatpun kedua-dua dokumen tersebut.

7. Kalau ada pun dokumen berkenaan di pejabat, ramai yang tidak membacanya; termasuklah mereka yang berkhidmat di Putrajaya. Terdapat pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) pun tidak pernah membacanya.

8. Ini adalah hasil pengalaman saya sendiri. Kebanyakan mereka hanya ingin tahu jumlah peruntukan di bawah kementerian/jabatan masing-masing. Itu saja.

9. Justeru itu, apakah usaha pertama untuk mempastikan mereka membaca KSP ini, memahaminya dan melaksanakannya dengan betul dan penuh iltizam? Lebih-lebih lagi kita telah melalui 60 tahun berkerajaan yang mana kebanyakan kegagalan kita itu adalah disebabkan kesilapan pelaksanaan; bukannya kesilapan merancang.

10. Kesilapan itu berpunca dari kegagalan membaca serta memahami dokumen penting seperti KSP ini. Justeru itu, mestilah ada outcome-bssed jadual tersusun untuk memberi penjelasan mengenai kandungan KSP berkenaan; bukan semata-mata seperti road show biasa.

TONGGAK II / JURANG

11. Artikle saya ini lebih menumpukan kepada Tonggak II (Pembangunan Inklusif), khususnya usaha menangani jurang kekayaan / pendapatan.

12. Saya amatlah tertarik dan teruja bila mendengar komitmen hendak mewujudkan masyarkat yang inklusif dan merapatkan jurang kekayaan / pendapatan. Ramai mendendangkan isu yang sama.

13. Sesungguhnya isu jurang kekayaan ini merupakan isu global; bukan terhad di Malaysia atau negara miskin dan mundur sahaja. Ia turut menyerang negara maju seperti USA dan Perancis. Ia sudah diperdebatkan di Davos, diingatkan oleh Bank Dunia dan IMF serta diberi amaran oleh Transparency International dan sebagainya.

14. Di kalangan banyak suara yang menjerit itu, adakah mereka melaungkan perkara yang sama dan menepati sasaran?

15. Untuk memudahkan kefahaman, marilah kita kupas dan decompose sedikit isu jurang ini.

16. Secara kasar, jurang kekayaan / pendapatan terbahagi kepada dua. Pertama, jurang dalam kumpulan (intra group inequality) dan, kedua, jurang antara kumpulan (inter group inequality).

17. Dalam membicarakan jurang ini, dua isu lain iaitu isu pendapatan serta isu kemiskinan sangatlah berkait rapat.
18. Apakah senario tentang ketiga-tiga dimensi ini – pendapatan, kemiskinan dan jurang?

KEJAYAAN LALU

19. Kerajaan BN telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak dengan melonjakkan pendapatan rakyat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), jumlah purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melonjak dari RM264 (1970) kepada RM1,098 (1984), RM3,249 (2004), RM4,025 (2009) dan RM6,958 (2016).

20. Purata pendapatan kasar bulanan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah turut melompat.

21. Kadar kemiskinan mutlak pula, menurut Jabatan yang sama, telah dapat dibasmi dari 49.3% (1970) kepada 20.7% (1984), 5.7% (2004), 3.8% (2009) dan hampir sifar 0.4% (2016). Begitu juga kadar kemiskinan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menurun.

22. Jurang pendapatan intra kumpulan (intra group inequality) iaitu jurang keseluruhan masyarakat Malaysia, menurut JPM lagi, telah turut dapat dikecilkan dari 0.513 (1970) kepada 0.483 (1984), 0.452 (2004), 0.440 (2009) dan 0.399 (2016), berdasarkan Pekala Gini (Gini Coefficient).

23. Demikian juga jurang intra pendapatan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menyusut.

24. Sayugia dimaklumkan, semakin kecil bacaan Pekala Gini itu maka semakin rapatlah jurang tersebut.

KEUTAMAAN KSP

25. Apakah keutamaan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani isu jurang ini? Dalam laporan KSP tersebut adalah jelas bahawa kerajaan masih memberikan keutamaan kepada merapatkan lagi jurang dalam kumpulan yang beransur mengecil.

26. Pendekatan yang diguna-pakai, antara lain, ialah membasmi kemiskinan mutlak yang sudahpun hampir sifar dengan menekankan usaha menaikkan pendapatan B40 di bawah jargon baru berkongsi kekayaan atau sharing prosperity.

27. Ya, kononnya berkongsi kekayaan melalui growth with equity ini adalah satu pendekatan baru untuk merapatkan jurang. Ia diperkenalkan oleh Bank Dunia pada tahun 2013. Namun pendekatan ini tidaklah menumpukan secara khusus kepada usaha merapatkan jurang antara (inter) kumpulan. Justeru manifestasi yang sama-sama dapat kita lihat ialah jurang inter kumpulan semakin melebar!

28. KSP mensasarkan pengecilan jurang intra kumpulan dari 0.399 kepada 0.385 manakala pendapatan purata bulanan B40 pula akan ditingkatkan dari RM2,848 kepada RM4,430 pada tahun 2020 nanti.

29. Apakah asas dan tujuan sasaran RM4,430 sebulan itu? Adakah kenaikan tersebut jauh leih pantas dari kenaikan pendapatan T20 dan M40 hinggakan mampu meraptakan jurang pedapatan antara 3 kumpulan berkenaan menjelng 2020 nanti?

30. Adakah tepat keutamaan tersebut? Adakah terdapat penekanan baharu dalam pendekatan itu?

31. Jawapannya ialah keutamaan PH adalah SAMA dengan keutamaan BN iaitu hanya mahu merapatkan jurang intra kumpulan yang beransur mengecil (reducing narrowing intra group gap). Tidak disebutpun pengecilan jurang inter kumpulan. Sasaran pendapatan bulanan T20 dan M40 tidakpun dinyatakan!

32. Pendekatan kerajaan PH juga adalah sama dengan kerajaan BN iaitu menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan mutlak. Tidak disentuhpun kemiskinan relatif.

33. Mengapa boleh berlaku sedemikian?

34. Andaian saya ialah walaupun kerajaan telah bertukar iaitu ahli Jemaah Menteri sudah berubah tetapi majoriti pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan KSP ini mungkin pegawai yang sama semasa menyediakan RMK11 dulu dengan mindset yang belum berubah. Lalu benarlah pandangan Albert Einstein, “We cannot solve our problems with the same thinking (people) we used when we created them”.

35. Telah terbukti bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat dari orang luar seperti saya sekalipun YAB Perdana Menteri masa itu telahpun dengan ikhlas mengakui bahawa era kerajaan tahu semua telah berakhir. Namun mereka tetap berpendirian bahawa seolah-olah mereka adalah serba tahu (omniscient)!

36. Pada bulan Jun 2015, saya telah menulis dan memberi penerangan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di EPU, ICU, MARA dan lain-lain lagi. Turut hadir YBhg Tan Sri Wahid Omar (Menteri yang menjaga EPU masa itu) dan YBhg Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi MARA ketika itu).

37. Dengan jelas dan tegas saya katakan kerajaan merancang RMK11 untuk GAGAL kerana, mengikut unjuran saya, beberapa sasaran utama dalam RMK11 itu tidak akan tercapai.

38. Sasaran berkenaan ialah pertumbuhan ekonomi (5% – 6%), sumbangan pampasan pekerja kepada GDP (40%) dan jurang akan mengecil. Bolehlah baca tulisan saya itu di sini RMK11 – MERANCANG UNTUK GAGAL.

39. Sesungguhnya 5 tahun sebelum itu lagi, iaitu pada 29 Mei 2010, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang mana saya adalah salah seorang ahli panelnya, saya telah mengunjurkan bahawa kumpulan bawahan akan semakin terpinggir dan jurang pendapatan antara kumpulan akan semakin melebar di bawah Model Baru Ekonomi.

40. Namun tidak siapapun yang kesah. Kini mimpi ngeri itu menjadi realiti. Bolehlah baca unjuran saya itu di sini Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera dan lihat 3 carta yang turut disertakan di bawah.

41. Kini KSP sendiri telah meminda purata pertubuhan ekonomi kepada 4.5% – 5.5% setahun dan sumbangan pampasan kepada GDP sebanyak 38%. KSP setuju jurang intra kumpulan akan mengecil (0.385).

42. Unjuran saya pula ialah purata pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2016 – 2020 adalah bawah 5% manakala sasaran 38% itu tidak akan tercapai. Jurang intra kumpulan akan mengecil manakala antara kumpulan akan terus melebar, kecuali ekonomi merudum.

43. Sekaramg eloklah kita tanya apakah sebenarnya keutamaan yang lebih tepat dan apakah pula penekanan baharu yang wajar diperkenalkan? Dari segi masa (timing), sekaranglah tempoh yang amat sesuai untuk menukar keutamaan dan memperkenalkan penekanan baharu sempena Malaysia Baru.

SYOR

44. Untuk melaksanakan Tonggak II, saya syorkan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan seperti berikut.

45. Pertama sekali, kerajaan sendiri hendaklah sejujur-jujurnya mengakui bahawa ketidak-seimbangan / jurang kekayaan adalah isu terbesar di samping isu rasuah yang melanda negara ini.

46. Masalah kembar Siam inilah yang boleh merosakkan negara jika ianya terus dibiarkan kerana kedua-duanya tidak kondusif kepada pertumbuhan ekonomi mapan, sepertimana yang telah dibuktikan oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh IMF.

47. Justeru kerajaan hendaklah gap-centric dari segi falasafah dan pendekatan serta very passionate dalam menangani dan mendepani isu ini; bukannya secara lip service, sepertimana di masa dahulu.

48. Kedua, kerajaan hendaklah melebihkan usaha merapatkan jurang inter kumpulan yang melebar semula sejak 2009, sepertiman yang dapat dilihat dari ketiga-tiga carta berkenaan, di samping meneruskan usaha merapatkan jurang intra kumpulan yang sudah beransur mengecil (berdasarkan ukuran Gini Coefficient) kepada bawah 0.300.

49. Ketiga, sehubungan dengan perubahan keutamaan tersebut, maka kerajaan hendaklah mengorientasikan semua dasar, program adan aktivitinya ke arah keutamaan merapatkan jurang berkenaan; bukan hanya fokus kepada usaha menambah pendapatan B40 dan setiap dua tahun sekali melaksanakan kajian / survey ke atas pendapatan isi rumah (HIS) semata-semata, misalnya.

50. Lantaran disarankan kerajaan hendaklah memberi tumpuan kepada (a) usaha mengukuhkan lagi institusi (institutional strengthening) agar jenetra kerajaan lebih berupaya, cekap dan berkesan untuk membantu golongan yang terpinggir ini serta (b) merangka program yang boleh membina kapasiti, daya saing dan daya tahan golongan yang sama itu.

51. Di samping itu, kerajaan hendaklah juga merangka dasar dan program untuk (a) memperluas serta meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial kepada golongan bawahan ini, (b) menambah / memperluaskan progressive taxation dan mengurangkan regressive taxation serta (c) melebar dan mengukuhkan lagi hak pekerja.
52. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah mempastikan hasil yang bertambah itu diuruskan secara berhemah, mengurangkan ketirisan dan pembaziran serta mengagihkannya pula secara adil / equitable.

53. Syor-syor lain bolehlah dipetik dari buku The Color of Inequality dan artikel Mind The Gap hasil tulisan Dr Muhammad Khalid, Penasihat Ekonomi kepada YAB Perdana Menteri.

54. Keempat, sehubungan itu, kerajaan hendaklah mendapatkan gambaran yang lengkap tentang pemilikan keseluruhan kekayaan yang merangkumi pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan.

55. Sudahkah kajian pemilikan kekayaan dilaksanakan di Malaysia, sepertimana yang diusahakan oleh Oxfam International (OI)? Kajian OI mendapati bahawa 82% daripada keseluruhan kekayaan dunia yang dihasilkan pada tahun lepas telah dibolot dan dirampas oleh 1% orang kaya yang teratas manakala 50% penduduk dunia yang terbawah tidak mendapat apa=apa pun! Bagaimanakah pula keadaannya di negara kita?

56. Data terakhir mengenai jurang pemilikan financial and non financial assets yang saya perolehi adalah bagi tahun 2009 dan 2012.

57. Pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2012, menurut EPU, adalah sebanyak 23.05%. Pemilikan Bumiputera equity with management control tidak diketahui.

58. Data non financial assets pula menunjukkan bahawa bukan saja pemilikan Bumiputera adalah kecil malah ianya merosot pula. Contoh, bagi tempoh 2 tahun tersebut, pemilikan detached factory oleh Bumiputera merosot dari 13.8% kepada 9.3%; commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complex pula menyusut dari 3.1% kepada 0.2%, menurut Dr Muhamad Khalid.

59. Atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti, eloklah kerajaan menjelaskan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data terkini mengenai pemilikan ekuiti with management control mengikut kaum, sepertimana yang dirancang di bawah RMK11?

60. Anehnya, dalam KSP, sasaran pertumbuhan pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 telah ditetapkan sebanyak 11% setahun. 11% daripada berapa berapa banyak?

61. Kerajaan juga hendaklah memaklumkan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan mengikut kaum serta bilangan professional mengikut bidang dan kaum masing-masing, seperti yang pernah diamalkan sebelum ini?

62. Kelima, kerajaan hendaklah melakukan anjakan paradigma dalam penggunan theoretical construct iaitu menerima-pakai theoretical construct yang baru atau tambahan kepada apa yang sedia diguna-pakai.

63. Sebagai contoh, sejajar dengan kedudukan kita yang kini berada di kalangan Very High Human Development Countries, menurut ukuran Human Development Index (HDI) dan selari pula dengan hasrat kita hendak menjadi sebuah negara maju, maka kerajaan hendaklah mengutamakan pembasmian kemiskinan relatif (Relative Poverty), bukannya kemiskinan mutlak (absolute poverty) yang sudahpun hampir sifar. Konsep kemiskinan mutlak ini lebih sesuai diguna-pakai oleh negara-negara kurang maju (LDCs).

64. Diperhatikan kemiskinan relatif masih tinggi dan terus pula meningkat. Buktinya, pada tahun 2014, kemiskinan relatif ialah pada kadar 15.6%; meningkat kepada 15.9% pada tahun 2016, menurut JPM.

65. Sehubungan penekanan kepada kemiskinan relatif itu maka contoh kedua theoretical construct yang perlu diimbangi ialah penekanan terhadap klas pendapatan seperti T20, M40 dan B40.

66. Diakui bahawa klassifikasi pendapatan seperti ini ada faedahnya, terutama dalam memantau syer pendapatan mengikut kelas pendapatan. Namun ia ada bahayanya iaitu kerajaan boleh terperangkap dengan klassifikasi tersebut sekalipun negara sudah sangat maju kerana klassifikasi berkenaan akan tetap kekal selagi ada matahari dan bulan!

67. Lantaran itu, berkait rapat antara contoh pertama dan kedua tersebut, maka sasaran keutamaan dan penekanan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan hendaklah berganjak dari B40 kepada mereka yang tergolong sebagai miskin relatif.

68. Contoh ketiga pula ialah mengenai nilai garis kemiskinan pendapatan (PLI). Ianya dilihat sudah jumud dan hendaklah dinaikan sejajar dengan taraf hidup sekarang. Eloklah ianya selari dengan konsep living wage.

69. PLI bagi isi rumah (purata 4 orang) Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM960 sebulan, menurut JPM. Living wage bagi Kuala Lumpur adalah sebanyak RM6,500 sebulan bagi suami isteri yang ada 2 orang anak, menurut BNM; perbezaannya 7 kali ganda!

70. Contoh keempat ialah menambah penggunaan measurements untuk mengukur jurang. Misalnya mengguna-pakai simple line graphs dan nilai mutlak dalam mengukur jurang untuk compliment penggunaan Gini Coeffocient dan metod nisbah.

71. Disedari bahawa motif menggunakan kedua-dua ukuran tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa jurang telah mengecil. Misalnya, penggunaan metod nisbah menunjukkan jurang antara luar bandar dan bandar telah mengecil dari 1:1.78 pada tahun 2014 kepada 1:1.76 pada tahun 2016, menurut JPM.

72. Namun carta di bawah, berdasarkan nilai mutlak, menunjukkan sebaliknya.

73. Mungkin JPM boleh membantu menghurai dan merongkai perbezaan tersebut.

74. Berdasarkan data-data yang saya paparkan di atas, terbukti bahawa kerajaan lepas telah gagal untuk mencapai objektif dan sasaran untuk merapatkan jurang inter kumpulan.

75. Syabas kerajaan sekarang komited untuk merapatkan jurang tersebut. Malangnya, seperti yang saya huraikan di atas, kerajaan masih mahu menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama untuk merapatkan jurang inter kumpulan manakala kaedah tersebut telahpun terbukti gagal. Ingatlah apa yang diperli oleh Albert Einstein – Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.

