Cadangan Dato’Mukhriz: Truly Malaysia, bertunjangkan perpaduan dan berpaksikan perlembagaan

Polimik Terbaru


1. Rakyat Malaysia terus berpolimik. Kini negara berpolimik pula di bawah tajuk baru hasil lontaran idea oleh Dato’ Mukhriz iaitu menggunapakai satu aliran di bawah satu sistem pendidikan.

2. Beliau melihat polarisasi kaum semakin ketara. Suhu anti perkauman semakin tinggi. Beberapa isu pokok yang sepatutnya sudah menjadi non issue diungkit-ungkit semula umpama api padam puntung berasap.

3. Berdasarkan Newton’s Law of Motion bahawa every action there is an equal and opposite reaction,  tidak hairanlah jika mana-mana isu yang ditimbulkan itu dilihat (perceived) sebagai racist maka ianya akan mengundang tindakan balas yang keras dari pihak yang terasa ianya diserang.

Isu  Sensitif

4. Sesungguhnya isu-isu yang ditimbulkan itu seperti ketuanan Melayu, kontrak sosial, kesamarataan dan sebagainya amatlah besar, sensitif, rumit dan delicate; ibarat angin berputar, ombak bersabung.

5. Kerana menyedari bahawa ianya sensitif dan rumit maka semua pihak yang ingin membicarakannya hendaklah berhemah dan berhati-hati. Kita hendaklah sedar akan adanya batu sempadan kerana sawah berpermatang, ladang berbintalak.

6. Sebagai satu usaha ke arah menyelesaikan isu perkauman yang sensitif, rumit dan merbahaya ini maka dengan ikhlas Mukhriz mencadangkan supaya Malaysia menggunapakai satu sistem pendidikan yang mengamalkan satu aliran sahaja iaitu aliran kebangsaan.

Tentangan lwn Sokongan

7. Seperti yang dijangkakan, lontaran idea Mukhriz itu mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina dan India. Mereka mendakwa kononnya beliau mahu menghapuskan SJK (C) dan SJK (T). Yang demikian, seperti Mark Koding, Mukhriz hendaklah didakwa kerana kononnya telah melanggar Akta Hasutan.


8. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak melanggar mana-mana peraturan, termasuk Akta Hasutan, kerana beliau tidak pernah mencadangkan supaya kedua-dua aliran sekolah berkenaan ditutup.

Bukan Melayu Bersatu; Melayu Terus Berpecah

9. Dalam hal-hal seperti ini, bukan Melayu telah menunjukkan keunikan dan kemampuan untuk bersatu. Mereka bersedia melampaui batas perbezaan parti politik. Nampaknya mereka lebih yakin terhadap pepatah Melayu ‘bulat air kerana pembetung’.

10. Sokongan bangsa Melayu terhadap Mukhriz pula amatlah menyedihkan kerana ianya tidak bulat. Mereka membenamkan pepatah Melayu ‘bulat masyarakat kerana muafakat’.

11. Nampaknya bangsa Melayu masih tidak mahu belajar dari kes Dato’ Ahmad Ismail di mana semua pemimpin Cina/India sedia  bersatu tanpa mengira parti (Gerakan, MCA, MIC, DAP, PKR) untuk menghentam bangsa Melayu melalui Ahmad Ismail. Orang Melayu (UMNO, PAS, PKR, PBB) pula tidak bersedia bersatu melanyak Tsu Koon , Lian Hoe, Kee Tiat, Soi Lek, Karpal, Ramasamy dan lain-lain. Malah pemimpin PAS sanggup menyaman pemimpin UMNO berkenaan isu azan yang diperjuangkan oleh UMNO.

12. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, eloklah kita tanya soalan-soalan berikut:

12.1 adakah berlaku polarisasi kaum yang semakin ketara di negara kita?

12.2 adakah kita mahukan integrasi kaum yang tulen sebagai insuran bagi negara dan bangsa Malaysia yang kukuh bersatu pada tahun 2020 atau 2050 nanti?

12.3 adakah kita mahu ‘Obama Malaysia’ muncul 100 tahun lebih awal daripada Amerika Syarikat?


