JOHOR, SABAH & SARAWAK (JSS) AKAN TUMBANG?

1. Kini rancangan Pakatan Rakyat (PR) mahu menyerang dan merampas JSS bukanlah satu rahsia lagi. Bacalah kenyataan Dato’ Chua Jee Ming (CJM) dan DSAI di bawah. Kemenangan DAP/PR di Sibu akan memebri momentum dan credence kepada rancangan mereka itu.* Sebaliknya, ia bukanlah satu petanda / indicator baik bagi BN.

2. Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, niat dan usaha tersebut tidaklah salah dari segi Perlembagaan Negara. Terpulanglah kepada BN untuk mempertahankan kuasanya dan rakyat pulak yang menentukannya.

3. Khusus di Johor, apa pendirian UMNO dan pengundi Melayu di negeri itu terhadap serangan dan cacian CJM dan DSAI itu?

4. Semasa Negara hendak merdeka, melalui kontrak sosial, UMNO dan orang Melayu telah bermurah hati memberikan ‘harta karun’ kepada kaum pendatang. Harta karun itu ialah kerakyatan, hak asasi, ruang dan peluang berteduh di bawah langit Semenanjung Tanah Melayu dengan aman dan damai. Mereka turut dibenarkan mengaut kekayaan di bumi bertuah ini dan menikmati pelbagai kemudahan lain.

5. Malangan bangsa Melayu terus dipersalahkan oleh para pemimpin Cina. Sudah tentulah perasaan mereka terguris kerana budi baik bangsa Melayu dibalas dengan tindakan umpama melepaskan anjing tersepit. Adakah kaum Cina sedari hakikat ini?

6. Majoriti 40 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina; namun kedudukan itu masih belum dapat memuaskan nafsu mereka. Kalau dipanjangkan pun senarai itu kepada 200 orang, kaum mereka tetap yang teramai. Itu pun mereka akan tetap salahkan UMNO dan Melayu juga.

7. Mereka telah menguasai semua sektor ekonomi negara, termasuk memonopoli sektor strategik (beras, gula, tepong, minyak, alat ganti, simen dan…). Yang demikian mereka telah berjaya mencengkam kehidupan rakyat, khususnya orang Melayu. Itu pun mereka masih belum puas. Betis dan peha Melayu belum cukup lagi mereka ratah. Nampaknya, untuk puaskan nafsu, kini mereka mahu celah peha Melayu pulak!

8. Orang Melayu tidak iri hati atau cemburu terhadap kekayaan kaum Cina. Itu hak mereka, jika ianya diusahakan secara halal. Apa yang kaum Melayu patut marah ialah sikap terus menyalahkan UMNO dan Melayu yang telah memberikan peluang dan kemudahan sehingga menjadikan mereka kaya raya itu? Yang miskin dan terpinggir ialah orang Melayu.

9. Pada masa yang sama, orang Melayulah yang telah melindungi nyawa dan harta kekayaan mereka sebab majoriti pasukan keselamatan di Negara ini adalah orang Melayu!

10. DSAI pula bertanyakan satu soalan bodoh kepada Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Sui Lek, “ MCA telah buat apa kepada masyarakat Cina?” Dia buta dan pekak ke lalu tak dapat menonton dan mendengar kehebatan kejayaan/kekayaan kaum Cina di Malaysia? Ianya dicapai hasil sokongan MCA, UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan/BN! Apakah Anwar fikir kemakmuran dan kejayaan kaum Cina di Negara ini hasil usahanya atau DAP atau PKR atau PAS?
11. Sebelum DSAI kehabisan tenaga fikir untuk menasihatkan MCA supaya jangan menjadi alat UMNO, eloklah dia gunakan saki baki tenaga fikirnya itu, kok jika masih ada, untuk berfikir sama ada dia dan PKR menjadi alat DAP dan PAS atau dia dan PKR pula memperalatkan DAP dan PAS?

12. Amat pelik orang Melayu sanggup menjadi alat kepada pemimpin chauvanis / oportunis Cina seperti CJM dan DSAI, seorang pengkhianat bangsa sendiri, seperti yang pernah dilabelkan oleh YAB TPM.