76. Saya juga kurang yakin tentang kejayaan yang hendak dikejar itu sebab apa yang sebenar hendak dilaksanakan itu adalah kurang jelas. Yang tertulis setakat motherhood statements. Apatah pula jika buku ini tidak akan dibaca oleh kebanyakan ahli politik dan para pegawai, sepertiman yang saya tuliskan di awal tadi.

77. Walau apapun, kerajaan masih ada ruang dan peluang untuk meneroka kejayaan baru dengan melakukan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan sebenar, sepertimana yang saya sarankan itu.

DAA
24 Oktober 2018.

Leave a comment

TALKING POINTS ULASAN KSP RMK11

YB Dato’ Speaker,

Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana diberi peluang.

Tahniah kepada YAB PM kerana berjaya membentangkan KSP ini dengan jelas dan mudah difaham. Dokumen ini turut dihiasi dengan inforgrafik yang menarik. Malangnya tulisannya kurang mesra bagi mereka yang kurang tahap penglihatan. Jika mahu lebih ramai rakyat membacanya, sepatutnya hal ini pun patut diberi perhatian.

KEJAYAAN BN

Sebelum saya turut serta membahaskan KSP ini, izinkan saya merekodkan di Dewan yang mulia ini bahawa PH telah mengambil alih Malaysia dari BN sebuah negara yang megah dan mantap dalam banyak aspek.

Pertama, PH tidak mendapat sebuah negara yang huru hara seperti Afghanistan dan Somalia melainkan sebuah negara yang aman damai. Tahap keamanannya tinggi iaitu berada di kedudukan ke 29 di kalangan 163 buah negara, sepertimana yang diukur oleh Global Peace Index 2016.

Kedua, PH mendapat sebuah negara yang telah berjaya dimajukan oleh BN iaitu berada di tahap upper middle income level, sepertimana yang diukur oleh Bank Dunia. Nilai GDPnya sebanyak RM5 bilion pada tahun 1957 telah melonjak ke RM1.3 trilion pada tahun 2017 dan pendapatan per kapita pula sebanyak RM41,093.

Berdasarkan Human Development Index 2017, Malaysia berada di tangga ke 57 di kalangan 189 buah negara iaitu Top 30% dan digulongkan di bawah kategori Very High Human Development iaitu setara dengan negara-negara maju yang lain seperti USA, UK dan Jepun.

Ketiga, bukan sahaja negara bertambah maju malah rakyat turut bertambah makmur. Antara buktinya ialah pendapatan rakyat telah melompat dari RM264 sebulan pada tahun 1970 kepada RM6,958 sebulan pada tahun 2016 dan kadar kemiskinan telah berjaya dibasmi dari 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar (0.4%) pada tahun 2016 manakala kadar pengangguran dan inflasi pula kekal rendah iaitu masing-masing pada tahap 3.4% dan 2.9% pada tahun 2017.

Keempat, negara juga kukuh dari segi pengurusan kewangannya. Kutipan hasilnya terus meningkat dan pada tahun 2017 nialainya adalah sebanyak RM225.3 bilion dan nilai rizab sebanyak USD109 bilion pada 13 Mei 2018 manakala tahap hutang negara adalah 50.8% dan defisit fiskal pula sebanyak 3.0% yang mana masing-masing kekal berada di bawah threshold sebanyak 55% daripada nilai GDP dan 15% dari jumlah hasil kerajaan.

TONGGAK KSP

RMK11 berpaksikan 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan. Setelah dikaji semula, ianya telah diubahsuai lantas baki tempoh RMK11 ini (2018 – 2020) akan dipacu pula oleh 6 Tonggak.

Setelah diperhalusi, didapati 4 daripada 6 Teras Strategik lama itu masih dikekalkan dan diterima-pakai iaitu Teras Pertama (Memperkukuhkan inklusiviti), Teras Ketiga (Pembangunan Modal Insan), Teras Keempat (Pertumbuhan Hijau) dan Teras Keenam (Pertumbuhan Ekonomi).

Teras Kedua (Kesejahteraan Rakyat) dicantumkan dengan Tonggak II dan Teras Kelima (Memperkukuhkan Infrastruktur) dicantumkan dengan Tonggak VI dan diperkenalkan Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus) serta Tonggak III (Pembangunan Wilayah Yang Seimbaang).

Di samping 6 Tonggak tersebut, dirangka pula Bidang Keutamaan dan Strategi masing-masing untuk merealisasikan setiap Tonggak itu. Memanglah cantik di atas kertas. Dan tidak ada masalah untuk menyokongnya kerana sama sahaja maksud dan tujuannya dengan Teras Strategik dan Pemacu Perubahan yang asal. Saya anggap ini sebagai rebranding dan repackaging sahaja. Formnya berbeza; substancenya sama.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkanlah saya bertanya berapa ramaikah pegawai kanan dan ketua jabatan telah membaca RMK11 dan Model Baru Ekonomi? Janganlah terkejut bahawa ramai yang tak lihatpun kedua-dua buku tersebut.

Kalau ada pun buku berkenaan di pejabat, ramai yang tidak membacanya; termasuklah mereka yang berkhidmat di Putrajaya. Ada pegawai UPEN pun tak pernah membacanya.

Ini adalah hasil pengalaman saya sendiri. Yang mereka ingin tahu hanyalah peruntukan di bawah kementerian/jabatan masing-masing. Itu saja.

Justeru itu, apakah usaha pertama untuk mempastikan mereka membaca KSP ini, memahaminya dan melaksanakannya dengan betul dan penuh iltizam? Lebih-lebih lagi kita telah melalui 60 tahun berkerajaan yang mana kebanyakan kegagalan kita itu adalah disebabkan kesilapan pelaksanaan; bukannya kesilapan merancang.

Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus)

Sesungguhnya sasaran untuk memperbaiki tadbir urus serta meningkatkan lagi kecekapan sistem pencapaian sektor awam merupakan mantra tahunan sejak dahulu lagi. Antara lain, diperkenalkan Fail Meja, Manual Prosidur Kerja (MPK), Sasaran Kerja Tahunan (SKT), ISO, KPI, NBOS, Akta SPRM 2009 dan lain-lain lagi.

Tepat sekali kerajaan memberi keutamaan kepada sektor awam ini sebagai Tonggak Pertama kerana jentera kerajaan adalah penggerak dan pemudahcara dalam semua urusan di negara kita. They are there to serve and to facilitate, not to frustrate.

Diakui memanglah ada peningkatan seperti yang dapat kita sama-sama saksikan dari pembinaan infrastruktur, perkembangan pendidikan, peningkatan kualiti kesihatan dan pertumbuhan ekonomi. Semua kejayaan ini adalah hasil perkhidmatan penjawat awam, di samping sumbangan sektor swasta. Namun ianya masih jauh dari sasaran dan harapan. Malah dalam bidang tertentu, kedudukan kita bertambah buruk pula.

Sebagai contoh, berdasarkan Ease of Doing Business, kedudukan atau ranking kita bertambah buruk. Dari tangga ke 6 pada tahun 2014, kita telah menjunam ke tangga ke 18 pada tahun 2016 dan terus turun ke tangga ke 24 pada tahun 2018. Apa yang mengejutkan ialah ranking Malaysia berhubung Starting a Business, misalnya, berada di tangga ke 111 dari kalangan 190 buah ekonomi! Memalukan.

Urusan memulakan perniagaan ini sudah tentu berkait rapat dengan jabatan / agensi kerajaan seperti SSM, PBT, TNB, Bekalan Air dan sebagainya. Adakah mereka baca Ease of Doing Business ini? Adakah ketua jabatan berkenaan tahu kedudukan yang teruk ini? Kalau ada baca dan tahu, apakah tindakan remedi yang telah diambil?

Seterusnya mengenai rasuah yang hendak diperangi. Saya sokong usaha murni ini. Dari satu segi segi, kita bolehlah berbangga bahawa kita berada dalam lengkungan satu pertiga teratas/terbaik di kalangan 180 buah negara iaitu di tangga ke 62 mengikut Corruption Perception Index (CPI).

Dari satu sudut lain pula, kita patut berasa malu bahawa ranking kita terus menjunam sejak tahun 2003 iaitu dari tangga ke 37 ke tangga ke 62 pada tahun 2017. Bukan saja rangking merosot malah score juga menurun; dari 52 mata ke 47 mata dalam tempoh yang sama.

Berbanding dengan China, India dan Indonesia, kita adalah yang paling teruk kerana berada dalam arah aliran menurun yang berterusan sekalipun ranking kita kekal tertinggi.

Rasuah ini memanglah musuh negara kerana ia memberi impak negatif ke atas kecekapan jentera kerajaan, meningkatkan kos pengeluran / perkhidmatan, melebarkan jurang kekayaan serta merosakkan masyarakat dan sebagainya. Justeru ia patutlah diperangi.

Lantaran itu, kerajaan telah melaungkan supaya nilai-nilai murni yang terdapat dalam prinsip GITAR iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility didakap dan dipeluk erat. Saya turut yakin akan resepi ini.

Lantas dengan berani kerajaan menetapkan tangga ke 30 dalam indeks CPI sebagai sasaran menjelang tahun 2020. Satu sasaran yang amat ambitious. Bahkan ianya tidak munasabah.

Saya tidak mencabar teori dan garis panduan yang dipahatkan di bawah Bidang Keutamaan dan Strategi tersebut. Persoalan yang menghantui saya ialah apakah yang hendak dilakukan oleh kerajaan PH hingga mampu mengubah mindset 1.6 juta warga sektor awam yang ditohmahkan korup, malas, tidak cekap dan sebagainya hinggakan boleh bertukar dan sedia menganuti dan melaksanakan GITAR itu?

Saya bertanya soalan ini kerana saya tidak mahu apa yang dibentangkan Jumaat lalu hanya tinggal retorik seperti di masa lalu manakala 1.6 juta pegawai kerajaan terus kekal dengan budaya kerja mereka yang sudah sebati itu.

Tonggak II (Memperkukuhkan Pembangunan Inklusif & Kesejahteraan Rakyat)

Tertarik dan teruja bila mendengar komitmen hendak mewujudkan masyarkat yang inklusif dan merapatkan jurang kekayaan / pendapatan.

Syukur kerajaan BN telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak dengan melonjakkan pendapatan rakyat. Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melompat dari RM264 (1970) kepada RM3,249 (2004), RM4,025 (2009) dan RM6,958 (2016).

Kadar kemiskinan pula telah dapat dikurangkan dari 49.3% (1970) kepada 5.7% (2004), 3.8% (2009) dan hampir sifar 0.4% (2016).

Jurang intra kumpulan (intra group inequality) telah turut dapat dikecilkan dari 0.513 (1970) kepada 0.452 (2004), 0.440 (2009) dan 0.399 (2016), berdasarkan Pekala Gini (Gini Coefficient).

Tahniah kepada kerajaan BN di atas kejayaan cemerlang ini.

Dalam kita berbangga dengan kejayaan tersebut kita jangan pula abaikan kelemahan / kelompangan yang masih ada. Ia menuntut perhatian supaya di atasi segera.

Pertama, kemiskinan relatif (Relative Poverty) masih tinggi dan terus meningkat. Contoh, pada tahun 2014, kemiskinan relatif ialah pada kadar 15.6%; meningkat kepada 15.9% pada tahun 2016.

Kedua, jurang pendapatan antara kumpulan (inter group income inequalities) dari segi nilai mutlak (absolute values) pula telah melebar semula sejak 2009 dan terus melebar pada tahun 2016. Misalnya, jurang antara kaum, jurang antara bandar dan luar bandar serta jurang antara T20, M40 dan B40 semuanya melebar; bukannya menguncup. Contoh, jurang antara Cina / Bumiputera telah melebar 79%, dari RM1,387 (2009) kepada RM2,483 (2016). Jurang antara bandar / luar bandar pula melebar 53%, dari RM2,160 kepada RM3,312 dalam tempoh yang sama.

Ketiga, mengenai jurang pemilikan financial and non financial assets. Data terakhir yang saya perolehi adalah bagi tahun 2009 dan 2012.

Pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2012 adalah sebanyak 23.05%. Pemilikan Bumiputera equity with management control tidak diketahui.

Data non financial assets pula menunjukkan bahawa bukan saja pemilikan Bumiputera adalah kecil malah ianya merosot pula. Contoh, bagi tempoh 2 tahun tersebut, pemilikan detached factory oleh Bumiputera merosot dari 13.8% kepada 9.3%; commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complex pula menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

Berdasarkan data-data berkenaan, terbukti kerajaan telah gagal untuk mencapai objektif dan sasaran untuk merapatkan jurang.

Syabas kerajaan mengakui jurang melebar dan mahu merapatkan jurang tersebut; malangnya kerajaan masih mahu menggunakan kaedah yang sama untuk merapatkan jurang dan kaedah tersebut telah terbukti gagal. Ingatlah apa yang diperli oleh Albert Einstein – Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.

Contoh, pertama, kerajaan masih menekankan usaha menaikkan pendapatan B40 di bawah jargon baru berkongsi kekayaan atau sharing prosperity, bukan menumpukan secara khusus kepada usaha merapatkan jurang.

Kedua, memberi perhatian kepada kemiskinan mutlak, bukan kepada kemiskinan relatif. Ketiga, masih mengguna-pakai kaedah measurements yang sama seperti Gini Coefficient dan ratio method tanpa complementing dengan kaedah lain seperti simple line graphs.

Kedua-dua methods tersebut menunjukkan INTRA inequalities mengecil sedangkan hakikat sebenar yang lebih serius iaitu INTER group inequalities adalah melebar. Jelas tiada anjakan paradigma atau paradigm shift. Maka akan gagallah sekali lagi.

Saya juga kurang yakin tentang kejayaan yang hendak dikejar itu sebab apa yang sebenar hendak dilaksanakan itu adalah kurang jelas. Yang tertulis setakat motherhood statements. Apatah pula jika buku ini tidak akan dibaca oleh kebanyakan ahli politik dan para pegawai.

Seterusnya, saya ingin mendapat penjelasan:

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak memberi perhatian kepada kemiskinan relatif, jurang pendapatan antara kumpulan dan jurang pemilikan aset kewangan dan bukan kewangan antara kaum?

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak membentangkan data pemilikan ekuiti with management control mengikut kaum yang terkini? Tolong bentangkan di dewan yang mulia ini. Lebih-lebih lagi sasaran pertumbuhan pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 telah ditetapkan sebanyak 11% setahun. 11% daripada berapa?

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak membentangkan data bilangan professional mengikut bidang dan kaum masing-masing? Mohon bentangkan data terkini di dewan yang mulia ini mengikut nisbah kaum masing-masing.

KSP turut mensasarkan sekurang-kurangnya 60% penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan mahir. Adakah kerajaan sedar bahawa kira-kira 75% pekerja Bumiputera adalah tidak berkemahiran?

Adakah kerajaan sedar bahawa kadar pertumbuhan pekerjaan mahir telah merosot dari 5.2% bagi tempoh 2006 – 2010 kepada 2.6% bagi tempoh 2011 – 2015 manakala syer pekerjaan mahir juga telah mengecil dari 45% kepada 37% dalam tempoh yang sama?

Justeru di bawah lanskap pasaran buruh sedemikian itu, bagaimanakah dalam masa 2 tahun ini kerajaan boleh mampu hendak mencapai sasaran 60% tersebut? Cuba cerita sikit.

TONGGAK IV (MEMPERKASA MODAL INSAN)

Dalam usaha untuk memperkasa modal insan maka isu-isu seperti permintaan dan penawaran pasaran buruh, kemahiran, pertumbuhan pekerjaan baru, produktiviti buruh dan gaji menuntut perhatian.

Berhubung pasaran buruh yang ada kaitan dengan perkembangan ekonomi sesebuah negara, kita semua tahu bahawa kita hendaklah segera berganjak ke arah digital economy / IR4.0. Menurut Malaysia Economic Monitor terkini yang dikeluarkan oleh World Bank,  “The level of digital adoption by people and government is high, but the country lags behind international peers in terms of digital adoption by businesses”. Lantas apakah langkah-langkah yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan level of adoption tersebut?

Dalam pada itu, sudah berjalankah proses re-skilling and up-skilling yang berterusan di kalangan tenaga pengajar kita? Tanpa tenaga pengajar yang berkemahiran terkini maka sasaran yang hendak dicapai itu tidak akan dicapai. Sudah dibuat Manpower Audit dan Gap Analysis dan apakah hasil audit / analysis tersebut?

Adakah kerajaan sedar bahawa ekonomi kita selama ini lebih mengutamakan pekerja tidak mahir? Sebagai contoh, pertumbuah pekerjaan tak mahir lebih tinggi dan terus meningkat, dari 5.3% setahun (2006 – 2010) kepada 7.0% setahun (2011 – 2015) berbanding pekerjaan mahir yang terus menurun, dari 5.2% setahun kepada 2.6% setahun dalam tempoh yang sama.