13. Jika jawapannya ialah “YA” kepada ketiga-tiga soalan terebut, maka apakah pelan tindakan yang patut kita rancang dan laksanakan untuk mencapai tahap perpaduan kaum yang jitu dan menyambut kelahiran ‘Obama Malaysia’ yang lebih awal dan sempurna?

Dasar Induk Negara (DIN)


14. Sebelum kita boleh mengemukakan pelan tindakan yang viable, kita mestilah tanya terlebih dahulu apa dia Dasar Induk (Mother Policy) Negara (DIN)? Jawabnya ‘TIDAK ADA’.

15. Oleh kerana tidak ada, maka apakah DIN yang hendak kita gubal? Perpaduan Negara? One Malaysia? Total Security? Ketahanan Negara?

16. Kekuatan dan keunikan adanya DIN ialah (a) semua rakyat tahu and can share the same vision,   (b) common reference point dan (c) semua dasar lain perlulah digubal secara coherent agar ianya sejajar dan ke arah menjayakan DIN itu. Justeru tidaklah berlaku penggubalan dan kewujudan dasar yang berkonflik seperti sekarang.

17. Antara negara yang mempunyai DIN ialah Israel, Singapura dan Switzerland. DIN mereka ialah Total Security.

18. Bukan sahaja mereka memikirkan dari segi keselamatan dan ketenteraan malah dari semua sudut –  ekonomi, pendidikan, perumahan, air dan lain-lain. Swizterland mengambil kira gunung ganangnya sebagai sebahagian daripada keperluan Total Security.

19. Singapura turut mengambil kira air dan pasir. Itu sebab ia mempunyai simpanan air dan pasir yang banyak. Ia menghasilkan New Water dan sanggup pula membeli pasir dari Indonesia dan Myanmar.

20. Sekiranya kita telah memilih Perpaduan Negara atau One Malaysia, misalnya, sebagai DIN kita, maka apakah pengisiannya atau pelan tindakan untuk merealisasikannya?

21. Kita telahpun ada prasarana asas untuk menjayakannya seperti satu bahasa (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Kebangsaan, satu Perlembagaan Persekutuan, satu lagu kebangsaan (Negaraku), satu bendera Malaysia  (Jalur Gemilang), satu Sistem Pendidikan dan  satu ideologi kebangsaan (Rukunegara).

22. Oleh kerana perasaan perkauman semakin menebal dan polarisasi kaum semakin ketara, seperti yang diakui awal-awal tadi, maka terbuktilah bahawa selama ini kita hanyalah co-existing. Tidak berlaku integrasi kaum; jauh sekali berlakunya assimilasi kaum.

23. Jelaslah bahawa prasarana tersebut tidak mencukupi. Justeru apa yang patut kita buat?

24. Jika kita melihat ke Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura dan Thailand, maka kita akan dapati dua perkara yang sama (common) sebagai tali pengikat yang menyimpulkan perpaduan antara pelbagai etnik – (a) satu bahasa lingua franca yang menjadi bahasa pengantar dan (b) satu sistem pendidikan. Justeru terbuktilah bahawa bahasa dan sistem pendidikan mampu menyatupadukan rakyat.

25. Paling jelas ialah di Indonesia yang terdapat lebih dari seribu pulau dan beratus kumpulan etnik. Penduduknya seramai 235 juta orang telah dapat disatukan melalui (a) satu bahasa iaitu Bahasa Indonesia sebagai lingua franca dan bahasa pengantar serta (b) satu sistem pendidikan.

26. Kaum Cina dan India di Amerika Syarikat, Indonesia, Thialand dan, hatta, di Singapura sanggup mengenepikan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Singapura mempunyai empat Bahasa Kebangsaan (Melayu, Cina, Indai dan Inggeris) tetapi memilih Inggeris sebagai bahasa penghantar/komunikasi, selaras dengan DINnya.

27. Oleh itu, di Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan sistem pendidikan hendaklah dilihat dalam context of a bigger picture iaitu sebagai integral parts of realising DIN.

Memecahkan compound

28. Supaya lebih mudah difahami dan, akhirnya, dapat diterima nanti oleh semua rakyat Malaysia maka eloklah diaplikasikan prinsip kimia iaitu memecahkan compound kepada elements yang lebih kecil.

