Apa Kita Mahu?

Prinsip asas dipersetujui

1. Jika ditanya adakah kita, rakyat Malaysia, mahukan keamanan dan kemakmuran hidup? Semua yang waras tentunya akan memberikan jawapan “YA”. Jika ditanya pula adakah keamanan dan kemakmuran itu bersendikan perpaduan kaum? Semua yang matang tentunya akan juga memberikan jawapan “YA”.

2. Jika ditanya lagi adakah perpaduan kaum itu berpaksikan semangat toleransi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain? Semua yang pragmatis pastinya akan memberikan jawapan “YA”.

3. Seterusnya jika ditanya pula bukankah semangat tolera nsi itu berakarkan prinsip tolak ansur serta ikhlas memberi dan menerima? Dijangka tidak semua akan memberikan jawapan “YA”. Mengapa?

4. Kerana ada yang tamak; tak pernah puas hati; jauh sekali tahu bersyukur; sanggup pula merampas hak orang lain dan tak bersedia memberi dan berkongsi. Mulai titik inilah rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini akan berselisih pendapat dan bersedia menyinsing lengan.

Sikap kaum immigran

5. Sifat ketamakan di kalangan kaum immigran telah dapat dilihat sejak mereka menjejak kaki di bumi bertuah ini lagi. Sifat tersebut diterjemahkan semasa merundingkan kemerdekaan negara. Nampaknya ia menjadi semakin ketara saban hari dan bertambah rakus mutakhir ini.

6. Yang melukakan hati orang Melayu ialah mereka ini dilihat seolah-olah membalas susu dengan tuba; malah, ada kalanya, menggigit tangan yang menolongnya.

7. Lebih menakutkan lagi orang Melayu ialah persepsi terhadap falasafah mereka yang seolah-olah menekankan ‘Win – Loose Situation’; bukan sahaja mereka mesti menang tetapi ‘musuh’ mereka mesti ‘mati’. Justeru isu mereka perlu membalas budi tak timbul sama sekali.

Sikap Melayu

8. Bangsa Melayu pula amat pemurah dan sanggup bergolok bergadai; ada yang ekstrim sifat baiknya itu hinggakan sanggup meletakkan anak dipangkuan semata-semata kerana hendak menyusukan kera di hutan.

9. Sifat pemurah dan peramah orang Melayu ini hingga diabadikan dalam syair ini:

Negeri Melayu ternama indah
Orangnya baik mulut peramah
Dibawa berunding mereka mudah
Terhadap pendatang hati pemurah.

10. Dalam pada itu, paradoksnya, kita juga sering bergaduh, selalu bersengketa dan suka bereperang sesama sendiri. Impaknya disemadikan dalam lirik ini:

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Hilang lenyap kota dan desa.

11. Kini kedudukan orang Melayu amatlah lemah dan rapuh. Dari segi ekonomi, walaupun negara telah maju dan berhijrah dari sektor pertanian ke sektor industri, factory dan bangunan tinggi bukanlah kita yang miliki. Tak sampai 15% aset di Malaysia dan kurang 20% ekuiti syarikat menjadi milik Bumi.

Kaum Immigran tak hargai UMNO

12. Kuasa politik bangsa Melayu juga semakin terhakis. Kaum immigran yang telah kukuh eknominya berusaha pula memantapkan kuasa politik mereka. Pada masa yang sama, mereka mengurangkan sokongan terhadap BN/UMNO yang telah banyak berjasa kepada mereka.

13. Senario tersebut jelas dapat dilihat dari keputusan PRU Ke-12 lalu. BN/UMNO hanya memperolehi 140 kerusi (63%) parlimen berbanding 199 kerusi (91%) pada tahun 2004; hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

14. MCA hanya menang 15 kerusi parlimen, MIC hanya 3 kerusi manakala Gerakan pula hanya sangkut satu kerusi sahaja.

15. Lebih malang lagi ialah ketiga-tiga parti tersebut nampaknya tidak sedar diri bahawa parti mereka telah ditolak oleh kaum mereka sendiri. Mereka tidak insaf dan bersyukur kepada UMNO/orang Melayu bahawa calon mereka yang menang itu pun adalah kerana sokongan mantap UMNO/orang Melayu.

16. MCA hendaklah sedar bahawa 9 (60%) daripada 15 kerusi yang mereka menang itupun adalah di kawasan di mana pengundi Melayu lebih ramai daripada pengundi kaumnya sendiri (Alor Star, Alor Gajah, Ayer Hitam, Simpang Ranggam, Tanjung Piai, Tanjung Malim, Raub, Pandan dan Tebrau). Ini bermakna calon MCA menang atas tiket pengundi Melayu.

17. Semua calon MCA dan Gerakan ditolak dan kalah di kawasan yang pengundi Cinanya melebih 65%. Contohnya, Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, Seremban dan Melaka. Mereka menangkan semua calon DAP. Sejarah tahun 1986 berulang lagi.