Yang demikian, syer pekerjaan tak mahir juga terus berkembang, dari 8% (2002 – 2010) kepada 16% (2011 -2015) manakala syer pekerjaan mahir pula menguncup dari 45% ke pada 37% dalam tempoh yang sama.

Sesungguhnya kita boleh berbangga dengan banyaknya jawatan baru telah diwujudkan. Dalam pada itu, bolehkah kita berbangga jika hampir 90% jawatan baru tersebut adalah dalam kategeri pekerjaan asas yang bergaji rendah? Bolehkah kita senyum jika 82% pekerjaan baru berkenaan disambar oleh pekerja asing pada tahun 2016, sepertimana yang dilaporkan oleh BNM?

Diperhatikan juga bahawa pertumbuhan ekonomi kita telah menurun dari 5.3% setahun di bawah RMK10 (2011 – 2015) kepada 5.1% setahun dalam tempoh 2016 – 2017 manakala purata pertumbuhan produktiviti buruh pula telah meningkat dari 1.6% setahun kepada 3.7% setahun dalam tempoh yang sama. Adakah data ini memberi makna bahawa output buruh kita mempunyai nilai tambah yang lebih rendah? Jika benar, maka ia menuntut perhatian yang serius dan segera.

Seperti yang baru disebutkan sebentar tadi, purata pertumbuhan produktiviti buruh dalam tempoh 2016 – 2017 adalah sebanyak 3.7% setahun. KSP pula mengunjurkan 2.9% setahun bagi tempoh 2018 – 2020. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pertumbuhan tersebut menurun?

Pada tahun 2017, menurut MPC, pertumbuhan produktiviti buruh adalah 3.8% manakala gaji penengah, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ialah RM2,160 sebulan dan sumbangan pampasan pekerja kepada GNI hanyalah 35.2%.

Walau bagaimanapun, kerajaan dengan berani mengunjurkan sumbangan pampasan pekerja kepada GNI akan meningkat kepada 38% pada tahun 2020 sedangkan pertumbuhan purata produktiviti buruh diunjurkan hanyalah 2.9% dan gaji penengah sebanyak RM2,400 sebulan pada tahun 2020.

Mohon maklumkan kepada Dewan yang mulia ini unjuran nilai GNI pada tahun 2020 mengikut 3 komponen yang terkandung di dalamnya. Terus terang saya katakana bahawa berdasarkan angkubah-angkubah yang saya sebutkan tadi, saya kurang yakin sasaran 38% tersebut boleh dicapai.

DAA
21 Oktober 2018.

Leave a comment

UNICEF Report: Kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur

Berdasarkan sampel miskin bandar yang dijalankan di rumah pangsa di Kuala Lumpur, hasil kaji selidik ini mendedahkan penemuan berkaitan kemiskinan kanak-kanak dalam pelbagai dimensi, terutama mengenai kekurangan zat makanan yang perlu diambil perhatian.

Bacalah di SINI.

Antara ringkasan fakta yang dikumpul:


Leave a comment

YB Virtual MEMBAHAS TITAH YDP AGONG 2018

Bismillahir rahmanir rahim……
Assalamualaikum …wbt.. salam sejahtera dan salam 1Malaysia..

YB Tan Sri Yang DiPertua,
Syukur

1. Pertama kali, marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah swt di atas keredhaanNya untuk kita menghadiri sidang Dewan Kali Pertama Penggal Ke-6 bagi Parlimen ke-13. Yang demikian dapatlah kita menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sahih, bersih dan sihat. Semoga kita mendapat keberatanNya jua.

2. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Yang DiPertua kerana sekali lagi memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk turut membahaskan Titah ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Mudah-mudahan apa yang ingin saya kongsikan ini akan mendapat perhatian yang saksama dari pihak kerajaan.

3. Dan ketiga, titah perasmian oleh ke Bawah Duli Baginda telah menyentuh pelbagai bidang dan isu semasa dan masa depan kita. Dari isu keselamtan dan keamanan ke ekonomi modal, termasuklah isu kewangan, pertumbuhan ekonomi dan daya saing, ke ekonomi rakyat, termasuklah isu pekerjaan, kos sara hidup dan hinggalah ke isu perpaduan serta kesederhanaan dan sebagainya.

4. Pada hemat saya, setiap butir yang telah dititahkan itu menuntut perhatian serius dari kita semua. Sesungguhnya titah tahunan ke Bawah Duli Baginda telah menjadi pedoman, panduan serta inspirasi kepada kami dalam memikul tanggungjawab serta amanah selama 4 tahun yang lalu sebagai wakil rakyat dan juga sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Skop

5. Menyedari bahawa masa yang diberikan amatlah terhad manakala banyak pula perkara yang ingin diketengahkan maka saya akan cuba mematuhi nasihat “It is better wither to be silent, or to say things of more value than silence” – Anonymous dan “…do not say a little in many words, but a great deal in a few” – Pythagoras (582 BC – 507 BC)

6. Justeru saya ingin mengambil peluang keemasan yang diberikan ini dengan menumpukan skop perbahasan kepada 6 perkara utama sahaja sekalipun banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan.

7. Perbahasan saya akan berpandukan nasihat Zeuxis (464 BC – 400BC): Criticism comes easier than craftsmanship. 6 perkara itu ialah:

(1) Kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan BN,

(2) Hasil kajian UNICEF baru-baru ini,

(3) TN50,

(4) IR4.0,

(5) Dasar Green Tech, dan

(6) Isu Sunway BRT & MRT.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kejayaan

8. Saya cenderung untuk mempercayai bahawa mereka yang memperkatakan kejayaan / kegagalan seseorang atau sesebuah kerajaan itu tidaklah berbohong. “They don’t lie” (dengan izin); cuma “they may not tell the whole truth”.

9. Saya juga mungkin tak mampu to tell the whole truth dalam tempoh yang singkat ini kerana populasi maklumat yang luas dan pelbagai – lebih banyak dari kombinasi air di 7 buah lautan. Saya hanya mampu to approximate the truth…the T value, dalam bahasa statistics. Justeru untuk berlaku adil, wajarlah diusahakan penilaian yang lebih holistik lagi; sekurang-kurangnya merangkumi aspek kehidupan utama.

10. Dari sudut Islam, pembangunan merangkumi 3 aspek utama. Pertama, manusia dengan Allah; kedua, manusia dengan manusia; dan ketiga, manusia dengan alam sekitar.

11. Dari sudut PBB yang dipelopori oleh Dr Amartya Sen melalui Human Development Index (HDI), pembangunan merangkumi 3 bidang utama juga iaitu (1) pendidikan, (2) kesihatan dan (3) ekonomi. Menurut HDI ini, Malaysia berada di kedudukan yang agak baik iaitu di tangga ke 59 di kalangan 168 buah negara pada tahun 2016.

12. Jon Hall, pakar OECD, menegaskan “‘ ‘development’ should look at social, economic and environmental areas together”.

13. World Economic Forum (WEF) pula, melalui The Inclusive Development Index (IDI), menilai prestasi negara berdasarkan 3 main pillars: (1) growth and development; (2) inclusion and; (3) intergenerational equity – sustainable stewardship of natural and financial resources.

14. Saya pula ingin menilai pembangunan itu dari sudut sebuah bakul yang mengandungi 12 tanggungjawab utama atau, dalam bahasa kontemperori, a basket of 13 socio-economic and environmental outcome mix. Ianya sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh ke Bawah Duli Baginda. Mohon saya huraikan satu per satu.

15. Pertama, keamanan dan keselamatan. Parameter ini, seperti titah ke Bawah Duli Baginda, adalah perkara asas kerana sudah tentu kita tidak mahu Malaysia kembali di zaman pendudukan Jepun atau menjadi seperti Afghanistan dan Syria. Berdasarkan Global Peace Index (GPI), Malaysia adalah sebuah negara yang aman kerana berada di kedudukan no. 29 dariada 163 buah negara atau top 20% pada tahun 2016 dan no.3 di Asia.

16. Dari segi Kadar Homicide per 100,000 penduduk pula, berdasarkan kajian UN Office on Drugs & Crime (UNODC), negara kita adalah lebih selamat kerana kadar homicide di Malaysia adalah rendah iaitu sebanyak 1.92 berbanding purata Dunia sebanyak 6.2 atau hanyalah satu pertiga dari kadar dunia.

17. Keamanan dan keselamatan ini hendaklah terus ditingkatkan lagi.

18. Kedua, Perpaduan dan keharmonian kaum. Sudah tentulah perpaduan kaum di negara kita jauh lebih baik dari Ambon, Ireland, USA. Berdasarkan The Inclusive Development Index, tahap keterangkuman kita adalah antara yang terbaik di kalangan 77 buah ekonomi membangun (emerging economies) iaitu di tangga ke 13. Natijahnya ialah, seperti yang saya katakan tadi, Malaysia adalah top 20% paling aman di dunia.

19. Ketiga, Kebebasan bersuara dan beragama. Hak ini terpahat dan terjamin dalam Perkara 10 & 11, Perlembagaan Persekutuan tanpa mengadaikan keamanan serta keharmonian kaum yang sangat delicate dan berharga itu.

20. Keempat, Kualiti hidup yang meningkat. Badan antarabangsa seperti PBB mengiktiraf kualiti hidup rakyat Malaysia terus meningkat. Collobrative evidencenya, antara lain, ialah peningkatan skor HDI yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan pendapatan telah melompat dari 0.541 pada tahun 1980 kepada 0.744 pada tahun 2010 dan seterusnya kepada 0.789 pada tahun 2016.

21. Lantaran itu, tahap kemajuan negara kita telah melonjak dari tahap medium ke high development. Sebagi contoh, Infant Mortality Rate (IMR) kita telah menurun lebih dari separuh dari 13.1 kematian bagi setiap 1,000 live births pada tahun 1990 kepada 6.7 pada tahun 2017.

22. Jangka hayat pula telah menokok dari 68.9 tahun bagi lelaki pada tahun 1990 kepada 72.7 tahun pada tahun 2017 manakala perempuan pula telah melompat dari 73.5 tahun kepada 77.4 tahun dalam tempoh yang sama.

23. Yang demikian, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

24. Kelima, Pertumbuhan ekonomi yang pesat. Diakui bahawa pertumbuhan sahaja tidak cukup untuk mencapai apa yang terdapat dalam raga yang saya sebutkan itu. Namun ianya adalah angkubah atau pre requisite yang penting; yes, not sufficient but important!

25. Alhamdullillah, kita telah berjaya menuai purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.0% bagi tempoh 2000 – 2010 dan 5.2% bagi tempoh 2011 – 2017. Pada tahun 2017, di bawah hostile geo-political global environment, pertumbuhan ekonomi kita adalah cemerlang iaitu 5.9%.

26. Menurut The Economic Leading Indicators keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi bulan Disember 2017, diunjurkan ekonomi negara akan terus berkembang dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, in syaa Allah.

27. Unjuran tersebut disokong pula oleh Business Tendency Statistics keluaran Jabatan yang sama pada 28 Februari lalu yang mengunjurkan prestasi perniagaan bagi suku pertama 2018 akan mengukuh with coincidence indicator of +12.3%.

28. In syaa Allah, harapan ke Bawah Duli Baginda, akan kita sama-sama kita realisasikan.

29. Keenam, Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah. Dari segi ekonomi rakyat, peluang pekerjaan yang banyak sangat didahagakan oleh rakyat. Ia bukan semata-mata untuk menjana pendapatan bahkan juga untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kelaparan serta untuk menjulang maruah seseorang.

30. Rakyat Malaysia amatlah bertuah sekali kerana, di bawah pentadbiran kerajaan BN, mereka telah dapat menikmati guna tenaga penuh atau full employment, mengikut konsep ILO, selama 22 tahun berturut-turut! Kadar pengangguran negara ini terus kekal di bawah 4% dalam tempoh 22 tahun tersebut. Pada tahun 2017, kadar pengangguran kita hanyalah 3.4%. Ia diunjurkan terus kekal di bawah 4% pada tahun ini.

31. Ketujuh, Purata Pendapatan kasar bulanan isi rumah yang terus melonjak. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) keluaran DOSM menunjukkan purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari RM1,169 pada tahun 1990 kepada RM4,025 pada tahun 2009 dan terus melonjak kepada RM6,958 pada tahun 2016 atau hampir 500% dalam tempoh 26 tahun.

32. Kelapan, Kadar kemiskinan yang menurun. Pada tahun 1970, hampir separuh penduduk Malaysia berada di bawah garis kemiskinan. Pada tahun 1990, kadar tersebut telah dapat dikurangkan secara drastik kepada 16.5%. Pada tahun 2009, ianya tinggal 3.8%. Pada tahun 2016, selaras dengan lonjakan pendapatan, kadar kemiskinan tersebut, menurut Laporan HIS, kini hampir sifar (0.4%). Kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan ini telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti bank Dunia dan IMF.

33. Kesembilan, merapatkan jurang pendapatan. Mengguna-pakai Gini Coefficient sebagai proksi mengukur intra group inequalities, dan bersandarkan juga laporan HIS, sesungguhnya didapati, melalui pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan, jurang pendaptan telah berjaya dirapatkan. Sebagai contoh, ukuran Gini pada tahun 1995 sebanyak 0.456 telah dapat dikecilkan kepada 0.441 pada tahun 2009 dan semakin kecil lagi pada tahun 2016 iaitu 0.399. Maklumat ini menjadi bukti bahawa intra group inequalities di kalangan penduduk di Malaysia telah mengecil.

34. Inter group inequalities turut bertambah rapat. Sebagai contoh, jurang pendapatan antara Luar Bandar (LB) dan Bandar (B) telah mengecil; dari 1:1.95 pada tahun 1995 kepada 1:1.85 pada tahun 2009 dan kepada 1: 1.76 pada tahun 2016. Ahli-ahli YB bolehlah merujuk keada laporan HIS yang diterbitkan oleh DOSM.

35. Kesepuluh, Kadar inflasi yang terkawal / di tahap sederhana. Dalam tempoh 20 tahun (1997 – 2017), pada umumnya, melalui pelbagai inisiatif, kerajaan BN telah berjaya mengawal inflasi di tahap sederhana iaitu bawah 4%, kecuali pada tahun 1998 (5.2%) dan 2008 (5.4%). Hanya 3 kali melebihi 3% iaitu pada tahun 2006 (3.6%), 2011 (3.2%) dan pada tahun lepas (3.7%). Yang lainnya adalah bawah 3%.

36. Kini kadar 3.7% itu telah dapat diturunkan lagi kepada 2.7% pada bulan Januari 2018.

37. Sebenarnya rahsia atau kunci kejayaan YAB PM menangani kos sara hidup ini bukan semata-mata terletak di atas usaha mengawal kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan. Sebenarnya ia terletak di atas strategi serampang 3 mata iaitu (1) mengawal / mengurus kenaikan harga, (2) mengurangkan beban kos sara hidup dan (3) menmbah pendapatan. Kesemua 3 startegi ini terangkum dalam pakej inisiatif sejak tahun 2009 dan diteruskan dalam Bajet 2018.

38. Lantas rakyat tidaklah dihantui oleh beban kos sara hidup yang tinggi sepertimana yang dialami oleh sesetengah negara seperti Mesir, Venezuela, Mexico, India dan Turkey.

39. Maka sudah tentulah pencapaian ini merupakan satu rekod yang cemerlang sama ada kita bandingkan dengan negara maju atau pun dengan emerging economies.

40. Kesebelas, Pengurusan fiskal dan monetari yang cekap dan berhemah. Dalam hal ini, 3 angkubah penting yang ingin saya berikan perhatian iaitu (a) mengukuhkan hasil, (b) berbelanja secara berhemah dan (c) mampu membayar balik hutamg.

41. Hasil kerajaan (revenue) telah mengukuh dari RM62B pada tahun 2000 kepada RM162B pada tahun 2010 dan terus melonjak kepada RM225B pada tahun 2017 atau 260% dalam tempoh berkenaan.

42. Sekalipun hasil telah melompat namun kerjaan tetap berbelanja mengikut keperluan rakyat; tidaklah boros.

43. Melalui kombinasi hasil yang meningkat dan perbelajaan berhemah maka defisit fiskal telah berjaya di kurangkan dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 3.0% pada tahun 2017.

44. Dalam pada itu, sekalipun hutang kerajaan telah melonjak dengan ketara kepada RM685B pada tahun lalu namun kemampuan membayar balik hutang tetap tidak terjejas. Kemampuan ini, yang diukur melalui proksi Kadar Khidmat Bayar Hutang, adalah jauh lebih penting berbanding dengan angkubah saiz hutang relatif kepada saiz GDP ataupun defisit fiskal.

45. Kini Kadar Khidmat Bayar Hutang tersebut masih lagi di tahap yang prudent iaitu 12.9%. Ianya masih di bawah threshold 15% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Pemerhatian ke Bawah Duli Baginda amatlah tepat.