13. Rancangan PR untuk berkuasa ini sepatutnya dapat menimbulkan kesedaran dan ketakutan orang Melayu kerana outcome rancangan tersebut amatlah jelas. Ia adalah satu rantaian usaha sistematik kaum Cina untuk berkuasa ke atas bangsa Melayu. Baca dan fahamkanlah betul-betul kenyataan CJM ini:

“…hari ini di negeri Johor kita bersaing dengan UMNO, kerana selagi UMNO tidak tumbang, masyarakat Cina tiada untungnya…”

14. Oleh itu, pertama sekali semua orang Melayu/Bumi (67%) hendaklah bersatu di bawah satu wadah dan panji-panji, sepertimana bersatunya kaum Cina (tanpa mengira fahaman politik – MCA, GERAKAN dan DAP bersatu) apabila menghadapi serangan ke atas kaum mereka dan apabila mereka hendak menyerang kaum lain. Contohnya ialah kes Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengenai isu pendatang.

15. Wadah dan panji-panji itu ialah UMNO:

Pohon nyiur di tepi laut,
Dimakan kumbang pucuknya layu,
Kepada UMNO kita berpaut,
Tumbang UMNO, hilanglah Melayu.

16. Kedua, parti-parti berasaskan kaum Cina (seperti MCA, GERAKAN, SUPP dan LDP) hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan semula sokongan padu kaum Cina terhadap parti mereka, jika mahu terus berkongsi kuasa melalui BN.

17. Ketiga, parti-parti berasaskan kaum Cina itu hendaklah juga segera mengikis persepsi negatif bahawa mereka adalah ‘bermain wayang’ dengan UMNO/bangsa Melayu/Bumi dan ‘berkenyit mata’ pula dengan DAP/PR.

[* – Pada 13 Mei lalu, saya telah bertanya kepada Datuk Abu Pit dan beberapa kawan lain mengenai peluang kemenangan di Sibu. Beliau konfiden BN boleh menang. Beliau agak terperanjat apabila saya katakana BN akan kalah.

Di Hulu Selangor, saya ramalkan BN akan menang. Bacalah twitter saya. Seorang MIO meramalkan BN menang dengan majoriti >3,000; saya beri tahu beliau, BN akan menang dengan majoriti <2,000.]

Sinchew Jitpoh
Per: Pakatan Rakyat Mahu Perintah Negeri Johor
Ruangan: Johor m/s 14
Tarikh: 09 Mei 2010 (Ahad)

Tajuk:

Pakatan Rakyat Bersiap Sedia Perintah Negeri Johor: Chua Jee Ming

8hb JB, ahli majlis tertinggi Parti keadilan Rakyat Dato’ Chua Jee Ming brkata, kerusi parlimen negeri Johor termasuk Sabah dan Sarawak sebanyak 82 kerusi, jika mana-mana parti boleh menguasai ketiga-tiga negeri ini bermakna parti itu akan berkuasa memerintah kerajaan pusat di Puterajaya.

Beliau berkata, di negeri Johor mempunyai 8 kerusi parlimen seperti kerusi parlimen di kawasan Johor Baharu, Gelang Patah, Kulai kebanyakannya dikuasai oleh pengundi-pengundi Cina, sebab itu beliau mengharapkan pengundi Cina yang membuat keputusan masa depan Parti Keadilan Rakyat.

Selain dari itu beliau berkata, saudara-saudara kaum Cina di negeri Johor sudah bersedia untuk mengubah kerjaan negeri Johor, dan Pakatan Rakyat juga sudah bersedia untuk memerintah negeri Johor menjatuhkan kerajaan BN di negeri Johor.

Beliau berkata, kerusi parlimen di kawasan Bakri Muar ramai pengundi kaum Cina, penduduk di kawasan itu telah menyokong calon DAP, tetapi sayangnya pengundi pengundi Cina di kawasan-kawasan parlimen lain tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, hari ini kita bukan bersaing dengan MCA, tidak bersaing dengan MIC atau pun Gerakan, hari ini di negeri Johor kita bersaing dengan UMNO, kerana selagi UMNO tidak tumbang, masyarakat Cina tiada untungnya, jika UMNO tidak tumbang kerajaan negeri Johor tidak akan jadi baik.

MCA Jangan Jadi Alat UMNO, MCA Tidak Sepatutnya Melawan Pakatan Rakyat: Anuar Ibrahim

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anuar Ibrahim berkata, beliau mahu memberitahu rakan-rakan dari MCA jangan melawan Parti Keadilan Rakyat, kerana tanggungjawab Pakatan Rakyat ialah melawan UMNO yang mrosakan negera ini, mereka tidak mahu UMNO terus hancurkan negera ini.