29. Sehubungan itu, kita hendaklah membezakan dulu (a) antara Bahasa  Kebangsaan dengan bahasa pengantar (b) antara bahasa ibunda dengan bahasa pengantar, dan (c) antara bahasa pengantar dengan sistem pendidikan kebangsaan.

30. Isu bahasa merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perkara 152 (1) (a), Bahasa Melayu dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Hanya bahasa ini sahaja diperuntukkan bagi tujuan RASMI. Namun bahasa-bahasa lain boleh digunakan bagi tujuan TIDAK rasmi.

31. Oleh kerana sistem pendidikan negara merupakan satu sistem/institusi yang rasmi maka bahasa pengantarnya hendaklah bersandarkan kepada Bahasa Kebangsaan. Justeru tidakkah penggunaan bahasa-bahasa lain  sebagai bahasa pengantar melanggar atau in contravention of  Perkara 152 (1) (a)?

32. Izinkan saya melencong sedikit kepada isu nama jalan raya dan road signage. Jika ianya merupakan sebahagian daripada urusan rasmi, maka tidakkah perbuatan menggunakan bahasa-bahasa lain itu turut melanggar Perkara 152 (1) (a)?

33. Penggunaan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar sudah tentu tidak melanggar Perkara 152 (1) (b) dan Akta Hasutan kerana bahasa ibunda tidak disekat daripada diajar atau dipelajari.  Malah bahasa-bahasa lain seperti Arab, Inggeris, Jepun, Jerman, Korea dan Perancis eloklah diajar dan dipelajari mengikut kuasa penawaran dan permintaan (supply and demand).

34. Mana-mana pihak berhak pergi ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan hakim mengenai apa yang dibangkitkan di para 31 – 33 di atas.

35. Dari segi bahasa pengantar dan sistem pendidikan kebangsaan pula, ianya adalah dua perkara yang berlainan tetapi berkaitan. Apa-apa bahasa boleh menjadi bahasa pengantar dan bahasa pengantar pula merupakan sebahagian daripada integral parts of the national education system.

36. Ianya tidak boleh diasingkan umpama lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan. Cuma, dalam konteks Malaysia dan para 31 di atas, bahasa pengantar hendaklah Bahasa Kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan

37. Apa yang telah saya tuliskan di atas lebih banyak menyorot dari sudut Perlembagaan. Ianya bukan satu panacea. Kita perlu juga melihat kedudukan dan keadaan sebenar sekolah kebangsaan itu sendiri.

38. Salah satu Teras di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010) ialah untuk memperkasa sekolah kebangsaan.  Teras ini dengan sendiri boleh memberi salah satu konotasi iaitu seolah-olah sekolah kebangsaan kurang perkasa. Betul?

39. Beberapa soalan wajar ditanya dan hendaklah dijawab dengan ikhlas:

39.1 setelah tiga tahun berlalu, sejauh mana Teras tersebut telah berjaya, selaras dengan benchmarks dan sasaran yang ditetapkan?

39.2     benarkah peratus murid bukan Melayu yang memasuki sekolah kebangsaan telah merosot pada tahun 2008 berbanding tahun 2000, 1990, 1980, 1970, 1960? Jika benar, mengapa?

39.3 benarkah peratus murid Melayu yang memasuki SJK (C) telah meningkat pada tahun 2008 berbanding tahun 2000, 1990, 1980, 1970, 1960? Jika benar, mengapa?

39.4     adakah kualiti, kredibiliti dan integriti sekolah kebangsaan telah merosot? Jika benar, mengapa dan dari aspek apa?

39.5 benarkah ibubapa bukan Melayu takut hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana persepsi sekolah aliran ini telah semakin diMelayu dan diIslamkan?

39.6 adakah benar mereka mahu melihat kegagalan sekolah kebangsaan supaya mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk memantapkan lagi sekolah jenis kebangsaan?

Platform yang sesuai

40. Di awal tadi saya telah menyatakan bahawa pandangan yang dilontarkan oleh Mukhriz adalah besar, sensitif, rumit  dan delicate. Seperti President Truman menilai President Lincoln, Mukhriz “has the gut to say the right things in the face of strong opposition”

41. Dalam pada itu,  YB Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang Di Pertua Dewan Negara juga seorang yang berani. Beliau telah memberi ruang dan peluang kepada semua Senator untuk turut membincangkan isu tersebut selama dua hari semasa membentangkan pindaan Akta Pendidikan 1996 sekalipun ianya tidak ada kaitan secara langsung. Sesungguhnya beliau amat prihatin dan liberal.