46. Jelas sekali YAB PM telah mematuhi nasihat Aesop (620 BC – 560 BC): It is thrifty to prepare today for the wants of tomorrow kerana YAB PM juga ingat amaran Confucius (551BC – 479 BC): He who will not economize will have to agonize.

47. Yang demikian, tidaklah menghairankan apabila ketiga-tiga Rating Agencies antarabangsa iaitu S&P, Moody dan Fitch memberikan ratings ‘stable outlook’ bagi Malaysia iaitu masing-masing A-, A3 dan A-.
48. Akhir sekali ialah Pembangunan mapan. Dalam kepesatan membangun dan memajukan negera ini, YAB Dato’ Sri tidak memperkosa alam sekitar dan tidak pula mengabaikan Agenda 21. Sebagai contoh, pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik). Endengered species juga dipelihara; malah lebih banyak lagi – 631 jenis berbanding 166 jenis (OECD).

49. Beliau juga is keeping abreast dengan perkembangan semasa yang menuntut pengurusan ekonomi hendaklah turut menekankan kemapanan atau kelastarian; bukan semata-mata hendak mengejar pertumbuhan. Lantaran itu, Malaysia, berdasarkan Sustainable Development Index (SDI) 2017, telah mencapai tahap yang membanggakan iaitu di tangga ke 54 di kalangan 157 buah negara.

50. Beliau sedar akan nasihat bahawa We don’t inherit from our parents, we borrow from our children! Justeru kita kenalah kembalikan alam ini kepada anak cucu kita dalam keadaan yang baik.

51. Dari lakaran di atas, dijangka ramai akan sependapat bahawa penilaian socio-economic-environmental outcome mix dalam sebuah raga, bukan piece meal, adalah lebih lengkap lagi. Pencapaiannya yang bersandarkan kombinasi angkubah sosial, ekonomi dan alam sekitar itu adalah satu yang unik tetapi berkaitan. Justeru amatlah wajar ianya dipahatkan di sini bahawa kejayaan luar biasa YAB Dato’ Sri itu TIADA pencabarnya. Para pemimpin dunia – di kalangan G3, G8, G20 ataupun BRICS – belum mampu menandingi beliau!

52. Kejayaan luar biasa itu juga sangatlah menakjubkan serta meninggalkan “a deep imprint on economics” – setara dengan sifat tokoh ekonomi yang diharapkan oleh Alfred Nobel. Ini bermakna, YAB Dato’ Sri, seperti Joseph Stiglitz dan Amartya Sen, layak diberikan Nobel Laureate.

53. Menilai semula pencapaian 12 parameters dalam raga yang saya huraikan itu, maka bolehlah kita simpulkan bahawa YAB PM juga telah berjaya merealisasikan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

54. Saya meraikan kejayaan itu kerana saya tidak mahu terikut-ikut dengan kecenderungan sesetengah kawan-kawan yang cukup suka menghentam dan mengutuk tanpa kesudahan. Sebaliknya saya ingin dipandu oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah.”

55. Saya sengaja kongsikan kemampuan dan kejayaan YAB DS ini dalam menterjemahkan kemenangan BN dalam PRU yang lalu untuk faedah rakyat kerana tidak ramai pemimpin yang berjaya berbuat demikian, seperti sindiran Polybius (205BC – 118BC): Those who know how to win are much more numerous than those who know how to make proper use of their victories. Justeru janganlah kita take YAB DS for granted.

56. Seterusnya sebagai orang parti yang sayangkan parti serta kasehkan pemimpin maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedua-dua entiti tersebut. Kerana kesuntukan masa, maka izinkanlah saya menyimpulkan sokongan padu saya itu dengan meminjam dan mengubah-suai sedikit kata-kata Marc Morial, President & CEO National Urban League yang mempertahankan impian Dr King: “We will not stand silent as some seek to hijack, as some seek to distort and contort, as some seek to bamboozle and confuse the vision of DSN (Dr. King’s) dream.”

57. Dalam pada itu, saya tidaklah lupa diri bahawa kita semua ini, termasuklah YAB PM, adalah tetap manusia biasa. Justeru sebagai manusia biasa, di samping memiliki kekuatan yang Allah swt pinjamkan, kita juga mempunyai kelemahan. Maka diakui bahawa masih ada kelompangan yang boleh diisi dan dibaiki bersandarkan prinsip “Quality is a moving target”.

58. Lantaran itu, berdasarkan 12 rekod kejayaan cemerlang yang telah saya paparkan tadi, maka kita mohon agar rakyat sekali lagi memberikan mandat untuk kita teruskan perkhidmatan yang belum selesai itu. Lebih banyak lagi “program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka” akan dilaksankan, sepertimana yang di nasihatkan oleh ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Kajian UNICEF

59. Pada 26 Februari lalu kita telah dikejutkan oleh hasil kajian UNICEF yang bertajuk Children Without. Kajian tersebut meliputi 16 kawasan PPR di WP KL dan sebuah kawasan PPR di Petaling Jaya.

60. Saya yakin kerajaan mengambil berat terhadap penemuan-penemuan kajian tersebut. Diakui bahawa di celah-celah kejayaan yang saya lakarkan tadi masih terdapat pockets of poverty di mana penduduk miskin mengalami deprivation dari segi pendapatan, pendidikan, kesihatan dan taraf kehidupan.

61. Sebagai contoh, mereka bekerja lebih rajin tetapi menerima pendapatan lebeih rendah; satu pertiga tiada jaringan keselamatan; tidak sampai 4% menerima zakat; 34% tidak menerima BR1M; 77% tidak ada simpanan; 51% kanak-kanak berusia 5 – 6 tahun tidak ke pra sekolah; 31% anak berusia bawah 18 tahun tidak mempunyai buku dan tahap obesiti kita lebih teruk dari Ghana. Harap tidaklah ada lagi yang salah faham bahawa kononnya gemuk / obess itu tandanya sihat.

62. Lantaran itu, dasar dan program baru yang lebih jitu hendaklah dirangka untuk mendepani isu-isu berkaitan, termasuklah perkongsian kekayaan, menangani kemiskinan relatif, jurang kekayaan, pembaziran, ketirisan dan rasuah. Isu-isu tersebut boleh pula mengancam atau membunuh perkara-perkara pokok seperti kecekapan ekonomi, hak kebebasan bersuara dan demokrasi.

63. Dalam pada itu, saya juga yakin pihak-pihak berkaitan seperti EPU dan KPWK sedang meneliti 5 syor yang telah dimajukan dalam laporan tersebut.

64. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan tahniah kepada UNICEF di atas inisiatif berkenaan.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

TN50

65. Kini saya ingin menyentuh pula mengenai visi TN50 yang diilhamkan oleh YAB DSN. Tahniah kepada YB KJ yang telah berjaya menggalas amanah yang telah diserahkan oleh YAB PM itu. Kerana kesuntukan masa, saya tidaklah bercadang unutk mengulangi apa yang telah dilporkan dalam media dan kini menjadi pengetahuan awam.

66. Pada hemat saya, pelan TN50 bukan sahaja untuk memenuhi aspirasi anak muda masa kini dalam mengharungi masa depan mereka tetapi hendaklah juga dengan tuntas mendepani 3 isu penting yang saya lihat ada kelompangan yang masih boleh diisi lagi.

67. Pertama, memiliki iltizam dan passionate berusaha menanamkan satu jambangan nilai-nilai murni universal yang mantap untuk menjadi foundation masyarakat yang kukuh lagi bermaruah serta dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Nilai-nilai itu saya rangkumkan sebagai GITAR iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility.

68. Nilai-nilai tersebut hendaklah dijadikan teras budaya kita yang diterapkan sejak dari dalam kandungan hinggalah ke liang lahat dan di segenap lapisan serta semua aktiviti masyarakat.

69. Kedua, memahami momentum perubahan struktur demografi yang sedang berlaku dan hendaklah mampu membayangkan struktur demografi sekitar pada tahun 2050 nanti.

70. Berdasrkan population momentum serta cirri-ciri demografi dan masyarkat masa kini, kita bakal mendepani senario yang berbeza dan memimbangkan pada tahun 2050 nanti. Senario yang boleh saya bayangkan ialah, kita akan mempunyai aging population yang semakin besar dan peratus kanak-kanak yang lebih kecil.

71. Penduduk tua berumur 65 tahun dan ke atas diunjurkan meningkat dari 5% pada tahun 2010 kepada sekitar 17% pada tahun 2050 ekoran dari tahap kualiti kesihatan yang bertambah baik serta jangka hayat yang meningkat manakala penduduk berumur 14 tahun dan ke bawah pula akan mengecil dari sekitar 27% kepada 16% dalam tempoh yang sama disebabkan kadar kelahiran yang semakin rendah.

72. Seterusnya sebahagian besar penduduk tua ini pula kan mengalami pelbagai masalah seperti kemiskinan, perumahan, penyakit dan kemurungan. Yang demikian, dasar dan program kerajaan, swasta dan NGO hendaklah dirangka dan reorientasikan ke arah menangani masalah-maslah tersebut.

73. Ketiga, memamahi perubahan geo-politik-ekonomi dunia dan impaknya ke atas sosio-politik-ekonomi negara kita, khususnya economic imperialism dan IR 4.0 menjelang 2050. Kita hendaklah membuat persediaan ke arah itu.

74. Saya dapati ada ruang-ruang kosong yang masih boleh diisi di situ. Justeru saya mohonlah agar 3 isu yang saya lakarkan itu dapat dijadikan sebahagian daripada input dalam merangka visi TN50.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

IR4.0

75. Saya telah menyentuh IR 4.0 sebentar tadi. Saya mohon mengembangkan sedikit topik yang kritikal ini.

76. Dari segi tahap evolusi ekonomi, Malaysia kini berada di peringkat transisi antara tahap ke dua dan ketiga iaitu antara industrialisasi dan perkhidmatan yang berteraskan K-Economy manakala negara maju seperti USA, Jerman dan Jepun pula telahpun melangkah ke peringkat Industrial Revolution (IR) 4.0.

77. Di era globalisasi ini di mana dunia hanyalah merupakan sebuah kampung global yang kecil (a small global village), suka tidak suka kita akan dilambung oleh gelombang IR 4.0 ini. Jika kita tidak bersedia maka kita akan senasib dengan sebuah rumah kecil di tepi pantai yang akan musnah dihempas oleh gelombang besar; hancur, hanyut dan musnah. Ia sudah berlaku di era IR 1.0, 2.0 dan 3.0.

78. Justeru besarnya impaknya itu maka saya ingin menumpukan sedikit masa kepada isu ini di Dewan yang mulia ini.

79. Sebelum bermulanya revolusi perindustrian atau IR 1.0, dunia berada di era pertanian atau tahap pertama (primary) ekonomi. IR 1.0 bermula di hujung kurun ke 18. Ianya dipacu oleh mekanisasi, kuasa air dan kuasa wap.

80. IR 2.0 pula bermula sekurun kemudian. Characteristicsnya ialah mass production, assembly line dan tenaga letrik manakala IR 3.0 dipacu oleh komputer dan automasi bermula pada tahun 70an. Apakah perkembangan atau evolusi selanjutnya?

81. Tahap selanjutnya kini terkenal dengan gelaran IR 4.0. Gelaran ini wujud melalui satu projek dalam bidang high tech strategy yang mahu menggalakkan computerization of manufacturing. Ianya atas daya usaha Kerajaan Jerman.

82. Terminologi ”Industrie 4.0” telah diperkenalkan pada tahun 2011 di Hannover Fair. Kumpulan Kerja yang menyediakan syor pelaksanaan Industri 4.0 diiktiraf sebagai the founding fathers dan tenaga pendorong di belakang IR4.0 ini.

83. Professor Klaus Schwab, Founder and Executive Chairman of the World Economic Forum (WEF), telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Fourth Industrial Revolution. Di dalamnya beliau menjelaskan bahawa IR 4.0 amatlah berbeza dengan 3 era sebelumnya iaitu ianya were characterized mainly by advances in technology.

84. Kita akan berhadapan dengan pelbagai teknologi baru yang terdiri dari kombinasi alam fisikal, digital dan biological. Ia pula mewakili kombinasi cyber-physical systems, the Internet of Things (IOT) , and the Internet of Systems (IOS), artificial intelligence (AI), cloud computing and cognitive computing. In short, it is the idea of smart factories in which machines are augmented with web connectivity and connected to a system that can visualize the entire production chain and make decisions on its own.

85. Kombinasi semua teknologi ini berpotensi menghubungkan berbilion manusia kepada web, meningkatkan efficiency ekonomi dan organisasi dengan ketara, mewujudkan peluang pekerjaan baru serta mampu pula memperbaiki alam sekitar.

86. Dalam pada itu, terdapat juga potensi risiko yang tinggi. Antaranya, mungkin organisasi tidak bersedia atau tidak mampu untuk menerima-pakai teknologi baru ini (hanya 14% CXO berpendapat mereka bersedia), tidak memiliki tenaga kerja yang sesuai (hanya 25% CXO berpendapat mereka ada tenaga kerja yang sesuai dan berkemahiran), kerajaan sendiri mungkin gagal untuk menyediakan peraturan dan undang-undang untuk mengawal-selia penggunaan teknologi berkenaan, seperti kesukaran mengawal bahan-bahan kurang sihat di dalam internet.

87. Terdapat juga kebimbangan dari segi keselamatan dan privacy serta pertembungan dari segi hukum agama dan undang-undang. Contohnya, kejayaan Full Body Transplant di mana kepala milik orang lain boleh dipindahkan ke tubuh badan orang lain. Baigaimanakah agaknya suami isteri dan anak beranak hendak berhubung?

88. Pada masa yang sama, penggunaan mesin, komputer, automasi, robot, AI, IOT, IOS dan sebagaimya akan mengundang risiko terhadap kehilangan pekerjaan, dari pemandu kepada guru, dari agen hartanah ke doktor dan akauntan dan seterusnya. Menurut satu unjuran, USA akan kehilangan pekerjaan sebyak 47%. Yang demikian, kemiskinan akan meningkat dan jurang kekayaan akan melebar.

89. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai tahap Revolution 4.0 itu namun kita telahpun mempunyai ciri-ciri asasnya. Sebagai contoh, pada suku tahun pertama 2017, broadband penetration rate bagi seluruh negara ialah 104% manakala bagi Melaka pula ialah 89.9%. Ini bermakna maklumat di hujung jari dan dunia berada di tapak tangan kita, termasuklah murid yang telah memiliki handphone.

90. Oleh itu semua rakyat Malaysia, khasnya kerajaan dan penjawat serta pihak swasta, hendaklah bersedia menyambut cabaran lanskap baru itu dengan merancang pembangunan modal insan dan pembelajaran yang teratur, sistematik dan holistik agar dapat memenuhi tuntutan IR4.0 ini. Justeru saya menyarankan agar pihak kerajaan bersama-sama pihak swasta dan civil society sebahu merancang dan menyediakan Pelan Induk dan Pelan Tindakan untuk menerapkan proses serta faedah IR 4.0 ini ke dalam ekonomi dan kehidupan kita sambil mengangi potensi risiko yang saya sebutkan tadi.

91. Kita tak boleh gagal merancang dan sama sekali tak boleh merancang untuk gagal! Justeru tanggungjawab kerajaan amatlah berat dan besar sekali berhubung ledakan IR 4.0 dan merealisasikan visi TN50 itu.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Dasar Green Tech

92. Semasa saya menghuraikan pencapaian socio-economic-environmental outcome mix tadi, saya ada menyentuh pembangunan mapan. Pemacu utama pembangunan mapan ini ialah green tech atau clean tech. Ia bukan sahaja boleh mewujudkan aktiviti ekonomi serta pekerjaan yang baru dan seterusnya mampu menambahkan pendapatan malah, yang lebih penting lagi, ialah ia berupaya memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu alam sekitar bagi kehidupan kita yang lebih baik dan mapan. Potensi ini boleh direalisasikan kerana ianya dipandu oleh falasafah Waste no Waste dan From Waste to Wealth!

93. Dalam pada itu, saya ingin caution Dewan yang mulia ini bahawa dasar dan pelaksanaan Green Tech ini hendaklah menyeluruh serta mampu memberi faedah kepada rakyat miskin dan golongan B40. Bukan sekadar menumpukan kepada golongan menengah dan ke atas seperti menukar lampu kalimantang yang lebih murah pada harga RM15 sebatang kepada lampu LED yang lebih mahal iaitu sekitar RM30 sebiji.

94. Saya perhatikan rich-biased policy ini juga dilaksanakan dalam bidang-bidang lain. Sebagai contoh, kerajaan memberikan insenif Import & Excise Duty Reduction with Government Approved Hybrid sebanyak RM130,000 bagi sebuah kereta 3 siri E dan sebanyak RM255,000 bagi sebuah bagi kereta 7 siri E.