Beliau berkata, beliau datang ke negeri Johor kali ini bukan mahu mengkritik atau pun menyerang presiden MCA Dato Seri Chua Sui Lek, beliau hanya mahu membuat satu pertanyaan, MCA telah buat apa kepada masyarakat Cina.

Beliau berkata sebagai ahli politik sepatutnya jalankan aktiviti-aktiviti politik bukan menangkap beliau memukul beliau, beliau langsung tidak takut dengan cara itu.

Beliau berkata orang-orang yang pengecut itu adalah orang-orang yang lompat parti, orang-orang yang terima rasuah. Walaupun mereka lompat parti kita tidak gentar kerana ramai lagi orang yang setia, satu orang lompat keluar ada 1000 orang yang datang masuk.

Kemajuan Ekonomi Undur Kebelakang

Beliau semasa dalam ucapannya berkata pada tahun 90an, dari segi bidang persaingan mahupun bidang pembangunan ekonomi Negara kita menjadi negera teratas di rantau Asia Tenggara, tetapi hari ini mundur terkebelakang, fakta yang utama ialah Negara ini mempunyai kerajaan yang tidak baik dan banyak skandal.

Beliau berkata jika Negara ini mahu berubah kita kena jatuhkan kuasa pemerintahan UMNO terlebih dahulu, dan buka ikatan rakyat yang selama ini terikat.

Beliau berkata: “saya sanggup menanggung sekali lagi ditangkap, dipenjarakan, walaupun kita mengalami tiga kali kekalahan dalam pertempuran, tetapi pertempuran kali ini kita akan menang.”

Beliau berkata, negeri Johor diibarat sebagai kubu kuat Barisan Nasional, tetapi mereka kena ingat sebelum ini kawasan Parlimen Permatang Pauh juga kubu kuat Barisan Nasional. Sebab itu berliau menaruh harapan yang tinggi dan percaya pada pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan terus memerintah negeri Selangor dan ambil alih negeri Johor.

Tidak Gentar Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional

Berkaitan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor Dato Seri Anuar Ibrahim tidak gentar apa yang dilakukan oleh BN semasa pilihan raya kecil itu diadakan, termasuk memberi peruntukan kepada sekolah rendah Cina, beliau berkata tak ada masalah baginya.

Sin Chew Jit Poh

  1. #1 by kluangman on May 17, 2010 - 12:36 pm

    Selamat datang pembangkang ke Johor ketika UMNO dan Ghani sedang leka berzapin, Ketua Bahagian dan sayap2 UMNO sedang berkejaran projek dan mengkayakan kroni.
    Mereka lebih sebok menghitung kereta2 mewah dari turun padang.

    Elok sangat pembangkang datang untuk mereka sedar rumput mana yang dipijak, sungai dan parit mana yang tertimbus dan rumah mana yang dah hampir nak roboh.