18. Calon tunggal Gerakan yang menang itupun adalah di Grik di mana pengundi Melayu adalah seramai 73%!. Apa balasan yang diberikan oleh MP Gerakan itu kepada orang Melayu dan pengundi Grik? Ingat? Dikutuknya orang Melayu.

19. Sepatutnya DS Ong Ka Ting dan TS Koh Tsu Koon menjadi orang yang berprinsip seperti Tun Tan Siew Sin. Apabila MCA kalah teruk dalam pilinanraya umum pada tahun 1969, Siew Sin memberi tahu Tunku bahawa MCA tak wajar berada dalam kabinet Namur tetap terus berada dalam Perikatan. Inilah sikap seorang gentleman. Bagaimana pula dengan Ka Ting, Tee Keat dan Tsu Koon?

20. Calon MIC lebih ramai yang kalah (6) daripada yang menang (3). Yang menang itu adalah di kawasan yang pengundi Melayunya adalah ramai (>40%) – Tapah, Cameron Highlands dan Segamat. Pengundi India sendiri menghumbankan pemimpin mereka di Sg. Siput, Hulu Selangor dan Teluk Kemang.

21. Keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April lalu menunjukkan bahawa pengundi Cina terus menolak BN/UMNO. Pengundi India tak jelas dah bertobat ataupun belum. Yang jelas MIC nampaknya tak sedar diri. Masih tak puas hati walaupin 100% MPnya diberikan jawatan.

Mereka untung, kita rugi

22. Sedihnya bagi orang Melayu, kaum Cina terus diutamakan oleh DS Najib dalam pembentukan kabinetnya. MCA dapat tambahan satu jawatan Timbalan Menteri manakala Gerakan pula dapat satu kerusi menteri!

23. Malangnya bagi UMNO/Melayu, mereka bukan sahaja kehilangan 4 jawatan menteri malah turut kehilangan kementerian tempat mereka bergantung selama ini iaitu MeCD! Kelewatan memberi penjelasan tentang ‘extinction’ kementerian tersebut telah menimbulkan persepsi yang negatif . Ia perlulah dibetulkan segera.

24. KM Melaka dan MB Perlis telah melahirkan rasa kurang puas hati masing-masing. Sarawak juga telah berbunyi kerana Melayu PBB tak mendapat tempat dalam kabinet DS Najib.

25. Di bawah sistem imbuhan, memang ada carrot and stick. Rasanya dah terlalu banyak carrot diberikan kepada mereka sehingga menghakis hak orang Melayu sendiri. Sebagai contoh, kuota kemasukan ke IPTA telah diberikan atas nisbah 55% Melayu dan 45% bukan Melayu. Biasiswa untuk anak-anak Melayu pula telah diturunkan daripada 90% kepada 55% untuk diberikan 45% kepada mereka sedangkan bilangan mereka hanyalah seramai 33%.

26. Setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil diadakan, mereka menuntut bermacam-macam. Peruntukan untuk sekolah, tokong/kuil, tanah dan sebagainya; termasuk permohonan bernilai berjuta ringgit di Kuala Sepetang.
27. Semuanya diluluskan tetapi undi tetap mereka tak beri pada BN/UMNO. Sebenarnya, mereka telah mengajar BN sejak pilihanraya kecil di Macap, Melaka pada 12 April 2007 lalu.

28. Terkini, carrot terus diberikan dalam bentuk jawatan menteri dan timbalan menteri. Mereka hargai? Tak perlulah saya gunakan bahasa mencarut to describe respon mereka.

29. Yang jelas ialah masyarakat Cina melalui press milik mereka telah memutarbelitkan konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Najib. Mereka turut mengkritik kenyataan TS Muhyiddin (kaum Cina tak sokong BN di Bukit Gantang) yag pahit untuk mereka telan. Kenapa? Tak berani mengaku salah?

Pendekatan lain

30. Nampaknya Najib melakukan perkara yang sama (memberi carrot) untuk mendapatkan hasil yang berlainan (sokongan). Najib hendaklah insaf bahawa doing the same thing over and over and over again to get different result is lunatic!

31. Justeru, untuk mendapatkan kembali sokongan mereka, mungkin Najib perlu mencuba pendekatan lain pulak (menggunakan stick). Gunakanlah Blue Ocean Strategy yang menjadi favourite DS.

32. Sebelum boleh menggunakan stick atau pendekatan lain yang lebih sesuai, Najib perlulah terlebih dahulu mengetahui kedudukan dirinya, partinya dan bangsanya serta mengenali pula ‘musuhnya’, sepertimana yang diajarkan oleh Sun Tzu dalam The Art of Warnya.

33. Bangsa Melayu ramai (67%) tetapi tak bersatu sekalipun berkaitan dengan isu bangsa dan agamanya sendiri. Contohnya, serangan ke atas ketuanan Melayu, memperlekehkan kedaulatan Bahasa Melayu, penghinaan terhadap kesucian agama Islam, cerceaan terhadap kemuliaan Raja-raja Melayu dan sebagainya.