95. Tidaklah salah kerajaan memberikan insentif tersebut sekiranya rakyat biasa turut menerima insentif sedemikian. Justeru disarankan agar kerajaan turut memberikan insenif seperti itu atau lebih baik lagi kepada public transport yang menggunakan green tech seperti Green Bus. Pada masa ini, Green Bus bagi tujuan berkenaan tidak menikmati faedah tersebut.

96. Turut disarankan agar TNB memberikan insentif dengan mengurangkan tarif letrik bagi public transport yang menggunakan tenaga letrik. Yang demikian, faedah green tech akan dapat dinikmati lebih menyeluruh lagi.

97. Jika dasar pro poor atau poor-biased ini diutamakan maka bukan sahaja jurang pendapatan dapat dirapatkan malah jurang kualiti hidup juga mampu dikecilkan. Lantas disarankan agar kerajaan menggubal Dasar Green Tech yang vertically and horizontally connected.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Isu Sunway BRT & MRT

98. Akhir sekali saya ingin membangkitkan isu Sunway BRT dan MRT. Sesungguhnya saya subscribe and embrace sepenuh hati pandangan YAB DS bahawa infrastruktur seperti jalan raya, rel dan pelabuhan adalah pemacu utama pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Pandangan yang sama telah turut ditegaskan dalam Titah ke Bawah Duli Baginda.

99. Saya mohon YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan Sunway BRT, (b) kos yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak-pihak lain, (c) kemampuan membayar balik sedangkan BRT ini tidak self-financing, (d) tahap ridership 2016 dan 2017 berbanding dengan unjurun asal serta (e) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

100. Saya juga ingin meminta YAB PM memaklumkan (a) jumlah kos sebenar pembinaan MRT 1 & 2, (b) kemampuan membayar balik sedangkan MRT ini tidak self-financing, (c) tahap ridership sejak dilancarkan hingga kini berbanding dengan unjurun asal serta (d) usaha untuk meningkatkan ridership tersebut.

101. Seterusnya saya ingin meminta YAB PM menjelaskan rasional tender MRT 3 yang dianggarkan bernilai RM40 bilion dibuka hanya selama 45 hari manakala tender HSR, yang dianggarkan hanyalah 20% daripada workscope MRT3, dibuka selama 6 bulan.

102. Akhir sekali, saya mohon YAB PM menerangkan (a) rasional menggunapakai Project Delivery Partner (PDP) Model semasa membina MRT 1 & 2 dan rasional menggunapakai Turnkey Model bagi MRT3 serta (b) berapakah jumlah kerugian yang dialami semasa membina MRT1 & 2 itu akibat penggunaan model PDP tersebut dan berapa banyak pulakah penjimatan bakal diperolehi dalam membina MRT3 ini ekoran penggunaan Model Turnkey berkenaan?

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penutup

103. Di awal ucapan saya tadi, saya ada menyebut tentang perkhidmatan kita sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undag di Dewan yang mulia ini. Kini tempoh kita bagi Perlimen ke 13 ini telah sampai ke penghujungnya.

104. Menurut hukum akal, persidangan in mungkin merupakan sesi terakhir bagi kita walaupun tempoh hayat Dewan masih ada sehinggalah 26 Jun nanti. Ini bermakna Dewan boleh bersidang sekurang-kurangnya sekali lagi. Dalam pada itu, saya tidak melupakan kuasa prerogatif ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b).

105. Jika sesungguhnya sesi ini merupakan yang terakhir bagi kita, maka izinkanlah saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat bersara kepada para sahabat yang mungkin tidak lagi meneruskan perkhidmatan yang mulia ini. Lalu teringatlah saya serangkap pantun ini:

Tuailah padi antara masak
Jangan nanti layu-layuan
Intailah sesama kita sementara nampak
Jangan nanti rindu-rinduan.

106. Walaupun kita bersara namun kesetiaan, iltizam dan kerja untuk parti tetap diteruskan. Inilah pula masanya untuk kita menyokong muka-muka baru dalam PRU ke 14 nanti kerana mereka telah menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu sehingga kita bergelar YB dan berada di Dewan yang mulia ini.

107. Budi dan jasa mereka serta parti hendaklah kita kenang serta dibalas dan dibayar. Tidaklah semata-mata di bawa mati. Ada ubi, ada batas; ada budi, ada balas. Kita bukanlah jenis kacang lupkakan kulit atau lepas jambatan buang tongkat. Jauh sekali dari berperangai membals susu dengan tuba.

108. Bagi para sahabat yang mungkin pula berpeluang terpilih semula sebagai calon, sama ada untuk Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri, sama-samalah kita berikan sokongan dan angkatkan doa agar semuanya berjaya nanti. In syaa Allah, berkat usaha dan doa suci kita semua, parti keramat BN kita bukan sahaja akan menang bahkan akan menang besar kelak.

109. Untuk menang besar, kita patut ingat dan elakkan 2C. We ought to be politely reminded of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”, dengan izin.

110. Amalan demokrasi menuntut kita, setiap tamat penggal, kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat. Lantaran itu, kita wajarlah ingat akan pesanan Aesop (620 BC – 560 BC) bahawa In critical moments (like GE14) even the very powerful have need of the weakest.

111. Justeru benarlah nasihat Phaedrus (15 BC – 50 AD), sepertimana yang dibuktikan oleh keputusan PRK, PRN dan PRU, bahawa “Men in however high a station ought to fear the humble”.

YB Tan Sri Yang DiPertua,

Penghargaan

112. Saya sendiri, selama 2 penggal, telah menimba banyak ilmu serta menuai pelbagai pengalaman di dalam dan di luar Dewan yang mulia ini berserta dengan kenangan manis. Ia menjadi realiti kerana nasihat dan bimbingan serta peluang yang telah diberikan oleh YAB PM, YAB TPM, para menteri, dan Timbalan Menteri serta kerjasama dari rakan-rakan yang lain.

113. Juga peluang dan ruang yang telah diberikan oleh YB TS YDP dan YB Timbalan-timbalan Speaker. Sesungguhnya sumbangan, jasa dan budi yang saya terima itu amatlah banyak sekali.

Berlari-larian menurun bukit,
Berduyun-duyun memetik kepaya,
Jasa kalian bukan sedikit,
Sebanyak daun di rimba raya.

114. Dalam pada itu, tidak lupa untuk saya mengucapkan tahniah serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan YB TS Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker dalam mengemudikan mesyuarat serta urusan Dewan dengan berkesan dan cemerlang sekali.

115. Seterusnya, dengan rendah diri saya mengaku bahawa saya mempunyai lidah tidak bertulang yang dimiliki oleh manusia biasa. Justeru jika terdapat sebarang kelemahan dan ketelanjuran kata, maka dengan seikhlas hati ampun diberi maaf dipinta:

Kunang-kunang terbang ke lembah
Hinggap bersarang di pohon buluh
Pinang mengadap sirih menyembah
Saya menyusun jari sepuluh.

116. Inilah sahaja yang ingin saya kongsikan, YB TS YDP. Saya bangun menyokong Titah Ke Bawah Duli Seri Paduka BagindaYang DiPertuan Agong yang kita sanjung dan kasihi, Raja kita.

6 Mac 2018.

, , ,

Leave a comment

Talking Points Majlis Perjumpaan Dengan Guru 2018

1. Salam dan salutation.

2. Berysukur dan berterima kasih. Undangan ini amatlah saya hargai:

Sayang selasih dalam jambangan,
Sarang penyengat di hujung laman,
Terima kasih di atas undangan,
Kan diingat ke akhir zaman.

3. Sempena Majlis yang mulia ini, berilah saya kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengundang saya untuk berucap dan memberikan pula penghormatan kepada saya untuk merasmikan Majlis ini.

4. Saya ingin pula mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan tuan-tuan & puan-puan yang mewakili warga pendidikan yang dianggotai seramai 422 ribu guru di peringkat sekolah rendah dan menengah sebanyak 10,180 buah dan mengajar seramai 5.1 juta murid pada tahun 2016.

5. Seperti semua guru sebelum ini, cikgu akan berpeluang mendidik  dan mencurahkan pelabgai sumbangan serta khidmat bakti kepada berjuta murid sehingga menjadi orang yang berpendidikan, bertamadun dan berguna kepada masyarakat dan negara nanti.

6. Sumbangan agong itu hanya dapat saya simpulkan dengan tepat dan jitu jika saya dibenarkan meminjam sebahagian sajak Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang:

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang menjadi Yang Berhormat,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa”

7. Saya ingin menegaskan bahawa cikgu semua telah memilih sebuah profesion yang mulia. Fungsi, peranan dan sumbangan guru telah diiktiraf dan dihargai oeh semua masyarakat dan agama. Sebagai contoh, sumbangan dan peranan penting para guru telah diakui sendiri oleh mantan YAB Perdana Menteri kita, YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Beliau menegaskan:

“…kejayaan pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Disinilah letaknya peranan penting profesion perguruan dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020… peranan yang dimainkan oleh para guru tidak ternilai.”

8. Apa yang diperkatakan oleh Pak Lah itu amatlah tepat sekali kerana jika sebaliknya berlaku maka negara akan mengalami malapetaka. Melalui sistem pendidikan yang lemah serta warga pendidik yang kurang ilmu dan dedikasi maka negara boleh hancur tanpa dilepaskan tembakan sebutir peluru pun sebab produk yang dihasilkan itu tidak berkualiti.

9. Sebaliknya kita dapati para pesakit telah mampu diubati oleh doktor kita kerana ilmu mereka. Bangunan pula direka oleh arkitek yang bijak dan dibina oleh konraktor yang berpengalaman. Jambatan dibina oleh jurutera yang pandai manakala pentadbiran negara diurus oleh para pentadbir yang berkemampuan.

10. Alhamdullilah, negara kita telah maju dan berjaya. Dari sebuah ekonomi yang berasakan pertanian dan nilai GDPnya sebanyak RM5 bilion pada tahun 1960 telah melonjak kepada RM1.2 trilion pada tahun ini. Di perringkat global, kita berada di top 25% dari segi daya saing dan top one-third dari segi pembangunan manusia.

11. Yang menjadi tonggak kejayaan itu bukanlah prasarana yang bertaraf kelas pertama, bukan jentera kerajaan yang besar dan bukan juga pelaburan yang mencurah-curah. Tonggak kejayaan tersebut ialah tenaga kerja yang produktif, berpengetahuan, berkemahiran dan berdisiplin serta suasana kestabilan, keamanan dan keselamatan negara.

12. Anak kunci lanskap tersebut ialah pembangunan modal insan, keharmonian dan perpaduan kaum. Yang memainkan peranan utama dalam mewujudkan lanskap berkenaan ialah kaum guru.

13. Fungsi warga pendidik sebagai arkitek sosial dan pemangkin perubahan dan peradaban manusia serta menanamkan nilai-nilai murni kemanusiaan juga telah diakui oleh semua agama dan masyarkat.

14. Justeru peranan yang besar dan mulia itu, penghormatan dan ganjaran yang diberikan oleh agama Islam kepada kaum guru amatlah tinggi sekali. Contohnya, ia terpahat dalam sebuah Hadith Nabi Muhamad saw yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan penghuni langit dan bumi, sehinggalah semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan, mengucapkan selawat atau doa kepada orang-orang yang mengajar perkara baik kepada manusia.”

“Sekiranya Allah memberi hidayat hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia berserta  sekalian yang ada di dalamnya.”

15. Sesungguhnya antara ilmu dan guru itu ibarat lagu dan irama; ianya berpisah tiada:

Pusaka Melayu:

Martabat ilmu amat tingginya,
Emas dan intan bukan bandingannya,
Barang siapa mendapatianya,
Nikmat sejahtera jua kiranya.

Berguru ke padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibrat bunga kembang tak jadi.

16. Confucius menekankan penghormatan murid kepada guru sama seperti penghormatan anak kepada kedua ibubapa. Kaum India pula meletakkan guru di kedudukan nombor tiga dan lebih tinggi daripada Tuhan seperti yang terpahat dalam ungkapan lama ini:

“Maata, Pitha, Guru, Daivam” maknanya “Ibu, Bapa, Guru, Tuhan.”

17. Sesungguhnya “Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat.”

Para guru yang saya hormati,

18. Dari segi tahap evolusi ekonomi, Melaka dan Malaysia kini berada di peringkat transisi antara tahap ke dua dan ketiga iaitu antara industrialisasi dan perkhidmatan yang berteraskan K-Economy manakala negara maju seperti USA, Jerman dan Jepun pula telahpun melangkah ke peringkat Industrial Revolution (IR) 4.0.

19. Di era globalisasi ini di mana dunia hanyalah merupakan sebuah kampung global yang kecil (a small global village), suka tidak suka kita akan dilambung oleh gelombang IR 4.0 ini. Jika kita tidak bersedia maka kita akan senasib dengan sebuah rumah kecil di tepi pantai yang akan musnah dihempas oleh gelombang besar; hancur, hanyut dan musnah. Ia sudah berlaku di era IR 1.0, 2.0 dan 3.0.

20. Justeru besarnya impaknya itu maka saya ingin menumpukan kepada isu ini di hadapan tuan-tuan & puan-puan kerana ilmu IR 4.0 juga bermula dengan guru.

21. Sebelum bermulanya revolusi perindustrian atau IR 1.0, dunia berada di era pertanian atau tahap pertama (primary) ekonomi. IR 1.0 bermula di hujung kurun ke 18. Ianya dipacu oleh mekanisasi, kuasa air dan kuasa wap.

22. IR 2.0 pula bermula sekurun kemudian. Characteristicsnya ialah mass production, assembly line dan tenaga letrik manakala IR 3.0 dipacu oleh komputer dan automasi bermula pada tahun 70an. Apakah perkembangan atau evolusi selanjutnya?

23. Tahap selanjutnya kini terkenal dengan gelaran IR 4.0. Gelaran ini wujud melalui satu projek dalam bidang high tech strategy yang mahu menggalakkan computerization of manufacturing. Ianya atas daya usaha Kerajaan Jerman.

24. Terminologi ”Industrie 4.0” telah diperkenalkan pada tahun 2011 di Hannover Fair. Kumpulan Kerja yang menyediakan syor pelaksanaan Industri 4.0 diiktiraf sebagai the founding fathers dan tenaga pendorong di belakang IR4.0 ini.

25. Professor Klaus Schwab, Founder and Executive Chairman of the World Economic Forum (WEF), telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Fourth Industrial Revolution. Di dalamnya beliau menjelaskan bahawa IR 4.0 amatlah berbeza dengan 3 era sebelumnya iaitu ianya were characterized mainly by advances in technology.

26. Kita akan berhadapan dengan pelbagai teknologi baru yang terdiri dari kombinasi alam fisikal, digital dan biological. Ia pula mewakili kombinasi cyber-physical systems, the Internet of Things (IOT) , and the Internet of Systems (IOS), artificial intelligence (AI), cloud computing and cognitive computing. In short, it is the idea of smart factories in which machines are augmented with web connectivity and connected to a system that can visualize the entire production chain and make decisions on its own.

27. Kombinasi semua teknologi ini berpotensi menghubungkan berbilion manusia kepada web, meningkatkan efficiency ekonomi dan organisasi dengan ketara serta mampu pula memperbaiki alam sekitar.

28. Dalam pada itu, terdapat juga potensi risiko yang tinggi. Antaranya, mungkin organisasi tidak bersedia atau tidak mampu untuk menerima-pakai teknologi baru ini (hanya 14% CXO berpendapat mereka bersedia), tidak memiliki tenaga kerja yang sesuai (hanya 25% CXO berpendapat mereka ada tenaga kerja yang sesuai dan berkemahiran), kerajaan sendiri mungkin gagal untuk menyediakan peraturan dan undang-undang untuk mengawal-selia penggunaan teknologi berkenaan, seperti kesukaran mengawal bahan-bahan kurang sihat di dalam internet.

29. Terdapat juga kebimbangan dari segi keselamatan dan privacy serta pertembungan dari segi hukum agama dan undang-undang. Contohnya, kejayaan Full Body Transplant di mana kepala milik orang lain boleh dipindahkan ke tubuh badan orang lain. Baigaimanakah agaknya suami isteri dan anak beranak hendak berhubung?

30. Pada masa yang sama, penggunaan mesin, komputer, automasi, robot, AI, IOT, IOS dan sebagaimya akan mengundang risiko terhadap kehilangan pekerjaan, dari pemandu kepada guru, dari agen hartanah ke doktor dan akauntan dan seterusnya. Menurut satu unjuran, USA akan kehilangan pekerjaan sebyak 47%. Yang demikian, kemiskinan akan meningkat dan jurang kekayaan akan melebar.