    Like

  2. #2 by Melayu BangsaKU on May 17, 2010 - 2:17 pm

    Apa lagi yang kaum cina ni nak, kita org melayu dah terlanjang abis dah bak kata Datuk pun betis dan peha dah bagi. Ini celah KELENGKANG pulak?…DSAI tak napak ker?Saya amat terkilan bila PM memberi sumbangan yang berjuta-juta pada sJKC ni. Banyak lagi sekolah berasaskan agama Islam yang perlukan bantuan dan SK yang lain yang rata2nya org dan anak melayu yang memerlukan bantuan.Kita ambil contoh kelengkapan mengajar sekolah Yok Bin berbanding SMK yang ada di Melaka ni, tidak akan dapat mengalahkan kelengkapan dan kesungguhan GURUNYA sekali.
    Tapi melayu kita mudah lupa, yang kini telah berpecah kepada 4 kumpulan:
    1. UMNO
    2. PAS
    3. PKR
    4. ATAS PAGAR
    Kaum cina akan bersatu dgn wadah KAUMNYA. kenapa kita tidak boleh bersatu dgn wadah yang sama dengan dicampurkan SEAGAMA atau SE ISLAM?.
    Cukup benar telahan TDM “Melayu Mudah Lupa” dan “Melayu masih Dalam Delima”.
    ayat yang dikeluarkan oleh CJM dan DSAI masih lagi kita BOLEH TIDUR LENA? dengan tidak boleh terpikir dengan masa depan anak bangsa kita?
    Cukuplah apa yang saya alami ketika saya berkerja di Singapura lalu, walaupun dalam 2 tahun saja telah menjadi satu bukti yang amat berguna kepada saya untuk diceritakan kepada anak cucu saya kelak..insyaalah.
    1. Melayu benar2 kamum pendatang disana dari penduduk majoriti kepada Minoriti.
    2. Kebebasan menunaiakn tanggungjawab sebagai umat utk sembanhyang Jumaat disekat dgn waktu yang singkat dan tempat yang jauh. Cukup sekadar sembahyang jemaah saja tanpa dgn mendengar Khutbah nya. Tempat sembayang atau surau tiada didalam kilang dan terpaksa curi2 sembahyang.
    3. Tempat i’badah surau dan masjid yang tersorok, bayangkan jika anda lalu di jalan Ahmad Ibrahim akan ternampak Tokong besar dulu dan siapa sangka dikawasan itu ada masjid yang tersorok?. Begitu lah dengki dan busuk hati bila kaum ini memerihtah nanti.
    4. Tiada bantuan khas dr kerajaan singapura untuk rumah2 ibadah islam. Kita di Malaysia amat bersyukur tetapi MELAYU MASIH LUPA DIRI.
    AYAUH BANGSAKU, ADAKAH DENGAN KEADAAN SEKARNG MASIH BERDIAM? NAK TUNGGU SELEPAS DIA DAPAT MEMERINTAH?
    MASA ITU DAH TERLAMBAT SEJARAH SUDAH MEMBUKTIKAN BAGSA KITA BOLEH DIJUAL BELI.
    CUKUP 400 TAHUN KITA DIJAJAH DAN BARU SEJAGUNG TAHUN DAPAT MEMERINTAH, SUDAH NAK DIPUNAHKAN.

    UMNO jasin kena ubah cara berpolitik, jangan asyik nak cantas saja orng yng berfikiran jauh seperti Datuk Senator yang boleh diketengahkan. Kita lihat yang berpotensi dicantas dan dianak tirikan .. kita lihat pemilihan G7 nanti. Siapa yng benar2 berkualiti dan bersemangat juang yang dipilih?

    Like

  3. #3 by sputjam on May 17, 2010 - 2:22 pm

    UMNO patut berterima kasih kepada Dr M dan perbadanan kerajaan negeri terengganu kerana merancangkan perhimpunan beramai-ramai pada may 13. Ini telah menakutkan rakyat yang berbangsa cina di sibu.
    Kita juga patut berterima kasih kepada Jakim dan penasihat ugama islam kita yang telah melarang rakyat yang beragama bukan islam dari menggunakan beberapa perkataan arab, mahu dalam kitab atau pergaulan. Lebih 60% penduduk sibu beragama kristian.
    Kata penamat, orang melayu sendiri yang menjatuhka kerusi BN di Sibu, tetapi menyalahkan kaum lain.

    Like

  4. #4 by Pemerhati on May 17, 2010 - 2:33 pm

    Bacalah
    http://wengeratwar.blogspot.com/2010/03/can-johor-fall.html

    Analisis yg lebih lengkap. Johor sukar utk ditembusi menurut penganalisis ni.

    Like

    • #5 by Average Joe on May 31, 2010 - 2:36 pm

      boleh percaya sangat ke si wenger ni?

      Like

  5. #6 by tebing tinggi on May 17, 2010 - 3:36 pm

    Pohon nior ditepi laut
    ditiup ribut patah batangnya
    kapada UMNO Melayu @ bumiputra berpaut
    bagimana Melayu nak berpaut,UMNO dah hilang tiangnya.

    kapas putih pembalut luka
    luka tercalar duri rotan
    PAS pon tak bolih pilih
    PKR lagi meroyan

    Orang Melayu sekarang menghadapi delima,siapa yang menjadi suara mereka.
    Tiada cacat,tiada celanya UMNO,yang cacat dan yang celanya pemain-pemain utama dalam UMNO dari cawangan hingalah keperingkat tertinggi yang kini dilihat langsong tidak memahami asprasi penubohan UMNO itu sendiri.
    Melayu bolih bertaut kembali,tetapi Melayu sekarang kehilangan landasan,

    Like

  6. #7 by keramatpulaubesar on May 17, 2010 - 11:21 pm

    Bagaimana pula halnya negeri MELAKA.