34. Orang Cina pula sanggup mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan kaum mereka seperti Gerakan, MCA dan DAP sama-sama menyerang mantan Ketua UMNO Bukit Bendera dan berdiri di belakang MP Grik (Gerakan) dalam menuduh Melayu adalah juga kaum pendatang.

35. Orang India juga demikian. Pemimpin MIC, Hindraf dan DAP bersatu mempertahankan perompak dan tahanan ISA dari kaum mereka.

36. Kedudukan kuasa politik Melayu semakin meruncing kerana sepak terajang politik DS Anwar Ibrahim. Anwar up the stake dengan menawarkan bermacam-macam carrot kepada bukan Melayu seperti hak milik tanah selama 999 tahun, jawatan Timbalan Perdana Menteri, menidakkan ketuanan Melayu, menafikan kontrak sosial dan lain-lain lagi.

37. Semua ini dibuat dengan harapan untuk mendapat sokongan mereka bagi membolehkannya berkuasa dan menjadi PM. Bukan Melayu pula menggunakan peluang ini untuk menjadi king maker dan membuat bermacam-macam desakan.

Malapetaka

38. Akhirnya, yang untung adalah mereka dan yang rugi ialah Melayu! Melayu yang dalam kerugian, sepertimana yang pernah saya tegaskan, akan terus menjadi lemah dan boleh disepak terajang:

Umpama pohon besar yang telah tumbang,
Kura-kurapun berani memanjat dan menendang.
Umpama cempedak sebiji, lada sebatang;
Terpijak pergi, terlanda datang.

39. Jika kita masih tak insaf akan potensi malapetaka ini, maka kita akan meratap dan menangis mendendangkan pantun ini yang pilu dan menyayat hati:

Pulau Pinang bandar baru,
Kapten Light menjadi raja,
Bila terkenang di masa lalu,
Rasa nak mengalir si air mata.

40. Sebelum malapetaka tersebut berlaku ke atas orang Melayu, maka Anwar hendaklah ingat akan pepatah Melayu ini – kapak tak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Justeru jika berlakulah malapetaka itu maka Anwar dan konco-konconyalah, termasuklah Ustaz Nik Aziz, yang bertanggungjawab 100%.

BERSATULAH!

41. Demi survival Melayu/Islam, bangsa ini dah tak ada pilihan lain kecuali bersatu di bawah satu wadah. Insaflah bahawa antara antan sama lesung berlaga, ayam yang keyang. Sesiapa yang tak bersetuju / menentang maka merekalah yang merupakan ‘Abu Lahab’, pengkhianat dan perosak bangsa Melayu! Diharap DS Hadi Awang dan sekutunya berjaya memujuk Nik Aziz dan geng-gengnya. Saya yakin Najib pula akan bersikap magnanimous dalam urusan yang mulia ini.

42. Semua NGO dan parti politik yang berteraskan bangsa Melayu hendaklah segera mulakan dialog dan muhasabah diri ke arah mewujudkan perpaduan yang tulin, sepertimana datuk nenek kita boleh bersatu untuk menuntut kemerdekaan dahulu.

43. Mulakanlah segera sebelum ianya terlambat.

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulihkanlah kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa
Mulakanlah usaha segera
Perkasakan bangsa
Agar Melayu kembali gagah di Nusantara.

44. Setelah kita kukuh bersatu maka kuasa politik kita, kitalah yang menentukannya. Pentadbiran negara kitalah nakhodanya. Oleh yang demikian, mereka tak lagi boleh berperanan sebagai king maker dan tak lagi boleh mengancam dan mendesak yang bukan-bukan.

45. Lantaran bangsa Melayu/Bumiputera tak lagi terasa terancam. Bukan Melayu pula, sebagai rakyat negara ini, akan tetap mendapat hak masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka hiduplah kita dengan aman dan makmur.

46. Bukankah ini yang kita semua mahukan?

  1. #1 by Orang_Bidor on April 17, 2009 - 4:12 pm

    Orang Cina memang mementingkan diri mereka sahaja. Mereka sentiasa mengambil kesempatan bagi merebut sebarang peluang yang menguntungkan mereka. Mereka sanggup berpura-pura demi memenuhi agenda mereka. Orang Melayu cepat percaya atas janji manis kaum Cina dan tidak pun meletakkan sebarang rasa curiga terhadap mereka. Sebenarnya telah ada pepatah selepas kejadian Bintang Tiga dulu tapi mungkin Melayu TELAH LUPA. Orang dulu ada berpesan, dengan Cina boleh berkawan tetapi jangan dipercayai iaitu ” Jangan percaya pada Cina, Cina mampus pun tak boleh dipercayai”.

    Like

  2. #2 by Hanita Hassan on April 21, 2009 - 4:53 pm

    Bila agaknya orang Melayu nak sedar?

    Like

  3. #3 by haneeta on August 14, 2009 - 10:15 pm

    bersatu lah..UMNO,PAS..kekuatan kita akan digeruni bila kita bersatu ..pada Ketua PKR insaf lah…kami perlu pengorbanan yg ikhlas dr anda utk negara yg tercinta ini.

    Like

Leave a comment