Para guru yang saya kasihi,

31. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai tahap Revolution 4.0 itu namun kita telahpun mempunyai ciri-ciri asasnya. Sebagai contoh, pada suku tahun pertama 2017, broadband penetration rate bagi seluruh negara ialah 104% manakala bagi Melaka pula ialah 89.9%. Ini bermakna maklumat di hujung jari dan dunia berada di tapak tangan kita, termasuklah murid yang telah memiliki handphone.

32. Oleh itu semua rakyat Malaysia, khasnya penjawat awam dan kaum guru, hendaklah bersedia menyambut cabaran lanskap baru itu dengan merancang pembangunan modal insan dan pembelajaran yang teratur, sistematik dan holistik agar dapat memenuhi tuntutan IR4.0 ini.

33. Kita tak boleh gagal merancang dan sama sekali tak boleh merancang untuk gagal! Justeru tanggungjawab cikgu amatlah berat dan besar sekali. Kaum gurulah antara kunci kejayaan masa depan kita dalam konteks TN50.

34. In syaa Allah, dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan, saya haraplah isu ini akan dibahaskan, khususnya tentang perlunya menyediakan Pelan Tindakan atau Pelan Induk untuk menerapkan faedah IR 4.0 ini dalam ekonomi dan kehidupan kita serta mengangi potensi risiko yang saya sebutkan tadi.

Warga pendidik yang saya muliakan,

35. Saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini akan terus membela nasib penjawat awam, termasuklah warga pendidik, selaras dengan Bahagian 10, Perlembagaan kita. Sebagai contoh, berbagai insentif dan kemudahan telah dimuatkan dalam Bajet 2018, termasuklah bayaran khas sebanyak RM1,500 setiap orang, cuti bersalin yang ditambah, balik awal sejam bagi pegawai wanita yang hamil lebih 5 bulan dan ke atas serta suami masing-masing, perumahan khas, dan sebagainya.

36. Lantaran itu, saya serahkan kepada kebijaksanaan tuan-tuan dan puan-puan untuk menentukan masa depan kita bersama melalui kertas undi nanti.

37. Saya amat yakin di atas kebijaksanaan cikgu semua.

38. Sekali lagi saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan pengorbanan serta kejujuran  para pendidik dan guru sekalian, selaras dengan penghormatan yang diberikan oleh Pak Hamka:

“Kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu di antaranya ialah pekerjaan guru.”

Dengan ini saya merasmikan…..Assalamu’alaikum wbt. Terima kasih.

DAA,
2 Mac 2018

,

Leave a comment

PENGANGGURAN 2017

Kadar pengangguran Melaka hampir sifar… rendah sejak saya monitor di era Melaka Maju Fasa I.
Dlm tempoh ST3/2017, hanya 0.6%. Bil.penganggur = 2,400 orang, menurut LFS.👍🏼👏🏼💐.
Dlm meraikan kejayaan itu, 2 perkara utama  perlu diberi perhatian:
1. Mewujudkan quality jobs kerana, spt yg pernah saya tuliskan, purata gaji bulanan pekerja kita lbh rendah (RM2?217) dari tahap nasional (RM2,463).
2. 2,400 penganggur itu, walaupun tak ramai, tetapi mungkin terkesan ke atas 7,000 pengundi. Jika secara purata, seramai seribu terdapat di 7 buah DUN yg marginal maka 7 DUN tersebut menuntut perhatian yg lbh.
Dlm pada itu, terdapat graduates yg menganggur atau bergaji rendah (spt menjadi security guard di tempat saya) manakala hutang PTPTN sbnyk >RM30,000 menuntut supaya dibayar.
Kerana itulah Portfolio Kumpulan Fokus diwujudkan dan mereka ini patutlah menjadi salah satu kumpulan fokus.
Mengenai syor gaji yg tinggi, ia bkn saja blh meningkatkan kecekapan, produktiviti, tadbir urus & kesejahteraan hidup malah blh menghapuskan rasuah spt yg berlaku di Singapura.
Gaji PM Singapura lbh tinggi dari gaji President America!!!!

Leave a comment

SERIUSKAH UMNO NAK MENANG PRU14…???

1. Ramai antara kita, termasuklah saya, bernostalgia… terkenang2 masa UMNO hebat dulu…sama spt lagu R. Azmi ini:

dan sama spt maksud pantun Melayu berikut:

Pulau Pinang bandar baru
Kpt Light menjadi raja
Bila terkenang masa nan lalu
Berlenang2 si air mata.

2. Tetapi kita perlulah segera sedar dan bangkit dari mengelamun. Kita perlulah sedar bahawa ramai pengundi skrng sudah lupa / tak kesah pun akan Mei 13 & DEB serta FELDA yg banyak masalah sebab mereka bkn produk era berkenaan, di samping ianya sudah pudar dari ingatan, seperti mana generasi saya yang tak kesah dan tak blh relate dgn kekejaman pemerintahan Jepun kerana tidak dilahirkan di zaman tersebut.

3. Ramai pengundi yg berumur bawah 40 thn (kira2 40% drp jum pengundi) adalah bkn produk DEB atau FELDA. Mereka adalah produk PTPTN/PINJAMAN MARA.

4. Maka yg berjaya tak terasa terhutang budi dgn kerajaan/UMNO sbb mereka yg perlu bayar hutang lbh RM30 ribu seorang.

5. Mereka marah dan kecewa kerana tidak menikmati Hak 153.

6. Yg berjaya tetapi x dpt kerja lg marah sbb dihambat pula oleh PTPTN & disekat oleh imigresen (500 ribu orang).

7. Terdapat lbh setengah juta penganggur pada tahun ini; tiga suku berumur bawah 30 thn & 30% berkelulusan tertiari. Mampukah mereka senyum riang?

8. Di kalangan 10 juta pekerja bergaji, 50% drp mereka bergaji bawah RM1700 sebulan. (Lihat Laporan Gaji & Upah 2016). Bolehkah mereka senyum tawa? (lihat di bawah cerita hasil kajian students UUM tentang dapur mereka yg berpendapatan bawah RM2000 sebulan!)

Info dari group kaji selidik ruang dapur rakyat Malaysia

Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar UUM Sintok Kedah pergi membuat research dari rumah ke rumah untuk mengintai dapur golongan berpendapatan rendah. Rata-rata mereka berkeluarga anak 1 atau 2 orang.

Hasil kajian mendapati ada beberapa golongan kategori keluarga hidup dalam keadaan yang agak membimbangkan.

Kategori 1
Sebulan sekali makan ayam atau daging, hari-hari biasa lauk berkuah seperti kari telur itik, sayur tauge goreng dan ulaman dan air sirap.

Kategori 2
Setiap hari berlaukkan telur dadar atau sekadar goreng telur ayam makan bersama kicap dan air kosong.

Kategori 3
Yang paling sedih, hanya makan nasi dengan kicap tanpa lauk, beras dari ehsan keluarga & sumbangan orang ramai dan minum air kosong.

Kategori 4
Makan roti cicah air kopi atau teh, tiada stok di dapur. Nasi makan seminggu sekali.

Kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan dan mempunyai kenderaan untuk pergi ke tempat kerja. Gaji atau pendapatan mereka sekitar RM 2,000 ke bawah sebulan.

Ini tahun 2017! Para penyelidik semua menyerahkan hasil kajiselidik kepada pensyarah mereka masing-masing. Ternyata raut wajah mereka semua risau akan masa depan diri mereka masing-masing.

Semoga artikel ini sampai kepada mereka yang diberi amanah mentadbir negara kita agar mereka tahu yang rakyat Malaysia sedang dalam siksa dan derita.

Mustaza Al Bakri
UUM Sintok Kedah

wallahu wa’alam…….

Mcm tak percaya kan, Tok?

Sudah 60 thn merdeka.

 Ekonomi tumbuh dgn rancak..6.2% (3Q2017)!!👍🏼

Pendapatan per kapita RM42,000+.👍🏼

2016, purata pendapatan isi rumah = RM6958 (Msia); RM6848 (Melaka).👍🏼

Pengangguran rendah…sekitar 3.4% (full employment).👍🏼👍🏼

Betullah tu. Itu lanskap yg cantik molek.

Mari kita share pula lanskap yg kurang menarik utk sama2 kita appreciate dan bantu atasi mengikut kemampuan masing2… melengkapkan usaha kerajaan spt yg terpahat dlm tema Bajet 2018 (Melaka & Msia).

Berdasarkan laporan HIS 2016, terdapat hampir 300 ribu buah isi rumah (purata 4 orang)  luar bandar atau hampir 20% yg berpendapatan bawah RM2000 sebulan dan hanya memperoleh hampir 9% drp jumlah pendapatan.

Di Melaka terdapat 7300 isi rumah (3.4%) yg juga dlm kategori pendapatan yg sama dan hanya dapat syer pendapatan 0.7%!

Separuh (5.1 juta) drp pekerja Msia bergaji bawah RM1700 sebulan.

30% drp pekerja kita bergaji bawah RM1500.

Yg miskin adalah isi rumah berpendapatan bawah RM960 sebulan.

Saya beri contoh sebenar  seorang ibu tunggal dgn 2 anak yg bergaji kurang sikit RM1000, setelah tolak EPF & SOCSO.

* pinjaman rumah RM350 sebulan

* beri anak yg belajar di Trengganu RM350 sebulan (sewa rumah RM130. Mcm mana dia nak survive dgn RM220 sebulan atau RM7.30 sehari?)

* baki RM300 utk survive dgn 2 beranak; anak sekolah menengah.

How do they survive with such meagre income?

Blh kita imagine? Blh percaya ada keluarga hidup sedemikian?

Inflasi di Melaka pula lbh tinggi dari Msia.

Bulan Okt 2017:

Msia 3.7% (overall); 4.4% (makanan)

Melaka 4.2% (overall); 5.1% (makanan).

Beberapa bantuan direct utk kumpulan ini spt yg diumumkan dlm Bajet pusat & Melaka perlulah diwar2kan dgn meluas supaya mereka tahu dan blh memohon. Contohnya bantuan utk ex Rela & tentera x berpencen.

Jentera kerajaan perlulah lbh efficient dan effective utk laksanakan dasar/keputusan kerajaan itu.

Mountain has to go to Muhammad!

DAA
28 Nov 2017.

Bank Dunia dll telah mengiktiraf kejayaan Msia dlm usaha membasmi kemiskinan mutlak (absolute piverty – AP); dari 49.3% (1970) kpd 0.4%(2016); hampir zero.👍🏼

Melaka, Johor, Selangor & WP  = 0 (Statistically).👍🏼👍🏼

Walau bagaimanapun, relative poverty (RP) masih lagi tinggi dan ianya meningkat pula.

Pd tahun 2016, RP Msia meningkat kpd 16% banding 15% pd thn 2014. RP Melaka pula menokok kpd 9% dari 7% dlm tempoh yg sama.

Mengambil kira 2 senario tersebut yg kontras (AP  & RP), maka sesuai sekalilah kerajaan, terutama sekali kerajaan Melaka, melakukan anjakan paradigma dari membasmi kemiskinan (eradicating poverty) kpd berkongsi kemakmuran (sharing prosperity).

Klu minat dan serius, DW can take over from here.

My idea is ZERO cost

9. Kos sara hidup pula terus meningkat. (Melaka antara yg tertinggi berdasarkan CPI. Sila lihat Carta). Adakah mereka tak mengeluh?

10. Perlu juga diambil perhatian bahawa rakyat semakin literate (>95%), semakin bermaklumat (>100% broadband penetration) & majoriti berjiwa bandar (Msia >75%; Melaka 93%).

11. Lanskap baru ini (para 2 – 10) mengubah DNA para pengundi serta memberi impak ke atas voting behaviour dan seterusnya akan memberi kesan kepada UMNO.

12. Lantaran itu, strategi, perancangan dan pelan tindakan serta sikap, fokus dan content ucapan pemimpin UMNO hendaklah berubah. Keluarlah segera dari kepompong pemikiran lama yang sudah lapuk dan jumud itu.

13. Lagu dan modal lama sudah basi dan tak berbisa lagi. Contohnya Isu 13 Mei dan orang Cina sebagai Fear Factor sudah tak lut ke atas orang Melayu. Malah mereka salahkan pula pemimpin UMNO kerana tidak memahatkan dalam Perlembagaan Msia bahawa hanya orang Melayu Islam SAHAJA boleh jadi PM, seperti jawatan MB Perak dan Selangor.

14. Carilah Fear Factor yg lain, jika perlu.

15. Untuk menarik sokongan mereka, UMNO hendaklah dilihat ikhlas dan sungguh2 menjuarai isu2 yg dekat dgn hati nulari para pengundi – Melayu dan bukan Melayu. Antaranya:

a) mewujudkan lbh banyak peluang pekerjaan yg berpendapatan tinggi (malangnya 90% jawatan baru berpendapatan rendah. Sila lihat Penyiasatan Tenaga Buruh, 2010 – 2015)

b) mewujudkan peluang menjana pendapatan yg berpatutan (pinjaman AIM dikenakan faedah 10% flat rate; lbh tinggi dari 15% sliding scale. Adakah ini hak istimewa utk orang Melayu miskin bawah 153?)

c) menurunkan kos sara hidup

d) bantu atasi masalah hutang PTPTN

e) rapatkan jurang kekayaan antara kumpulan (inter group inequalities) yg melebar (HIS 2016), rujuk: https://darahtuah.wordpress.com/2017/10/12/ulasan-ringkas-ke-atas-his-hes-2016/

f) perjuangkan 152 & 153 dgn penuh kesungguhan (dukacita pemimpin UMNO sendiri dilihat mencabuli kedua2nya)

g) mempelopori GITAR (Good Governance, Integrity, Transparency, Accountability & Responsibility).

16. Jika dapat dilakukan segera 7 saranan di atas maka diyakini peluang UMNO untuk menang PRU14 adalah lebih cerah lagi. In syaa Allah.

17. Adakah UMNO serius? Jika ya, sama2lah kita halusi coretan ini.

Wallahu’alam.

DAA
2 Dis 2017.

, ,

Leave a comment

PERBAHASAN BAJET 2018: JPM

YB TS YDP,

1. Saya ingin menumpukan kepada isu-isu makro terlebih dahulu sebelum saya menyentuh isu mikro di peringkat JPM. Kerana masa yang terhad, saya akan tumpukan kepada tiga isu makro iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan.

2. Pada hemat saya, Bajet merupakan instrument tahunan yang dirancang untuk address bermacam-macam isu dan keperluan, termasuklah 3 isu utama ini selaras dengan apa yang digubal di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun iaitu terkini adalah RMK11.

3. Di samping itu, saya akan menyentuh juga TN50, sepertimana yang terkandung dalam Bajet ini. Ianya pertama kali dikumandangkan pada tahun lalu semasa YAB DS selaku MK1 membentangkan Bajet 2017.

4. Isu meningkatkan kecekapan akan juga saya liputi.

(a) Pertumbuhan ekonomi

5. Berhubung pertumbuhan ekonomi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai (a) sasaran pertumbuhan ekonomi kita menjelang 2020 serta (b) sasaran sumbangan 40% gaji & upah (Compensation of Employees – CE) kepada GDP serta (c) sasaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

6. Sasaran ekonomi berpendapatan tinggi berpaksikan kepada kerancakan aktiviti ekonomi manakala gaji & upah pula merupakan sumbangan kedua terbesar kepada ekonomi/GDP. Gaji & upah juga merupakan punca terbesar (63%) pendapatan isi rumah kerana hampir tiga suku daripada 14.2 juta penduduk yang bekerja adalah pekerja makan gaji atau employees!

7. Saya ingin menarik perhatian kepada sasaran nilai GDP kita di bawah RMK11 sebanyak RM1.76 trilion pada harga semasa menjelang tahun 2020. Untuk mencapai nilai tersebut pada tahun berkenaan, dianggarkan ekonomi kita memerlukan pertumbuhan CAGR atau Compounded Average Growth Rate pada harga semasa sebanyak 9.2% setahun. Memandangkan purata kasar pertumbuhan GDP pada tahun 2016 – 2018 hanyalah kira-kira 7.7% setahun pada harga semasa atau hanya 84% dari apa yang disasarkan itu maka saya ingin bertanya YB Menteri mampukah kita mencapai nilai GDP tersebut pada tahun 2020 nanti?

8. Saya juga ingin bertanya kepada YB Menteri berkenaan adakah kita mampu mencapai sasaran CE 40% itu dalam masa 4 tahun lagi? Saya bimbang kerana peningkatan sumbangan gaji dan upah kepada GNI itu sangatlah pelahan iaitu hanyalah 0.4% antara 2015 dan 2016.

9. Seterusnya saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa GNI Per Kapita kita pada tahun ini dianggarkan RM40,713 pada harga semasa; meningkat sebanyak RM2,922. Pada tahun hadapan, GNI Per Kapita ini diunjurkan menokok RM2,064 lagi kepada RM42,777.