    Pemimpin UMNO hanya pandai membangunkan negeri tetapi kurang bermint untuk membangunkan manusia Melayu. Ys! mereka takut kalau manusia Melayu pandai dan maju menyukarkan mereka untuk bermaharajalela. Oleh itu pemimpin UMNO lebih senang umat Melayu lemah dan mundur.

    Kalau sebijak mana pun orang Melayu masih tak layak jadi ketua. Yang layak jadi ketua, merancang, membuat keputusan ialah mereka yang cukup dengan setakat SRP dan SPM sahaja. Oleh itu ketua jabatan, jurutera, pegawai pertanian, arkitek, lawyer hanya perlu ikut sahaja mereka yang lulusan ……. Jadi yang berkelulusan diperbodohkan.

    Inilah pemimpin melayu hyang menjadi harapan bangsa!!!
    Terjunlah luncai dengan labu-labunya…..

    Like

  7. #8 by flyingman on May 18, 2010 - 9:36 pm

    Takut saya memikirkan keadaan politik di Malaysia sekarang.. Seolah-olah, orang Melayu sekarang seperti tidak takut sekiranya DAP menjadi kerajaan pada PRU yg akan datang..

    Bila agaknya orang Melayu akan sedar??

    Like

  8. #9 by kingkonglee on May 20, 2010 - 3:04 pm

    Orang China tetap menghargai/menghormati kontrak sosial. Lebih 50 tahun BN yang diasaskan atas dasar parti perkauman sempit, sudah tiba masanya arus politik akan berubah. Orang China amat teliti apa yang berlaku pada MCA & GERAKAN. Begitu juga orang Melayu amat arif apa yang dilakukan oleh UMNO. Apabila parti2 perkauman sedang nazak, lalu dicurahkan minyak perkauman kepada semua kaum. War-warkan rasa takut antara kaum kiranya tidak menyokong BN.
    Jelas, bukan Melayu lebih tertarik dengan pendekatan Pakatan Rakyat. Dari dulu hingga kini, pimpinan UMNO lah membuka ruang untuk cukong2 China menjadi kaya-raya dan setelah oportunis UMNO menerima sedikit habuan jangka pendek untuk kroni2 mereka.

    TUAH orang Melayu adalah Islam – kami menghormati sesiapa yang menghayati Islam. Apa ‘tuah’nya klau umno sendiri yang mempertikaikan ajaran Islam. Jangan salahkan ledakan Pakatan Rakyat, kerana mereka masih tidak sempurna. Tetapi salahkan PR sebagai ganti BN di JSS?.
    Hemat saya, BN sebagai superpower – gunakan seluruh jentera kerajaan seperti PDRM, SPRM, Judiciary dll untuk membendung sementara waktu kebangkitan PR.

    Like

  9. #10 by Mahdee on May 21, 2010 - 5:52 pm

    Kita berharap semua pemimpin Melayu yang berkuasa dapat menghayati akan apa yang ditulis oleh YB Datuk Senator kita ini.

    Berpadalah dan berfikirlah sebelum membuat keputusan dan janji. Jangan sampai ada pihak yang akan berkata tidak mengapa kalau tidak menyokong BN kerana kita masih dapat apa yang dijanjikan walaupun BN kalah.

    Jika keadaan telah sampai ketahap ini BN akan menghadapi suasana yang amat sukar untuk membetulkannya. Maka utamakanlah mereka yang menyokong dengan penuh keikhlasan.

    Mahdee

    Like

    • #11 by mohamed on May 24, 2010 - 8:01 pm

      Sdr mahdee,
      Aku setuju dengan pendapat engkau. Mula dengan Kelantan. Bangsa yang tak berguna untuk orang Melayu.

      mohamed

      Like

  1. PRU KE-13: APA PILIHAN ORANG MELAYU? « Hidup Tuah!
  2. Ular Makan Gajah « Hidup Tuah!
  3. DAP MAHU TAWAN JOHOR – PAS JADI KUDA TONGGANGAN; PKR JADI KUDA KEPANG « Hidup Tuah!
  4. DAP (PR) MENAWAN JOHOR II « Hidup Tuah!

Leave a comment