42. Demi untuk merealisasikan integrasi nasional, idea yang dilontarkan oleh Mukhriz itu hendaklah terus dibincang dan dihalusi dengan sokongan pelbagai fakta kerana ianya mempunyai asas yang kukuh – Truly Malaysia, bertunjangkan perpaduan dan berpaksikan perlembagaan. Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin dan Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim turut menyokong idea beliau.

43. Pandangan mereka yang mahu mengekalkan sistem pelbagai aliran dan kononnya boleh diwujudkan unity in diversity (Bhineka Tunggal Ika) hendaklah juga didengar dengan kepala yang dingin dan hati yang syahdu agar ular biar mati, tanah jangan lekuk dan buluh pula jangan pukah.

44. Sesungguhnya platform yang mampu membincangkannya dengan berhambakan tangan, bersaksikan mata serta berhakimkan hati itu dan seterusnya berani dan mampu mengemukakan cadangan-cadangan yang bernas ialah persada seperti Majlis Perundingan Negara atau sebuah Suruhanjaya Khas. Lantaran wujudkanlah segera.

45. Supaya kita tidak lupa bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia dan perlu terus hidup sepadang sepermainan, seperigi sepermandian maka sukalah saya memetik ucapan President Abraham Lincoln sebagai penyudah:

“We’re not enemies, but friends… though passion may have strained, it must not break our bonds of affection.”

  1. #1 by Asril Zakariah on December 11, 2008 - 11:45 am

    Saudara,

    Sehingga hari ini nampaknya isu tentang cadangan penstrukturan semula sistem pendidikan terus mendapat tentangan. Baru-baru ini Jiao Zhong pula memberi ugutan akan melakukan demonstrasi membantah perkara ini.

    Mungkin dalam keadaan yang tegang sekarang ini kerajaan tidak dapat melakukan satu reformasi sistem pendidikan kerana gentar dengan ugutan dan kritikan dan juga atas sebab menjaga keamanan nasional.

    Oleh itu mungkin elok sekiranya satu referendum dilakukan. Dengan ini rakyat akan memilih sistem pendidikan terbaik yang mereka mahu. Saya pasti, rakyat akan memilih yang terbaik sepertimana yang dicadangkan oleh Mukhriz Mahathir.

    Vox populii…

    Like

  2. #2 by cool man on December 14, 2008 - 2:43 am

  3. #3 by vesewe on December 14, 2008 - 2:49 am

  4. #4 by ruyom on December 14, 2008 - 2:54 am

    • #5 by darahtuah on December 15, 2008 - 2:58 pm

      Sorry Ruyom, Vesewe and Cool Man,

      This shows that the chinese racist propaganda is very much alive here in Malaysia.

      When you have an original and relevant comment pertaining to this very article, please do not hesitate to send your comment further.

      Bye.

      Like

  5. #6 by Macho_man on December 15, 2008 - 12:31 pm

    Saya lebih bersetuju dengan cadangan Tun Abdul Razak 🙂

    (( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti 🙂
    http://pro-faizal.blogspot.com