10. Sasaran GNI Per Kapita yang hendak kita capai menjelang 2020 ialah USD15,000 atau RM63,000, berdasarkan nilai tukaran asing USD1 bersamaan RM4.20. USD15,000 ini adalah penanda aras atau benchmark bagi negara berpendapatan tinggi, sepertimana yang ditetapkan oleh World Bank/IMF.

11. Ini bermakna kita memerlukan lagi tambahan sebanyak RM22,287 seorang dalam masa 3 tahun akan datang atau tambahan purata sebanyak RM7,429 setahun untuk mencapai sasaran GNI Per Kapita RM63,000 pada tahun 2020. Mohon jelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah insiatif konkrit yang telah disusun untuk mencapai sasaran tersebut.

12. Pada tahun 2020, berdasarkan prestasi sekarang, GNI Per Kapita kita mungkin sekitar RM45,000 – RM48,000. Sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi, pada tahun 2020, telah diunjurkan GNI Per Kapita bagi ekonomi berpendapatan tinggi adalah sekitar USD15,000. Kita boleh mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi yang diunjurkan itu kalaulah nilai US$1 bersamaan RM3.00 – RM3.20. Mampukah Ringgit kita mengukuh ke tahap tersebut pada tahun 2020 nanti?

13. Untuk memastikan bahawa kemakmuran ini dinikmati secara inklusif oleh semua kaum, selaras dengan Pe-Tunjang ke 4 maka yang lebih penting lagi untuk kita ketahui ialah berapakah GNI Per Kapita mengikut kaum pada masa kini dan pada tahun 2020 nanti? Wajar diingat bahawa kita bukan merancang ekonomi hanya untuk ekonomi. Kita merancang dan membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat!

14. Lantaran itu, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula RMK11 pada tahun hadapan (Mid Term Review) dan menyemak unjuran-unjuran berkenaan yang mana, pada hemat saya,  agak optimistik dan kurang menepati sasarannya?

YB TS YDP,

(b) Gunatenaga

15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada kerajaan BN. Kali ini adalah kerana kejayaan mengekalkan kadar guna tenaga penuh selama 21 tahun (1995 – 2016) berturut-turut iaitu di mana kadar pengangguran kita berada di bawah 4%. Saya amat yakin kita akan terus mampu mengekalkan rekod tersebut pada tahun ini.

16. Namun di celah-celah rekod cemerlang itu, terdapat pula beberapa isu pasaran buruh yang kurang kondusif dan perlulah diperbaiki lagi.

17. Diakui isu gunatenaga ini menyentuh beberapa kementerian seperti JPM, KDN, Kementerian Sumber Manusia, KPM, KPT dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Mohon semua kementerian berkenaan memberikan perhatian.

18. Soalan saya yang pertama ialah apakah usaha kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan baru bagi kira-kira setengah juta penganggur pada tahun 2016, termasuklah lebih 170 ribu (33.6%) berkelulusan tertiari dan hampir 390 ribu (77%) yang berumur bawah 30 tahun yang menganggur dalam suasana pasaran buruh yang lemah dan dibanjiri pula pekerja asing? Pada masa yang sama, terdapat kira-kira setengah juta pekerja lagi yang underemployed?

19. Yang demikian, program SL1M perlulah dipergiatkan dan keberkesanannya perlulah dimantapkan lagi.

20. Kedua, apakah usaha untuk mengurangkan kebergantungan yang semakin tinggi terhadap buruh asing yang kini dianggarkan telah mencecah 30%? Mereka bukan sahaja (a) telah merampas sebahagian besar dari 1.8 juta pekerjaan yang telah diwujudkan di bawah RMK10 malah (b) mereka jugalah yang telah menekan kenaikan real wages dan seterusnya (c) menyebabkan golongan B40 terus kekal berada dalam kelompok berkenaan serta (d) akan melambatkan pula pencapaian tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

21. Ketiga, dalam kegigihan kita mengejar tahap ekonomi berpendapatan tinggi itu, apakah usaha segera kerajaan dan majikan swasta untuk memperbetulkan pasaran buruh yang bobrok ini dengan berganjak dari low-wage labour-intensive industries ke high-wage high-tech industries, memperbaiki working conditions serta merombak gaji dan upah pekerja yang masih berada ditahap yang rendah atau memperkenalkan wage reform? Misalnya, pada tahun 2016, gaji penengah atau median kita hanyalah RM1,700 sebulan.

22. Pada tahun 2020, diunjurkan 46% pekerja atau 7 juta pekerja akan menerima bawah RM2 ribu sebulan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2.3 juta pekerja akan menerima gaji bawah RM1 ribu sebulan dan seramai 4.7 ribu pekerja lagi akan menerima gaji dari RM1 ribu ke RM2 ribu sebulan sedangkan sasaran gaji median pada tahun 2020 adalah RM2,500 sebulan?

23. Sekali lagi saya tegaskan bahawa mereka ini, termasuklah golongan berkelulusan tertiari, akan kekal dalam golongan B40 kerana, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016, pendapatan kasar maksima isi rumah B40 adalah RM4,360 sebulan sedangkan gaji penengah golongan tertiari itu hanyalah RM3,274 sebulan! Justeru sahlah mobiliti sosial mereka amatlah terhad.

24. Dalam pada itu, keempat, apakah usaha kerajaan untuk memperbetulkan delima struktur ekonomi kita yang dilihat kurang efficient ini dari segi produktiviti buruh dan kenaikan gaji. Buktinya, di bawah RMK10, gaji telah meningkat lebih pantas iaitu 4.2% setahun yang mana ianya tidak seiring dengan kenaikan kadar produktiviti buruh yang lebih perlahan iaitu hanyalah 2.6%?

25. Keadaan ini berterusan pada tahun 2016 di mana CAGR bagi kenaikan gaji adalah lebih tinggi iaitu 6.2%, menurut Laporan Penyiasatan Gaji & Upah 2016 berbanding kenaikan pertumbuhan produktiviti buruh hanyalah sebanyak 3.5%, menurut MPC!

26. Kelima adalah mengenai sasaran gaji / pampasan pekerja menjelang 2020. Seperti yang saya katakan tadi, kerajaan mensasarkan gaji median menjelang 2020 adalah sebanyak RM2,500 sebulan. Pada masa yang sama, kerajaan mensasarakan sumbangan pampasan pekerja atau compensation of employees kepada GDP pada tahun tersebut adalah sebanyak 40% berbanding 34.9% pada tahun 2015.

27. Di sini timbul dua isu utama.

28. Pertama, untuk mencapai sasaran 40% itu, gaji dan upah atau pampasan pekeja perlulah menigkat kepada RM3,500 sebulan; bukannya RM2,500 sebulan. Untuk mencapai tahap tersebut, ianya memerlukan kadar CAGR sebanyak 8%. Ironisnya, di bawah RMK11, sasaran kadar kenaikan produktiviti buruh hanyalah 3.7%; lebih rendah dari kenaikan gaji! Resipi ini sudah pasti mengurangkan daya saing dan outcome yang hampir pasti ialah syarikat terpaksa ditutup.

29. Kedua, mengikut rekod 2014 – 2016, kenaikan gaji adalah sebanyak RM100 setahun. Sekiranya kadar kenaikan tahunan ini terus kekal maka, bagi tempoh 4 tahun mendatang (2017 – 2020), jumlah kenaikan gaji bersamaan RM400. Kenaikan yang diperlukan ialah sebanyak RM800 (dari RM1,700 ke RM2,500) atau RM1,800 (dari RM1,700 ke RM3,500). Justru terdapat defisit antara RM400 – RM1,400.

30. Dalam keadaan sedemikian, apakah usaha drastik Kerajaan untuk memastikan sasaran-sasaran tersebut mampu dicapai kelak?

31. Akhir sekali, yang keenam, ialah mengenai isu diskriminasi. Di sektor swasta, kita sering mendengar amalan diskriminasi ke atas pekerja yang agak berleluasa. The discrimination is disguised in many forms, dengan izin. Banyak kajian telah dibuat tentang the prevalence of discrimination ini. Antara kajian tersebut ialah Lee, Hwok-Aun and Muhammed Abdul Khalid (2016). Discrimination of high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia, Journal of the Asia Pacific Economy (1): 53-76.

32. Antara penemuan yang diperolehi ialah diskriminasi bermula dari peringkat iklan, temuduga hnggalah ke peringkat penetapan gaji permulaan, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Sebagai contoh, lebih ramai graduan Bumiputera (49%) menerima gaji permulaan yang lebih rendah (RM1,500 dan ke bawah) berbanding India (41%) dan Cina (33%).

33. Untuk menangani isu diskriminasi tersebut secara tuntas dan menyeluruh maka saya syorkan di Dewan yang mulia ini agar dipertimbangkan Fair Employment Act. Akta ini, antara lain, hendaklah memperuntukkan penalti ke atas majikan yang melakukan diskriminasi negatif berasaskan jantina, kaum, agama, bahasa dan seumpamanya.

34. Ringkasnya, adakah kerajaan memantau dan mengkaji isu pasaran buruh yang sarat dengan masalah ini secara holistik? Ia merangkumi, antara lain, struktur ekonomi yang lemah, produktiviti buruh yang rendah, mismatch supply and demand, the multi-faceted nature of unemployment seperti underemployment, hidden unemployment, disguised unemployment, lambakan buruh asing, diskriminasi, isu gaji dan upah yang rendah dan lain-lain lagi? Jika tidak dibuat maka you are not doing your job. Jika ada, then you have failed to solve the problems!

YB TS YDP,

(c) Kemiskinan & Jurang melebar

35. Saya ingin ketengahkan pula isu kemiskinan dan jurang kekayaan yang kian melebar.

36. Sepertimana yang semua ketahui bahawa membasmi kemiskinan adalah salah satu dari strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

37. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 yang diumumkan baru-baru ini, purata pendapatan kasar isi rumah bulanan pada tahun 2016 adalah RM6,958 sebulan; melonjak 2,536% dari RM264 sebulan pada tahun 1970!

38. Purata pendapatan kasar isi rumah bulanan semua kaum juga menokok dalam tempoh tersebut. Bagi isi rumah Bumiputera, purata pendapatan kasar mereka telah menokok dari RM172 sebulan kepada RM6,267 sebulan manakala pendapatan kaum Cina telah melonjak dari RM394 sebulan ke RM8,759 sebulan dan pendapatan kaum India pula melompat dari RM304 sebulan ke RM7,130 sebulan.

39. Yang demikian, kemiskinan mutlak telah dapat dibasmi dari 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar (0.36%) pada tahun 2016. Kejayaan cemerlang ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia.

40. Kadar kemiskinan bagi 3 kaum utama juga telah berjaya dihapuskan hingga hampir sifar. Kadar kemiskinan Bumiputera kini hanyalah 0.48%, Cina = 0.06% dan India = 0.11%.

41. Begitu jugalah kadar kemiskinan bandar dan luar bandar; kadar kemiskinan masing-masing telah menurun kepada 0.17% dan 1.04% sedangkan banyak negara lain bukan sahaja bergelut dengan kemiskinan malah masih terus dicengkam kemiskinan tegar.

42. Lantaran itu, tidak hairanlah, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-masing di tangga ke 42 dan 38.

43. Walau bagaimanapun, di celah-celah kejayaan itu masih terdapat ruang untuk pembaikan. Sekalipun kadar kemiskinan itu kini amatlah rendah, namun eloklah juga diberikan perhatian serta diambil tindakan yang sesuai atas semangat inklusif yang diterapkan melalui Pe-Tunjang Keempat Bajet ini.

44. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kadar kemiskinan kaum Bumiputera adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan kaum Cina, 4 kali ganda lebih tinggi dari kaum India manakala kadar kemiskinan luar bandar pula adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan bandar!

YB TS YDP,

45. Di samping meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan, kerajaan BN juga berjaya menangani intra jurang pendapatan. Berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang telah dapat dirapatkan dalam tempoh 1970 – 2016 iaitu dari 0.513 atau 51.3% kepada 0.399 atau 39.9%. Sepertimana semua YB maklum, menurut ukuran Gini Coefficient, 0 is perfect equality while 1 is perfect inequality, dengan izin.

46. Dalam pada itu, izinkan saya menarik perhatian kerajaan kepada 2 isu utama yang perlu ditangani segera. Pertama ialah mengenai kemiskinan relatif atau relative poverty dan kedua ialah mengenai jurang kekayaan antara kumpulan atau inter-group inequalities.

47. Pada hemat saya, setelah kita berjaya menangani kemiskinan mutlak hingga hampir sifar maka sudah sampai masanya kita memberi perhatian pula kepada usaha untuk membetulkan kemiskinan relatif.

48. Data Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah bagi tahun 2014 dan 2016 menunjukkan kemiskinan relatif ini masih tinggi; malah ianya terus meningkat. Pada tahun 2014, kadarnya di peringkat nasional ialah 15% dan meningkat kepada 16% pada tahun 2016. Di 7 buah negeri, kadarnya 20% dan lebih. Paling tinggi ialah Kelantan: 38%!

49. Isu kemiskinan relatif tersebut berkait rapat dengan jurang antara kumpulan yang melebar iaitu jurang antara kaum, antara bandar dan luar bandar, antara B40 dan T20 dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 1970, jurang mutlak purata pendapatan kasar bulanan isi rumah kaum Bumiputera berbanding pendapatan kaum Cina ialah RM222; pada tahun 2016, jurang ini telah melebar kepada RM2,492; lebih 11 kali ganda lebaranya!

50. Dari segi nisbah ketidaksamaan, jurang pendapatan antara dua kaum tersebut juga turut melebar; dari 1 (B):1.38 (C) pada tahun 2014 kepada 1 (B):1.39 (C) pada tahun 2016.

51. Begitu juga jurang antara B40 dan T20. Ianya turut melebar; dari 1 (B40):5.639 (T20) pada tahun 2014 kepada 1 (B):5.649 (T20) pada tahun 2016.

52. Sebab utama senario ini berlaku ialah kerana pendapatan kumpulan bawahan B40 yang mana kira-kira 75% adalah terdiri kaum Bumiputera tidak meningkat sepantas kumpulan atasan T20. Outcomenya ialah syer pendapatan B40 menurun dari 16.8% pada tahun 2014 kepada 16.4% pada tahun 2016 manakala syer pendapatan T20 pula meningkat dari 46.1% kepada 46.2% dalam tempoh yang sama.

53. Jika kita meneliti pula pemilikan aset bukan kewangan, jurang antara kaum adalah lebih besar lagi dan terus melebar antara tahun 2009 dan 2012. Contohnya, pemilikan terraced factories / warehouses oleh Bumiputera merosot dari 45% kepada 35.1%, commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complexes menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

54. Tahap kemiskinan dan jurang kekayaan ini digambarkan dengan lebih jelas lagi dalam buku The Colur of Inequality: ethnicity, class, income and wealth in Malaysia yang ditulis oleh Dr Muhammad Abdul Khalid. Antara penemuan beliau yang wajar kita depani selaras dengan semangat keterangkuman dan slogan Rakyat Didahulukan ialah:

• Lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan
• Golongan 10% terkaya mengawal 77% aset kewangan negara
• 80% rakyat berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% aset kewangan negara
• Lebih 70% rakyat Malaaysia yang tidak mempunyai aset kewangan negara itu adalah Bumiputera
• Lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai ASB
• Lebih 70% Bumiputera yang memiliki ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang

55. Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, izinkan saya mencadangkan agar kerajaan melakukan anjakan paradigma dari segi dasar dan program iaitu mengubah fokus membasmi kemiskinan mutlak yang telah berjaya itu kepada fokus berkongsi kemakmuran (sharing prosperity) sebagaimana yang disarankan oleh World Bank/IMF.

56. Pra syarat menjayakan strategi baru ini, menurut institusi tersebut, ialah pertumbuhan yang lebih inklusif dan mapan. Menurut Setiausaha Agong PBB, Mr Ban Ki-moon, pertumbuhan ini pula memerlukan 3 elemen penting.
“…three elements are needed to make growth more inclusive and sustainable: investment in human capital that favors the poor, the best use of safety nets, and steps to ensure the environmental sustainability of economic growth. These three elements are imperative to all countries’ development strategies, and are also fundamental to global efforts to achieve the twin goals of Ending Poverty and Sharing Prosperity.”

57. Oleh kerana masa mencemburui kita, maka saya sarankan pihak-pihak yang berkenaan seperti EPU, ICU dan SERI membuat kajian yang lebih mendalam lagi dengan tujuan untuk melaksanakannya. Laporan The Global Monitoring Report 2014/2015: Ending Poverty and Sharing Prosperity bolehlah dijadikan salah satu bahan rujukan. Jika tidak setuju dengan syor saya ini, mohon berikan alternatif yang lebih baik.