    Like

  6. #7 by SANDY on February 1, 2009 - 3:34 am

    Salam perpaduan,
    saya tidak menyokong cadangan ini…
    saya merupakan seorang bakal guru yang sedang menuntut di unvsty
    dan saya rasa penyatuan pendidkan dibawah satu sistem pendidikan adalah tidak adil
    kita tidak harus memaksa kaum2 lain untuk menerima sistem ini
    Kami sebagai kaum minoriti hanya memiliki sekolah rendah tamil sahaja untuk memartabatkan bahasa ibunda kami
    Kalau sekolah kebangsaan, memanglah ada matapelajaran bahasa tamil tapi hanya itu sahaja
    manakala di sekolah tamil, ada pelbagai jenis aktiviti yang dapat melahirkan perasaan cinta kepada bahasa tamil dan juga kepada agama kami.
    di sekolah kebangsaan ada pembelajaran agama islam, bagi yang bukan beragama islam, moral.
    tapi di sek jenis kebangsaan, di samping pendidikan juga, murid-murid akan diajar untuk bersembahyang, menyanyikan lagu2 suci (sperti doa sebelum memulakan kelas dan doa makan) dan banyak lagi yang tidak dapt kami pelajari di sek kebangsaan
    sesungguhnya melalui sek jenis kebangsaan, banyak yang dapat dipelajari mengenai agama, bahasa dan bangsa masyarakat kami_ yang pastinya tidak dapat kami pelajari di sekolah kebangsaan.
    Bagi saya sekolah jenis kebangsaan bukanlah penghalang kepada perpaduan dalam negara kita. ini kerana kita sudah mempunyai sek menengah yang akan kita belajar selama 5 tahun. adakah ia tidak mencukupi untuk merapatkan jurang perkauman? Kenapa tempoh 6 tahun sekolah rendah sentiasa menjadi buruan? Sebenarnya terletak pada diri kita sendiri samaada kita bersikap perkauman atau tidak. Saya pun pernah belajar di sjk(t) juga dan selepas ke sek. menengah, saya bergaul rapat dengan kawan2 dari pelbagai bangsa. Ini kerana secara jujurnya, saya seorang yang friendly tanpa mengira kaum…tidak pernah terlintas di hati untuk merperlekehkan bangsa yang lain. TETAPI, saya juga mempunyai kawan yang pernah belajar di sekolah kebangsaan…dia bersikap perkauman, walaupun belajar bersama semua kaum di sek rendah.
    As i says before, memang terletak pada hati kita sama ada kita bersikap perkauman atau tidak_ hati yang bersih tidak akn terpengaruh dengan masalah perkauman…
    Walaupun tiada sekolah yang dikhaskan kepada orang melayu, hanya sek kebangsaan saja_yang terdiri daripada pelbagai kaum,tetapi ada juga yang membenci kaum lain. kenapa? because didikan yang sebegitu..
    pada pendapat saya cara yang paling baik untuk mewujudkan perpaduan datang dari rumah sndiri. ibu bapa perlu menjelaskan tentang kewujudan masyrkat majmuk di ngra kita kpd anak sejak kecil lagi, mengajar mereka untuk menghormati bangsa lain, menghormati agama dan budaya bangsa lain,menganggap semua insan ialah ciptaan Tuhan…bukan menjatuhkan bangsa lain, menghina warna kulit… jikalau hal ini memang tersimpan di dlm fikiran anak-ank sejak kecil lagi, mereka dapat mengikutinya selalu dan ini boleh membawa kepada perpaduan yang sangat kukuh…
    bukan secara tiba2 menukar sistem pendidikan
    kalau sistem pendidikan ditukar, tetapi fikiran yang penuh dengan anti_kaumlain, sampai bila2 pun kita tidak boleh mengharapkan perpaduan dlm kalangan rakyat di negara kita.
    ada perkara yang saya tak faham, menagapa SJK cina dan tamil hendak dimansuhkan padahal terdapat sekolah yang dikhaskan kepada agama islam_Sekolah agama?…..untuk mendalami agama kan?
    Begitu juga dengan kami, sekolah tamil dan cina juga menjadi sekolah agama kerana kami dapat belajar tantang agama kami dengan lebih terperinci dan mendalam.
    Jadi, saya harap selama kita semua hidup di bawah satu bumbung perpaduan, jangan dirampas suatu aset yang sangat berharga bagi kami_yang dapat memartabatkan bahasa ibunda kami dan mempelajari agama kami.
    saya amat berharap perpaduan rakyat malaysia kekal hingga selama-lamanya…..
    HIDUP MALAYSIA

    ______________________________

    Srd/i Sandy,

    Salam hormat dari saya. Terima kasih di atas pandangan bernas itu. Saya minta agar dirujuk semula kepada para 27, 44 dan 45 rencana saya di atas.

    DarahTuah

    Like

  7. #8 by klieo on April 28, 2009 - 12:04 am

    aku sonkong mukhriz!@

    Like

  1. The rise of racism and the fall of Malay leadership « Jebat Must Die
  2. New year resolutions « Jebat Must Die

Leave a comment