58. Saya yakin terhadap syor tersebut kerana, pada hemat saya, pelaksanaan perkongsian kemakuran ini adalah selaras dengan semangat yang terkandung dalam ucapan YAB PM yang telah beliau lafazkan pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE):

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”

59. Sesungguhnya saya amat yakin bahawa apa yang yang disarankan oleh YAB PM dan apa yang diketengahkan oleh World Bank untuk membantu golongan terpinggir itu bukanlah menjurus pendekatan ala Robin Hood. Dan janganlah pula tuduh saya bersifat rasis. Niat ikhlas saya adalah terkandung dan tersurat dalm pantun ini:

Kita tak hendak ke seberang
Kita hanya hendak ke kota
Kita tak hendak hak orang
Kita hanya hendak hak kita.

60. Perlulah diingat bahawa golongan yang terpinggir ini adalah dari kalangan majoriti dan minoriti. Justeru sementara kita masih mempunyai masa untuk mendepani PRU14 maka wajarlah kita menyegerakan tindakan mitigasi dan berkongsi kemakmuran ini kerana sesunguhnya ingatan YAB PM pada 11 November 2013 boleh memercikkan peluh dingin:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?”

61. Gambaran kedudukan di kalangan kaum yang saya lakarkan ini adalah piece meal serta terlau kecil dan sedikit. Justeru saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon kepada YB Menteri agar memberikan maklumat yang lengkap dan terkini tentang kedudukan sosio-ekonomi semua kaum supaya kita semua berada di same page. Yang demikian, kita akan tahu kedudukan kita dan kita akan sama-sama tahu destinasi kita.

YB TS YDP,

62. Mengambil kira jurang yang terdapat antara apa yang dirancang serta apa yang dilaksanakan dan hasil yang telah dicapai serta sasaran yang mungkin tidak tercapai, sebagaimana yang telah saya lakarkan melalui tiga parameters utama tadi iaitu (a) pertumbuahn ekonomi, (b) gunatenaga dan pengangguran, dan (c) kemiskinan serta jurang kekayaan, maka syor untuk menubuhkan SERI itu amatlah bertepatan sekali.

63. Ia melengkapkan sistem dan struktur pengurusan yang merangkumi empat komponen utama iaitu (a) perancangan (EPU), (b) pelaksanaan (kementerian/jabatan berkaitan), (c) penyelarasan dan pemantuan (ICU) serta (d) penilianan & penyelidikan (SERI).

64. SERI has been the missing link sejak SERU dimansuhkan pada tahun 1980an. Saya membayangkan SERI mempunyai dua peranan dan tanggungganjawab yang utama, besar dan berat. Pertama, mengkaji dan menilai keberkesanan dasar serta program dan peruntukan kerajaan selaras dengan objektif yang diharap dan sasarkan. Kedua, mengemukakan syor alternatif atau solusi yang pragmatik dan doable. Justeru kompetensi institut ini amatlah kritikal sekali.

65. Sebagai contoh, SERI wajar segera mengkaji mengapa jurang kekayaan/ pendapatan semakin melebar sekalipun kerajaan telah memeberikan tumpuan dengan menyediakan peruntukan yang besar. Misalnya, kerajaan telah menyedialan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi tiga program untuk membasmi kemiskinan, meyususn semula masyarakat dan membangunkan perkampungan nelayan.

66. Walau bagaimanapun, hanya 8% atau RM520 juta sahaja telah dibelanjakan pada tahun 2016 manakala 2% lagi atau RM149 juta telah diperuntukan pada tahun ini. Pada tahun 2018 sebanyak RM416 juta atau 7% telah diperutukkan. Bagi tempoh 3 tahun, hanya 17% atau RM1.1 bilion sahaja yang telah diperuntukan/dibelanjakan. Secara purata, sepatutnya 60% telah diperuntukkan/dibelanjakan dalam tempoh 2016 – 2018. [Muka surat 105, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) 2018].

67. Sementara menunggu SERI diwujudkan dan membuat kajian serta penilaian yang sepatutnya, mohon YB Menteri berkenaan menerangkan kepada Dewan yang mulia ini sebab-sebab jurang peruntukan-perbelajaan tersebut berlaku dan apakah remedinya?

YB TS YDP,

Aspirasi TN50

68. Kita semua sedar bahawa kerajaan bukan sahaja memberikan perhatian kepada day to day running of the government mala ia juga perlu merncang untuk masa depan.

69. Pada awal tahun 1990an kerajaan BN telah merancang W2020. Dalam masa 2 tahun lagi ia akan cukup tempoh. Sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab dan berwawasan/visionary, kini dirancang pula TN50.

70. Justeru saya menyokong penuh apa yang telah digariskan di bawah Pe-Tunjang Kedua dalam Bajet 2018 ini.

71. Dalam pada itu, saya ingin menambah apa yang telah dilakarkan itu.

72. Diakui bahawa kerajaan memberi komitmen “pembelaan nasib semua golongan” [para 81, Teks Ucapan] namun, saya perhatikan, lebih banyak tumpuan diberikan kepada keperluan Gen Y. Tidak ada perhatian terhadap warga emas.

73. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa struktur demografi kita akan berubah dengan ketara pada tahun 2050 nanti. Pada tahun 2017, di kalangan penduduk kita seramai 32 juta ini, 24.1% berumur 14 tahun dan ke bawah dan hanya 6.2% berumur 65 tahun dan ke atas. Pada tahun 2050 nanti, penduduk Malaysia diunjurkan seramai 44.5 juta orang. Kohot 14 tahun dan ke bawah akan merosot kepada 17.0% manakala kohot 65 tahun dan ke atas pula akan melonjak lebih tiga kali ganda kepada 19.9%.

74. Dari sudut disiplin demografi, negara kita akan berada di tahap aging population pada tahun 2050 nanti. Ini bermakna semua dasar dan program kerajaan hendaklah diorientasikan ke arah mendepani senario baru tersebut.

75. Senario ini mengundang lima ciri utama iaitu lebih ramai (a) orang tua, (b) orang sakit, (c) orang miskin, (d) orang tiada anak, dan (e) orang tiada rumah.

76. Dalam pada itu warga Malaysia akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang lagi. Jangka hayat lelaki dan perempuan akan masing-masing menokok dari 72.6 tahun dan 77.2 tahun pada tahun 2016 kepada 80.5 tahun dan 86.0 tahun.

77. Justeru, seperti yang saya katakan tadi, dasar dan program kerajaan hendaklah dirangka dan digubal untuk menangani lima isu tersebut.

YB TS YDP,

Meningkatkan kecekapan

78. Di bawah Pe-Tunjang Ketujuh, YAB DS selaku MKII telah menghuraikan dengan panjang lebar kaedah dan inisiatif meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC serta perkhidmatan awam. Saya amat bersetuju tema ini disebut setiap tahun kerana walaupun tahap kualiti perkhidmatan dan kecepatan penyampain telah meningkat namun ianya masih belum mencapai thereshold yang diharapkan.

79. Justeru, di samping apa yang telah digariskan itu, saya ingin mengesyorkan tiga inisiatif tambahan seperti berikut.

80. Pertama, saya mencadangkan supaya dilaksanakan proses decentralization and empowerment secara terancang dan sistematik vertically and horizontally. Agensi pusat janganlah tamak kuasa.

81. Proses ini sudah pasti meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan penyampaian. Pada masa yang sama, semua lubang, ruang dan peluang untuk melakukan salah urus hendaklah ditutup rapat. Yang demikian, sekali gus, produktiviti, hasil dan value for money akan mengukuh, di samping kos perbelanjaan pula dapat dikurangkan.

82. Kedua, sesuai dengan era digital economy, semua proses kerja yamg dilakukan secara manual hendaklah diauotomasikan serta dipantau on real time. Pra syarat kejayaan ini ialah attitude dan aptitude penjawat awam hendaklah berubah, terutama di kalangan mereka yang allergic atau phobia kepada ICT.

83. Ketiga ialah menyusun semula agensi-agensi yang ada persamaan atau yang bertindih fungsi dengan tujuan untuk menyatu serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, di samping untuk mengurangkan kos dan meningkatkan value for money. Sebagai contoh, mengkaji semula peranan dan fungsi Tentera Laut, Jabatan Laut, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM).

84. Contoh lain ialah yang berkisar dengan integriti dan agama Islam. Di kalangan keluarga integrit, terdapat IIM, SPRM, SIAP dan BITU. Di kalangan isntitusi Islam pula terdapat JAKIM, YADIM, IKIM, JAWHAR dan IWM.

YB TS YDP,

Isu Mikro

85. Kini saya ingin menumpukan kepada isu mikro pula.

(a) KPI

86. Saya perhatikan bahawa YAB PM amatlah menekankan, antara lain, pencapaian prestasi yang diukur dengan menggunapakai KPI. Saya ada beberapa cerapan yang merupkan kemusykilan tentang laporan KPI ini. Maklumat tersebut tertera di m/s 82 – 96, APP 2016.

87. Pertama, ada yang tidak melaporkan pencapaian sebenar bagi tahun 2016. Yang dilaporkan hanyalah sasaran bagi tahun 2017 dan 2018. Contohnya, KPI bagi Agensi berprestasi tinggi dan program integriti.

88. Kedua, KPI yang dilaporkan adalah tidak relevan. Contohnya, KPI untuk mengukur peningkatan pertumbuhan sosio-ekonomi negara adalah berdasarkan terbitnya sebuah Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

89. Ketiga dan terakhir, KPI yang dilihat kurang munasabah. Misalnya, berkaitan perkhidmatan kehakiman, tahap penyelesaian kes yang berkesan adalah 100% pada tahun 2016!

(b) Infra Luar Bandar, Jalan & Bekalan Air FELDA

90. Menurut APP 2018, sebanyak RM90 juta telah dianggarkan untuk membina infrastruktur luar bandar. Tetapi tiada peruntukan disalurkan pada tahun 2016 dan 2017. Hanya RM35 juta atau 39% disalurkan pada tahun hadapan.

91. Begitu juga Projek Jalan FELDA dan Sistem Bekalan Air FELDA. Kos projek masing-masing dianggarkan sebanyak RM1 bilion dan RM500 juta. Seperti projek infra luar bandar, peruntukan yang telah disalurkan untuk dua projek tersebut bagi tempoh 3 tahun ini (2016 – 2018) juga agak rendah iaitu masing-masing hanyalah 21.6% dan 45.4%.

92. Keadaan ini agak berbeza dengan bandar di mana peruntukan berbilion Ringgit terus dicurahkan di bandar!

93. Yang demikian itu, tidak hairanlah jika kita dapati, misalnya, (a) purata pendapatan kasar isi bulanan luar bandar (RM4,359) kekal lebih rendah dari bandar (RM7,671), purata gaji bulanan pekerja luar bandar (RM1,694) lebih rendah dari bandar (RM2,662) dan kadar kemiskinan luar bandar (1.0%) pula kekal lebih tinggi dari bandar (0.2%).

94. Berdasarkan outcome bertahun-tahun ini, maka apa yang lojik dan mujarab dilakukan oleh kerajaan ialah mengubah dasar pro orang kaya dan pro bandar kepada dasar pro orang miskin dan pro luar bandar.

(c) PR1MA

95. Mengikut rekod, nilai projek PR1MA adalah sebanyak RM8.4 bilion. Sebanyak RM1.6 bilion atau 19% telah dibelanjakan pada tahun 2016. Apakah pencapaian prestasi PR1MA terkini? Berapa banyakkah rumah yang telah siap dan diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah yang telah siap tetapi belum diserahkan kepada pembeli? Berapa banyakkah dalam pembinaan dan berapa banyak pula yang belum terjual? Mengapakah over hang adalah tinggi?

96. Apakah rasional tiada sesen pun peruntukan pembangunan disalurkan kepada PR1MA pada tahun 2017?

(c) Pembinaan Masjid, Surau & Sekolah Agama

97. Akhir sekali saya ingin menyentuh peruntukan untuk membina masjid dan surau.

98. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana Parlimen saya rurut menerima peruntukan bagi membina masjid & surau.

99. Saya dapati kos untuk membina masjid & surau dianggarkan sebanyak RM147 juta. Kita wajar berasa syukur kepada Allah swt dan berterima kasih pula kepada kerajaan BN di atas rezzeki yang kita nikmati itu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tiga tahun ini (2016 – 2018), hanya RM22.1 juta atau hanya 15% sahaja yang telah disalurkan. Pada hemat saya, ianya agak kecil dan mohon ditambah lagi kerana keperluan yang hendak dipenuhi masih banyak lagi.

100. Dalam pada itu, peruntukan untuk membina sekolah agama pada tahun 2018 hanyalah bernilai RM312,200 sahaja. Mungkin tak cukup pun untuk membina sebuah sekolah. Mohon peruntukan ini ditambah.

101. Sekian, terima kasih.

DAA
14 Nov 2017.

, ,

Leave a comment

PRODUK DEB, TUN M dan REFORMASI

1. Seperti yg sering saya ucapkan, saya bersyukur kpd Allah swt dan berterima kasih kpd UMNO/kerajaan di atas kejayaan saya dan anak2 saya.

2. Mobiliti sosio-ekonomi saya amat tinggi sekali berbanding tahap  arwah  ibu saya.

3. Saya adalah produk DEB, terutama pendidikan tertiary (masuk UM tahun 1970).

4. Saya meningkat maju di era Tun M.

5. Berjuta rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, merupakan produk era ini. Kini rata2 berumur 70 tahun ke bawah.

6. Dalam pada itu, ramai juga produk reformasi. Berjuta. Kini mereka berumur antara 40 – 60 tahun.

7. Biasanya kita memberi perhatian khas kpd pengundi muda (<40 tahun = kira2 42%); kononnya majoriti mereka adalah anti BN.

8. Sesungguhnya kita  perlu memberi perhatian yg lbh lagi kpd 2 kumpulan di atas – produk Tun M & produk reformasi – yg kini sudah bertaut. Justeru ia blh menjadi faktor yg kritikal.

9. Fenomena ini tak wujud semasa PRU 13.

10. Tanpa fenomena tersebut, result PRU 13 (Parlimen) adalah spt berikut:

* BN = 133 seats;

* Seats with undi majoriti <2,000 = 25;

* BN popular votes = 47%.

11. Ahli UMNO seramai kira2 25% pengundi. Kita perlu bergantung kpd 75% pengundi yg  bukan ahli UMNO.

12. Justeru mampukah kita menyakiti/antagonise pengundi dari 2 kumpulan produk tersebut?

13. Berhelah dan berhemahlah. Satu contoh ialah cara Tok Pa & DS Jo.

Wallahu’alam.

DAA
20 Ogos 2017.

Nota: berkongsi kerisauan saya.

, ,

Leave a comment

Bajet 2018

BERIKUT ADALAH RINGKASAN KEPADA ULASAN SAYA MENGENAI BAJET 2018. ULASAN SEPENUHNYA BOLEH DIBACA DI DALAM LINK DI AKHIR ARTIKEL INI.

1. Tahniah👍🏼👏🏼😃. Terima kasih DS kerana kumpulan pesara  tidak dilupakan… kami dapat RM750😃👍🏼

2. Yg baik2 ramai dah puji. Tak perlulah saya ulangi. Saya nak share harapan & kebimbangan berikut:

3. Peruntukan perbelanjaan pembangunan agak kecil (16%). So the economy is less driven by government  investment. Hampir 100% kenaikan peruntukan banding 2017  diberi kpd Mengurus. Good for an economy with a relatively weak structure?

4. Bagi tempoh 2008 – 2017, hutang melonjak 140%, GNI melompat 100% & hasil hanya naik 39%. Sustainable?

5. Pd thn 2008, saiz hutang = 1.8 kali ganda banding dgn hasil. 2017, saiz ini naik 3 kali ganda. Prudent?

6. 2008: Bayar balik hutang = 8.7% drp jum mengurus; 2017 = 13.1%. Jika masuk off-budget?. Prudent? Sustainable?

7. Bayaran balik hutang melonjak 121% dlm tempoh 2008 – 2017 sedangkan hasil hanya naik 39%. Jika masuk off-budget? Prudent? Sustainable?

8. Apakah langkah to address 519,000 penganggur = 1.6 juta pengundi; largely belia & graduates Melayu?

9. Apakah langkah to address increasing inflation = 4 3% now?

10. Apakah langkah to address relative poverty yg tinggi dan terus meningkat = 16% (2016)?

11. Apakah langkah to address absolute inter-group inequalities? Jurang antara Melayu dgn Cina (1970 – 2016) melompat 11 kali ganda;  dari RM222 (1970) kpd RM2,492 (2016).

11. Apakah usaha2 utk meningkatkan gaji spt yg dijanjikan dlm RMK11?

12. Apakah usaha2 utk kurangkan pekerja asing kpd 15% drp jum pekerja dlm industri berkenaan spt yg dijanjikan dlm RMK11?

DAA
29 Okt 2017

ULASAN UCAPAN BAJET 2018

 

,

1 Comment